PENDAHULUAN Seiring dengan arus globalisasi ketika ini, elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) kian berkembang dengan pesatnya. TMK dilihat sebagai satu wahana yang mempunyai pelbagai peranan dalam kehidupan setiap manusia. Dalam bidang pendidikan, TMK terus dimartabatkan, ini seiring dengan kehendak dan tuntutan pendidikan masa kini yang menekankan aspek Pembelajaran Abad Ke-21. Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengaplikasikan elemen-elemen TMK memerlukan kemudahan infrastruktur yang lengkap. Komputer merupakan salah satu medium yang berperanan besar dalam menerapkan unsur TMK dalam proses PdP. Ringkas kata, proses ini juga dinamakan sebagai Pembelajaran Berasaskan Komputer (PBK). Memetik buah fikiran Criswell (1989), beliau mentakrifkan PBK sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas. Menurut Wang dan Sleeman (1994), kemahsyuran komputer menjadi popular sebagai media pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Selain itu, Dublin, et al (2005) menjelaskan bahawa komputer dapat menumbuhkankan inspirasi dan meningkatkan minat. Ringkasnya, melalui penggunaan komputer dalam proses PdP, ianya membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan murid. Selaras dengan tuntutan pendidikan masa kini, pihak kerajaan dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memperbaiki sistem pendidikan masa kini sesuai dengan arus semasa. Buktinya, pihak kerajaan telah membekalkan perisian pembelajaran (MyCD) kepada pihak sekolah. MyCD ini mempunyai elemen-elemen multimedia, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks. Badan yang bertanggungjawab dalam menerbitkan cakera padat ini ialah Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM. Penulisan ini selanjutnya akan menganalisis mengenai keberkesanan program multimedia yang telah diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM.
1
ANALISIS KEBERKESANAN PROGRAM MULTIMEDIA Bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih cakera padat bagi mata pelajaran bahasa Inggeris Tahun 3 yang diterbitkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan, KPM dengan kerjasama Attarbiah Sdn. Bhd. Program multimedia ini adalah sebagai bahan bantu mengajar guru dengan berlandaskan rujukan buku teks mata pelajaran bahasa Inggeris Tahun 3. Penilaian dan penganalisaan yang teliti dan terperinci terhadap isi kandungan cakera padat ini telah dijalankan berdasarkan kaedah pemerhatian melalui instrumen senarai semak. Umumnya, terdapat beberapa aspek yang telah saya ambil kira bagi menilai tahap keberkesanan program multimedia pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhannya, terdapat banyak kelemahan dalam program multimedia ini. Hal demikian kerana daripada 13 aspek yang telah saya perincikan, hanya lima aspek sahaja yang mencapai tahap baik manakala selebihnya pada tahap lemah. Bagi aspek yang memenuhi kriteria baik dalam senarai semak yang ditetapkan, pertama sekali ialah aspek daya tarikan halaman utama. Bagi program multimedia ini, ianya mempunyai halaman utama yang menarik. Ini adalah atas faktor penggunaan grafik dan warna yang ceria. Halaman utama memainkan peranan yang penting untuk menarik minat para murid untuk terus mengikuti pengisian kurikulum yang seterusnya dalam program multimedia tersebut. Secara tidak langsung, halaman utama yang menarik mampu menimbulkan elemen keterujaan dan keseronokan dalam kalangan pelajar. Aspek kedua bagi kriteria yang mencapai tahap baik ialah tahap kualiti gambar dan video. Dalam program multimedia ini, secara keseluruhannya ia mempunyai gambar berbentuk animasi yang menarik. Ini penting kerana menurut…..kanak-kanak lebih tertarik kepada grafik yang ceria dan berbentuk animasi. Seterusnya, dari aspek isi kandungan pula. Isi pembelajaran yang terdapat di dalam perisian ini adalah berlandaskan sukatan mata pelajaran mengikut buku teks bahasa Inggeris Tahun 3. Ini mengukuhkan lagi tahap keaslian dan kesahihan perisian ini. Bagi aspek pemilihan warna pula, perisian ini membuat pilihan yang tepat dari segi pemilihan warna. Ini kerana kesemua warna yang terdapat di dalam perisian ini adalah warna jenis ceria dan cerah. Ini secara tidak langsung dapat menarik minat dan fokus murid-murid apabila menggunakan perisian ini. Akhir sekali ialah dari aspek penggunaan bahasa yang sesuai. Hasil penilitian secara keseluruhannya, saya dapati bahawa kesemua laras bahasa yang digunakan dalam perisian ini adalah bahasa mudah yang senang difahami dalam kalangan murid. Kefahaman dalam kalangan murid perlu dititikberatkan kerana laras bahasa yang memudahkan akan membuatkan para murid dapat 2
memperoleh ilmu yang bermanfaat dan ini sekaligus menunjukkan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya. Seterusnya beralih kepada kriteria-kriteria yang tidak mencapai tahap yang telah ditetapkan iaitu aspek-aspek yang berada pada tahap lemah. Pertama sekali adalah dari sudut muzik dan kualiti audio. Kedua-dua aspek ini merujuk kepada bunyi-bunyian yang digunakan dalam perisian ini. Bagi aspek ini, perisian ini tidak mempunyai muzik ataupun bunyi-bunyian yang menarik. Muzik memainkan peranan yang penting dalam menaikkan seri perisian ini. Memetik kata-kata Thompson (1994), multimedia adalah suatu sistem yang menggabungkan teks, imej, video, animasi, suara dan membolehkan interaktiviti. Pendek kata, tanpa kesemua elemen ini maka pincanglah suatu sistem itu. Dalam pada itu, audio si pencerita (narrator) juga terlalu laju sehinggakan terkadang sukar untuk difahami apakah yang cuba dsampaikan. Aspek seterunya ialah kesesuaian perisian dengan pelajar serta aksesibiliti perisian. Hasil pengamatan saya, saya boleh katakan bahawa perisian ini tidak bersifat mesra pengguna. Hal demikian kerana ianya sukar untuk diteroka oleh murid disebabkan oleh susunan papan kekunci yang mengelirukan dan tidak sistematik. Terdapat beberapa soalan yang diletakkan secara berasingan dengan perisian. Apa yang cuba saya sampaikan ialah soalan terpaksa dibuka pada tetingkap Microsoft Word iaitu luar daripada program multimedia ini. Dalam pada itu, perisian ini mempunyai kelemahan yang sangat ketara bagi aspek tahap penglibatan murid dalam perisian ini. Perisian ini tidak melibatkan murid secara keseluruhannya. Hal demikian kerana tidak ada soalan interaktif yang disediakan. Sebaliknya, permainan sahaja yang melibatkan murid secara sepenuhnya. Permainan ini tidak dilihat sebagai input utama dalam proses pembelajaran kerana ianya hanya berfungsi sebagai menghilangkan rasa bosan ketika belajar. Seterusnya, aspek jenis dan saiz tulisan yang digunakan. Pada amnya, jenis tulisan yang diguanakan adalah dalam keadaan yang baik. Namun terdapat sedikit kepincangan bagi saiz tulisan. Ini disebabkan oleh saiz tulisan yang terlalu kecil sehinggakan ianya sukar untuk dilihat. Saiz tulisan memainkan peranan yang tersendiri dalam memastikan murid dapat memperoleh ilmu pengetahuan yang cuba disampaikan melalui perisian ini secara keseluruhannya. Tujuan utama program multimedia adalah untuk membantu pengajaran guru agar lebih berkesan dan meningkatkan tahap pembelajaran murid. Ini bertepatan dengan saranan Yusup (2006) yang ingin melihat objektif pembelajaran yang tercapai, alat dan media yang digunakan membantu proses pengajaran dan pembelajaran, kesemua murid menggunakan alat dan bahan media dengan cara yang betul dalam memperoleh dan meningkatkan ilmu pengetahuan.
3
Akhir sekali adalah dari sudut penerapan nilai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Sistem pendidikan abad ini menekankan penerapan nilai KBAT dalam proses PdP. Justeru, KBAT perlu diterapkan dan diaplikasikan secara keseluruhannya meliputi segenap mata pelajaran yang diajar di sekolah (Oblinger, 2004). Melalui perisian ini, ianya langsung tidak menerapkan nilai KBAT dalam kalangan murid. Hal demikian kerana soalan yang dikemukakan tidak mencabar daya pemikiran kanak-kanak. KBAT menjadi suatu tuntutan pada masa kini. Ini penting dalam melahirkan generasi muda yang mempunyai daya pemikiran yang bertaraf dunia. Oleh itu, KBAT dan isi pembelajaran perlu diselaraskan mengikut struktur pendidikan yang tepat. Tuntasnya, program multimedia bahasa Inggeris Tahun 3 ini berada pada tahap yang lemah. Ini disebabkan oleh terdapat banyak kriteria-kriteria yang tidak dapat dicapai pada tahap yang baik. Oleh itu, Bahagian Teknologi Pendidikan perlu mengembleng tenaga untuk memperbaiki kelamahan yang ada untuk terus memartabatkan TMK dalam bidang pendidikan selaras dengan kehendak Pembelajaran Abad Ke-21. Ini bertepatan dengan buah fikiran Bairley (1996) yang menyatakan bahawa multimedia adalah alat baru yang dapat memberikan banyak manfaat pembangunan kepada dunia pendidikan.
4
PENUTUP Dunia pendidikan hari ini amat menitikberatkan pengaplikasian TMK dalam proses PdP. Menerusi TMK, ianya dapat membawa pelbagai kelebihan dalam proses PdP. Antaranya menarik minat murid, mewujudkan elemen keterujaan dan meningkatkan kefahaman murid mengenai sesuatu topik pembelajaran. Justeru, guru perlu mahir dan cekap dalam penggunaan kemudahan alat TMK yang tersedia. Ini penting untuk memastikan kelancaran dan kelangsungan proses PdP yang berkesan. Arus perkembangan teknologi multimedia memberi harapan baru dalam era pendidikan kerana dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Program multimedia ataupun juga dikenali sebagai Pakej Pembelajaran Multimedia Interaktif (PPMI) dilihat sebagai suatu wahana yang mudah dan senang diaplikasi dalam proses PdP. Ringkasnya, guru perlu mahir dalam bidang TMK agar kaedah dan teknik PdP dapat dipelbagaikan dan divariasikan bagi menimbulkan rasa keseronokan ketika proses PdP. Kajian lepas ada membuktikan bahawa pelajaran akan tersimpan diingatan lebih lama apabila lebih daripada satu deria dilibatkan semasa pengajaran berlaku.
5
REFLEKSI Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad Ibnu Abdullah S.A.W, ahli keluarganya yang suci serta para sahabat baginda yang terpilih. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah kerana pada hari ini saya masih lagi diberikan peluang untuk bersama rakan-rakan dalam menuntut ilmu dunia dan akhirat. Tanpa belas kasih sayang dan keizinan-Nya, sudah tentu saya tidak berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Saya berasa bersemangat dan berpuas hati dengan hasil kerja ini setelah pelbagai rintangan yang perlu dihadapi oleh diri saya sendiri untuk menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Alhamdulillah. Sebaik sahaja tugasan ini diberikan, saya dapat merasakan tugasan ini merupakan satu tugasan yang agak mencabar kebolehan saya sebagai seorang siswa pendidik untuk berfikiran secara kreatif dan kritis. Selain itu, saya juga terpaksa menggunakan tahap pemahaman aras yang tinggi untuk menghasilkan suatu hasil tugasan yang terbaik mengikut kehendak dan kriteria seperti mana yang telah ditetapkan dalam saolan kerja kursus pendek ini. Pertama sekali, saya telah bekloborasi dengan pensyarah subjek untuk mendapatkan penjelasan yang terperinci berkenaan tuntutan soalan tugasan agar tugsan ini dapat saya siapkan dalam keadaan yang sangat berkualiti seklaigus memahami segala citarasa kehendak soalan tugasan ini dengan jelas dan tepat. Selain itu, nilai tambah daripada tugasan ini mampu mengeratkan lagi hubungan toleransi saya bersama pensyarah subjek dan rakan-rakan sekelas. Pelaksanaan tugasan ini menyebabkan kami saling bertukar-tukar idea dan memberi sokongan antara satu sama lain. Bak kata pepatah ,berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dan bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Masalah kepelbagaian idea yang ingin dibentuk dan dirangka sebelum saya melakukan tugasan ini telah menyebabkan masa dihabiskan dengan begitu sahaja. Hal ini disebabkan oleh faktor perancangan yang pelbagai yang kurang berkesan dalam diri saya menyebabkan banyak masa terpaksa diluangkan. Oleh yang demikian, strategik yang berkesan untuk menyiapkan tugasan ini perlu dilakukan oleh saya dengan segera. Sedikit iktibar dan pengharapan juga mula diperoleh dalam diri saya dalam menjayakan hasil tugasan-tugasan yang seterusnya dengan sebaik mungkin kerana menurut Syed Hussien Al Atas dalam buah fikirnya yang bertajuk, Intelectual In Developing Society menceritakan bagaimana sesuatu kejayaan sesebuah tugasan itu terletak pada nilai dan etika sistemnya, kesungguhan bangsanya serta pembudayaan ilmunya sehingga suatu ketika,kejayaan pasti ditempa. 6
Melalui tugasan ini, saya dapat mengetahui ilmu-ilmu baru dalam dunia pendidikan terutama sekali dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Saya dapat mengetahui betapa besarnya peranan komputer dalam proses PdP. Hal demikian kerana computer merupakan salah satu medium yang berperanan besar dalam menerapkan unsur TMK dalam proses PdP. Seperti yang diketahui umum, pendidikan abad ini amat menitikberatkan penerapan unsur TMK. Ini sejajar dengan kehendak Pembelajaran Abad Ke-21. Pembelajaran berasaskan computer dilihat dapat menemui jalan keberkesanan apabila ianya melibatkan penglibatan murid secara keseluruhannya. Ringkas kata, soalan berbentuk interaktif perlu diwujudkan dalam kuantiti yang banyak kerana interaktif merupakan salah satu kaedah yang melibatkan penglibatan aktif murid dalam proses pembelajara. Dalam pada itu, TMK juga perlu bergerak seiringan dengan KBAT. Ini kerana melalui KBAT pemikiran kritis, kritikal dan analitikal murid dapat diasah. Hasilnya, modal insan yang berkualiti dapat dilahirkan demi kemajuan negara pada masa hadapan. Dalam memegang gelaran sebagai bakal pendidik, saya faham dan maklum betapa pentingnya ilmu dan kemahiran TMK bagi setiap guru. Pembelajaran abad kini bukan hanya sekadar ‘chalk and talk’ tetapi sebaliknya melibatkan penglibatan aktif murid dalam proses PdP disamping mendidik murid-murid untuk berfikir menggunakan nilai KBAT. Melalui proses pencarían idea, ketika proses berusaha untuk merencana dan membentuk tugasan ini, saya telah membuat pencarian rujukan yang bersesuaian dan penganalisian yang terperinci berkaitan dengan soalan tugasan kerana melalui proses pencarian idea ini saya dapat melatih diri untuk menjadi seorang pendidik yang mampu mencari bahan-bahan Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) yang bersesuaian dan tepat kepada para pelajar yang akan mengikuti proses pembelajaran bersama saya suatu hari nanti elak. Aspek ini, seiring dengan kehendak kerajaan melalui bahagian pendidikan negara, untuk melahirkan perintis guru yang cemerlang dalam akademik serta kualiti pengajarannya selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dalam
anjakan
yang
kesebelas
iaitu
ingin
meningkatkan
ketelusan
untuk
kebertanggungjawaban umum berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan. Saya sedar bahawa apa yang saya pelajari pada setiap semester di IPG Kampus Sultan Mizan ini semuanya telah dirancang dengan baik oleh pihak pengurusan. Oleh itu, saya rasa tugasan ini sangat membantu saya untuk menjadi seorang guru yang akan terus berperanan penting dalam menjujung pendekatan modular seperti yang termaktub di dalam KSSR dalam pengajaran kemahiran bahasa sebagai budaya di sekolah saya suatu hari nanti. Semua yang telah saya fahami dan pelajari melalui ini akan saya ingat dan praktikkan apabila menjadi guru pada suatu hari nanti. Saya berasa bersemangat dan berpuas hati
7
dengan hasil kerja saya setelah pelbagai rintangan yang perlu dihadapi untuk menyiapkan tugasan ini. Bedasarakan Sabda Rasulullah S.A.W, “Mencari ilmu adalah fardhu ke atas setiap muslim”, (Hadis riwayat Ibnu Majah). Oleh itu, kita dituntut oleh agama Islam supaya bersungguh-sungguh menuntut ilmu pengetahuan supaya semakin bertambah ilmu, maka semakin dekatlah diri kita dengan Allah S.W.T. Ilmu itu merupakan cahaya untuk kita lebih merasai keesaan Allah S.W.T, serta kekuasaan dan keagungan-Nya. Dengan ini akan bertambahlah ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Dengan izin Allah, saya akan meaplikasikan ilmu yang amat bermanfaat ini kepada murid-murid saya pada suatu hari nanti apabila saya telah bergelar sebagai seorang guru. Setelah banyak saya membuat pencarian maklumat, saya berharap ilmu ini akan terus bermanfaat dan bersemai dalam kehidupan saya pada era globalisasi ini. Hal demikian kerana belajar melalui pengalaman ialah proses belajar dan proses perubahan yang menggunakan pengalaman sebagai media belajar atau pemelajaran dan apa-apa yang dialami secara aktif dan diusahakan untuk proses pemahaman, mencari makna daripada pengalaman tersebut ialah pemelajaran melalui pengalaman. Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan ini telah memberikan banyak faedah dan manfaat kepada saya. Selain itu, membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini. Sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. daripada Abu Hurairah yang bermaksud : "Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan darinya dan doa anaknya yang soleh" (Hadis Riwayat Muslim).
8
RUJUKAN
Bailey, G. D., Ross, T., & Griffin, D. L. (1996). Barriers to curriculum-technology integration in education. Educational Considerations, 23(2), 4-17. Criswell, E. L. (1989). The design of computer-based instruction. New York: Mac Millan. Dublin, P., et al. (1994). Integrating computers in your classroom: Early chilhood. New York, NY: Harper Collins Collage Publishers. Oblinger, D.G. (2004). The Next Generation of Educational Engagement. Journal of Interactive Media in Education, 1. Diakses pada September 1, 2016 daripada http://doi.org/10.5334/2004-8-oblinger Thompson, S. A. (1994). Upgrading your PC to multimedia. Indianapolis: QUE Corporation. Wang, S. & Sleeman, P. J. (1994). The effectiveness of computer assisted instruction theoretical explanation. Journal of Instructional Media, 21(1), 61-77. Yusup Hashim. (2006). Penggunaan teknologi intruksional dalam kurikulum dan interaksi. Diakses pada Ogos 31, 2016, http://yusuphashim.blogspot.com/2006/
9
LAMPIRAN
SENARAI SEMAK PENILAIAN KEBERKESANAN PROGRAM MULTIIMEDIA
BI L
ASPEK
PENILAIAN BAIK
LEMAH
✔
1.
Daya tarikan halaman utama pakej perisisan
2.
Kesesuaian muzik yang digunakan
3.
Tahap kualiti gambar dan video
4.
Tahap kualiti audio
5.
Isi kandungan yang berlandaskan objektif pembelajaran
6.
Kesesuaian perisian dengan pelajar
✔
7.
Aksesibiliti perisian
✔
8.
Penglibatan dan tahap interaktif perisian dengan pelajar
✔
9.
Jenis dan saiz tulisan yang digunakan
✔
10.
Pemilihan warna yang menarik
✔
11.
Penggunaan bahasa yang sesuai
✔
12.
Penerapan nilai KBAT dalam perisian
✔
13.
Kepelbagaian jenis soalan yang digunakan
✔
✔ ✔ ✔ ✔
10
11
Halaman Utama Program Multimedia Subjek Bahasa Inggeris Tahun 3
12
Menu Utama Program Multimedia Bahasa Inggeris Tahun 3
Permainan dalam Program Multimedia Bahasa Inggeris Tahun 3
13