EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
1.0
PENGENALAN
Noriati A. Rashid et al. (2012) menerusi buku yang bertajuk Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran menyatakan bahawa proses pengajaran merupakan satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan. Setiap proses pengajaran seharusnya mempunyai matlamat jelas yang hendak dicapai. Matlamat tersebut tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematik. Oleh
yang
demikian,
reka
bentuk
pengajaran
ialah
manifestasi
bahawa
pembelajaran pembelajaran tidak seharusnya berlaku dalam keadaan yang tidak terancang, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil pembelajaran yang diukur. Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan perkara yang hendak diajar dan kaedah bagaimana perkara tersebut hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku (Yusup Hashim, 1998). Perkara tersebut termasuklah mengukur pencapaian objektif dan merancang semula sehingga objektif pengajaran tercupai. Dalam erti kata yang lain, reka bentuk pengajaran ialah proses yang merangkumi tiga peringkat, iaitu penemuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran dan pembelajaran, dan penilaian pengajaran dan pembelajaran.
1
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
2.0
PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran Kelas Bilangan Murid Tarikh Masa Tema Unit Tajuk Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif
: : : : : : : :
Bahasa Malaysia 3 Ixora 25 orang 21 September 2016 (Rabu) 8.15 pagi - 9.15 pagi (60 minit) Keselamatan Unit 4 Jaga keselamatan diri Mencatat maklumat yang betul tentang
:
3.5
:
Pembelajaran
sesuatu
perkara
daripada
pelbagai
sumber Mencatat maklumat yang betul mengikut
3.5.1
susunan daripada pelbagai sumber Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i.
Mencatat
3
daripada
5
langkah-langkah
keselamatan diri ketika melintas di jalan raya mengikut susunan yang betul berdasarkan
: ii.
paparan slaid. Mencatat 3 daripada keselamatan
diri
ketika
4
langkah-langkah di
jalan
raya
berdasarkan paparan video. Sistem Bahasa
:
Kemahiran Bahasa
:
Morfologi, sintaksis, sistem ejaan, kosa kata Kemahiran menulis, kemahiran membaca, kemahiran lisan Ilmu: Bahasa Nilai: Berhati-hati, mematuhi peraturan, kejujuran, kesabaran,
bekerjasama,
hormat-meghormati
dan
menghargai. Pengisian Kurikulum
:
EMK: TMK Kemahiran Bernilai Tambah:KB: Penyoalan, KP: Verbal linguistik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal
Pengetahuan
:
BCB: Mencatat nota i. Murid mengetahui langkah-langkah menjaga
2
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
ii.
Sedia Ada Bahan
Bantu
Mengajar Strategi Pengajaran Teknik Pembelajaran Penilaian
keselamatan diri. Murid mengetahui cara menulis ayat dengan
betul. Video, buku teks, paparan gambar, kad gambar, kad :
aktiviti, lembaran kerja, komputer riba, projektor dan pembesar suara.
: : :
Berpusatkan murid, bahan dan guru. Soal jawab, sumbang saran, mendengar aktif Murid dapat mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber.
3
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
Prosedur Pelansanaan Aktiviti Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti
Amalan
Pembelajaran 1. Guru menayangkan
keselamatan diri
Pengenalan
Menunggu bas pergi. Memandang
Set Induksi
ke
( 5 Minit )
jalan raya. Menggunak an
berkenaan
yang guru tayangkan. 3. Guru bersoal-jawab
ke kiri dan
video
dan
Catatan BBM:
Video
keselamatan jalan raya. 2. Murid menonton video
sehingga
Pengajaran
kanan
laluan
zebra.
KBT:
dengn murid berkenaan dengan
mengaitkan
amalan
keselamatan
Kemahiran maklumat
yang
terdapat dalam video. 4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan
EMK:
TMK
tajuk pembelajaran. Nilai:
Langkah 1
Langkah-
( 10 minit)
langkah
1. Guru mengarah murid membuka halaman 20
keselamatan diri pengguna
bas
mengeluarkan
sekolah.
latihan. 3. Guru meminta
Murid
murid
dengan sebutan yang
berdiri
memindahkan
amalan di
dalam bas. Murid dilarang
diri
keselamatan
pengguna
Buku teks
KBT:
membaca petikan teks betul. 4. Murid
buku
mengikut giliran. Murid
BBM:
murid
beratur dan
dilarang
pada buku teks. 2. Guru meminta
Berhati-hati
Menghubungkaitkan
BCB:
bas
Mencatat nota
sekolah di dalam buku latihan. 5. Murid
menomborkan
menjenguk
gambar yang terdapat
dan
dalam halaman 20 buku
4
Nilai:
Mematuhi peraturan
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
mengeluark an
tangan
dari tingkap
teks. 6. Guru
memilih
murid
rawak
untuk
secara mencatat
bas. Murid
yang
hendaklah duduk
di
tempat
Kejujuran
maklumat
ditulis
di
atas
kertas di papan putih. 7. Guru mengarahkan murid
bertukar
buku
latihan dengan rakan. 8. Guru dan murid
masingmasing.
bersama-sama menyemak
maklumat
yang ditulis. Langkah 2
Langkah-
1. Guru
( 15 minit )
langkah
kepada
keselamatan diri
berkenaan
ketika
langkah
melintas
menerangkan murid
BBM:
langkah-
Paparan gambar
keselamatan
jalan raya.
diri ketika melintas jalan
KBT:
raya menerusi paparan
Berhenti
di
bahu jalan. Lihat ke kiri dan
ke
kanan jalan
raya. Mendengar sekiranya terdapat bunyi
kenderaan. Pastikan jalan
raya
dalam keadaan selamat sebelum
melintas. Berhati-hati
gambar. 2. Guru
memaparkan
gambar
tersebut
menerusi paparan slaid. 3. Murid melihat paparan gambar yang diberikan oleh guru. 4. Guru mengarahkan murid tersebut
berdasarkan
gambar di dalam buku latihan. 5. Guru murid
mengarahkan menyusun
langkah-langkah tersebut
mengikut
urutan yang betul. 6. Guru memilih murid
5
EMK:
TMK
Nilai:
Mematuhi
peraturan Kesabaran
mencatatkan
langkah-langkah
Kontekstual
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
apabila
secara
melintas
menulis
jalan raya.
rawak
jawapan
video
jalan raya.
dengan
Memakai tali pinggang
keledar. Jangan mengekori
Langkah 3 ( 15 minit )
murid. 1. Guru
keselamatan
kenderaan. Patuhi arahan lampu
isyarat. Patuhi had laju.
di
papan putih. 7. Guru membincangkan jawapan
Panduan
untuk
bersama menayangkan berkenaan
lembaran kerja kepada
murid panduan
keselamatan
jalan raya berdasarkan video tersebut. 5. Guru membincangkan bersama murid dengan
langkah-langkah keselamatan
diri ketika melintas di Penutup sosial
atas jalan raya. 2. Guru menerangkan kepentingan
menjaga
keselamatan diri kepada murid. 3. Guru
memberikan
pujian kepada murid.
6
Mengenal
EMK:
TMK
mencatat
berkenaan
( 5 minit )
dan
tersebut. 4. Guru mengarahkan
murid. 1. Guru menyoal
Penutup kognitif
KBT:
video
jawapan
Penutup
Video
pasti melihat
menghayati
menjaga
panduan
keselamatan jalan raya. 2. Guru mengedarkan murid. 3. Murid
BBM:
Nilai:
Mematuhi
peraturan Berhati-hati
Nilai:
Berhati-hati Menghargai
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
3.0
PEMILIHAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN BERDASARKAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN YANG DIBINA
Reka bentuk pengajaran merupakan satu proses sistematik yang menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran dan pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Salah satu model reka bentuk yang sering kali digunakan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ialah model ASSURE. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012), model ASSURE merupakan model reka bentuk pengajaran yang berasaskan bilik darjah. Model ASSURE dapat membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan efektif. Hal ini demikian kerana, model ASSURE melihat media sebagai satu bahan sumber pengajaran yang paling penting bagi memastikan murid mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian, reka bentuk pengajaran model ASSURE dipilih dan diaplikasikan dalam RPH kerana model tersebut dapat membantu guru merancang pengajaran yang memanfaatkan penggunaan media. Berdasarkan rancangan pangajaran dan pembelajaran yang telah dibina, terdapat langkahlangkah model ASSURE iaitu Analyze learner (menganalisis murid), State objective (menyatakan objektif pengajaran), Select method (memilih kaedah,media dan bahan sumber pengajaran ), Utilize media and materials (menggunakan media dan bahan ), Require learner participation (memerlukan penglibatan murid yang aktif) dan Evaluate and revise (menilai hasil pembelajaran dan buat penambahbaikan). Menurut model ASSURE, langkah pertama yang perlu dilakukan oleh guru dalam merancang dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penganalisisan terhadap murid Tahun 3 Ixora. Perkara tersebut adalah penting bagi membantu guru untuk merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan dengan murid (Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin, 2016). Perkara tersebut membantu guru dalam memilih strategi, bahan sumber, dan media yang paling relevan digunakan dan dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam situasi pembelajaran yang sebenar. Murid dapat dianalisis berdasarkan kepada aspek-aspek seperti ciri umum murid, pengetahuan atau pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran murid. Signifikan dengan rancangan pengajaran harian yang guru hasilkan, guru memilih media pengajaran yang bersesuaian dengan murid tahun 3 tersebut iaitu menggunakan 7
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
perisian Course Lab yang mengandungi video dan paparan gambar yang mampu membantu murid untuk mencapai objektif pembelajaran iaitu mencatat maklumat yang betul mengikut susunan daripada berkenaan dengan keselamatan diri. Dalam menentukan objektif pembelajaran, guru mengambil kira akan pengetahuan sedia ada murid berkenaan dengan isi pembelajaran iaitu murid menguasai asas kemahiran menulis. Penguasaan murid terhadap asas kemahiran menulis sudah tentu memudahkan murid mencatat maklumat yang betul berdasarkan media pengajaran yang guru gunakan. Intihanya, model ASSURE yang menekankan penganalisisan terhadap murid membantu guru dalam pemilihan media pengajaran dan objektif pembelajaran yang bersesuaian dengan murid Tahun 3 Ixora. Setelah melakukan penganalisisan terhadap murid yang merangkumi aspek ciri-ciri umum murid, pengetahuan sedia ada dan gaya pembelajaran, guru perlulah menyatakan objektif pembelajaran yang berlangsungnya
aktiviti
pengajaran
perlu dicapai oleh murid ketika
dan
pembelajaran.
Pernyataan
objektif
pembelajaran yang jelas dan spesifik dapat membantu guru menyediakan perancangan pengajaran yang bersesuaian dan berkesan. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012), objektif pembelajaran perlu menyatakan secara jelas dan khusus berkenaan dengan keupayaan baharu yang perlu dicapai oleh murid. Guru seharusnya menyatakan objektif pembelajaran untuk membantu guru tersebut memilih media dan kaedah penyampaian yang bersesuaian. Dengan itu, guru dapat menentukan langkah-langkah pengajaran yang membantu murid mencapai objektif tersebut. Dalam konteks rancangan pengajaran harian Bahasa Malaysia yang guru hasilkan, guru menetapkan objektif pembelajaran yang harus dicapai oleh murid setelah melakukan analisis terhadap ciri-ciri umum dan pengetahuan sedia ada murid. Setelah guru mengetahui bahawa muri-murid Tahun 3 Ixora mempunyai pengetahuan sedia ada berkenaan dengan asas kemahiran menulis, guru menetapkan objektif pembelajaran yang berkaitan dengan asas kemahiran menulis tersebut
iaitu
murid
dapat
mencatat
tiga
daripada
lima
langkah-langkah
keselamatan diri ketika melintas di jalan raya berdasarkan paparan gambar dan mencatat tiga daripada empat langkah keselamatan diri ketika di jalan raya berdasarkan paparan video. Objektif yang telah guru nyatakan adalah bersifat eksplisit iaitu boleh diukur. Perkara tersebut dapat membantu guru dalam menentukan langkah-langkah pengajaran yang membolehkan murid mencapai objektif yang telah dinyatakan. Deduksinya, objektif pembelajaran yang dinyatakan
8
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
membantu guru memikirkan langkah-langkah pengajaran yang membantu murid untuk mencapai objektif tersebut. Berdasarkan model ASSURE, guru melakukan perlu pemilihan terhadap kaedah media dan bahan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Setiap perancangan pengajaran yang baik akan memerlukan aspek pemilihan idea, kaedah dan bahan sumber dibuat secara sistematik dan terancang. Proses pemilihan tersebut merangkumi tiga langkah iaitu membuat keputusan tentang kaedah yang paling sesuai dengan objektif yang hendak dicapai,memilih format media yang sesuai dengan kaedah yang dipilih dan memilih atau mereka bentuk bahansumber pembelajaran. Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin (2016) menyatakan bahawa pemilihan kaedah pengajaran hendaklah diasaskan berdasarkan ciri-ciri murid, pengetahuan sedia ada murid, gaya pembelajaran murid serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Guru juga perlu melakukan pemilihan terhadap format media yang bersesuaian dengan kaedah pengajaran dan hasil pembelajaran yang telah guru gariskan. Dari aspek pemilihan bahan sumber, guru boleh memilih bahan sumber sedia ada, mengubah suai bahan sumber sedia ada dan mereka bentuk bahan sumber baharu. Dalam konteks penghasilan rancangan pengajaran harian, guru mengaplikasikan kaedah kod kognitif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis dalam kalangan murid Tahun 3 Ixora. Hal ini demikian kerana, kaedah kod kognitif merupakan kaedah pengajaran bahasa yang menekankan aspek penulisan. Hal ini bertepatan dengan objektif pembelajaran yang guru telah nyatakan guru. Dari segi pemilihan format media, guru menggunakan format media yang berupa paparan gambar, video, paparan slaid dan grafik kerana format media seperti relevan dengan Standard Pembelajaran
yang telah ditetapkan iaitu murid mencatat
maklumat yang betul mengikut susunan daripada pelbagai sumber bahan. Dalam pemilihan sumber bahan, guru memilih sumber bahan yang berkaitan dengan tema pembelajaran iaitu keselamatan diri. Antara bahan sumber yang guru gunakan ialah petikan teks Keselamatan Diri Pengguna Bas Sekolah yang dipetik daripada buku teks Bahasa Malaysia Tahun 3 KSSR, paparan klip video dan paparan gambar berkenaan dengan keselamatan diri ketika berada di jalan raya. Ketiga-tiga sumber bahan tersebut guru integrasikan dalam perisian Courselab untuk menjadi suasana pembelajaran lebih menarik. Langkah seterusnya yang perlu guru ambil sebaik sahaja selesai melakukan pemilihan terhadap kaedah media dan bahan sumber, guru perlu menggunakan
9
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
media dan bahan sumber yang telah dipilih. Sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya menggunakan media dan bahan sumber yang digunakan. Perkara tersebut adalah penting bagi memastikan media dan bahan sumber yang digunakan oleh guru tersebut dapat berfungsi dengan baik. Hal ini sudah tentu akan melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran kerana media dan bahan sumber yang digunakan oleh guru dapat berfungsi dengan baik. Penggunaan media dan bahan sumber pengajaran juga membantu guru untuk membuat persediaan lebih awal sekiranya media dan bahan sumber yang guru gunakan tidak berfungsi dengan baik. Ini kerana, guru berpeluang untuk mengatasi masalah berkenaan dengan penggunaan media dan bahan sumber pengajaran untuk memastikan media dan bahan sumber tersebut berfungsi dengan baik. Penggunaan media dan bahan sumber pengajaran oleh guru adalah perlu khususnya bagi media dan sumber bahan yang melibatkan perisian elektronik. Signifikan dengan rancangan pengajaran yang telah dihasilkan, guru telah menggunakan media dan bahan sumber pengajaran yang diintegrasikan dalam bentuk perisian e-pembelajaran iaitu Course Lab. Setelah melakukan penggunaan, guru mendapati bahawa terdapat satu klip video yang terdapat dalam perisian epembelajaran tersebut tidak dapat dimainkan. Setelah mengetahui masalah tersbeut, guru telah menyelesaikan masalah tersebut dengan memuat turun video yang baharu daripada laman YouTube kemudian mengintegrasikan video tersebut ke dalam perisian Course Lab. Setelah itu, media dan bahan sumber yang diintegrasikan dalam perisian Course Lab dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya guru telah selesai menggunakan media dan bahan sumber yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Menurut Noriati A. Rashid et al. (2012), aktiviti pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang kekal seperti mana yang ditekankan dalam teori behaviorisme.
Berdasarkan
pernyataan
tersebut,
guru
seharusnya
mengintegrasikan strategi berpusatkan murid yang mana murid terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Penglibatan aktif murid dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan rancangan
pengajaran harian yang dihasilkan dapat dilihat menerusi aktiviti yang terdapat dalam rancangan pengajaran harian tersebut. Pada set induksi, penglibatkan murid dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat menerusi aktiviti bersoal jawab antara guru dengan murid berkenaan dengan paparan video tentang amalan
10
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
keselamatan jalan raya. Perkara tersebut menggalakkan murid untuk menyuarakan pendapat mereka. Penglibatan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada langkah 1 rancangan pengajaran harian ialah murid mencatat langkah-langkah menjaga keselamatan diri ketika menaiki bas sekolah. Pada langkah 2, penglibatan murid dapat dilihat menerusi aktiviti di mana guru mengarahkan murid menyusun langkah-langkah melintas jalan raya dengan betul mengikut urutan. Murid terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada langkah 3 dapat dilihat menerusi aktiviti di mana murid menjawab lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. Manakala, penglibatkan aktif murid pada langkah 4 dilihat menerusi pelaksanaan aktiviti secara berkumpulan. Oleh itu, rancangan pengajaran harian yang dihasilkan oleh guru memenuhi langkah model ASSURE yang kelima iaitu melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peringkat terakhir dalam Model ASSURE ialah guru perlu melakukan penilaian dan menyemak semula perancangan yang telah dilakukan. Penilaian sering dianggap sebagai aktiviti menilai pencapaian murid menerusi latihan lembaran kerja atau ujian. Namun demikian, penilaian sebenarnya merangkumi dua aspek iaitu penilaian pembelajaran dan penilaian pengajaran. Penilaian seharusnya dibuat sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran untuk memastikan pemilihan objektif, media dan bahan sumber sesuai dengan keupayaan murid. Penilaian semasa proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat menerusi pemerhatian tingkah laku murid semasa pembelajaran. Melalui penilaian semasa proses pembelajaran, tindakan menangani masalah pembelajaran boleh diambil untuk tujuan penambahbaikan pada masa akan datang. Dalam konteks rancangan pengajaran harian yang guru hasilkan, proses penilaian terhadap pembelajaran dapat
dilihat menerusi aktiviti bersoal jawab bersama murid, hasil kerja murid,
lembaran kerja dan pelaksanaan aktiviti kumpulan. Menerusi aktiviti tersebut guru dapat mengetahui sama ada objektif pembelajaran yang telah ditetapkan tercapai atau sebaliknya. Manakala dalam aspek penilaian pengajaran pula, guru telah melihat semula sejauh mana rancangan pengajaran harian yang telah dihasilkan berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Ringkasnya, penilaian dan menyemak semula langkah pengajaran membantu guru untuk melakukan penambahbaikan terhadap perancangan pengajaran pada masa akan datang. Secara holistik, rancangan pengajaran harian yang telah dibina mengikut prinsip-prinsip model ASSURE. Rancangan pengajaran harian tersebut mengikut langkah-langkah yang terdapat dalam model ASSURE. Model ASSURE ini
11
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
merupakan persediaan dan perancangan awal guru adalah sangat penting dalam menyediakan bahan pengajaran yang menarik agar ianya dapat menarik minat murid untuk belajar dan membantu guru memudahkan tugas-tugasnya dalam mereka bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan atau media hendaklah dibina terlebih dahulu sebelum reka bentuk perancangan pengajaran dilakukan. Gabungan antara keduanya iaitu pembinaan atau pemilihan bahan dan reka bentuk sistem pengajaran akan dapat memudahkan tugas guru dalam merangka program pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang berkesan. Penyampaian maklumat akan menjadi lebih mudah, menarik dan berkesan. Guru perlu kreatif mencipta idea-idea baru bagi menarik minat dan citarasa murid pemulihan khas masa kini yang rata-ratanya cenderung dalam teknologi-teknologi baru. Oleh yang demikian, guru perlu memantapkan diri dan mempraktikkan kemahiran tersebut seiring dengan minat murid pemulihan khas masa kini yang lebih moden.
12
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
KESIMPULAN Tanpa perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru itu tidak akan dapat
mencapai kompetensi dalam penggajaran. Semua guru yang
melaksanakan tugas mereka dengan jujur dan penuh
minat akan sentiasa
memikirkan apa yang perlu dilakukan dan bagaimana mereka merancang untuk melaksanakannya. Justeru itu, Proses Pengajaran dan Pembelajaran perlu dirancang dengan teliti untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran yang dirancang tercapai. Oleh yang demikian, Model Reka Bentuk Instruksional ASSURE boleh digunakan untuk membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dalam bilik darjah kerana hanya dengan perancangan pengajaran yang berkesan membolehkan murid memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan disamping mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan rasa hormat mereka terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin yang positif melalui proses pengajaran yang sistematik dan menarik. Perancangan
mengajar
merupakan
susun
atur
pengajaran
agar
pembelajaran dapat berlaku secara berstruktur. Pembelajaran berlaku sebagai satu proses yang berkembang secara berperingkat (Yusup Hashim, 1998). Justeru itu penyampaian pengajaran perlu disusun secara berperingkat-peringkat. eancangan pengajaran yang berorentasikan bilik darjah tidak menggalakkan guru membina bahan pengajaran, sekadar hanya memilih bahan sahaja. Alasannya jelas kerana ia menjimatkan masa. Namun, realiti masa kini menunjukkan jumlah bahan pengajaran yang tersedia ada masih kecil, dan ini bermakna guru masih perlu menyediakannya sendiri. Dengan menggunakan Model ASSURE, ia dapat membantu guru merancangan pengajaran yang dapat memanfaatkan penggunaan media. Melalui Model ASSURE, ia memberi fokus kepada perancangan pengajaran pembelajaran berasaskan media dalam bilik darjah. Model ini dapat membantu guru merancangan pengajaran berasaskan media dalam bilik darjah masing-masing. Dalam Model Reka Bentuk ASSURE ini, Analisis Murid sangat perlu jika sesuatu media hendak digunakan dengan berkesan kerana ia harus disesuaikan dengan ciri-ciri murid, pengetahuan perlu ada dan stail pembelajaran mereka sama ada dari kalangan murid auditori, visual atau kinestatik. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dimuridi dan ia merupakan tahap minimum
13
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
yang perlu dicapai oleh murid daripada pengajaran yang dijalankan. Selain dari itu, kaedah pengajaran yang digunakan haruslah sesuai dan dipilih berkait rapat dengan objektif, kandungan pengajaran dan kumpulan sasaran atau murid kerana terdapat beberapa peringkat dalam pengajaran yang memerlukan beberapa kaedah yang berbeza sama ada secara kelas, berkumpulan atau individu. Pemilihan media pula harus bersesuaian dengan kaedah yang dipilih dan keperluan penggunaanya dalam satu-satu pengajaran sama ada menggunakan media sedia ada, mengubah suai atau mereka bentuk media yang telah ditentukan. Selain dari itu, murid juga harus dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, kuiz dan projek bagi memastikan proses pembelajaran berlaku. Bagi melihat keberkesanan rancangan pengajaran yang dibuat, penilaian perlu dilakukan sama ada sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran yang melibatkan aspek pencapaian murid dan pembelajaran yang dihasilkan seterusnya
keberkesanan media dan kaedah
pengajaran yang digunakan. Penjelasan di atas jelas menunjukkan bahawa Model Rekabentuk ASSURE mengandungi elemen-elemen penting yang boleh dijadikan satu panduan untuk merancang pengajaran agar matlamat utama yang diharapkan dari pengajaran tersebut dapat dicapai. Melaluinya juga guru dapat mengintegrasikan ketiga-tiga aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu yang perlu dilakukan secara berterusan untuk melahirkan murid yang berfikiran kritis dan kreatif, seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi seperti yang dikehendaki dalam Falsafah Pendidikan Negara
14
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
RUJUKAN
BUKU Akhiar Pardi dan Shamsina Samsuddin. (2016). Rancangan Pengajaran Harian. Petaling Jaya: Sasbadi Sendirian Berhad. Kamarudin Jeon dan Siti Hajar Abdul Aziz. (2012). Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 3 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid et al. (2012). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Shah Alam: Oxford Fajar Sendirian Berhad. Yusup Hashim. (1998). Teknologi Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sendirian Berhad.
INTERNET Mohamad Hasan Razali. (2013). Model ASSURE. Dilayari pada 18 September 2016 daripada http://hasan92.weebly.com/tajuk-4--model-assure.html Mohamad Sazly Bohari. (2012). Model ASSURE. Dilayari pada 18 September 2016 daripada
http://sazlybukhari.weebly.com/tajuk-4--perancangan-pemilihan-
penghasilan-dan-penilain-media-pengajaran-model-assure.html Zuraina Marzuki. (2012). Pembelajaran Model ASSURE: Aplikasi Dalam Rancangan Pengajaran. Dilayari pada 16 September 2016 daripada http://zuraina71.blogspot.my/2012/11/pembelajaran-model-assure.html
15
EDUP3053 Teknologi untuk Pengajaran dan Pembelajaran
LAMPIRAN
16