SEJARAH TARIAN JOGET
JOGET Joget merupakan tarian yang paling popular bagi kesemua tari rakyat. 1 Tarian tersebut telah menjadi kebiasaan untuk mempersembahkan tarian sosial semasa abad ke-20 di mana penari cabaret menari di Taman hiburan, dewan tari,fun fair park dan cabaret yang diperbadankan Joget sebagai repertior mereka. Pada awal abad ke-20 sehingga 1960an, Joget merupakan sebahagian daripada repertoir Ronggeng di mana tergolong dengan variasi gaya tarian Inang dan Asli. Perkataan ’Joget’ menandakan tarian dalam erti kata yang luas tetapi ia juga merujuk kepada tari rakyat yang tertentu di mana telah berkembang daripada elemenelemen pembauran tari rakyat Portugis dan gaya tarian Melayu. Spekulasinya sangat meluas bahawa orang Melayu dari Melaka yang pertama kalinya menari Joget iaitu pada abad Portugis (1511-1641). Secara meluasnya Joget dianggap sebagai versi Melayu Portugese Branyo, terbitan tempatan Brundo atau Branle, di mana ia sangat popular pada abad ke-15 di Eropah. Brundo atau Branle, yang kebiasaanya akan menari di dalam satu bulatan atau dalam satu garisan, telah menjadi satu asas bagi Branyo. Orang Melayu Melaka yang telah menghalang Portugis untuk menyertai dan keturunan mereka untuk menari, persembahan tari adalah sama dengan Branyo yang mempunyai dua bahagian dan pembahagian tiga rentak dari European Brundo, Branle dan muzik tempatan Branyo. Malah kedua-dua Joget dan Branyo meminjam persamaan yang sama iaitu tiga-terhadap-dua irama, dan mungkin melodi boleh mengubah mengikut kehendak’. Ia juga berkemungkinan bahawa orang Melayu Melaka telah membina tarian baru di Melaka pada abad ke-16. 1
Sharing Identities, Eclecticism and syncretic traditions : The making of Malay Folk Dances. Mohd Anis Md Nor
Tandak yang lebih tua, di mana masih mempersembahkan oleh orang-orang kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sehingga kini, Pendahuluan Joget adalah kedua-dua tari rakyat dan tari sosial. Kebiasaanya ia di persembahkan semasa upacara perkahwinan dijalankan di mana penari akan menari dengan berpasangan , sama ada di antara kumpulan jantina atau antara lelaki dan wanita, ia sering bertukar-tukar pantun atau sebagai pelatih di mana akan menyayikan dengan nada Tandak. Mereka juga diiringi dengan gendang kecil dan esemble gong. Perbezaan muzik esemble Tandak, Joget pula diiringi dengan dua gendang rebana, saru gong, biola atau satu akordian dan satu atau dua penyanyi. Dalam erti kata lain, Joget telah menjadi lebih sopan santun daripada Tandak lebih tua di mana menggunakan penggunaan peminjaman esemble muzik dan lebih suka esemble gendang dan esemble gong. Tandak dan Joget merupakan tradisi pembauran yang telah mula dengan pengenalan dari pencampuran alat muzik (biola,arkodian,gendang) dan lagu-lagu yang dipinjam dari Portugis pada abad ke-16 dan 17. Walaupun performative yang lalu dari Tandak dan Joget merupakan akar umbi di Branyo dari Kristang (dialek Portugis lama) lirik, Branyo telah mengubahkan, pada dasar kini terdapatnya perubahan di antara popular baru dan memainkan pop bands dengan menggunakan percampuran gitar, keyboard dan set perangkap. Walaubagaimanapun, dengan mempunyai maklumat sedikit megenai Branyo, selain daripada kajian yang dilakukan oleh Margaret Sarkissin daripada sumber Malaysia dan Portugis di mana mencadangkan untuk mempunyai variasi tarian yang lebih tua dan tradisi muzik dari Portugal, Brundo. Tiada mempunyai rekod yang dapat diketahui tentaqng Branyo dalam repertoir Portugis di Portugal, yang mungkin mencadangkan untuk menjadikan salah satu bentuk atau pengucapan dari Brundo
atau Brenle, dimana tarian istana ini sangat popular pada abad ke-15 di istana dan luar bandar semenanjung itali dan iberia pada abad ke-16. Kebiasannya, Brundo dan Branle akan menari dalam bulatan, di mana mungkin mempunyai perbezaan dari segi pergerakan ke sisi. Branle berganda dan Brenle yang mempunyai dua rentak dalam satu bar manakala Brenle Gai pula mengandungi tiga rentak dalam satu bar. Kemungkinan peneroka awal Portugistelah menetap di Melaka dan mempersembahkan Brundo dan Brenle, di mana ia sangat berkait rapat dengan kiraan 6/8 yang mempunyai bentukbentuk tarian seperti Tarantella atau Fundango. Tandak yang kuno dan Joget telah berkongsi persamaan gaya performative atau menyanyi dan menukar 4 baris (pantun) di antara persembahan, di mana boleh dinyanyikan dengan iringan muzik dari gendang dan gong, yang mana menyediakan irama dan aksen agogic. Penyanyi-penari akan menari dengan pergerakan yang mudah iaitu berjalan dan melompat di antara nyanyian yang mempunyai 4 baris. Pantun Melayu adalah baris yang telah diimprovisasi kerana ia menyerupai dengan mata kantiga, mempunyai pertarungan genre dengan menukar beberapa baris pantun lagu dengan iringan muzik Branyo. Sarkissian menjelaskan, kecuali dari bahasa, Branyo dan mata kantiga merupakan-kini, hampir masing-masing menukarkan genre Joget orang Melayu dan dondang sayang. Revolusi Joget datangnya dari Tandak mempunyai percampuran muzik dari Branyo dan gaya menyanyi mata kantiga yang telah dibuat Joget dengan menari-pantas dalam muzik yang mempunyai dua dan tiga rentak dalam satu bar, penari mampu untuk menari dan menyanyi dalam kumpulan. Joget yang dikenali sebagai Lagu Dua dalam Ronggeng Sumatera dan merupakan satu repertoir utama dalam Malay Ronggeng (Ronggeng Melayu) sepanjang hari dengan tarian kabret pada 1930-an hingga 1960-an. Pada tahap tertentu, Joget merupakan satu persamaan dengan Ronggeng.
RAGAM TARIAN JOGET
1.ASAS SETEMPAT 2.ASAS BERGANDA
8.TERANCANG LOMPAT
3. RAGAM PUSING EMPAT PENJURU.
7.TERANCANG SETEMPAT
4.RAGAM PUSING SEPARUH
6.RAGAM 'S' 5.RAGAM KUNANG-KUNANG MABUK
3.4 BUSANA DAN TATARIAS ASAL Busana Wanita
Cucuk Sanggul
Bunga
Rantai Emas Selendang
Baju Kebaya Labuh
Busana bagi penari perempuan bahagian hadapan. Baju kebaya labuh sebagai warisan daripada Kerajaan Johor – Riau terkenal di Melaka, Perak, Selangor dan Kedah-Perlis. Pola baju belah panjang ini masih bersifat mengurungkan anggota badan. Secara tradisi potongannya labuh sehingga ke buku lali. Cuma bezanya ianya berbelah dan berpesak dihadapan baju ini, umumnya dipakai sebagai pakaian di luar rumah atau upacara rasmi. Baju kurung belah ini kemudiannya dikenali sebagai baju panjang dan kebaya panjang. Taradisi ini berkembang menjadi kebaya dan bertangan panjang berpesak lurus dihadapan, berkekek dan berbelah dada yang ditutup dengan kancing atau kerongsang tiga.
Busana bagi penari perempuan bahagian belakang.
Cucuk sanggul
Bunga
Anting-anting
Aksesori kepala penari perempuan.
Busana Lelaki
Songkok
Sebuku Garam Baju Melayu Cekak Musang
Samping Songket
Busana bagi penari lelaki Baju Melayu ialah pakaian tradisional lelaki melayu. Istilah Cekak Musang ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk cekak tinggi atau leher tengkak empang leher. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.
Samping
Samping mirip seperti kain sarung, bezanya cuma samping lebih pendek daripada kain sarung. Samping dipakai oleh kaum lelaki Melayu bersama-sama baju Melayu dan seluar panjang. Samping diikat di pinggang di sebelah luar, di atas baju dan seluar. Bahagian kaki samping dilepas hingga ke lutut atas betis. Samping dipakai dengan cara melipat sisi kiri dan sisi kanannya supaya bertindan di tengah-tengan di hadapan badan (box-pleat) atau dikenali sebagai lipatan bunga. Kemudian bahagian yang bertindan itu digulung atau dikemaskan dengan tali pinggang ataupun bengkong. Selain daripada cara yang disebutkan di atas, samping juga dipakai dengan pelbagai gaya supaya lebih menarik. Antaranya ialah dengan cara melipat pahlawan, biasa dan bunga.
TATARIAS PENARI PEREMPUAN Bunga hiasan
Subang/ Anting-Anting
Subang merupakan perhiasan bagi golongan wanita yang dipakai di hujung telinga. Perhiasan ini terdiri daripada pelbagai jenis bentuk seperti berbentuk bulatan (sebuku garam) dan juraian. Ianya diperbuat daripada pelbagai jenis bahan seperti emas, perak, tembaga dan sebagainya.
Cucuk Sanggul
Cucuk sanggul berfungsi sebagai penyelamatb rambut dan untuk mengemaskan sanggul yang dibuat. Cucuk sanggul berbentuk seperti bilah pedang dan jarum, Cuma saiznya yang berbeza. Kebiasannya cucuk sanggul akan dibuat di dalam bentuk set iaitu set mempunyai tiga, lima atau tujuh bilah cucuk sanggul dan diperbuat daripada emas atau perak. Hulu sanggul kebiasannya akan diukir dengan bentuk yang menarik seperti tumbuh-tumbuhan menjalar atau bunga-bungaan. Seperti kerongsang, cucuk sanggul juga kebiasannya akan diletakkan baru permata yang pelbagai warna bagi emncantikkan lagi cucuk sanggul tersebut. Cucuk sanggul kebiasannya digunakan oleh pengantin perempuan pada hari perkahwinan mereka kerana hari-hari biasa mereka jarang membentuk sanggul.
Dokoh
Dokoh dicipta dengan menggunakan seutas rantai dan dihiaskan dengan beberapa rekabentuk sampingan yang dicantumkan di tingkat pertengahan kiri dan kanan rantai. Manakala di bahagian baahnya disediakan pula kepingan yang bertingkat-tingkat ataupun hanya terdiri daripada satu atau dua keping sahaja. Kepingan dokoh ini biasanya dihiasi dengan corak yang bermotif daun sukun dan alam semula jadi dengan menggiunakan berbagai-bagai teknik. Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat biasanya disusun dari atas hingga ke bawah dan dicantumkan dengan menggunakan rantai di kirinya dan kanannya. Dokoh ini biasanya berbentuk tiga segi dan bercorak bulan sabit atau daun-daun yang meanrik. Sudah menjadi amalan tukang-tukang untuk merekacorakkan dokoh dengan berbagai-bagai ragam hias dan ada diantaranya bertahtakan batu permata yang berwarna-warni. Dokoh tiga tingkat merupakan hiasan leher dan dada yang paling istimewa da yang tidak boleh ditinggalkan dalam istiadat perkahwinan dan juga pengantin lelaki memakai dokoh untuk menimbulkan keserian. Dokoh seperti ini terdapat di seluruh nusantara dan ada yang mengatakan bahawa dokoh telah diperkenalkan oleh orang india seolah-olah menggantikan kalungan bunga malai yang lazim dipakai oleh orang india. Dokoh yang dua tingkat dan tiga tingkat dibentuk
dengan kepingan leper dan tidak begitu berat jika dibandingkan dengan dokohyang hanya satu kepingan yang biasanya dibentuk secara tiga dimensi untuk membolehkan damar cair dituangkan ke dalamnya supaya menjadi tegap dan berat. Gelang
Gelang tangan telah menjadi keistimewaan masyarakat Melayu khususnya kaum wanita semenjak beberapa kurun yang lalu. Besar kemungkinan kemasyhuran ini bermula sejak zaman kesultanan Melayu Melaka lagi. Ini dapat dipercayai berdasarkan hubungan perdagangan dan perniagaan yang dijalankan oleh orang india atau lebih dikenali dengan panggilan Keling Pelekat yang sering masuk ke kampung-kampung untuk berniaga. Antara bahan yang paling diminati oleh masyarakat desa pada waktu itu ialah gelang tangan. Gelang tangan mempunyai berbagai-bagai nama, misalnya gelang belah rotan, gelang ular, gelang pintal (tali), rantai tangan, cekak tangan dan sebagainya. Gelang tangan biasanya dibuat oleh tukang-tukang emas Cina dan India. Mereka sentiasa menggunakan kebijaksanaanya mencipta dan merekabentuk gelang-gelang yang paling sesuai untuk dipakai di pergelangan tangan.
TATARIAS PENARI LELAKI Songkok
Songkok merupakan sejenis topi tradisional bagi orang Melayu yang digayakan oleh kaum lelaki. Songkok juga dipakai sebagai pelengkap kepada baju Melayu yang dipakai ketika menari kebanyakkan tarian melayu tradisional dan untuk emnghadiri majlis-majlis tertentu. Songkok ini popular bagi masyarakat melayu di Malaysia, Singapura yang beragama Islam dalam bentuk seakan-akan fez dan kebanyakannya dihasilkan dalam warna hitam. Di Indonesia, songkok juga dikenali sebagai nama peci.
Sebuku garam
3.5 ALAT MUZIK
Muzik adalah antara pelengkap dalam sesebuah persembahan tarian. Sama ada ia terdiri dengan sendirinya atau sebagai tulang belakang persembahan tersebut. Pelbagai peralatan yang digunakan untuk menghasilkan muzik yang tersendiri bergantung pada kreativiti seseorang itu mencipta alat-alat muzik tersebut. Ada yang menggunakan kayu, besi, kulit, bulu binatang dan pelbagai lagi asalkan ia mampu menghasilkan bunyi yang menarik. Ini membuktikan kepakaran dan kreativiti masyarakat Melayu zaman dahulu menghasilkan peralatan-peralatan muzik yang indah didengar dan bersesuaian dengan persembahan tarian yang tertentu. Peralatan muzik yang digunakan bagi tarian Inang Tari Selendang dan Joget tergolong dalam kategori alat muzik membranfon dan idiofon.2 Hanya menggunakan ,satu unit rebana , satu unit biola dan satu unit gong. Alat muzik yang mengiringi tarian Inang dan Joget ini mempunyai peranannya tersendiri namun secara keseluruhan, alat muzik berperanan bagi membimbing penari sewaktu melakukan gerak tari agar kelihatan kemas dan seragam khususnya bagi penari yang menari secara berkumpulan.
2
Membranfon ialah alat muzik yang menghasilkan bunyi muzik melalui kulit atau membrane yang ditegangkan dan dipalu manakala Idiofon pula menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema.
REBANA
Alat muzik rebana
Rebana ialah alat muzik jenis genderang dan dikategorikan sebagai alat muzik membranofon. Alat muzik ini terdiri daripada satu bingkai berbentuk bulat, separa kon seperti cawan atau mangkuk dan mempunyai saiz ketebalan dan diamater yang berbeza. Bingkai rebana diperbuat daripada kayu nangka, kelapa, sena atau merbau dan kebiasaanya, kayu nangka menjadi pilihan utama kerana kayu tersebut lebih berkualiti. Kebiasaanya rebana terdiri daripada beberapa pasang dan menghasilkan rentak yang bertelingkah. Rebana dimain dengan paluan tangan .
BIOLA
Alat muzik biola
Biola adalah merupakan sejenis alat muzik Kordofon.Alat muzik bertali empat ini telah diadaptasikan dari Viola Barat. Sekarang tali-talinya diperbuat daripada nilon walaupun suatu ketika dahulu ianya diperbuat daripada bulu ekor lembu. Jenis kayu keras seperti kayu nangka digunakan untuk membuat badan biola dan penggeseknya. Biola digunakan untuk hiburan umum semasa majlis perkahwinan atau perjumpaan sosial yang diaturkan di sebelah petang.
GONG
Alat muzik gong.
Gong adalah alat muzik yang dibuat dari leburan logam (perunggu dengan tembaga) dengan permukaan yang bundar . Gong ini sering digunakan dalam persembahan dondang sayang. Ketukan Gong ini adalah sebagai bunyi asas dalam muzik joget.