CIRI-CIRI BAHASA MELAYU
BAHASA MELAYU SEBAGAI SATU SISTEM Tiap – tiap bahasa mempunyai susunan yang tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, nahu ataupun bentuk sintaksis. Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa unit tertentu yang dicantumkan menjadi satu susunan yang sempurna strukturnya tetapi tidak semua percantuman unit-unit itu boleh dilakukan kecuali mengikut cara-cara tertentu. Oleh sebab ini Bahasa Melayu dikatakan bersistem.
BAHASA MELAYU SEBAGAI SATU SIMBOL
Bahasa Melayu wujud bersama-sama dengan institusi lain. Oleh itu, bahasa Melayu bertugas untuk menyampaikan dan menyatakan sesuatu dalam komunikasi. Dalam setiap pertuturan, bahasa Melayu mempunyai erti bagi penutur dan pendengarnya. Harus diingat terdapat satu kaitan rapat antara bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dengan kebudayaan di sekelilingnya. Ini semua mengandungi makna. Bahasa Melayu merupakan simbol kepada orang Melayu. Hal ini kerana penggunaan bahasa Melayu dapat melambangkan bangsa seseorang itu.
BAHASA MELAYU BERSIFAT ARBITRARI
Bahasa Melayu boleh digunakan dan dipertuturkan sehingga kini kerana bahasa Melayu bersifat dinamik iaitu boleh berubah mengikut arus kemajuan zaman. Oleh sebab itu, bahasa Melayu yang digunakan masyarakat di zaman Kesultanan Melayu Melaka berbeza dengan bahasa Melayu yang digunakan pada zaman ini.
BAHASA MELAYU BERSIFAT ARBITRARI
Arbitrari bermaksud tidak semestinya ada hubungan antara bunyi yang dilafazkan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh kerana sifat-sifat arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa mempunyai perkataan-perkataan yang berlainan bagi benda-benda yang sama.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH