PENGENALAN Epidemiologi merupakan cabang perubatan yang membincangkan tentang kadar insiden dan prevalens sesuatu penyakit dalam populasi yang besar, pengesanan punca-punca penyakit berlaku dan penyebab terjadinya penyakit berjangkit di tahap epidemik. Kepentingan epidemiologi ialah untuk merancang strategi pada masa hadapan berdasarkan kepada kajian yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sebagai langkah pencegahan mengurangkan kes penyakit berjangkit. Pengkajian di antara penyakit berjangkit atau penyakit tidak berjangkit memerlukan kaedah penyiasatan wabak kepada reka bentuk kajian, pengumpulan data dan analisis termasuk pengembangan model statistik untuk menguji hipotesis dan pendokumenan keputusan. Oleh yang demikian, laporan epidemiologi ini merupakan laporan kadar insiden penyakit Tuberkulosis semua jenis tahunan dan bilangan kes sembuh Tibi positif tahunan yang berlaku di Daerah Papar dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2009 hingga tahun 2013. Laporan yang disediakan ialah berdasarkan kepada bilangan kedatangan pesakit baru daripada Jabatan Pesakit Luar (JPL), bilangan kes simptomatik yang disaring serta bilangan kes positif tibi. Penyakit Tuberkulosis atau lebih dikenali sebagai batuk kering merupakan penyakit yang masih menjadi masalah kesihatan di seluruh dunia amnya dan di Malaysia khasnya. Penyakit ini merupakan penyakit berjangkit bawaan udara (droplet) yang mengandungi bakteria Mycobacterium Tuberkulosis dan dicirikan oleh pembentukan lesi nodular (tuberkel) dalam tisu-tisu. Kebiasaannya menyerang paru-paru tetapi turut menyerang organ lain seperti ginjal, tulang, sendi dan sebagainya. Sehingga kini penyakit Tibi masih merupakan penyebab utama kadar morbiditi dan mortaliti di dunia. Mycobacterium Tuberculosis yang merupakan bakteria TB boleh merebak melalui udara dan titisan daripada penghidap penyakit TB aktif. Ia akan melalui salur pernafasan dan tinggal di bahagian atas paru-paru. Bagi mereka yang mempunyai sistem daya tahan badan yang baik atau lebih dikenali sebagai sistem imuniti yang baik boleh melawan bakteria yang masuk secara semulajadi tanpa pengambilan ubat-ubatan. Namun, bagi mereka yang memiliki sistem imuniti yang lemah akan mudah dijangkiti dan mendapat jangkitan. Tibi merupakan penyakit yang merebak dan menjadi jangkitan pandemaik, endemic dan epidemic. Penyakit ini kerap berlaku di kawasan yang sesak seperti kawasan setinggan. Selain itu, penyakit TB terdapat juga penyakit lain yang mempunyai kes yang tinggi di kawasan ini iaitu malaria dan denggi. Peningkatan penyakjit berjangkit seperti ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Salah satu punca berlakunya kejadian penyakit berjangkit di kawasan ini ialah kurangnya penjagaan tahap kebersihan di kawasan tempat tinggal penduduk setempat. Kemasukan pendatang tanpa izin di kawasan ini juga turut menyumbang kejadian penyakit berjangkit seperti Tibi.
Jesteru itu, laporan ini menghuraikan tentang kajian penyakit Tibi dan bilangan kes sembuh Tibi di daerah Papar melalui pengumpulan data yang di perolehi daripada pesakit baru yang datang mendapatkan rawatan dan pesakit yang disyaki menghidap penyakit Tibi. Laporan ini bertujuan untuk memahami trend penyakit yang berlaku di kawasan penempatan. Kes Tibi akan disahkan apabila ujian sputum Acid Fast Bacilli (AFB), Chest X-Ray dan ujian Mantoux yang dijalankan ke atas pesakit itu positif dan mempunyai tanda-tanda klinikal seperti batuk melebihi 2 minggu. Kemudian pengesanan kontak pesakit perlu dijalankan untuk mengelakkan berlakunya rebakan atau penyebaran penyakit. Kontak bermaksud mereka yang tinggal atau berhubung dengan pesakit sekurang-kurangnya dalam tempoh 5 hari. Termasuklah kontak di tempat kerja, sekolah, kawan-kawan dan keluarga. Bagi Pejabat Kesihatan Daerah Papar indicator pengawasan penyakit TB yang digunakan ialah melalui Active Case Detection (ACD) dan Pasive Case Detection (PSD) yang dilaporkan dari Jabatan Pesakit Luar Hospital Papar.
Pencapaian pemeriksaan kontak 2009-2013 Pencapaian sputum conversion rate tahunan 2009-2013 1. Kadar insiden tb semua jenis tahunan 2009-2013 Kadar insiden TIBI (Berjangkit) 2008-2012 2. Bilangan kes sembuh TIBI positif tahunan 2009-2013 Kejadian kes TB bulanan 2014
Graf 1 : Kadar Insiden Penyakit Tuberkulosis Semua Jenis Tahunan 2009-2013
120 100 80 Kes TB semua jenis
60
Sasaran Insiden Insiden
40 20 0 2009
Tahun Kes TB semua jenis Sasaran Insiden Insiden
2010
2009 79 116 68
2011
2010 89 116 76.7
2012
2013
2011 88 116 53.2
2012 106 116 81.2
2013 112 116 85.6
Berdasarkan Graf 1, kadar insiden penyakit tuberculosis semua jenis tahunan 2009-2013 adalah tidak konsisten. Pada tahun 2009, sebanyak 79 kes yang telah dilaporkan. Tahun 2010 pula kes yang dilaporkan adalah meningkat iaitu sebanyak 89 kes manakala pada tahun 2011 mengalami penurunan sedikit iaitu 88 kes berbanding sebelumnya. Tahun 2012 mengalami peningkatan kes iaitusebanyak 106 dan pada tahun 2013 mencatatkan bilangan kes yang tertinggi berbanding tahun-tahun yang sebelumnya iaitu sebanyak 112 kes. Berdasarkan kepada graf diatas sasaran insiden penyakit tuberculosis semua jenis dari tahun 2009 hingga tahun 2013 ialah sebanyak 116 kes, akan tetapi kadar insiden yang berlaku tidak menepati sasaran insiden dan pada tahun 2013 merupakan sasaran yang hamper menepati sasaran berbanding tahun-tahun yang lain.
Graf 2 : Bilangan Kes Sembuh Penyakit Tuberkulosis Positif Tahunan 90 80 70 60 50
Bilangan Kes Berjangkit Sasaran Sembuh
40
Sembuh
30 20 10 0 2009
Tahun Bilangan Kes Berjangkit Sasaran sembuh Sembuh
2010
2009 68 61 85
2011
2012
2010 77 61 66
2013
2011 62 61 59
2012 78 61 49
2013 90 61 68
Berdasarkan graf 2, menunjukkan bilangan kes sembuh penyakit Tuberkulosis positif tahunan bermula pada tahun 2009 hingga 2013 adalah tidak konsisten. Bilangan kes sembuh pada tahun 2009 iailah sebanyak 85 orang tetapi pada tahun berikutnya iaitu bermula tahun 2010 ingga 2012 mengalami penurunan yang mendadak iaitu pada tahun 2010 sebanyak 66, tahun 2011 sebanyak 59 dan tahun 2012 sebanyak 49 orang. Tahun2013 menunjukkan kadar kes sembuh paling tinggi berbanding tahun-tahun yang sebelumnya iaitu sebanyak 68 orang. Berdasarkan kepada sasaran sembuh untuk tahun 2009 hingga tahun 2013 ialah sebanyak 61 dan jumlah pesakit yang sembuh untuk tempoh selama 5 tahun melebihi sasaran yang di target kecuali padatahun 2011 dan 2012.