MALAYSIA KEKAL BERDAULAT
Konsep Negara Berdaulat 1. Persempadanan • Mempunyai sempadanan yang jelas. • Berfungsi sebagai pemisah antara sesebuah negara dengan negara yang lain. • Merangkumi seluruh wilayah termasuk laut dan ruang angkasa.
Konsep Negara Berdaulat (…sambungan) • Sempadan menentukan bidang kuasa politik, ekonomi dan mobiliti sosial. • Campur tangan dalam hal ehwal negara lain adalah dilarang.
Konsep Negara Berdaulat 2. Sistem Pemerintahan • Merujuk kepada sistem kerajaan. • Sistem kerajaan ialah institusi pemerintahan sesebuah negara yang bertanggungjawab menggubal dan melaksanakan dasar-dasar negara. • Komponen utama kerajaan merangkumi Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
Konsep Negara Berdaulat 3. Rakyat-Penduduk Tetap • Meliputi semua penduduk dalam wilayah berkenaan. • Rakyat sesebuah negara mempunyai ciriciri khas yang membezakannya dengan negara yang lain. • Rakyat disatukan melalui kebudayaan, nilai-nilai politik dan identiti nasional.
Ciri Negara Berdaulat 1. Merdeka • Bebas daripada belenggu penjajahan. • Bebas membuat keputusan berkaitan kepentingan rakyat berdasarkan peruntukan perlembagaan yang dipersetujui ramai. • Lambang-lambang negara menggambarkan identiti dan jati diri bangsa.
Ciri Negara Berdaulat 2. Berkuasa Sendiri • Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat berkuasa sendiri membuat keputusan terhadap kepentingan rakyat seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan 1957. • Doktrin Pengasingan Kuasa mengagihkan kuasa kepada Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.
Ciri Negara Berdaulat 3. Berwibawa • Keupayaan atau kebolehan sesebuah negara untuk mempengaruhi atau menguasai rakyat dan sumber semula jadi secara poisitif dan berkesan. • Menentukan kestabilan politik, kekuatan ekonomi dan modal insan yang berkualiti. • Perpaduan kaum di Malaysia melambangkan kewibawaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat.
Ciri Negara Berdaulat 4. Beridentiti • Setiap negara ada identiti yang menggambarkan negara tersebut. • Lambang-lambang negara sebagai identiti negara- bendera, jata negara, lagu kebangsaan. • Identititi Malaysia –negara Islam sederhana, dasar luar yang jelas, memperjuangkan keamanan sejagat, dasar berkecuali.
Pembentukan Negara Malaysia Kemerdekaan Tanah Melayu
• Perjanjian London Menetapkan tarikh kemerdekaan 1957. Suruhanjaya bebas menggubal Perlembagaan merdeka Konsep Raja Berperlembagaan dikekalkan. Pembahagian kuasa antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.
Pembentukan Negara Malaysia Kemerdekaan Tanah Melayu • Suruhanjaya Reid Pembentukan kerajaan persekutuan. Kerakyatan jus soli Keistimewaan orang Melayu dikekalkan Institusi raja dikekalkan Bahasa Melayu bahasa kebangsaan Islam agama rasmi
Pembentukan Negara Malaysia Kemerdekaan Tanah Melayu • 15 Ogos 1957
Penandatangani Perjanjian Merdeka 1957 • 31 Ogos 1957
Perisyiharan Kemerdekaan.
Pembentukan Malaysia Cadangan Pembentukan Malaysia
27 Mei 1961 Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Dipersetujui semua.
Pembentukan Malaysia • Suruhanjaya Cobbold mencadangkan perlembagaan Malaysia berasaskan perlembagaan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak menentukan dasar imigresen sendiri, hak bumiputera Sabah dan Sarawak dijamin, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, negara baru dinamakan Malaysia.
Pembentukan Malaysia • September 1962 Referendum di Singapura mendapati penduduk bersetuju menyertai Malaysia.
• Julai 1963 Brunei menarik diri
Pembentukan Malaysia • Ogos 1963 misi PBB mendapati penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia.
• 16 September 1963 Perisytiharan penubuhan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.