Artikulasi sertaan Artikulasi tambahan atau artikulasi sertaan dimaksudkan kepada kelainan penyebutan sesuatu vokal kerana wujudnya pengaruh lingkungannya dalam sesuatu perkataan. Sebagai contoh, apabila sesuatu vokal itu mengikuti bunyi sengau, maka akan berlaku penyengauan atau nasalisasi pada vokal itu. Jika dua vokal hadir secara berturutan dalam sesuatu perkataan pula, akan wujud satu bentuk penyebutan antara dua vokal itu. Sebagai contoh, jika vokal /a/ dan /u/ hadir secara berturutan seperti dalam perkataan /maut/, antara bunyi /a/ dan /u/ itu hadir bunyi semacam /w/ menjadikan sebutan perkataan itu seperti /mawut/. Keadaan seperti ini dinamakan labialisasi. Dalam bahasa Melayu ada 4 artikulasi tambahan/sertaan iaitu: 1. Nasalisasi – dikenali juga sebagai penyengauan Vokal yang mengikuti bunyi konsonan sengauan (malang, nasihat, nganga nyanyi, mana) Dalam struktur KV+KV dan KV+KVK yang konsonan pertamanya terdiri daripada konsonan sengau, manakala konsonan yang keduanya, sama ada terdiri daripada separuh vokal ([y] atau[w]) ataupun geseran glotis [h], contohnya ma-har, me-wah, Na-wab, Nawab, na-hu dan na-has Vokal rangkap itu mengikuti bunyi konsonan sengau dalam struktur KV+VK dan KV+KVV misalnya mu-ak, kur-nia, be-nua, ma-un, nyi-ur 2. Glotalisasi - dikenali juga sebagai pengglotisan Bunyi hentian glotis akan terhasil apabila kita membunyikan vokal rangkap yang terdiri daripada ‘ea’, ‘ae’ atau yang terdiri daripada dua vokal yang sama. Glotalisasi juga hadir apabila awalan ‘ke-‘ atau ‘ke-...an’ diimbuhkan pada perkataan yang bermula dengan bunyi vokal. Contohnya, “keadaan” dibunyikan sebagai [kə?ada?an], “keimunan” disebut sebagai [kə?imunan], “keutuhan” disebut sebagai [kə?utuhan], “keenakan” disebut [kə? enakan] 3. Labialisasi – dikenali juga sebagai pembibiran Bunyi seperti konsonan separuh vokal /w/ akan terhasil apabila kita membunyikan vokal rangkap yang terdiri daripada ‘ua’ atau ‘au’ misalnya ‘buat’ disebut [buʷat], ‘kaut’ disebut [kaʷut] Ketika membunyikannya seolah-olah terdapat bunyi [w] 4. Palatalisasi - dikenali juga sebagai pelelangitkerasan Bunyi seperti konsonan separuh vokal /y/ akan terhasil apabila kita membunyikan vokal rangkap yang terdiri daripada ‘ai’ dan ‘ia’, misalnya perkataan ‘kait’ disebut [kaʸit], ‘biak’ disebut sebagai [biʸa?] VOKAL RANGKAP Vokal rangkap berbeza dengan diftong. Vokal rangkap merupakan gandingan dua vokal iaitu yang hadir secara berturutan dalam sesuatu perkataan. Kedua-dua vokal itu dibunyikan dengan sepenuhnya dan setiap vokal itu membentuk satu suku kata. Kehadiran vokal rangkap dalam sesuatu perkataan menimbulkan artikulasi tambahan atau sertaan, iaitu labialisasi, palatalisasi dan glotalisasi Contoh perkataan yang mengandungi vokal rangkap : saat, maut, kuih, kaedah, naik, suun, kuat, raih, kerajaan, kuil