Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Dalam aspek pengudaraan pula, bilik ini dilengkapi dengan sebuah pintu iaitu pintu masuk. Walaupun terdapat 2 kipas tetapi hanya 1 kipas sahaja dapat berfungsi dengan baik. Hal ini kerana banjir yang melanda sekolah tersebut menyebabkan sius dan kipas yang terdapat dalam bilik tersebut rosak. Bilik tersebut juga agak panas walaupun tingkap yang terdapat di belakang bilik tersebut sentiasa dibuka. Suasana sebegini menyebabkan klien yang datang untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling berasa tidak selesa dan senang. Pemasangan kipas akan dilakukan dalam bulan Mac untuk memulihkan semula keadaan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.
1.1 Susun Atur Perabot Dan Kemudahan Melalui pemerhatian kami, beberapa susun atur perabot telah pun menepati kesesuaian bagi sebuah bilik bimbingan dan kaunseling. Antaranya ialah rak atau almari bagi menyimpan fail-fail yang berkaitan diletakkan pada sudut yang sesuai dan keadaan ini tidak mengganggu sama sekali pergerakan di dalam bilik. Tempat duduk untuk klien juga agak selesa dan senang untuk guru bimbingan dan kaunseling untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling kelompok mahupun kaunseling individu. Cermin di ruang hadapan pintu masuk juga agak sesuai dalam bilik tersebut.
Gambar ini menunjukkan rak yang terdapat fail-fail murid
1
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Gambar ini menunjukkan kedudukan sofa untuk melakukan kaunseling kelompok Namun begitu, terdapat juga susunan perabot dalam bilik kurang sesuai jika mengikut keperluan perkhidmatan bagi sesuatu ruang yang disediakan. Melalui pemerhatian kami, kami dapati bahawa bilik tersebut kecil dan tidak begitu luas. Selain daripada rak fail-fail penting, terdapat juga rak yang mengandungi nota-nota yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang menyebabkan pergerakan klien dalam bilik tersebut tersekat. Rak tersebut juga menghalang guru bimbingan dan kaunseling untuk memerhatikan pergerakan klien kerana ia menjadi penghalang. Selain itu, salah satu kelemahan dalam bilik bimbingan dan kaunseling tersebut adalah komputer. Tiada sebuah komputer pun dalam bilik tersebut.
Gambar ini menunjukkan rak yang terdapat nota-nota berkaitan bimbingan dan kaunseling yang menghalang guru pembimbing melihat pergerakan murid atau klien Justeru itu, beberapa penambaikkan boleh dilakukan dalam aspek susun atur perabot di bilik ini. Antaranya adalah, komputer haruslah diletakkan dalam bilik kaunseling supaya murid dapat menngunakan komputer untuk melepaskan tekanan mereka. Sebuah meja tambahan hendaklah diletakkan di tengah sofa supaya memudahkan guru bimbingan dan kaunseling berbincang dengan penjaga atau ibu bapa klien. Kedudukan meja guru bimbingan dan kaunseling hendaklah dekat dan tidak terlalu jauh dari penglihatan guru.
2.3 Susun atur bahan bacaan dan informasi Melalui pemerhatian kami, terdapat beberapa informasi dan hasil kerja yang ditampal pada papan informasi di dalam bilik ini. Selain itu, terdapat juga posterposter seperti Poster Anti-Dadah, larangan merokok, kata-kata motivasi dan 2
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
sebagainya ditampal pada dinding-dinding bilik tersebut tetapi dalam jumlah yang sedikit.
Gambar ini menunjukkan kata-kata semangat, poster anti-dadah yang terdapat pada dinding bilik tersebut Namun begitu, bilik bimbingan dan kaunseling ini masih kurang lengkap dalam penyediaan bahan-bahan bacaan seperti majalah, buku, risalah dan sebagainya. Sebagai cadangan, guru bimbingan dan kaunseling boleh menyediakan lebih banyak bahan bacaan yang selaras dengan umur murid atau klien yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling. Sebagai contoh, guru tersebut boleh menyediakan bahan bacaan seperti cara mengurangan stres dan sebagainya. Bahan bacaan ini secara langsung akan membantu pelajar atau klien untuk menyelesaikan masalah mereka yang berkaitan dengan emosi, sosial dan tingkah laku melalui pembacaan yang dilakukan.
2.4 Warna bilik Warna dapat mengubah citarasa, mempengaruhi cara pandang kita, akan ruang , menutupi ketidaksempurnaan dan mewujudkan suasana atau kenyamanan yang unik untuk semua orang.Warna adalah cara yang paling pantas dan paling kuat untuk menghadirkan transformasi dan melahirkan perspektif-perspektif baru. Warna adalah salah satu inspirasi paling berharga dunia yang paling mudah didapati. Melalui pemerhatian kami, guru bimbingan dan kaunseling telah memilih warna putih untuk melatari setiap ruang di bilik tersebut. Menurut guru bimbingan dan kaunseling, warna putih melambangkan kesucian dan kebersihan. Walaupun klien atau murid datang ke bilik tersebut mempunyai pemikiran yang kotor, tidak bermoral atau sebagainya tetapi semasa keluar dari bilik tersebut murid atau klien mestilah menjadi seorang insan yang suci dan bersih . Gambar ini menunjukkan bilik kaunseling dicatkan dengan warna putih
3
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Sebagai penambahbaikkan, guru tersebut boleh menggunakan warna hijau kerana warna hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Selain itu, guru tersebut juga boleh menggunakan warna merah jambu kerana warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan (dipetik dari artikel wikipedia).
4
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
2.0 Kesesuaian Lokasi Bilik Kaunseling Pelan
Lokasi
Bilik
Bimbingan
dan
kaunseling
Gambar ini menunjukkan pandangan hadapan bilik kaunseling Bilik bimbingan dan kaunseling merupakan bilik khas yang memerlukan suasana yang aman dan damai. Oleh yang demikian, faktor kesesuainan lokasi di setiap sekolah perlulah diambil kira. Merujuk kepada pelan, bilik bimbingan dan kaunseling terletak di aras bawah bersebelahan dengan dewan sekolah. Bilik ini juga terletak berhampiran dengan bilik pendidikan khas dan bilik prasekolah.
Pada pendapat
saya, lokasi bilik bimbingan dan kaunseling SJK (T) Cantuman Chaah ini adalah agak strategik. Ini adalah kerana kedudukan yang terletak di aras bawah dan bersebelahan dengan dewan akan memudahkan pelajar untuk mengunjungi bilik kaunseling pada bila-bila masa sahaja. Di samping itu, kedudukan bilik yang jauh dari bilik darjah dapat menjamin kerahsiaan klien, murid-murid dan guru-guru lain tidak mengetahui tentang kehadiran klien ke bilik kaunseling. Dengan ini, pelajar boleh datang ke bilik bimbingan dan kaunseling tanpa berasa segan silu. Kehadiran klien dapat disembunyikan daripada
5
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
pengetahuan orang lain. Secara tidak langsung. Klien akan berasa senang hati dan selesa dengan kedudukan strategik ini. Tambahan pula, kedudukan bilik kaunseling dan bimbingan ini juga dapat menyenangkan pelajar pendidikan khas yang menghadapi masalah fizikal seperti kaki untuk mengelakkan daripada menaik tangga. Ini adalah salah satu manfaat yang klien dapat daripada kedudukan bilik ini. Mereka tidak perlu bersusah-payah untuk menaik tangga semata-mata untuk berjumpa dengan kaunselor. Akan tetapi masih ada beberapa aspek yang boleh ditambah baik. Sebagai contoh, kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling bersebelahan dengan dengan dewan. Apabila mengadakan sesuatu program atau perjumpaan di dewan, sudah pasti keadaan di dalam bilik kaunseling menjadi hinggar binggar. Suasana atau keadaan dewan akan memberi kesan kepada diri pelajar. Sebagai contoh, suasana dewan yang bising akan menyebabkan klien di bilik kaunseling terganggu dan tidak selesa. Bunyi bising sudah tentu akan menggangu satu-satu sesi bimbingan dan kaunseling yang akan dijalankan dan turut member tekanan kepada murid yang mempunyai masalah kerana tidak mendapat ketenangan di bilik tesebut. Ini boleh menjejaskan perbualan antara kaunselor dan klien. Klien tidak dapat memberi komitmen yang sepenuh yang kepada kaunselor. Selain itu, bilik bimbingan dan kaunseling juga terletak berhampiran dengan bilik prasekolah. Biasanya, pelajar prasekolah suka membuat bising dan guru menghadapi kesukaran untuk mengawal kelas. Klien akan berasa lebih tertekan apabila mendengar bunyi bising dan kuat. Tambahan pula, Klien menghadapi masalah untuk meluahkan perasaan mereka kepada kaunselor.Adalah lebih baik dan konduksif jika bilik bimbingan dan kaunseling ini diletakkan jauh dari dewan. Dengan itu, kerahsiaan klien lebih terjamin dan lebih ramai murid akan lebih berminat untuk pergi ke bilik kaunseling sekaligus mendapatkan khidmat bimbingan dan kaunseling daripada kaunselor.
6
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Kedudukan bilik bimbingan dan kaunseling di sekolah
7
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Pelan bilik bimbingan dan kaunseling
8
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
3.0 Kesesuaian Program Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah. Kesesuaian sesuatu program bergantung kepada objektif sesuatu program yang dijalankan. Jika program yang dirancang telah mencapai objektif yang ditetapkan, maka program itu sangat sesuai dengan murid-murid. Terdapat banyak program yang dilaksanakan dibawah unit bimbingan dan kaunseling sekolah SJK(T) Cantuman Chaah. Antaranya ialah program transisi tahun 1, program transisi tahun 4, kempen anti dadah, bulan kemerdekaan dan sebagainya. Kami bersama guru bimbingan dan kaunseling telah merancang untuk melaksanakan kempen anti dadah selama 1 minggu bermula pada 20.02.2012 hingga 24.02.2012
iaitu 5 hari di
sekolah tersebut. Kami memilih murid-murid tahap 1 dan tahap 2 sebagai kumpulan sasaran bagi program ini. Objektif program kami adalah untuk menyedarkan muridmurid tentang betapa bahaya dadah kepada manusia dan cara mengelakkan diri daripada menagih dadah. Pelbagai persiapan telah dilakukan untuk menjayakan program kempen anti dadah. Sokongan guru-guru sekolah tersebut sangat memuaskan.
LAPORAN
MINGGU
ANTI
DADAH
ANJURAN
UNIT
BIMBINGAN
DAN
KAUNSELING 1.0 PENGENALAN
Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan komuniti masyarakat. Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. 9
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
2.0 MATLAMAT Supaya murid-murid sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat. Untuk memastikan murid–murid mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan mengamalkannya; 3.0 OBJEKTIF Objektif program ini adalah seperti berikut: 3.1 Untuk memastikan murid-murid mempunyai bahan bagi mempraktikkan gaya hidup sihat; 3.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat prasekolah lagi; 3.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah; 3.4 Untuk memberi alternatif program sihat tanpa dadah kepada murid-murid. 4. 0 KUMPULAN SASARAN Murid-murid Pra sekolah, pendidikan khas, Murid-murid Tahun 1 – Tahun 6 5. 0 JAWATANKUASA PELAKSANA (rujuk lampiran)
6.0 TENTATIF PROGRAM (TEMPAT : Tapak perhimpunan pagi /kelas /dewan )
10
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
TARIKH 20.02.2012
MASA 7.30 pagi
AKTIVITI Pelancaran Minggu Anti Dadah Bacaan Ikrar Anti Dadah oleh semua murid Membaca Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Ucapan Perasmian Taklimat aktiviti Minggu Anti dadah Persembahan Koir Persembahan drama Edaran tajuk & syarat-syarat pertandingan mewarna /melukis poster/sajak/
21.02.2012 22.02.2012 23.02.2012 24.02.2012
10.15 pagi
Edaran soalan kuiz pencegahan dadah Pertandingan mewarna bagi murid tahap 1, prasekolah dan
10.15 pagi 10.15 pagi 10.15 pagi
pendidikan khas Pertandingan melukis poster bagi tahap 2 Kuiz bagi tahap 1 dan tahap 2 Majlis penutupan program minggu Anti dadah
Keputusan acara-acara yang telah dipertandingkan; Pertandingan mewarna Prasekolah Tempat pertama Tempat kedua Tempat ketiga Kunaselan Sharvesh Nanthini Pendidikan khas puvanthran Naven Yelumalai Tahun 1 Pavithran Dennison Muthu Tahun 2 Gayathiri Kanimoli Jeeva Tahun 3 Hariharan Malarvili Nurul Asyikin Pertandingan melukis poster Tahun 4 Dinesh Vani Taneswary Tahun 5 Mages Yogendran Gobin Tahun 6 Raam Kumar Mohd. Basir Kokila Pertandingan kuiz antidadah tahap 1 dan 2 11
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Tahun 1 Nisha Tahun 2 Gangga Tahun 3 Pavithra Tahun 4 Daneswary Tahun 5 Sutha Tahun 6 Surenthiran
Divina Joshua Kaliswary Chitra Bawani Balakrishnan
Kelebihan
,
Kelemahan
dan
Penambahbaikan
Kathireshan Dinesh Mohan Kumutha Vennila Ganesh
dalam
Program
Yang
Dilaksanakan “1 Malaysia Membanteras Dadah”, Ini adalah tema bagi minggu anti dadah tahun 2012 yang dianjurkan oleh Unit bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama pihak sekolah. Matlamat utama program yang berlangsung pada 20/02/201224/02/2012 ini adalah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran ‘ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’. Setiap program yang diadakan mempunyai kelemahan
dan kelebihan
walaupun dirancang dengan sistematik. Dengan ini, terdapat beberapa kekurangan dan kelebihan dalam program minggu anti dadah yang telah diadakan di sekolah. Kita sedia maklum bahawa masalah dadah tidak mengenal kaum, agama, usia, dan 12
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
jantina. Dadah akan menghancurkan kesejahteraan setiap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Masalah ini juga telah menyumbang kepada peningkatan gejala sosial, kejadian jenayah, keganasan, pembunuhan, peningkatan kes HIV/AIDs dan keruntuhan institusi kekeluargaan. Sekali terjebak dengan gejala dadah amat sukar untuk mencari jalan keluar. Melalui program seperti ini, pelajar mendapat pendedahan baru tentang dadah. Para pelajar dapat memahami tentang keburukan dadah, kesan daripada menagih dadah dan lain-lain lagi. Dengan mempunyai pengetahuan ini, pelajar dapat mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam unsur negatif sebegini. Mereka sedar bahawa dadah akan membawa maut kepada mereka yang menagihnya. Tambahan pula, pelbagai aktiviti telah dirancang untuk semua pelajar mengikut tahap seperti aktiviti mewarna untuk pelajar pendidikan khas dan prasekolah, pertandingan kuiz dan aktiviti mewarna untuk pelajar-pelajar tahap1 dan pertandingan kuiz dan pertandingan melukis poster untuk pelajar-pelajar tahap 2. Secara tidak langsung, semua pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang telah dirancang sempena minggu anti-dadah. Aktiviti yang telah dirancang bersesuaian dengan tahap pelajar. Di samping itu, pelajar juga dapat menambahkan
pengetahuan
tentang
dadah
apabila
melibatkan
diri
dalam
pertandingan kuiz. Kelemahan program minggu antidadah ialah kesuntukan masa. Kami mengadakan aktiviti-aktiviti ini pada waktu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini mengganggu proses p&p dan segelintir guru tidak dapat menjalankan kelas sebagaimana yang telah dirancang untuk satu minggu. Selain itu, pelajar pendidikan khas dan prasekolah mengambil masa yang lama untuk mewarna. Ini adalah kerana gambar yang diberi adalah begitu padat dan besar dan sukar untuk pelajar menyiapkannya dalam masa yang singkat. Kami perlu memberi gambar sederhana besar yang senang untuk berwarna kepada pelajar prasekolah dan pendidikan khas pada masa akan datang. Tambahan pula, kesuntukkan masa juga menyebabkan kami tidak dapat membeli hadiah yang berkualiti untuk pemenang. Kami hanya memberi fail, buku latihan dan kotak pensel sebagai hadiah untuk pelajar. Beberapa pelajar yang mengharapkan hadiah yang bermutu menjadi sedih dan kecewa apabila mendapat 13
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
hadiah yang kosnya rendah. Guru-guru perlu melantik
AJK
hadiah
semasa
memilih
jawatankuasa tertinggi supaya dapat memberi hadiah yang memuaskan pelajar. Kita
harus
membaiki
kelemahan
dan
mempertingkatkan kelebihan sesuatu program. Kita harus menjadikannya sebagai pengajaran dan berusaha untuk mengurangkan kelemahan apabila membuat program baru.
Gambar Program Minggu Anti-Dadah... Bacaan ikrar oleh wakil pelajar
Bacaan perutusan menteri pelajaran
14
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
Peras mian minggu anti-dadah oleh guru besar
Pertandingan mewarna bagi kanak-kanak prasekolah
15
Edu 3107 Bimbingan Dan Kaunseling
16