KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
1
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
2
TANGGUH DAPAT ANAK Amalan biasa pasangan keluarga, terutama di bandar “SAYA baru berumahtangga. Namun, kami merancang untuk tidak mempunyai anak bagi tempoh tiga tahun akan datang. Bukan kerana tidak suka, tetapi kami ingin menikmati kehidupan sebagai suami isteri sepuas-puasnya. “Apakah kaedah terbaik untuk mencegah kehamilan dengan tidak memakan pil pencegah? Dan untuk pengetahuan doktor, kami tidak suka memakai kondom sebab tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan kepada kami.” Ini soalan lumrah yang saya terima. Fakta menunjukkan amalan merancang keluarga kini menjadi perkara biasa di kalangan pasangan lelaki dan wanita yang berumahtangga, terutama di bandar. Buat pengetahuan, tiada kaedah merancang keluarga yang boleh dikatakan ‘ideal’, dan tiada kaedah merancang yang 100 peratus berkesan. Namun, beberapa kaedah boleh dicadangkan kerana memberi kesan tinggi menghalang kehamilan, dengan SYARAT diamalkan dengan baik seperti kaedah mengambil pil hormon, selain suntikan hormon. Sama juga dengan kaedah kondom. Jika tidak digunakan dengan baik, ia boleh terlucut. Ada juga kemungkinan bocor atau koyak, sekali gus mendedahkan pasangan wanita kepada kehamilan jika perkara ini berlaku. Bagaimanapun, ada sesetengah kaedah yang tidak boleh diamalkan jika belum mendapat anak seperti meletakkan alat mencegah kehamilan di dalam rahim. Sehubungan itu, jika kita fikir dan berasa tidak selamat atau sangsi dengan semua kaedah merancang keluarga yang disebut di atas, tiada kaedah lain untuk membantu selain cara semula jadi. Kaedah ini boleh dilakukan dengan merancang hubungan kelamin ketika telur sudah keluar. Ia dikenali sebagai kaedah semula jadi atau ‘natural method’. Namun, perlu diingatkan yang ia juga hanya berkesan jika putaran haid wanita itu tetap dan tepat. Justeru, dalam satu bulan mungkin ada lebih kurang 10 hari yang mana keduadua pasangan itu dapat melakukan hubungan seksual. Bagi pasangan baru berkahwin, mungkin mereka sukar mengamalkan kaedah ini berikutan daya kawalan nafsu masih terlalu ‘bergelora’ dan kerap memikirkan untuk melakukan hubungan intim, sama ada wanita atau lelaki.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
3
Sehubungan itu, kaedah ini tidak disyorkan kepada mereka, terutama melihat kebekersanan untuk mengelak kehamilan adalah 50 hingga 70 peratus, walaupun diamalkan dengan baik. Keadaan ni kerana ada kemungkinan telur boleh keluar cepat atau lewat. Ada juga sperma yang boleh tahan lama dalam salur reproduktif wanita, dan ini boleh menyebabkan wanita itu hamil. Saya syorkan pil merancang yang kini ada bermacam-macam formula yang mungkin sesuai untuk wanita yang ingin merancang keluarga secara berkesan. Pil terkini kurang kesan sampingan dan selamat jika dibandingkan dengan pil dulu. Bagi yang masih berasa was-was, saya syorkan anda kunjungi klinik merancang keluarga terdekat untuk maklumat dan keterangan lanjut.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
4
RISAU ISTERI KEGUGURAN Soalan SAYA mendirikan rumah tangga pada April tahun lalu. Yang merisaukan saya ialah, saya cepat terpancut awal sebelum isteri klimaks. Isteri mengatakan, pancutan pramatang saya adalah punca menyebabkannya sukar mengandung. Awal tahun ini, isteri disahkan mengandung oleh doktor tetapi selepas dua bulan, darah terkeluar sedikit demi sedikit seperti orang datang haid. Apabila membuat pemeriksaan semula, doktor mengesahkan isteri saya keguguran disebabkan kandungan tidak berapa sihat. Soalan saya ialah, adakah pancutan pramatang boleh menyebabkan saya sukar mendapat zuriat dan bagaimana hendak mengatasi masalah ini? JOE Kedah Jawapan Jarang klimaks cepat atau ejakulasi pramatang menyebabkan masalah kesuburan. Ini hanya berlaku jika air mani tidak sempat disalurkan ke dalam faraj, iaitu pancutan air mani berlaku di luar faraj. Mengenai kemungkinan masalah kesuburan berlaku akibat air mani terkeluar dari faraj, ini juga jarang berlaku jika bilangan sperma mencukupi dan banyak sperma aktif dan berbentuk normal. Yang menjadi masalah apabila bilangan sperma sangat kurang, kerana ia tidak membantu pencapaian kehamilan jika air mani keluar dengan banyak dari faraj setiap kali selesai bersetubuh. Untuk mengurangkan kemungkinan cepat klimaks, mungkin anda perlu memberi lebih tumpuan kepada teknik bersetubuh. Mungkin cara yang saya jelaskan ini dapat membantu sedikit sebanyak masalah anda. Apabila ereksi (zakar menjadi keras), anda kemut untuk menyalurkan ereksi sehingga masuk sedalam-dalamnya di dalam faraj. Lakukan dayungan ketika zakar keras dengan mengemut. Dayungan perlu dalam kawalan kemut dan geselan lebihkan ke langit faraj. Apabila pasangan hendak dayungan yang cepat, lakukan juga dalam kawalan kemut. Jika terpancut juga, dayung selagi ereksi ada.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
5
Saya juga ingin mengingatkan, anda harus memendekkan dayungan bagi mengekalkan ereksi lebih lama. Semoga anda dan pasangan mencapai hasrat menimang cahaya mata dalam masa terdekat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
6
HUBUNGAN INTIM HALAL IBADAH Soalan SAYA melakukan oral seks bersama isteri dan ketika melakukannya, saya menjilat air mazinya. Apakah saya akan dijangkiti penyakit kelamin? Soalan kedua pula ialah, ketika berusia belasan tahun, saya kerap melakukan onani menggunakan sabun. Apakah kesan yang akan saya hadapi? Adakah saya akan menjadi mandul kerana sehingga hari ini saya belum mendapat zuriat? AKHIR Perlis Jawapan Mengikut Islam, hubungan seksual untuk mereka yang sudah berkahwin adalah satu ibadah. Tiada apa batasan, kecuali melakukan hubungan seksual melalui lubang najis dan ketika dalam waktu haid isteri. Wajib untuk suami merangsang isteri sebelum mendekatinya. Mengikut Imam Al-Nawawi dan Al-Suyuti, tiada masalah untuk pasangan merangsang antara satu dengan yang lain sama ada menggunakan tangan atau mulut yang juga termasuk lidah. Yang mustahak ialah ia perlu dilakukan tanpa paksaan. Memandangkan hubungan seksual itu satu ibadah, mustahak untuk pasangan lelaki dan wanita ihkan diri serta mengharumkan badan sebelum berintim. Dalam keadaan itu, tiada masalah bauan yang sering menjadi punca kehambaran seks. Onani untuk pencegahan daripada berlakunya maksiat, boleh dilakukan dan jika sudah berkahwin, ia dilakukan dengan pengetahuan pasangan dan semata-mata untuk melegakan tekanan berjauhan daripada pasangan. Untuk keselesaan, elok mengunakan krim atau jeli. Sabun mengeringkan. Tiada sebab onani penyebab kemandulan lelaki atau wanita, jika anggota sulit dan salur reproduktif wanita tidak tercedera.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
7
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
KETUMBESARAN DADA Akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal BAGI lelaki sejati, mempunyai buah dada besar adalah perkara yang memalukan. Namun jika disebabkan obesiti dan lemak, ia bukan sesuatu membimbangkan kerana hanya perlukan displin diet yang ketat.
yang
Namun, perkara yang perlu diberi perhatian ialah buah dada membesar di kalangan lelaki akibat Gynecomastia. Ia adalah istilah teknikal perubatan mengenai fenomena buah dada lelaki membesar. Antara Gynecomastia paling kerap berlaku dikenali sebagai ‘Pubertal Mastitis’ atau ketumbesaran buah dada akibat akil baligh, yang mana isu ini pernah saya kupas sebelum ini. Ia berlaku akibat tindak balas hormon Estrogen yang dihasilkan pundi Adrenal dan pada masa sama akibat buah zakar membesar pada peringkat awal baligh tetapi mengecut dua atau tiga tahun kemudian. Bagaimanapun, perkembangan dunia perubatan baru-baru ini mendedahkan, keghairahan lelaki untuk meningkatkan kemampuan seksual mereka tanpa memikirkan bahan yang diambil akan memberi kesan dahsyat. Antaranya ialah beberapa krim herba yang mengandungi butea superba, minyak lavender dan minyak tea tree jika digunakan sebagai krim badan atau untuk anggota sulit sebagai krim ‘pembesar’ zakar boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki muda. Sehubungan itu, adalah penting untuk berhati-hati apabila mengguna losyen atau krim untuk alat sulit bagi mengelak tindak balas sampingan sehingga mengakibatkan buah dada anda membesar. Berbalik kepada masalah Gynecomastia, anda tidak perlu bimbang kerana dengan rawatan bersesuaian, masalah ini dapat diatasi. Misalnya, kes Hipogonadisme atau keadaan kekurangan hormon Testosterone di kalangan lelaki yang menyebabkan tindak balas hormon Estrogen merangsang ketumbesaran buah dada. Apabila hormon Testosterone diberikan sebagai mengganti hormon yang kurang, masalah ketumbesaran buah dada terkawal.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
8
Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki. Lelaki yang mengalami kerosakan buah zakar atau kanser buah zakar mempunyai buah dada besar seperti anak dara sunti. Justeru, sangat mustahak untuk mana-mana lelaki sudah baligh dua atau tiga tahun tetapi mendapati buah dadanya masih membesar supaya merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan buah zakar. Kadangkala barah buah zakar itu kecil dan tidak dapat dirasa dengan cara pemeriksaan kendiri. Ujian darah Beta HCG dan Alfa-Feto Protein jika positif menggambarkan kemungkinan barah buah zakar. Lemak yang banyak di paras dada memberi gambaran seolah-olah buah dada besar, tetapi itu bukan buah dada, sebaliknya lemak. Sama juga dengan kes otot dada yang mantap akan kelihatan seperti buah dada besar. Lelaki gempal tidak perlu khuatir jika buah dada mereka besar. Yang mustahak jika besar agak luar biasa, mustahak untuk berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan rawatan sewajarnya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
9
SUKAR DAPAT ANAK KEDUA Soalan SAYA mempunyai seorang anak yang lahir pada tahun pertama perkahwinan saya. Selepas itu, saya dan isteri merancang keluarga menggunakan kondom. Pada tahun keempat, kami bercadang mendapatkan seorang lagi cahaya mata. Namun, setelah setahun setengah mencuba kami masih gagal. Buat pengetahuan doktor, aktiviti seks kami tiada masalah dan berjalan seperti biasa. Kami sudah berjumpa doktor dan diberitahu isteri saya sihat (mengalami ovulasi) tetapi masalah adalah di pihak saya. Doktor mengatakan jumlah sperma saya tidak cukup dan saya diberi pil herba Tribestan keluaran Sopharma untuk mengingkatkan bilangan ‘Motility Spermatozoa’. Untuk melihat kesannya, saya dinasihatkan memakan pil itu dua hari sekali selama enam bulan. Soalan saya ialah, apa menyebabkan jumlah Motility Spermatozoa saya tidak cukup dan apakah cara lain yang lebih berkesan untuk saya mendapatkan anak? Selain itu, apakah kesan pengambilan pil ini? ADAN Kepong Jawapan ZURIAT ialah anugerah Tuhan dan hanya Dia yang maha mengetahui masalah sebenar dan dapat mengatasinya jika Dia izinkan. Justeru, sambil berjumpa doktor untuk berusaha merancang anak kedua, anda suami isteri perlu sentiasa berdoa supaya hajat anda tercapai. Mengikut maklumat, isteri anda dapat menghasilkan telur. Hanya anda mempunyai sperma yang kurang mantap dan mungkin kurang aktif. Sehubungan itu, ada beberapa perkara yang anda perlu amalkan sebelum mencuba ubat atau herba penyubur. Jika merokok, berhenti terus kerana bahan dalam asap rokok menekan kilang sperma dan mengakibatkan sperma kurang aktif serta tidak berbentuk normal. Anda perlu memakai seluar dalam longgar supaya buah zakar tidak berada dalam suasana kepanasan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
10
Dalam kepanasan, kilang sperma akan menjadi kurang aktif dan sperma mudah kelihatan ‘letih’ atau tidak aktif. Teruskan makan Tribestan. Ia bukan ubat, tetapi herba yang didapati dapat membantu mengaktifkan kilang sperma dan sel Sertoli dan sel Leydig untuk pemantapan sperma. Herba ini tidak mempunyai apa-apa kesan sampingan. Jika dalam masa enam bulan, keadaan masih tidak berubah, anda perlu berjumpa semula pakar sakit tuan untuk ‘second opinion’ (pandangan sekali lagi).
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
11
RISIKO ZURIAT PASANGAN SEPUPU Soalan SAYA ingin mendapat penjelasan daripada pandangan perubatan moden apakah implikasi terhadap zuriat yang bakal dilahirkan nanti bagi mereka yang berkahwin dengan sepupu, terutama sepupu rapat. Benarkah anak yang bakal dilahirkan nanti akan mengalami kecacatan, kurang cerdik, berpenyakit turun temurun atau seumpamanya? Saya berharap doktor dapat memberikan penjelasan terperinci. EUSOFF Subang Jaya Jawapan PERKAHWINAN antara sepupu dihebohkan bakal melahirkan zuriat yang kurang mantap, termasuk kemungkinan terencat. Mengikut kajian yang pernah dijalankan beberapa pakar kebakaan atau geneticist ke atas perkahwinan antara sepupu, didapati risiko mendapat anak terencat ialah 4-6 peratus lebih kurang sama dengan anggaran keterencatan janin yang dihasilkan wanita berusia 40 tahun ke atas. Ini menunjukkan risiko kahwin dengan sepupu dan mendapat anak terencat tidak begitu serius dan mungkin disalah tafsirkan banyak pihak. Nenek moyang kita mungkin berkahwin antara sepupu dan didapati cendakiawan seperti Albert Einstein dan Charles Darwin berkahwin dengan sepupu, tetapi anak mereka bijak dan handal. Jika ditinjau kadar kekerapan, perkahwinan antara sepupu adalah besar di dunia. Di Arab Saudi sebagai contohnya, 30 hingga 80 peratus daripada rakyat mereka berkahwin dengan sepupu masing-masing. Di dalam Islam tiada halangan untuk berkahwin dengan sepupu, kecuali itu bukan pilihan atau keluarga mereka diketahui mempunyai penyakit keturunan. Bagi saya sendiri, tiada sebab kenapa pasangan yang secara kebetulan sepupu tidak boleh berkahwin jika mereka sangat mencintai satu dengan yang lain.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
12
‘MATI’ SETENGAH JALAN Soalan SAYA ada beberapa soalan. Yang pertama, di manakah klinik atau hospital yang sesuai untuk saya membuat rujukan berkenaan sakit tuan. Adakah klinik khas untuk rujukan? Soalan kedua, setelah membaca ruangan Sakit Tuan, saya mungkin mengalami DE tahap awalan iaitu tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan. Hal ini kerap berlaku pada saya. Oleh itu saya mencari kaedah rawatan sesuai untuk mengatasi masalah ini. Untuk pengetahuan doktor, saya baru mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu dan belum ada tanda kehamilan pada isteri. Adakah saya menghadapi masalah seksual kerana kerap bermimpi basah, dengan paling kurang tiga kali seminggu? ZAINAL Dungun
Jawapan Bagi melakukan seks penetratif, ereksi perlu kekal keras supaya dapat disalurkan ke dalam anggota sulit wanita. Jadi tahap ereksi patut pada gred 5 jika tidak gred 4. Untuk makluman, Gred 0: Tiada apa-apa. Gred 1: Hanya zakar kembang/tidak keras. Gred 2: Zakar kembang dan keras, tetapi tidak cukup keras untuk disalurkan ke dalam faraj. Gred 3: Zakar kembang dan keras dan dapat masuk 50 peratus. Gred 4: Zakar kembang dan keras, kadangkala bengkok ketika hendak salurkan ke dalam faraj. Gred 5: Zakar kembang dan keras, tiada masalah untuk masuk. Tahap ereksi dapat dipertingkatkan dengan mengemut, iaitu mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing, sebelum langsung sorong. Jika ereksi kurang memuaskan, kemungkinan besar darah tidak cukup masuk dalam liang otot zakar. Makan ‘ubat kuat’ yang biasa dijual di pasaran jualan langsung (MLM) dan farmasi boleh dilakukan jika ‘ubat’ itu tidak mengandungi ubat larangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
13
Yang membimbangkan ialah, kebanyakan ‘ubat kuat’ mengandungi sedikit PDE5 Inhibitor saperti Viagra atau Cialis yang dianggap haram atau salah atau disalahgunakan pengusaha dan pengedar ubat kuat. Jadi saya tidak syorkan ubat sebegitu kerana takut kesan sampingan. Yang paling baik ialah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat bimbingan dan rawatan profesional. Mengenai pengalaman anda mengalami mimpi basah beberapa kali seminggu, ia perkara biasa dan bukan masalah serta tiada kaitan dengan masalah yang anda alami. Jika anda hendak berjumpa, saya ada di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau telefon 03-40434900.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
14
SOAL ‘DARA’ TIDAK PENTING BANYAK soalan diterima daripada lelaki yang ingin tahu ‘rahsia’ sama ada wanita yang bakal dikahwininya masih dara atau tidak. Ada yang berazam meninggalkan kekasih mereka jika tiada dara, dengan ada yang menggelar mereka ‘wanita kotor’. Saya berasa perlu mengingatkan golongan ini yang perkahwinan adalah tuntutan dan sebahagian daripada agama. Ia bukan sekadar soal dara atau tidak. Perkahwinan jauh melangkaui perkara itu. Ia proses menambah zuriat di muka bumi dan ini memerlukan satu ikatan sejati, penuh tanggungjawab dan bukan sekadar mencuba dan mencari jalan keluar apabila keadaan menjadi keruh. Saya mengambil contoh satu soalan di mana seorang jejaka mendakwa kononnya dia berdepan dilema berat apabila wanita yang bakal dikahwininya mengaku tiada dara. Mengikut jejaka itu, bakal isterinya mendakwa dirogol bekas teman lelakinya kira-kira empat tahun lalu, sekali gus menghadirkan kesan psikologi teruk. “Sekarang hubungan kami renggang. Bagaimana saya hendak menerimanya lagi apabila dia kehilangan dara kepada lelaki yang bukan suaminya. “Saya juga risau kejadian itu mengubah keadaan alat sulitnya, dan bimbang apabila mengadakan hubungan seks, saya tidak mendapat apa yang diharapkan,” kata jejaka itu. Nasihat saya kepada lelaki dan juga wanita ialah, jika boleh, kisah lampau dibiarkan berlalu kerana bimbang menjadi igauan kepada pasangan dan hubungan anda berakhir dengan episod sedih. Namun, bagi kes di atas, kebenaran sudah diceritakan. Bagi lelaki, anda harus melihat keikhlasan pasangan anda manakala perkara lampau tidak perlu diperbesarkan kerana saya pasti ia berlaku bukan di atas kerelaan. Yang pasti, bukan hanya sekali ternoda, alat kelamin wanita bakal menjadi sama seperti mereka yang melahirkan anak. Malah, jika wanita itu tidak ikhlas, banyak cara untuk dia menyembunyikan perkara yang berlaku. Perlu diingatkan juga, pada zaman serba canggih dan moden sekarang, dengan wanita turut ada di alam pekerjaan yang lasak, selaput dara mungkin pecah atas banyak sebab dan bukan hanya kerana aktiviti seksual.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
15
Aktiviti bersukan seperti berbasikal adalah contoh. Onani juga boleh menyebabkan selaput berkenaan terkoyak, walaupun tanpa melakukan seks penetratif. Sehubungan itu, nasihat saya ialah jangan terlalu memikirkan mengenai dara bakal isteri. Yang penting ialah mendapat isteri beriman dan mampu membahagiakan anda dalam hidup penuh kejujuran.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
16
MASALAH SENGGAMA Soalan SAYA baru mendirikan rumah tangga Januari lalu. Yang merunsingkan saya ialah, sehingga hari ini saya belum dapat memasukkan zakar ke dalam kemaluan isteri. Isteri saya mengadu sakit kerana zakar saya terlalu besar. Usia saya 37 tahun manakala isteri saya 28 tahun. Apa perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini? RAHMAN Johor Bahru Jawapan Zakar ialah anggota kemaluan lelaki yang disalurkan ke dalam faraj wanita apabila ia keras dan padat untuk tujuan seks penetratif. Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika hendak bersetubuh manakala pasangannya perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj. Pada masa sama, wanita perlu melegakan ruang faraj supaya zakar mudah masuk. Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan zakar ke dalam faraj. Dalam keadaan gugup dan takut, wanita sukar memberi tumpuan. Sebaliknya, dia akan mencengkam faraj dan sudah tentu pembukaan faraj tidak akan kelihatan. Apabila pembukaan faraj dilegakan, ia akan kelihatan berdekatan pembukaan lubang najis. Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab kenapa zakar tidak dapat disalurkan ke dalam faraj. Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan farajnya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’. Isteri anda perlu berjumpa pakar untuk menyelesaikan masalahnya. Dapatkan juga cakera padat ‘Cinta, Perkahwinan & Kesihatan Seksual’ di pasaran. Banyak maklumat mengenali cara mengendalikan malam pertama.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
17
ELAK SALAH GUNA PAM SEBUT saja pam vakum, ia memang popular di kalangan lelaki yang ‘tidak berpuas hati’ dengan alat sulit mereka. Justeru, tidak hairan wujud lambakan produk itu di pasaran. Bagaimanapun, realitinya alat yang terkenal sebagai ‘alat senaman’ untuk lelaki itu tidak sesuai membesarkan alat sulit yang kecil. Pam vakum adalah alat yang dapat menyedut darah masuk ke anggota tertentu jika ia digunakan untuk tujuan meningkatkan kemasukan darah ke dalam anggota itu. Apabila sedutan itu dilepaskan, darah yang masuk itu keluar semula. Jika sedutan itu dikekalkan, kemungkinan darah yang masuk tadi membeku, menyebabkan anggota itu rosak. Barangkali, ada yang keliru kerana penggunaan alat itu memang membuatkan alat sulit kelihatan besar. Bagaimanapun ia hanya seketika, iaitu ketika proses sedutan. Selepas sedutan dilepaskan, bentuk alat sulit kembali seperti biasa. Jika kerap digunakan dan dibiarkan dalam tempoh lama, otot alat sulit boleh rosak dan kulit menjadi panjang. Jika otot alat sulit rosak dan ada parutan, ia berisiko menyebabkan zakar menjadi bengkok (Peyronie Disease). Kadangkala kulit menggelembung akibat sedutan. Semua itu kesan negatif pam vakum dan berbahaya jika digunakan untuk tujuan membesarkan alat sulit. Pam vakum direka khas untuk meningkatkan kemasukan darah ke dalam alat sulit untuk tujuan ereksi (ketegangan) dan getah penambat ereksi dipasang sebelum sedutan dilepaskan. Dalam keadaan sedemikian, ia memang berkesan untuk masalah seperti mati pucuk dan untuk mendapat kekerasan ketika mahu menjalin hubungan intim. Bagaimanapun, pam yang boleh digunakan hanya yang menjalani kawalan piawaian atau ‘standard’ yang disyorkan. Ketika ini, ramai pengguna tertipu apabila menggunakan pam yang tiada piawaian dan sesuai ditakrifkan sebagai ‘pam mainan’. Begitupun, kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta diiktiraf untuk masalah zakar kecil atau bengkok ialah alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ seperti Andropenis. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar. Bagi lelaki, fikirkan semula hasrat menggunakan pam vakum. Anda hanya memiliki satu alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, termasuk menggunakan alat yang salah untuk membesarkan alat sulit, ia mungkin mendatangkan masalah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
18
Jika teringin, gunakan pam vakum yang menjalani pemeriksaan piawaian dan perlu mendapatkan nasihat doktor atau pakar dalam bidang berkaitan. Jika ada masalah, anda perlu berjumpa doktor dan bukan penjual pam itu kerana mereka tidak tahu apa perlu dilakukan terhadap masalah anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
19
HALA KEDUDUKAN Soalan SAYA pemuda berusia 21 tahun dan kini menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA). Saya ingin tahu, bagaimanakah kedudukan alat sulit yang betul ketika memakai seluar dalam? Adakah kedudukan alat sulit perlu dihalakan ke atas atau membengkok ke bawah? Saya sangat risau mengenai perkara ini. Saya harap doktor dapat memberi penjelasan. PEMUDA RISAU Tampin, Negeri Sembilan Jawapan Dalam keadaan biasa dan tanpa pakaian, kerandut mengendur atau padat, dan alat sulit terjuntai atau naik sedikit jika ia dalam keadaan separa ereksi (tegang) atau pejal. Jika memakai seluar dalam, keselesaan badan penting. Jika seluar dalam tidak padat, anggota sulit dalam keadaan selesa, manakala kedudukan alat sulit mengikut keadaannya iaitu jika ke bawah, maka ke bawah kedudukannya, jika ereksi mungkin lebih selesa jika di atas. Ada juga lelaki sengaja memposisikan alat sulit di depan, atas atau bawah. Semua itu terpulang kepada keselesaan masing-masing. Memakai seluar dalam ketat dan memposisikan zakar ke bawah ketika tidur akan membuatkan ia melengkung ke bawah di kemudian hari. Ini berlaku kerana otot sangkutan zakar di bawah tundun menjadi renggang. Jarang alat sulit membengkok atau ‘patah’ kecuali ia terhempap badan sendiri. Saya syorkan anda memakai seluar dalam longgar kerana ia memberi keselesaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
20
RISAU TIDAK BERFUNGSI Soalan SAYA pemuda berusia 25 tahun, tidak merokok dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Bagaimanapun, baru-baru ini alat sulit saya tidak tegang, malah seperti tidak berfungsi. Adakah saya akan mengalami masalah ereksi ketika berkahwin nanti? MAT BINGUNG Dungun, Terengganu Jawapan Ketika remaja, alat sulit melalui perubahan tumbesaran dan ketika itu memang ereksi kerap dan sukar dikawal. Lama-kelamaan kekerapan ereksi terhad kepada waktu tertentu seperti ketika lelaki itu mengalami rangsangan seksual atau ketika bangun dari tidur pada waktu pagi atau malam. Memang kekurangan ereksi pada waktu pagi menjadi tanda awal masalah ereksi. Bagaimanapun, jika anda boleh mencapai ereksi ketika dalam keadaan terangsang dan kerap mengalami ereksi pagi dan ketika terasa hendak membuang air kecil dan bangun pada waktu pagi, ia membuktikan anda sihat dan fungsi ereksi anda normal. Anda tidak boleh bandingkan situasi masa kini berbanding ketika anda remaja. Kini, anda ada kawalan minda dan tidak akan mencapai ereksi jika anda tidak mengizinkannya. Ini yang dikenali sebagai kawalan diri. Justeru, jangan salah faham kerana jika anda mengalami tekanan dan tidak yakin kepada kemampuan syahwat anda, anda boleh mengalami masalah ‘disfungi erektil psikologikal’.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
21
PRIHATIN NALURI ISTERI ADA suami yang hanya memikirkan kepuasan diri ketika menjalin hubungan intim. Natijahnya, si isteri kecewa sehingga beranggapan kepentingannya tidak dipedulikan. Bagi pasangan suami isteri, situasi seperti itu berisiko menghakis keharmonian rumah tangga. Justeru, penting bagi suami mengambil berat kepuasan isteri. Ia bukan sesuatu yang sukar kerana situasi itu boleh diubah jika suami tahu kemuncak syahwat atau klimaks isteri. Klimaks tercapai apabila anggota seksual itu mencapai kemuncak rangsangan. Pencapaian kemuncak berbeza untuk semua wanita dan untuk sebilangan wanita pula perasaan puas itu mencukupi untuk mereka. Ada wanita mencapai klimaks dengan sentuhan intim saja dan belum sempat suami melakukan persetubuhan penetratif. Ada yang mencapai klimaks dengan sentuhan kepada klitoris atau dengan sentuhan intim menggunakan jari atau lidah. Ada juga yang mencapai kemuncak dengan menggesel lelangit faraj atau ‘GSpot’ (tiga sentimeter dari pembukaan faraj). Sebilangan wanita susah mencapai klimaks dengan sentuhan atau persetubuhan penetratif kerana masih ada perasaan risau dan takut jika mereka cedera atau terluka kembali. Mereka berasa sukar memberi tumpuan kepada bahagian faraj ketika hubungan penetratif berlaku, terutama apabila mereka seolah-olah menjaga dan mengawal kemasukan zakar ke dalam faraj kerana khuatir suami hilang kawalan diri. Mungkin apabila perasaan risau kepada hubungan penetratif kurang atau langsung tiada, wanita itu tahu cara menggunakan faraj untuk berinteraksi dengan ereksi suami. Perasaan sebelum kemuncak rangsangan faraj adalah bahagian ‘G-Spot’ berasa seperti hendak membuang air kecil dan sudah tentu ia boleh mengelirukan wanita itu dan dia akan cuba menahannya. Jika dibiarkan dan tidak mengawal perasaan itu serta ditingkatkan lagi rangsangan, dia akan mencapai klimaks dengan ejakulasi wanita, yang mana cecair itu datangnya dari ‘pundi paraurethral’ yang berdekatan lubang kencing.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
22
Jika dia dapat menikmati tindak balas rangsangan ‘G-Spot’, pengalaman ini boleh digunakan sebagai sandaran untuk hubungan intim pada masa akan datang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
23
INGINKAN ANAK Soalan SEMUA orang sedia maklum bahawa air mani lelaki berwarna putih. Masalah yang merunsingkan saya ialah air mani saya kekuningan. Saya mempunyai seorang anak berusia tiga tahun, namun belum ada tanda untuk anak kedua walaupun kerap melakukan persetubuhan. Adakah kerana faktor warna menghalang saya daripada mendapatkan zuriat kedua? Kenapa ia boleh berwarna kekuningan? Adakah disebabkan faktor jangkitan? Harap doktor dapat membantu menerangkannya serta memberikan alamat di mana pemeriksaan dapat dijalankan. RMNAR Shah Alam Jawapan Warna air mani antara kelabu, putih dan kekuningan itu ada kaitan dengan kandungan cecair daripada pundi prostat (kelabu dan putih) serta cecair daripada pundi seminal (kekuningan). Kadangkala air mani kelihatan cair dan jernih. Ini kerana proses kecairan air mani cepat. Ketika terangsang dan cairan jernih keluar, itu ialah cairan daripada pundi salur kencing dan cecair jernih yang keluar ketika mengemut selepas membuang air kecil ialah cairan daripada pundi Cowpers. Jika ada jangkitan, tentu semua pundi itu diserang radang dan cairan lebih kekuningan. Untuk kepastian mengenai jangkitan, ujian air mani perlu dilakukan. Jika anda dan pasangan pernah menimang cahaya mata dan kini mengambil masa, kemungkinan anda dan pasangan mengalami infertiliti sekunder. Anda dan isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan akibat ‘infertiliti sekunder’. Pemeriksaan untuk anda ialah ujian air mani dan untuk isteri ujian hormon untuk kepastian kemampuan untuk mengeluarkan telur (ovulasi) dan x-ray rahim yang bergelar HSG. Tempat paling terdekat untuk anda ialah Klinik Kesuburan, Kompleks Keluarga, LPPKN, Seksyen 16, Shah Alam. Tel:03-55101231. Anda boleh membuat temujanji.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
24
SAKIT KETIKA JIMAK Soalan SAYA mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, tetapi sehingga hari ini saya belum dapat lagi memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Setiap kali hendak memasukkannya isteri saya mengadu sakit. Umur saya 37 tahun manakala isteri 28 tahun. Apa perlu saya lakukan?
RAHMAN Johor Bahru Jawapan Lelaki memerlukan kerjasama wanita untuk menyalurkan zakarnya ketika bersetubuh. Pasangan perlu melegakan pembukaan faraj, memegang dan menghalakan ereksi pasangan ke pembukaan faraj dengan melegakan ruang faraj supaya mudah untuk zakar masuk. Tanpa melegakan pembukaan dan ruang faraj, memang sukar menyalurkan zakar ke dalam faraj. Jika dalam keadaan risau, sukar untuk wanita itu memberi tumpuan. Dia akan mencengkam faraj, menyebabkan pembukaan faraj tidak kelihatan. Jika bayi yang besar itu boleh keluar dari faraj dengan mudah, tiada sebab kenapa zakar tidak dapat memasuki faraj. Kemungkinan besar isteri anda mengalami masalah mengawal pembukaan farajnya. Dalam keadaan takut atau risau, kawalan faraj tiada dan faraj boleh mencengkam tanpa kawalan. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Vaginismus’. Isteri anda perlu menemui pakar untuk menyelesaikan masalahnya. Dapatkan cakera padat video (VCD) ‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ di pasaran. Ada banyak maklumat mengenai cara mengendalikan malam pertama.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
25
SANGGUP MEMBUJANG KEBAHAGIAAN perkahwinan terletak pada alat sulit? Kedengarannya melucukan, tetapi itulah ungkapan yang kerap dijadikan bahan bualan di kalangan lelaki. Malah, ada yang terpengaruh sehingga sanggup membujang, bimbang apabila berkahwin kelak tidak mampu memuaskan pasangannya. Tidak dinafikan, hubungan keintiman seksual mustahak dalam perkahwinan. Bagaimanapun, hubungan seksual bukan satu-satunya keperluan yang dapat membina rumah tangga. Keperluan lain seperti kemesraan, kasih sayang, keprihatinan, belaian, penjagaan dan nafkah zahir juga mustahak. Dalam Islam, perkahwinan digalakkan. Perkahwinan itu setengah daripada agama dan yang lain, iaitu kemesraan, kedamaian rumah tangga dan zuriat memantapkan keluarga itu. Sentuhan intim mencetuskan perasaan syahwat dan membuka selera untuk hubungan seksual. Anggota seksual anugerah Tuhan kepada kita dan memang padan untuk kita mengikut baka dan keturunan. Memang alat sulit satu keajaiban yang dianugerah Tuhan kepada manusia tetapi ia tidak perlu ditokok tambah, melainkan jika ada masalah yang hanya dapat dikenal pasti oleh doktor, bukan dukun, tukang urut atau rakan. Alat sulit kelihatan kecil dalam keadaan biasa dan untuk lelaki gemuk ia termasuk dalam lemak tundun. Keadaan menjadi luar biasa apabila ereksi berlaku dan kelihatan terjojol. Justeru, jangan terpedaya dengan cerita orang yang tidak tahu mengenai keadaan zakar yang tidak sama antara satu individu dengan individu lain. Dapatkan pemeriksaan doktor sebelum melakukan usaha bukan-bukan untuk tujuan membesarkan zakar. Jangan membeli pam vakum untuk membesarkan alat sulit kerana ia tidak mujarab dan mungkin memudaratkan. Ada sistem tertentu (alat ‘penile extender’) yang dikenali sebagai Andropenis yang dapat mempengaruhi bentuk dan saiz zakar. Ia boleh digunakan dengan bimbingan doktor dan hanya disyorkan jika benar alat sulit individu itu kecil. Jangan terpengaruh dengan maklumat di Internet mengenai ubat, senaman atau makanan yang dapat membesarkan alat sulit kerana ia karut belaka. Berwaspada dengan pihak tidak bertauliah yang mengesyorkan cara suntikan untuk membesarkan alat sulit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
26
Ia berbahaya dan mengakibatkan isi zakar kelihatan besar, tetapi ketika ereksi berlaku, kekerasan tiada atau membuatkan zakar kelihatan kecil dan luas. Jika itu berlaku, cara pemulihan hanya melalui pembedahan. Berdasarkan maklumat yang diterima, kaedah berisiko itu kini diamalkan sebilangan lelaki di Kuala Lumpur dan Pantai Timur dengan kos kira-kira RM500. Bagaimanapun, kebanyakan mereka yang mencuba berdepan pelbagai masalah. Nasihat saya, jangan kerana mahu membesarkan zakar, nyawa tergadai!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
27
SUAMI DINGIN Soalan SAYA mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu. Bagaimanapun, sepanjang melakukan hubungan seks, suami tidak dapat mengeluarkan air mani secara normal walaupun sudah mencapai ejakulasi. Air mani hanya dapat keluar jika menggunakan tangan. Suami saya juga dingin dalam hubungan kelamin. Diharap pihak tuan dapat membantu. ISTERI KELIRU Bangi
Jawapan Biasanya untuk lelaki, ejakulasi berlaku apabila mencapai kemuncak rangsangan seksual. Sebahagian lelaki mudah mencapai ejakulasi dalam tempoh singkat dan ia dikenali sebagai ‘ejakulasi pramatang’. Ada pula yang lambat mencapai ejakulasi dan mengakibatkan pasangan berasa tidak selesa dan kadangkala menyakitkan pasangan apabila faraj kering. Situasi ini dikenali sebagai ‘retarded ejaculation’. Ada juga yang tidak mencapai ejakulasi, tapi dia mencapai klimaks! Untuk masalah suami anda, barangkali dia tidak mencapai ejakulasi. Ini boleh berlaku jika dia tidak terangsang dengan persetubuhan itu kerana apa yang dilakukannya dengan puan tidak merangsangkannya. Masalah itu biasa berlaku kepada lelaki yang ketagih dengan rangsangan seksual seperti onani. Dia akan mencapai ejakulasi jika seronok dengan cara yang dilakukan kepada anggota sulitnya. Ia dikenali sebagai ‘Traumatic Masturbatory Syndrome’ dan dia perlu mendapat rawatan profesional untuk mengatasi masalah ini jika dia tidak klimaks dengan pasangannya. Ada juga sebahagian lelaki yang tidak ejakulasi di depan, iaitu pancutan air mani berlaku di dalam di bahagian pundi kencingnya. Ini dikenali sebagai ejakulasi di belakang atau ‘retrograde ejaculation’. Masalah itu boleh berlaku jika pundi prostat dibedah atau akibat penyakit kencing manis yang dialami lelaki muda. Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis boleh berdepan risiko tidak mencapai ejakulasi walaupun berasa sudah mencapai ejakulasi. Keadaan ini dikenali sebagai ‘dry ejaculation’!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
28
Saya syorkan suami puan berjumpa doktor. Jangan biarkan perkara ini mengancam perkahwinan anda. Saya boleh dihubungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
29
PENYAKIT ED BOLEH DIPULIHKAN Soalan ASSALAMUALAIKUM. Saya menghidap penyakit kencing manis kronik. Saya menyedari sejak sebulan lalu saya seperti mengalami penyakit erektil disfungsi (ED) atau bahasa mudahnya mati pucuk. Saya ingin bertanya, adakah penyakit ED yang saya alami boleh disembuhkan atau adakah cara lain untuk memulihkannya? LAN Sabah Jawapan Ereksi memerlukan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar supaya ia keras padat dan kekal tegang untuk tujuan hubungan seks penetratif. Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis kronik lambat laun akan mengalami masalah kesempitan salur darah dan gangguan fungsi urat saraf yang mengawal fungsi jalanan darah. Masalah ini menyebabkan lelaki itu gagal mencapai ereksi walaupun ada rangsangan, tetapi tiada tindak balas sepatutnya. Kajian juga menunjukkan jika perubahan itu, iaitu kesempitan salur darah dan gangguan urat saraf berlaku kepada salur darah dan urat saraf, ereksi jarang berlaku walaupun penyakit kencing manis terkawal. Bagaimanapun, masalah itu ada rawatan iaitu pesakit boleh mencapai ereksi untuk tujuan persetubuhan menggunakan kaedah moden seperti penggunaan alat pam vakum (alat pam vakum piawaian perubatan dan bukan yang dijual di pasar atau iklan) memakan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis selepas menjalani pemeriksaan doktor. Selain itu, ada cara rawatan dengan terapi suntikan atau ‘Intracavernosal Injection Therapy’.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
30
KECELARUAN JANTINA “SAYA dilahirkan dengan sijil kelahiran mencatat jantina lelaki. Namun saya ingin tahu, kenapa bentuk badan dan rupa saya menyerupai perempuan? Bukan itu saja, dada saya besar menyerupai payu dara perempuan, manakala suara saya halus hinggakan orang di sekeliling sering menyangka saya perempuan. “Saya mengaku naluri saya lebih kepada sifat keperempuanan sejak kecil lagi. Sehingga sekarang saya selalu cuba menjadi lelaki sebenar, tetapi tidak berjaya. “Ini membuatkan saya rendah diri dan malu berdepan orang ramai. Ia memberi tekanan dahsyat kepada saya. Doktor, saya ingin tahu adakah saya mempunyai dua jantina? Adakah saya perlu menjalani pemeriksaan?” Itu antara soalan yang kerap saya terima yang menunjukkan fakta kurang menyenangkan, tetapi kita memerlukan kaedah untuk menghadapi fenomena kecelaruan jantina yang bukan saja dihadapi di negara ini, tetapi juga seluruh dunia. Buat pengetahuan, penetapan jantina, sama ada individu itu lelaki atau perempuan, ditentukan ketika dia dilahirkan. Penentuan dilakukan dengan melihat anggota sulitnya. Jika wujud keraguan mengenai anggota sulit, ujian kebakaan akan dilakukan untuk mengenal pasti kedudukan baka jantinanya, sama ada XX (perempuan) atau XY(lelaki). Maka, seseorang itu akan dibesarkan mengikut aliran jantinanya. Namun, kadangkala ini tidak berlaku. Seseorang itu dibesarkan sebagai jantina sebaliknya walaupun dia bukan dalam jantina itu. Sehubungan itu, perilakunya tidak normal seperti mereka sejantinanya. Ini menyebabkan apabila baligh, individu itu mendapati dia tidak menonjolkan jantina sepatutnya dan ini membuatkan dia berasa tertekan. Ada juga keadaan individu itu dibesarkan sebagai jantina sahihnya, tetapi jiwanya memberontak dan dia lebih suka memainkan fungsi dan perilaku jantina sebaliknya. Keadaan ini dikenali sebagai kecelaruan jantina (gender). Nasihat saya kepada mereka yang mengalami masalah kecelaruan jantina ini ialah jika anda yakin dan percaya anda lelaki, anda tidak perlu risau mengenai anggapan atau pandangan orang lain terhadap anda. Golongan ini mungkin mempunyai sifat lembut semula jadi dan kurang ‘macho’, tetapi masih ada banyak sifat kelelakian.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
31
Bagi yang ragu mengenai diri sendiri, mereka perlu selesaikannya dengan berjumpa pakar psikologi. Mendiamkan diri dan merana keseorangan bukan cara yang baik. Jika masih menuntut, anda boleh jumpa kaunselor anda. Mungkin dia boleh bantu anda atau merujukkan anda kepada pakar berkaitan. Perkhidmatan saya pula boleh didapati di Damai Service Hospital beralamat 115-119 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur atau telefon 03-40434900.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
32
NAFSU NAIK HIDU ALAT KELAMIN ISTERI Soalan SAYA berusia 52 tahun dan sudah berkahwin 28 tahun. Yang membimbangkan saya ialah, nafsu saya naik apabila menghidu alat kelamin isteri. Semakin kuat baunya seperti bau ikan kering, saya akan terangsang. Masalahnya, saya tidak terangsang jika bau alat kelamin isteri tidak kuat. Boleh doktor menjelaskan punca keadaan ini? BANG MAN Pulau Pinang Jawapan Terangsang dengan bauan anggota sulit bukan perkara luar biasa, walaupun membau anggota sulit itu perbuatan aneh. Memang biasa untuk manusia mengaitkan anggota sulit dengan najis dan kekotoran. Sehubungan itu, minda manusia tentu tidak terbuka untuk menghidu baunya kerana tentu bauan itu kurang menyenangkan. Kajian mengenai bauan mendapati, sesetengah bauan merangsang urat saraf dalam mukosa hidung dan memberi rangsangan kepada otak, seterusnya merangsang sesuatu sistem secara positif. Maka wujud terapi aroma yang menggunakan pendekatan itu. Kimia tidak berbau yang dikenali sebagai Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat dan merangsang selera seksual apabila kimia ini dihidu. Perkara ini wujud di kalangan binatang dan jarang dikaitkan dengan manusia. Bagaimanapun, pakar dari Universiti Chicago, Amerika Syarikat menyatakan, manusia berkemampuan menghasilkan Pheromones yang dapat merangsang atau mempengaruhi sistem reproduksi dan seksual. Untuk anda, kebetulan bauan yang dikeluarkan pasangan dapat membangkitkan selera seksual anda untuk melakukan hubungan mengikut nafsu anda. Keadaan ini lebih terserlah apabila anda lebih selesa dengannya dan dapat menerima bauan yang kurang menyenangkan itu. Perkara ini tidak berlaku kepada semua manusia. Wanita juga berkemampuan mengalami rangsangan seksual apabila terhidu bau peluh kekasih.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
33
Konsep Pheromones kini dikomersialkan. Kononnya wujud wangian yang boleh menyemarakkan perasaan syahwat wanita kepada lelaki yang memakainya. Ini memang karut!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
34
FIRMA SALAH GUNA NAMA DOKTOR Soalan SAYA terjumpa satu laman web yang memaklumkan produk dijual dicipta oleh doktor. Saya ingin pengesahan doktor mengenai kesahihan produk itu. Adakah ia benar dicipta oleh doktor atau pengendali laman web itu hanya menggunakan nama doktor sebagai menambah keyakinan pengguna? Saya memerlukan penjelasan doktor bagi mengelak membeli produk tiruan. HAIRIL Georgetown Jawapan Sejak beberapa tahun kebelakangan ini selepas bersara daripada perkhidmatan kerajaan, saya diundang memberi ceramah kesihatan oleh agensi dan syarikat swasta yang menjual produk kesihatan. Saya hanya memberi maklumat kesihatan dan tidak mengulas produk kesihatan kerana etika perubatan melarang pembabitan doktor secara langsung atau tidak langsung dengan syarikat penjualan produk. Memberi maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan secara am menjadi tanggungjawab doktor. Bagaimanapun, memang ada kes nama saya dikaitkan dengan produk tertentu. Ia dilakukan tanpa persetujuan dan pengetahuan saya. Sehubungan itu, orang ramai harus peka dengan penulisan saya kerana ada sesetengah produk saya kaji dan hasil kajian saya paparkan, sama ada dalam jurnal perubatan atau rencana kesihatan. Saya memang ada mencipta cincin getah penambat zakar dan kini ia dipasarkan sebagai alat pembantu memantapkan ereksi serta mengawal cepat klimaks, selain berfungsi sebagai penahan kondom daripada terlucut. Kini, ia dipaten dan hak pengedarannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta. Laporan kajian mengenai cincin ini disiarkan dalam Asian Journal of Andrology keluaran Oktober 2006.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
35
AMBIL MAKANAN TAMBAHAN JAGA PENAMPILAN UNGKAPAN kehidupan bermula pada usia 40 tahun begitu sinonim dengan lelaki, namun bagi wanita pula usia itu dianggap permulaan kepada detik sukar, termasuk diketepikan suami daripada aspek seksual dan kemungkinan juga hidup bermadu. Perlu diingatkan, hubungan seks adalah keperluan naluri dan batin manusia selain pada masa sama mengeratkan hubungan silaturahim antara pasangan. Pasangan muda berkemampuan menikmatinya kerana tahap kecergasan dan kesihatan mereka yang optimum berikutan hubungan seks memerlukan daya tenaga dan kesihatan yang baik. Peningkatan usia tidak bermakna pasangan itu tidak lagi dapat mengecapi kehidupan seksual menarik dan membahagiakan. Namun, ia tidak mungkin berlaku jika pasangan berkenaan tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan menjaga kesihatan. Bagi seseorang wanita, peningkatan usia tidak bermakna mereka tidak dapat menggembirakan suami, manakala bagi lelaki pula bukan hanya wanita muda dapat memuaskan mereka di bilik tidur. Yang utama ialah selain menjaga penampilan, pastikan berat badan dalam tahap unggul. Kurang makan makanan berlemak dan lebihkan bijirin, sayuran dan buah-buahan. Makan makanan tambahan seperti multi-vitamin dan zat galian yang sesuai untuk orang yang semakin meningkat usia. Lakukan senaman secara berkala untuk daya kegergasan badan atau ‘stamina’. Pastikan juga anda menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala kerana penyakit kronik boleh muncul bila-bila masa. Jika disahkan menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, gout dan sakit sendi, tentu ia menjejaskan kemampuan dan keselesaan hubungan seks. Wanita yang memasuki ambang putus haid perlu tahu tahap hormon Estrogen akan berkurangan. Pada masa sama, hormon Testosterone dan DHEA akan berkurangan dan ini adalah proses normal apabila seseorang meningkat usianya. Sebagai peringatan, apabila hormon ini berkurangan, ia mengakibatkan seseorang itu mengalami simptom kelesuan, keletihan, tidak bermaya, sakit sendi dan otot serta emosi meragam, selain kurang minat kepada hubungan seksual.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
36
Golongan ini boleh berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan bimbingan mengenai masalah yang mereka hadapi atau mungkin dengan rawatan alternatif dan pengambilan hormon, kesihatan mereka kembali normal. Tidak salah jika wanita itu mencuba makanan tambahan yang dapat membantu mengurangkan simptom merunsingkan mereka atau mendapat pandangan seterusnya cadangan ahli farmasi mengenai apa sepatutnya diambil mereka untuk kecergasan diri. Buat pengetahuan, herba seperti ‘Remifemin’ dan ‘Phyto Kacip Fatimah’ dapat membantu dan boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebagai amaran, jangan beli ubat di kaki lima kerana dibimbangi mengandungi bahan berbahaya atau tidak mengandungi sukatan herba sebenar. Perkara mustahak ialah wanita itu perlu berusaha membina keluarga harmoni dan hubungan seks — satu-satunya hubungan yang dapat merapatkan kemesraan dengan pasangan — perlu dijaga supaya kekal mengikut kemampuan dan keselesaan kedua-dua pasangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
37
RESAH BAKAL PENGANTIN Soalan SAYA berusia 24 tahun dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Ketika berusia 10 tahun, saya pernah termakan ubat kepunyaan ibu saya, yang rasanya manis seperti gula dan berwarna kuning gelap. Saya tidak tahu ubat apa tetapi selepas beberapa kali mengambilnya, baru saya mendapat tahu ubat itu untuk menopaus (putus haid). Adakah ubat itu memberi kesan kepada organ seks saya? Pada masa ini, organ seks saya masih berfungsi dengan baik dan mampu mengeluarkan air mani apabila saya melakukan onani. Bagaimanapun, saya masih bimbang jika sejarah saya makan ubat kepunyaan ibu akan memberi kesan negatif kepada alat zakar dan kualiti serta kandungan sperma saya. SAM Kajang Jawapan Menjadi kebiasaan mana-mana individu yang bakal mendirikan rumah tangga akan mula memberi tumpuan lebih ke atas aspek kesihatan diri, terutama kesihatan anggota reproduktif. Mereka bimbang anggota itu bermasalah akibat ‘sejarah’ silam, sekali gus menjejaskan masa depan dengan pasangan mereka. Masalah anda ialah pernah termakan ubat ibu anda tanpa mengetahui kandungan ubat berkenaan. Ini berlaku sudah lama. Jika ada apa-apa kesan atau implikasi sudah diketahui sekarang. Jika tiada, anda tidak perlu khuatir kesan jangka panjang. Masalah tidak berlaku kerana anda mempunyai sistem reproduksi yang berfungsi, dapat mencapai ereksi dan boleh mencapai ejakulasi. Perkara yang anda perlu khuatir yang mungkin boleh memberi kesan kepada hubungan seksual dengan pasangan ialah amalan onani. Jika anda ketagih dengan perbuatan onani itu, tentu anda tidak dapat mengurangkannya dan akan menjejaskan hubungan keintiman dengan pasangan apabila anda lebih seronok dengan cara onani daripada hubungan seks dengan pasangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
38
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
AMALAN SERONG SAKIT LUTUT Soalan SAYA mengalami masalah sakit lutut selepas melakukan onani. Adakah sakit lutut ini berpunca daripada perbuatan saya melakukan onani? MATT Raub, Pahang Jawapan Amalan merangsang anggota sulit dan mendapat keseronokan membuatkan onani adalah amalan yang sukar dihentikan kecuali jika pengamalnya mengalami sesuatu yang kurang menyenangkan seperti kebengkakan anggota sulit atau pening kepala setiap kali klimaks atau sakit badan, sakit lutut atau sakit anggota sulit. Kepada mereka yang memang mendapat keseronokan, tanpa pengetahuan mereka sebenarnya ketagih dengan amalan itu. Apabila tidak onani, mereka kurang selesa dan mesti membuatnya walaupun tiada sebab untuk melakukannya. Sehubungan itu, tidak menghairankan jika mereka mendapati menghentikan amalan berkenaan walaupun sudah berumahtangga.
sukar
Ada juga yang hanya seronok dengan amalan itu daripada bersetubuh dengan pasangan. Ini tentu memberi tekanan kepada pasangan apabila mendapat tahu dia melakukan onani secara senyap dan tidak melayannya. Ini boleh mengakibatkan perpecahan rumah tangga. Masalah tidak selesa ketika melakukan onani seperti sakit lutut berlaku akibat tekanan otot paha yang kejang ketika ejakulasi berlaku. Ia bukan kerana ‘air’ dalam kepala lutut kering! Jika tidak selesa, perbuatan itu perlu dihentikan segera kerana banyak lagi kesan negatif yang boleh berlaku seperti ketagihan kepada onani, cepat klimaks dan mati pucuk.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
39
RISIKO PAYU DARA BESAR JIKA saiz dan bentuk zakar penting untuk lelaki, wanita tidak terkecuali untuk mengambil berat saiz payu dara mereka. Sebenarnya, saiz dan bentuk payu dara wanita tertakluk kepada keturunan dan baka. Jarang ada wanita mengalami masalah payu dara ‘Glandular Hyperplasia’, iaitu pepundi susu mengembang dan membesar, sekali gus mengakibatkan payu dara membesar secara luar biasa. Wanita yang mengalami masalah ini sukar mencari baju dalam atau ‘bra’ sesuai. Keadaan payu dara yang besar juga menyakitkan dada kerana memikul beban berat. Kajian terbaru menunjukkan payu dara besar berisiko tinggi mendapat kanser. Tiada kaedah membesarkan payu dara tanpa membabitkan pembedahan. Ia dikenali ‘Breast Augmentation’ atau pembedahan pembesaran payu dara. Kaedah penggunaan krim dan herba belum ada bukti kukuh keberkesanannya. Satu ketika dulu di Thailand, wujud herba dikenali ‘Pueriaria Mirifica’ yang kononnya membantu memantapkan payu dara dan kini herba itu dalam kawalan kerajaan Thailand. Sejauh mana keberkesanan herba itu sukar dipastikan, namun kerajaan Thailand menafikan herba itu sesuai untuk ketumbesaran payu dara. Malah, kerajaan Thailand mencadangkan wanita yang ingin membesarkan payu dara melakukan senaman pemantapan otot dada. Pakar sakit puan dan payu dara di Thailand juga menafikan herba itu mampu membesarkan payu dara. Sehubungan itu, jangan membazir duit membeli herba, terutama di tepi jalan, untuk membesarkan payu dara. Ia bukan sekadar pembaziran, tetapi dibimbangi kesan jangka pendek atau panjang penggunaan produk berkenaan. Ada juga berpendapat makan kacip fatimah memantapkan payu dara. Itu juga tiada kepastian, walaupun kacip fatimah mengandungi ‘Biboflavinoids’ yang dapat diproses dalam badan menjadi hormon Estrogen yang ada kaitan dengan ketumbesaran payu dara. Namun, kajian sekumpulan pakar di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati kacip fatimah hanya baik menaikkan syahwat kerana kesannya kepada kelenjar Adrenal untuk menghasilkan hormon syahwat DHEA. Malah, satu ketika dulu wanita yang mengamalkan pil perancang keluarga
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
40
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
mendapati
payu
dara
mereka
tegap
dan
padat,
seolah-olah
besar.
Selepas kejadian tidak disangka itu, ramai wanita mengunakan hormon Estrogen dan kini amalan berkenaan diketahui berbahaya dan boleh mendedahkan wanita itu kepada kanser payu dara. Seperti zakar, payu dara kadangkala kelihatan kecut dan lembek dan kadangkala menonjol dan tegap, sama dengan keadaan puting dan tompok Areola yang juga kembang dan kuncup. Senaman mengkukuhkan otot dada dapat menegapkan payu dara ke atas dada dan ini digalakkan daripada melakukan pembedahan, mengunakan krim atau gel atau menyedut payu dara dengan pam penyedut kerana alat ini juga didapati mengarut. Kehamilan dan kelahiran bayi dapat memantapkan kedudukan payu dara dan ini paling berkesan serta selamat. , selain memakai baju dalam yang sesuai dan pengunaan krim pelembap yang baik untuk kulit payu dara.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
41
ISTERI SELALU LETIH Soalan ISTERI saya guru dan berusia 38 tahun. Masalah saya adalah, beliau selalu kepenatan dan cepat tidur, biasanya sekitar jam 8.30 malam. Kami biasa melakukan hubungan seks dua kali seminggu. Apabila saya memerlukannya, saya terpaksa mengejutkan beliau dan saya berasa bosan serta tercabar. Adakah ubat di pasaran untuk mengelakkan beliau keletihan dan cepat tidur? DINIE Batu Pahat, Johor Jawapan Tidur mustahak untuk kelegaan tekanan yang dialami tubuh badan. Jika letih, tentu kita berasa lemah dan mengantuk. Jika kebetulan tidak cukup tidur, seseorang itu berasa lebih mengantuk. Namun, ada kemungkinan kelemahan itu berlaku akibat kurang sihat seperti tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Sehubungan itu, amalkan gaya hidup sihat seperti senaman berkala, makan makanan seimbang dan jaga berat badan ke peringkat unggul, tidak obesiti dan tidak kurus serta jauhi tekanan atau urus tekanan dengan bijak. Semua itu dapat membantu meningkatkan daya fungsi badan dan kecerdasan otak dan minda, selain dapat menahan daripada mengantuk. Bagaimanapun, tidur itu mustahak dan jika dapat terlelap seketika, itu baik untuk mendapat minda lebih cergas. Tidak apa jika pasangan anda terlelap dan setuju dia dibangunkan untuk berintiman dengan anda. Mungkin jika dia dapat lelap seketika sebelah petang, ia dapat membantu memberi kelegaan untuk dia aktif sebelah malam. Dia boleh minum kopi untuk memberi kesegaran minda atau cuba makan herba yang dapat membantu mengawal tekanan, umpamanya herbal Adaptogen seperti ‘Nhance-X’.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
42
KEPALA RASA HILANG IMBANGAN Soalan KEBELAKANGAN ini kepala saya sering berasa seperti hilang imbangan dan berdenyut-denyut. Maksud saya, badan dan kepala seperti bergoyang-goyang. Untuk pengetahuan doktor, beberapa tahun lalu saya pernah mengalami ‘Hyper Ventilated’ dan ‘Anxiety Disorder’ (seperti dikatakan doktor yang merawat saya) dan pernah dimasukkan ke wad. Sehingga kini saya masih merasakan trauma di atas kejadian itu, walaupun pernah dirujuk kepada pakar psikologi? Ibu jari kaki kanan saya ada garis berwarna coklat. Adakah ini juga tanda sesuatu penyakit? MUHAMMAD Brunei Jawapan Tekanan atau stres boleh memberi kesan kepada kesihatan seperti keresahan. Apabila ini berlaku, individu itu mengalami pelbagai perasaan luar biasa. Individu itu juga berasa cemas dan mula berkelakuan ganjil seperti menarik nafas cepat dan memikir perkara menakutkan. Anda mungkin mengalami masalah sama seperti anda alami dulu. Anda perlu berjumpa kembali pakar psikologi untuk bimbingan dan rawatan sewajar. Ini bukan sakit serius, tetapi boleh menggugat kualiti kesihatan dan keharmonian rumah tangga jika anda sudah berkahwin.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
43
SPERMA LEMAH LELAKI sihat menghasilkan 200 hingga 300 juta sperma berkualiti sehari atau secara purata 70,000 sperma seminit. Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari. Justeru, jika seseorang lelaki diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, dia perlu memakan ubat itu sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan. Pada masa ini, ujian air mani satu-satunya kaedah yang dapat menentukan sama ada seseorang lelaki itu ada menghasilkan sperma. Jika ada sperma, ini bermakna lelaki itu tidak mandul. Namun jika bilangan sperma dihasilkan kurang, keadaan itu dikenali sebagai ‘Oligospermia’ atau ‘Oligozoospermia’. Bagi lelaki yang ada banyak sperma tetapi sebilangan besar tidak berbentuk normal atau kurang 30 peratus berbentuk tidak normal, keadaan itu dikenali sebagai ‘Teratospermia’, manakala jika sebilangan besar sperma itu tidak bergerak aktif dan sehala atau lebih 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, masalah itu dikenali sebagai ‘Asthenospermia’. Kadangkala semua masalah sperma itu berlaku sekali gus dengan bilangan sperma kurang, termasuk peratusan sperma yang kurang aktif dan yang berbentuk tidak normal. Keadaan itu dikenali sebagai Sindrom OTA (Oligo, Terato dan Astheno). Pemeriksaan yang akan dilakukan ialah mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat Orkidometer dan jikaperlu menjalani ujian hormon kesuburan FSH sebelum apa-apa rawatan. Aspek fizikal juga perlu dalam mengatasi masalah sperma seperti perlu mengelak pakaian ketat, merokok, terdedah kepada bahang dan suasana tempat kerja yang berisiko merosakkan sperma seperti panas dan terdedah kepada kimia. Masalah sperma sama ada kurang bilangan, kurang aktif atau kurang sperma berbentuk normal boleh berlaku pada bila-bila masa. Ada lelaki yang satu ketika dulu mempunyai bilangan dan kualiti sperma cemerlang kemudian menghadapi masalah berkenaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
44
Perlu diingatkan, masalah sperma boleh berlaku kepada lelaki yang sebelum ini dapat menghamilkan pasangannya tetapi kemudian mendapati dirinya gagal berikutan masalah sperma yang tercetus. Sebilangan lelaki ada buah zakar kecil, sekali gus kilang spermanya tidak dapat menghasilkan sperma atau menghasilkan kurang sperma. Ada yang mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberikan, keadaan mereka akan pulih. Jalani pemeriksaan kesuburan bersama pasangan. Usah berlengah mendapatkan rawatan kerana lagi cepat masalah dikesan, lebih mudah dan cepat kaedah untuk mengatasi masalah kesuburan itu dapat dijalankan. Ada juga lelaki mengalami masalah pembuluh darah buah zakar yang berpintalpintal dan ini dikenali sebagai Varikosel.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
45
TIADA PEWANGI GHAIRAH Soalan SAYA pernah terbaca dalam Internet mengenai ‘Pheromones’. Adakah benar ia berfungsi untuk mengeluarkan bau kelelakian bagi mengghairahkan pasangan kita? Boleh atau tidak saya gunakannya bagi memikat isteri untuk melakukan hubungan seks? KADIR Raub, Pahang Jawapan Banyak syarikat penjual ubat kuat dan ubat ghairah seks memperkatakan mengenai Pheromones yang kononnya dapat mengghairahkan lelaki atau wanita yang baunya dikatakan akan menaikkan syahwat. Mengikut pendapat dan pengetahuan saya, ia mengarut dan yang membelinya tentu individu berfikiran cetek kerana membazir wang tanpa usul periksa. Kajian yang pernah dilakukan mengenai Pheromones ialah terhadap binatang. Bahan kimia semula jadi ini dihasilkan melalui peluh atau cecair dari anggota sulit, najis atau air kencing yang dapat memberi ‘signal’ atau tanda tertentu kepada binatang lain yang sama spesies bagi memahami keadaan tertentu. Sebagai contoh, anjing kencing di merata kawasan untuk memberitahu anjing lain yang itu adalah kawasannya. Jika anjing betina hendak memberitahu ia dalam keadaan subur yang mana telurnya akan keluar, ia mengeluarkan cairan dari bahagian berdekatan anggota seksnya. Lelaki kononnya mengeluarkan bauan badan spesifik daripada peluh ketiak yang dapat menggelorakan perasaan syahwat wanita yang terhidu atau yang sengaja menghidu pakaiannya yang dibasahi peluh. Mungkin ini boleh berlaku jika minda wanita itu terbuka untuk membuat begitu. Jika tidak, ia tidak berlaku. Sehubungan itu, jangan fikir adanya minyak wangi mengandungi Pheromones dapat membangkitkan perasaan syahwat isteri jika mindanya tidak terbuka untuk tujuan itu. Lagipun, minyak wangi itu perlu ada Pheromones yang datang daripada anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
46
BELUM DAPAT ANAK Soalan SAYA mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Sejak saya pendarahan selepas makan ubat hormon dan memakan ubat untuk menghentikan pendarahan itu, haid terus tidak keluar hampir tiga bulan. Saya hampir mengambil anak angkat, tetapi risau berikutan ayah saya tidak bersetuju. Apa patut saya lakukan doktor? Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? FAZLIN Putrajaya Jawapan Bagi mana-mana pasangan berkahwin dan inginkan cahaya mata, mereka perlu merancang untuk mendapatnya dan jika tiada tanda kehamilan dalam setahun atau sekurang-kurangnya enam bulan (bagi wanita berusia melebihi 30 tahun), mereka berdua perlu berjumpa doktor untuk mendapat nasihat, bimbingan dan rawatan sewajar. Mungkin untuk permulaan mereka boleh jumpa doktor keluarga. Biasanya doktor keluarga melakukan pemeriksaan awal untuk mengenal pasti masalah kesihatan yang boleh mengugat kesuburan. Pemeriksaan ini termasuk ujian air mani untuk suami dan pemeriksaan ujian tahap hormon kesuburan untuk isteri. Jika itu normal, pemeriksaan susulan termasuk ujian HSG atau x-ray rahim dan salur rahim isteri untuk mengenal pasti kedudukan rahim dan salur rahim. Jika ada masalah tertentu, mereka dirujuk kepada pakar berkaitan. Misalnya, jika suami ada masalah sperma, mungkin dia perlu dirujuk kepada pakar sakit tuan atau pakar Andrologi. Jika isteri ada masalah, mungkin dia perlu dirujuk kepada pakar sakit puan yang mahir dalam pengurusan kesuburan wanita.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
47
TAKRIFAN ‘TERUNA’ DAN ‘DARA’ Soalan SAYA pemuda berusia 23 tahun dan ingin kepastian mengenai fakta teruna dan dara. Ketika berusia 20 tahun, saya melakukan hubungan seks kali pertama dengan seorang wanita dan tidak pasti sama ada dia masih dara atau tidak. Kami kemudian melakukannya banyak kali dengan hanya seks pertama saya memakai kondom dan selepas itu tidak lagi. Selepas itu saya tidak lagi melakukan hubungan seks dengan mana-mana wanita sehingga sekarang, tetapi saya sering melakukan onani untuk memuaskan nafsu. Namun, ketika onani saya cepat berasa geli dan tidak sampai seminit sudah terpancut. Persoalan, adakah teruna saya hilang walaupun memakai kondom? Ada juga yang mengatakan jika seorang lelaki itu kali pertama melakukan hubungan seks dengan wanita yang tiada dara, lelaki itu masih dianggap teruna. Betul ke? FAZLI, Perlis Jawapan Takrif ‘teruna’ dan ‘dara’ memberi maksud lelaki yang belum pernah melakukan seks penetratif. Jika menggunakan kondom untuk bersetubuh, dia BUKAN teruna, dan wanita dara juga ialah yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif (walaupun dia tiada selaput dara mungkin akibat aktiviti lasak). Jadi maksud lain yang anda nyatakan itu tidak tepat sama sekali. Mengikut takrif ini, anda bukan teruna lagi. Mengenai cepat klimaks, ia isu lemah daya kawalan ejakulasi. Apabila daya ejakulasi dalam kawalan, iaitu anda dapat melewatkannya atau memilih mencepatkannya, isu cepat klimaks tidak timbul. Untuk ini anda perlu mengawal geselan anggota sulit supaya setiap geselan dilakukan dengan kawalan. Gerakan zakar dalam faraj dipendekkan bagi mengelak bahagian sensitif tergesel.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
48
Jadi jika dalam faraj geselan dilakukan lebih ke pangkal zakar dan tidak di hujung, ejakulasi dapat dikawal. Apabila terasa hendak klimaks, geselan dihentikan atau dilakukan secara perlahan supaya dapat mengawal perasaan hendak pancut. Jika sampai ke peringkat hendak pancut, geselan boleh dilakukan cepat dan lebih berfokus kepada penghujung zakar yang sensitif itu. Jika cara ini sukar, anda boleh menggunakan cincin tambat zakar, iaitu memasang cincin ke pangkal zakar ketika ereksi dan ketika gerakan dalam faraj sampil menumpukan perhatian kepada cincin yang tertambat itu. Perasaan kurang selesa digunakan untuk mengetepikan perasaan nyilu atau sensitif pada hujung zakar. Apabila pasangan seronok, tumpuan diberikan pula kepada penghujung zakar supaya cepat klimaks. Teknik ini perlu diamalkan selalu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
49
SUAMI HILANG NAFSU Soalan SAYA sudah berkahwin sembilan bulan, tetapi tidak pernah sekalipun ‘bersama’ suami. Menurut ‘ustaz’ yang cuba menyelesaikan masalah kami, suami terkena sihir tahap tinggi. Saya yakin selain masalah sihir, ada kemungkinan masalah psikologi antara punca suami hilang nafsu terhadap saya. Saya juga yakin dia bukan tidak cintakan saya kerana ketika hendak kahwin dulu, suamilah yang paling beriya-iya. Bolehkah doktor memberi pendapat mengenai jalan terbaik untuk saya dan suami ambil bagi menyelesaikan masalah kami? WANI AFFENDI Kuala Lumpur Jawapan Tidak dinafikan ada banyak kes pasangan diijabkabul tidak dapat melangsungkan hubungan keintiman seksual. Apa yang berlaku ialah ketika hendak bersama, isteri ‘menutup’ atau mengemut lubang najis dan lubang kencing yang secara tidak langsung menutup pembukaan farajnya. Ini menyukarkan suami melakukan seks penetratif. Jika suami gagal banyak kali, perasaan ghairahnya menurun dan dia hilang nafsu syahwatnya. Saya dapati kedua-dua pihak kurang arif teknik bersetubuh. Perasaan gementar menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin berlaku. Ini mengakibatkan jalanan darah dalam otot zakar terencat, ereksi yang membina langsung kendur. Jika berlaku kepada wanita, iaitu dia kemut dan mencengkam lubang najis dan kencing, pembukaan farajnya tertutup. Masalah ini dapat diatasi apabila pasangan sedar dan bersama-sama berkerjasama untuk mengatasinya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
50
ADA BENDA HALANG BAYANGKAN pasangan berkahwin gagal mengadakan hubungan seks kerana suami gagal menembusi faraj, walaupun isteri bersedia. Namun, si isteri dapat berasa sesuatu, seolah-olah isi di dalam ruang faraj yang menghalang kemasukan zakar! Keadaan itu mengakibatkan suami menjadi hampa dan kedua-dua pasangan menghabiskan sentuhan intim di luar faraj. Persoalannya, berapa lama pasangan itu mampu bersabar untuk tidak melakukan hubungan seks penetratif. Masalah lebih besar berlaku apabila isteri gagal hamil dan bagi yang prihatin, mereka berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Ketika itu, baru masalah sebenar dikenal pasti. Penghalang yang dimaksudkan itu boleh membabitkan cista daripada mukosa faraj atau pangkal rahim yang panjang. Apabila cista dibedah buang atau pangkal rahim yang panjang dipendekkan, masalah penghalang selesai dan kehamilan boleh berlaku. Bagaimanapun, jika pasangan itu tidak berjumpa doktor, pasti masalah berkenaan tidak diketahui dan hubungan mereka terus menjadi hambar dan tanpa zuriat. Laporan Kes: Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Sepasang suami isteri berjumpa saya mengenai masalah kesuburan dan selepas pemeriksaan rutin ‘Pap Smear’ dilakukan, saya dipanggil untuk membuat pemeriksaan. Yang jelas kelihatan, pangkal rahimnya panjang sehingga kelihatan di muka pintu faraj. Wanita itu tiada selaput dara lagi, tetapi dia mengalami masalah melakukan persetubuhan dan suaminya kerap memberitahu ada sesuatu menghalang kemasukan zakar. Pembedahan untuk mengecilkan pangkal rahim dilakukan, sekali gus memulihkan keadaan apabila pasangan itu dapat melakukan persetubuhan tanpa apa-apa halangan dan akhirnya wanita itu hamil beberapa bulan selepas pembedahan. Wanita dinasihat menjalankan pemeriksaan kendiri anggota sulit atau ‘Vulval Self Examination’ supaya tahu mengenai anggota sulit mereka dan tidak rasa kekok untuk memanipulasinya ketika bersama suami.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
51
Dengan kepekaan itu, mereka tahu jika wujud sesuatu yang luar biasa untuk dirujuk kepada doktor. Jangan berdiam diri dan menderita dalam diam apabila mengalami masalah kepada anggota sulit seperti berasa pedih atau kesakitan ketika ‘bersama’ kerana kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena. Sebagai persediaan awal, lakukan pemeriksaan kendiri dengan menggunakan cermin tangan dan meneliti anggota sulit dalam keadaan cahaya terang supaya dapat memahami masalah dan mudah memberitahu doktor apabila berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Perlu diingatkan, anggota sulit wanita mempunyai bibir besar, bibir kecil dan ‘vestibule’ atau bahagian antara bibir kecil, yang mana ada pembukaan lubang kencing di atas dan pembukaan lubang faraj di bawah. Pembukaan lubang faraj kelihatan seperti isi berkumpul apabila wanita itu mencengkam otot lantai pelvik (otot kemut) dan wujud kerenggangan apabila kemutan dilegakan. Bagi wanita yang mempunyai selaput dara, akan kelihatan cebisan isi mengelilingi pembukaan faraj. Kadangkala cebisan isi itu tiada dan ini boleh terjadi apabila selaput dara itu tipis atau tiada secara semula jadi. Jarang ada selaput dara yang menutupi pembukaan faraj. Jika ini berlaku, wanita itu tidak mengalami kedatangan haid dan mungkin berasa tidak selesa di bahagian bawah perut. Apabila diperiksa dari luar, bahagian di paras ari-ari kelihatan ketulan berbentuk seperti rahim. Namun, jika doktor memeriksa anggota sulit, kelihatan pembukaan faraj tertutup dan selaput yang menutupi pembukaan faraj mengembung. Jika bahagian ini ditebuk, akan keluar darah haid yang bertakung selama ini. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Hymenocolpos’ dan cara merawatnya ialah dengan menembuk selaput dara yang menutupi pembukaan faraj. Bagaimanapun, perlu diingatkan selepas proses ini, seseorang wanita itu masih dara kerana belum melakukan bersetubuhan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
52
SALAH ANGGAPAN MENGENAI ONANI Soalan SAYA berusia 28 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga. Masalahnya, lutut saya kerap sakit dan ramai memberitahu cecair di dalamnya kering mungkin disebabkan saya selalu melakukan onani sejak zaman sekolah menengah lagi. Namun, sekarang saya sudah berhenti. Masalahnya ialah, bagaimana ingin mengembalikan keadaan lutut saya kepada keadaan normal. Saya juga menghadapi masalah berat badan kerana orang cakap kalau kerap onani, selera makan bertambah. Bagaimanapun, kini saya sukar menurunkan berat badan sekalipun sudah berhenti onani. JOHN Klang, Selangor Jawapan Banyak salah pendapat dan mitos berkaitan perbuatan onani. Antaranya, orang yang kerap onani tangannya menggerutu dan kadangkala berbulu kerana terkena air mani, mukanya pucat kerana kononnya setiap titik air mani sama seperti sesudu darah yang hilang. Onani juga dikatakan boleh mengakibatkan air kepala lutut kurang, begitu juga air dalam badan dan tulang belakang, selain orang yang gemar onani mati pucuk lebih awal dan tua cepat. Semua ini karut belaka! Maklumat karut itu masih dipercayai kebanyakan lelaki. Tidak dinafikan perbuatan onani mengakibatkan lelaki itu berasa letih kerana untuk sampai ke ‘kemuncak’, wujud aktiviti otot yang tinggi. Air mani datang dari pundi Seminal, Cowpers dan Prostat dan bukan dihasil daripada darah. Sperma hanya lima peratus daripada air mani. Jika tidak onani, air mani terkeluar apabila pundi berkenaan kembang dan ini berlaku ketika dalam tidur (mimpi basah). Amalan ini boleh membawa ketagihan dan sukar untuk berhenti, walaupun sudah berpasangan. Kadangkala amalan ini lebih seronok daripada hubungan seksual dan jika ini berlaku, hubungan keintiman seksual dengan pasangan menjadi kurang dan mengganggu silaturahim dengan pasangan. Sehubungan itu, penting untuk cuba mengelakkannya sebelum ia menjadi ketagih.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
53
USUS MASUK KERANDUT TELUR Soalan SAYA guru berusia 24 tahun dan sudah berkahwin. Saya ada masalah berkaitan kerandut kerana di dalamnya ada satu objek yang pada anggapan saya keluar daripada perut dan memasuki kantung telur saya. Kadangkala saya rasa sengal dan sakit. Yang menghairankan, urat yang sedikit keras itu keluar pada masa tertentu. Ia memberi kesan kepada keinginan seks saya kerana semakin menurun disebabkan rasa sakit. Saya khuatir saya menghidap sakit angin pasang atau penyakit lain. ABE Jitra, Kedah Jawapan Apa yang anda sangka ketulan yang keluar daripada perut dan masuk ke dalam kerandut itu adalah angin pasang, memang tepat. Bagaimanapun, mustahak untuk anda berjumpa doktor untuk pengesahan. Jika angin pasang, ketulan itu ialah seketul atau segumpal usus yang termasuk ke dalam kerandut anda melalui pembukaan antara perut dan kerandut yang tidak normal. Jadi caranya ialah untuk doktor memasukkan kembali ketulan atau gumpalan usus balik ke dalam kerandut dan tutup lubang yang tidak normal itu melalui jahitan. Jawapan bagi masalah anda ialah pembedahan kecil untuk melakukan semua ini. Jangan takut mengenai pembedahan itu. Ia tidak menjejaskan fungsi syahwat anda. Mungkin jika anda biarkan angin pasang itu membesar, fungsi syahwat anda tertekan sebagaimana anda kini alaminya. Jadi apabila tekanan itu tiada lagi setelah dibedah pulih, fungsi syahwat anda akan kembali sedia kala. Cepat dapatkan temu janji untuk berjumpa doktor pakar bedah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
54
KABUR CARA SEKSUAL JANGAN ketawa jika diberitahu ada lelaki tidak tahu dia sepatutnya dalam keadaan ereksi sebelum mampu mengadakan hubungan seksual. Ini bukan kisah dongeng, tetapi saya pernah merawat lelaki yang kabur mengenai seksual hingga ke tahap ini. Perlu diingatkan yang hubungan keintiman seksual hanya menyeronokkan jika pasangan lelaki dan perempuan dapat memainkan fungsi masing-masing. Apabila berlaku kes seperti di atas, keadaan menjadi huru-hara apabila suami tidak dapat menyalurkan ereksi ke dalam faraj isteri. Lelaki yang jahil mengenai seks tidak tahu dia memerlukan ereksi untuk menyalurkan zakar ke dalam faraj pasangan. Untuk ‘pelayaran’ terbaik, ereksi perlu dalam keadaan kekal dan tahap ketegangan yang sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj isteri. Kaedah terbaik ialah dia perlu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (otot yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) supaya zakar ereksi sepadatnya, sekali gus mudah disalurkan ke dalam faraj. Bagaimanapun, perkara yang dianggap biasa menjadi luar biasa apabila seseorang lelaki itu kabur mengenai fungsi dan keadaan hubungan seksual sebenar, sekali gus menimbulkan masalah dalam rumah tangga. Bagi lelaki jenis ini, tiada kaedah lain selain berjumpa pakar sakit tuan atau psikologi kerana mereka harus diberikan penerangan secara mendalam dan teknik betul bagi membolehkan hubungan seksual penetratif (memasukkan zakar ke dalam faraj) dilaksanakan. Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang berdepan masalah ini biasaanya boleh mencapai ereksi tetapi tidak sekeras yang boleh disalurkan ke dalam faraj kerana kekuatan penembusan yang diperlukan untuk tujuan itu melebihi satu kilogram. Ini hanya dapat tercapai jika dia menggunakan otot benteng zakar sebagai penyokong kekuatan ereksi. Jadi apabila dia kemut, ereksinya menjadi lebih padat dan keras dan mampu menjayakan penetrasi faraj. Laporan Kes: Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Lelaki yang mengalami masalah ini pelik apabila saya menjelaskan kepadanya yang dia perlu memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkannya ke dalam faraj isterinya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
55
Kebetulan isteri lelaki itu arif mengenai fungsi yang harus dimainkan wanita ketika hendak melakukan persetubuhan. Namun, setiap kali suaminya mendekatkan zakar ke paras faraj, isterinya cuba membantu memasukkan ereksi ke dalam faraj, tetapi ereksi suami kendur dan tidak keras lagi. Lelaki itu pernah menjalani rawatan tradisional urutan yang menyakitkan, tetapi tidak memberi apa-apa kesan langsung. Apabila lelaki ini diberitahu yang dia sepatutnya memadatkan ereksi ketika hendak menyalurkan zakar ke dalam faraj dengan mengemutkan otot lantai pelvis (otot kemutan), baru dia sedar dia berkemampuan mengawal tahap dan kekukuhan ereksi dan bukan tukang urut. Akhirnya dia peka dengan fungsinya dan berjaya melakukan hubungan penetratif dan berjaya membuat isterinya hamil.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
56
ISTERI HAMPA SUAMI KURANG NAFSU Soalan SAYA berusia 28 tahun dan baru berkahwin atas dasar cinta selama dua bulan. Masalahnya sepanjang dua bulan ini, saya tidak pernah merasai kenikmatan seks bersama suami saya yang berusia 30 tahun. Ini kerana: 1) Suami seperti kurang bernafsu dengan saya kerana sepanjang dua bulan ini boleh dikira berapa kali saja kami ‘bersama’. Ada masanya saya cuba merangsangkan kemaluannya tetapi tiada tindak balas daripada suami, walaupun pada ketika itu zakarnya ‘naik’. 2) Bila ‘bersama’ suami, saya dapat rasakan zakarnya tidak benar-benar ‘keras’, tidak seperti yang dikatakan orang ‘keras seperti batang kayu’. Ketika suami klimaks, saya tidak dapat rasa pancutan air maninya di dalam faraj. 3) Suami cepat klimaks. Tidak sampai dua minit dan zakarnya terus layu. Saya cuba merangsangnya, tetapi tetap ‘layu’. 4) Ada satu ketika, ketika ‘bersama’, suami saya berhenti seketika untuk membuang air kecil. Namun selepas itu zakarnya kembali layu. 5) Buat masa ini, suami saya pergi berurut. Itupun di atas desakan saya, tetapi tiada perubahan. Saya turut pergi berjumpa bomoh dan dia mengatakan masalah berpunca ketika suami saya berkhatan. Namun, bomoh itu tidak pula nyatakan di mana silapnya. Saya ingin berjumpa doktor pakar, tetapi takut kos terlalu tinggi kerana saya hanya pekerja kilang. Saya sungguh tertekan kerana suami seperti tidak mengendahkan masalah seks yang dia hadapi sekarang. Hanya saya kelihatan beriya-iya mencari jalan penyelesaian untuk masalah ini. Saya sayangkan perkahwinan ini dan terus bersabar selain berdoa kepada Allah SWT. Diharapkan doktor boleh membantu memberi nasihat kepada kami. MAZLINA Pulau Pinang Jawapan Saya pasti ramai wanita mengalami masalah sama seperti anda, tetapi mereka memilih untuk menderita dalam diam. Anda tidak mendiamkan diri dan banyak memberi sokongan kepada suami untuk berusaha menyemarakkan hubungan keintiman bersamanya. Saya ucapkan syabas kepada anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
57
Jarang orang muda macam suami anda mengalami masalah syahwat atau lemah tenaga batin, kecuali dia mengalami masalah kesihatan yang mana doktor akan dapat mengesannya. Berjumpa bomoh, tukang urut atau dukun tidak akan dapat membantu jika masalah itu masalah perubatan. Memang biasa untuk lelaki yang sihat ketika berdampingan dengan pasangan idaman akan terangsang, lebih-lebih lagi apabila suasana membolehkan dia berbuat begitu. Dalam keadaan letih, lesu dan dalam keadaan tidak sihat, memang sukar untuk lelaki membangkitkan perasaan syahwatnya dan jika dipaksa, dia mengalami kesulitan dan gagal menunaikan kehendak pasangannya. Pasangan boleh membantu dengan bermanja dan sentuhan intim keseluruhan badannya, termasuk anggota syahwatnya mengikut keselesaan masing-masing. Apabila keadaan mengizinkan, seks penetratif boleh dilakukan. Jika tidak mahu dia bergerak aktif, kawal gerakannya supaya anda dapat menikmati sentuhan intim. Jika gerakan dilakukan cepat, tentu dia tidak dapat mengawal daripada berlaku ejakulasi cepat. Memang ereksi lelaki yang dalam keadaan ghairah menjadi keras dan padat. Jika dia mengemutkan otot benteng zakar dan dalam keadaan begitu, dia dapat mengawal daripada ejakulasi cepat. Dalam keadaan begitu, dia dapat memberi sentuhan lebih mantap kepada pasangan. Perkara ini perlu dilakukan jika mahu ereksi mantap dan kekal, walaupun selepas terpancut. Lelaki mudah mencapai ereksi mantap pada awal pagi dan mudah mengawal ejakulasi awal. Saya syorkan anda dan pasangan anda melakukan hubungan seksual lebih pada waktu pagi dari malam kerana fenomena ereksi pagi yang mudah berlaku itu. Memang ketika itu anda dan dia perlu berkejar untuk bekerja, tetapi jika dapat bangun lebih awal atau jadualkan hubungan seksual yang istimewa pada waktu pagi, anda akan dapati masalah dialami suami anda terkawal. Jangan bazirkan duit berjumpa dukun, bomoh atau tukang urut kerana seperti yang anda ketahui, ia tidak membawa sebarang kebaikan. Jika suami anda ada masalah kesihatan, yang kebetulan boleh mengganggu kesihatan seksualnya, doktor dapat membantu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
58
Kini, Kementerian Kesihatan ada Klinik Kesejahteraan, yang mana masalah seperti suami anda alami dapat diperiksa dan rawatan tertentu dapat diberi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
59
RISAU TIMBUL BUAH DADA Soalan SAYA pelajar lelaki berusia 17 tahun yang pernah berdepan masalah obesiti sebelum ini. Selepas beberapa tahun berusaha untuk menguruskan badan, sekarang saya kurus. Bagaimanapun, saya mengalami masalah payu dara besar sehingga ramai kawan mengejek. Saya pernah baca mengenai ‘Gynecomastia’. Adakah saya mengalami masalah ini? JOHAN Arau Jawapan Keadaan kemunculan buah dada di kalangan lelaki perkara yang jarang berlaku dan jika dikesan, ia perlu diperiksa dan rawatan sewajar diberikan. Gynecomastia atau kemunculan buah dada untuk lelaki boleh berlaku pada awal akil baligh kepada sebahagian besar lelaki dan ia mengecut dalam masa dua atau tiga tahun selepas kemuncak akil baligh. Kadangkala ubat tertentu seperti ubat Cimetidine (untuk gastrik) atau Ketoconazole (ubat nyah kulat) jika dimakan lama boleh menyebabkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki. Lelaki yang mengalami kerosakkan buah zakar atau kanser buah zakar mempunyai buah dada besar saperti anak dara sunti! Kajian terbaru melaporkan beberapa krim herba mengandungi ‘Butea Superba’, ‘Oil of Lavender’ dan ‘Tea Tree Oil’ jika digunakan sebagai krim badan atau untuk anggota sulit boleh mengakibatkan kemunculan buah dada di kalangan lelaki muda. Jika buah dada anda memang besar, mustahak untuk anda berjumpa doktor bagi menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
60
KANSER ANGGOTA REPRODUKTIF KANSER anggota reproduktif mungkin jarang didengar di dalam masyarakat berbanding kanser lain seperti payu dara, tulang dan otak. Namun, ia biasanya berlaku dengan menyerang pundi prostat, buah zakar dan zakar. Seperti kanser lain, jangka hayat mereka yang menderita penyakit ini dapat dipanjangkan jika ia dikesan pada peringkat awal. Kanser pundi prostat biasanya menyerang lelaki berusia 65 tahun ke atas. Ia jarang dikesan pada mereka berusia di bawah 50 tahun. Tanda awalnya ialah bengkak pundi prostat, sekali gus menyebabkan salur kencing tersekat. Mereka yang menderita kanser ini akan menghadapi masalah kencing tidak puas atau tersekat-sekat. Cara mengesan kanser pundi prostat: > Kemunculan simptom kencing tidak lancar atau tersekat-sekat. > Buat pemeriksaan DRE (Digital Rectal Examination). > Ujian darah PSA. > Pemeriksaan kencing untuk kesan darah. Cara menghindar kanser pundi prostat: > Kurangkan makan makanan berlemak. > Kurangkan makan daging merah dan banyakkan makan daging putih. > Makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan. > Kawal berat badan. Sementara itu, kadar kanser buah zakar dan zakar berlaku ialah satu peratus daripada kanser yang menyerang lelaki. Ia biasanya dikesan di kalangan mereka yang berusia di antara 15 dan 30 tahun dan jarang berlaku kepada mereka yang berusia lebih 40 tahun. Kemungkinan penyakit ini menyerang buah zakar yang tidak turun ke dalam kerandut ialah empat kali ganda lebih besar. Satu lagi fakta yang perlu
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
61
diketahui ialah jika ia berlaku kepada anda, kemungkinan berlaku kepada adik atau abang anda ialah 10 kali ganda. Cara mengesan kanser buah zakar: > Kemunculan ketulan atau bengkak kepada buah zakar. > Menjalani pemeriksaan kendiri buah zakar (Testicular Self Examination) yang boleh dilakukan sebulan sekali atau mengikut kesukaan lelaki. Dilakukan ketika mandi, pemeriksaan dilakukan dengan dua tangan dan dilakukan daripada bawah ke atas serta depan ke belakang dengan meneliti bentuk buah zakar secara menyeluruh. > Perubahan kepada saiz, bentuk dan kemunculan ketulan perlu diselidik dengan berjumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
62
STRES BOLEH MENYEBABKAN DISFUNGSI EREKTIL Soalan SAYA mendirikan rumah tangga sembilan tahun lalu tetapi belum dikurniakan anak. Sejak kebelakangan ini saya menghadapi beberapa masalah, antaranya zakar tidak naik ketika bersama isteri. Zakar saya juga selalu mengecil apabila membuang air kecil. IZHAM Melaka Jawapan Normal untuk mana-mana lelaki sihat dan mempunyai fungsi syahwat serta tenaga batin yang baik mencapai ereksi apabila dalam keadaan ghairah. Dalam keadaan terangsang, jalanan darah meningkat ke dalam otot zakar dan zakar mengembang, memanjang, membesar dan menegang serta sesuai untuk disalurkan ke dalam faraj. Jika perkara sebaliknya berlaku, iaitu terangsang tetapi tidak mencapai ereksi atau dapat mencapai ereksi tetapi tidak kekal atau dapat meneruskan hubungan kelamin tetapi tidak dapat masuk ke dalam faraj kerana zakar tidak cukup keras dan mengendur atau ‘mati’ setengah jalan, lelaki itu mengalami Disfungsi Erektil atau DE. Sebahagian besar lelaki yang mengalami DE ada masalah kesihatan, terutama yang berusia. Masalah kesihatan dimaksudkan ialah kencing manis, tekanan darah tinggi, masalah kolesterol tinggi dalam darah dan penyakit jantung. Jika lelaki itu sihat dan muda, kemungkinan masalah DE mereka ada kaitan dengan tekanan atau stres. Apabila tekanan itu kurang, keadaan menjadi pulih. Kadangkala mereka perlu rawatan untuk meningkatkan keyakinan diri dalam hubungan seksual dengan pasangan mereka. Jika DE berlaku sekali sekala dan berterusan hingga enam bulan, masalah ini dikenali DE awalan. Jika ia banyak kali berlaku dan berpanjangan enam bulan, ia dikenali DE pertengahan. Jika ia terus berlaku dan terus gagal, DE ini dikenali sebagai DE tetap. DE tetap ini kadangkala digelar mati pucuk. Saudara mengalami masalah DE kerana tidak dapat mencapai ereksi yang mencukupi untuk persetubuhan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
63
Jika ini hanya berlaku ketika isteri dalam keadaan subur, kemungkinan masalah anda ada kaitan dengan tekanan kerana perlu lakukan seks pada waktu subur isteri, walaupun saudara tiada mood. Bagaimanapun, mustahak untuk saudara dapat rawatan moden bagi mengatasi masalah ini.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
64
AMALAN ONANI MEMBERI TEKANAN KESIHATAN, KETAGIH Soalan SAYA berusia 25 tahun dan ingin tahu sama ada lelaki boleh dijangkiti penyakit kelamin dengan melakukan onani? Apakah penyakit yang akan diperoleh jika sering melakukan onani? AMIR Kuala Lumpur Jawapan Kebanyakan maklumat dalam internet mengenai onani ialah ia satu perilaku biasa remaja sebagai pengenalan mengenai rangsangan seksual, namun ini jika amalan itu tidak keterlaluan. Jika keterlaluan, amalan itu boleh mengakibatkan tekanan kesihatan kerana ketagihan. Bayangkan anggota kelamin dirangsang sehingga berlaku klimaks memang meletihkan kerana menggunakan tenaga yang banyak, lebih-lebih lagi dilakukan beberapa kali sehari dan setiap hari. Antara rangsangan anggota sulit secara luar biasa ialah menggesel anggota sulit dengan paha atau berbaring sambil menyental bantal dan menggoyangkan badan di atas katil supaya dapat geselan kepada anggota sulit. Jika semua ini dilakukan selalu, tentu mengakibatkan kegagalan mencapai klimaks dalam keadaan normal serta berisiko mengalami ‘Sindrom Onani Trauma’.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
65
RELA TAK KAHWIN JARANG kita mendengar ada pasangan menjalani pemeriksaan kesihatan secara sukarela apabila hendak berkahwin. Kebiasaannya ujian itu diambil kerana ia diwajibkan sebagai syarat sebelum berkahwin. Masalahnya, ramai bimbang menjalani pemeriksaan kesihatan hingga sanggup membujang hanya kerana mengesyaki tahap kesihatan diri tidak mampu membolehkan mereka melayari perkahwinan dengan bahagia. Antaranya ialah lelaki yang mengalami masalah atau gangguan ereksi dan yang khuatir mengenai saiz dan bentuk zakar dengan anggapan tidak dapat memberi kepuasan kepada pasangan. Selain itu, ada yang menganggap diri mereka mandul dan tidak dapat menghasilkan benih kerana mempunyai satu atau tiada buah zakar dalam kerandut, atau mempunyai buah zakar kecil atau varikosel (pembuluh darah) yang berpintal. Malah, ada yang mempunyai masalah kerandut buah zakar seperti angin pasang (hernia) atau air pasang (hidrosel) tidak mengambil langkah sepatutnya. Semua keraguan itu perlu mendapat perhatian sewajar dan bukan sekadar memikirkannya. Langkah terbaik ialah berjumpa doktor pakar yang arif mengenai pengendalian untuk mengatasi masalah itu. Mati pucuk juga mempunyai penyelesaian. Untuk pengetahuan pembaca, mati pucuk berlaku dalam banyak keadaan dan jangan hanya kerana gagal melayari malam pertama menyebabkan anda kecewa dan seterusnya berlaku perceraian hanya kerana malu. Jarang lelaki muda mengalami mati pucuk yang berkekalan. Kebiasaannya mereka mengalami penurunan tahap ereksi berikutan gementar dan berasa kekok apabila bermesra dengan pasangan mereka. Dalam keadaan itu tahap ereksi menurun dengan cepat, sekali gus gagal meneruskan persetubuhan penetratif. Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama kerana biasanya berlaku pada malam pertama berintim dengan pasangan. Pengalaman negatif ini yang dibimbangi akan terbawa-bawa setiap kali ingin bersama pasangan dan akhirnya mengalami mati pucuk sekunder. Kini rawatan moden dapat membantu lelaki yang mengalami mati pucuk berbanding yang bersandarkan kepada rawatan tradisional seperti urut yang mungkin memudaratkan dan menjadikan masalah lebih serius.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
66
Yang penting ialah, lelaki yang mengalami mati pucuk memahami yang dia bukan seorang saja mengalami masalah ini kerana kajian yang pernah dilakukan di Malaysia mendapati, sebanyak 2.3 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami mati pucuk dan angkanya mungkin lebih jika dimasukkan lelaki muda. Saya juga ingin mengingatkan di sini yang rawatan moden dapat membantu pasangan wanita itu hamil, walaupun suami mengalami mati pucuk.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
67
JANGAN GUNA PAM TIRUAN Soalan SAYA mempunyai tiga soalan. 1) Saya pernah membaca mengenai satu cara membesarkan zakar ialah dengan merendam keseluruhan zakar ke dalam air teh yang suam. Adakah ia berkesan atau mempunyai kesan sampingan pada masa akan datang? 2) Bagaimana kedudukan zakar yang betul ketika memakai seluar dalam? Adakah kepala zakar mendongak ke atas atau bawah? 3) Kenapa zakar saya semakin mengecil dan pendek ketika menegang? AZIZ Kulim, Kedah Jawapan Memanjangkan zakar dengan merendamkannya dalam air teh suam? Ini macam hendak mempromosikan teh. Kenapa tidak dengan air kopi asli atau air tongkat ali? Jangan dengar perkara yang mengarut ini. Bukan hanya merendam dengan teh, malah mengurut dengan minyak lintah, dhab, ikan belacak atau apa-apa minyak, makan herba, malah jika anda menggunakan kaedah pam vakum sekalipun tidak akan membesarkan zakar secara kekal. Sama juga mereka yang mempromosi suntikan ke zakar kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan zakar rosak. Selain pembedahan untuk melegakan otot penampung zakar untuk membuatkan zakar kelihatan panjang, kaedah tanpa pembedahan ialah dengan mengunakan alat penarik zakar yang tulen. Nasihat saya, jangan cari nahas dengan mencari pam tiruan yang murah. Bagi soalan kedua, zakar bukan kereta untuk ‘dipark’ ke atas atau bawah. Ikut kedudukan dan keselesaan anda. Lebih baik pakai seluar longgar. Seluar dalam longgar seperti ‘boxer short’ lebih selesa. Soalan ketiga mengenai saiz zakar, ia akan kelihatan kecil walaupun menegang, kerana jika dilihat dari atas dalam keadaan mendongak memang kelihatan kecil, kecuali dilihat dari sisi cermin.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
68
REMAJA SUKAR KAWAL TABIAT ONANI Soalan SAYA remaja berusia belasan tahun dan kerap beronani apabila terangsang dengan bahan lucah. Malah, saya tidak mampu melihat wanita seksi dan melakukan onani sehingga berkali-kali sehari. Saya ingin tahu, adakah tumbesaran remaja belasan tahun seperti saya terjejas atau terbantut apabila kerap melakukan onani? JOHNNY Kuala Lumpur Jawapan Alam remaja sememangnya banyak cabaran kerana ia langkah memasuki alam dewasa. Sehubungan itu, mustahak untuk remaja seperti anda memahami perubahan yang berlaku kepada diri dan mengamalkan gaya hidup sihat serta perilaku yang boleh diterima masyarakat kerana ini membantu anda meneroka alam baru itu. Satu perubahan di alam remaja ialah kesedaran mengenai naluri, nafsu dan syahwat. Ini fitrah selaku makhluk Tuhan. Di samping itu, anda diberi akal dan melaluinya anda dapat mengenali, mempelajari dan menggunakannya untuk kebaikan, bukan mengikut hawa nafsu seperti makhluk Tuhan yang tidak berakal (binatang). Mengenali perasaan syahwat ibarat mengenali api. Jika tidak tahu cara mengawalnya, anda akan terbakar. Anda sedar anda mudah terangsang dengan gambar wanita seksi, tetapi anda ceburi pornografi dan anda legakannya dengan onani. Bayangkan keletihan dan kelesuan yang anda alami selepas melakukan onani. Itu satu tekanan dan tentu memberi kesan negatif kepada tumbesaran tubuh anda. Jika anda ketagih perbuatan itu, anda seperti mereka yang ketagih dadah kerana kesannya anda sentiasa letih, tiada semangat, tidak dapat memberi tumpuan dan berisiko mengalami masalah seksual dengan pasangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
69
ANGGAPAN KARUT ‘DARA’ Soalan SAYA pernah mendengar kata orang kononnya seseorang lelaki akan tahu sama ada wanita yang dikahwininya masih menpunyai dara atau tidak. Adakah ini betul? ZAM Seremban Jawapan Doktor sendiri tidak tahu sama ada wanita itu dara atau sebaliknya kerana ketiadaan atau selaput dara terkoyak bukan tanda wanita itu bukan anak dara. Ini kerana perkara itu boleh berlaku akibat aktiviti lasak, kemalangan, onani dengan memasukkan benda ke dalam faraj atau memang dilahirkan tanpa selaput dara. Jika wanita itu pernah melakukan hubungan seks penetratif, dia bukan anak dara lagi walaupun selaput daranya masih kekal! Jadi jangan dengar perkara mengarut itu. Dara atau teruna ialah status atau kedudukan individu itu baik wanita atau lelaki yang belum pernah melakukan hubungan seks penetratif dengan lelaki atau wanita. Jika lelaki pentingkan status dara untuk bakal pasangannya, tidak salah jika wanita juga mahukan teruna sebagai pasangannya. Itu baru adil!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
70
LELAKI CEPAT KLIMAKS Tidak dapat mengawal ejakulasi sebelum sempat memasukkan zakar MENGIKUT fahaman isteri, jika suami mencapai klimaks, bermakna hubungan seksual itu selesai dan pasangannya puas. Anggapan ini bermakna kepuasan seksual hanya untuk keseronokan suami. Bagaimanapun, apabila ditanya suami, tentu dia akan memberitahu sebaliknya, iaitu tidak berasa puas kerana cepat sangat klimaks dan jika boleh hendak masa lebih panjang, tetapi apakan daya. Sebenarnya lelaki itu mengalami masalah tidak dapat mengawal ejakulasi kerana belum sempat memasukkan zakar ke dalam faraj, dia mencapai klimaksnya. Dia tidak dapat mengenali peringkat praklimaks dan pada kebiasaan hanya sedar dia mencapai klimaks apabila mendekatkan zakar kepada kemaluan isteri. Jika air mani yang terkeluar itu berdekatan pembukaan faraj dan meleleh masuk ke dalam faraj, tidak hairan jika isteri itu mengandung walaupun masih dara! Selagi masalah cepat klimaks tidak dapat dikawal, seseorang lelaki itu akan terus mengalami masalah untuk bersetubuh dengan pasangan. Keadaan menjadi bertambah serius jika isteri mendiamkan diri kerana ia boleh menghadirkan masalah lain, termasuk curang. Kaedah terbaik ialah berterus-terang dan jika suami terus ‘liat’ untuk berusaha mengatasi masalah, isteri harus merungut dan jika terdesak, mengadu kepada ahli keluarga terdekat bagi memastikan suami mendapat rawatan doktor. Masalah cepat klimaks sering berlaku kepada lelaki pada peringkat awal persetubuhan kerana pengalaman lama melakukan onani dan mencapai klimaks cepat terbawa-bawa kepada hubungan seksual sebenar. Apabila lelaki itu dapat mengawal pergerakan zakar dalam faraj dan tahap ereksi, dia akan dapat mengatasi masalah berkenaan dan hubungan kelamin menjadi lebih seronok.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
71
SUAMI JARANG BERKOMUNIKASI Soalan SAYA baru memasuki tahun ketiga berumahtangga dan sekarang mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Masalah saya dan suami ialah, kami jarang berkomunikasi dan saya rasa itu antara punca hubungan seksual kami hambar. Saya jenis yang suka berbual, manakala suami pendiam dan tidak suka ditanya sama ada hal kerja atau seharian. Saya mula berasa kenapa saya mesti layan ‘kehendak’ dia, sedangkan dia tidak melayan saya berbual. Dia juga tidak faham ketidakselesaan saya ketika ‘bersama’ kerana dia tidak mahu berbincang mengenainya. Sekarang dia sering merungut untuk tidak mempedulikan saya jika saya tidak mahu ‘melayannya’. Macam mana saya hendak melayan jika dia hanya tahu berseronok tanpa mempedulikan kehendak saya? IBU AZI Klang, Selangor Jawapan Saya pasti puan dan suami menjalani kursus praperkahwinan yang mandatori itu. Mungkin puan dan suami perlu mengimbas semula setakat mana maklumat serta tunjuk ajar daripada kursus itu dapat membantu mengatasi masalah yang dihadapi. Ini mungkin satu daripada kelemahan kursus kerana tiada susulan selepas berkahwin. Mungkin puan dan suami tidur ketika kursus itu. Ini biasa berlaku kerana ketika itu kedua-dua hanya seronok untuk berumahtangga dan dapat sijil sudah mencukupi. Puan dan suami perlu sedar, anda berdua kini bergelar ibu dan bapa serta mempunyai amanah besar, bukan kanak-kanak lagi. Kata orang, jika tepuk sebelah tangan tidak berbunyi. Dalam perkara yang puan alami, puan perlu berbaik semula dan jangan gunakan hubungan seksual sebagai benda untuk dipertarungkan. Sikap memang sukar hendak diubah, tetapi dengan kebijaksanaan puan, benda yang keras itu dapat dilemahkan. Itu kelemahan lelaki. Jika masih buntu juga, elok jumpa doktor atau kaunselor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
72
DARAH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR Soalan SAYA ingin tahu penyakit yang dihidapi suami kerana kadangkala apabila membuang air besar, pasti darah keluar bersama. Ada masanya darah itu terlalu banyak. Namun, suami saya tidak berasa sakit, pedih atau perit ingin membuang air besar. Darah itu mengalir dari dubur begitu saja. Adakah itu penyakit buasir atau ada penyakit lain? LIZA Pulau Pinang Jawapan Pendarahan dari lubang dubur boleh berlaku apabila mukosa yang tersembul di permukaan pintu pembukaan lubang dubur terluka. Mukosa atau lapisan kulit saluran dubur itu kadangkala boleh tersembul apabila wujud tekanan di bahagian itu akibat sembelit atau ‘constipation’. Apabila mukosa itu tercedera, pendarahan yang amat sangat boleh berlaku. Mukosa yang tersembul ini juga dikenali sebagai buasir atau ‘piles’. Biasanya pendarahan daripada mukosa tidak sakit, kecuali kulit pembukaan lubang najis terluka atau terkoyak, satu keadaan yang dikenali sebagai ‘anal fissure’. Tersembulnya mukosa berlaku dalam dubur yang baru peringkat awal biasanya tidak kelihatan. Peringkat buasir ini ialah peringkat pertama. Peringkat kedua apabila semakin besar yang tersembul dan peringkat ketiga ialah apabila ia terkeluar dan dapat dirasa dengan jari ketika buang air besar dan masuk kembali sesudah buang air besar. ‘External Hemorrhoids’ ialah peringkat keempat, yang mana buasir tersembul kekal di luar pembukaan lubang dubur dan ini sangat menyakitkan dan sukar dimasukkan kembali ke dalam dubur. Kemungkinan besar suami anda ada penyakit buasir dan mungkin pada peringkat awal. Jangan biarkan sehingga perkara ini menjadi ketara. Jumpa doktor secepat mungkin.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
73
Rawatan kesuburan SUDAH menjadi lumrah bagi pasangan berkahwin inginkan cahaya mata. Justeru, peredaran masa setahun demi setahun usia perkahwinan tanpa menunjukkan sebarang tanda kehamilan pasti menimbulkan tekanan kepada pasangan berkenaan. Pada masa itu, pasangan wanita khususnya akan berasa diri mereka yang bermasalah dan mula berfikiran bukan-bukan sehingga menghadirkan tekanan kepada diri sendiri dan pasangan. Bagaimanapun, ingin diingatkan, langkah yang sepatutnya diambil pada masa itu bukan menuding jari atau bermenung mengenangkan nasib, sebaliknya berjumpa doktor pakar. Wanita yang mempunyai pusingan haid tetap dan tepat dengan jarak hari pertama haid dengan hari pertama haid berikutnya tidak kurang dari 21 hari atau tidak lebih dari 40 hari adalah petanda wanita itu mampu menghasikan telur. Waktu haid yang pendek bukan petanda wanita itu kurang subur. Wanita yang subur menghasilkan lendir yang putih jernih pada pertengahan pusingan haid dan ini petanda telur sedang membesar dan akan keluar dalam empat atau lima hari. Jika hubungan kelamin dilakukan kerap dan bermula ketika lendir yang jernih seperti putih telur yang belum masak keluar, kemungkinan untuk kehamilan cerah. Namun, jika selepas kerap melakukan hubungan seksual ketika dalam waktu subur wanita tetapi tiada tanda kehamilan lebih setahun atau dua tahun, eloklah berjumpa doktor untuk mendapat nasihat selain menjalani pemeriksaan kesuburan. Suami perlu menjalani ujian air mani untuk mengenal pasti kemampuan menghasilkan sperma dan tahap kesuburan, sama ada sperma cukup bilangan dan aktif. Jika bilangan sperma atau keaktifannya kurang, ujian air mani perlu diulangi sekali lagi untuk pengesahan kedudukannya. Jika sah ada masalah, ujian susulan perlu dilakukan untuk mengenal pasti sebab masalah itu berlaku supaya rawatan sewajarnya dapat diberikan. Masalah sperma perlu masa lama untuk pemulihan dan sekurang-kurang memerlukan tiga hingga enam bulan rawatan sebelum nampak tanda pemulihan. Justeru, rawatan kesuburan lelaki lebih cerewet daripada wanita.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
74
Wanita perlu menjalani ujian untuk mengenal pasti pengeluaran telur seperti ujian darah untuk menyukat hormon progesterone. Jika tahap hormon itu rendah, ia petanda yang telur tidak keluar atau keluar lewat. Selain itu, ujian dan pemeriksaan susulan lain perlu dilakukan juga seperti memeriksa status anggota reproduksi sama ada rahim sihat dan salur telur tidak tersumbat. Pemeriksaan ini boleh dilakukan dengan cara x-ray anggota reproduktif wanita yang dikenali sebagi HSG atau Hi sterosalpingogram. Jika ujian itu tidak mendatangkan hasil, pemeriksaan susulan pembedahan kecil dengan mengunakan alat peneropong yang dikenali sebagai ‘laparoscope’ perlu dilakukan. Apabila kedudukan telur dan salur reproduktif wanita itu dikenal pasti, baru rawatan sewajar diberi dan jika perlu, rawatan canggih seperti penyemaian sperma dalam rahim atau IUI dan bayi tabung uji (IVF) dilakukan. Pendek kata, pasangan suami isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan jika belum ada tanda kehamilan isteri selepas berkahwin lebih setahun dan selewat-lewat dua tahun. Mendiamkan diri saja dan menunggu macam buah tidak gugur bukan caranya!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
75
SUAMI KERAP TERLUKA Soalan SAYA berusia 25 tahun, sudah berkahwin dan belum ada cahaya mata. Selama setahun ini saya tiada masalah ketika ‘bersama’ isteri. Bagaimanapun, sejak dua bulan kebelakangan ini, ketika zakar saya menegang (ereksi), berlaku luka kecil dengan kulit sebelum kepala zakar sering terkoyak. Luka itu akan sembuh pada keesokan harinya tetapi akan terjadi semula apabila ia menegang, tidak kira sama ada ketika bersama isteri atau tidak. Untuk pengetahuan doktor, ketika bersama isteri, saya tiada masalah dengan kelembapan (pelincir) dan saya juga mencuba menggunakan minyak bayi tetapi tidak berhasil. Soalan saya, adakah kulit zakar saya menipis dan apakah sebabnya? Bagaimanakah cara untuk merawat masalah saya kerana selepas bersama saya berasa pedih kerana luka itu? ADY Seremban Jawapan Kulit zakar jenis kulit yang nipis, licin, tanpa lapisan lemak dan mudah mengembang apabila zakar mengembang dan meluas. Jika kulit zakar menebal dan kurang licin, ia mudah merekah dan luka. Ini berlaku apabila keadaan kulit berubah seperti kering dan menggerutu. Kadangkala tisu pengembang kulit zakar berkurangan dan mengambil masa untuk mengembang, tekanan kepada kulit boleh menyebabkan kulit merekah atau koyak. Saya syorkan anda menggunakan krim pelembap yang patut disapu kepada kulit zakar setiap kali selepas mandi untuk membuat kulit lembap supaya ia tidak merekah apabila anda melakukan persetubuhan. Jangan guna minyak atau krim pelembap sebarangan. Ketika hubungan seks, guna air liur sebagai pelincir. Jika kulit zakar bahagian penghujung terlalu ketat, kulit itu perlu dilegakan dengan pembedahan plastik. Anda perlu diperiksa dokor untuk menentukan masalah itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
76
SUHU KAWAL SPERMA Soalan SAYA pernah terbaca laporan bahawa lelaki yang terlalu lama menunggang motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus menyebabkan kemandulan. Apakah ini benar? Bagaimanakah cara mengatasinya kerana saya sudah lama menggunakan motosikal dan risau kesannya apabila berkahwin nanti. ZAHARI Damansara Jawapan Kilang sperma dalam buah zakar, manakala buah zakar pula dalam kerandut yang terletak di luar badan. Pembiakan sperma memerlukan suhu optimum iaitu 3-4º Celsius kurang daripada suhu badan (37º Celsius). Jadi apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemprosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat. Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat. Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada kebahangan seperti bekerja di kawasan panas, berendam dalam kolam panas atau bersauna. Dengan pakaian ketat dan padat serta duduk dalam kereta pun boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas tundun dan terdedah kepada kepanasan badan. Sama juga jika memakai pakaian ketat dan menunggang motorsikal.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
77
USIA PENGARUHI PANCUTAN KEKUATAN ejakulasi atau pancutan air mani ke dalam faraj tidak mempengaruhi keberangkalian kehamilan. Ini kerana, sama ada kuat atau perlahan, kehamilan akan tetap berlaku jika air mani berjaya masuk ke dalam faraj. Daya pancutan akan berkurangan apabila seseorang itu semakin tua atau hubungan seks diulangi beberapa kali dalam tempoh singkat, sekali gus menyebabkan sistem ejakulasi menjadi kurang mantap. Air mani lelaki mengandungi cecair pundi Prostat, Seminal, Cowpers, Epididimis dan sebahagian kecil cecair pundi Mukosa atau salur kencing serta pundi Littres. Sperma hanya tiga hingga lima peratus daripada isipadu air mani. Pundi yang banyak memberi kandungan kepada air mani ialah pundi Prostat membabitkan kira-kira 60 peratus daripada isi padu air mani, Seminal (30 peratus), Cowpers (1-2 peratus) dan Epididimis (1-3 peratus). Keempat-empat pundi ini mempunyai kesamaan dengan hormon Testosterone kerana perlu ada dalam tahap tinggi. Justeru, apabila tahap hormon Testosterone menurun, fungsi semua pundi berkenaan menjadi kurang lancar dan kandungan air mani turut berkurangan. Bagaimanapun, jika tahap hormon Testosterone meningkat, pundi berkenaan menjadi lebih terangsang dan menghasilkan cecair yang banyak, sekali gus bermakna pengeluaran lebih banyak air mani berlaku. Berkaitan kekurangan air mani apabila usia semakin lanjut, ia ada kaitan dengan penurunan hormon Testosterone kerana hormon itu mula ‘menjunam’ apabila lelaki mencapai usia 30 tahun. Penurunannya ialah sekitar 1-2 peratus setahun. Apabila lelaki memasuki usia 40-an, tahap hormon menjadi lebih kurang. Apabila ia berlaku, air mani menjadi berkurangan dan tahap kemuncak juga menurun, walaupun ada kemampuan melakukan hubungan seksual. Untuk mengetahui sama ada tahap hormon rendah, mustahak untuk lelaki itu menjalani ujian darah. Kajian klinikal yang pernah dilakukan ke atas Tongkat Ali mendapati herba yang popular di negara ini dapat meningkatkan horman Testosterone semula jadi lelaki. Bagaimanapun, herba itu terpaksa melalui proses dan campuran tertentu seperti larut di dalam air yang mengandungi Eurypeptides.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
78
RISAU KESAN BURUK MERANCANG KELUARGA Soalan SAYA masih belajar di peringkat diploma dan berhasrat untuk berkahwin sambil belajar bersama kekasih saya. Kami berusia 20 tahun. Walaupun bersedia untuk berkahwin, tetapi kami merancang selama tiga tahun untuk tidak mempunyai anak. Bagaimanapun, saya menjadi bimbang dan buntu apabila mendengar isteri yang menggunakan cara perancang keluarga akan mendapat kesan buruk seperti mandul, masalah peranakan dan stres. Adakah ini benar? Memakai kondom pula tidak mendatangkan kepuasan dan kenikmatan. Justeru, bagaimana saya hendak menyelesaikan masalah ini? RAZZ Muar, Johor Jawapan Memang mustahak untuk merancang masa depan bersama pasangan kita apabila berumahtangga. Ini untuk kebaikan pasangan dan diri sendiri. Kadangkala kita perlu menggunakan pelbagai pendekatan untuk tujuan itu mengikut keperluan semasa. Ini termasuk soal merancang keluarga, iaitu menentukan bilangan anak yang kita mahu, termasuk juga merancang untuk mendapat cahayamata pertama. Islam mengizinkan kita merancang keluarga. Malah, Rasulullah SAW pernah menjelaskan mengenai kaedah al-Azal, iaitu mencabut ereksi keluar sebelum ejakulasi berlaku sebagai kaedah merancang keluarga kepada para sahabat apabila baginda ditanya mengenai perancangan keluarga. Ini menandakan yang merancang keluarga boleh diamalkan untuk kebaikan dan penjagaan kesihatan. Kini, teknologi perubatan dan kesihatan adalah tinggi. Ada pelbagai kaedah moden untuk merancang keluarga selain kaedah al-Azal. Sudah tentu kaedah merancang keluarga yang berkesan dan selamat untuk kedua-dua pasangan akan menjadi kaedah pilihan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
79
Untuk wanita yang belum pernah mengandung, kaedah merancang dengan hormon seperti pil, suntikan atau susuk sesuai dan tidak memudaratkan kesihatan. Jadi maklumat negatif yang tersebar dan dimaklumkan kepada anda sebenarnya tidak benar. Pil merancang keluarga ada dalam senarai Kaedah Merancang Keluarga Negara dan selamat untuk wanita yang mahu mencubanya. Sama juga dengan kaedah lain yang ada dalam senarai yang boleh digunakan mengikut kesesuaian. Yang mustahak ialah untuk anda dan pasangan mendapat maklumat profesional dari klinik perancang atau daripada doktor anda. Risau tidak tentu pasal bukan cara untuk menangani isu ini. Buka minda dan dapatkan bimbingan profesional daripada pihak berkaitan dan bukan mendengar cerita karut.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
80
SETAHUN TIDAK MERASAI NIKMAT Soalan SAYA menghadapi masalah pancutan air mani. Sama ada ia keluar ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri atau menerusi onani, tidak terasa nikmatnya. Namun, pada masa sama ia juga tidak sakit. Untuk makluman, saya berusia 29 tahun dan baru dua tahun berkahwin serta mempunyai seorang anak. Yang menghairankan ialah, masalah ini berlarutan sejak kira-kira setahun lalu. SHAHRIN Rawang Jawapan Ejakulasi untuk lelaki berlaku hasil daripada kemuncak perasaan syahwat akibat rangsangan anggota seksual secara terus atau anggota tubuh badan lain yang menaikkan rasa berahi. Malah bagi lelaki, kemuncak perasaan syahwat boleh berlaku dengan rangsangan mental, seperti melalui khayalan seksual dan boleh berlaku juga jika lelaki itu terangsang dengan apa cara sekali pun, termasuk bauan mengghairahkan. Jadi lelaki yang mempunyai badan sihat, fungsi anggota seksual yang cergas dan kesihatan mental yang mantap mampu menghayati tahap keghairahan syahwat yang menggalakkan. Dalam keadaan letih, lesu dan tahap hormon Testosterone atau hormon kelelakian menurun serta tanpa tumpuan ketika melakukan hubungan seksual, tentu kualiti kemuncak tidak seperti diinginkan. Selain itu, tekanan atau stres juga boleh menyebabkan kualiti ejakulasi tercabar. Saudara perlu amalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman berkala supaya ada stamina untuk bersama pasangan. Selain itu, makan makanan seimbang dan elak kenaikan berat badan kerana badan yang ringan mudah bergerak aktif tanpa keletihan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
81
KHASIAT BELACAK MEMPUNYAI anggota kelamin yang sihat, segar dan berfungsi dengan penuh yakin menjadi idaman lelaki atau wanita. Berbanding lelaki, wanita lebih peka dengan penjagaan anggota kelamin mereka. Lelaki jahil mengenai penjagaan anggota sulit. Namun, sikap itu kini mula berubah apabila semakin ramai lelaki bersikap memberi perhatian kepada anggota sulit mereka. Yang menimbulkan masalah ialah, mereka menggunakan produk tidak sesuai atau mengandungi bahan yang mungkin memudaratkan anggota kelamin. Mereka mudah terpengaruh dengan iklan memaparkan barangan ‘ajaib’ kononnya dapat membesarkan anggota sulit. Anggota sulit lelaki seperti juga wanita mempunyai kulit halus, licin dan mudah mengembang serta sentiasa lembab. Salur darah dan urat saraf merentasi kulit anggota sulit. Berikutan kulit itu tiada selaput lemak, maka urat dan salur darah kelihatan jelas dan timbul. Tisu di bawah kulit zakar ialah tisu pengembang atau ‘Lax Connective’ yang mudah mengembang dan melebar apabila anggota sulit mengembang dan memanjang. Kulit kering atau menebal sukar mengembang dan boleh menyebabkan melecet apabila ereksi. Justeru, bahan pelembab yang mesra kulit dapat membantu. Apa yang perlu ada di dalam bahan pelembab ialah ekstrak lemak ikan belacak yang diadun dengan vitamin E dan minyak aromatik dapat memberi keselesaan kepada kulit dan mengawal sambil membantu menyalurkan ekstrak herba ke dalam tisu zakar. Ekstrak lemak ikan belacak mampu memberi tenaga haba dan meningkatkan matabolism sel. Ramuan semula jadi seperti ekstrak herba Epimedium Saggitum yang mengandungi ‘Iccarin’ pula dapat melegakan otot pengembang zakar dengan membantu memantapkan kemasukan darah ke dalam zakar, sekali gus membuatkan ereksi ke tahap padat. Ekstrak Herba Muara Puama pula dapat membantu menstabilkan kegelian. Pada masa sama, ekstrak Paprika atau Lada Besar juga dapat melancarkan darah dan membuatkan kulit berasa separa radang supaya ekstrak herba dan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
82
vitamin dapat memasuki otot dan tisu dalaman supaya struktur zakar lebih kukuh. Krim yang mempunyai semua bahan di atas boleh dianggap sebagai krim peribadi terbaik untuk kesejahteraan anggota sulit lelaki. Krim ini memberi keselesaan dan kekukuhan struktur anggota sulit lelaki jika ia diamalkan setiap hari. Beberapa produk krim ini kini banayk di pasaran dan antara yang diberikan pengesahan pakar perubatan ialah Virile For Men.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
83
KAKI KEJANG Soalan SUAMI saya mengalami kekejangan keterlaluan di kedua-dua betis setiap kali kami berjimak. Kadangkala saya terpaksa mengurut betis sebab keadaan suami yang tidak berdaya dan kesakitan. Bagaimanakah caranya untuk mengurangkan masalah suami saya? ARNI Kuala Lumpur Jawapan Ketika lelaki terangsang, keseluruhan otot badan separa tegang, selain pernafasan dan degupan jantung meningkat. Ini kerana ketika memposisikan badannya untuk bergerak ketika persetubuhan, otot badan akan mencengkam dan aktif. Ini memerlukan peraliran darah dan tahap Electrolyte serta kalsium tinggi. Jika zat itu kurang, mudah untuk dia mengalami kekejangan. Ia bukan perkara luar biasa. Kadangkala ia sangat menyakitkan dan syorkan suami anda amalkan bersenam untuk kekuatan otot dan makan makanan seimbang dengan zat galian dan vitamin. Bahagian mudah kejang diurut supaya takungan asid laktik dihapuskan.Jika masalah masih berlaku selepas membuat semua yang saya syorkan itu, lebih baik berjumpa pakar orthopedik kerana bimbang ada masalah lain.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
84
MACAM ‘SIPUT SEDUT’ Soalan SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia 10 tahun yang berkhatan ketika berusia lapan tahun. Masalahnya ialah saiz zakarnya kecil, mungkin disebabkan badannya berisi tetapi bukan dalam kategori gemuk. Malah, boleh dikatakan selepas berkhatan, saiz zakarnya tidak berubah dan kadangkala ‘hilang’ atau boleh dikatakan berbentuk seperti ‘siput sedut’. Dia selalu bertanya kepada saya kerana saiz zakar adiknya lebih besar, sekalipun berkhatan ketika berusia enam tahun. YATI Melaka Jawapan Satu daripada risiko berkhatan untuk kanak-kanak lelaki yang badan berisi atau gemuk ialah zakarnya mudah terbenam atau tertarik ke dalam tundun. Pangkal zakar yang tergantung di bawah tundun mengandungi otot yang menambat pangkal zakar ke bawah tundun dan jika otot ini mencengkam, pangkal zakar akan tertarik dan kelihatan terbenam atau masuk ke dalam tundun. Keadaan ini dikenali sebagai ‘Penis Koro’ dan boleh berlaku pada bila-bila masa, terutama jika lelaki itu terasa sejuk atau cemas. Jarang berlaku lelaki mempunyai zakar kecil dan situasi ini dikenali sebagai ‘Micro Penis’. Perkara ini hanya diketahui jika lelaki itu baligh dan mencapai usia 22 tahun dan mempunyai zakar berukuran kurang enam sentimeter ketika ereksi. Jadi perkara ini hanya diketahui apabila anak puan baligh. Buat masa ini, puan tidak perlu risau. Beritahu anak puan yang zakarnya termasuk ke dalam lemak tundun, tetapi akan terkeluar ketika pagi, di mana ketegangan zakar kerap berlaku. Apabila dia dewasa nanti, keadaan akan menjadi normal. Jika puan datang ke Kuala Lumpur, boleh bawa anak berjumpa saya untuk menjalani pemeriksaan. Saya ada di Damai Service Hospital, 115-119 Jalan Ipoh.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
85
CEPAT KLIMAKS AZIZ sudah berkahwin lima tahun. Namun, dalam tempoh yang panjang mengenali dan mendampingi isteri, dia menghadapi masalah kerap tewas ketika melakukan hubungan seks. Mengapa ini berlaku? Kajian menunjukkan dua daripada setiap tiga lelaki cepat klimaks. Bagaimanapun, berikutan lelaki masih mampu melakukan hubungan kelamin walaupun cepat klimaks, perkara ini jarang dipertikaikan, kecuali pasangannya merungut. Biasanya pada peringkat awal persetubuhan, lebih 90 peratus lelaki cepat klimaks. Apabila berusaha meningkatkan daya kawalan ejakulasi, kebanyakan mereka akan berjaya, walaupun kadangkala ada kegagalan. Ada lelaki masih berjaya mengekalkan ereksi walaupun selepas terpancutnya air mani (ejakulasi) dan ini mencukupi untuk memberi kepuasan kepada pasangan kerana boleh menerima kelembapan lebih hasil daripada klimaks suami. Hanya segelintir masih kekal dengan masalah mereka (cepat klimaks) dan keadaan menjadi ketara apabila mereka berasa tertekan dan lama kelamaan mengalami Disfungsi Erektil (gagal mencapai ereksi/ketegangan) pula apabila pasangan mendesak. Beberapa pendekatan boleh dilakukan lelaki untuk menangani masalah cepat klimaks. Ini tertakluk kepada kemampuan. Jika tidak dapat penyelesaian juga, mereka disyorkan berjumpa doktor untuk rawatan. Untuk permulaan, mereka boleh kerap melakukan hubungan seksual kerana kali kedua atau ketiga, daya kawalan daripada ejakulasi menjadi lebih mantap. Kata orang, jika kerap buat, daya kawalan lebih tinggi. Jika jarang buat, kawalan tiada. Ketika bersetubuh, mereka perlu memasukkan ereksi dalam keadaan kemut dengan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing, selain menggerakkan zakar dalam faraj dengan keadaan kemut. Geselan perlu dilakukan dengan melebihkan geselan pangkal zakar bahagian atas ke langit faraj. Lagipun, langit faraj mengandungi bahagian dikenali sebagai G-Spot yang memudahkan wanita mencapai klimaks jika terkena geselan. Selain itu, lelaki boleh menggunakan cincin tambat zakar yang kini banyak di pasaran. Fungsi cincin ini ialah mengalih tumpuan minda kepada cengkaman cincin. Keadaan ini secara tidak langsung mengetepikan perasaan seronok.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
86
Apabila sampai ke peringkat lelaki hendak ejakulasi, tumpuan minda beralih kepada zakar pula, sekali gus menyebabkan ejakulasi. Selain kawalan sendiri, ada juga dengan cara ubat. Untuk itu anda perlu jumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
87
REMAJA RISAU BULU ROMA LEBAT Soalan SAYA mengalami masalah bulu tebal di tangan dan dada, walaupun baru berusia 15 tahun. Saya takut hendak cukur kerana dimaklumkan ia menjadi bertambah tebal. Saya ingin tahu adakah ubat atau gel untuk mengurangkan bulu saya? HABIB Pulau Pinang Jawapan Anda seharusnya berasa bertuah kerana mencapai akil baligh dan mempunyai tanda jelas perubahan pada tubuh. Mengenai ketumbuhan bulu roma, tahap baligh anda dalam peringkat tinggi dengan kemunculan bulu roma yang lebat. Pasti perkara sama juga berlaku kepada bulu roma anggota sulit dan di bahagian lain. Keadaan bulu roma lebat biasanya dalam pengaruh baka. Jika anda mempunyai baka begitu, maka lebatlah bulu roma anda. Pendapat bahawa mencukur bulu roma akan mengakibatkannya lebih kasar dan lebat adalah tidak betul. Jika anda cukur, kulit menjadi kesat dan penghujung bulu roma menjadi tajam dan kadangkala mencucuk kulit. Itu saja masalah bulu roma jika kerap dicukur. Anda boleh membeli krim pemusnah bulu roma dikenali sebagai ‘Depilatory Cream’. Buat masa ini tiada ubat boleh menghilang atau mengurangkan bulu roma. Terima saja anugerah Tuhan. Daripada aspek daya tarikan dan ketrampilan, banyak perempuan suka lelaki berbulu roma lebat di dada.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
88
CECAIR KUNING MELELEH Soalan SAYA mengalami masalah zakar yang mengeluarkan cecair berwarna kuning seperti nanah, tetapi cair dan tidak berbau. Ia keluar meleleh di lubang zakar. Adakah ia memudaratkan? Saya masih bujang dan masalah ini membuatkan saya bingung dan resah. HEYROL Johor Bahru Jawapan Salur kencing lelaki sentiasa lembab akibat lelehan yang keluar daripada pundi yang wujud dalam mukosa yang menyelaputi salur kencing. Cecair ini membuatkan mukosa lembap dan menghalang salur itu daripada terkandas atau melekat. Cecair ini berlaku apabila seseorang lelaki terangsang, mengakibatkan cecair itu keluar daripada lubang kencing. Ketika itu banyak darah masuk ke dalam otot zakar, menyebabkan mukosa meluas dan memerlukan cairan lebih. Apabila ereksi mengendur, lebihan cairan itu akan terkeluar sebagai air mazi. Jarang berlaku cairan keluar seperti yang anda alami, kecuali anda menghidap jangkitan akibat hubungan kelamin rambang. Jangkitan Gonorrhea berlaku dalam masa 24 jam selepas bersetubuh apabila cairan kuning keluar dengan banyaknya daripada salur kencing. Jangkitan ini berbau dan perlu mendapat rawatan doktor. Jangkitan dengan kuman virus Chlamydia menghasilkan lelehan kekuningan beberapa hari selepas bersetubuh dan cairan yang keluar itu sedikit melekit, tapi tidak berbau. Jika dibiarkan, jangkitan itu boleh melarat dan menjangkiti pasangan lain. Jadi anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan sewajar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
89
KECELARUAN GENDER Penyaringan MRI boleh menentukan ia semula jadi dan bukan dibuat-buat individu DISFORIA Gender atau kecelaruan gender didefinisikan sebagai keadaan di mana penghayatan individu itu bercelaru antara perasaan gender sendiri dengan jantina anggota kelaminnya. Transeksualisme paling ketara mengenai kecelaruan gender apabila individu yang mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi berasa begitu yakin yang dia golongan jantina sebaliknya. Mengikut kajian Prof Louis Gooren, kemungkinan fenomena transeksualisme berlaku ialah satu transeksual lelaki dalam 15,000 lelaki manakala satu transeksual perempuan dalam 35,000 perempuan. Manifestasi fenomena transeksualisme berlaku ketika seseorang itu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina. Dia akan berasa dirinya berbeza dengan kehendak hatinya dan kadangkala dia serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu daripada jantina sebaliknya. Secara tersembunyi, dia akan memakai pakaian jantina yang sebaliknya, sekali gus berasa dirinya dekat dengan jantina itu. Perasaan untuk mendekati jantina yang dianggap jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila dia memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual serta mengalami ketumbesaran anggota kelamin. Dia akan berasa perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri sehingga berasa tertekan. Kepada yang dapat mengawal kehendak diri, mereka akan ikut haluan masyarakat. Namun, bagi yang lebih mengikut kehendak diri, mereka akan melakukan apa juga yang difikirkan sesuai untuk menikmati naluri mereka seperti berpakaian dan mendapat rawatan yang dapat mendekatkan mereka kepada jantina diidamkan. Golongan ini sanggup melakukan apa saja yang difikirkan dapat mendekatkan kepada jantina keinginan mereka sehingga kadangkala boleh mendatangkan kesusahan kepada mereka. Mereka yang berasa tertekan dan tidak dapat mengawal diri tidak akan teragak-agak mengambil keputusan yang boleh memudarat atau memusnahkan diri sendiri seperti menjalani pembedahan perubahan anggota jantina atau membunuh diri akibat kekecewaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
90
Mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme Pengenalan mengenai jantina seseorang satu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina dengan ‘sex chromosomes’ XX untuk perempuan dan XY untuk lelaki, hormon testosterone dan ‘anti-mullerian hormon’. Selain itu, ia membabitkan pelbagai faktor spesifik seperti alam sekitaran dan kesan perubahan kepada individu itu mengikut masa ketumbesaran. Proses pengenalan jantina individu adalah di otak atau minda. Justeru, penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu-satu jantina mulai terbentuk dan berfungsi. Sebagai contoh, bahagian ‘Hypothalamus’ dan ‘Pre-Optic Nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada perempuan. Nukleus’thestria Terminalis’(BSTc) untuk lelaki 44 peratus lebih besar daripada perempuan. Transeksual lelaki ke perempuan mempunyai BSTc terbentuk dan bersaiz perempuan dan begitu juga sebaliknya. Perubahan ini dapat dikenali dengan ujian canggih melalui penyaringan dengan MRI. Ini boleh menentukan sama ada Disforia Gender atau fenomena transeksual itu berlaku secara semula jadi dan bukan dibuat-buat oleh individu itu. Pendekatan Perubatan Sebahagian besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual. Mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat lagi, dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan. Mereka juga perlu tahu perbezaan identiti seksual yang lain seperti homoseksual, transvertisme, fetishisme dan lain-lain supaya dapat menetapkan kedudukan mereka. Perkara lain yang perlu diberi bimbingan ialah kemudahan untuk mereka yang inginkan penukaran jantina dan batasan undang-undang berkaitan identiti asas seperti kad pengenalan. Perkara lain yang turut dibimbing termasuk juga penggunaan hormon seks
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
91
seperti hormon kelelakian (Testosterone) dan hormone kewanitaan (Estrogen), selain pembedahan plastik sehingga perkara yang mungkin merungsingkan mereka daripada aspek kehidupan sosial. Mereka yang sudah menjalani pelbagai bimbingan dan bantuan sosial dapat menikmati kehidupan yang selesa dengan identiti fizikal dan suasana kehidupan yang mereka inginkan. Dengan keadaan sedemikian, mereka boleh jadi individu yang dapat membangunkan negara seperti individu lain.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
92
BERKHATAN BANYAK MANFAAT Soalan SAYA tidak berkhatan kerana saya bukan Islam dan agama saya tidak mewajibkan berbuat demikian. Masalahnya ialah zakar saya ditutup dengan kulit. Apabila saya membukanya terasa sakit.
Adakah ini bermakna saya perlu berkhatan kerana berdasarkan perbualan dengan rakan yang berbuat demikian, mereka tidak menghadapi masalah seperti saya. STEVEN Seberang Prai Jawapan Kini berkhatan untuk lelaki bukan saja untuk tujuan keagamaan. Ia amalan yang dikenal pasti ada banyak manfaat. Baru-baru ini, seorang pakar dari Perbadanan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, lelaki berkhatan terhindar daripada jangkitan HIV/Aids jika dibandingkan dengan lelaki yang tidak berkhatan. Ini mungkin kerana kulit penghujung zakar lelaki berkhatan lebih tebal dan kebal berbanding lelaki tidak berkhatan, yang mana kemungkinan kulit melecet tinggi dan lebih ketara apabila pembukaan kulop penghujung zakar tercedera apabila ia tertarik. Bagi yang mempunyai kulit penghujung zakar tertutup, ketika ereksi kepala zakar hanya kelihatan keluar apabila dilegakan kulit penghujung zakar. Ini yang menyebabkankan ia terasa sakit. Bayangkan jika anda bersama pasangan anda. Sudah pasti akan berasa sakit dan hubungan seksual menjadi tekanan kepada anda. Masalah yang anda alami dikenali sebagai ‘Para Phimosis’, iaitu penghujung zakar boleh terkeluar tetapi sukar hendak dimasukkan kembali. ‘Phimos’ pula berlaku apabila kepala zakar tidak keluar dari penutup kulop ketika ereksi. Kedua-dua masalah ini perlu rawatan dan caranya ialah berkhatan. Prosedur ini boleh dilakukan oleh mana-mana doktor berpengalaman.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
93
PETANDA SALUR KENCING LUKA Soalan SAYA ingin tahu mengapa air mani saya berwarna gelap seperti bercampur darah. Saya berusia 24 tahun dan belum berumahtangga. Saya sering minum kopi Tongkat Ali untuk menambah tenaga ketika bekerja. Adakah ini menyumbang kepada keadaan air mani berkenaan? AZMI Kuantan Jawapan Warna air mani campuran jernih putih kelabu dan sedikit kekuningan. Ini kerana campuran cecair daripada beberapa pundi yang menghasilkan air mazi yang bercampur, menjadikan air mani. Jika warna air mani bertukar kepada kuning pekat, itu tanda jangkitan tetapi kehijauan itu menandakan jangkitan kuman parasit ‘Pseudomonas’ manakala coklat atau kemerahan atau ‘gelap’ itu akibat campuran sel darah merah. Jika ada darah, ia mungkin petanda kelukaan dalam salur kencing atau pundipundi yang menghasilkan air mazi saperti pundi cowper, prostat atau seminal. Kadangkala keradangan pundi prostat boleh menghasilkan air mani yang berwarna gelap. Memang mustahak lelaki itu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan jika ada jangkitan pundi prostat bagi membolehkan rawatan sewajar perlu supaya jangkitan itu reda dan air mani pulih warnanya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
94
BIOLOGI WANITA BERUBAH TIDAK salah untuk dua individu yang berbeza jantina menjalin hubungan. Mereka yang akan menentukan ke arah mana hubungan itu, sama ada berakhir dengan perpisahan, kekal sebagai rakan atau ke jinjang pelamin. Tidak dinafikan hubungan lelaki dan perempuan membabitkan interaksi minda, emosi dan kadangkala membawa ke tahap intim. Namun, penting untuk mereka fikirkan risiko yang akan berlaku apabila hubungan intim itu menjadi hubungan seksual jika mereka belum bersedia untuk membuat komitmen. Lelaki yang bertanggungjawab akan bersedia untuk berkahwin, tetapi yang tidak bersedia akan melarikan diri. Perempuan pula boleh hamil dan kemungkinan dia tidak lagi diterima lelaki lain berikutan mempunyai anak luar nikah. Perlu diingatkan, lelaki biasanya terlepas daripada segala tekanan sosial. Malah, dia akan berasa dirinya ‘hero’ dan bermegah kerana dapat meniduri seseorang perempuan dengan tidak teragak-agak memberi ‘laporan’ kepada rakannya yang lain. Sehubungan itu, yang jelas rugi ialah wanita! Jika wanita pernah melakukan hubungan seksual, dia bukan lagi anak dara. Sebaliknya, tiada apa-apa tanda kepada lelaki yang pernah meniduri wanita. Jika wanita itu pernah hamil dan menggugurkan kehamilan pula, dia akan mempunyai sistem reproduktif yang tercemar. Ketika peringkat awal, proses kehamilan akan mengakibatkan payu daranya membesar dan kembang. Puting juga membesar dan bertukar warna kepada lebih gelap. Keadaan ini akan kekal dan tidak akan pulih kepada sediakala walaupun selepas menggugurkan kandungannya. Jika dia pernah berseronok dengan lelaki, sentuhan intim yang dilakukan kepada kemaluan dan payu dara sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada bahagian berkenaan dan perubahan ketumbesaran boleh berlaku. Bagi wanita yang tidak menghargai diri dan tidak berfikir panjang, semua perubahan yang berlaku itu mungkin tidak membimbangkan sehingga tiba harinya yang mereka berasa kesal tetapi semuanya sudah terlambat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
95
Wanita yang mempunyai harga diri tahu menjaga diri dan tidak akan terjebak dengan perkara yang boleh merendahkan martabat kewanitaannya. Inilah wanita yang cemerlang, pilihan lelaki yang sejati!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
96
Minat lelaki berkulit cerah Soalan SAYA pelajar berusia 22 tahun. Sejak usia saya 11 tahun, saya mengalami kekeliruan jantina. Buat pengetahuan, saya anak bongsu dan lebih rapat dengan adik-beradik perempuan dan ibu kerana ayah sudah tiada. Saya pandai dan suka melakukan kerja perempuan seperti memasak dan mengemas selain suka berhias, termasuk bersolek. Lebih teruk lagi, saya berasa ghairah pada lelaki dan kerap berfantasi apabila melihat lelaki kacak yang berkulit cerah. Bagaimanapun, pada masa sama, saya mempunyai seorang teman wanita yang sangat saya sayangi kerana ketinggian ilmu agamanya. Namun, dia tidak tahu mengenai masalah saya. Saya akui kami sering bermasalah kerana saya tiada ‘common sense’ seperti menunjukkan rasa cinta saya kepadanya. Saya tidak mahu kehilangan seseorang yang begitu berharga kepada saya hanya kerana naluri saya yang abnormal ini. Adakah terapi di Malaysia yang boleh selesaikan masalah ini atau adakah cara lain seperti mengambil suntikan hormon? MAT DON Kuala Lumpur Jawapan Kesedaran seksualiti dan gender adalah proses berterusan. Justeru, tidak menghairankan jika terdengar individu yang jantinanya lelaki tetapi beranggapan dia perempuan yang terperangkap di dalam tubuh lelaki. Dalam hal kekeliruan gender, cara perawatannya lebih kepada bimbingan dan memberi masa mencukupi sebelum satu tindakan diambil, seperti prosedur penukaran jantina, yang mana hanya dilakukan selepas beberapa tahun menjalani bimbingan dan penilaian oleh pakar berkaitan. Anda kini sedar anda lelaki yang selama ini terdedah kepada perwatakan dan sifat keperempuanan, maka anda terikut-ikut sehingga anda menjadi keliru jantina dan sifat sebenar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
97
Memandangkan anda berminat kepada perempuan bukan sekadar untuk mengikut perwatakan mereka, malah untuk berdampingan dengan mereka seperti lelaki yang ingin tahu mengenai perempuan, keadaan itu secara langsung menggambarkan yang anda lelaki tulen dan prihatin. Anda lelaki yang menempuhi pelbagai cabaran hidup yang hampir meletakkan anda dalam situasi atau keadaan yang dikenali sebagai ‘disforia gender’. Anda nyaris masuk dalam alam homoseksualiti kerana pernah berfantasikan lelaki tertentu, tapi kesedaran diri mengembalikan anda ke jalan lurus. Anda berjaya mengatur kembali matlamat hidup anda sebagai lelaki dengan menaruh hati kepada perempuan. Menambah hormon kelelakian ‘testosterone’ tidak akan membuat anda menjadi lelaki lebih tulen kerana anda ada hormon itu dengan banyak dalam usia semuda ini. Yang anda perlukan ialah sokongan diri dan penetapan minda yang anda lelaki dan bangga anda mempunyai wawasan hidup sebagai lelaki tulen. Semoga anda berjaya dalam matlamat hidup anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
98
Elak pakaian ketat Soalan SAYA pernah terbaca dalam akhbar bahawa lelaki yang terlalu lama menunggang atau duduk terlalu lama di atas motosikal atau basikal akan mengalami kerosakan sperma, sekali gus mengakibatkan kemandulan. Adakah perkara ini benar? Bagaimanakah cara untuk mengatasinya, kerana saya menunggang motosikal agak lama dan risau akan kesannya apabila berkahwin nanti. FAIZUL Muar, Johor Jawapan KILANG sperma terletak di dalam buah zakar. Buah zakar pula di dalam kerandut buah zakar yang terletak di luar badan. Pembiakan sperma memerlukan suhu optima iaitu 3-4 darjah Celsius kurang dari suhu badan (37 darjah Celsius). Apabila suhu dalam kerandut meningkat, pemerosesan sperma tergendala seketika dan jika perkara ini berlanjutan, profil sperma menjadi kucar kacir, iaitu bilangan dan kualiti sperma menjadi tidak normal dan rupa bentuk sperma cacat. Peningkatan suhu dalam kerandut boleh berlaku apabila lelaki itu memakai pakaian dalam yang ketat atau tebal dan seluar ketat. Sama juga jika buah zakarnya terdedah kepada kebahangan seperti bekerja di kawasan panas, berendam dalam kolam panas atau bersauna. Dengan pakaian ketat serta duduk dalam kereta pun boleh membuatkan buah zakar tertarik di atas ‘tundun’ dan terdedah kepada kepanasan badan. Begitu juga jika pakai pakaian ketat dan menunggang motosikal. Jika kedua-dua buah zakar tidak tertambat atau tertarik oleh pakaian dalam ke dalam lemak ‘tundun’, ia tidak terdedah kepada kebahangan, oleh itu masalah terdedah kepada kebahangan tidak timbul dan pemprosesan sperma berjalan seperti biasa. Saya cadangkan semua lelaki pakai pakaian dalam yang longgar dan tipis supaya tidak terasa panas, serta buah zakar tidak terdedah kepada kebahangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
99
ISTERI ‘SERIAU’ Cabaran yang sering dihadapi pasangan baru mendirikan rumah tangga MENJADI lumrah lelaki yang berkahwin untuk memberi layanan nafkah zahir dan batin kepada isteri dan begitu juga sebaliknya. Namun perlu diingatkan, layanan itu hanya sebahagian daripada tanggungjawab kerana perkahwinan merangkumi banyak perkara lain. Dalam aspek hubungan seksual, lelaki dan wanita yang pertama kali melakukan persetubuhan pasti menempuh pelbagai cabaran. Saya menerangkan proses ini secara terperinci kerana banyak pasangan sekarang gagal dalam hubungan seks pada awal perkahwinan tetapi malu untuk mendapatkan rawatan perubatan, sebaliknya mengambil jalan mudah dengan bercerai. Ada juga yang berjumpa tukang urut dan pengamal perubatan tradisional, mengakibatkan masalah menjadi lebih kronik. Nasihat saya, dapatkan rawatan moden. Berjumpalah doktor keluarga dan jika tiada perubahan positif, rujuk kepada pakar Urologi yang pakar dalam rawatan syahwat lelaki. Berbalik kepada cabaran seksual pada awal perkahwinan, dalam melaksanakan hubungan itu, suami perlu memasukkan ereksi kepada anggota sulit pasangan dan pasangan pula memainkan fungsi dengan menyenangkan kemasukan itu. Kadangkala keadaan menjadi kelam kabut apabila suami mencapai klimaks sebelum memasukkan ereksi atau isteri terasa ‘seriau’ dan kaku sehingga pembukaan faraj tertutup (vaginismus). Apabila pasangan mengenal pasti masalah yang berlaku dan cuba mengatasinya, keadaan menjadi lebih tenteram dan hubungan kelamin menjadi sempurna. Namun, ada masanya suami belum sampai ke tahap pemulihan walaupun pasangan wanita sudah bersedia. Ini mungkin berlaku apabila suami kurang keyakinan diri. Perasaan gementar dan kurang yakin akan mengakibatkan pencapaian ereksi tergendala. Oleh itu, ereksi menjadi kurang tegang dan daya kawalan ejakulasi hilang. Ini bermakna cepat klimaks boleh berlaku. Perasaan gementar mengakibatkan pengeluaran hormon adrenalin yang mengganggu perjalanan darah ke dalam otot anggota sulit lelaki dan mengurangkan tahap ereksi. Perasaan berdebar mengakibatkan kawalan ereksi hilang dan klimaks berlaku cepat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
100
Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan kelamin, sekali gus meningkatkan lagi hubungan mesra antara mereka. Bersentuhan secara intim meningkatkan keyakinan diri dan dalam keadaan terangsang, perjalanan darah ke dalam anggota syahwat menjadi bergelora. Bagi lelaki, ereksi tercetus dan menjadi lebih padat, manakala bagi wanita pula otot anggota kemaluan menjadi lega, terkawal dan corong kemaluan lembab serta licin. Suami boleh mengekalkan ereksi dengan ‘mengemut’ untuk memantapkan otot lantai pelvik dan memastikan pergerakan ereksi dalam kawalan otot kemut. Wanita pula perlu melegakan otot kemut supaya jalanan corong faraj lega dan selesa untuk kedua-dua pasangan. Mereka tidak perlu terburu-buru dan lakukan gerakkan badan mengikut keselesaan dan ketenangan. Lelaki yang ereksinya sukar kekal lama mungkin mengalami masalah gangguan ereksi dan perlu berjumpa doktor. Apabila lelaki itu tahu cara mengekalkan ereksi ke tahap padat, terutama melalui senaman kemutan atau dengan memakan ubat yang dapat membantu kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar, mungkin masalah lemah syahwat dan cepat klimaks dapat diatasi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
101
GETAH PENAMBAT SATU ALTERNATIF Soalan SAYA berusia 32 tahun dan berumahtangga hampir tiga tahun dan ada dua anak. Masalah yang saya hadapi ialah cepat klimaks dan lambat ereksi untuk kali kedua. Saya malu untuk berjumpa doktor, tetapi kali ini saya nekad mendapatkan nasihat dan berjumpa pakar. SAHIZAN Johor Bahru Jawapan Cepat klimaks menjadi tekanan apabila pasangan tidak puas dan diri sendiri pun berasa begitu. Ini berlaku apabila selepas ejakulasi, zakar hilang ketegangan manakala jika ereksi hanya kekal seketika turut memberi hanya sedikit kepuasan. Perkara biasa yang akan dilakukan lelaki ialah mendapatkan tip daripada rakan. Tidak hairan jika kaedah mengurut, guna segala minyak, krim atau gambir Sarawak digunakan, sedangkan semuanya tidak memberi kesan, malah boleh memudaratkan lagi. Menambat zakar ketika ereksi dengan getah penambat memang satu alternatif. Getah ini dijual di pasaran. Ada yang diimport dari China dan beberapa negara lain. Kini, ada getah penambat zakar buatan Malaysia yang dikenali sebagai cincin Kanda. Getah ini dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal jika pemakainya menumpukan perhatian kepada getah itu ketika mengerakkan ereksi dalam faraj pasangan. Apabila tumpuan lari, kawalan tiada lagi menyebabkan ejakulasi awal boleh berlaku. Sehubungan itu, pemakai cincin ini perlu tahu cara untuk menggunakannya supaya dapat meningkatkan daya kawalan daripada ejakulasi awal. Jika dengan pengunaan alat ini masih tiada apa-apa perubahan, lebih baik berjumpa doktor. Saya boleh dihbungi di Damai Service Hospital, Jalan Ipoh,Kuala Lumpur.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
102
KENCING BERDARAH Soalan SAYA pemuda berusia 21 tahun. Setiap kali buang air kecil, ada darah dalam bentuk ketulan. Apakah ini menandakan penyakit serius? Apakah perlu saya berjumpa pakar? AMIR Ipoh Jawapan Jika darah keluar dengan air kencing, perkara ini perlu diselidik. Situasi ini dikenali sebagai ‘Hematuria’ atau kencing berdarah. Jika ketika buang air kecil terasa sakit dan kelihatan darah keluar daripada salur kencing, ia mungkin akibat luka dalam salur kencing atau batu karang yang kebetulan terkeluar dan menggesel salur kencing. Jika tiada sakit, ia mungkin pendarahan dalam pundi kencing atau di bahagian atas lagi seperti buah pinggang atau salur ureter. Secara am, Hematuria boleh berlaku secara mengejut, seperti selepas melakukan senaman ketara atau hentakan kepada buah pinggang. Penting untuk tahu puncanya kerana rawatannya berbeza. Jika ia akibat luka, rawatan untuk luka perlu. Ujian air kencing dan kultur air kencing perlu dibuat bagi mengetahui kuman yang menyebabkan keradangan itu dan rawatan antibiotik yang spesifik diberi. Jika akibat ketumbuhan, pemeriksaan susulan perlu. Justeru, lebih baik anda segera berjumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
103
RAWAT MATI PUCUK TIDAK dinafikan yang fungsi seksual lelaki dan wanita berubah dari semasa ke semasa dan dalam usia yang semakin lanjut, kemampuan syahwat akan menurun. Bagi lelaki, kemungkinan untuk mengalami masalah disfungsi erektil atau mati pucuk meningkat apabila usia mencecah 40 tahun ke atas. Ini kerana kira-kira 40 peratus golongan ini menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, sama ada dalam kawalan atau sebaliknya, manakala 65 peratus (tekanan darah tinggi) dan 55 peratus (jantung). Jika individu yang semakin meningkat usia itu masih mengamalkan gaya hidup kurang sihat seperti merokok, minum minuman keras, obesiti dan tidak melakukan aktiviti fizikal secara berkala dan mengalami tekanan, masalah disfungsi erektil lebih ketara. Kajian menunjukkan lelaki berpenyakit koronari dan terpaksa menjalani pembedahan pemintasan salur darah akan mengalami masalah disfungsi erektil. Ini mungkin ada kaitan dengan masalah kolesterol, kesempitan salur darah ke dalam zakar, kekurangan stamina kerana tidak bersenam dan masalah kekurangan hormon testosterone dan DHEA (hormon androgen yang dihasilkan oleh pundi adrenal). Kini, masalah disfungsi erektil boleh dikendalikan melalui rawatan moden. Alat pam penyedut vakum satu kaedah yang biasa disyorkan, selain ubat PDE5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra yang dapat membantu otot zakar mengembang ketika rangsangan seksual dan memudahkan kemasukan darah yang banyak ke dalam otot zakar untuk zakar mencapai ereksi yang kekal. Ubat Caverjet dalam bentuk suntikan yang mana ubat itu disuntikkan ke dalam otot zakar pada waktu hendakkan ereksi dengan suntikan perlu dilakukan sendiri. Suntikan itu menyebabkan ubat jeli mengandungi Alprostadil disalurkan ke dalam salur kencing supaya dapat diserapkan kepada otot zakar. Rawatan tradisional satu ketika dulu sungguh popular kerana tiada rawatan moden yang sesuai, tetapi kini jelas menunjukkan rawatan moden lebih terjamin dan harganya berpatutan kerana tanpa ‘pengeras’ dan tipu helah. Disfungsi erektil bukan kerana buatan orang! Ia berlaku atas sebab tertentu dan boleh diatasi. Kini, tidak mustahil untuk lelaki yang lanjut usia mengecapi
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
104
nikmat hubungan seksual mengikut kehendak mereka dengan kerjasama pasangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
105
GATAL HINGGA HILANG NAFSU Soalan SAYA lelaki berusia 42 tahun dan mempunyai tiga anak, masing-masing 20, 19 dan sembilan tahun. Isteri saya berusia 45 tahun dan kami berkahwin selama 21 tahun. Saya mempunyai masalah gatal pada keseluruhan kemaluan yang tidak pernah sembuh sejak berusia 12 tahun. Ketika berusia 18 tahun, penyakit gatal ini mengubah kulit kemaluan saya menjadi kebas secara tiba-tiba. Disebabkan hilangnya sensitiviti kulit menyebabkan hilangnya sebahagian besar nafsu seks saya. Ini kerana ketika mengadakan hubungan seks dengan isteri, kulit kemaluan saya tidak geli apabila bergesel dengan dinding faraj. Saya hanya mencapai klimaks disebabkan sentuhan kulit selain daripada bahagian kemaluan serta daya imaginasi saya. Namun, sejak dua hingga tiga tahun belakangan ini nafsu seks saya menurun dengan ketara sekali. Kadangkala kemaluan saya tidak mengalami ereksi. Kalau ereksi pun, ia akan layu pada pertengahan jalan. Saya yakin ketidakmampuan saya mengadakan hubungan seks disebabkan penyakit itu. FAIZ Kuala Lumpur Jawapan Jarang penyakit kulit menyebabkan kekurangan rasa, kecuali urat saraf tergendala atau rosak seperti yang berlaku kepada pesakit kusta atau Leprosy. Itupun Leprosy jarang berlaku kepada kulit anggota sulit. Bahagian anggota sulit lelaki yang mengandungi banyak urat saraf dan merangsangkan ialah penghujung zakar, ‘frenum’ atau cantuman kulit antara kepada zakar dan batang zakar, ‘septum’ atau cantuman kulit di bawah zakar selain kerandut buah zakar. Selain bahagian itu, pundi prosat juga memerangsangkan jika disentuh daripada belakang kerandut buah zakar atau bahagian yang dikenali sebagai ‘G-Spot’ lelaki, manakala puting lelaki juga sensitif. Pendek kata, lelaki boleh mencapai klimaks secara mental, fantasi, rangsangan puting, sentuhan, zakar-penghujung dan bahagian septum, selain G-Spot. Anda perlu mencuba jika hendak menghidupkan kembali keseronokan syahwat dengan pasangannya. Apabila umur meningkat, syahwat menurun, sama juga dengan kemampuan mencapai rangsangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
106
BIMBANG SPERMA LEMAH KESAN PIL PERANCANG Soalan ADAKAH kualiti sperma seseorang lelaki itu menurun atau rosak apabila dia pernah mengambil pil perancang kehamilan wanita bertujuan mencantikkan kulit wajah? Selain itu, adakah apabila berkahwin nanti jika dia mempunyai anak akan mengalami kecacatan akibat ‘kelemahan’ sperma itu? JEJAKA RISAU Jawapan Ada sesetengah lelaki ‘metroseksual’ memakan pil merancang keluarga untuk perempuan dengan tujuan mengurangkan tekanan hormon testosterone lelaki dan pada masa sama mengurangkan ‘acne’ atau jerawat di muka. Pil perancang keluarga yang dikaitkan itu ialah jenis pil mengandungi hormon ‘estrogen’ dan hormon ‘anti-testosterone’, iaitu Cyprosterone Acetate. Memang hasratnya untuk memiliki kulit muka yang cerah dan halus termakbul, tetapi perkembangan semangat kelelakiannya terbantut seketika. Ini termasuk kilang sperma dan penghasilan testosterone. Bagaimanapun, kesan Cyprosterone Acetate tidak kekal. Apabila lelaki itu tidak mengamalkannya lagi, semua sistem semangat kelelakiannya akan kembali. Kilang sperma akan menjadi aktif, termasuk juga penghasilan hormon testosterone. Justeru, anda tidak perlu khuatir. Pil perancang itu tiada kesan kekal kepada lelaki, tetapi ini tidak bermakna anda perlu makan pil untuk tujuan itu. Ada banyak cara lain dan yang lebih mujarab. Pakar kulit anda boleh membantu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
107
SUAMI JAHIL SEKS KATA orang, apabila dewasa, naluri, nafsu dan syahwat akan mula menjelma, sekali gus menandakan individu itu bersedia untuk berkahwin. Namun, cuba bayangkan jika lelaki yang dilahirkan istimewa, seperti kekurangan dalam aspek intelektualnya, diaturkan berkahwin. Siapa yang tidak gembira apabila ibu mencarikan pasangan comel. Sudah pasti menimbulkan perasaan geram, tetapi selepas berkahwin setahun atau dua kemudian, isteri membawa diri dan minta diceraikan. Ini kerana sejak berkahwin suami tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya sentuhan. Kemungkinan suaminya tidak tahu melakukan hubungan seksual atau mengalami mati pucuk prima. Jika ditinjau lelaki yang mengalami masalah berkenaan, profilnya seperti berikut: Dia tidak pernah mencapai ereksi secara spontan atau tidak pernah mengenali apa itu ereksi sejak dilahirkan. Justeru, dia tidak tahu apa itu ereksi. Hanya yang dia tahu zakarnya kadangkala membesar sesekali waktu bangun tidur. Mungkin keluarganya dapat melihat ereksinya ketika dia nyenyak tidur dan menganggap perkara itu petanda dia sihat. Namun, ereksi itu ialah ‘ereksi refleksi’ ketika lelaki tidur nyenyak yang menandakan fungsi zakar sihat. Untuk menggunakan zakar ketika bersetubuh, minda perlu terangsang dan mesej perlu sampai ke zakar supaya salur darah otot zakar mengembang. Jadi macam mana hendak melakukan hubungan seks dengan pasangan, sedangkan dia tidak pernah mencapai ereksi. Jika ini berterusan dan tiada tindakan diambil, lambat laun hubungan suami isteri menjadi hambar. Laporan Kes Saya pernah memeriksa lelaki yang lembap mentalnya, tetapi pandai memainkan tanggungjawab sebagai suami penyayang. Perkahwinannya atas pilihan keluarga. Selepas berkahwin dua tahun, isteri mengadu kepada ibu mentua yang suaminya tidak pernah melakukan persetubuhan, hanya pegangan dan pelukan intim. Perkara itu dimaklumkan kepada bapa suami yang akhirnya membuat temujanji dengan saya kerana mengesyaki anaknya mati pucuk.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
108
Mengikut isterinya, suaminya tidak pernah mencapai ereksi sewaktu bersentuhan badan, tetapi ketika tidur ereksi spontan kerap berlaku. Bagaimanapun, setiap kali suami tersedar ereksi terputus begitu saja. Pemeriksaan awal menunjukkan dia gemar perempuan dan kasih kepada isterinya. Dia diberi tunjuk ajar cara menggunakan ereksi untuk bersetubuh. Bimbingan itu akhirnya berjaya mengatasi masalah mereka dan kini memperoleh anak.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
109
HINDARI ONANI RAMBANG Soalan SAYA ingin tahu apakah khasiat di dalam air mani? Adakah disebabkan terlalu kerap melakukan onani, khasiat di dalam badan saya seperti kandungan vitamin, protein, karbohidrat dan kalsium hilang? AZIZ Ipoh Jawapan Setiap kali lelaki merangsang anggota sulit untuk mengecapi keseronokan, sistem tubuh badannya bergelora dengan pernafasannya meningkat. Degupan jantungnya juga meningkat, otot tubuh badannya mencengkam dan separa cengkam. Semua perkara yang berlaku ini mememerlukan tenaga badan yang tinggi, jadi tidak hairan jika anda mendapati anda mudah letih apabila selesai onani. Selain itu, berlaku pembaziran seperti pengeluaran air mani mengandungi sperma, protin, zat galian, kalsium dan pelbagai lagi khasiat badan. Tidak menghairankan jika lelaki yang mengamalkan onani ketara mendapati tubuhnya kurang mantap, kurus, mudah letih dan lesu serta tidak bermaya. Apabila menghentikan amalan itu, dia akan dapati tubuh badannya sihat dan tegap. Onani juga boleh mengakibatkan Sindrom Onani Traumatic, yang mana individu itu tidak akan dapat mencapai klimaks bersama pasangan. Jadi elakkan onani rambang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
110
RAMBUT GUGUR SELEPAS BERSALIN Soalan SELEPAS melahirkan anak kedua, saya mengalami keguguran rambut yang sangat kronik. Rambut saya tebal dan panjang, tetapi setiap hari saya dapat mengumpul rambut dan membentuknya seperti bola besar yang mampat. Bahagian kanan dan kiri kepala saya sekarang botak yang jelas kelihatan. Rambut di bahagian tengah (crown area) kepala saya juga menipis. Saya terbaca artikel yang keguguran rambut selepas kelahiran berpunca daripada hormon, tetapi adakah normal jika ia kronik hingga ada bahagian botak? Adakah ia disebabkan anak lelaki kerana anak sulung saya perempuan dan tiada masalah? Boleh doktor jelaskan sebab lain yang menyebabkan keguguran rambut selain stres dan tidak cukup tidur? Adakah struktur rambut baru yang tumbuh akan mempunyai ketebalan seperti sediakala? SAL Kuala Lumpur Jawapan Alopecia ialah istilah perubatan untuk keguguran rambut. Ada dua sebab Alopecia boleh berlaku kepada perempuan. Satu, akibat gangguan hormon, manakala satu lagi alahan atau ‘Immune Response Alopecia’. Kadar wanita yang menghidap Alopecia kurang 20 peratus dan sebilangan besar akibat gangguan hormon seperti anda alami. Sebilangan besar mempunyai rambut lebat ketika hamil tapi selepas bersalin, rambut mulai gugur. Masalah ini dikenali sebagi ‘Affluvium Telogen’ menjadi ketara sehingga rambut di pertengahan kepala menjadi tipis. Keguguran rambut selepas kelahiran bayi tiada kaitan dengan jantina anak dilahirkan. Testosteterone mengakibatkan folokel rambut bantut dan ini hanya berlaku kepada rambut kepala. Pada masa sama, Testosterone mengakibatkan rambut folikel muka dan keseluruhan badan aktif, tetapi tumbuh kasar. Rambut puan boleh gugur akibat kekurangan hormon Estrogen yang kelihatan kepada wanita berumur. Pengambilan hormon Estrogen sebagai rawatan hormon gantian dapat mengawal keguguran rambut, tetapi tetapi wanita itu perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sebelum mengambil rawatan terbabit. Keguguran akibat alahan berlaku apabila terdedah kepada alahan. Apabila
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
111
alahan terkawal atau tiada lagi, rambut kembali lebat. Jarang kelihatan rambut gugur akibat kebakaan. Jika ini berlaku, wanita itu akan mengalami keguguran secara total atau ‘Alopecia Totalis’. Untuk mengatasi masalah rambut, saya cadangkan puan jumpa pakar rambut.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
112
‘PELAYARAN’ ORANG GEMUK ADA anggapan kononnya hubungan seks antara pasangan gemuk adalah mustahil. Ini mungkin pendapat mereka yang tidak gemuk! Namun, hakikatnya saiz tidak ada kaitan dengan `pelayaran’ yang menyeronokkan di dalam seks. Malah, dalam tamadun purba yang menganggap kegemukan suatu ketrampilan yang sinonim dengan kejelitaan dan keindahan serta melakukan hubungan seksual dengan pasangan yang gemuk amat menyeronokkan. Pernah mendengar kisah Raja Inggeris Edward ke-VIII yang amat gemuk sehingga terpaksa mendapatkan bantuan peralatan untuk mengantungkan isterinya supaya dapat diturunkan punggung isteri ke paras ereksinya. Sebenarnya orang gemuk tidak perlu lagi mengantung pasangan atau menggunakan peralatan untuk membantu ketika mengadakan hubungan seks. Yang penting ialah mereka bekerjasama dengan pasangan untuk menjaya dan menikmati hubungan seksual penetratif. Hubungan Keintiman Seksual Dengan Pasangan Lelaki Yang Gemuk Boleh dibayangkan jika lelaki gemuk melakukan persetubuhan dengan wanita kurus mungkin wanita itu akan pengsan kerana ditindih jika pasangan lelaki mengambil posisi di atas. Namun, perkara ini tidak pernah berlaku. Pasangan akan tahu posisi yang sesuai apabila mereka berhajat untuk melakukan hubungan seks. Kebiasaannya wanita dalam keadaan terbaring akan membantu memasukkan ereksi pasangan yang menegak di tepi katil. Kadangkala posisi wanita membelakangkan pasangan dan ereksi dimasukkan ke dalam faraj dengan bantuan wanita. Namun, posisi paling mudah adalah wanita di atas dan lelaki di bawah. Sebagai peringatan jangan hanya mengamalkan posisi yang sama kerana saya pernah mengendalikan kes seorang isteri yang bosan dan mahu suaminya pula patut berada di atas. Bagaimanapun, suaminya pula jika berdiri atau memposisikan dirinya di atas akan terasa anggota sulitnya tertarik ke dalam. Akhirnya mereka dapat berkerjasama apabila isteri terbuka untuk mencuba beberapa posisi yang tidak mengancam keadaan ereksi suami. Kini, mereka sudah mempunyai dua anak. Hubungan Keintiman Seksual Dengan Pasangan Perempuan Yang Gemuk. Bayangkan isteri yang gemuk dengan suami kurus yang jauh beza berat badan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
113
sedang bercumbu dan dalam keadaan bersedia untuk melakukan hubungan penetratif seksual. Sudah tentu gagal! Ini kerana pembukaan lubang faraj sudah tentu tertutup dan mungkin ereksi yang saiz biasa itu tidak akan sampai. Bagaimanapun, Tuhan itu Maha Kaya dengan pembukaan lubang faraj berdekatan dengan lubang najis. Jika punggung wanita gemuk itu dijungkit sedikit dengan mengalas bantal kecil maka pembukaan faraj akan kelihatan terdedah dan ereksi yang berukuran 10 sentimeter pun akan dapat disumbatkan dengan senang. Selain itu, wanita itu juga perlu berada dalam keadaan menonggeng dengan kedua-dua paha dibuka luas untuk membolehkan hubungan seksual dilakukan tanpa halangan. Hubungan Keintiman Seksual Oleh Kedua-dua Pasangan Yang Gemuk. Mungkin perut mereka saja yang dapat rapat dan yang lain tidak! Sehubungan itu, mereka terpaksa mencari sendiri kaedah terbaik untuk melakukan hubungan seksual. Posisi yang telah dijelaskan di atas boleh digunakan. Selain itu, banyak lagi posisi yang boleh dilakukan termasuk `gunting’ atau ‘scissors position’ yang mana kedua-dua pasangan merapatkan kelengkang supaya anggota sulit lelaki boleh menghampiri anggota sulit pasangannya yang kemudian membantu menyalurkan ereksi ke dalam faraj. Gerakkan badan boleh dilakukan secara perlahan sambil tangan yang bebas dapat melakukan sentuhan intim di keseluruhan tubuh badan. Tidak ada sebab individu yang gemuk tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif kerana keadaan fizikalnya kecuali dia atau pasangannya yang memutuskan perkara itu. Sentuhan, pelukan, geselan dan urutan sebahagian daripada hubungan seksual intimasi yang boleh dilakukan sebagai pendekatan alternatif atau suatu pilihan jika gagal untuk melakukan hubungan seksual penetratif. Untuk mendapat cahaya mata, kedua-dua pasangan perlu berusaha supaya ada hubungan penetrasi faraj dan jika tidak, pasangan itu boleh berjumpa pakar untuk bimbingan dan tunjuk ajar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
114
PAM VAKUM TAK PERLU Soalan SAYA mempunyai dua cahaya mata. Masalah yang dihadapi ialah pancutan yang terlalu awal menyebabkan saya dan isteri hanya merasa kepuasan terlalu sekejap. Zakar saya juga semakin hari semakin mengecil kerana masalah berat badan. Adakah perlu saya menggunakan alat senaman lelaki atau pam vakum? Bagaimana caranya dapat saya mengatasi masalah ini serta mengembalikan saiz zakar supaya lebih besar?
Yang bermasalah, Tanjung Malim. Jawapan HUBUNGAN seksual tidak selalunya berjalan lancar. Adakalanya suami cepat klimaks dan ada ketikanya isteri mengambil masa untuk mencapai klimaks. Ini tidak bermakna yang hubungan kelamin itu mengecewakan. Jika ada cara lain yang boleh dilakukan mereka berdua untuk meningkatkan keintiman seperti sentuhan dan urutan erotik atau dengan seks oral atau penggunaan alat pembantu seks yang sesuai dan yang boleh diterima mereka. Memang hubungan seks ada batasan seperti kemampuan dan keupayaan pasangan untuk melakukannya. Persoalannya, sama ada fungsi anggota seksual itu dapat diperbaiki dengan ubat atau dengan teknik atau cara gaya persetubuhan. Kini, ada pelbagai cara untuk meningkatkan daya kawalan daripada klimaks cepat yang boleh diamalkan lelaki seperti menguna cincin tambat zakar (KANDA TM). Jika cara itu semua tidak berkesan jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan dengan ubat tertentu. Mengurut bukan caranya dan tidak berkesan. Senaman kemut tidak perlu dilakukan dengan mengunakan alat pam vakum. Jika tersalah guna pam itu boleh mencederakan zakar. Pam vakum hanya untuk lelaki yang mati pucuk dan itu pun perlu melalui pemeriksaan doktor. Alat ini juga bukan alat sesuai untuk membesarkan zakar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
115
KAKI ISTERI CEPAT LENGUH Soalan APABILA melakukan seks bersama suami, saya tidak dapat memuaskan nafsu dia ketika berada di atasnya kerana kaki cepat lenguh. Ini merisaukan saya walaupun suami mengaku faham keadaan saya berikutan dia pernah mengatakan lebih suka dan puas apabila tiba giliran saya berada di atas. Apa yang patut saya lakukan untuk memuaskan nafsunya apabila berada di atasnya? Jawapan DALAM keadaan terangsang, lelaki yang mencapai klimaks berikutan ereksi berterusan. Namun, paling penting kepada mereka ialah dapat memberi pasangannya klimaks. Kadangkala lelaki mencapai klimaks lebih cepat dan itu menyebabkannya tidak berpuas hati kerana gagal memuaskan pasangan. Jadi kepuasan bukan saja terletak kepada pencapaian kemuncak individu itu tetapi juga memberi kemuncak kepada pasangannya. Jadi jika anda lenguh dan kelihatan amat tertekan sudah tentu pasangan tidak akan mencapai kemuncak berikutan melihat keadaan anda. Mungkin posisi itu tidak sesuai untuk anda walaupun suami seronok. Cuba posisi lain yang mana anda tidak lenguh ketika berinteraksi dengan pasangan anda. Mengenai posisi wanita di atas, ada banyak cara wanita itu boleh lakukan jika ingin mengatasinya. Mungkin anda boleh baring atasnya dan dia yang melakukan hayunan atau dia membantu mengerakkan badan anda tanpa anda mengerakkan kaki. Atau lakukan posisi itu di atas sofa atau kerusi dengan anda di atas dan dia yang mengerakkan badannya. Pendek kata lakukan posisi yang kedua-dua pihak puas.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
116
CARA PILIH JANTINA ALANGKAH baiknya jika jantina anak dapat dipilih sebelum dia dilahirkan. Keghairahan ini menyebabkan pelbagai kepercayaan dan usaha dilakukan. Jangan terkejut jika ada pasangan kelamin sanggup tidur bersama pedang atau senjata yang menjadi lambang lelaki untuk mendapat anak lelaki. Kepercayaan lain pula jika pasangan bersetubuh dalam kawasan terbuka seperti ladang dengan pancaran cahaya bulan terang kononnya akan dianugerahkan anak lelaki. Namun, jika kebetulan suasana bertukar menjadi gelap gelita, anak yang bakal dilahirkan ialah perempuan. Masyarakat Cina purba percaya melakukan hubungan kelamin pada hari dan waktu tertentu akan dianugerahkan anak lelaki sehingga mereka sanggup tidur berasingan beberapa minggu supaya hasrat termakbul. Masyarakat purba Asia pula percaya jika pasangan wanita mengiring ke kanan selepas bersetubuh akan menghasilkan anak lelaki dan jika mengiring ke kiri pula dapat anak perempuan. Mengikut pandangan perubatan dan kesihatan, merancang jantina anak untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit baka perlu dilakukan jika ada kemudahan dan kepakaran. Mengikut pandangan pakar kependudukan pula, penentuan jantina boleh memberi kesan ketidakseimbangan antara wanita dan lelaki dan sudah tentu akan mempengaruhi taburan penduduk masa depan. Kaedah Penentuan Jantina Sebelum Kelahiran Anak 1) Kaedah Shettles: Mengikut kajian Dr Shettles jika benih X lelaki bercantum dengan telur perempuan yang semuanya X, maka anak itu jantinanya perempuan dan jika sperma Y bercantum dengan telur X, jantina anak itu lelaki. Mengikut Dr Shettles, hubungan kelamin yang mana wanita mencapai kemuncak, menggalakkan pencapaian anak lelaki dan sebaliknya untuk anak perempuan. Makanan yang banyak kalsium dari sodium (garam) juga menggalakkan anak perempuan dan sebaliknya mungkin anak lelaki. Kaedah ini tidak lagi digunakan kerana sudah ada kaedah lebih berkesan seperti penyemaian benih dalam rahim ketika wanita itu subur. Penyemaian benih dilakukan dengan menapis benih untuk memastikan hanya benih yang membawa baka Y (untuk anak lelaki) dan benih X (untuk anak perempuan) mengikut pilihan pasangan kelamin itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
117
Kaedah penapisan sperma dilakukan dengan kaedah Eliasson. Kini ada banyak teknik penapisan sperma yang lebih berkesan. Kaedah Penentuan Janin Terkini 2) Kaedah bayi tabung uji untuk pasangan yang mengalami masalah kesuburan mendapat dan memilih jantina anak. Ketika telur dibiarkan bercantum dengan sperma lelaki, janin yang terjadi boleh dikenal pasti jantinanya dengan mengambil satu sel dari embrio untuk diperiksa baka seksnya. Jika embrio itu dikenal pasti dari baka seks pilihan, ia dimasukkan ke dalam rahim supaya embrio itu menginap kepada Enometrium dan terus berkembang. Penentuan jantina anak memberi pilihan pasangan merancang bilangan dan pilihan jantina anak. Bagaimanapun, yang paling penting ialah bersyukur dan terima apa saja jantina anak yang dianugerah Allah SWT.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
118
PEMUDA RISAU TERLALU KERAP MIMPI BASAH Soalan SAYA berusia awal 20-an dan telah mengalami mimpi basah sejak belasan tahun sehinggalah ke hari ini. Kekerapan mimpi membuatkan saya risau dan ada kala dalam seminggu mengalami mimpi seksual tiga hingga empat kali. Selain itu, buah zakar saya tidak seimbang iaitu sebelah kiri lebih ke bawah dan kadangkadang saya rasa seperti ia tidak berfungsi. SHAH, Rawang. Jawapan MIMPI basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan jika kerap berlaku boleh mengakibatkan tekanan. Bagaimanapun, perkara itu dianggap biasa. Mimpi basah atau pengeluaran air mani dalam tidur untuk lelaki petanda lelaki itu masuk ke alam dewasa dan sistem reproduktifnya sedang berkembang dan fungsinya lancar. Adakalanya fungsi sistem reproduktif lelaki itu tidak lancar seperti yang dialami anda. Tanpa membuat apa-apa keadaan ini boleh pulih. Jarang berlaku keadaan lelaki mengalami masalah itu mendapat rawatan menstabilkan sistem urat saraf. Buat sementara waktu amalkan gaya hidup sihat. Fenomena ini akan reda dan hanya akan berlaku apabila sistem itu dalam keadaan tertekan. Jika anda dapati fenomena ini berterusan, pergilah jumpa doktor untuk mendapat rawatan yang sewajar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
119
SUAMI ADA TIGA BUAH ZAKAR Soalan SUAMI saya mempunyai masalah tiga buah zakar, masing-masing dua buah zakar dan satu mengandungi cecair seperti dimaklumkan doktor pakar. Dia akan dibedah pada awal 2007. Masalahnya buah zakar yang mengandungi cecair itu berpunca daripada angin pasang sejak zaman kanak-kanak sehingga kini berusia 32 tahun. Ia kini semakin besar sehingga sebesar tetikus komputer dan pada masa sama dua buah zakar asal menjadi kecil. Bagaimanapun, suami tidak sakit. Kami berkahwin sudah empat tahun dan saya hanya mengandung tiga kali namun keguguran dalam tempoh satu bulan hingga dua bulan. Adakah ia berpunca kurangnya sperma dan bolehkah saya mengandung jika suami tidak melakukan pembedahan. Bolehkah suami berubat tradisional, Suami juga mengalami air mani cair semenjak buah zakar (cecair) membesar. ROS, Shah Alam. Jawapan KERANDUT zakar mengandungi buah zakar, pundi Epididimis, salur sperma, pembuluh darah dan urat saraf yang bertanggungjawab kepada kesihatan buah zakar itu. Semuanya dalam bentuk sepasang. Jika buah zakar kelihatan besar kemungkinan masalah angin pasang. Angin pasang ialah kemasukan usus dalam kerandut buah zakar melalui pembalut buah zakar. Ini berlaku apabila terdapat ruang antara buah zakar dan perut. Angin pasang berlaku apabila pembalut buah zakar membesar akibat peningkatan cecair dalam pembalut itu. Sudah tentu kedua-dua keadaan itu mengakibatkan kerandut buah zakar membesar dan secara langsung 'ketumbuhan' itu akan menolak buah zakar ke belakang. Jarang buah zakar terencat dan memberi kesan kepada air mani lelaki itu. Sebilangan lelaki yang ada masalah itu mendapati masalah kepada profil sperma, iaitu sperma kurang atau kurang aktif. Ia boleh dipulihkan melalui pembedahan. Puan ada menjelaskan pernah hamil beberapa kali, tetapi tidak kekal. Keadaan ini dianggap sebagai kehamilan bazir atau 'pregnancy wastage'. Kerap gugur juga satu masalah kesuburan dan anda perlu menjalani pemeriksaan untuk mengenal pasti sebab keguguran.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
120
Satu pemeriksaan yang perlu dijalani ialah ujian kebakaan untuk kedua-dua pasangan untuk mengenal pasti jika ada baka yang tidak sihat yang menyebabkan berlaku keguguran itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
121
JADI IBU MASIH DARA MEMANG kebiasaan mana-mana pasangan yang berkahwin berhajatkan kehamilan. Namun perkara ini hanya boleh berlaku apabila pasangan berkenaan menyempurnakan hubungan seksual penetratif. Ada pasangan tidak dapat melakukan hubungan itu dan malu berjumpa doktor, tetapi mereka tiada pilihan jika hendakkan anak. Bagaimanapun perlu diingatkan, pada masa sama ada kes yang di luar dugaan berlaku seperti wanita yang jahil mengenai seks hamil, walaupun zakar belum menembusi faraj. Saya pernah mengendalikan kes seperti ini, yang mana satu pasangan kelamin yang baru berkahwin berjumpa saya kerana isteri lewat datang haid dan ujian kehamilannya positif, walaupun mereka tidak pernah melakukan hubungan penetratif. Mereka keliru bagaimana perkara itu boleh berlaku. Selepas mereka menjelaskan cara hubungan intim yang dilakukan, baru saya faham dan dapat menjelaskan keadaan sebenar yang menyebabkan wanita itu mengandung. Apa yang sebenarnya berlaku ialah setiap kali suami mengakhirkan adegan sentuhan intim terhadap isterinya, dia akan melepaskan air maninya di kelengkang isteri dan air mani itu dibiarkan meleleh. Ini mengakibatkan isteri mengandung apabila lelehan air mani menuju ke pembukaan faraj dan bercampur dengan air mazi isteri dan dengan kuasa Tuhan, kehamilan berlaku. Walhal wanita itu masih dara! Yang menjadi masalah ialah, ketika hamil, hubungan kelamin mungkin terhenti seketika dan akan dilakukan kembali selepas isteri bersalin dan tamat waktu berpantang. Jangkaan pasangan ialah selepas bersalin secara normal dengan pengeluaran bayi melalui faraj, kini faraj menjadi sedikit renggang dan mudah dilegakan untuk membolehkan hubungan penetratif dilakukan. Bagaimanapun, jangkaan itu nyata meleset. Wanita itu masih takut untuk melakukan hubungan seksual, sekali gus menyebabkan masalah sama berulang apabila wanita itu tidak dapat mensesuaikan dirinya untuk bersetubuh. Hubungan mereka akan menjadi hambar dan boleh menggugat rumah tangga kerana suami mungkin meminta perpisahan apabila masih tidak dapat bersama isterinya, walaupun selepas bersalin.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
122
Tanpa bimbingan dan rawatan doktor, perkara ini tidak akan dapat diatasi. Berbalik kepada pasangan yang mendapat rawatan dengan saya, wanita terbabit selamat melahirkan anak lelaki dan setahu saya, wanita itu kemudian dapat melakukan hubungan seksual penetratif dengan suaminya selepas mendapat bimbingan dan tunjuk ajar cara mengawal dan membuka faraj untuk memudahkan kemasukan zakar. Wanita itu terpaksa mengunakan zakar palsu untuk melatih faraj menerima zakar dan lepas itu baru dia berasa yakin boleh melakukan hubungan penetratif dengan suami.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
123
SUAMI INGIN ANAK PEREMPUAN Soalan SAYA berusia 30 tahun dan sudah berumahtangga. Isteri saya melahirkan anak lelaki enam bulan lalu. Saya ada dua soalan. Pertamanya, saya merancang untuk anak kedua selepas anak lelaki saya berusia dua tahun. Adakah umur saya dalam lingkungan selamat untuk mendapatkan zuriat ketika itu? Kebanyakan pekerjaan saya di pelantar minyak seluruh dunia. Adakah kemungkinan saya dihidapi radiasi? Saya membuat pemeriksaan berkala setiap tiga tahun. Soalan kedua ialah, saya inginkan anak perempuan. Apakah cara untuk dapatkan anak perempuan? NOKA KL Jawapan Laki mampu menghasilkan sperma sehingga ke liang lahad, namun sebaliknya untuk wanita. Mereka hanya mampu menghasilkan telur sebelum putus haid. Bagaimanapun, lelaki berumur menghasilkan banyak sperma yang tidak berbentuk normal dan risiko mendapat anak terencat adalah tinggi. Anda masih muda dan boleh menambah zuriat. Pekerjaan anda tidak akan memberi kesan negatif kepada kesuburan anda kerana kemungkinan anda terdedah kepada radiasi tidak timbul. Berhubung dengan keinginan mendapat anak perempuan secara merancang, hanya cara penyemaian sperma X dengan telur X dapat menghasilkan anak perempuan. Kaedah ini rumit dan hanya wujud di Jepun dan Korea. Kaedah ini tidak diterima Malaysia kerana melanggar etika perubatan. Kaedah lain seperti bersetubuh beberapa hari sebelum isteri menghasilkan telur dengan isteri mencuci faraj dengan cecair asid biologik seperti Latacyd didapati kurang berkesan. Kajian yang pernah dijalankan di Australia mengenai kaedah Shettles juga tidak berkesan untuk mendapat anak perempuan. Saya cadangkan anda supaya jangan sangat fikirkan semua itu, yang mustahak bayi yang lahir itu sihat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
124
BELUM NIKAH SUDAH MENCUBA Soalan SAYA berusia 23 tahun dan mempunyai kekasih. Saya pernah melakukan seks oral bersama kekasih. Saya ingin bertanya, adakah perbuatan itu menjejaskan kesihatan kerana saya percaya alat sulitnya mesti mengandungi bakteria. Soalan kedua, bagaimana cara memastikan sama ada kekasih saya masih dara atau tidak. Walaupun kami melakukan seks oral, saya masih dapat elak berzina kerana tidak mahu memperisterikan perempuan yang tidak suci. FAUZI Selayang Jawapan Wanita bukan boneka untuk lelaki mempergunakannya. Sebagai lelaki bertanggungjawab, anda sepatutnya memikul apa saja kesan apabila bersubahat dengan ‘kekasih’ untuk berseronok. Soal suci tidak timbul kerana ketika itu anda dan dia tidak suci lagi pada pandangan Islam. Seks oral tiada halangan dalam pandangan Islam, asalkan pasangan itu bernikah. Daripada segi perubatan, anggota sulit wanita hanya mengandungi sejenis kuman semula jadi yang tidak berbahaya berbanding dengan mulut yang mengandungi pelbagai kuman dan kulat. Kekasih anda berisiko mendapat jangkitan jika anda ada jangkitan pada mulut dan lidah. Sama juga jika dia ada jangkitan di sekitar anggota sulitnya, anda boleh terkena jangkitan jika seks oral dilakukan. Jika tiada jangkitan, tiada risiko. Mengenai soal ‘dara’, istilah itu digunakan untuk membezakan wanita yang pernah dan belum pernah bersetubuh. Ada juga wanita yang pernah bersetubuh masih ada selaput ‘dara’ atau cebisan tisu mengelilingi pembukaan faraj kekal kerana ia sangat elastik. Ada juga wanita yang bergelar dara tiada selaput dara secara semula jadi atau tiada lagi kerana aktiviti lasak.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
125
PEMBANTU SEKS Alat rangsangan seksual digunakan jika suami atau isteri tidak upaya ALAT pembantu seks bukan baru diguna oleh masyarakat. Ia wujud sejak zaman dulu lagi kerana sebati di dalam kehidupan manusia. Apabila menghadapi masalah kesihatan, kaedah tertentu perlu dilakukan sebagai penyelesaian. Saya pernah ke Muzium Seks di Berlin, Jerman; Copenhagen, Denmark; Amsterdam, Belanda dan Shanghai, China yang memaparkan beberapa peralatan pembantu seks zaman purba, termasuk daripada tamadun Islam, selain tamadun agama dan bangsa lain. Alat pembantu seks hanya perlu dalam keadaan tertentu, seperti memberi rangsangan seksual jika suami gagal atau tidak berupaya memuaskan pasangan. Mungkin apabila keadaan pulih atau semakin baik, pengunaan alat ini boleh dihentikan atau hanya digunakan dari semasa ke semasa untuk keseronokan bersama tetapi atas persetujuan bersama. Bagaimanapun, masalahnya ialah, kini alat pembantu seks disalahgunakan apabila dijual tanpa kawalan dan untuk kegunaan persendirian. Kadangkala ia digunakan begitu saja, walaupun tidak diperlukan. Malah, ia juga digunakan untuk mendera dan menyeksa pasangan. Bayangkan alat pembantu seks yang sepatutnya digunakan untuk membantu meningkatkan keintiman di antara pasangan menjadi alat pemisah hubungan. Individu yang menggunakan alat pembantu seks berisiko ketagih dengan rangsangan tersendiri yang dihasilkan alat itu sehingga tidak lagi memerlukan pasangan untuk berintiman. Bayangkan lelaki atau perempuan menggunakan alat pembantu seks secara persendirian. Mereka akan terikat dengan amalan yang menyeronokkan itu dan secara langsung akan ketagih dengannya. Selepas berkahwin, mereka akan mendapati lebih seronok dengan alat berkenaan dan mula kurang mesra dengan pasangan. Jika rahsia mereka menggunakan alat itu terbongkar, pasti akan mewujudkan rasa tertekan kepada pasangan dan ini akan menghambarkan hubungan keintiman dan boleh berlaku perpisahan. Pada masa sama, apabila menggunakan alat itu bersama dan pasangan terpaksa bersetuju kerana hendak membantu, lama-kelamaan dia akan berasa tertekan apabila mendapati alat berkenaan menjadi penggantinya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
126
Jadi alat pembantu seks ini bukan untuk semua dan tidak boleh digunakan sewenang-wenang sebagai alat rutin seks kerana kesan jangka panjang yang tidak sihat. Pasangan digalakkan mendapat nasihat dan bimbingan pakar atau kaunselor jika mengalami masalah seksual dan jangan mudah terpengaruh untuk membeli alat pembantu seks tanpa bimbingan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
127
REMAJA GELISAH TIADA MISAI, JANGGUT LANGSUNG Soalan SAYA menghadapi masalah kurang misai dan janggut berbanding rakan berusia 16 tahun yang lain. Dulu muka saya banyak jerawat, tetapi sekarang berkurangan. Adakah ini mendatangkan kesan atau adakah apa-apa gel atau ubat yang boleh membantu saya untuk mempunyai misai dan janggut? REMAJA BOTAK Kuala Lumpur Jawapan Selain kemunculan bulu roma di bibir, muka, dada dan anggota sulit, lelaki mengalami perubahan pada suara, yang mana ia lebih garau atau pecah dengan kemunculan halkum akibat perubahan akil baligh. Selain semua itu, anggota sulit membesar dan ereksi menjadi lebih kerap serta wujud kemunculan mimpi basah. Badan secara menyeluruh mengalami ketumbesaran. Perubahan akil baligh itu bermula seawal 10 tahun dan berterusan sehingga berusia 20 tahun. Kadangkala perubahan ini berlaku lewat. Sesetengah perubahan akil baligh dikawal baka seperti ketinggian, kemunculan misai dan janggut yang lebat, ketumbesaran buah zakar dan zakar. Adakalanya masalah boleh berlaku apabila sesetengah anggota tubuh badan tidak menunjukkan tindak balas hormon. Misalnya, bulu roma tidak muncul akibat tiada tindak balas hormon testosterone kepada kulit. Jika ini berlaku, memang tiada rawatan, sama juga dengan kesan baka. Jadi jangan bimbang. Jangan samakan diri anda dengan orang lain kerana anda akan ada keistimewaan tersendiri. Mungkin kemunculan bulu roma itu lewat atau memang anda tiada baka misai atau janggut.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
128
AIR MANI CAMPUR DARAH Soalan SAYA berusia 27 tahun dan masih bujang. Saya melakukan onani seminggu sekali dan didapati kandungan air mani saya bercampur darah dan tidak berwarna keputihan seperti normal. Selepas membuat pemeriksaan di hospital, doktor mendapati kandungan air mani (sperma) saya normal. Hasil ujian imbasan di kelenjar prostat saya, didapati ada ketumbuhan. Doktor memaklumkan itu ketulan tanda lahir sejak kecil. Doktor memberi ubat antibiotik, tetapi apabila saya melakukan onani sekali lagi (selang dua minggu), air mani saya masih bercampur darah (warna keperang-perangan). Bagaimanakah cara untuk menghilangkan darah di dalam air mani dan adakah ia berbahaya? Bolehkah saya mempunyai anak setelah berkahwin kerana sperma saya didapati normal? AHMAD BASHIR Alor Star Jawapan Darah dalam air mani dikenali sebagai ‘hematospermia’. Jika darah yang keluar itu ‘darah hidup’, kemungkinan pendarahan berlaku di dalam salur kencing ketika ejakulasi berlaku. Ini mungkin petanda salur kencing terluka ketika pancutan kuat yang menyebabkan mukosa salur kencing tersiat. Sudah tentu bahagian salur ini terasa sakit dan ketika kencing juga terasa sakit. Jika darah dalam air mani berketul-ketul dan berwarna coklat, kemungkinan ada jangkitan pundi prostat yang menyebabkan salur darah kecil radang dan terputus ketika prostat mencengkam dalam prose klimaks. Selagi darah itu ada, air mani kelihatan bercampuran darah dan apabila keradangan itu tiada lagi, air mani yang keluar kelihatan lebih cerah. Selagi jangkitan itu ada, kemungkinan air mani kelihatan begitu. Ada juga batu karang yang kebetulan ada dalam salur pundi prostat dan boleh mengakibatkan salur pundi prostat terguris atau luka ketika cengkaman pundi prostat berlaku ketika klimaks. Selagi batu itu ada, selagi itu akan kelihatan campuran darah dalam air mani. Darah dalam air mani tidak mengancam kesuburan sperma dan lelaki itu masih mampu menghamilkan pasangannya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
129
Masalah darah dalam air mani boleh berulang dari semasa ke semasa jika masalah awal tadi (keradangan pundi prostat atau batu karang) muncul kembali.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
130
KESAN DEMAM Pesakit menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang SAYA pernah disoal, adakah demam kuat boleh menyebabkan masalah tenaga batin kepada lelaki? Secara saintifik, jarang masalah lemah tenaga batin berlaku akibat demam, tetapi kemungkinan ia berlaku secara kebetulan tetap ada. Bayangkan keadaan seseorang yang demam. Mereka menjadi letih, lesu dan sudah pasti tidak mudah terangsang. Jadi hubungan kelamin tidak dapat dilakukan untuk beberapa lama dan selepas baik pula, perasaan lemah dan kurang tenaga masih wujud. Tidak hairanlah jika seseorang lelaki itu mendapati dia tidak lagi ‘bertenaga’ selepas diserang demam kuat dan perjalanan darah dalam otot zakar juga kurang lancar. Jika terangsang, ereksinya tidak mantap dan mudah mengalah. Malah, sesetengah lelaki mendapati sukar melakukan gerakan daripada satu posisi ke satu posisi lain ketika bersetubuh, mengakibatkan ereksi mengalah atau gagal. Masalah menjadi lebih rumit jika tiada keyakinan dan kekuatan semangat, sekali gus akan memberatkan lagi pencapaian ereksi. Berdasarkan pengalaman saya, lelaki yang menghadapi masalah ereksi akan cepat panik. Mereka akan cuba mengatasinya dalam tempoh secepat mungkin, termasuk tindakan yang membahayakan kesihatan seperti mengambil ubat tanpa berjumpa doktor atau mendapat rawatan tradisional seperti mengurut. Sebenarnya kemantapan ereksi tertakluk kepada kemasukan darah yang mencukupi ke dalam otot zakar. Di samping itu, darah perlu kekal di dalam otot dan ini dipastikan oleh otot lantai pelvis atau otot kemutan yang sentiasa mantap dan dalam separa cengkam. Selain itu, apabila ereksi berlaku, biasanya darah dalam salur vena zakar akan terperangkap. Apabila ia tidak berlaku, darah tidak kekal dalam otot dan ereksi kendur apabila darah terkeluar. Kajian mendapati kemampuan ereksi tertakluk kepada tahap kesihatan yang mantap dan amalan gaya hidup sihat. Usia juga mempengaruhi kemampuan ereksi, selain kedudukan salur darah dan metabolisma lemak. Kedua-dua ini pasti terganggu apabila seseorang lelaki melepasi usia 40 tahun. Penyakit yang ada kaitan dengan penuaan seperti kencing manis, penyakit koronari dan tekanan darah tinggi juga mempengaruhi fungsi syahwat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
131
Rawatan dengan ubat tertentu untuk penyakit darah tinggi dan kencing manis juga memberi kesan negatif secara tidak langsung kepada ereksi. Jika lelaki itu mengalami kelemahan otot kemut, senaman kemutan perlu dilakukan. Ini boleh dilakukan dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam otot lubang najis dan lubang kencing serentak dan dilakukan sebanyak 50 kali sehari. Ketika mencengkamkan otot kemut, tahan nafas antara lima hingga 10 saat. Ini akan melangsingkan otot itu. Saya syorkan kepada mereka yang mengalami masalah lemah tenaga batin, mati pucuk atau lemah syahwat atau disfungsi erektil, berjumpa doktor dan bukan tukang urut. Jangan membazir duit. Bayangkan membayar beratus ringgit hanya untuk zakar dijentik dan didera. Tidak masuk akal!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
132
UJIAN SARINGAN PENYAKIT KELAMIN ISTERI POSITIF Soalan SAYA berkahwin tiga tahun lalu dan dikurniakan dua anak. Setiap kali isteri mengandung, dia didapati positif Venereal Desease Research Laboratory (VDRL) tetapi Treponema Pallidum Antigen Test (THPA)nya negatif. Saya juga tiga kali menjalani ujian darah, tetapi semuanya negatif. KHAIRUL Sabah Jawapan VDRL ialah ujian saringan am untuk mengesan jika seseorang individu itu pernah terdedah dengan jangkitan penyakit kelamin. Jika ujian itu positif, ujian susulan THPA yang lebih khusus untuk mengesan kuman sifilis akan dilakukan dan jika ujian itu negatif, individu tadi tidak mengalami jangkitan sifilis. Memang ada banyak sebab ujian VDRL itu boleh menjadi positif, walaupun indvidu itu sihat atau tidak terdedah kepada kuman sifilis. Jika ini berlaku, hasil kajian itu dikenali sebagai ‘False Positive’. Ada beberapa penyakit dan jangkitan yang juga memberi ujian VDRL positif seperti penyakit SLE, rheumatoid arthritis, mononucleosis, malaria, HIV, mycoplasma pneumonia, leprosy dan penyakit Lyme. Jadi anda tidak perlu risau. Anda perlu memaklumkan doktor yang belum periksa isteri anda mengenai perkara itu, iaitu VDRLnya positif tapi ujian khas THPA negatif. Sehubungan itu, isteri anda tidak perlu mendapat rawatan yang tidak diperlukan lagi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
133
ISTERI TAK LARAT HENDAK LAYAN Soalan TAHUN ini tahun kedua saya berkahwin. Saya mencintai isteri saya, tetapi saya mempunyai masalah nafsu yang sangat kuat. Saya mudah terangsang apabila di rumah bersama isteri kerana kami hanya berdua dan belum mempunyai anak. Ini kerana saya masih ingin ‘berbulan madu’. Oleh itu ketika melakukan hubungan seks, saya memakai kondom dan mengeluarkan air mani di luar faraj. Namun, setiap kali selepas klimaks, saya masih belum puas dengan isteri saya. Kadangkala apabila saya lebih cepat klimaks daripada isteri, saya masih mampu untuk puaskan dia sehingga dia klimaks. Masalahnya sekarang apabila isteri saya sudah klimaks dia seolah-olah terlalu penat sehingga tertidur, tapi saya masih tidak puas lagi, walaupun sudah keluarkan air mani. Kadangkala dalam satu malam saya melakukan hubungan dengan isteri sebanyak dua hingga tiga kali, tetapi isteri saya mengadu dia tidak mampu mengikut kepuasan saya kerana letih. Pada waktu isteri saya datang haid, saya jadi tertekan dan melakukan onani untuk puaskan nafsu. Saya ingin bertanya bagaimana untuk mangawal nafsu saya yang kuat hinggakan ada masa hubungan kami hambar kerana isteri saya tidak tahan dengan kehendak saya. BINGUNG Raub Jawapan Syahwat, nafsu dan naluri seksual adalah anugerah Tuhan kepada semua makhluk-Nya. Binatang ada waktu tertentu untuk bersenggama yang dikenali sebagai putaran estrus. Manusia bebas dan boleh bersetubuh pada bila-bila masa. Manusia juga dianugerah Tuhan ‘akal’, boleh berfikir dan berhati perut. Kesedaran ini yang membuat manusia dapat mengawal perasaan dan syahwat. Berkaitan hubungan seksual, ia memerlukan tenaga dan kesihatan sempurna. Jika hubungan seksual kerap dilakukan, maka mengalami keletihan, sukar hendak diulanginya dan jika dipaksa menjejaskan hubungan silaturahim.
nafsu tahap akan akan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
134
Jika anda sayangkan isteri, pastikan dia sihat dan dapat rehat yang cukup. Jika dia tidak dapat meneruskan hubungan seksual, anda boleh merangsang anggota sulit anda dengan izinnya. Semua ini boleh anda lakukan demi kesejahteraan keluarga anda. Lamakelamaan anda akan dapat mengimbangkan perasaan syahwat anda mengikut kemampuan isteri. Banyak lagi perkara yang anda dan isteri boleh lakukan selain seks seperti bersiar-siar, berekreasi dan melancong. Mungkin keadaan menjadi lebih seronok dan hubungan seks menjadi lebih bermakna daripada melakukannya dalam keadaan tertekan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
135
NASIHAT SALAH ADAKAH hanya kerana isteri hamil, anda terpaksa ‘berpuasa’ daripada melakukan hubungan seksual selama sembilan bulan? Masalah menjadi lebih rumit apabila isteri dalam pantang pula selepas itu, menyebabkan ‘puasa’ anda harus diteruskan. Ini bukan jenaka kerana memang ada pasangan berhenti mengadakan hubungan seksual selepas pasangan wanitanya disahkan hamil dengan alasan bimbang sesuatu yang buruk berlaku ke atas kandungan. Perkara itu sering berlaku pada pasangan yang berdepan pengalaman pertama kehamilan akibat mendengar terlalu banyak nasihat daripada ‘doktor tanpa ijazah’ yang gemar memberi nasihat di luar konteks saintifik. Hakikatnya, secara saintifik tiada sebab kenapa hubungan seksual tidak boleh dilakukan jika kehamilan wanita itu berjalan lancar, kecuali berlaku insiden tertentu dan anda dinasihatkan doktor supaya berhenti kerana mungkin membahayakan kandungan. Tidak dinafikan, ada situasi tertentu seperti apabila wanita mendapati pengeluaran darah atau tanda darah dari farajnya atau wanita itu mengalami kekejangan atau ‘cramps’ selepas selesai bersetubuh. Jika kedua-dua masalah itu berlaku, anda dan pasangan perlu mendapat rujukan doktor kerana jika dibiarkan berkemungkinan mendatangkan bahaya ke atas kandungan, termasuk keguguran janin. Bagaimanapun, jika pemeriksaan rutin yang ditetapkan doktor menunjukkan tiada masalah pada kandungan selain tiada kejanggalan atau masalah apabila melakukan hubungan seksual, aktiviti itu tidak perlu dihentikan. Sehubungan itu, tiada alasan untuk anda bimbang aktiviti seksual akan mendatangkan bahaya ke atas kandungan isteri. Namun perlu diingatkan juga, mengadakan hubungan seksual ketika kehamilan akan mendatangkan sedikit ketidakselesaan kepada pasangan lelaki atau wanita dan perbincangan perlu diadakan untuk memastikan apa yang dihajati tercapai. Yang penting ialah hubungan seks atau naluri syahwat adalah lumrah semula jadi bagi manusia. Justeru, dibimbangi fakta salah akan menimbulkan masalah lain, terutama kegersangan kepada pasangan lelaki atau wanita, sedangkan mereka tidak sepatutnya berdepan masalah itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
136
Namun, jika benar wujud masalah, pasangan berkenaan harus ingat kerana hubungan seks dalam rumah tangga bukan saja bertujuan untuk berseronok atau mendapatkan zuriat, tetapi lebih daripada itu. Ini kerana untuk faktor zuriat ada hadnya, daripada wanita mula baligh hinggalah putus haid. Selepas itu tiada soal zuriat, tetapi yang berpanjangan, berkekalan dan berterusan ialah keintiman seksual antara lelaki dan wanita itu, juga pengeratan silaturahim antara lelaki dan wanita. Kasih sayang dan cinta tulus ikhas di dalam rumah tangga lebih penting untuk keamanan hidup kita dunia dan akhirat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
137
KESAN TIDUR PAKAI SELUAR DALAM Soalan ADAKAH tidur dengan memakai seluar dalam memberi kesan negatif kepada saiz zakar? Hal ini kerana saiz zakar saya sangat kecil jika dibandingkan dengan rakan seusia dengan saya. JOE Selayang Jawapan Tidak ada sebab kenapa dengan memakai seluar dalam ketika tidur boleh menyebabkan zakar kecil. Lainlah jika buah zakar dan zakar ditambat dan dibungkus. Cara ini pun tidak akan mengecilkan payu dara. Ketumbesaran anggota sulit itu mengikut baka. Jadi saiz zakar anda datang daripada baka ayah anda kerana jarang zakar kecil secara spontan. Kadangkala zakar kelihatan kecil ketika tegang kerana ketika berkhatan kulit penghujung zakar terpotong lebih daripada sepatutnya, oleh itu otot zakar tidak dapat ‘keluar’ akibat kulit zakar terlalu pendek. Lelaki yang mengalami masalah ini akan mempunyai zakar yang padat ketika ereksi dan pangkal zakar yang keras dan kadangkala menyakitkan. Banyak lelaki tidak tahu hal ini dan ada juga yang berumur menjalani berkhatan beberapa kali kerana kononnya kulit zakar mereka gelebeh. Ini berlaku kerana kulit hilang elastiknya. Jadi jika dipotong kulit yang gelebeh itu akan menyebabkan zakar menjadi pendek. Saya pernah tengok kes macam ini di Terengganu dan Kelantan. Lelaki yang berumur di sana suka sangat berkhatan beberapa kali kononnya untuk mencuci dan menghilangkan angin, tetapi selepas itu merana kerana pangkal zakar sakit dan zakar pendek pula.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
138
JEJAKA KERAP MIMPI BASAH Soalan SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah kerap mimpi basah, walaupun kadangkala tidak mengalami mimpi berkaitan seks. Ia berlaku apabila saya letih disebabkan tidak cukup tidur pada waktu malam. Akhir-akhir ini saya memang selalu tidak tidur malam. Saya sebelum ini kerap melakukan onani, tetapi kini berjaya mengawalnya. Apa nasihat doktor mengenai masalah saya? Apa pendapat doktor mengenai penggunaan minyak lintah? Adakah ia boleh membantu? ZAIN Alor Star Jawapan MIMPI basah fenomena semula jadi untuk lelaki dan wanita. Lelaki kerap mengalaminya kerana anggota sulit lelaki lebih terdedah dan sentuhan ke bahagian itu akan mencetuskan ejakulasi, walaupun dalam tidur. Lelaki yang kerap onani biasanya jarang mengalami mimpi basah. Ada juga situasi yang mana mimpi basah kerap berlaku dan mengakibatkan lelaki itu letih dan lesu. Ini kerana keadaan ketidakstabilan sistem saraf. Apabila fungsi sistem itu pulih, keadaan menjadi baik. Biasanya mimpi basah ialah pengalaman badan ketika tidur dan bukan masalah kesihatan. Lintah ialah parasit yang kehidupannya bergantung kepada darah sebagai pemakanan. Lintah digunakan untuk perubatan daripada spesies Eropah untuk melegakan kebengkakan serta melancarkan pengedaran darah. Banyak lintah digunakan untuk melegakan kebengkakan kecil. Lintah perubatan ini mengeluarkan air liur mengandungi Peptide Hirudin yang mencairkan darah, jadi mudah untuk darah memasukinya. Selain itu, lintah perubatan mengandungi kimia yang melegakan pembuluh darah dan juga sejenis kimia pengebas. Lintah jenis lain tidak mempunyai kimia itu. Jadi daripada segi perubatan, lintah perubatan dari Eropah yang dikenali sebagai lintah ‘medicinalis’ yang didapati menghasilkan Peptide Hirudin. Kini, Hirudin diproses secara sintetik di makmal dan tidak lagi diekstrak daripada lintah. Minyak lintah di pasaran tempatan mungkin tidak mengandungi peptide. Lagipun peptide hanya mencairkan darah. Menggunakan minyak lintah untuk membesarkan zakar memang perbuatan sia-sia.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
139
Saya cadangkan anda baca dulu sebelum mencuba ramuan bukan-bukan yang dipasarkan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
140
ADAB BERJIMAK NALURI, nafsu dan syahwat dianugerah Tuhan kepada manusia supaya mereka dapat berpasangan dan membiak melalui hubungan seksual. Perbezaan manusia dengan haiwan daripada segi hubungan seksual ialah manusia boleh melakukannya pada bila-bila masa, tetapi haiwan hanya mengikut waktu khusus atau waktu ‘estrus’. Mereka yang baru baligh juga mahu mencuba tanpa menyedari tanggungjawab dan risiko jika hubungan seks disalah laku. Di sebalik itu, ada pasangan yang sudah berumahtangga tidak dapat melakukan hubungan seksual kerana belum bersedia atau takut gagal atau sakit, dengan ada juga pasangan tidak tahu cara memulakannya. Perkara ini agak janggal kerana kini wujud pelbagai maklumat dan panduan, baik dalam bentuk buku atau tayangan video, untuk mulakan hubungan kelamin, selain di internet lengkap dengan gambar sekali. Justeru, tiada sebab kenapa pasangan tidak dapat melakukannya. Buku panduan mengenai persetubuhan sudah lama wujud. Buku seperti ‘Kama Sutra’ oleh pendita India, Vatsayana dan buku bertajuk ‘Kebun Harum’ atau ‘Perfume Garden’ oleh ahli falsafah Ialam, Sheikh Nefzawi, dan yang terbaru ‘The Joy of Sex’ oleh Alex Comfort mampu memberi pembaca panduan mengenai cara dan gaya bersetubuh, termasuk cara memulakannya. Panduan jimak dalam Islam juga diketengahkan oleh Imam Al-Suyuti dan AlNawawi. Malah, Rasulullah SAW menjelaskan, jimak itu ibadah dan ada tertibnya, termasuk kebersihan badan dan adab bersetubuh. Hubungan seksual ini hanya untuk pasangan berkahwin dan hukumnya haram bagi yang tidak. Tiada batasan untuk pasangan suami isteri melakukan hubungan kelamin, kecuali ketika isteri haid dan melakukannya melalui dubur. Suami perlu melakukan belaian dan sentuhan supaya isteri bersedia menerima kemasukan zakar ke dalam faraj dan jika suami tidak melakukan itu dan masuk tanpa isteri bersedia, si suami dilaknati Tuhan. Jadi hubungan seksual dalam pandangan Islam adalah satu ibadah dan tanggungjawab yang perlu dimanfaatkan oleh pasangan, sekali gus mustahak untuk mereka berusaha menjayakannya. Mungkin tips untuk memulakan hubungan keintiman seksual bermula dengan pasangan dalam keadaan selesa dan mesra. Mereka boleh mulakan dengan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
141
sentuhan dan belaian sambil melakukan kucupan dan sentuhan erotik ke bahagian tubuh yang merangsangkan. Dalam keadaan terangsang, tentu suami mencapai ereksi dan isteri mengalami kelembapan anggota sulit. Dalam keadaan bersedia, lebih mudah untuk suami dan isteri memainkan fungsi masing-masing dengan lebih lancar. Jika isteri cemas atau ‘seriau’ (bimbang), dia tidak dapat mengawal faraj dan sukar untuk suami mendekatinya kerana faraj dalam keadaan kemut. Keadaan ini dikenali sebagai ‘vaginismus’. Hubungan keintiman dalam perkahwinan dapat mengeratkan silaturahim antara pasangan jika hubungan itu selesa, mesra dan menyeronokan. Suami perlu melakukan sentuhan intim yang dapat menimbulkan keseronokan isteri. Apabila isteri dalam keadaan terangsang, pastikan ereksi disalurkan apabila isteri bersedia dan bukan sebelum itu. Isteri perlu memberi isyarat yang dia bersedia untuk hubungan seksual penetrasi dan suami pastikan gerakan dilakukan secara terkawal. Jika suami terpancut awal, pastikan dia dapat mengulangi hubungan seksual itu kemudian kerana kemungkinan ejakulasi cepat berlaku kali kedua jarang berlaku. Isteri jangan rasa tertekan jika suami masih gagal mengawal daya saraf untuk mengekalkan daripada ejakulasi cepat. Mungkin apabila sensitiviti anggota kemaluannya dapat dikurangkan, lama-kelamaan suami dapat memanjangkan sentuhan intim itu dan dapatlah isteri menikmati kepuasan. Suami perlu merujuk kepada doktor jika dia masih tidak dapat mengawal daya ejakulasi dan kekal dengan keadaan cepat klimaks. Pasangan wanita perlu faham suami yang masih baru dalam hal hubungan seksual perlu masa untuk mengawal diri dan perasaan syahwat untuk mengatasi keadaan cepat klimaks itu. Kadangkala suami tidak tahu dia cepat klimaks jika perkara itu tidak dijelaskan kepadanya. Dalam kajian yang pernah dijalankan pakar seksual, kebanyakan lelaki klimaks selepas dua minit jika dikira dari waktu geselan kemaluan dilakukan sehingga kemuncak. Ada juga keadaan yang mana isteri dapat mencapai klimaks dengan cepat dan kerap serta mudah terasa letih sebelum suami selesai klimaks.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
142
Jadi soal klimaks cepat boleh berlaku dua hala! Jika suami cepat klimaks, suami perlu diberitahu dan diajak berjumpa doktor untuk pemantapan fungsi syahwat. Rawatan moden sedia ada dapat menangani masalah dengan baik. Perlu diingatkan, pasangan tidak digalakkan berjumpa dukun atau tukang urut yang boleh memanjangkan masalah itu dengan rekaan dan cerita karut mereka.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
143
ISTERI HAMBAR KETIKA MENGANDUNG Soalan ISTERI saya mengandung anak pertama dan kini usia kandungannya mencecah lima bulan. Kemusykilan saya ialah, prestasi dia ketika bersama kini menurun kerana sejak kebelakangan ini dia seolah-olah tidak puas dan lambat mencapai klimaks setiap kali kami bersama. Kalau sebelum mengandung dan ketika kandungan baru berusia dua atau tiga bulan dia sangat puas setiap kali selepas kami bersama, tetapi kini tidak. ZUL Kajang Jawapan Minat untuk ‘berintiman’ bagi wanita hamil sukar dibicarakan. Satu ketika, dia rasa senang untuk bersetubuh dan satu ketika lagi dia tidak minat langsung atau jika dilakukan, itu semata mata untuk menyenangkan hati suami. Suami akan tahu perkara itu kerana isteri jelas kelihatan tidak seronok atau lambat puas. Wanita yang letih dan lesu sukar mencapai klimaks. Malah, dia mungkin tidak minat mengadakan hubungan seks jika tidak diminta suaminya. Wanita yang berfikiran rungsing juga sukar menumpukan perhatian kepada keseronokan dalam hubungan seksual. Jadi tanpa tumpuan, sukar untuk mencapai klimaks. Wanita yang mula mengalami perubahan kepada payu dara yang berkembang dan memproses susu akan sukar terangsang kerana ketika itu hormon ‘prolactinnya’ meningkat dan ini secara langsung merendahkan perasaan syahwat. Bagaimanapun, wanita hamil perlu sokongan emosi selain moral dan fizikal. Mereka seronok dengan tumpuan yang diberikan suami kepadanya. Dia perlukan kasih sayang suami, daripada segi kata-kata indah dan menceriakannya. Apabila dia ceria dan seronok, tentu mindanya terbuka untuk meneruskan keseronokan kepada hubungan intim dan hubungan penetratif. Pastikan isteri anda tidak keletihan. Bantunya dalam urusan rumah tangga dan mungkin jika dia rasa senang dia akan hadiahkan anda mengikut kesukaan anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
144
BERKHATAN BAIK Tujuan penjagaan kebersihan anggota kemaluan lelaki MUSIM cuti panjang persekolahan bermula lagi. Kebiasaannya, setiap kali cuti semester hujung tahun, ibu bapa mengambil peluang untuk mengkhatan anak lelaki yang mencapai usia tertentu. Berkhatan membabitkan pemotongan penghujung kulit kulup zakar atau kulit yang menutup penghujung zakar. Prosedur ini biasa dilakukan kepada kanak-kanak lelaki sebelum baligh, seolaholah menggambarkan persediaan atau keraian sebelum baligh. Prosedur ini diamalkan untuk tujuan penjagaan kebersihan anggota kemaluan lelaki. Ini kerana penyakit barah zakar jarang kelihatan kepada lelaki yang berkhatan dan masalah salur reproduktif pasangan perempuan seperti jangkitan dan kanser pangkal rahim jarang berlaku apabila pasangan lelaki berkhatan. Berdasarkan sejarah, amalan berkhatan kuno dianggap sebagai amalan ritual atau bercorak keagamaan. Ia bermula di Mesir dan sebahagian besar negara di benua Afrika dan juga diamalkan oleh bangsa Mayan, Aztec, Inca dan Polynesia. Mengikut kitab Injil (Bible), berkhatan ketika dilakukan oleh Nabi Ibrahim ra ialah satu ikatan perjanjian antara Tuhan dengan beliau yang membabitkan pemotongan sebahagian kulit daripada tubuh badan, yang mana kulit di bahagian kulup adalah paling sesuai. Amalan itu kekal sehingga kini. Berkhatan menjadi amalan yang dipanjangkan kepada wanita, yang mana sebahagian besar daripada penduduk Afrika, Mesir dan Pantai Timur mengamalkannya. Berkhatan untuk perempuan membabitkan pemotongan ‘klitoris’ atau bibir kecil dan keseluruhan bibir besar. Berbalik kepada berkhatan untuk lelaki, cara pemotongan kulit penghujung zakar mengikut kemudahan yang ada atau yang biasa dilakukan oleh Tok Mudim atau orang yang ditauliahkan untuk membuat prosedur itu. Kebiasaannya penghujung kulup zakar dipotong dan kulit yang terdedah dicelup dengan minyak untuk menghentikan pendarahan. Luka kulit akan reda dalam tempoh seminggu atau dua. Sebelum kulit kulup dipotong, kepala zakar akan dilucut keluar daripada penghujung kulup dan jika sukar akan dibantu dengan merendam dalam minyak.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
145
Lama-kelamaan bahagian kulit itu akan sembuh dan mudah untuk kepala zakar keluar masuk. Kini, ada pelbagai cara moden untuk prosedur berkhatan. Ia boleh dilakukan ketika kanak-kanak lelaki itu masih bayi. Ini kaedah yang dilakukan oleh lelaki Yahudi dan juga lelaki Amerika. Untuk orang Yahudi, berkhatan adalah amalan keagamaan dan sama juga dengan Kristian Koptik yang juga mengamalkan berkhatan manakala untuk lelaki Amerika, berkhatan dilakukan untuk tujuan kesihatan. Cara pemotongan moden membabitkan pengunaan alat penyepit atau klam, yang mana kulit penghujung zakar diklam dan dipotong. Klam itu ditanggalkan selepas seminggu atau akan tertanggal secara sendiri. Kadangkala berkhatan perlu dilakukan mengikut keadaan zakar dan kulit kulup dan perlu dipotong secara seimbang supaya tidak menimbulkan masalah di kemudian hari. Jarang wujud keadaan yang mana kecederaan berlaku akibat prosedur berkhatan secara moden. Berkhatan secara tradisi sudah ketinggalan zaman dan tidak harus dikekalkan kerana banyak masalah berlaku akibat prosedur itu seperti kecacatan kulit, parut tebal, infeksi dan kecacatan kepada zakar. Kebaikan yang didapati daripada berkhatan ialah kebersihan yang berkekalan dan penghindaran daripada jangkitan. Kajian pernah dijalankan terhadap lelaki yang berkhatan dan yang tidak melakukannya. Didapati mereka yang berkhatan kurang mengalami jangkitan penyakit kelamin, termasuk penyakit HIV/Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids). Dalam tinjauan yang dijalankan di Amerika pada awal 1980 membabitkan wanita yang mempunyai banyak teman lelaki yang berkhatan dan tidak, 90 peratus menyatakan mereka memilih pasangan lelaki yang berkhatan. Mengikut pandangan Persatuan Urologi Amerika, jika seseorang lelaki tidak berkhatan, dia terpaksa mengambil langkah menjaga kebersihan alat seksual itu pada tahap optimum bagi memastikan tidak ada jangkitan kuman. Mengikut kajian Perbadanan Kesihatan Sedunia mengenai kebaikan berkhatan pula, ia dapat menghindarkan kemungkinan jangkitan penyakit kelamin dan termasuk HIV/Aids dan prosedur ini digalakkan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
146
SELUAR DALAM KETAT TEKAN ANGGOTA SULIT Soalan SAYA ingin mengetahui cara untuk mengekalkan dan menjaga keseimbangan alat sulit kita dan cara untuk mengekalkan peredaran darah pada alat sulit kita, selain daripada pemakanan? DIN Sungai Petani Jawapan Seperti anggota tubuh badan yang sentiasa mendapat perhatian dan penjagaan, anggota sulit lelaki juga perlu diberikan perhatian dan penjagaan sepatutnya memandangkan ia satu organ yang paling mustahak kepada lelaki. Biasa untuk zakar mengeras tanpa apa-apa sebab, walaupun kebiasaannya ereksi berlaku apabila lelaki itu terangsang. Memakai seluar dalam yang padat dan ketat mungkin tidak sesuai dan adakalanya menekan anggota sulit itu ketika ia mengeras, terutama jika pakaian ketat dipakai waktu tidur. Anggota sulit juga perlu mendapat perlindungan jika lelaki itu melakukan aktiviti lasak yang memungkinkan ia tercedera. Daripada aspek penjagaan secara peribadi, bulu roma anggota sulit boleh dibersihkan supaya tidak berselerak yang boleh menggalakkan kehadiran parasit seperti kutu pubik atau kutu kudis buta. Bulu roma tidak digalakkan dicukur kerana boleh mengakibatkan kulit terdedah kepada kekeringan dan keradangan. Bulu roma memerangkap kelembapan. Jika hendak mencuci anggota sulit, digalak mengunakan sabun pelembap daripada memakai sabun kosmetik yang mengeringkan kulit. Jika kulit kering, sudah tentu akan terasa gatal dan jika digaru akan mengakibatkan keradangan kulit yang lambat laun mengakibatkan kulit kelihatan bertompok-tompok dan pudar. Sapukan krim pelembap kepada anggota sulit setiap kali selesai mengeringkan kulit anggota sulit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
147
Untuk tujuan penjagaan anggota sulit ke tahap yang cemerlang, digalakkan lelaki mengunakan krim pelembap peribadi VirileTM yang ada dijual di farmasi dan kedai kosmetik. Krim ini sudah diuji dan didapati memberi kesegaran kepada anggota sulit lelaki. Ia secara langsung meningkatkan keyakinan diri. Sudah tentu lelaki yang yakin kepada anggota sulitnya akan turut yakin kepada kemampuan batinnya. Krim ini hanya perlu digunakan sedikit dan disapu keseluruhan anggota sulit untuk setengah minit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
148
CECAIR PUTIH KELUAR KETIKA BUANG AIR BESAR Soalan SAYA pemuda berusia 22 tahun dan mempunyai masalah iaitu cecair keputihan seakan-akan air mani keluar ketika membuang air besar. Hal ini berterusan selama empat tahun. Cecair ini tidak selalu keluar, tetapi hanya kadangkala ketika saya membuang air besar. Adakah cecair ini air mani atau sebaliknya? Apakah perkara ini normal? Diharapkan doktor dapat membantu. INGIN TAHU Kuala Lumpur Jawapan Lelaki dewasa mempunyai beberapa pundi dan pepundi dalam salur kencing atau yang berhubung dengan salur kencing, yang mana jika cecair daripada pundi dan pepundi itu terkeluar, ia akan keluar melalui salur kencing. Cecair itu bukan air kencing dan bukan air mani. Ia cecair air mazi. Pepundi yang ada dalam mukosa salur kencing menghasilkan cecair jernih ketika lelaki itu terangsang. Jika pengeluarannya banyak, masalah yang dialami lelaki itu ialah resdung zakar. Cecair daripada pundi Cowpers terkeluar apabila lelaki mengemut selepas selesai buang air kecil atau ketika membuang air besar. Pundi Cowper ada dalam ruang otot kemut. Apabila otot kemut dicengkam dan jika pundi itu kembang, sudah tentu cecair jernih akan keluar dari salur kencing. Ini juga air mazi. Kadangkala ketika meneran ketika membuang air besar dan jika lelaki itu mengalami masalah najis keras atau sembelit, kemungkinan ketika najis itu diteran keluar, pundi seminal dan sebahagian pundi prostat juga akan tertekan oleh perjalanan najis yang keras itu. Ketika itu cecair berwarna kelabu atau putih kelabu akan terkeluar dari lubang kencing. Cecair ini juga air mazi. Jadi jika ditinjau, banyak cecair keluar daripada salur kencing selain air kencing. Air mani dan air mazi bukan najis. Air mani hanya keluar akibat kemuncak rangsangan seksual.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
149
KESAN UBAT KUAT Elak beli ‘ubat kuat’ tanpa rujukan pakar perubatan PDE5 Inhibitor ialah kumpulan ubat oral yang membantu lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil (mati pucuk) untuk mencapai ereksi. Ia menghalang enzim Phospho Diaterase Type 5 memusnahkan kimia biologik dikenali Cyclic GMP. Cyclic GMP terhasil dalam otot zakar akibat tindak balas Oxida Nitrik (NO) yang dihasilkan oleh urat saraf yang mengawal zakar ketika lelaki itu terangsang. Pada masa ini, ubat dalam kumpulan PDE5 Inhibitor ialah satu-satunya bahan kimia yang berpotensi untuk lelaki yang mengalami masalah disfungsi erektil. Bagaimanapun, ubat ini mampu memberi kesan sampingan yang boleh memudaratkan jika lelaki yang mengamalkannya menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang sukar dikawal, penyakit jantung yang memerlukan makan ubat mengandungi ‘nitrate’ dan kencing manis kronik. Sehubungan itu, penting untuk mana-mana lelaki yang menghidap masalah pencapaian ereksi kronik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kerana hanya seorang doktor bertauliah dapat memberi rawatan sesuai untuknya. Ubat dalam senarai PDE5 Inhibitoradalah Sildenafil (Viagra), Tadalafil (Cialis) dan Vardenafil (Levitra) yang mana ubat Sildenafil diperkenalkan lebih awal, sekali gus pengalaman perubatan dengan ubat ini lebih meluas. Semua ubat yang dijelaskan itu mempunyai kesan sampingan sama. Sebahagian kesan sampingan yang dianggap menyusahkan pengamal ubat berkenaan ialah pening kepala (berat kepala), muka kemerahan dan dahi dan telinga rasa kebas. Selain itu, pengamal ubat ini akan berasa hidung tersumbat, pernafasan terganggu, jantung berdebar, mata berpusing, sakit otot terutama belakang, gastrik, ruam (rashes), radang pundi kencing, ereksi yang masih kekal selepas bersetubuh (priapisme) dan pengeluaran air mazi yang banyak daripada zakar akibat pepundi dalam salur kencing terangsang. Pada masa sama, segelintir pengguna pil mengadu mengenai kesan sampingan ringan yang dialami. Jadi, cuba anda bayangkan jika ubat ini digunakan tanpa nasihat dan pemeriksaan doktor? Sehubungan itu, saya nasihatkan janganlah terlalu teruja untuk membeli ‘ubat kuat’ tanpa mendapat rujukan pakar perubatan yang sah. Perlu diingatkan, kini
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
150
banyak ubat tiruan dan juga ubat herba palsu mengandungi ‘Viagra’ dijual di pasaran gelap. Ada juga ubat PDE5 Inhibitor yang diimport dari India dan Cina secara gelap yang mengandungi tahap ubat yang tinggi seperti 500 miligram (mg) yang sangat berbahaya kerana dos tertinggi yang boleh diambil untuk Viagra ialah 100mg. Jangan bergadai nyawa hanya kerana malu hendak berjumpa doktor dan mengambil jalan mudah dengan membeli ubat daripada pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan. Sekali lagi saya ingin tegaskan, masalah difungsi erektil adalah satu penyakit yang perlu mendapat pemeriksaan dan rawatan menyeluruh dan bukan sekadar mencuba pelbagai jenis ubat tanpa kita ketahui latar-belakang pengeluarnya. Nasihat saya, biarlah kita mengeluarkan ‘sedikit wang’ untuk berjumpa doktor atau pakar untuk rawatan masalah gangguan ereksi kerana hasilnya lebih selamat, bukan untuk jangka masa pendek saja seperti ubat tiruan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
151
BUKAN KANSER Soalan SAYA berusia 21 tahun. Masalah saya adalah sebelah buah dada saya besar sedikit berbanding yang lagi satu. Ini sangat memalukan dan ia juga menyebabkan saya mengalami kesukaran memilih pakaian kerana sesetengah pakaian akan menyerlahkan tempat yang menonjol itu. Selain itu, puting pada buah dada itu asyik ke dalam dan ia hanya keluar pada waktu sejuk. Keadaan ini menyebabkan saya berasa susah hati kerana bimbang ia menjadi kanser buah dada lelaki. Saya berharap doktor boleh menjelaskan semua soalan saya ini, semoga saya boleh mengambil langkah awal untuk mengelakkan ia menjadi lebih serius. AHMAD SHAH Arau, Perlis Jawapan Buah dada besar di kalangan lelaki dikenali sebagai ‘Gynecomastia’ atau seakan-akan buah dada wanita. Tidak dinafikan buah dada lelaki mengalami sedikit ketumbesaran ketika lelaki masuk ke peringkat awal baligh, yang mana ketika itu hormon dari pundi adrenal mengeluarkan hormon Mineralocorticoids DHEA yang boleh bertukar kepada hormon testosterone, progesterone dan estrogen. Hormon progesterone dan oestrogen ialah hormon kewanitaan. Hormon estrogen mengakibatkan ketumbesaran salur buah dada dan hormon progesterone yang menyebabkan ketumbesaran pundi susu. Bagaimanapun, ketumbesaran itu hanya untuk seketika dan kemudian ia akan terbantut. Kadangkala ketumbesaran itu hanya berlaku kepada satu buah dada, maka akan kelihatan ketidakseimbangan saperti anda alami. Ini bukan perubahan kanser. Gynecomastia boleh berlaku kepada lelaki yang mengalami kanser buah zakar. Kemungkinan berlaku kanser buah zakar untuk lelaki Asia ialah kurang satu kes dalam sejuta orang setahun. Ketumbesaran buah dada berlaku akibat tindakbalas hormon kewanitaan yang terhasil oleh buah zakar akibat kanser. Jadi lelaki yang mengalami perubahan kanser buah zakar dapati ketumbesaran buah dada berlaku selepas baligh dan pada usia lebih dewasa. Jadi ini
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
152
perbezaan antara Gynecomastia akibat baligh dan Gynecomastia akibat kanser buah zakar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
153
LELAKI ONANI TIDAK BERMAYA Soalan SAYA mula melakukan onani sejak di sekolah rendah. Seingat saya, daripada tidak mengeluarkan mani ketika klimaks kerana usia terlalu muda, tabiat buruk itu saya terus lakukan sehingga sekarang apabila berusia 25 tahun. Pada usia semuda ini, saya dapat rasakan zakar saya tidak segagah dulu kerana ia hanya tegang sekejap apabila terangsang. Ketegangannya juga tidak sepadat dulu, mudah lembik dan terus kecut selepas saja air mani keluar. Zakar saya juga tidak tegang selepas bangun tidur. Saya menyesal, tetapi nasi sudah menjadi bubur. Tenaga saya sekarang seolah-olah berusia 40-an. Adakah umur semuda ini saya menghidap ED? Disebabkan kerap onani, saya juga dapat rasakan testis saya semakin mengecut dan dada saya bertambah saiz — menepati simpton kekurangan hormon testosterone. Adakah saya kekurangan hormon berkenaan? MSY Port Dickson Jawapan Banyak sudah dibicarakan mengenai onani yang boleh dikatakan satu amalan dan kelaziman lelaki masa kini. Sudah tentu amalan menyeronokkan itu sukar dijauhi, walaupun ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan. Bayangkan mendera anggota sulit tanpa mengetahui anggota itu sensitif, lembut dan mudah tercedera. Urat saraf dan salur darah yang banyak di dalamnya boleh tercedera dan lambat-laun boleh mengganggu kestabilan fungsinya jika onani itu dilakukan bertubi-tubi. Selain kerosakan anggota sulit, perkara lain saperti keletihan, lemah semangat dan kelesuan boleh berlaku. Apabila ini berlaku, lelaki muda pun akan berasa macam sudah berumur. Jadi tidak hairan jika lelaki yang kerap beronani akan kelihatan ‘tidak bermaya’ seperti orang tua dan mengalami simptom ‘andropause’ saperti keletihan, lesu, ereksi pagi kurang kelihatan dan ereksi tidak mantap yang biasa berlaku kepada lelaki berusia lebih 50 tahun. Bukan kerana mereka kurang hormon testosterone, tetapi kerana keletihan akibat kerap onani.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
154
Saya cuma menasihatkan supaya anda tidak mensia-siakan diri anda. Mungkin ini sebabnya onani ditegah agama. Sebagai langkah permulaan, anda perlu kurangkan amalan itu dan membina kesejahteraan tenaga dan kebatinan anda. Makan makanan seimbang, lakukan senaman berkala dan hentikan amalan tidak baik seperti merokok. Untuk meyegarkan tenaga syahwat, anda boleh mengunakan krim VirileTM sebagai krim peribadi dengan menyapunya sedikit ke seluruh anggota sulit setiap kali selesai mandi. Belai anggota sulit dan sayanginya, bukan mendera. Apabila anda sedar mengenai perbuatan lama yang tidak memberi faedah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
155
PERLU PENDIDIKAN SEKS KATA orang, seks adalah hal orang dewasa. Kita ‘diharamkan’ bercakap mengenai seks dengan remaja kerana kononnya seolah-olah memberi mereka izin untuk mencuba. Bagi mereka, pendidikan seks tak perlu diterangkan, kecuali perkara penting seperti HIV dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau maklumat anggota reproduksi mereka. Hal-hal lain perlu ditunggu sehingga sampai waktu mereka mengetahuinya sendiri. Inilah pendirian kebanyakan orang dewasa apabila ditanya pendapat mereka mengenai pendidikan seks kepada remaja. Pemikiran ini mengakibatkan kejahilan remaja mengenai seks berlanjutan. Justeru, jangan terkejut apabila berita salah laku seks seperti pelajar perempuan menyorokkan anak yang baru dilahirkannya di dalam almari atau gadis remaja dirogol oleh kumpulan rakan lelaki ketika mereka dalam keadaan khayal atau kes sumbang mahram dilaporkan media massa. Naluri seks adalah perasaan semula jadi semua makhluk. Binatang ada waktu untuk mereka membiak, tetapi manusia tiada had. Manusia yang hanya ikut perasaan semula jadi tanpa pengetahuan mengenai elemen nafsu seks tidak akan teragak-agak melakukannya apabila dia mengalami tekanan syahwat dan tidak tahu cara melegakannya. Kajian di Sweden menunjukkan, remaja yang dapat pendidikan seks tahu cara menangani tekanan seks. Mungkin 10 atau 20 tahun lalu tidak ada saluran maklumat mengenai seks seperti sekarang apabila maklumat mengenai seks boleh didapati dengan hanya mengelik tetikus komputer sambil melayari laman seks. Seks diberi penonjolan melalui pelbagai maklumat, daripada saintifik hingga ke maklumat yang glamor, dan terpulang kepada remaja itu untuk menerimanya. Remaja yang mendapat pendidikan asas seks tidak mudah terpengaruh. Pendidikan asas itu dapat membina jati diri mereka. Jika dia mendapat bimbingan, dia akan dapat memilih maklumat yang akan menambah pengetahuannya, sekali gus menjadi remaja yang matang daripada aspek pengetahuan seks.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
156
Pendidikan seks bukan saja memberi maklumat teknikal anggota kelamin dan reproduksi, malah pendedahan mengenai etika dan perilaku seksual yang sihat. Maklumat mengenai seks dapat membantu remaja ke arah kedewasaan selain memantapkan keyakinan diri. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati, remaja yang mendapat pendedahan seks komprehensif pandai membuat keputusan apabila berdepan cabaran. Remaja perempuan tahu menjaga diri dan tidak mudah terpengaruh untuk melakukan perkara berkaitan salah laku dan etika seksual, manakala remaja lelaki pula tahu mendisiplinkan diri dan tidak mengambil kesempatan untuk memperdayakan perempuan untuk memuaskan nafsu seks. Pada masa sama, mereka tahu cara untuk mendapatkan kelegaan syahwat yang tidak mendedahkan mereka kepada risiko penyakit kelamin (STD) dan HIV/Aids. Justeru, pendapat mengatakan pendidikan mendorong remaja melakukan eksperimen adalah tidak betul. Orang dewasa perlu menukar penetapan minda daripada menghalang remaja mendapat pendidikan seks kerana perkara itu penting. Ibu bapa juga memainkan fungsi penting dalam perkara ini. Jika anak ada keraguan, ibu bapa boleh memberi maklumat mengenai kemusykilan seks dan sentiasa sensitif kepada kehendak anak remaja.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
157
SEJAK LAHIR KECIL SEBELAH Soalan SAYA ingin bertanya mengenai masalah anak saya yang berusia setahun. Telur zakarnya kecil sebelah dan ia dikesan sejak lahir. Adakah ini akan menyebabkan sebarang masalah di kemudian hari seperti tidak boleh menghasilkan zuriat atau tanda penyakit? Apa yang menyebabkan telur menjadi kecil sebelah? AYAH RISAU Pulau Pinang Jawapan Memang perkara biasa jika kedua-dua buah zakar saiznya tidak seimbang. Malah, perkara biasa juga jika kedudukannya tidak seimbang. Ini bukan penyakit, sebaliknya ia semula jadi. Jika disalah taksirkan mengenai perkara itu dan ‘rawatan’ yang salah diberi seperti mengurut atau mendemah dengan air panas, kemungkinan buah zakar itu rosak dan tiada cara untuk memulihkannya. Apabila ibu bapa mendapati anak lelakinya mempunyai buah zakar kecil, mereka perlu membawa anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Ada ketikanya buah zakar yang dianggap kecil itu sebenarnya normal dan yang kelihatan normal itu yang sebenarnya ada masalah. Memang buah zakar kanak-kanak kecil tidak seimbang. Keadaan akan berubah apabila kanak-kanak itu baligh dan tumbesaran yang sewajar berlaku dan saiz buah zakar membesar. Bagaimanapun, penting untuk membawa anak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jangan fikir saja tanpa pemeriksaan doktor tak akan dapat menentukan sama ada buah zakar itu benar-benar kecil atau sebaliknya. Sila jumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
158
KEJANG LIHAT WANITA SEKSI Soalan SAYA berusia 24 tahun dan kerap mengalami kekejangan pada zakar saya apabila melihat perempuan, terutama yang seksi. Apakah yang harus saya lakukan kerana apabila zakar saya menegang dan kejang, sukar untuk saya melakukan kerja lain. INSAN PENING Kuala Lumpur Jawapan Adalah perkara biasa jika lelaki dewasa mengalami ereksi atau kekejangan otot zakar ketika terangsang seperti melihatan perempuan atau memikirkan sesuatu yang mengghairahkan. Proses ini semula jadi dan bukan penyakit atau masalah. Jika perkara ini tidak berlaku, itu ialah masalah. Anda tidak perlu buat apa-apa. Mungkin tolehkan muka anda ke objek yang tidak mengghairahkan anda. Namun, jika anda fikirkan perkara yang mengghairahkan, kekejangan akan berlaku juga. Bersyukurlah kerana anda mempunyai anggota kelamin yang aktif dan mantap.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
159
RANCANG KELUARGA LELAKI ISLAM menggalakkan umatnya berkeluarga dan diharamkan mereka yang sengaja tidak mahu berkahwin. Pada masa sama, Islam mengambil berat aspek kesihatan wanita dan keluarga. Jika kesihatan seseorang wanita bermasalah, pasti kesihatan keluarganya secara keseluruhan akan terjejas. Di sinilah pentingnya amalan perancangan keluarga. Namun, perlu diingatkan yang lelaki juga memainkan fungsi penting dalam bab ini. Ini kerana tanpa izin suami, isteri tidak boleh mengamalkan perancangan keluarga. Bagaimanapun, perlu diingatkan yang kaedah perancangan keluarga bukan terhad kepada wanita, tetapi turut membabitkan lelaki. Kaedah yang boleh diamalkan lelaki ialah ‘Al’Azal’ di mana lelaki melucutkan zakar sebelum ejakulasi, manakala kaedah lain ialah menggunakan kondom. Selain itu, kaedah ‘kasi’ atau pembuangan buah zakar boleh dilakukan. Bagaimanapun ia bukan kaedah merancang keluarga, tetapi lebih kepada penyeksaan kepada lelaki apabila bukan saja kilang benih dibuang, tetapi juga kilang menghasilkan hormon kelelakian yang cukup penting untuk kehidupan sebagai lelaki. Kaedah seterusnya ialah mengikat salur sperma atau ‘vasectomi’ atau ‘Sterilisasi Lelaki’. Ia membabitkan prosedur mengikat kedua-dua salur sperma, sekali gus tiada sperma dalam air mani ketika ejakulasi. Walaupun kelihatan menakutkan, kaedah ini mudah dan tidak dibebankan dengan peralatan yang banyak. Lebih penting ialah apabila tidak diperlukan, kaedah sterilisasi itu boleh dipulihkan dengan menyambung salur yang diikat. Selain kaedah merancang keluarga dinyatakan tadi, tiada kaedah moden lain yang mana lelaki boleh amalkan. Kajian mengenai kaedah moden seperti ‘pil perancang lelaki’ untuk mencegah persenyawaan sperma dengan telur seperti menghalang pemprosesan sperma pada waktu tertentu atau membantutkan penghasilan sperma tidak berjaya menghasilkan penemuan diharapkan. Kebanyakan kajian mengenai ekstrak biji kapas dan beberapa biji palmaria yang didapati mengandungi kimia yang mengganggu pemerosesan sperma
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
160
seperti ‘Kontrsperm’ dan ‘Gossipol’ didapati tidak berkesan secara purata dalam menghalang pembiakan sperma. Malah, ‘Gossipol’ dalam tahap tinggi boleh mengakibatkan tekanan kepada fungsi jantung dan menjadi punca kematian. Pil untuk lelaki dalam bentuk suntikan hormon diperkenalkan baru-baru ini sebagai kaedah dalam kajian. Hormon yang dimaksudkan ialah hormon ‘Progesterone’ dan ‘Testosterone’ kerana didapati hormon berkenaan dapat menghalang pembiakan sperma dalam masa terdekat, antara empat hingga lapan minggu. Kajian yang diselenggarakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kaedah hormon ini masih dalam peringkat permulaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
161
PEMUDA BIMBANG MANDUL Soalan SAYA berusia 22 tahun. Masalah saya ialah zakar saya sangat susah untuk menegang. Sejak dua minggu lalu saya perhatikan zakar saya tidak menegang langsung. Biasanya pada waktu pagi sebaik bangun tidur, zakar saya akan tegang. Saya cuba merangsangnya seperti membaca atau menonton filem mengghairahkan, tetapi tetap tiada perubahan. Saya sangat takut sekarang. Adakah ini tanda yang saya mandul? MANSOR Durian Tunggal, Melaka Jawapan Fungsi sistem keseluruhan badan bergantung kepada kawalan saraf daripada otak yang mempengaruhi minda. Jika minda tertekan, otak hilang kawalan dan masalah akan berlaku kepada sistem badan. Justeru, tidak hairan jika lelaki yang satu ketika dulu mempunyai fungsi syahwat mantap dengan kemunculan ereksi kukuh, kemudian mendapati perkara itu tidak lagi berlaku secara tiba-tiba. Mungkin kerana anda tidak bersedia ketika itu. Oleh kerana tiada tindak balas sepatutnya, anda berasa dirinya tidak normal dan secara tidak langsung tertekan, sekali gus hilang keyakinan diri. Keadaan ini bukan disebabkan penyakit yang mengakibatkan seseorang tidak lagi berereksi normal, tetapi masalah psikologikal. Soal kurang keyakinan diri menyebabkan dia gagal mencapai ereksi. Yang menghairankan ialah, anda masih mampu mencapai ereksi spontan waktu pagi atau ketika terasa hendak kencing. Namun, apabila sedar dan minda anda aktif, ereksi yang berlaku secara spontan tadi akan langsung mengendur. Anda perlu tahu, jika memaksa untuk mencapai ereksi seperti merangsang anggota sulit atau membaca buku dan gambar yang mengghairahkan hanya untuk menguji fungsi ereksi, anda akan gagal. Saya syorkan anda menjalani pemeriksaan kesihatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
162
BAYI ADA SATU TESTIS Soalan BAYI lelaki saya berusia empat bulan dan sejak lahir dia hanya mempunyai satu testis dan bukan sepasang seperti bayi lelaki normal. Bulan depan, kami diminta berjumpa pakar surgikal berhubung masalah ini. Persoalannya, mungkinkah dia akan menjalani pembedahan dan apakah ketiadaan satu lagi testis akan menyebabkan komplikasi kepada bayi atau dia boleh menjalani kehidupan seperti biasa? Adakah cara lain untuk mengatasi masalah ini seperti cara perubatan tradisional? AMIRUL Klang, Selangor Jawapan Kemungkinan buah zakar tersangkut ketika turun ke dalam kerandut boleh berlaku ketika bayi itu masih dalam perut ibu. Jika ini berlaku, penting untuk diperbetulkan secepat mungkin sebelum kanak-kanak terbabit baligh. Ini kerana jika sudah baligh, buah zakar yang tersangkut akan mengecut dan tidak menghasilkan sperma. Sebaik-baiknya pembedahan pemulihan, iaitu pembedahan untuk menurunkan buah zakar itu, dilakukan sebelum kanak kanak itu memasuki usia dua tahun, terutama jika buah zakar itu ada di luar kerandut. Buah zakar yang tiada dalam kerandut tidak akan berfungsi dengan baik dan menghadapi risiko barah. Mengurut akan memudaratkan kesihatan. Jadilah bapa prihatin dan terima rawatan disyorkan doktor. Buah zakar itu akan mengalami tekanan seperti terhentak dan merosakkannya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
163
DERITA DALAM DIAM PERBALAHAN di antara suami isteri satu perkara biasa, bak kata pepatah `sedangkan lidah lagi tergigit’. Ada banyak sebab suami isteri bergaduh, antaranya masalah kewangan, campur tangan pihak ketiga, hubungan seksual yang tidak memuaskan selain ketiadaan zuriat. Semua isu itu sukar diluahkan kepada pihak ketiga kerana malu. Ini menyebabkan pasangan yang menghadapinya menderita dalam diam. Punca lelaki derita dalam diam: 1-Keputihan lelaki Sebilangan lelaki mudah mengeluarkan air mazi yang banyak apabila terangsang dan keadaan itu boleh menjadi terlalu lembab sehingga tidak menyeronokkan pasangan wanita. Keadaan basah turut menyebabkan ereksi lelaki menjadi lemah. Malah, akibat terlalu basah dan licin, ada hubungan kelamin terbantut. Masalah ini ada kaitan dengan keadaan pundi salur kencing lelaki yang terlalu aktif. Cara mengatasinya ialah dengan memakan ubat ‘Antihistamine’, iaitu ubat nyah alahan yang mengakibatkan selesema atau resdung. Keadaan ini juga dikenali sebagai resdung zakar. 2-Saiz, bentuk ereksi kurang menyenangkan. Lelaki menjadi begitu sensitif apabila berasa alat kelamin mereka tidak termasuk dalam golongan ‘ideal’ untuk memberi kepuasan kepada pasangan. Malah, jika pasangan ‘menegur’ saiz dan bentuk ereksi, ia boleh menimbulkan tekanan hebat. Ini menyebabkan ada yang cuba membesarkan zakar dan menguatkan ereksi. Selagi tidak berpuas hati dengan perkembangan ‘rawatan’ diterimanya, lelaki itu akan menderita dalam diam. Seseorang lelaki perlu tahu dia hanya akan dapat ereksi yang lebih mantap apabila banyak menggunakan anggota sulitnya. Perkara ini tidak diketahui wanita. Jika wanita membandingkan anggota sulit ayahnya yang sememangnya akan kelihatan besar (kerana biasanya zakar orang berumur kendur dan luntur tetapi besar tidak semestinya keras) dengan pasangannya sudah tentu tidak setaraf.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
164
Bagaimanapun, masalah ini bukan tidak boleh diatasi. Rawatan pemulihan seperti mengguna alat andropenis dapat membantu meningkatkan perincian ereksi ke tahap lebih memuaskan. Ada juga keadaan ereksi suami bengkok dan kadangkala tidak dapat melakukan hubungan seksual dengan baik. Ini berlaku apabila terdapat benjolan keras atau tisu keras dalam zakar yang mengakibatkan zakar tidak dapat ereksi dengan lurus. Masalah ini dikenali penyakit Peyronie. Ia boleh diatasi dengan mengunakan alat andropenis (sila rujuk www.drismailtambi.com). 3-Disfungsi seksual. Sebilangan lelaki mudah mencapai kemuncak lebih awal daripada diinginkan. Ini menimbulkan masalah apabila pasangan wanita mengeluh cemas setiap kali pancutan berlaku sebelum dia puas. Masalah cepat klimaks sering dialami lelaki dan mereka perlu belajar mengawal daya ereksi dan pancutan sehingga pasangan puas.Lelaki yang gagal mengatasi perkara itu walaupun berusaha bersungguh-sungguh, perlu berjumpa doktor untuk mendapat bimbingan daripada menderita seorang diri. Lelaki berumur sering mengalami disfungsi erektil atau mati pucuk. Perkara ini boleh berlaku juga kepada lelaki muda akibat masalah psikologi atau kesihatan seperti kencing manis atau penyakit lain yang menekan fungsi erektil zakar. Kini ada pelbagai rawatan canggih yang dapat mengatasi masalah mati pucuk, termasuk ubat ‘PDE-5 Inhibitor’ yang membantu ereksi menjadi mantap akibat peningkatan kemasukan darah ke dalam otot zakar, alat pam vakum dan suntikan ubat ‘Vasodilator’ dalam otot zakar. Cara rawatan moden lebih berkesan dan tidak memudaratkan berbanding rawatan tradisional urutan yang boleh merosakkan otot dan buah zakar. 4-Masalah Kesuburan. Lelaki kini lebih peka mengenai kesuburan. Tidak seperti 10 atau 20 tahun lalu yang mana kebanyakan lelaki berpendapat asalkan dia dapat melakukan hubungan seksual, itu memadai. Jika isteri tidak hamil, itu salah isteri atau isteri mandul. Ada lelaki yang buah zakarnya kecil atau ada satu buah zakar saja khuatir dia tidak dapat memberi zuriat. Pada masa sama dia bimbang menjalani pemeriksaan kesuburan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
165
Selagi perasaan negatif itu menghantuinya, dia akan menderita dalam diam kerana tidak tahu keputusan sebenarnya. Kini rawatan masalah kesuburan lelaki begitu mantap dengan adanya pelbagai ubat farmakologik dan herba. Perkara yang mustahak ialah jalani pemeriksaan dan rawatan. Jika jalan untuk mendapat zuriat buntu, mereka tidak perlu berputus asa kerana boleh mengambil anak angkat. Isu `derita dalam diam’ ini adalah isu utama menjadi perbalahan di antara suami isteri yang hakikatnya sukar untuk diselesaikan secara perundingan kerana terlalu sensitif, sebaliknya perlu mendapatkan rawatan dan kaunseling daripada pakar perubatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
166
PELAJAR HADAPI KENCING TAK LAWAS Soalan SAYA pelajar yang menghadapi masalah kencing tidak lawas sejak sekolah rendah lagi. Masalah ini sangat membebankan kerana selepas membuang air terutama air besar, air kencing masih lagi keluar walaupun dalam kuantiti sedikit. Keadaan ini juga memberi tekanan kerana saya perlu mengambil masa lama untuk memastikan tiada lagi air kencing keluar sebelum menunaikan solat. Untuk pengetahuan, saya pernah mencuba nasihat doktor dengan mengamalkan senaman kemutan, tetapi masih belum berhasil. Baru-baru ini, akibat tidak tahan, saya mengikat pangkal zakar dengan menggunakan gelang getah dan cara ini berkesan. Dalam masa sama, saya juga memastikan ikatan getah tidak terlalu ketat. Persoalannya, adakah kaedah ini akan memberi kesan buruk kepada saya? AZWAN Shah Alam Jawapan Masalah kencing tidak lawas memang merumitkan jika berpanjangan dan cara penyelesaiannya juga merumitkan. Jika dirujuk kepada doktor, ujian permulaan ialah ujian kencing untuk memastikan tiada radang pundi kencing. Jika ia normal, mungkin salur kencing diperiksa melalui ‘teropong’ yang dikenali sebagai ‘Urethroscope’. Jika itu pun normal, pemeriksaan seterusnya akan ditumpukan kepada pundi prostat dan apabila keputusannya masih normal, tiada apa lagi yang perlu dikendalikan kecuali bimbingan. Dalam keadaan biasa, pundi kencing dapat mengisi seliter air kencing tetapi apabila separuh penuh, perasaan hendak kencing akan terasa. Namun, jika individu itu tidak mahu kencing, dia akan dapat menahan sehingga tidak lagi tertahan lalu mencari tandas. Jika berlengah ke tandas, dia akan dapati selepas selesai kencing macam ada air kencing lagi. Cara untuk memastikan perkara itu tidak berlaku ialah dengan menahan kencing.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
167
Adakalanya yang keluar itu bukan kencing, tetapi cecair dari pundi Cowper dalam otot di lantai pelvis (otot kemut). Lelaki yang mempunyai pundi Cowper besar sudah tentu pundi itu menghasilkan cecair yang banyak, terutama jika ia mengalami radang (akibat menahan kencing). Justeru, ketika mengeluarkan air kencing dan pada penghujungnya mengemut, maka sejurus selesai kemut cecair jernih akan keluar seperti air kencing. Ini ialah cecair dari pundi Cowper. Jika itu yang berlaku, tiada apa yang boleh dibuat kecuali menerimanya. Jika anda turut berasa was-was mengenai cecair ini, anda perlu menukar pakaian ketika solat. Mengenai pemakaian gelang itu dapat memberi kelegaan kepada masalah anda, ia boleh diteruskan dengan syarat ia tidak disarung ketat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
168
TERTEKAN ZAKAR BENGKOK Soalan SAYA berusia 24 tahun. Masalah saya adalah zakar saya bengkok ke sebelah kanan. Keadaan ini menghadirkan tekanan yang cukup hebat kepada saya kerana memikirkan cara hendak meluruskannya semula. Saya pernah mendengar mengenai sejenis alat iaitu andropenis, tetapi tidak pasti mengenainya. Saya juga gemar melakukan seks oral untuk memuaskan pasangan saya. Kadangkala saya tertelan cecair yang dikeluarkan oleh faraj pasangan saya ketika dia terangsang. Pasangan saya juga kerap tertelan air mani saya. Adakah ini akan memudaratkan saya dan pasangan saya? SUAMI RISAU Alor Star Jawapan Zakar yang bengkok atau melengkung ketika ereksi hanya menjadi masalah apabila kebengkokannya menyukarkan lelaki melakukan hubungan seksual penetratif dengan pasangan. Jika boleh masuk dan tidak memberi apa-apa tekanan kepadanya atau pasangannya, perkara itu tidak perlu dirisaukan. Yang menimbulkan masalah ialah pada peringkat awal keadaan biasa, tetapi kelamaan kebengkokan menjadi ketara dan menyukarkan persetubuhan. Waktu itulah mustahak untuk mendapatkan rawatan yang sesuai. Sebelum ini rawatan ialah melalui pembedahan, tetapi kini ada cara mengunakan alat penarik zakar atau andropenis. Keberkesanannya ialah lebih 97 peratus. (Sila rujuk artikel dan alamat laman web di atas). Bagaimanapun, dalam pasaran ada juga alat tiruan yang tiada piawaian dan jika dipakai akan menjejaskan anggota sulit. Jadi jangan tertipu. Seks oral hanya digalakkan kepada pasangan kelamin yang berkahwin.Ia bukan seks luar tabii dan tiada halangan dalam pandangan Islam. Yang mustahak ialah kedua-dua pasangan itu sudah berkahwin. Memang ketika wanita itu terangsang farajnya akan mengeluarkan cecair ‘perahan’ mukosa faraj. Cecair ini mengandungi air, Vitamin C, Pyridines, logam zinc, glycoprotein dan beberapa immunoglobins selain bakteria semula jadi. Jika dia makan sesuatu yang berbau seperti petai, aroma dari petai pun akan ada.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
169
UJIAN TENTU KESUBURAN MASALAH kesuburan adalah masalah pasangan kelamin. Jangan berfikiran kolot kononnya kesuburan isu sensitif dan perlu disembunyi. Hakikatnya, masalah kesuburan perlu dikendalikan bersama. Pasangan harus berjumpa doktor untuk bimbingan dan pemeriksaan. Bimbingan doktor, termasuk maklumat mengenali waktu subur wanita dan amalan hubungan kelamin untuk tujuan merancang mendapat anak, perlu diberi perhatian dan difahami pasangan lelaki dan wanita. Ini kerana, untuk mendapat anak, pasangan itu perlu melakukan hubungan kelamin kerap pada waktu subur wanita, manakala wanita perlu pastikan air mani tidak melimpah daripada faraj. Berikutan itu, selepas bersetubuh, wanita perlu melegakan bukaan faraj supaya air mani mendap ke dalam faraj. Wanita juga tidak bergerak, berjalan atau mencuci kemaluan menggunakan bahan pelicin kerana bahan itu boleh membunuh sperma. Di samping menjelaskan perkara yang boleh meningkatkan kesuburan, ujian asas untuk lelaki dan wanita perlu dilakukan. Ujian air mani mustahak untuk lelaki dan jika normal, ujian susulan tidak perlu dilakukan. Jika ujian air mani pertama tidak normal, ujian susulan perlu dilakukan dua atau tiga minggu kemudian dengan sekurang-kurangnya tiga ujian untuk meneliti profil dan corak sperma daripada segi bilangan, pergerakan dan rupa bentuk benih. Jika ada kekurangan, pemeriksaan fizikal dan ujian tahap hormon kesuburan atau FSH (Follicular Stimulating Hormone) dilakukan untuk kepastian tahap hormon berkenaan. Jika kurang atau sebaliknya, rawatan khusus hormon FSH diberikan. Rawatan lain termasuk rawatan dengan ubatan herba yang diuji keberkesanannya untuk mengatasi kekurangan sperma. Ubat herba seperti ‘Tribestan’ dan ekstrak Tongkat Ali seperti ‘Nu-Prep 75’ (sila rujuk www.drismailtambi.com) didapati berkesan untuk sebilangan lelaki. Lelaki yang pernah mendapat anak tidak semestinya kekal kesuburannya. Pemeriksaan awal untuk wanita ialah untuk mengenal pasti kemampuannya menghasilkan ‘ova’ atau telur. Kini banyak kes wanita didapati mengalami masalah telur tidak cukup membesar, walaupun dapat menghasilkan atau
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
170
‘merekrut’ banyak telur dalam sampul telur. Masalah ini dikenali sebagai ‘PolyCystic Ovarian Disease’ dan wanita yang mengalaminya mempunyai profil badan yang gempal dengan bulu roma lebat. Jika wanita itu tiada masalah pengeluaran telur, pemeriksaan seterusnya mengenal pasti salur telur dan rahim. Ujian dilakukan melalui x-ray yang dikenali ‘Hysterosalpingography’. Pemeriksaan lain pembedahan kecil dikenali ‘Laparoskopi’. Alat teropong dimasukkan di bawah pusat ke dalam perut melalui lubang kecil untuk meneliti anggota peranakan wanita dengan lebih jelas.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
171
SERONOK MELAYANI SENDIRI SYAHWAT Soalan SAYA lelaki berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Soalan pertama ialah hampir kebanyakan masa apabila kemaluan saya ‘naik’, ia hanya bertahan kurang daripada lima minit. Perkara ini berlaku jika saya berfantasi mengenai seks atau ketika menonoton filem lucah. Adakah tempoh lima minit ini tempoh normal dan apakah cara untuk bertahan lebih daripada itu? Soalan kedua, saya melancap sekurang-kurangnya satu atau dua kali sehari untuk tempoh empat dan lima kali dalam seminggu. Adakah ini terlalu banyak? Soalan terakhir saya ialah, sejak kebelakangan ini apabila saya menahan diri daripada melancap selama enam hingga 10 hari dan apabila saya berfantasikan mengenai seks, air mani saya terpancut dengan sendiri. Mengapa ia berlaku? MUTHU KL Jawapan APABILA seseorang lelaki terangsang, sama ada ketika dia menonton video lucah atau berkhayal mengenai seks, sistem kawalan syahwatnya terangsang dan pengaliran darah ke anggota sulitnya menjadi lancar dengan kemasukan darah yang banyak sehingga dia mencapai ereksi. Apabila rangsangan itu lega, ereksinya juga menurun, kecuali jika rangsangan itu kembali maka dia akan mencapai ereksi sekali lagi. Ini perubahan semula jadi dan bukan penyakit. Adalah perkara biasa untuk lelaki baligh mencapai ereksi secara spontan dan lebih lagi jika dia berkhayal mengenai seks. Apabila dia menyentuh anggota sulitnya untuk menyahut rangsangan itu, dia akan mencapai klimaks rangsangan dengan ejakulasi air mani. Merangsang secara sendiri dikenali sebagai melancap. Jika melakukannya kerap, anda mudah letih kerana perbuatan ini menggunakan banyak tenaga. Bagaimanapun, jika selesa dan tidak berasa letih, seseorang itu boleh lakukannya mengikut cita rasanya. Perkara biasa untuk lelaki yang terangsang mencapai klimaks mental, iaitu tidak perlu rangsang anggota sulitnya secara fizikal. Jika dia amalkan begini, dia mudah mencapai klimaks walaupun tidak menyentuh dirinya atau pasangannya kemudian hari. Ini tentu akan mengecewakan pasangannya. Jadi baik hentikan amalan merangang secara mental.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
172
TEKANAN KETIKA BERSAMA ISTERI Soalan SAYA berusia 27 tahun dan berkahwin setahun lapan bulan. Masalah saya ialah zakar sukar menegang. Ada masanya saya langsung tidak mendapat ereksi ketika hendak melakukan seks atau lebih dikenali sebagai Erection Dysfunctional atau ‘ED’. Saya sangat kecewa dan runsing. Saya terbaca ia disebabkan tekanan apabila hendak bersama isteri. Bolehkah saya rujuk masalah di klinik biasa? Apakah nama ubat di pasaran dan bolehkah saya terus membelinya di farmasi biasa? YANG BIMBANG Pandan Jaya, KL Jawapan APABILA lelaki terangsang, pengaliran darah ke dalam otot zakar berjalan lancar dan dalam sekelip mata ereksi berlaku. Kekuatan ereksi lebih terserlah apabila lelaki itu kemut atau mencengkam otot pembukaan lubang najis dan otot lantai pelvis. Ereksi menjadi lebih mantap, menegak dan zakar kelihatan lebih terangkat. Kemutan kuat memberi tenaga sebanyak sekilogram kepada zakar. Lelaki muda seperti anda tiada masalah untuk melakukan kemutan kerana otot lantai pelvis kuat dan mantap. Namun, anda perlu melakukannya setiap kali anda melakukan hubungan kelamin dengan pasangan. Saya cadangkan anda lakukan senaman kemut itu dan yakin yang anda sihat dan mampu berintim dengan pasangan. Gunakan krim ‘Virile’ yang boleh didapati dari mana-mana farmasi selepas mandi. Gunakan sekali sehari. Makan suplement herba Nu-Prep 75 (www.drismailtambi.com). sehari sekali. Jika dalam masa beberapa minggu tiada apa-apa perubahan, anda boleh jumpa doktor untuk mendapat rawatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
173
USAH SALAH ANGGAP RAMAI lelaki yang beranggapan alat kelamin mereka sebagai ‘senjata’ ketika mengadakan hubungan seks. Ia sebenarnya salah kerana alat kelamin juga perlu dibelai dan dijaga seperti organ yang lain dan bukan hanya sekadar organ pemuas nafsu. Ini kerana anggota kelamin lelaki mempunyai dua fungsi. Pertama, sebagai organ untuk saluran keluar kencing dan kedua sebagai organ seksual yang mana ketika ereksi ia akan disalurkan ke dalam anggota seksual wanita untuk menyalurkan air mani. Tidak dinafikan yang fungsi kedua alat kelamin lelaki cukup mustahak. Bayangkan keadaan jika alat kelamin lelaki itu bermasalah sama ada berbentuk kecil atau cacat. Sudah tentu fungsi utamanya terancam. Malah, masalah itu akan menyebabkan seseorang lelaki berasa kurang keyakinan diri, rendah diri dan tertekan sehingga selagi dia tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan dia akan menderita di dalam diam. Ini kerana alat kelamin adalah satu-satunya identiti kelelakian yang cukup mustahak, justeru, mereka harus memahami organ itu dengan baik. Sama seperti fungsinya, alat kelamin lelaki ada dua bahagian, iaitu anggota luar dan dalam. Anggota seksual luar ialah zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut iaitu sepasang buah zakar manakala bahagian dalam pula mengandungi pundi prostate, seminal dan cowpers serta liang otot bulbocavernosa dan spongiosa selain otot lantai pelvis yang menjadi benteng otot zakar. Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah dalam otot zakar meningkat dan apabila ereksi berlaku zakar yang kelihatan kecil akan memanjang dan membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya. Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan lelaki itu mencengkam otot lantai pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar kerana dengan cara sedemikian, zakar menjadi padat dan keras dan sesuai untuk dimasukkan ke dalam salur faraj ketika hendak melakukan persetubahan penetratif. Apabila saiz zakar tidak padat atau kecil memang sukar untuk disalurkan ke dalam faraj. Selain masalah zakar kecil, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah walaupun ukurannya normal (zakar ukuran panjang normal 10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm).
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
174
Kini masalah zakar kecil dan bengkok dapat diatasi tanpa pembedahan. Alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ saperti Andropenis dapat membantu dan maklumat mengenainya dalam laman www.andromedical.com. Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit antara zakar dan kerandut selain masalah zakar cacat yang mana pembukaan lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah batang (hypospadias) atau di atas batang (epispadias) membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan sukar untuk disalurkan ke dalam faraj. Alat kelamin bermasalah akan menjadi isu apabila seseorang lelaki itu berdiam diri dan tidak merujuk kepada pakar. Ini kerana lagi cepat dia merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan, lebih cepat keadaannya akan menjadi sempurna dan kehidupannya sebagai lelaki terjamin. Kini rawatan moden dan selamat ada. Justeru, tidak perlu mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah. Jangan cuba rawatan yang berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kerana kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal. Kulit zakar jenis yang lembut dan tidak berlemak sekali gus ia mudah melebar dan meluas. Sekiranya kering atau nipis kulit itu tidak mudah meluas dan boleh menyakitkan. Kelembapan kulit berkurangan jika kulit zakar dicuci sabun biasa. Lebih baik untuk menggunakan sabun pelembap. Kegebuan dan kemantapan kulit dapat ditingkatkan dengan menggunakan pelembab yang diperkaya nutrien dan herba. Baru-baru ini, krim pelembap kulit zakar ‘Virile’ diuji dan didapati sesuai untuk penjagaan kesihatan kulit dan tisu dalaman. Krim ini boleh dipakai selepas mandi dan disapu dari hujung hingga ke pangkal zakar. Ia boleh dibeli di farmasi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
175
REMAJA AKUI TABIAT BURUK Soalan DOKTOR, saya berusia belasan tahun dan sering melakukan onani dengan dalam sehari paling kurang tiga kali. Apakah tabiat buruk saya ini akan mendatangkan kesan serius kepada alat kelamin saya? Saya cuba untuk berhenti tetapi gagal. Tidak adakah kajian secara saintifik usaha untuk membuatkan seseorang itu berhenti melakukan onani. Dan saya juga mempunyai tahi lalat di pundi kencing berdekatan dengan zakar. Apakah tandanya? JOE, Kedah. Jawapan KEBANYAKAN daripada maklumat yang terdapat di internet mengenai onani ialah ia satu salur untuk melepaskan perasaan atau tekanan syahwat supaya tidak terjebak dengan seks rambang yang memberi risiko yang tinggi seperti penyakit kelamin, HIV/Aids. Bagaimanapun, selain daripada onani ada banyak lagi cara alternatif yang lebih sihat untuk menangani perasaan dan tekanan syahwat seperti bersosial dan berekreasi selain bersukan dan berkomunikasi dengan rakan karib lelaki atau perempuan. Kajian mengenai amalan onani mendapati ia ada kebaikan dan keburukannya. Daripada sudut kebaikan, ia dapat melegakan tekanan atau perasaan syahwat dan dapat mencegah daripada perbuatan maksiat (seperti melanggani pelacur atau jenayah merogol). Yang menjadi masalah ialah apabila onani ini menjadi ketagihan. Ini kerana ada antara pengamal tidak dapat menghentikannya walaupun telah berpasangan. Adakalanya amalan ini mengakibatkan pengamal lebih seronok dengan perbuatan dan teknik onaninya dan dapat mencapai kepuasan tersendiri sehingga dia tidak dapat mencapai tahap klimaks yang sama dengan pasangannya. Jika ini berlaku, seseorang lelaki atau wanita itu mengalami masalah yang dikenali sebagai ‘Traumatic Mansturbatory Syndrome’. Kajian juga mendapati yang onani boleh menyebabkan masalah DE atau ketidakfungsi erektil kerana kerosakan kepada urat saraf dan salur darah selain kerosakan otot dan struktur dalaman zakar akibat deraan yang dilakukan kepada anggota sulit yang sensitif itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
176
Dalam apa juga yang kita buat kita perlu mengamalkan perbuatan yang sederhana dan dengan cara yang sedemikian kita mampu mengawal kesihatan kita dengan lebih sempurna. Ini termasuk menjauhi amalan onani.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
177
BAYI ALAMI ANGIN PASANG Soalan SAYA mempunyai seorang anak lelaki yang baru berusia dua bulan. Baru-baru ini saya membawa anak saya pergi ke klinik untuk suntikan tetapi doktor mendapati anak saya terkena angin pasang dan hujung zakarnya senget. Apakah yang perlu saya lakukan dan apakah risiko kepada anak saya apabila dewasa nanti. Bolehkah saya membawa anak saya pergi berurut secara tradisional. Untuk pengetahuan doktor anak saya tidak mempunyai masalah ketika membuang air kecil. AZLINA, Pantai DAlam. Jawapan ANGIN pasang memang mudah kelihatan kepada bayi lelaki jika bayi itu menangis atau minum. Bagi bayi yang dilahirkan lebih awal dari tarikh kelahiran yang sepatutnya, angin pasang juga boleh kelihatan kepada pusat. Apabila bayi ini membesar dan ketumbesaran berlaku ‘angin pasang’ itu akan kurang kelihatan dan adakalanya tiada sama sekali. Saya syorkan puan merujuk kepada pakar bedah bayi (paediatric surgeon) untuk menjalani pemeriksaan apabila angin pasang bayi masih kekal selepas dua tahun kerana kebanyakan angin pasang akan hilang dalam masa dua tahun. Jika angin pasangan itu kelihatan lebih jelas dan membesar, jangan tunggu untuk membawanya ke pakar bedah pediatrik.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
178
SENAMAN KEMUT NAMA senaman kemut mungkin agak melucukan. Namun, di dalam kesihatan, senaman ini mempunyai banyak khasiat untuk organ seksual sama ada lelaki atau wanita. Senaman kemut membabitkan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah seperti mahu menahan kencing atau air besar dan ia harus dilakukan serentak. Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku dengan lelaki akan berasa lubang najis tersempal dan jika membuang air besar akan mengalami sembelit. Bagi mereka yang ada buasir pula penyakit itu menjadi ketara dan menyakitkan tetapi sebaliknya kepada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Bagaimanapun, jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada. Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki ialah dengan merapatkan keduadua pehanya dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing sekali gus dengan padat serta tahan nafas seketika antara 3-5 saat sebelum legakan kemutan dan ulangi sehingga 10 kali. Lakukannya lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali. Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa termasuk sudah membuang air besar dan kecil. Antara khasiat senaman kemut ialah dapat membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan. Untuk wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
179
Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan. Senaman kemut tidak akan dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana yang dipaparkan dalam internet yang mendakwa kaedah pembesaran zakar dengan cara senaman kemut yang kononnya amalan orang Arab. Yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang sedang ereksi itu dikemutkan akan mudah bergerak dengan lancar di dalam faraj. Malah, mengemut juga mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar. Selain itu, jika menggerakkan zakar dilakukan ke dalam faraj dengan keadaan lelaki itu sedang mengemut, pasangan akan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks. Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi sehingga ke liang lahad!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
180
PESAKIT KENCING MANIS BERONANI Soalan Saya berusia 34 tahun dan belum berumah tangga. Sejak kebelakangan ini, saya selalu mengalami senak. Saya dapati buah zakar saya punyai benjolan pada uratnya dan apabila ditekan sakit senak akan bertambah. Saya akui untuk melepaskan tekanan seksual saya sekali sekala beronani dan dapati pancutan air mani saya sekarang semakin berkurangan. Adakah saya bermasalah varikosel kerana saya juga seorang pesakit kencing manis tahap II. Saya juga obesiti serta mempunyai ‘varikos vein’ di kaki kanan saya. Insan Risau | Sepang. Jawapan Lelaki yang menghidap penyakit kencing manis mengalami pelbagai cabaran kesihatan jika penyakitnya itu tidak dapat terkawal. Penyakit ini berlaku akibat kekurangan hormon insulin yang mustahak untuk metabolisma glukosa. Adakalanya penyakit ini berlaku kerana sel tidak respon atau sudah lali dengan hormon insulin (Diabetic Type ll). Jika ini berlaku terdapat beberapa herba yang dapat merangsangkan sel untuk berinteraksi dengan insulin dan secara langsung akan mengakibatkan glukosa rendah seketika. Namun, herba ini tidak dapat bertindak balas untuk jangka masa panjang dan kadangkala tidak berkesan. Sehubungan itu, herba saja tidak mencukupi kerana ubat doktor juga perlu dimakan mengikut nasihat. Lelaki yang menghidap kencing manis dan kebetulan mempunyai badan yang obesiti (gemuk) akan dapati kesihatannya amat tertekan. Dia mudah letih dan lesu dan tahap rangsangannya juga tidak seperti muda dan amat menurun. Ereksi mungkin tidak padat dan jika bersetubuh atau onani akan cepat klimaks dan air mani yang keluar pun tidak memancut tetapi meleleh kebanyakan kali. Buah zakar jika dipicit akan rasa senak dan benjolan yang terasa itu ialah sebahagian daripada buah zakar. Varikosel atau pembuloh darah yang berpuntal itu biasa terasa di buah zakar kiri. Jika buah zakar itu lembik kemungkinan kilang terencat. Ini hanya dapat dikenal pasti doktor manakala ujian air mani sekiranya sperma bermasalah. Anda boleh jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan seksual anda dan jangan tunggu lama untuk berkahwin. Mungkin dengan pasangan, kehidupan anda lebih ceria.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
181
PENING KEPALA KETIKA SENGGAMA Soalan Setiap kali selepas ejakulasi ketika melakukan seks, tiba-tiba kepala saya menjadi pening yang amat sangat seperti kena migrain. Masalah ini terjadi baru-baru ini dan berulang beberapa kali. Sebelum ini tidak ada masalah walaupun saya boleh dikatakan kerap melakukan hubungan seks. FARHAN | Kajang. Jawapan Segelintir lelaki dan wanita mengalami pening kepala ketika hendak klimaks atau sedang klimaks manakala sesetengahnya selepas klimaks. Serangan kebiasaannya lebih pada kepada lelaki. Ini terbukti kadar serangan ke atas lelaki empat kali lebih tinggi daripada wanita. Namun, apa yang penting ialah untuk memastikan pening kepala itu bukan suatu penyakit tetapi kesan klimaks. Adalah biasa untuk darah berjalan lancar ketika mengalami rangsangan seksual tetapi kadangkala kelancaran darah itu mengakibatkan perasaan tegang di kepala. Ia lebih dikenali sebagai pening kepala akibat tekanan. Ketika klimaks, perjalanan darah memuncak dan ketika itu pening kepala boleh berlaku. Selepas klimaks tekanan darah akan menjadi rendah dan ini juga boleh mengakibatkan tekanan kepada otot kepala dan pening kepala. Jika benar pening kepala itu akibat klimaks syahwat mungkin sebelum melakukan hubungan seksual, ubat yang dapat melegakan tekanan diambil. Anda juga boleh mengambil pil tahan sakit kepala setengah jam sebelum bersetubuh jika sakit kepala ketika klimaks. Jika perkara ini kerap berlaku anda perlu jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
182
SAIZ TIDAK PENTING Kaedah somatotherapy menyebabkan zakar membesar sehingga sakit RAMAI masih berfikiran saiz zakar penting dalam hubungan seksual. Keadaan itu diburukkan lagi akibat keghairahan menonton filem lucah Barat, sekali gus menimbulkan rasa rendah diri dengan saiz zakar sendiri. Lebih malang lagi ialah, rasa kurang keyakinan diri itu memberi implikasi besar kepada ‘prestasi’ seseorang lelaki ketika melakukan hubungan seksual, terutama terhadap daya kekuatan ereksi dan ketahanan sebelum ejakulasi. Sebenarnya, tidak benar anggapan bahawa seseorang lelaki dapat memberi lebih kepuasan kepada wanita jika zakarnya lebih besar kerana dalam banyak keadaan, saiz terlalu besar akan ‘menyakitkan’ pasangan mereka. Perlu diingatkan yang saiz zakar lelaki Asia berukuran antara 9-14 sentimeter (sm) ketika ereksi dengan ukur lilitnya antara 9-13 sm. Faraj wanita pula kedalamannya antara enam hingga sembilan sm dan lebarnya satu sm, tetapi jika melegakan kemutan, faraj boleh meluas antara dua hingga tiga kali ganda atau lebih. Jadi anda mempunyai ukuran ereksi 10 sm, ia lebih daripada mencukupi kerana didapati lelaki yang mempunyai pasangan tetap atau sudah berumah tangga serta kerap melakukan hubungan seksual akan mendapati ereksi menjadi lebih mantap dan kadangkala melebihi saiz biasanya sebanyak satu hingga dua sm. Tidak dinafikan memiliki zakar kecil sememangnya isu sensitif bagi kebanyakan lelaki. Namun, hakikatnya hanya zakar kurang daripada enam sentimeter menghadapi kesukaran untuk dimasukkan ke dalam faraj serta menyalurkan air mani. Malah, zakar berukuran sembilan sentimeter sekalipun hanya terhad untuk melakukan persetubuhan dengan si lelaki di posisi atas. Justeru, tidak menghairankan jika lelaki yang mempunyai zakar kecil lebih mudah terpengaruh dengan segala rawatan atau teknik yang dipaparkan dalam internet untuk membesarkan zakar. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa mengurut, menggantung benda berat kepada zakar, mengepam atau menarik zakar dengan peralatan tidak standard boleh merosakkan zakar kerana ia organ vaskular dan lembut serta mudah rosak atau tercedera.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
183
Saya pernah mengendalikan kes beberapa lelaki yang menjalani kaedah ‘somatotherapy’ iaitu suntikan vitamin C ke dalam lemak dan otot zakar. Kesannya, zakar mereka radang dan membesar hingga membuatkan mereka merana kesakitan. Kesudahannya, zakar mereka besar dalam keadaan menggerutu dan mengembung sehingga tidak dapat melakukan hubungan seks langsung. Besar tidak semestinya boleh digunakan! Kajian menunjukkan alat penarik zakar yang mempunyai piawaian bernama Andropenis dapat membantu menambah saiz zakar antara dua hingga lima sentimeter dalam masa empat hingga enam bulan penggunaannya. Alat ini mesra pengguna dan perlu dipakai selama 9 hingga 10 jam setiap hari.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
184
BENJOL, BINTIK BIASA Soalan SAYA menghadapi masalah gatal di sekitar bahagian sulit. Ia menjadi sangat gatal pada waktu malam. Ini menjadikan saya kurang selesa ketika melakukan hubungan seks dengan isteri. Di kawasan scrotum dan zakar ada beberapa bisul kecil, manakala kepala serta sekeliling gelang kepala pula ada bintik merah yang sangat kecil. Adakah ini sejenis penyakit kelamin (STD)? Sejak kebelakangan ini juga nafsu saya menurun, sekali gus membuatkan saya risau kerana tidak dapat menjalankan tugas sebagai suami. Selain itu, di hujung buah zakar ada dua benjolan, menjadikannya kelihatan tidak seimbang. Untuk pengetahuan doktor, saya sudah berkahwin empat bulan tetapi belum ada tanda isteri saya hamil. FAIZ Kedah Jawapan Penyakit kelamin jarang berlaku dalam hubungan suami isteri jika pasangan itu setia. Justeru, gejala di sekitar anggota kelamin anda tiada kaitan dengan penyakit kelamin. Kemungkinan kegatalan itu akibat jangkitan kulat. Apabila kulit radang, akan ada bintik kepada kulit seolah-olah macam jerawat atau bisul kecil yang sebenarnya pundi minyak yang salurnya terkandas. Bintik merah di sekeliling kepala zakar ialah ‘papili’ atau bintik kulit akibat keradangan bahagian itu. Kadangkala kekeringan menyebabkannya kelihatan begitu. Jika bahagian itu disapu krim pelembap, lama-kelamaan, ia jadi biasa. Mengenai benjolan di bawah buah zakar, ia gelembung semula jadi pada buah zakar. Ini bukan penyakit. Jika benjolan itu hanya terasa baru-baru ini, perkara itu perlu dirujuk kepada doktor. Jika benjolan itu sudah lama, ia biasa dan bukan penyakit. Mengenai kedudukan buah zakar, sememangnya ia tidak seimbang. Malah, sebahagian besar lelaki mempunyai buah zakar kiri sedikit ke bawah daripada yang kanan. Kurang satu peratus buah zakar berkedudukan seimbang dan yang lainnya buah zakar kanan lebih ke bawah daripada yang kiri. Semua perkara yang anda nyatakan nampaknya perubahan biasa kecuali kegatalan itu, yang mana anda perlu mendapat rawatan doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
185
Mengenai zuriat pula, jika dalam masa setahun tiada apa-apa, elok anda dan isteri berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
186
ELAK AKTIVITI SMS CETUS SYAHWAT Soalan SAYA mudah terangsang apabila hari larut malam, termasuk bermainkhidmat pesanan ringkas (SMS) dengan rakan wanita.
ketika
Adakah ini normal atau saya menghadapi masalah seksual. Bolehkah doktor bantu saya? JEJAKA RISAU Perak Jawapan Apabila seseorang itu bersedia menghayati keseronokan seksual dan dia memulakan aktiviti itu, sama ada melakuan sentuhan atau berinteraksi melalui telefon atau SMS, mindanya akan terangsang. Jika meneruskan aktiviti itu secara serius, dia akan dapati dia boleh mencapai klimaks dengan cara berkenaan, walaupun tanpa sentuhan fizikal. Sebenarnya dia mengecapi ‘mental klimaks’ akibat rangsangan seks secara mental. Masalah yang boleh berlaku ialah, apabila seronok dengan cara itu dan hanya boleh klimaks dengan cara berkenaan, dia akan mendapati cara lain seperti sentuhan fizikal tidak akan memberi keseronokan syahwat kepadanya, kecuali jika dia memasukkan adegan SMS. Sehubungan itu, ketika hendak bersetubuh dengan pasangannya, dia perlukan cetusan perasaan syahwat daripada SMS dan pasangannya terpaksa melayani SMS dia dulu, walaupun ketika itu berdepan dengannya. Ini kerana tanpa cetusan SMS itu, semuanya tidak akan menjadi.Saya pernah mengendalikan kes seperti ini. Saya harap anda kurangkan aktiviti ini dan lebihkan adegan realiti daripada virtual realiti.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
187
TERANGSANG NORMAL Lelaki bekemampuan mencapai ereksi secara sepontan 20 hingga 30 kali sehari EREKSI atau ketegangan zakar adalah fenomena semula jadi untuk lelaki. Malah, ereksi boleh berlaku kepada bayi lelaki yang masih dalam perut ibu seawal tiga bulan pembentukannya. Tindak balas ereksi dipengaruhi hormon ‘testosterone’ yang mana tahapnya tinggi ketika bayi lelaki masih dalam perut ibu hinggalah selepas dilahirkan dan waktu peringkat awal baligh. Namun, tahap hormon itu dalam keadaan kemuncak ketika usia antara 15 hingga 25 tahun. Ereksi juga boleh berlaku apabila seseorang lelaki terangsang dan juga apabila zakarnya tersentuh. Kajian rambang mendapati, lelaki berkemampuan mencapai ereksi secara spontan sebanyak 20 hingga 30 kali sehari dan waktu ereksi antara beberapa saat sehingga beberapa minit dan lebih jika ereksi itu akibat terangsang. Sehubungan itu, jangan hairan jika ereksi kerap berlaku kerana ini petanda sistem syahwat lelaki itu berfungsi secara normal. Jika tiada ereksi langsung, walaupun mencapai baligh, menghadirkan kemungkinan lelaki itu mengalami mati pucuk prima. Malah, fenomena ereksi ialah petanda mutlak lelaki itu berkemampuan menggunakan zakarnya untuk disalurkan ke dalam faraj. Bagaimanapun, lelaki itu perlu mengawal ereksi supaya dapat menggunakannya untuk tujuan berkenaan, yang mana kemahiran itu akan didapati apabila seseorang lelaki mendapat pengalaman sebaik-baiknya melalui hubungan kelamin dengan pasangan bergelar isteri. Lelaki yang sihat berkemampuan mencapai ereksi apabila dia ada keinginan untuk bersetubuh atau hendakkan keseronokan syahwat. Dia boleh terangsang melalui rangsangan mental (dengan membayangkan perkara yang mencetuskan rangsangan seksual seperti berfantasikan dia berasmara dengan biduanita atau model seksi) atau melalui apa yang dia lihat seperti tubuh wanita bogel atau terdedah (rangsangan penglihatan) atau terangsang dengan apa didengari seperti suara wanita dalam keadaan ghairah atau berbual lucah (rangsangan pendengaran). Yang terakhir, seseorang boleh terangsang dengan apa yang dia hidu seperti bau minyak wangi wanita yang tertentu atau bau peluh wanita (rangsangan olfaktori atau bauan).
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
188
Ada juga lelaki mencapai kemuncak rangsang dalam situasi tertentu seperti melihat wanita memakai baju dalam berwarna merah atau kemaluan wanita yang dicukur bulu romanya. Warna merah melambangkan kehangatan dan tentu menyampaikan maksud kepada minda lelaki atau wanita yang mudah terangsang kepada warna berkenaan. Ada warna lain yang juga memberi maksud keghairahan kepada pemakai dan yang melihat. Apabila ia berlaku, pasangan bekenaan dapat apa yang mereka hajatkan dalam hubungan seksual.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
189
BENGKOK JEJAS TISU OTOT JIKA istilah mati pucuk dikaitkan dengan kegagalan lelaki mencapai ereksi, ‘batang patah’ pula dikaitkan dengan zakar yang dalam keadaan ereksi ‘patah’ ketika melakukan hubungan seksual. Tulang patah pasti bukan luar biasa kepada kita, tetapi perlu diingatkan yang zakar tidak bertulang pun boleh cedera atau patah. Kes zakar patah atau ‘fracture’ boleh berlaku tetapi jarang dilaporkan kerana jika ‘kepatahannya’ tidak ketara, tisu otot zakar boleh pulih dalam beberapa hari saja. Buat pengetahuan, zakar boleh patah ketika ereksi padat seperti terkena tindih atau terhempap dengan benda berat, termasuk badan sendiri. Biasanya ia berlaku ketika pasangan melakukan hubungan kelamin dengan perempuan di atas dan dalam keadaan zakar yang ereksi ia terkeluar dan apabila hendak dimasuk kembali ke dalam faraj tertindih oleh punggung pasangannya yang diturunkan secara mendadak dan terlalu kuat. Dalam kes di atas, zakar akan terkulai dan mula membengkak. Bahagian bengkak itu akan kelihatan lebam akibat serapan darah bawah kulit. Jika kecederaannya ringan, hanya dengan mendemah ais, bengkaknya akan surut dan dalam seminggu keadaan zakar akan pulih kembali seperti biasa. Namun, jika kecederaan ketara sehingga terdengar seperti bunyi benda patah, kemungkinan bengkaknya menjadi ketara, kulit lebam dan kadangkala boleh mengakibatkan salur kencing juga tercedera sehingga darah keluar dari salur berkenaan. Cara sama akan dilakukan iaitu mendemah bahagian bengkak dengan pek ais dan pembedahan untuk melegakan kesan bengkak akan dilakukan dengan takungan darah dalam otot dikeluarkan supaya otot tidak berparut dan mengeras. Salur kencing yang luka pula akan diperbetulkan dengan memasang tiub dan bahagian terkoyak dicantumkan kembali melalui pembedahan plastik. Cara ini untuk kes yang ketara saja. Memang jarang zakar yang patah dibedah, kecuali jika kecederaannya ketara dan ada darah beku dalam otot dan kecederaan kepada salur kencing.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
190
Komplikasi yang biasa berlaku akibat zakar patah ialah kemunculan parut yang mengeras sehingga zakar bengkok ketika ereksi. Jika ereksi terlalu bengkok, lelaki itu akan terasa sakit dan mendapati sukar untuk menyalurkan ereksinya ke dalam salur reproduktif isterinya. Kebengkokan zakar perlu dirawat supaya persetubuhan dapat dilakukan dengan sempurna. Cara yang biasa dilakukan ialah pembedahan untuk membuang ketulan tisu yang keras. Cara itu sedikit sebanyak akan mengakibatkan zakar mengecil. Kaedah rawatan terkini untuk lelaki yang mempunyai zakar bengkok akibat parut yang terjadi akibat ‘patah’ mengunakan alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ yang dikenali sebagai alat ‘andropenis’ (www.andromedical.com). Alat itu dapat menarik liang otot zakar sambil meluruskan otot yang terbengkok menjadi lurus dalam masa empat hingga enam bulan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
191
KERING, BERKUPING KERANA ALAHAN Soalan SAYA lelaki berusia 28 tahun dan berkahwin hampir setahun. Saya ada cahaya mata yang baru berusia sebulan. Yang menimbulkan persoalan kepada saya ialah apabila melakukan hubungan kelamin ketika kandungan isteri saya berusia lima bulan ke atas. Selepas selesai melakukan hubungan itu, permukaan kemaluan saya menjadi kering dan berkuping serta menggelupas. Apakah masalah sebenar yang saya hadapi? HAKIMY Sungai Besi, Selangor Jawapan Alahan kulit permukaan anggota sulit boleh berlaku pada bila-bila masa. Ia boleh berlaku akibat alahan kepada cecair faraj atau kesan jangkitan yis dalam faraj dan merebak ke kulit zakar. Berkemungkinan juga kulit zakar mengalami perubahan kulit akibat penyakit kulit yang dialami lelaki terbabit. Kulit zakar jenis kulit lembut dan tidak berkuping. Jika ia berlaku, kemungkinan disebabkan tindak balas keradangan kulit akibat jangkitan atau alahan yang dijelaskan tadi. Jangan teragak-agak berjumpa pakar sakit kulit. Jika masalah itu akibat alahan kepada cecair faraj, ubat kawalan alahan dapat membantu. Bagaimanapun, jika alahan berlaku akibat terdedah dengan jangkitan dalam faraj, apabila jangkitan itu tiada lagi, masalah kulit akan berkurangan atau tidak lagi berlaku. Dapatkan bantuan doktor kulit untuk masalah anda itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
192
BULU ROMA DI PANGKAL ZAKAR Soalan SAYA berusia 25 tahun dan sudah mendirikan rumah tangga. Masalah saya ialah zakar yang berbulu. Keadaan ini menyebabkan isteri saya kurang selesa kerana menimbulkan kesakitan pada alat sulitnya ketika melakukan hubungan seksual. Bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah saya? AKRAM Perlis Jawapan Ada lelaki yang mempunyai bulu roma di sekitar kulit permulaan atau pangkal zakar. Ini berlaku secara semula jadi dan paling biasa berlaku kepada lelaki keturunan India, Pakistan atau Arab, walaupun ada juga kes di kalangan lelaki bangsa lain. Ada juga keadaan yang mana kulit bahagian tundun tertarik ketika ereksi berlaku sehingga memenuhi setengah atau satu inci pangkal zakar dan menyebabkan pangkal zakar berbulu dan boleh memberi perasaan kurang selesa kepada pasangan perempuan ketika bersetubuh. Situasi ini mungkin berlaku apabila ketika berkhatan, kulit kulop zakar terpotong berlebihan sehingga kulit tundun tertarik ke pangkal zakar ketika ereksi. Cara yang baik untuk mengelakkan keadaan tidak selesa itu ialah untuk lelaki berkenaan mencukur bulu roma setiap hari sambil menyapu krim pelembap supaya kulit tidak menggerutu. Cara lain seperti memotong kulit dan menampal kulit tanpa bulu roma boleh juga dilakukan, tetapi jika boleh dielakkan lagi baik kerana jenis kulit yang berbeza dan juga kemungkinan kerosakan urat saraf.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
193
SENTUHAN INTIM SENTUHAN adalah satu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada makhlukNya yang mana melalui sentuhan, dua individu dapat berinteraksi dan berkomunikasi. Ada pelbagai jenis sentuhan seperti sentuhan kasih-sayang antara ibu bapa dan anak, sentuhan muhibah antara rakan serta sentuhan emosi untuk memberi perangsang atau melahirkan rasa simpati. Ada juga sentuhan yang merangsangkan. Ini ialah sentuhan intim yang mencetuskan perasaan syahwat yang bergelora dan memberi nikmat apabila mana-mana pasangan bersentuhan dan berinteraksi secara intim, walaupun tiada hubungan seksual penetrasi. Hubungan seksual intim mustahak sebagai pengikat kasih sayang dan membina kemesraan antara pasangan lelaki dan wanita serta memberi banyak manfaat kepada sesuatu pasangan. Apabila individu itu tidak lagi mendapat sentuhan, tiada lagi interaksi dan keintiman. Sentuhan keintiman seksual membabitkan sentuhan kepada anggota tubuh yang merangsangkan syahwat, termasuk keseluruhan kulit, terutama di alat seksual seperti kemaluan dan payu dara lelaki dan wanita. Namun, ia tidak terhad di situ saja kerana bahagian lain juga berupaya membangkitkan syahwat atau erotik seperti bibir, lidah, bahu, leher dan kelengkang. Perlu diingatkan yang hubungan intim seksual boleh berlaku tanpa memasukkan zakar ke dalam faraj dan ini dikenali sebagai hubungan intim seksual tanpa penetrasi dan jika berlaku penetrasi, hubungan itu dikenali sebagai bersetubuh atau penetratif. Untuk melakukan hubungan penetratif, sesuatu pasangan itu perlu mempunyai fungsi anggota seksual sihat yang memudahkan hubungan penetratif dilakukan dengan selesa. Jika ereksi zakar lelaki mencukupi, mudah untuk melakukan penetrasi. Dengan rawatan moden sedia ada, ereksi yang kurang mantap dapat dimantapkan kembali. Sebagai contoh, jika pembukaan faraj wanita sempit dan kering, hubungan penetrasi yang sepatutnya menyeronokkan akan menjadi menyakitkan jika
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
194
terus dipaksa. Dengan kelembapan yang diperoleh daripada krim atau jeli pelembab, masalah kesat dapat diatasi. Jika hubungan seksual penetratif tidak dapat dilakukan atas sebab kesihatan, hubungan keintiman masih dapat dilakukan berdasarkan keinginan pasangan lelaki dan wanita kerana menyentuh serta menggesel anggota tubuh badan tertentu dapat merangsang dan memberi keseronokan. Tidak salah jika anggota kemaluan disentuh dan digesel, asalkan sampai hajat untuk menikmati sentuhan intim syahwat. Sentuhan memang satu hikmah yang kini semakin dilupai manusia. Sentuhan memberi semangat dan perangsang syahwat untuk lelaki dan wanita yang menginginkannya. Justeru, tiada sebab hubungan keintiman antara lelaki dan wanita yang berumur tidak boleh dlakukan kerana jika tidak dapat melakukan hubungan seksual penetratif, sentuhan tubuh badan dan belaian juga memberi keseronokan sama.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
195
TUMBESARAN DIKAWAL HORMON TESTOSTERONE Soalan Mungkin benar kata orang, orang penakut kemaluannya kecil. Ini kerana saya berasa cukup rendah diri. Ketika di asrama, rakan lain pakai tuala nampak benjol, tetapi saya punya kecil sangat sehingga terasa macam ada kekurangan yang cukup besar. Zakar saya sebelum ereksi cuma lima sentimeter (sm) dan apabila ereksi 10sm. Adakah saiz zakar saya normal bagi seorang yang berusia 21 tahun? Satu lagi masalah saya ialah kencing tidak lawas. Apabila lepas makan atau minum, terasa air kencing sudah di muncung zakar dan tidak boleh ditahan lagi. Kalau berlaku pergerakan kasar, air kencing akan terus keluar. Adakah ini ada kaitan dengan saiz zakar saya? ZACK Kajang Jawapan Tumbesaran anggota sulit sebenarnya dalam kawalan hormon testosterone dan juga dalam pengaruh baka serta keturunan. Lelaki Asia mempunyai saiz zakar yang sesuai untuk anggota sulit wanita Asia. Purata ukuran zakar ketika ereksi untuk semua lelaki ialah di antara 9-16sm dan ukur lilit 9-15sm. Purata faraj wanita, pembukaan dalam 2.5sm dan panjang corongnya antara 6-9sm. Sesetengah lelaki mempunyai jenis zakar yang ketika tidak ereksi kelihatan sangat kecil, tetapi apabila ereksi akan membesar antara dua hingga empat kali ganda. Ada juga mereka yang mempunyai saiz zakar sama sebelum atau ketika reksi. Ada juga lelaki yang mempunyai zakar yang tenggelam atau terbenam dalam lemak tundun, tetapi memanjang ketika ereksi. Sehubungan itu, jangan risau dengan saiz anda kerana 10sm itu adalah normal. Perasaan keciciran titisan kencing selepas buang air kecil boleh berlaku dan ia mungkin hanya perasaan atau tindak balas keradangan pundi kencing atau tekanan kepada pundi prostat. Titisan air yang keluar itu bukan air kencing tapi cecair daripada pundi ‘cowpers’ yang kebetulan terkeluar apabila lelaki itu meneran atau mengemut berkali-kali setelah selesai kencing. Cecair ini bukan najis. Masalah pundi prostat mudah berlaku kepada lelaki berumur dan jarang berlaku kepada lelaki muda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
196
MINYAK LINTAH ROSAKKAN KANDUNGAN Soalan Saya ingin kepastian berdasarkan pengetahuan/pendapat doktor mengenai kesan penggunaan minyak lintah ketika melakukan hubungan seks dengan isteri yang mengandung. Saya bimbang ia akan mendatangkan masalah daripada segi kesihatan isteri dan anak yang dikandung. ZAM Kedah Jawapan Lintah mengandungi ‘hirudin’, enzim yang digunakan sebagai bahan pencair darah beku jika ada masalah darah beku di dalam salur darah. Minyak bukan bahan penghantaran sesuai untuk menyalurkan enzim berkenaan dan jika minyak lintah digunakan untuk menyapu bagi tujuan membesarkan zakar, kemungkinan cara itu tidak berkesan kerana ‘hirudin’ sebagai bahan mencair darah beku dan bukan membesarkan tisu zakar. Kini banyak krim dan minyak mengandungi lintah dijual melalui internet untuk tujuan membesarkan zakar. Tiada kajian ia dapat membantu menambahkan saiz zakar. Mungkin penggunaannya hanya perbuatan sia-sia. Bersetubuh dengan mengunakan minyak lintah adalah perbuatan pelik jika faraj wanita itu mudah lembap. Lagipun mengunakan minyak akan mengganggu suasana faraj dan menyebabkan perubahan kepada penghuni kuman semula jadi dalam faraj dan secara tidak langsung mengalakkan pembiakan kuman ‘patogen’ dan kulat membiak dalam faraj. Jika faraj kering, elok digunakan bahan pelicin yang mudah larut dalam air dan yang tidak mengganggu penghuni kuman semula jadi. Setahu saya, tiada apa yang baik daripada minyak lintah untuk faraj. Sehubungan itu, jangan ulangi perbuatan itu kerana takut akan menghapuskan penghuni kuman semula jadi faraj dan menyebabkan pembiakan kuman dan kulat tidak sihat dalam faraj. Jika terjadi jangkitan, ini mungkin berbahaya untuk kandungan!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
197
PELAYARAN MALAM PERTAMA MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman ‘bermain cinta’. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan. Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut atau ‘seriau’ dengan ‘pelayaran’ malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut jejak langkah dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar. Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan. Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai. Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut. Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan. Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ‘penahan’ iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj. Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj. Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ‘mengenali’ sentuhan pertama itu, mereka akan rasa
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
198
yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif. Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya. Keadaan ini dikenali sebagai ‘mati pucuk malam pertama’. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan yang dikenali ‘vaginismus’. Kini, pasangan yang akan menempuhi malam pertama akan membuat persediaan dan persiapan bersama dengan mendapat maklumat dan panduan mengenai cara untuk melakukannya dalam bentuk cakera padat bertajuk: ‘Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual’ yang ditulis oleh Dr Ismail Tambi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
199
AIR MANI MACAM JELI, BERKETUL Soalan SAYA berusia 23 tahun dan ingin tahu jika sperma keluar dalam bentuk seperti jeli dan ketulan, adakah seorang lelaki itu akan menghidapi masalah mandul? Atau adakah keadaan itu disebabkan penyakit? ABONG Klang Jawapan AIR mani mengandungi cecair daripada pundi prostat, pundi seminale, pundi cowpers, pundi epididimis selain cecair pepundi salur kencing. Bahan dalam air mani hanya kurang lima peratus sperma dan yang lain cecair mengandungi pelbagai elemen seperti aboutonia; ascorbic acid; blood-group antigens; calcium; chlorine; cholesterol; choline; citric acid; (DNA); creatine; fructose; glutathione; hyaluronidase; inositol; lactic acid; magnesium; nitrogen; phosphorus; potassium; purine; pyrimidine; pyruvic acid; sodium; sorbitol; spermidine; spermine; urea; uric acid dan vitamin B12. Sperma dihasilkan oleh buah zakar atau ‘testes’. Kandungan sperma hanya dua hingga lima peratus daripada isi padu air mani, manakala 60 peratus lagi daripada pundi seminal dan yang lainnya dihasilkan pundi prostat. Cecair daripada pundi prostat mengandungi asid citric yang tinggi, selain asid phosphatase dan zinc. Ketulan jeli datangnya daripada pundi cowpers dan pepundi salur kencing. Selain bahan yang disenaraikan, ada beberapa lagi elemen dalam air mani seperti zat galian, gula, lemak, hormon steroid, prostaglandin dan asid amino. Fructose dalam air mani ialah bahan tenaga untuk sperma dan enzim l-carnitine dan bahan lain mustahak untuk fungsi pergerakan sperma. Kandungan air mani mempunyai zinc dan jika bahan ini kurang, sperma tidak aktif dan mempunyi ekor yang terbengkok. Justeru, air mani yang dihasil lelaki memang berwarna kelabu dan sedikit kekuningan dan adakalanya kelihatan bijian jeli. Ini normal kerana kedudukan sperma hanya dapat ditinjau daripada ujian air mani melalui mikroskop dan bukan dengan cara melihatnya begitu saja.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
200
PEDIH, CECAIR KERUH KELUAR SELEPAS ONANI Soalan SAYA penuntut 23 tahun. Baru-baru ini, saya ke klinik selepas pedih apabila membuang air kecil yang mungkin akibat perbuatan saya melakukan onani secara kasar beberapa hari sebelum itu. Sebelum berjumpa doktor, sejenis cecair keluar dari kemaluan saya yang kelihatan keputihan dan berkeruh sedikit. Sampel air kencing menunjukkan saya mengalami urine infection dan doktor memberikan saya antibiotik, ubat lawas kencing dan penahan sakit. Saya juga dinasihati meminum banyak air masak. Selepas beberapa hari, pengeluaran cecair itu beransur kurang, cuma rasa pedih masih lagi sesekali terasa, meskipun tidak seteruk minggu lalu. HAIKAL Melaka Jawapan RASA pedih ketika kencing sering dialami lelaki dan perempuan dan ini ada kaitan dengan keradangan salur kencing. Keradangan ini boleh berlaku akibat onani, geselan kepada anggota sulit, zakar untuk lelaki dan onani dalaman, iaitu mengesel bahagian atas faraj berdekatan salur kencing untuk perempuan. Apabila amalan tidak baik itu dihentikan, kelegaan akan berlaku. Rawatan yang doktor berikan adalah memadai dan tentu akan mengambil masa untuk dapat keselesaan. Jika keradangan berkenaan sangat ketara. Jadi bersabar dan pada masa sama, cuba elak beronani kerana jika salur kencing tercedera ia akan menjadi sempit. Keadaan ini dikenali sebagai ‘urethral stricture’ iaitu salur kencing menyempit akibat parutan. Jika ini berlaku, tentu anda akan rasa sukar untuk buang air kecil dengan selesa. Lelehan yang keluar daripada salur kencing itu ialah hasil keradangan salur kencing. Apabila keradangan itu reda, lelehan itu akan reda juga.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
201
ELAK DERITA DALAM DIAM ANGGOTA kelamin lelaki atau zakar mempunyai dua fungsi, iaitu sebagai anggota untuk saluran keluar kencing dan tujuan hubungan seksual. Bayangkan keadaan anggota seksual lelaki berbentuk kecil atau cacat, tentu fungsi utamanya terancam. Justeru, mereka yang berdepan masalah itu perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan. Selain mempunyai dua fungsi, anggota seksual lelaki ada dua bahagian iaitu anggota seksual bahagian luar dan bahagian dalam. Anggota seksual bahagian luar membabitkan zakar, kerandut buah zakar dan kandungan dalam kerandut iaitu sepasang buah zakar. Anggota seksual bahagian dalam pula membabitkan pundi prostate, pundi seminal, cowpers, liang otot bulbocavernosa dan spongiosa serta otot lantai pelvis yang menjadi benteng otot zakar. Apabila lelaki terangsang, kemasukan darah ke dalam otot zakar meningkat dan ereksi berlaku. Zakar yang sebelum ereksi kelihatan kecil akan memanjang dan membesar apabila darah mula memasuki liang ototnya. Tahap ereksi boleh ditingkatkan dengan mencengkam otot lantai pelvis (otot kemutan) yang menjadi benteng pangkal zakar. Dengan cara itu zakar menjadi padat dan keras serta sesuai dimasukkan ke dalam salur faraj ketika melakukan persetubuhan penetratif. Bagaimanapun, zakar yang tidak padat atau kecil ‘bermasalah’ untuk disalurkan ke dalam faraj. Keadaan zakar kecil dikenali sebagai ‘micropenis’. Saiz ketika ereksi bagi zakar seperti ini hanya enam sentimeter (sm) atau kurang. Namun, zakar berukuran kurang sembilan sm turut berdepan masalah kerana ia mudah terlucut atau terlepas ketika melakukan persetubuhan. Begitupun, masalah zakar kecil dapat diatasi tanpa pembedahan. Alat penarik otot zakar atau ‘penile extender’ saperti Andropenis dapat membantu dan maklumat mengenainya ada dalam laman web www.andromedical.com. Dalam pada itu, zakar yang bengkok juga boleh menimbulkan masalah, walaupun ukurannya normal (10-14 sm/ukur lilit 9-13 sm). Masalah ini boleh berlaku akibat penyakit Peyronie, selaput pembalut otot zakar mengeras atau otot mengeras atau secara kebetulan zakar berkedudukan sebegitu apabila tumbesaran liang otot kavernosa kiri dan kanan tidak seimbang. Masalah ini juga boleh diatasi dengan alat Andropenis.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
202
Ada juga zakar yang tertarik ke bawah akibat cantuman dan tarikan kulit antara zakar dan kerandut. Keaadan ini dikenali ‘web penis’ dan bagi melegakan tarikan itu ialah memotong kulit cantuman yang menarik zakar ke bawah. Zakar dikategorikan cacat pula merujuk kepada zakar yang pembukaan lubang kencing tidak terbuka di penghujung zakar, tetapi di bawah (hypospadias) atau bahagian atas (epispadias). Ini membuatkan zakar kelihatan luar biasa dan sukar disalurkan ke dalam faraj. Isu anggota kelamin yang bermasalah tidak akan selesai jika ‘mangsa’ tidak merujuk kepada doktor. Kini ada rawatan moden dan selamat. Jadi, tidak perlu mendapat rawatan daripada mereka yang tidak bertauliah. Jangan cuba rawatan berbahaya seperti mendapat suntikan silikon atau minyak cendana ke dalam kulit zakar yang dilakukan ‘pakar’ tidak bertauliah kerana kaedah ini akan mencacatkan zakar apabila kulit mengeras dan menebal.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
203
ALAT SULIT BENGKOK Soalan Saya berusia 23 tahun dan akan berkahwin dalam masa terdekat. Pertama kali saya berdiri di depan cermin dari pandangan sisi, saya menyedari kemaluan saya membengkok ke bawah dengan sudut lebih kurang 30 darjah apabila menegang. Hasil maklumat di internet, saya dapati biasanya kemaluan lurus atau membengkok sedikit ke atas. Masalah saya mungkin dikenali sebagai Peyronie’s Disease. Seingat saya, sepanjang belajar di sekolah berasrama dulu, saya tidur dengan memakai seluar dalam kerana malu. Apa yang boleh saya lakukan? KHALIL Seremban Jawapan Jarang lelaki meneliti anggota sulit. Mereka hanya menyentuh anggota sulit ketika mandi untuk ihnya atau menyentuhnya ketika inginkan keseronokan dengan melakukan onani. Justeru, jika pemeriksaan anggota sulit itu dilakukan untuk pertama kali, tentu macam-macam yang ‘tidak normal’ akan kelihatan. Dalam keadaan tidak ereksi, zakar kelihatan terjuntai jika ia terkeluar. Adakalanya zakar terbenam dalam tundun dan kelihatan kecil. Ini semua kedudukan zakar yang tidak ereksi. Jika ereksi, zakar akan kelihatan terkeluar dan untuk lelaki yang ereksinya panjang, penghujung zakar akan kendur ke bawah. Jika otot lantai pelvis (otot kemut yang mengawal pembukaan lubang najis dan lubang kencing) dicengkam, ereksi akan kelihatan lebih padat dan zakar kelihatan menegak.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
204
TERIMA ANUGERAH WANITA SEMPURNA Soalan Saya sudah berkahwin tetapi belum ada anak. Ketika bersama isteri, saya menghadapi masalah ereksi. Saya mengambil masa lama untuk zakar menegang. Adakah ini masalah Erectile Dysfunction (ED)? Bagaimanapun ketika menonton video lucah, zakar saya akan menegang dengan mudah dan untuk pengetahuan doktor, ketika remaja saya kerap beronani. BLUE BERRY Johor Jawapan Ereksi berlaku apabila lelaki terangsang dan ini tindak balas spontan. Malah, ereksi spontan tanpa rangsangan juga boleh berlaku seperti ereksi pagi atau NPT (Nocturnal Penile Tumescence) dan ereksi akibat tersentuh anggota sulit. Ini mungkin petanda anda tidak terangsang dengan pasangan anda. Sesetengah lelaki sukar menggunakan wajah pasangannya dalam fantasi seks, tetapi mereka boleh menggunakan wajah wanita lain dan boleh menjadi sangat terangsang. Mereka perlu tahu jika itu yang mereka perlukan untuk mencapai keghairahan, tidak salah menggunakan wajah isteri daripada wajah wanita lain. Ini lebih elok kerana yang berdepan dengan mereka ialah isteri, bukan bayangan. Saya syorkan anda menikmati anugerah yang anda terima itu iaitu seorang wanita yang sempurna bagi menikmati keindahan tubuh dianugerahkan Tuhan. Sepatutnya isteri anda menjadi ilham dan sumber rangsangan seksual dan bukan gambar dalam video lucah. Jika anda sangat terangsang dan ghairah tetapi masih ada masalah ereksi, anda mungkin tergolong kategori lelaki ED atau mati pucuk. Jika ia berlaku, berjumpa doktor untuk rawatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
205
ISTERI LESU SUAMI KAKU KIRA-kira 75 peratus wanita berkahwin menganggap sikap suami yang terus tidur atau beredar dari tempat tidur selepas bersetubuh sebagai satu masalah kerana mereka tidak suka perangai sedemikian. Mereka lebih suka suami memeluk atau membelai mereka selepas melakukan aktiviti itu atau sekadar berbual mesra. Malah, wanita juga sensitif dengan suami yang tidak banyak berbicara selepas berkahwin kerana mereka inginkan teman untuk berbual, terutama perkara berkaitan peribadi. Bagi mereka, suami yang bersikap sedemikian hanya mementingkan diri. Lebih buruk lagi, ada wanita hilang nafsu kepada suami hanya disebabkan masalah berkenaan. Ini menyebabkan aktiviti seksual yang dilakukan hanya sekadar menunaikan tanggungjawab, menyebabkan mereka sukar mendapat kepuasan. Tidak dinafikan, bagi kebanyakan lelaki, kemesraan dalam pandangan mereka ialah seronok dengan keintiman seksual. Jika ini yang difikirkan kaum Adam, jelas mereka salah. Keseronokan bukan sekadar hubungan seksual semata-mata, malah lebih daripada itu. Berbual dengan pasangan anda juga satu keseronokan. Sikap lelaki seperti ini bukan hanya ketika aktiviti seksual, tetapi untuk apa saja perbuatan yang mereka lakukan. Sebagai contoh, jika mereka membaca surat khabar, apa yang dibualkan oleh pasangan jarang mendapat perhatian. Walaupun mereka dengar, namun hanya sekadar begitu tanpa sebarang perhatian kerana tumpuan utama mereka ialah surat khabar. Ini menimbulkan rasa kurang senang isteri yang mahukan perhatian ketika mereka berbual. Berdasarkan kajian, jika seseorang lelaki menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara, yang lain akan menjadi kabur kepada mereka. Semua yang saya jelaskan tadi ialah sifat semula jadi lelaki dan bukan perkara yang disengajakan. Seorang isteri akan mendapati banyak lagi perbezaan di antara diri mereka dengan suami kerana selain sifat semula jadi lelaki, banyak lagi sifat yang mungkin membuat seorang isteri kurang senang, seperti tabii pembawaan daripada keluarga, alam sekitar dan pengalaman.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
206
Sehubungan itu, wanita perlu banyak bersabar menempuhinya. Sifat semula jadi memang sukar diubah, tetapi bukan mustahil dengan kebijaksanaan seorang isteri ia boleh diubah. Nasihat saya ialah, paling penting jangan cepat putus asa. Berusahalah mengubah sifat semula jadi pasangan anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
207
BIMBANG MALAM PERTAMA Soalan SAYA seorang gay dan akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya sudah insaf dan berhenti daripada tabiat itu. Masalahnya saya bimbang pada malam pertama, alat kelamin saya lembik, sekali gus gagal memuaskan isteri. Apa sepatutnya saya lakukan? Ada ke ubat atau makanan untuk menjadikan zakar tegang dan keras selain mampu bertahan lama? ALEX Selangor Jawapan Memang perkara semula jadi untuk mana-mana individu, sama ada lelaki atau wanita, akan terangsang apabila berdepan objek yang memberahikan mereka. Jika objek itu tidak merangsangkan perasaan syahwatnya, sukar untuk mereka mencapai ereksi. Proses ini dikenali sebagai orientasi seksual. Bagi golongan gay, mereka akan menggunakan seks khayalan (penetratif) dengan menggunakan mindanya untuk mencetuskan rangsangan seksual seperti bersetubuh dengan lampu dipadamkan dan melakukan penembusan faraj dari belakang. Adakalanya dia akan memujuk pasangannya memotong rambut supaya lebih kelihatan macam lelaki supaya dapat membangunkan keterampilan kelelakian itu untuk mencapai ereksi dan melakukan hubungan seksual. Pendek kata, lelaki atau wanita gay masih boleh berlagak atau berlakon macam mereka bukan gay dengan cara yang dijelaskan tadi. Namun, lama kelamaan mereka akan rasa bosan dan kembali kepada naluri asalnya jika dia benarbenar gay. Berbeza dengan biseksual yang masih dapat mempertahankan dirinya untuk memilih pasangan seksnya secara tetap. Tiada ubat yang dapat menukarnya terangsang dengan jantina lain jika seseorang tetap dengan jantina pilihannya. Ubat PDE-5 inhibitor saperti Viagra, Cialis dan Levitra hanya berfungi apabila lelaki yang mengalami rangsangan seksual gagal mencapai ereksi. Jika makan ubat dan tiada apa perasaan rangsangan, ereksi tidak akan berlaku. Fikirkan baik-baik sebelum anda berkahwin. Jangan sia-siakan pasangan anda. Jika sudah berkahwin, pandai-pandailah menyesuaikan diri.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
208
KESAN AIR LIUR KETIKA SENGGAMA Soalan SAYA sering mengunakan air liur sebagai pelincir untuk memulakan persetubuhan dengan isteri. Adakah air liur itu mendatangkan mudarat kepadanya atau sebarang kesan positif? Saya juga sering ragu-ragu sama ada isteri saya puas atau tidak selepas melakukan persetubuhan. Apabila ditanya, isteri saya tidak pasti bagaimana rasa kepuasan sebenar yang patut dirasainya. Sebagai lelaki, pengeluaran air mani menjadi petanda kepuasan yang saya rasai, tetapi bagaimana pula tanda kepuasan sebagai seorang wanita? INGIN TAHU Selangor Jawapan Air liur memang sesuai sebagai pelicin untuk melembapkan penghujung zakar sebelum penembusan ke faraj. Jarang air liur mengandungi kuman yang memudaratkan. Malah, didapati enzim protease dalam air liur mampu mencairkan air mani supaya sperma dapat bergerak dengan laju di kalangan lelaki yang mempunyai air mani pekat. Bagaimanapun, mustahak untuk lelaki ihkan mulut dengan memberus gigi supaya kuman yang terhinggap kepada anggota itu dapat dihapuskan sebelum beredar ke kamar tidur untuk berintim dengan isteri. Mengenai kepuasan untuk isteri, hubungan intim adalah paling utama bagi wanita untuk memberahikan mereka. Selain sentuhan zakar ke klitoris, seks oral juga dapat membantu merangsangkan isteri apabila hujung lidah suami dapat disentuhkan kepada klitoris. Sentuhan terus menerus dengan jari ke klitoris mungkin menimbulkan rasa nyilu. Namun, mustahak untuk wanita menumpukan minda kepada sentuhan dialaminya supaya dia dapat menikmati perasaan keseronokan yang berlaku akibat rangsangan pada anggota sulitnya. Apabila rangsangan itu membina, dia akan dapat mencapai kemuncak yang mana farajnya akan menyempit dan kemudian melega dengan cengkaman otot punggung dan pengeluaran peluh serta ‘sexual flush’ iaitu kemerahan pipi. Sekurang-kurangnya dia akan rasa satu perasaan yang sangat melegakan badan dan mindanya sehingga dia mudah lelap dan terus tidur.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
209
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
RANGSANG LELAKI KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki bentuk badan menggiur Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati dirinya mencapai ereksi sangat mencabar. Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya tidak mencabar imginasi seksual lelaki. Sehubungan itu, dipertikaikan.
memakai
purdah
satu
syor
tepat
yang
tidak
perlu
Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula membuka dirinya untuk didekati. Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat lebih serius. Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri ‘machonya’ saja. Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan mendapati dirinya ‘laris’ apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba mendekatinya. Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan kepadanya. Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia bukan perbuatan aib untuk wanita. Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka wanita, sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khatijah melamar Nabi Muhammad kerana mendapati baginda berperwatakan mulia, jujur dan tampan. Justeru, mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti Khatijah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
210
PENGANTIN BARU LEBIH SUKA ONANI Soalan SAYA suka beronani setiap kali mandi, walaupun mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu. Setiap kali mengadakan hubungan seks, kelainan kepuasan itu terasa berbeza dengan perbuatan onani dilakukan. Apabila beronani klimaks cepat, tetapi bila bersama isteri agak lama untuk mencapai klimaks. Apakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri? FARHAN Ipoh Jawapan Nikmat ketika merangsang anggota syahwat secara sendiri berbeza dengan yang dikecapi ketika bersama pasangan. Kepada yang biasa dengan amalan onani dan selesa dengan teknik sendiri merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengan perbuatan itu. Ada juga pengamal onani yang lebih selesa dan ghairah ketika persetubuhan dengan pasangan berikutan mereka hanya melakukan onani apabila mengalami tekanan syahwat dan melakukannya untuk melepaskan nafsu bersetubuh. Kepada lelaki yang cepat klimaks ketika beronani, dia yang mengawal pergerakan dan sentalan kepada zakar. Tentu dia tahu bahagian zakar yang sensitif dan menumpukan geselan di situ. Perkara sebaliknya berlaku apabila dia melakukan hubungan seksual dengan pasangan kerana rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh. Justeru, dia perlu tumpukan kepada sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan. Ini memakan masa dan kadangkala membosankan pasangan jika terlalu lama dan ia juga meletihkan. Ini bukan masalah kesuburan atau masalah kurang rangsang dengan pasangan. Ini berlaku kerana, walaupun seronok dan terangsang dengan isteri, individu itu tidak dapat rangsangan yang mampu mencetuskan klimaks yang dia biasa dengan cara amalan onani. Mungkin jika dia mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, perkara dialaminya dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin berkerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim yang lebih mengghairahkan dan bukan hanya sekadar melakukannya tanpa perasaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
211
KECUT, PUDAR BIASA Soalan SAYA berusia 22 tahun dan masalah alat sulit saya yang kelihatan pucat. Adakah ini bermakna pengaliran darah saya tersumbat? Satu lagi masalah saya ialah alat sulit saya selalu mengecut. Namun, ia normal apabila menegang. Adakah saya ada masalah angin pasang? Apakah ubat yang perlu saya ambil untuk mengatasi dua masalah ini? FAIZAL Kuala Lumpur Jawapan PERKARA biasa apabila alat sulit lelaki tidak menegang, ia kecut dan kulit penghujungnya pudar dan kebiruan, terutama jika lelaki itu berkulit cerah. Keadaan berbeza apabila darah masuk ke ruang otot zakar dan dalam tisu lembut penghujung zakar apabila kekecutan akan hilang dengan otot zakar menjadi memanjang dan padat. Pada penghujung zakar kelihatan kebiruan cerah dan kemerahan serta kembang jika lelaki itu mengeraskan ereksi dengan kemut. Justeru, keadaan kecut dan pudar itu biasa dan bukan suatu masalah. Mengenai angin pasang, perkara ini tiada kaitan dengan zakar. Ia ada kaitan dengan kantung buah zakar atau kerandut buah zakar, yang mana kerandut kelihatan besar akibat kemasukan usus dalamnya. Oleh kerana usus mudah membesar dan mengembang, kerandut kelihatan besar ketika itu atau mengecil apabila usus mencerut. Masalah angin pasang boleh diatasi dengan pembedahan pembetulan memasukkan usus balik ke dalam kerandut dan menutup bahagian yang terbuka antara perut dan kerandut buah zakar
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
212
ELAK KERAP BERONANI Soalan BENARKAH jika seseorang kerap beronani, akan berlaku pertumbuhan bulu roma yang banyak. Jika benar di bahagian mana? Jawapan BERBAGAI mitos dikaitkan dengan amalan onani dan ini semata-mata untuk menakutkan mereka yang melakukan perbuatan itu. Ada juga dakwaan mereka yang beronani, tapak tangan berbulu, kemaluan berbulu, kehilangan darah kerana setitik air mani seperti setitik darah, kepala botak, buah zakar kecut dan mandul. Semua ini tidak benar dan hanya rekaan. Onani dilakukan untuk mendapat kelegaan tekanan nafsu dan mungkin suatu cara untuk individu itu sama ada lelaki atau perempuan mengenal seksualiti dan perasaan syahwat. Amalan ini jika lazim dilakukan tanpa kawalan boleh mendorong individu itu kepada ketagihan. Jadi, cuba elak melakukan perbuatan itu keterlaluan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
213
RISAU ALAT KELAMIN TIDAK SEMPURNA Soalan BUAH zakar saya agak terkebawah, seolah-olah kulit lebih hingga menyebabkan saya susah hati. Adakah ini satu penyakit? Apa yang saya tahu buah zakar tempat penghasilan air mani. Adakah ini menunjukkan air mani saya tidak aktif disebabkan buah zakar agak lemah. Bagaimana cara untuk mengatasinya. Saya bimbang masalah saya ini mengganggu hubungan kelamin saya dengan bakal isteri. Jawapan LELAKI mempunyai sepasang buah zakar di dalam kerandut. Kedua-dua buah zakar itu mempunyai otot penampunya sendiri. Dalam keadaan kecemasan otot penampu buah zakar, iaitu otot kremester akan mencerut dan menarik buah zakar ke atas, melindung buah zakar daripada kecederaan. Kerandut buah zakar diselaputi lapisan otot yang dikenali sebagai otot Dartos. Jika otot Dartos lega, buah zakar akan kelihatan labuh atau lanjut dan jika otot Dartos mencerut, buah zakar akan naik ke atas dalam kerandut yang kelihatan mencengkam. Kerandut buah zakar mengawal kedudukan buah zakar supaya kedua-dua buah zakar berada dalam suhu yang optima untuk pembiakan sperma iaitu suhu 4 hingga 5 darjah selsius kurang dari suhu badan. Dalam keadaan kesejukan, kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar akan naik ke atas dan berada dalam suhu yang lebih sesuai untuk pemerosesan sperma. Dalam keadaan panas, kerandut akan melanjut supaya kedua-dua buah zakar berada dalam keadaan kurang panas dan dalam suhu yang sesuai untuk pembiakan sperma. Dalam keadaan terangsang kerandut buah zakar akan mencerut dan buah zakar menjadi padat dalam kerandut. Ini perlu supaya proses ejakulasi dapat berlaku. Jadi untuk lelaki yang mempunyai buah zakar yang lanjut, dalam keadaan terangsang, keadaan itu akan berubah. Sehubungan itu, jangan bimbang kerana buah zakar itu tidak menggangu hubungan seksual dengan pasangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
214
ORGAN SEKS TIDAK NORMAL PUNCA SAKIT Soalan UNTUK pengetahuan doktor, saya hanya mempunyai sebiji buah zakar. Ini berlaku sejak dilahirkan. Ada juga gelembung sebesar bola ping pong di bahagian hujung pangkal sebelah kiri zakar saya terkeluar jika melakukan kerja berat atau apabila perut saya masuk angin. Keadaan itu kurang menyenangkan saya dan menyakitkan. Adakah cara untuk merawatnya dan apakah kaedahnya? Jika saya tidak menjalani rawatan, adakah ia tidak mengganggu sistem kesuburan. Bolehkah saya mendapatkan zuriat bila berkahwin? Adakah ia memberi kesan kepada zakar saya atau sistem badan yang lain? Jawapan KEMUNGKINAN mempunyai satu buah zakar ialah satu dalam 100,000 kes dan kemungkinan kanser berlaku kepada buah zakar yang terkandas dalam perjalanan keluar dari perut ialah 5-15 kes dalam 100,000 kes setahun. Terdapat juga keadaan buah zakar sebelah yang tiada itu memang tiada atau tidak menjadi. Ini hanya boleh dikesan dari ujian pengimbasan. Masalah buah zakar yang tiada itu dikenali sebagai kryptorkidisme. Buah zakar ketika janin sedang berkembang dalam rahim ibu ialah organ yang berkedudukan dalam perut. Tiba bulan keempat dan lima, kedua-dua buah zakar itu akan menurun dan keluar dari badan dan masuk ke kerandut. Kadang kala perjalanannya terentap dan bayi lelaki itu didapati hanya ada satu buah zakar. Jika dibiarkan tanpa membuat apa-apa, 50 peratus turun ke dalam kerandut. Tetapi jika sudah masuk dua tahun masih tiada, kebanyakan pakar bedah kanak-kanak akan melakukan pembedahan untuk memasukkan buah zakar yang terkandas itu ke kerandut buah zakar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
215
Lelaki yang mempunyai satu buah zakar masih mampu menghasilkan sperma yang mencukupi jika buah zakar itu normal. Terdapat kebengkakan dalam kerandut yang hanya kelihatan sekali sekala dan ada kaitan dengan aktiviti berat. Kadang kala kekembungan ini mudah mengempis. Ini ada kena mengena dengan sebahagian usus dalam perut yang termasuk kedalam ruang kerandut. Keadaan ini dikenali sebagi 'hernia'. Hernia perlu dikenalpasti melalui pemeriksaan doktor. Cara merawatnya ialah doktor melakukan pembedahan kecil untuk memasukkan usus itu kembali ke perut dan menguatkan bahagian yang lemah itu di antara perut dan kerandut. Pembedahan pemulihan ini tidak akan menjejaskan kesuburan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
216
KENCING TAK LAWAS, PEMUDA RISAU LELEHAN MAZI MUDAH KELUAR Soalan HAMPIR tujuh tahun saya menghadapi masalah kencing tidak lawas dan ini menyebabkan saya kesulitan untuk keluar ke mana-mana kerana terpaksa menahan kencing. Saya juga menghadapi masalah keluar air mazi jika terangsang yang tidak keterlaluan, contohnya seperti keluar bersama teman wanita meskipun saya tidak melakukan sebarang perkara yang merangsangkan waktu bersamanya. Saya pernah ke hospital kerajaan tetapi ubat yang diberikan tidak memberi kesan terhadap masalah yang saya hadapi. Harap doktor dapat membantu. HAMDI | Pulau Pinang. Jawapan ADA sebilangan lelaki yang mengalami masalah lelehan keluar daripada salur kencing selepas selesai buang air kecil dan ini menyulitkan lelaki itu apabila menunaikan solat di luar rumah jika dia tidak membawa bekalan sarung bersih untuk ditukar sebelum bersembahyang kerana memikirkan lelehan itu najis. Jika ia bukan najis, soal menukar pakaian bersih tidak timbul. Kemungkinan air kencing terkeluar selepas selesai kencing dan ketika memakai pakaian dalam kembali, memang perkara yang paling jarang berlaku. Ini pun berlaku kepada mereka yang berumur di mana pintu pundi kencing tidak tutup padat selepas kencing, terutama bagi lelaki yang sudah menjalani pembedahan pada pundi prostat. Masalah dialami mungkin sama iaitu keluar lelehan seperti lelaki yang berumur itu tetapi apa yang membezakannya adalah air yang keluar itu air mazi. Ketika lelaki itu kemut beberapa kali untuk mengeluarkan titisan akhir daripada salur kencing, pundi cowpers yang berdekatan terangsang dan mengeluarkan lelehan. Ini sebenarnya ialah air mazi, oleh itu ia bukan najis. Ada sebilangan lelaki yang mudah sangat menghasilkan air mazi terutama ketika dalam keadaan terangsang. Keadaan ini dikenali sebagai resdung zakar dan bukan penyakit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
217
Masalah ini tidak memberi sebarang kesan kepada lelaki itu kecuali melemaskannya kerana kesulitan yang timbul akibat lelehan itu sehingga dia terpaksa menukar pakaian dalamnya kerana kebasahan. Jika air yang keluar itu keterlaluan, mungkin makan ubat resdung (antihistamines seperti piriton dan polaramine) dapat mengawalnya. Ubat ini perlukan rujukan daripada doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
218
RISAU SAIZ ALAT KELAMIN KECIL Soalan SAYA berusia 27 tahun tetapi saiz zakar saya sangat kecil berbanding lelaki sebaya saya. Panjangnya hanya empat sentimeter dengan lilitan yang kecil. Bolehkah doktor membantu? Insan biasa | Johor. Jawapan MEMILIKI bentuk dan saiz zakar sempurna adalah idaman semua lelaki terutama bagi mereka yang kurang yakin dengan anugerah diberikan Tuhan kepadanya. Tidak dinafikan ada sebahagian kecil memiliki zakar yang kecil iaitu 'micropenis' di mana ukuran panjangnya tidak lebih daripada enam sentimeter (sm) dan ukur lilit antara enam hingga lapan sm ketika ereksi. Ia sudah tentu menyukarkan kedua-dua pasangan ketika bersetubuh. apabila setiap kali cuba melakukan persetubuhan dia hanya dapat menyalurkan zakar ke dalam faraj dan tidak dapat bergerak kerana setiap kali bergerak ia akan terlepas. Saiz faraj adalah antara enam hingga sembilan sm dan boleh mengembang mengikut acuan zakar lelaki. Jika zakar berukuran sembilan sm atau lebih ia sudah mencukupi. Malah, saiz zakar lelaki boleh membesar sedikit jika kerap melakukan persetubuhan. Jika lama tidak bersetubuh ia akan mengecut dan mengecil.Saya dapati sebahagian lelaki agak sensitif dengan bentuk dan saiz walaupun ia sebenarnya sudah memuaskan. Mereka akan mencuba segala cara untuk menambahkan saiz dan bentuk walaupun ia sebenarnya berbahaya dan yang berisiko. Salah satu kaedah berbahaya dan berisiko ialah kaedah 'somatotherapy' di mana pengamalnya lazimnya bukan doktor. Mereka memberi suntikan vitamin C, minyak cendana atau produk tidak diiktiraf ke bawah kepala zakar. Ini menyebabkan berlakunya keradangan yang agak ketara sehingga keseluruhan zakar membesar dan kembang. Memang zakar kelihatan besar tapi tak berguna! Ia tidak boleh disalurkan ke dalam faraj kerana yang besar adalah kulit dan bukan batangnya. Sama juga dengan kaedah urut mengurut dengan segala minyak seperti minyak lintah, minyak dhab atau minyak ikan belacak, ia hanya perbuatan sia-sia. Penggunaan alat pam vakum juga tidak berkesan kerana kulit akan kelihatan hitam dan hodoh. Pam vakum digunakan untuk mengatasi mati pucuk bukan untuk menambah saiz.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
219
Alat penarik otot zakar sudah diuji kaji kini dan ada di pasaran adalah andropenis. Ia sejenis alat mesra pengguna dan dapat menambah di antara dua hingga lima sm saiz ukur panjang dan ukur lilit yang tetap. Alat ini sebenarnya direka untuk tujuan meluruskan zakar yang bengkok atau penyakit Peyronie. Secara kebetulan ia didapati boleh membantu menambah saiz zakar 'micropenis'.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
220
HUBUNGAN SEKS KETIKA HAMIL Soalan BOLEHKAH saya melakukan persetubuhan ketika isteri hamil dan apakah kesannya jika air mani dipancutkan ke faraj isteri yang hamil? Berapa usia kandungan yang dibolehkan untuk melakukan persetubuhan? UNCLE | Perak. Jawapan PERSETUBUHAN ketika isteri hamil tidak ditegah kecuali isteri mengalami pendarahan yang mungkin petanda kehamilan itu tidak stabil atau kemungkinan berlaku keguguran. Ejakulasi sudah tentu akan berlaku dan tiada masalah jika air mani terpancut ke faraj kerana ia tidak mengganggu kehamilan atau menyebabkan tekanan kepada kandungan. Pernah dilaporkan air mani dalam faraj boleh mencetuskan cengkaman rahim dan mengakibatkan wanita itu bersalin awal. Bagaimanapun, ia hanya laporan tidak berasas dan kemungkinan ia berlaku tiada kerana tahap kimia 'prostaglandin' dalam air mani tidak cukup untuk mencetuskan cengkaman rahim. Jadi anda jangan risau kecuali ada pendarahan selepas bersetubuh.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
221
SUKAR KAWAL KENCING Soalan SAYA berusia 33 tahun dan belum berkahwin. Sejak akhir-akhir ini saya sering terjaga malam untuk membuang air kecil. Adakah ia sesuatu yang normal? Saya juga tidak boleh menahan kencing terlalu lama dan boleh menyebabkan perut saya sakit. Sekiranya menahan kencing, perut saya seperti masuk angin dan selepas membuang air kecil, saya akan kentut. Adakah ini tanda masalah prostat? Saya pernah membaca mengenai saw palmetto, sejenis bahan yang membantu lelaki bermasalah prostat dan sistem pembuangan bagi lelaki berumur 50 tahun ke atas. Bolehkah saya mengambil vitamin yang mengandungi bahan ini walaupun saya belum berusia 50 tahun? HAIRIL | Damansara. Jawapan KENCING kerap, biasa untuk semua individu jika minum banyak dan dalam cuaca sejuk. Jika suatu ketika dulu, kekerapan melakukan onani dan lama tidak melakukannya, pundi prostat di hujung pundi kencing boleh mengembang ketika lelaki itu terangsang dan menyempitkan salur kencing. Keadaan ini menekan pundi kencing dan memberi perasaan hendak membuang air kecil. Ini boleh berlaku bila-bila masa jika rangsangan syahwat kerap dan tiada kelegaan seperti mengeluarkan air mani (onani). Perkara ini jarang berlaku kepada lelaki yang sudah berkahwin dan mereka yang melakukan onani secara berterusan. Selain itu banyak sebab lain yang membuatkan seseorang itu ingin membuang air kecil secara kerap seperti keradangan pundi kencing akibat jangkitan pada pundi kencing. Kadangkala usus yang mengembang akibat angin juga memberi tekanan kepada pundi kencing dan apabila lelaki itu sudah membuang angin atau membuang air besar, pundi kencing tidak rasa tertekan dan dia berasa lega. Ada juga keadaan dikenali sindrom pundi kencing meragam atau 'irritable bladder syndrome'. Lelaki mengalaminya akan berasa kerap ingin membuang air kecil. Ini berlaku apabila lelaki itu berasa resah dan jika dia dapat mengawal perasaan gelisah itu, perasaan hendak membuang air kecil juga terkawal.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
222
Lelaki mempunyai pundi prostat mengembang, secara langsung memberi tekanan kepada pundi kencing, akan berasa selesa jika dia mengambil herba saw palmatto, ekstrak daripada pokok Mexican dwarf palm. Jika sudah memakan herba ini dan tiada kesan, elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
223
TIADA NAFSU PADA TUNANG Soalan Lebih bernafsu pada bekas teman wanita SAYA bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Masalahnya, saya tidak bernafsu terhadap tunang saya. Perasaan itu berbeza dengan bekas teman wanita saya yang saya kenali sebelum ini. BEN | Kuala Lumpur. Jawapan SEBILANGAN pasangan mengalami tekanan sebelum ke jinjang pelamin kerana khuatir tidak dapat memberi kebahagiaan dan kepuasan seks kepada pasangan mereka atau bimbang kehilangan kebebasan sebagai individu. Dalam keadaan agak tertekan, mereka lebih selesa tidak memikirkan cabaran perkahwinan bakal ditempuhi. Dalam keadaan itu, perasaan mereka terkeliru seperti mudah terangsang dengan orang selain bakal isteri atau suami. Jika anda mengalami perasaan sedemikian, tabahkan hati dan kekalkan pendirian untuk menyahut cabaran perkahwinan itu. Insya-Allah perkara yang baik menjadi lancar dan perasaan negatif berubah kepada positif. Perasaan tidak mudah terangsang dengan pasangan tetapi pantang jika teringat orang lain adalah suatu tindak balas biasa dan tidak boleh dijadikan sebagai pengukur.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
224
TABII SEKS SUAMI LUAR BIASA Soalan SUAMI saya mempunyai keinginan seks luar biasa. Adakah ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan saya? ISTERI RISAU | Perak. Jawapan KEINGINAN nafsu syahwat tidak sama antara individu, termasuk pasangan kelamin dan tiada cara hubungan seks luar biasa mengikut cara tertentu. Hubungan seks secara oral sama ada dilakukan suami atau isteri tidak mendatangkan masalah kecuali pasangan tidak sanggup melakukannya. Dalam hal ini sudah tentu sebelah pihak menikmati keseronokan sedangkan pasangannya tertekan. Cara paling baik ialah kedua-duanya berbincang mengenai cara yang sanggup mereka lakukan. Tidak salah mencuba bagi menentukan sama ada cara itu boleh diterimanya. Paksaan tidak dapat menyelesaikan masalah, malah mungkin menimbulkan perselisihan faham. Dalam Islam, keselesaan dan keseronokan kedua-dua pihak adalah mustahak dalam menghayati hubungan seks.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
225
MALU KURANG SIFAT KELELAKIAN Soalan SAYA seorang lelaki lembut dan bahagian tubuh seperti lengan, kaki, ketiak dan tempat sulit tidak ditumbuhi bulu. Saya malu kepada keluarga dan rakan yang sering menyindir. Saya sudah melakukan pelbagai cara, namun tiada perubahan. Bagaimana hendak melebatkannya dan adakah ia mempunyai kaitan dengan keturunan atau masalah lain? VARG | Selangor. Jawapan BAGI lelaki bulu roma mula tumbuh pada awal baligh hasil tindak balas hormon androgen di pundi adrenal. Perwatakan lelaki dan wanita dipengaruhi persekitaran dan tindak balas hormon seks jantina masing-masing. Contohnya, ada perempuan dengan karakter lebih agresif atau kelakian. Ia mungkin tekanan persekitaran (misalnya dibesarkan dalam keluarga ramai anak lelaki). Pertumbuhan bulu roma badan mempunyai kaitan dengan keturunan dan tindak balas kulit terhadap hormon androgen. Jika keturunan lelaki itu bulu romanya memang tidak lebat, dia akan mengalami keadaan yang sama. Jika kulitnya tidak menerima hormon androgen mencukupi, bulu roma tidak kelihatan atau tidak lebat. Dalam keadaan itu, tiada gunanya memakan hormon androgen-testosterone untuk melebatkan bulu roma. Terapi hormon androgen hanya diberi doktor jika masalah kesihatan berkaitan kekurangan hormon berkenaan. Doktor boleh melakukan ujian darah mengukur tahap hormon kesuburan (gonadotrofin) dan testosterone, jika rendah, hormon gantian diberi. Menambah hormon androgen boleh memberi kesan sampingan seperti bertindak agresif, gelisah dan mudah terangsang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
226
Pengambilan secara berterusan dalam jangka panjang boleh merosakkan buah zakar dan mengakibatkan kemandulan. Bagi sesiapa yang berasa dirinya kurang sifat kelelakian, jangan mencuba untuk menambahkan keperkasaannya dengan mengambil androgen tanpa pemeriksaan doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
227
BIMBANG MUDAH TERANGSANG Soalan SAYA mengalami masalah mudah terangsang walaupun hanya berbual atau berjalan bersama teman wanita. Dalam masa tidak sampai lima minit, air mazi akan terkeluar. Adakah ia boleh mengganggu tahap kesuburan saya apabila berkahwin nanti? INGIN TAHU | Perak. Jawapan LELAKI memang mudah terangsang jika dia merelakan dirinya untuk terangsang. Jadi tidak hairan jika lelaki yang hanya menelefon dan berbual mesra dengan teman wanitanya akan terangsang dengan suara pasangannya. Rangsangan ini dikenali sebagai rangsangan pendengaran atau ‘auditary stimulation’. Selain itu lelaki mudah mencapai rangsangan dengan melihat perkara yang mengghairahkan seperti gambar lucah atau bentuk tubuh wanita dan ini dikenali ‘visual stimulation’. Ini ialah perubahan semula jadi dan bukan penyakit. Jadi, anda tidak perlu bimbang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
228
TAK SEIMBANG PERKARA BIASA Soalan BUAH zakar sebelah kiri saya melurut ke bawah dan terdapat seakan-akan gumpalan di dalamnya. Adakah ia normal? Seperkara lagi bagaimana hendak memilih seluar dalam sesuai sama ada yang betul-betul ketat atau longgar sedikit? Adakah seluar pendek atau boxer short lebih sesuai? SHARQUE | Kuala Lumpur. Jawapan KEDUDUKAN kedua-dua buah zakar dalam kerandut sememangnya tidak seimbang. Memang buah zakar sebelah kiri dilihat lebih kerap ke bawah berbanding di sebelah kanan. Jarang kelihatan buat zakar yang seimbang. Selain kerandut buah zakar, ia ditampung otot kremester, begitu juga dengan zakar yang ditampung ligamen ‘suspemsory’. Jadi, kemungkinan buah zakar atau zakar terlurut ke bawah tidak akan berlaku. Seluar dalam longgar dan selesa seperti boxer short memang sesuai supaya buah zakar dan zakar tidak tertekan. Gumpalan yang didapati atas buah zakar itu adalah salur darah yang kembang. Ia dikenali sebagai varikosel dan biasa kelihatan pada buah zakar sebelah kiri. Gumpalan itu jarang membesar atau mengembang dan jika berlaku, kadangkadang akan terasa senak. Jika bukan masalah varikosel, anda tidak perlu bimbang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
229
UBAT SELESEMA JEJAS EREKSI Soalan SAIZ zakar saya seolah-olah mengecil dan ereksinya tidak padat selepas mengambil ubat selesema selain buah zakar kerap terasa sejuk. Apakah puncanya? JUSOH | Terengganu. Jawapan UBAT selesema boleh menyempitkan perjalanan darah untuk memberi kelegaan kepada mukosa hidung supaya keradangan tidak berlaku dan tersumbat. Ia boleh memberi kesan kepada zakar apabila salur darah zakar mengecut. Zakar adalah organ vaskular yang besar dan tidak hairan jika lelaki yang mengambil ubat selesema akan mengalami masalah untuk mencapai ereksi padat kerana kesan ubat itu masih ada dalam badannya. Kesan itu bukanlah kekal. Apa yang anda alami mungkin tekanan minda dan perasaan yang berlaku akibat perkara itu. Walaupun tiada kesan ubat, ia mengganggu mental dengan berasa was-was atau kurang yakin. Perjalanan darah ke otot zakar tidak lancar kerana kesan hormon adrenalin yang keluar ketika individu itu berasa cemas dan tertekan. Selagi perasaan seperti itu ada, masalah ini terus kekal.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
230
KENAL PASTI PUNCA MASALAH TIDAK SUBUR Soalan BENARKAH air mani yang cair punca kegagalan mendapatkan anak? Boleh doktor terangkan punca ia berlaku dan bagaimana untuk merawatnya? BECK | Johor. Jawapan AIR MANI cair bukanlah punca kegagalan mendapatkan anak. Sebaliknya air mani yang pekat dan lambat cair punca masalah kesuburan lelaki. Air mani mengandungi lima hingga 10 peratus sperma jika lelaki itu tidak mandul. Selepas ejakulasi, air mani masih pekat dan ia akan cair selepas 15 minit. Jika air mani itu terlalu pekat dan lambat cair, sperma di dalamnya tidak dapat bergerak. Sperma hanya dapat bergerak apabila air mani menjadi cair. Kehamilan hanya boleh berlaku jika air mani yang disalurkan ke dalam rahim itu mengandungi sperma. Itu pun jika bilangan sperma normal (lebih 20 juta), berbentuk normal (lebih 30 peratus berbentuk normal) dan aktif (lebih 40 peratus dapat bergerak ke depan dengan pantas). Bagi suami isteri yang betul-betul mahukan anak tetapi masih tidak mempunyai tanda-tanda kehamilan, elok berjumpa doktor segera. Itu jalan terbaik kerana amat penting untuk mengenal pasti punca masalah kesuburan sebelum mendapatkan rawatan. Masalah kesuburan bukan masalah individu tetapi masalah pasangan. Lebih cepat menjalani pemeriksaan, maka lebih cepat dapat diketahui masalah kesuburan sebenar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
231
TERLALU CEPAT KLIMAKS Soalan SAYA sudah berkahwin tiga bulan lalu, tetapi setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya mengalami masalah klimaks terlalu cepat. Ini membuatkan saya dan isteri melakukannya sekali lagi kerana tidak puas. Bagaimanapun, saya perlu berehat seketika sebelum bersama kembali. Kebiasaannya hubungan kali kedua itu saya boleh bertahan lama dan kami sama-sama puas. Cuma yang merunsingkan saya ialah kenapa saya sukar bertahan dalam hubungan seks yang pertama? NAZROL | Negeri Sembilan. Jawapan SEBAHAGIAN besar lelaki yang melakukan hubungan seks mendapati mereka mudah sangat klimaks walaupun belum cukup bersedia. Ini membuatkan mereka cemas dan tertekan terutama jika isteri mereka mula bersuara mengenai ketidakpuasan yang berlaku kepada hubungan itu. Bagi isteri, apabila suami klimaks ia bermakna suami sudah puas. Bagaimanapun, mereka tidak sedar bahawa suami masing-masing sebenarnya turut belum cukup puas dengan hubungan seks yang dilakukan itu. Lelaki yang masih bertenaga dan mahu mencuba bersetubuh kali kedua akan mendapati mereka dapat mengawal ereksi dengan lebih lama serta lebih puas. Bagaimanapun, tidak ramai lelaki yang sanggup menunggu untuk mencapai ereksi kedua. Masalah cepat klimaks sudah banyak kali dibicarakan. Masalah utamanya ialah kerana daya kawalan ejakulasi tidak kukuh. Jika lelaki yang mengalami masalah ini dapat mengawal ereksi ke tahap yang padat dan ejakulasi akan berlaku tepat pada masanya. Jika tidak, anda boleh menggunakan getah penambat yang diikat pada pada pangkal zakar. Dalam keadaan sebegitu zakar dengan ereksi padat tidak mudah tewas kerana keadaan sedikit kurang selesa itu dapat mencegah klimaks sehingga lelaki itu sendiri mahukannya. Selain itu, kaedah mengemut boleh dipraktikkan dengan menggerakkan zakar di dalam faraj dalam keadaan kemut (seperti menahan membuang air kecil atau besar).
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
232
Krim pengebas juga boleh disapu pada hujung zakar yang begitu sensitif. Bagaimanapun, hanya 30 peratus saja yang berjaya dengan kaedah ini. Anda juga boleh menggunakan ubat melambatkan klimaks seperti Sertralin (Zoloft) atau ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra dan Cialis (tetapi perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dulu). Ia tidak melewatkan ejakulasi tetapi dapat membantu mencapai ereksi kedua dalam masa yang singkat. Selain berusaha memanjangkan masa intimasi, sentuhan dan belaian dapat membatu melegakan tekanan kepada kedua-dua pihak. Jika masih buntu juga, segeralah berjumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
233
SEKS: PEMUDA SENSITIF Soalan SAYA sudah berusia 26 tahun dan dilahirkan dengan memiliki sebiji buah zakar saja. Keadaan ini membuatkan saya berasa rendah diri. Apabila rakan sebaya memperkatakan mengenai seks, saya kerap menyisihkan diri sehingga berasa tidak yakin dengan diri sendiri. Saya tahu ia adalah kehendak Ilahi, tetapi perkara ini membuatkan saya menjadi begitu sensitif. Bolehkah masalah ini diatasi? Mungkinkah saya boleh menjalani pembedahan atau ada alternatif lain? AIDI | Johor Bahru. Jawapan MEMANG hasrat manusia mahukan anggota tubuh badan yang sihat dan sempurna. Jika ada sedikit perbezaan atau kekurangan, individu yang mengalami masalah terbabit berasa dirinya serba kekurangan. Jika ia tidak dapat dipulihkan, maka dia akan mengalami tekanan. Sememangnya lelaki yang mempunyai satu buah zakar berasa rendah diri akibat kekurangan itu. Bagaimanapun, ia sebenarnya tidak menjejaskan dirinya sebagai seorang lelaki atau kesuburannya. Ini kerana satu buah zakar yang sihat sudah mencukupi untuk menghasilkan bilangan sperma berkualiti. Buah zakar yang tiada dalam kerandut itu sebenarnya ada dalam perut kerana tersangkut ketika janin masih dalam rahim ibu. Selepas lahir, kebiasaannya buah zakar yang tersangkut itu turun dalam masa setahun dan jika tidak berlaku, doktor melakukan pembedahan kecil untuk menurunkannya kembali ke dalam kerandut. Jika pembedahan pemindahan buah zakar lewat dilakukan, ia akan rosak dan tidak mampu menghasilkan sperma. Jika pembedahan dilakukan dalam peringkat dewasa, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu tidak kelihatan kerana terlalu kecil. Jika nampak pun, ia mungkin tidak dapat diturunkan. Kebiasaannya buah zakar sebegini dibuang supaya ia tidak menimbulkan masalah seperti barah buah zakar. Kemungkinan perubahan jarang berlaku kepada buah zakar yang tersangkut ialah tujuh hingga 14 kali ganda dan jangkitan barah buah zakar kurang dari satu kes dalam 100,000 kes setahun. Anda perlu menerima hakikat yang anda hanya mempunyai satu buah zakar dalam kerandut (satu lagi didalam perut). Anda tidak perlu bimbang kerana
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
234
kemungkinan ia menimbulkan masalah seperti barah buah zakar amat tipis dan pembedahan yang akan dilakukan itu berisiko. Anda sepatutnya bersyukur kerana mempunyai tubuh badan yang sihat dan mempunyai fungsi kelelakian yang sempurna.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
235
BENGKAK BOLEH JEJAS FUNGSI Soalan SUAMI saya berusia 40 tahun, mengalami bengkak zakar dan saya tidak tahu puncanya. Disebabkan bengkak itu, dia akan mengidap sakit setiap kali berbaring. Bagaimanakah ia boleh dirawat? ISTERI RISAU | Perlis. Jawapan SETIAP penyakit ada penawarnya termasuk penyakit berkaitan alat kelamin lelaki dan wanita. Masalah bengkak pada zakar itu mempunyai banyak sebab. Antaranya mungkin akibat keradangan kerana jangkitan atau masalah sistem dalaman. Jika bengkak itu tidak dipulihkan, mungkin zakar itu boleh hilang fungsinya. Justeru, jangan biarkan masalah itu dan segera dapatkan rawatan doktor. Kini dengan teknologi dan rawatan moden, sikap seperti enggan berjumpa doktor kerana takut anggota yang berpenyakit itu dibedah tidak lagi timbul. Paling mustahak jangan tunggu lama sekiranya ada masalah kesihatan. Lagi cepat berjumpa doktor lebih cepat masalah itu dapat dirawat. Saya syorkan kepada anda yang bimbang mengenai masalah suami anda itu segera ke hospital dan dapatkan rawatan. Itu paling baik serta jangan membazir masa dan wang ringgit berurusan dengan perkara tahyul dan ghaib. Jika dibiarkan lebih lama, ia akan merebak sehingga tidak boleh disembuhkan lagi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
236
KASIHAN ISTERI TIDAK PUAS Soalan SAYA baru berkahwin dua bulan lalu, tetapi kini menghadapi masalah dalam hubungan seks bersama isteri. Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya klimaks terlebih dulu berbanding isteri. Selain itu, saya hanya mampu ejakulasi sekali saja. Selepas itu saya seperti tidak mempunyai tenaga untuk meneruskan persetubuhan. Saya kasihankan isteri saya kerana dia tidak mendapat kepuasan maksimum. Kadang-kadang dia meminta saya meneruskan persetubuhan, malangnya saya sudah tidak berdaya. Apa yang perlu saya lakukan? Saya tidak mahu masalah ini boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga saya. BRAHIM | Pulau Pinang. Jawapan HUBUNGAN seksual adalah satu-satunya hubungan yang menyeronokan pasangan kelamin yang sudah bersedia dan berkemampuan daripada segi fizikal dan mental. Bagi pasangan yang baru berkahwin sudah tentu hubungan ini dapat membantu menjalin kemesraan. Hubungan seksual yang dimaksudkan ialah hubungan fizikal seperti sentuhan kulit dan tubuh termasuk hubungan anggota syahwat. Sudah menjadi lumrah, pasangan baru berkahwin memang begitu sensitif dengan sebarang rangsangan seksual. Mereka selalu bergegas untuk melakukan sentuhan zakar dan faraj. Mereka tentu kecewa apabila pasangan lebih cepat klimaks. Lelaki sering klimaks awal kerana mudah terangsang dan jika anggota yang sudah terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu terjadi klimaks awal. Kedua-dua pasangan digalakkan bercumbu terlebih dulu dan jangan terus melakukan hubungan penetrasi walaupun berlaku ereksi. Tumpukan perhatian kepada tubuh isteri dengan menyentuh tempat yang sensitif. Anda juga boleh gunakan losyen aromatik atau bedak wangi dan lakukan sentuhan erotik jika itu yang dikehendaki isteri. Seterusnya apabila isteri sudah bersedia, barulah lakukan hubungan seks.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
237
Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, amalkan kemutan pada otot lantai pelvik (seperti sedang menahan membuang air kecil atau besar) dan teruskan persetubuhan sehingga pasangan anda puas. Ada alat penahan ereksi atau ‘penile ring’ di pasaran. Ia boleh dipakai ketika ereksi berlaku dan alat itu dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi. Ia boleh diguna sebagai alat ‘pelatih’ untuk mengekalkan ereksi dan mengelak berlaku ejakulasi cepat. Ia dipakai ibarat menyarung cincin ke pangkal zakar yang sedang ereksi padat, Jadi, darah kekal di dalam otot zakar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
238
BERTAHAN LAMA Soalan ADAKAH sebarang kajian yang menunjukkan tahap kemampuan seseorang lelaki untuk bertahan dalam hubungan? Ini kerana banyak lelaki gagal bertahan lama ketika melakukan hubungan seks. FIRDAUS, Sungai Besar, Selangor. Jawapan KAJIAN dilakukan Dr Alfred Kinsey di Amerika Syarikat menunjukkan tempoh bersetubuh dari kemasukan zakar kepada ejakulasi ialah dua setengah minit. Ada sebilangan kecil dapat bertahan lebih daripada tempoh itu seperti lima minit. Namun jarang mampu bertahan sehingga 10 minit. Perkara itu bergantung kepada keadaan ketika hendak melakukan hubungan seks. Jika pasangan lelaki terlalu terangsang dan tidak dapat mengawal diri mungkin ejakulasi menjadi cepat. Jika melakukannya dengan keadaan yang selesa dan mengambil masa mungkin boleh tahan lama serta dapat mengubah posisi dan gaya. Jika setiap kali melakukan hubungan seks, seseorang itu cepat klimaks mungkin lelaki berkenaan mengalami masalah cepat klimaks. Pendek kata, jangka masa hubungan seks tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah suatu perkara menyeronokkan. Dengan kerjasama yang erat antara suami dan isteri sudah tentu pasangan tidak sedar masa berlalu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
239
OTOT KREMESTER BERBEZA Soalan ADAKAH normal bagi lelaki mempunyai buah zakar yang tidak sama besar? Begitu juga dengan zakar yang membengkok ke atas ketika ereksi. Adakah ia normal dan boleh berfungsi dengan mantap? MALINJA | Selangor. Jawapan KEDUDUKAN buah zakar dalam kerandut memang tidak seimbang. Ia adalah semula jadi kerana otot tampungan buah zakar, iaitu otot kremester berbeza dengan buah zakar kiri dan kanan. Dalam kajian yang dilakukan, kira-kira 60 peratus kedudukan buah zakar sebelah kiri lebih ke bawah berbanding kanan, manakala 40 peratus adalah sebaliknya. Jarang sekali kedua-dua buah zakar akan berada pada kedudukan sama kecuali dalam keadaan suhu sejuk kerana kerandut buah zakar akan mencengkam. Zakar ketika menegang atau ereksi memang akan melengkung ke atas dan kadang-kadang kedudukannya tidak lurus. Ia adalah perkara biasa dan anda tidak perlu bimbang. Begitu juga dengan kedudukan faraj yang juga tidak lurus. Ia melengkung untuk memudahkan kemasukan zakar. Namun, jika zakar membengkok sehingga sukar untuk ditusuk ke dalam faraj sewaktu persetubuhan, anda perlu berjumpa doktor. Masalah itu boleh diatasi dengan pembedahan atau penggunaan alat penarik otot zakar seperti Andropenis.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
240
HUBUNGAN BERSAMA ISTERI HAMBAR Soalan SAYA mempunyai zakar yang agak besar, dengan ukuran 14 sentimeter, namun hubungan seksual dengan isteri hambar. Berikutan saiz sebegitu, saya sukar memasukkan zakar ke dalam faraj isteri. Malah, jika dimasukkan isteri saya akan kesakitan. Adakah masalah ini berlaku disebabkan zakar saya terlalu besar atau faraj isteri saya yang terlalu kecil? LELAKI RUNSING, Nilai, Negeri Sembilan. Jawapan MEMANG saiz zakar anda agak luar biasa bagi seorang lelaki tempatan. Apa yang anda miliki itu bukanlah penyebab masalah yang anda alami. Sebaliknya ia berpunca daripada isteri anda yang tidak dapat memberi kerjasama baik dalam hubungan seks. Faraj adalah anggota yang fleksibel. Ia boleh mengembang dan memanjang jika wanita itu tahu cara melakukannya. Jika bayi dengan saiz yang lebih besar boleh dikeluarkan, faraj sebenarnya boleh menerima apa saja saiz dan bentuk zakar. Ukuran normal bagi faraj ialah tujuh hingga sembilan sentimeter. Disebabkan mukosa faraj berlapik-lapik dan kenyal, ia boleh mengembang, memanjang dan meluas sehingga empat kali ganda. Dalam konteks ini, zakar berukuran 14 sentimeter bukanlah satu masalah bagi faraj sebenarnya. Isteri anda mungkin agak fobia sehingga dia gagal menerima zakar untuk dimasukkan ke dalam farajnya. Untuk mengurangkan kesakitan isteri, mungkin anda boleh menggunakan bahan pelincir seperti Top Gel. Anda perlu memasukkan sedikit demi sedikit dan perlahan supaya corong faraj dapat melega dan memanjang. Lama-kelamaan pasti isteri anda dapat menerima zakar anda tanpa rungutan dan fobia lagi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
241
ISTERI TIADA MOOD Soalan SAYA mempunyai isteri berusia 31 tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah dia sering dingin seks terhadap saya. Apabila ditanya, alasannya ialah tiada mood. Saya amat kecewa dengan jawapannya itu. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah berkenaan? Ada atau tidak sebarang ubat untuk membolehkan isteri saya bernafsu semula? HAZAMI | Bandar Utama, Petaling Jaya. Jawapan AKTIVITI seksual adalah hubungan intim yang mengeratkan kemesraan suami isteri dan sudah tentu menyemarakkan hubungan silaturahim mereka. Jika ada masalah dalam hal hubungan seksual, perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan dan perlu dipulihkan. Ia boleh dilakukan dengan cara sendiri yang memerlukan kerjasama suami isteri atau bimbingan kaunselor yang mahir dalam hal hubungan intim. Hubungan seksual memerlukan kerjasama suami dan isteri dan masing-masing perlu memainkan peranan. Suami tidak wajar melepaskan tanggungjawab mengurus rumah kepada isteri. Dalam keadaan itu isteri letih dan tertekan, sudah tentu suasana seronok untuk berasmara tiada. Jika sama-sama menjalankan peranan sudah tentu tiada tekanan kepada manamana pihak dan suasana menjadi aman tenteram. Selain kerjasama dalam pengurusan rumah tangga, komunikasi antara pasangan memainkan peranan mengeratkan kemesraan. Bayangkan keadaan sebelum berkahwin betapa rapat dan mesra kerana dapat berkomunikasi. Keadaan berbeza selepas berbulan madu dan terutama selepas mempunyai anak. Jarang berinteraksi dan berkomunikasi dan lama-kelamaan perasaan mesra menjadi pudar. Sehubungan itu, hubungan seksual tidak lagi seperti dulu. Dalam keadaan letih dan tanpa perasaan isteri atau suami berasa dirinya tertekan tidak dapat memainkan peranan ketika melakukan hubungan seksual kerana hubungan seksual membosankan atau menjadi rutin.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
242
Masalah seksual boleh berlaku dengan isteri yang mengalami perasaan dingin (tiada mood) dan suami mengalami masalah ereksi atau cepat klimaks dan ia memberatkan lagi hubungan serta menekankan rumah tangga mereka. Kebanyakan pasangan kelamin jarang berbincang mengenai hubungan seksual. Mereka lebih suka menilai atau memikirkan kehendak pasangan daripada berbincang. Dalam keadaan sedemikian mereka melakukan sesuatu yang mungkin tidak sesuai untuk mencapai matlamat penilaian sendiri. Misalnya, suami berfikir isterinya tidak seronok bersetubuh kerana zakarnya kecil atau isteri berfikir pasangannya tidak melakukan hubungan seksual kerana suami tidak terangsang dengannya lagi. Berfikiran sedemikian tidak boleh disamakan dengan komunikasi, malah boleh menggugat suasana rumah tangga. Saya syorkan pasangan yang mengalami masalah keintiman bermuafakat dan bersama menyelesaikan masalah dengan baik. Jika keadaan tidak mengizinkan kerana kedua-duanya menyimpan perasaan negatif, elok bertemu pembimbing untuk kaunseling. Sekiranya ada masalah kesihatan, kaunselor boleh merujuk mereka kepada pakar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
243
TAK TAHAN LAMA SEJAK AMBIL UBAT SAKIT JANTUNG Soalan SAYA duda berusia 71 tahun dan baru mengahwini seorang janda berusia 35 tahun. Sejak mengambil ubat sakit jantung, nafsu seksual saya berkurangan dan ereksi zakar tidak bertahan lama kecuali pada masa tertentu seperti pada waktu pagi atau bila terasa ingin kencing. Apakah puncanya? Isteri saya pernah melahirkan anak melalui pembedahan. Kini dia sudah mengandung dan bolehkah dia bersalin secara normal? Sejak mengandung, isteri saya juga tidak mahu melakukan hubungan seks dan tidak mahu bermesra dengan saya. Boleh doktor perjelaskan kenapa isteri bersikap dingin? LELAKI VETERAN | Johor. Jawapan BAGI lelaki yang berusia seperti anda, risiko untuk mengalami disfungsi erektil (DE) adalah 70 hingga 75 peratus. Ini kerana sebahagian besar penyakit boleh berlaku kepada individu yang berumur. Antaranya kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung, kencing tidak lawas atau masalah pundi prostat (pundi bengkak dan menyempitkan salur kencing). Jika baru mengalami sakit jantung, masalah disfungsi erektil belum ketara dan hubungan seksual masih boleh dilakukan. Apabila kemasukan darah ke dalam otot zakar tidak mencukupi, zakar menjadi kendur dan seterusnya menggagalkan hubungan seks. Jadi cara yang sesuai untuk meningkatkan pengaliran darah ke dalam zakar ialah dengan mengunakan pam vakum atau mendapat suntikan ubat pengembang salur darah (seperti Caverjet) yang akan disuntik ke dalam otot zakar setiap kali lelaki itu hendak bersetubuh. Pengambilan ubat PDE-5 Inhibitor seperti Viagra, Levitra atau Cialis juga antara langkah yang berkesan. Bagaimanapun, lelaki terbabit perlu menjalani pemeriksaan terlebih dahulu untuk memastikan ubat itu selamat (kebetulan tidak sesuai untuk mereka yang makan ubat jantung yang mengandungi nitrate). Wanita mengandung mudah letih dan lesu. Itu membuatkan mereka tidak berminat untuk melakukan hubungan seks kecuali untuk menunaikan kewajipan mereka terhadap suami. Selain daripada itu mereka tidak mudah terangsang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
244
Bagi yang pernah mengalami keguguran, hubungan seks seperti satu trauma dan amat ditakuti kerana khuatir akan mengalami keguguran lagi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
245
RIMAS MUDAH TERANGSANG Soalan SAYA masih remaja dan sangat mudah terangsang. Ini membuatkan saya rimas dan runsing terutama apabila berhadapan dengan wanita. Bagaimanakah cara untuk mengelakkan ia berulang? JOHN | Lumut, Perak. Jawapan SEBAHAGIAN tanda baligh bagi lelaki ialah tumbesaran anggota kelamin dan reproduktif dalaman seperti buah zakar serta pundi menghasilkan air mazi. Ia adalah pundi prostat, seminal, cowpers dan littres (pundi yang menghasilkan air mazi dari salur kencing). Pundi-pundi itu menghasilkan cecair tersendiri ketika terangsang. Cecair yang keluar awal akibat rangsangan seksual (rangsangan mental akibat berdepan dengan perempuan) adalah daripada salur kencing. Warna cecair ini jernih dan melekit. Ia melicinkan salur kencing dan memudahkan pancutan air mani. Pada mulanya pengeluaran cecair ini mudah berlaku hingga seluar dalam boleh basah. Apabila lelaki remaja dapat meningkatkan kawalan diri daripada mudah terangsang, pengeluaran cecair itu berkurangan dan lama-kelamaan akan terkawal kecuali ketika melakukan onani.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
246
KECEWA TAK PUASKAN ISTERI Soalan SAYA berusia 25 tahun dan baru berkahwin tiga bulan lalu. Masalah saya sekarang ialah apabila melakukan hubungan seks dengan isteri, air mani saya kerap terpancut awal. Bagaimanapun, saya tetap meneruskan gerakan supaya isteri dapat mencapai klimaks walaupun zakar saya tidak tegang sepenuhnya. Dengan cara ini kadangkadang dapat membuat isteri saya mencapai klimaks. Namun, kadang-kadang saya gagal sehingga isteri tidak mencapai klimaks. Ini yang membimbangkan saya sekiranya dia tidak puas dalam melakukan hubungan seks dengan saya. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini dan mahu mengekalkan ketegangan zakar supaya dapat bertahan lama? SYED | Lumut, Perak. Jawapan KATA orang senjata itu hebat jika kita tahu cara menggunakannya. Jadi, jika zakar lelaki disamakan dengan senjata, maka lelaki yang tewas cepat dan tidak dapat kekalkan ereksi memang lemah dari segi penggunaan anggota itu. Sama seperti penggunaan senjata, kawalan minda amat penting kerana gerakan penggunaan senjata lebih fokus dan berkesan. Begitu juga dengan hubungan seks yang mana lelaki menggunakan zakarnya untuk memberi kepuasan kepada pasangan. Dia perlu memberi tumpuan kepada pergerakan zakar tanpa meningkatkan rangsangan kepada dirinya seperti menggesel pangkal alat kelamin ke langit anggota sulit pasangan. Cara itu memberi rangsangan yang kurang tetapi lebih hebat kepada pasangan kerana langit faraj begitu sensitif (ada G-Spot). Jika amalan onani dikaitkan dengan kelemahan daya tahan seksual, ada kemungkinannya jika ketika melakukan onani lelaki itu sengaja mempercepatkan klimaks. Kawal gerakan supaya tidak keluar daripada kawalan klimaks dan jika hendakkan klimaks, cepatkan hayunan sambil klimaks dan teruskan hayunan dengan kemutan. Hasilnya kedua-dua akan merasai nikmat hubungan seksual secara maksimum!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
247
Kaedah itu dikenali sebagai 'coital alignment' atau hubungan bersepadu! Bukan senang untuk mengamalkannya kerana kadang-kadang gagal juga! Bagaimanapun, lama-kelamaan anda menjadi biasa dan lebih cekap.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
248
LAMBATKAN PROSES EJAKULASI Soalan ADAKAH kekerapan minum minuman sejuk (berais) boleh mengurangkan ketahanan zakar dan mengakibatkan cepat klimaks atau ejakulasi? Jika ia benar, bagaimana kaedah sesuai untuk melambatkan proses ejakulasi? SYAM, Yan, Kedah. Jawapan EREKSI adalah semula jadi bagi semua lelaki. Apabila lelaki dapat mengawal tahap kepadatan ereksi dan rangsangan sentuhan yang dialami penghujung ereksi, maka dia dapat mengawal ejakulasi. Lelaki yang pernah mengamalkan onani secara mengawal rangsangan dan sengaja melengah-lengahkan ejakulasi dapat mengawal ejakulasi apabila dia berdampingan dengan pasangan. Sebaliknya bagi lelaki yang mengamalkan onani secara membuta tuli, iaitu merangsang zakar dan cepat memancutkan air mani, dia bakal mengalami cepat klimaks apabila bersetubuh dengan pasangannya. Minum ais atau makan makanan ‘sejuk’ seperti tembikai tidak memberi apaapa kesan negatif kepada ereksi dan kemampuan atau daya tahan ejakulasi. Baru-baru ini, saya mencipta sejenis getah penambat pangkal zakar yang boleh dipasang pada pangkal zakar ketika ereksi. Getah penambat itu bakal memberi rasa kurang selesa kepada kulit pangkal zakar dan secara langsung mengurangkan rangsangan mental akibat persetubuhan. Selagi rasa kurang selesa itu masih diterima minda, selagi itu lelaki dapat mengawal ejakulasi. Apabila minda tidak lagi memberi tumpuan kepada perasaan negatif itu, sebaliknya memikirkan rangsangan positif yang berlaku pada hujung zakar, maka ejakulasi tercetus. Dengan adanya getah penambat itu, ereksi masih kekal walaupun tahapnya kurang sedikit tetapi masih boleh bergerak dan memberi kepuasan kepada pasangan. Ada pelbagai jenis getah penambat berkenaan dijual di pasaran dan harganya tidak lebih daripada RM20 seunit. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web www.drismailtambi.com.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
249
SUAMI TIDAK YAKIN Soalan SAYA penghidap kencing manis dan mengambil pil metformin empat biji sehari sejak 10 bulan lalu. Selain itu, saya memiliki tanda-tanda masalah disfungsi erektil. Saya berusia 32 tahun dengan ketinggian 178 sentimeter dan berat 106 kilogram. Sudah berkahwin dan Alhamdulillah, dikurniakan lima anak. Masalah lain, zakar saya agak pendek. Keadaan ini sedikit sebanyak mengurangkan keyakinan saya apabila ingin bersetubuh dengan isteri. Saya harap doktor dapat membantu saya. JAIS, Gombak, Selangor. Jawapan WALAUPUN anda merasakan zakar anda pendek, tetapi anda dilihat berkemampuan dalam hubungan seksual sehingga dikurniakan lima anak. Malangnya, masalah penyakit kencing manis menganggu kehidupan seksual anda sejak 10 bulan lalu. Masalah disfungsi erektil mempunyai kaitan dengan zakar yang tidak cukup tegang untuk tujuan persetubuhan. Bagi zakar kecil, ia lebih kepada keinginan untuk memiliki saiz besar . Kedua-dua perkara ini sebenarnya tidak mempunyai kaitan. Rawatan mengatasi masalah disfungsi erektil ialah memastikan pengaliran darah cukup ke ruang otot zakar supaya otot zakar padat dan ereksi tegap. Ini boleh dilakukan melalui beberapa cara rawatan seperti pengambilan ubat PDE5 Inhibitor seperti Viagra, Cialis dan Levitra atau suntikan ubat cavajet yang boleh melegakan otot zakar supaya banyak darah dapat memasukinya. Selain itu, ia boleh diatasi dengan menggunakan alat pam vakum. Menerusinya zakar yang tegang akan diikat dengan getah penambat supaya ketegangan dapat dikekalkan. Untuk menambah saiz zakar, alat penarik otot zakar atau 'penile extender' jenama Andropenis boleh digunakan untuk jangkamasa empat hingga enam bulan. Ia berkesan untuk menambahkan saiz ereksi secara tetap antara dua hingga lima sentimeter. Alat ini perlu dipakai mengikut panduan dalam buku atau
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
250
dengan bimbingan doktor. Jika berminat, sila layari laman web www.drismailtambi.com untuk maklumat lanjut dan untuk membuat tempahan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
251
KELUAR CECAIR KETIKA BUANG AIR BESAR Soalan SETIAP kali membuang air besar, ada cecair seperti air mani akan keluar melalui zakar saya. Namun, selepas saya mengalami ‘mimpi basah’ tidak lama selepas itu, ia tidak lagi keluar. Adakah ia sesutau yang normal? DNERD, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Jawapan LELAKI yang mengalami mimpi basah menandakan sistem reproduktif boleh berfungsi dengan baik. Ia juga menandakan zakarnya sudah mencapai tahap tumbesaran normal dan boleh berfungsi sehingga ke akhir hayat jika dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan kronik. Apabila lelaki terangsang, pengaliran darah ke zakar meningkat, begitu juga di prostat, seminal dan cowpers. Cecair jernih yang keluar dari salur kencing itu ialah air mazi yang dihasilkan pundi yang terdapat dalam salur kencing. Cecair yang sama dan bercampur cecair dari pundi cowpers dan prostat akan keluar apabila lelaki itu meneran atau mengemut ketika membuang air besar atau air kecil. Kekerapan pengeluaran cecair berkenaan kurang apabila pundi itu tidak lagi terangsang. Apa yang anda alami itu adalah normal dan bukannya penyakit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
252
KESAN TAHAN AIR MANI Soalan ADAKAH kesakitan yang dirasakan pada pangkal tepi perut kerana menahan mengeluarkan air mani boleh mendatangkan kesan kepada alat kelamin? MIDI FC | Kelana Jaya, Selangor. Jawapan Apabila lelaki terangsang, perjalanan darah kepada zakar meningkat dan anggota berkenaan menegang. Otot badan terutama sekali otot pinggang, perut, paha dan punggung berada dalam keadaan tegang ketika klimaks. Ketika seseorang itu dalam keadaan terangsang, otot badannya dalam keadaan separa mencengkam, apatah lagi jika mengawal daripada klimaks. Dia terpaksa menahan otot perut dan mungkin mengemut supaya proses permulaan ejakulasi terencat. Dengan menggunakan daya yang tinggi untuk mengawal ejakulasi, sudah tentu otot terasa tidak selesa, dan mungkin sakit atau lenguh. Perkara ini akan dialami setiap kali berkelakuan sedemikian. Jika mampu menerima keadaan tidak selesa itu, perkara itu bukan lagi masalah untuknya. Jika tidak selesa, apa yang harus dilakukan ialah menghentikannya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
253
ALAT KELAMIN BOLEH ‘PATAH’ Soalan SAYA mendapat tahu kononnya zakar boleh terpatah. Boleh doktor jelaskan bagaimana ia boleh berlaku dan apakah tindakan yang boleh diambil jika ia terjadi? JJ | Melaka Jawapan MEMANG pelik mendengar kes zakar terpatah kerana ia adalah anggota yang tidak bertulang. Bagaimanapun, memang zakar boleh patah tetapi kes sebegitu jarang dirujuk kepada doktor kerana ‘kepatahannya’ tidak ketara kerana tisu yang rosak itu boleh pulih. Zakar boleh patah sekiranya terhimpit atau ditindih ketika ia sedang menegang. Contohnya jika seseorang lelaki sedang tidur memusingkan badannya dan menindih zakarnya yang sedang menegang dengan badan. Ia boleh mengakibatkan zakar terkulai dan membengkak. Kebiasaannya jika ditekap dengan ais, bengkak itu akan susut dalam masa seminggu dan zakar akan kembali normal. Jarang zakar yang patah memerlukan pembedahan kecuali jika ada darah beku di dalam otot. Ada juga kes zakar terpatah semasa melakukan persetubuhan kerana ia terbengkok dengan ketara. Jika ia terjadi, persetubuhan tidak dapat dilakukan. Cara untuk memulihkannya ialah dengan menggunakan alat penarik otot zakar iaitu Andropenis. Cara untuk mengelak zakar patah ialah pastikan zakar yang sedang menegang padat tidak tertindih atau terhimpit dengan kuat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
254
AIR KENCING BERCAMPUR DARAH Soalan SAYA berusia 35 tahun dan mengalami satu masalah yang agak membimbangkan. Setiap kali saya membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks, saya dapati air kencing saya bercampur darah. Ia mengambil masa beberapa hari sebelum pulih seperti sedia kala. Akibat masalah itu, saya takut untuk melakukan hubungan seks dengan isteri. Saya bimbang perkara ini akan merenggang hubungan kami suami isteri. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada saya dan apakah yang boleh saya lakukan? LIZAM | Kuala Lumpur. Jawapan KENCING berdarah selepas bersetubuh memang merunsingkan lelaki yang mengalami masalah itu. Ia seolah-olah mengambarkan kerosakan dalam salur kencing akibat ejakulasi. Sememangnya ejakulasi itu dinamik dan memberi tekanan kepada salur kencing akibat perjalanan air mani yang begitu deras dalamnya dan sedikit sebanyak akan mengembangkan saluran itu dan menyentap bahagian yang sempit dalam saluran kencing yang biasanya ada di bahagian penghujung lubang kencing. Jadi tidak hairan jika ada luka di bahagian penghujung salur kencing yang berdekatan penghujung zakar yang akan terasa pedih atau perit seketika. Apabila lelaki itu membuang air kecil, perjalanan air kencing akan menggesel tempat luka itu dan mengakibatkan pengeluaran darah! Apabila luka itu pulih keadaan menjadi normal kembali, kecuali selepas bersetubuh, yang mana perkara itu akan menjadi balik! Masalah kencing berdarah selepas bersetubuh perlu dirujuk kepada doktor atau pakar urologi dan kemungkinan lelaki itu perlu menjalani pemeriksaan yang dikomprehensif. Jika doktor berpendapat pemeriksaan lanjut perlu dilakukan, mungkin pemeriksaan dengan mengunakan alat urethroscop dan cystoscope untuk mengenal pasti gejala luka itu dapat dikesan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
255
Berdiam diri dan merana berseorangan bukan caranya dan ini boleh menjejaskan hubungan silaturrahim dengan pasangan jika tidak berbuat apaapa. Jika perkara itu berlaku akibat kesempitan salur kencing di bahagian pengeluaran pancutan air mani atau pembukaan sistem ejakulatory, bahagian yang sempit itu perlu dilonggarkan dengan alat pelonggar atau ‘dilators’. Buat temujanji untuk berjumpa pakar urologi secepat mungkin atau sila rujuk ke Institut Urologi, Hospital Besar Kuala Lumpur atau mana-mana Unit Urologi di hospital kerajaan serta swasta.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
256
7 TAHUN KAHWIN TAK ADA ANAK Soalan SAYA sudah berkahwin selama tujuh tahun tetapi masih belum dikurniakan anak. Selepas menjalani pemeriksaan, doktor mendapati saya mengalami masalah kurang sperma, iaitu kurang daripada 20 juta, kadar mortality pula kurang dari lima peratus. Sehubungan itu, ia menandakan peluang saya untuk memperolehi zuriat sendiri adalah tipis. Apakah langkah yang perlu diambil untuk menambah kadar mortality sperma saya dan apakah pemakanan tambahan yang boleh diambil untuk menambahkan jumlah sperma? ZAKARIA | Ipoh, Perak. Jawapan MASALAH kesuburan di kalangan lelaki amat merunsingkan kerana tiada satu rawatan yang boleh dikatakan sesuai atau mujarab untuk mengatasinya. Ia berbeza dengan wanita, ada banyak ubat yang boleh merangsangkan pengeluaran telur. Kajian yang pernah dilakukan beberapa pakar andrologis (pakar sakit tuan) di Eropah dan Jepun mendapati proses pembiakan sperma amat sensitif kepada faktor alam sekitar seperti udara dan air. Sekiranya berlaku pencemaran udara seperti jerebu (yang mengandungi tahap dioxida yang tinggi), kemungkinan tahap hormon kewanitaan meningkat dalam tubuh lelaki dan kebarangkalian proses pembiakan sperma terencat boleh berlaku. Ada juga antibiotik dan ubat didapati boleh mengganggu pembiakan sel sperma dan doktor yang merawat pesakit lelaki perlu berwaspada memberi ubat supaya ianya tiada kesan sampingan kepada kesuburan lelaki. Masalah kesuburan lelaki perlu dikendalikan pakar yang mahir mengenainya. Pemeriksaan kesuburan lelaki seperti pemeriksaan buah zakar untuk mengenal isipadunya, memeriksa sama ada ada salur ven bengkak atau pembuluh darah yang menandakan varikosel atau apa-apa ketumbuhan yang lain yang mungkin mengaitkan masalah sperma itu. Ujian hormon FSH, testosterone dan prolactin disukat untuk mengenalpasti tahapnya yang boleh menggambarkan masalah sebenar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
257
Jika tahap hormon FSH kurang, maka ubat penyubur akan diberi sekurangkurangnya untuk tiga bulan (kerana proses pembiakkan sperma memakan masa tiga bulan). Makanan tambahan seperti herba Tribestan dan ekstrak larut dalam air Tongkat Ali didapati dapat membantu merangsang sel kilang sperma untuk membiak dan jika mujarab untuk individu itu maka masalah spermanya dapat diatasi. Saya syorkan lelaki yang ada masalah kesuburan berjumpa pakar Andrologis untuk mengendalikan masalah kesuburannya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
258
RISAU TAK TAHAN LAMA Soalan SAYA berusia 24 tahun dan mengalami masalah zakar yang tidak mampu mencapai ereksi padat. Apabila melakukan hubungan seks dengan isteri, ia juga tidak dapat bertahan lama. Sebaik mahu memasukkannya ke dalam faraj isteri, ia mengendur dan lembik. Adakah masalah ini berpunca daripada perbuatan onani yang sering saya amalkan dulu? Buat pengetahuan doktor, sebelum berkahwin saya kerap melakukan onani dan kadangkala sehingga empat kali seminggu. Bolehkah saya menggunakan alat pam vakum? Adakah ia mempunyai kesan sampingan? SIVARAM | Selangor. Jawapan MASALAH lemah tenaga syahwat atau tidak mampu ereksi sering dikaitkan dengan amalan onani. Ia sudah menjadi isu di kalangan pembaca ruangan ini sejak dulu lagi. Memang menjadi kebiasaan bagi setiap individu apabila mula merasai perasaan syahwat, mereka mula berjinak-jinak dengan amalan onani. Masalah berlaku apabila mereka mula ketagih akibat keseronokan yang dirasakan tanpa mengetahui perbuatan itu akan melemahkan tenaga dan fungsi syahwat apabila berkahwin kelak. Seterusnya mereka mendapati rangsangan syahwat dengan pasangan tidak mencabar dan tindak balas rangsangannya kurang dan tidak seperti apabila berseorangan dengan fantasi dan khayalan seksnya. Malah, perbuatan itu tidak memerlukan mereka berdepan dengan sesiapa pun. Keadaannya tentu berbeza jika berdepan dengan pasangan yang mungkin sukar untuk memberi kerjasama sehingga terpaksa berhempas pulas untuk memberi nikmat kepada pasangannya. Jadi perasaan itu membuatkan lelaki berasa tertekan dan dalam keadaan itu ereksi menjadi lemah. Kesudahannya boleh mengakibatkan ‘mati pucuk’. Mungkin cara paling bijak untuk menghindari onani ialah dengan memberi lebih tumpuan kepada isteri seperti menghabiskan masa bersama, sering bermesra dan bergurau supaya tidak berasa tertekan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
259
Bila keadaan bertambah selesa, keseronokan seksual akan hadir dengan wanita yang diidamkan secara realiti dan bukan secara fantasi lagi. Jika lelaki muda yang mengalami tekanan, gagal mencapai ereksi yang padat tetapi ketika bangun tidur dia mudah mencapai ereksi padat, zakarnya masih boleh berfungsi dengan baik. Kegagalan mencapai ereksi ketika bersama dengan pasangan terjadi akibat perasaan takut dan fobia terhadap hubungan seks (takut tidak mampu memuaskan pasangannya). Masalah itu dikenali sebagai mati pucuk akibat tekanan. Apabila tekanan tidak lagi dirasakan, ereksi menjadi kukuh dan stabil. Jika masih mahu melakukan onani, ia boleh dilakukan bersama isteri supaya tidak lagi berfantasi untuk mendapat rangsangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
260
PASANGAN PERLU TAHU WAKTU SUBUR Soalan SETIAP kali bersetubuh dengan isteri, air mani saya akan meleleh keluar semula daripada faraj isteri. Kenapa ia berlaku dan adakah ia boleh menghalang persenyawaan daripada berlaku? ACEM, Alor Gajah, Melaka. Jawapan KEMUNGKINAN kehamilan bagi pasangan kelamin berusia 20-an yang tidak mengamal kaedah merancang keluarga ialah 15 peratus. Bagi pasangan berusia 30-an pula kira-kira 10 hingga 12 peratus jika persetubuhan kerap dilakukan pada waktu isteri subur. Kesuburan isteri bermula dengan pengeluaran lendir seperti hingus dari faraj. Waktu suburnya ialah beberapa hari selepas dia terasa imbasan sengal di paras atas ari-ari. Adalah mustahak bagi setiap pasangan tahu mengenai waktu subur jika mereka inginkan zuriat. Kebiasaannya memang air mani boleh mengalir keluar selepas suami menarik zakar keluar. Namun, ia boleh dielak jika isteri tidak mengemut faraj, sebaliknya isteri perlu mengembangkan corong faraj sambil mengekalkan posisi asal ketika bersetubuh tanpa meluruskan kaki. Kemutan pada faraj mengakibatkan corong faraj kempis dengan pengeluaran angin yang akan menolak air mani. Isteri juga tidak digalakkan bangun dan bergerak ke tandas untuk ihkan farajnya. Ini kerana ia akan menyebabkan air mani keluar dan sperma terdedah kepada air dan sabun yang akan mematikannya. Isteri juga tidak digalakkan meletakkan kain pada faraj kerana ia akan menyerap air mani. Sebaik-baiknya gunakan tisu kering. Jika selepas setahun mencuba masih belum menunjukkan sebarang tanda kehamilan, eloklah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
261
ISTERI LAMBAT CAPAI KLIMAKS Soalan Suami perlu arif terhadap sentuhan, belaian intim. SETIAP kali mengadakan hubungan seks, isteri saya mengambil masa yang begitu lama untuk mencapai klimaks. Kadang-kadang ia memberi tekanan kepada saya. Adakah dia mempunyai penyakit dan apakah kaedah yang boleh digunakan supaya dapat membantu dia cepat mencapai klimaks? SUAMI PRIHATIN | Selangor Jawapan SUDAH menjadi fitrah manusia mempunyai naluri seksual dan syahwat untuk melakukan hubungan seks. Sentuhan, cumbuan dan belaian amat penting untuk menimbulkan rasa ghairah sebelum bersama-sama menikmati keseronokan dalam persetubuhan. Tidak dinafikan kadang-kadang wanita itu tidak ada ‘mood’. Namun dia tetap melakukan hubungan seks dengan suami atas rasa tanggungjawab dan itu mengakibatkan dia tidak akan mencapai klimaks. Kadang-kadang mereka melakukan hubungan seks kerana rindukan suami. Jadi, klimaks seolah-olah tidak penting baginya. Ini jelas menunjukkan wanita yang melakukan hubungan seks dengan suami adalah atas pelbagai sebab dan pencapaian klimaks mengikut keadaan. Kajian menunjukkan sebilangan besar wanita tidak mencapai klimaks, tetapi kebanyakan mereka berasa selesa dan puas dengan pasangan masing-masing. Wanita yang ingin menghayati klimaks perlu mengenali anggota tubuh badannya yang mudah memberi rangsangan kepadanya dan mendorong pasangan melakukan belaian dan sentuhan yang diidamkan dan boleh mencetuskan klimaks. Wanita sebenarnya seronok dengan belaian dan sentuhan intim. Lelaki perlu arif dengannya dan kerap melakukannya supaya isteri terangsang dan mudah mencapai klimaks apabila persetubuhan mula dilakukan. Sentuhan dan belaian intim yang dilakukan kepada anggota badan wanita yang boleh mencetuskan keghairahan perlu mengikut panduan wanita itu. Panduan buku mungkin tidak berkesan, yang mustahak ialah wanita itu memberi panduan kepada suami mengenai bahagian tubuhnya yang suka untuk diberi
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
262
belaian dan rangsangan. Dengan cara sedemikian mudah untuk wanita itu mencapai klimaks. Ada beberapa posisi tertentu dalam persetubuhan yang dapat memberi klimaks yang cepat bagi sesetengah wanita. Contohnya posisi wanita di atas dapat memberi kebebasan kepadanya menggerakkan tubuh untuk memudahkan pencapaian klimaks. Begitu juga dengan sentuhan oral yang dapat meningkatkan keghairahan wanita sehingga sampai ke kemuncak walaupun zakar belum lagi dimasukkan ke dalam faraj. Wanita yang mahukan keseronokan lebih dan sentuhan yang lebih intim perlu bekerjasama dengan pasangan untuk berinteraksi dengan bebas, selesa dan meyakinkan. Perasaan takut, sakit, tidak selesa dan memaksa tidak akan memberi apa-apa kebaikan kepada kedua-dua pasangan. Semasa melakukan hubungan seks, komunikasi adalah paling penting. Luahkan kepada suami jika apa yang dilakukannya membuatkan isteri berasa selesa dan seronok. Jika boleh, galakkan suami jika mahukan sentuhan yang lebih merangsangkan supaya mudah mencapai klimaks. Kerjasama adalah penting dalam hubungan seksual suami isteri. Ia adalah suatu interaksi yang membina apabila kedua-dua pihak mencapai hasrat, sama ada kepuasan batin atau klimaks.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
263
PUNCA LELAKI BOTAK Soalan APAKAH yang dimaksudkan dengan hormon dihidrotestosterone? Betulkah ia punca lelaki menjadi botak dan kenapa ia wujud? Adakah ia berbahaya? SALLEH, Batu Gajah, Perak. Jawapan HORMON dihidrotestosterone ialah hormon testosterone yang paling kuat (30 kali kekuatan testosterone) dan terhasil dari dalam testis, pundi prostat dan akar rambut. Peningkatan hormon ini memang ada kaitan dengan botak. Jika hormon ini dikawal dengan ubat 5 Alpha Reductase Inhibitor (5-ARI) seperti finisteride dan propencia, untuk jangka masa enam bulan hingga setahun, kemungkinan masalah kekurangan rambut dapat dikawal. Rawatan ini perlu dilakukan doktor dan ubat itu tidak boleh dibeli tanpa kebenaran doktor. Kajian yang pernah dilakukan di Amerika Syarikat mengenai herba ‘saw palmatto’ mendapati amalan pengambilan herba ini dapat mengurangkan peningkatan dihidrotestesterone dan lama kelamaan tekanan kepada akar rambut dapat dikawal dan bengkak pada pundi prostat dapat dikawal. Kesan sampingan ubat 5-ARI, termasuk mati pucuk dan kelemahan otot kerana kedua-dua masalah ini memerlukan hormon testosterone yang mantap.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
264
BERAT BADAN MENINGKAT Soalan RAMAI berpendapat selepas mendirikan rumah tangga, tubuh lelaki menjadi semakin berisi atau gemuk. Adakah kegemukan atau pertambahan berat badan ini mempunyai kaitan dalam konteks hubungan seks suami isteri? Betulkah kekerapan melakukan hubungan seks menjadi penyebab kepada pertambahan berat badan? AZRIN | Seremban, Negeri Sembilan. Jawapan MEMANG tidak dinafikan sebahagian besar lelaki dan wanita yang baru berkahwin mendapati berat badan mereka meningkat. Paling ketara lelaki sehingga kadang-kadang mendapat ‘teguran’ daripada rakan dan saudara-mara. Malah, jawapan yang selalu diberi suami ialah kerana masakan isteri terlalu sedap dan mereka tidak perlu bekerja keras berikutan insan yang dicintai sudah berada di sisi. Mungkin apa yang dikata suami itu ada kebenarannya. Sewaktu bujang, makanan hanya dibeli dan jarang dimasak sendiri. Jadi, mereka perlu banyak bergerak. Apabila berkahwin, isteri menyediakan makanan dan ditambah dengan pujukan dan senyuman manis isteri, nafsu seksual lebih bergelora! Jadi, berat badan bertambah. Selain itu, hubungan seks memerlukan tenaga dan ia tentu mendorong anda untuk makan lebih banyak. Jadi, kenaikan berat badan adalah kerana pemakanan dan kurangnya aktiviti luar, bukan kerana hubungan seks.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
265
PELUANG DAPAT ANAK Soalan JIKA air mani itu jernih dan tidak berwarna, adakah ia tidak sihat dan tidak mengandungi sperma? Jika ini berlaku, bagaimana peluang untuk mendapatkan zuriat? NIMO | Melaka. Jawapan AIR mani mengandungi dua hingga lima peratus benih dan 60 peratus cecair daripada pundi seminal. Selebihnya adalah dari pundi prostat serta sedikit daripada pundi Cowpers dan pundi salur kencing. Kebiasaannya warna air mani putih, kelabu, sedikit kekuningan dan kadangkadang jernih. Jadi, warna air mani bukanlah tanda kesuburan. Paling mustahak kandungan sperma dalam air mani. Jika ada sperma, maka lelaki itu tidak mandul. Setiap lelaki memerlukan sekurang-kurangnya 20 juta sperma dalam setiap satu mililiter air mani. Ini termasuk kira-kira 40 peratus sperma aktif dan 30 peratus sperma berbentuk normal. Kedudukan dan keadaan sperma juga tidak menentu. Kadang-kadang pengeluarannya sedikit dan di waktu yang lain, ia lebih banyak dari yang dijangka. Jika anda baru berkahwin dan merancang mendapatkan anak tetapi tidak ada sebarang tanda dalam masa setahun, anda bersama isteri perlu berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Anda pula perlu menjalani ujian air mani. Jika air mani normal, anda tidak perlu bimbang kerana itu menandakan ia mengandungi sperma.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
266
TIADA BERNAFSU PADA ISTERI Soalan SEJAK kebelakangan ini, saya seperti tidak begitu bernafsu untuk melakukan hubungan seks bersama isteri. Pada awal perkahwinan, kami melakukannya dua atau tiga kali seminggu tetapi selepas isteri saya melahirkan anak kedua, kekerapannya hanya sekali seminggu dan kadangkala tidak ada langsung. Saya seperti tidak bernafsu dengan isteri saya, sebaliknya lebih merasa nikmat dengan melakukan onani. Saya cuba mengelak melakukan onani tetapi tidak berjaya. DON | Bukit Mertajam, Seberang Prai. Jawapan MENGIKUT pendapat banyak pakar psikologi, onani satu proses pengenalan diri dan syahwat. Jika ia memberi keselesaan dan nikmat terhadap diri sendiri maka itu satu kebaikan. Namun, jika memberi kesan buruk, lebih baik dihentikan. Jika onani dilakukan untuk kelegaan syahwat dan mengelakkan seseorang itu daripada perbuatan memudaratkan seperti seks rambang (terdedah kepada penyakit HIV/AIDS) atau rogol (suatu jenayah), anda boleh melakukannya. Bagaimanapun, ia tidak digalakkan. Sebaliknya, jika onani memberi tekanan dan menyebabkan seseorang itu tidak mesra dengan pasangan wanitanya, maka ia perlu dihentikan secepat mungkin. Pada masa sama, anda perlulah meningkatkan sentuhan dan belaian mesra terhadap pasangan. Tidak salah jika pasangan diberi panduan mengenai kaedah lelaki yang mahu dirinya dirangsang. Cara ini pasti dapat mengeratkan lagi hubungan masingmasing.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
267
TANDA SISTEM NORMAL Soalan SAYA berusia 21 tahun dan mempunyai zakar yang cepat menegang. ia berlaku tidak kira masa termasuk apabila tidak menonton filem lucah atau membaca bahan lucah. Mengapa ia berlaku? REEZ | Kelantan. Jawapan KETEGANGAN atau ereksi zakar adalah fenomena semula jadi untuk lelaki. Ereksi boleh berlaku apabila lelaki terangsang dan apabila zakar tersentuh. Kajian rambang menunjukkan lelaki berkemampuan mencapai ereksi spontan sebanyak 20 hingga 30 kali sehari. Waktu ereksi antara beberapa saat dan beberapa minit dan lebih lama jika ia akibat terangsang. Jadi jangan hairan jika ereksi kerap berlaku kerana ia petanda sistem syahwat lelaki berfungsi normal. Jika tiada ereksi langsung walaupun mencapai baligh kemungkinan lelaki mengalami mati pucuk prima. Fenomena ereksi adalah petanda mutlak yang lelaki menggunakan zakarnya untuk disalurkan ke dalam faraj.
berkemampuan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
268
BENANG MASIH TERLEKAT SELEPAS BERKHATAN Soalan SAYA kini berusia 20 tahun dan masih bujang. Baru-baru ini, saya terkejut menjumpai benang di kulit zakar yang digunakan untuk menjahit zakar saya sewaktu berkhatan dulu. Adakah ia boleh menjejaskan kemampuan seksual saya? INSAN HAIRAN | Kuala Lumpur. Jawapan DALAM prosedur berkhatan, hanya bahagian kulit di hujung kepala zakar dipotong. Selepas itu kulit pada bahagian yang sudah dipotong dicantum dan dijahit menggunakan benang yang boleh diserap isi kulit dalam tempoh seminggu hingga dua minggu. Jika menggunakan benang yang tidak boleh diserap seperti benang sutera. ia perlu dibuka dengan memotong tempat cantuman apabila luka sudah sembuh. Jadi, jika ada benang yang tertinggal, ia adalah benang sintatik bukan organik dan tidak boleh diserap ke dalam kulit. Benang sutera kebiasaannya berwarna hitam dan ia boleh dipotong. Jika dibiarkan ia tidak memberi apa-apa kesan negatif kecuali jika tersangkut. Bagaimanapun, anda boleh berjumpa mana-mana doktor untuk menyelesaikan masalah terbabit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
269
HUBUNGAN SEKSUAL SECARA LUARAN BOLEH HAMIL Soalan ADAKAH air mazi lelaki mengandungi sperma dan bolehkah isteri saya hamil jika saya hanya meletakkan zakar di bibir faraj tanpa mengeluarkan air mani, tetapi hanya air mazi? ZUL, Kemaman, Terengganu. Jawapan PERNAH berlaku kepada wanita yang melakukan hubungan seksual secara luaran dengan pasangan mendapati dirinya hamil walaupun pasangannya hanya menggesel zakar di bibir tanpa ejakulasi tetapi ada pengeluaran air mazi akibat zakar yang amat terangsang. Kajian yang pernah dilakukan kepada air mazi mendapati ada beberapa juta sperma turut ada di dalam air mazi. Ia boleh berlaku apabila lelaki itu melakukan onani dan sperma masuk ke dalam pundi salur kencing dan keluar apabila air mazi terkeluar. Kemungkinan hamil tetap ada jika zakar disentuh kepada kemaluan perempuan kerana dalam keadaan ghairah macam-macam boleh berlaku. Untuk elakkan kehamilan, gunakan kondom kerana ia lebih murah dan efektif.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
270
PEDIH KETIKA BUANG AIR KECIL Soalan SETIAP kali membuang air kecil, saya terasa sakit dan pedih. Sejak kebelakangan ini ia semakin menjadi-jadi terutama pada waktu pagi dan malam. Untuk pengetahuan tuan, saya pernah melakukan hubungan seks rambang ketika menuntut di luar negara dulu. Adakah penyakit itu mempunyai kaitan dengan jangkitan kuman atau hubungan seks rambang itu? JIMI | Kuantan, Pahang. Jawapan MASALAH membuang air kecil untuk lelaki kadangkala merumitkan terutama jika ia berlaku pada waktu malam atau awal pagi. Jika perkara itu berlaku kepada remaja lelaki mungkin disebabkan ketidakselesaan pundi prostat akibat tekanan atau radang salur kencing kerana aktiviti onani. Keradangan yang berlaku bukan disebabkan jangkitan. Perkara ini reda dan tidak perlu rawatan dan boleh dielakkan jika kegiatan melancap dikurangkan. Bagi orang dewasa apabila perkara sama berlaku, ia mungkin akibat jangkitan hubungan kelamin atau jangkitan pada pundi kencing atau prostat, terutama apabila lelaki itu demam . Ujian kencing boleh mengesahkan sama ada jangkitan berlaku. Ubat antibiotik dan rawatan yang sesuai boleh diberi. Lelaki yang berumur pula mengalami kencing tidak tus atau tidak lancar selain kekerapan kencing waktu pagi kemungkinan mengalami masalah pundi prostat. Dalam usia lanjut, pundi prostat lelaki boleh mengembang dan ini mengakibatkan salur pembukaan pundi kencing sempit dan pundi kencing kehilangan fungsi cengkaman. Jadi, pengeluaran air kencing tidak lancar dan masih ada air kencing dalam pundi kerana pundi kencing tidak dapat mengecut habis. Rasa pedih ketika kencing mungkin disebabkan air kencing keruh dan mengandungi kristal atau pasir. Ujian air kencing boleh mengesahkan perkara berkenaan. Kadangkala ia berlaku ketika membuang air kecil disebabkan pengeluaran batu karang halus.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
271
Jangkitan salur kencing boleh berlaku akibat jangkitan penyakit kelamin. Kuman jangkitan dikenal pasti dengan mengambil ‘smear’ atau cecair yang keluar daripada salur kencing atau keluar akibat urutan kepada pundi prostat. Merujuk kepada soalan, kemungkinan masalah dialami berpunca daripada jangkitan penyakit kelamin jika ada melakukan hubungan kelamin luar nikah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
272
SEKS ORAL BOLEH BAWA MUDARAT Soalan APA yang dimaksudkan dengan seks oral? Burn, Segamat, Johor. Jawapan SEKS oral ialah rangsangan seksual terhadap alat kelamin menggunakan lidah, mulut dan bibir. Dari segi kesihatan, jangkitan boleh berlaku jika salah seorang mempunyai jangkitan. Apa yang penting ialah penjagaan kebersihan terutama di bahagian alat kelamin. Jangkitan boleh berlaku jika alat sulit itu luka sebab tergigit. Jadi, elakkan ia daripada berlaku. Ada yang berpendapat seks oral boleh menyebabkan kehamilan. Jawapannya tidak! Menelan air mani suami dengan kepercayaan bahawa ia boleh menyebabkan kehamilan adalah karut dan tidak digalakkan dalam Islam.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
273
KETULAN KECIL, HITAM DALAM KULIT Soalan SAYA mendapati kulit zakar saya ada lubang halus yang mempunyai ketulan kecil berwarna hitam di dalamnya. Apakah ia sebenarnya? Adakah ia normal? INGIN TAHU | Johor. Jawapan ADA pembukaan pundi yang menghasilkan sebum atau cecair pelembap kulit penghujung zakar. Takungan cecair ini boleh menjadi pekat dan keras serta mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Bagi lelaki yang berkhatan, pundi terbabit akan terpotong dan cecair pelembap ini tidak akan kelihatan. Sememangnya tujuan berkhatan untuk mengekalkan kebersihan zakar lelaki. Kadang-kadang salur pundi atau pundi yang menghasilkan cecair pelembap sebum itu masih kekal kerana cecair itu tidak dapat bertakung di bahagian lekuk penghujung zakar. Apabila ia kering dalam penghujung salur dan jika dipicit akan menghasilkan benda keras atau biji berwarna hitam yang mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan. Jadi anda tidak perlu bimbang kerana ketulan kecil atau biji yang anda maksudkan itu adalah cecair pelembap yang sudah kering. Bagi mengelakkan bau, lubang kecil itu perlu dipicit untuk mengeluarkan biji hitam itu. Bagaimanapun, masalah ini hanya berlaku pada sesetengah lelaki saja.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
274
KULIT ANGGOTA SULIT KOYAK, KERING Soalan KULIT di bahagian hujung zakar saya dan bekas jahitan sewaktu berkhatan dulu agak menegang. Keadaan ini berlaku apabila ia ereksi sehingga kadang-kadang terluka akibat koyak dan kering. Apakah kaedah rawatan untuk mengatasi masalah ini? PATZUL | Kuala Lumpur. Jawapan KULIT anggota sulit lelaki dan wanita begitu halus, licin dan tidak mudah mengeras atau menggerutu. Ia juga elastik dan boleh ditarik apabila anggota kemaluan itu mengembang dan kulit juga akan melebar. Kulit bekas parut tidak mempunyai fungsi seperti itu. Jadi parut itu boleh melecet atau merekah dan boleh menebal. Jika kulit parutan itu mengganggu hubungan seks, iaitu menyakitkan dan lambat pulih kemungkinan besar ia perlu dibedah dan kulit normal dicantumkan dengan teliti. Ini adalah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan. Jika belum atau tidak bersedia untuk menjalani pembedahan kulit parutan itu, adalah penting bagi individu yang mempunyai masalah kulit menebal dan mengering itu menyapukan losyen pelembab setiap kali selepas mandi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
275
KAWAL EJAKULASI Soalan AMALAN ‘coitus interruptus’ atau mengeluarkan air mani di luar rahim dilihat sebagai satu kaedah berkesan untuk merancang keluarga. Apakah kebaikan dan keburukannya dari sudut perubatan? SEPEIE | Kelantan. Jawapan KAEDAH ‘coitus interruptus’ atau dikenali sebagai al-azal adalah kaedah merancang keluarga secara tradisional dan tanpa mengunakan sebarang peralatan. Ia dilakukan lelaki kepada pasangannya dengan mengeluarkan zakar dari faraj sebelum mengeluarkan air maninya di luar faraj ketika bersetubuh. Amalan ini sesuai bagi lelaki yang dapat mengawal ejakulasi dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Jika air mani terlepas walau sedikit pun ke dalam faraj, besar kemungkinan kehamilan masih boleh berlaku. Penting bagi lelaki yang merasakan dirinya tidak mempunyai kawalan daripada ejakulasi yang sempurna, dia harus memberitahu pasangan sekiranya dia terasa ada pengeluaran air mani sedikit. Jadi, dengan amaran itu pasangan wanita boleh mencuci kemaluannya untuk membunuh sperma berkenaan. Kajian mengenai air mazi yang biasanya keluar sebelum air mani mendapati kadang-kadang ada sperma di dalamnya dan ia mencukupi untuk mendatangkan kehamilan. Ada sesetengah wanita tidak seronok dengan kaedah itu. Ini berikutan mereka tidak dapat menikmati kepuasan dalam persetubuhan. Dalam satu kajian yang pernah dijalankan terhadap lelaki Pakistan yang mengamalkan kaedah berkenaan mendapati sebahagian besarnya mengalami masalah kencing kotor berbanding lelaki Pakistan lain yang tidak melakukan kaedah ini. Jadi, terpulang kepada lelaki untuk mengamalkannya jika itu yang diinginkan. Inilah satu-satunya kaedah merancang keluarga yang ada dalam kawalan lelaki.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
276
RESDUNG ALAT SULIT MUDAH DIATASI Soalan AIR mazi saya mudah terkeluar walaupun hanya terdetik sedikit saja imaginasi berkaitan seksual tanpa melakukan apa-apa. Adakah ia menunjukkan saya menghadapi masalah pada zakar? JEJAKA INGIN TAHU | Melaka. Jawapan MEMANG kebiasaan bagi mana-mana lelaki yang sudah baligh mempunyai perasaan syahwat dan mencapai rangsangan seksual serta mengeluarkan air mazi ketika zakar dalam keadaan ereksi. Ada juga lelaki yang mudah sangat mengeluarkan air mazi dengan banyak sehingga membasahi seluarnya. Jika itu berlaku, ia dikenali sebagai resdung zakar. Ia berlaku akibat rangsangan pundi kecil yang ada dalam salur kencing untuk menghasilkan air mazi. Pengeluaran air mazi yang banyak itu seolah-olah menandakan yang air mazi itu sudah habis. Demikian kepercayaan sesetengah lelaki sehingga memberi tekanan kepada mereka terutama dalam hubungan seksual sehingga mereka gagal menghayatinya bersama pasangan. Masalah resdung zakar boleh dikurangkan dengan mengambil ubat yang mengurangkan selesema seperti Piriton. Jadi lelaki yang mempunyai resdung zakar tidak perlu bimbang kerana ia memang jarang berlaku dan mudah diatasi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
277
‘LEWAT SAMPAI’ KETIKA BERSAMA PASANGAN Soalan SAYA mempunyai tabiat buruk iaitu gemar beronani walaupun sudah berkahwin. Masalahnya ialah apabila beronani saya akan klimaks terlalu cepat, tetapi jika bersetubuh dengan isteri, klimaks saya agak lambat. Adakah saya kurang subur atau kurang rangsangan daripada isteri? LELAKI KELIRU | Perak Jawapan NIKMAT yang dikecapi ketika onani berbeza berbanding melakukan persetubuhan dengan pasangan. Bagi mereka yang biasa dengan onani dan selesa dengan teknik sendiri untuk merangsangkan syahwat, mereka lebih seronok dengannya daripada bersetubuh dengan pasangan. Kebiasaannya memang lelaki akan cepat klimaks ketika onani kerana dia yang mengawal pergerakan zakar. Selain itu dia tahu kawasan paling sensitif pada zakar dan merangsangkannya hingga klimaks. Ia berbeza jika dia bersetubuh dengan pasangan. Rangsangan yang biasa membolehkan klimaks dengan onani tidak sama jika bersetubuh, jadi dia perlu tumpukan sentuhan lain yang membolehkannya mencapai klimaks dengan pasangan. Ini akan memakan masa dan kadangkala boleh membosankan kedua-dua pasangan jika terlalu lama dan letih! Masalah ini bukan masalah kesuburan atau kurang rangsangan daripada pasangan. Sudah tentu individu itu seronok dan terangsang dengan isteri, tetapi dia tidak dapat rangsangan yang dapat mencetuskan klimaks yang dia biasa dapat dengan onani. Mungkin jika mendapat kerjasama isteri untuk melakukan rangsangan yang memudahkannya klimaks, masalah itu akan dapat diatasi. Memang mustahak untuk pasangan kelamin bekerjasama dan berkomunikasi untuk menjayakan hubungan intim seksual yang lebih mengghairahkan antara mereka.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
278
BIMBANG TAK SUBUR Soalan SAYA remaja berusia 19 tahun dengan ketinggian hanya 161 sentimeter. Saiz zakar saya ketika ereksi 12 sentimeter. Adakah saiz berkenaan normal? Selain itu air mani saya juga sedikit. Apabila ejakulasi, ia hanya meleleh dan tidak seperti kebiasaannya. Saya cukup bimbang jika itu petanda tidak subur atau mandul. REMAJA BIMBANG | Johor. Jawapan SAIZ zakar yang anda miliki itu memang normal bagi remaja seperti anda. Ia mungkin boleh membesar lagi jika usia meningkat kepada 22 hingga 24 tahun. Kadang-kadang tumbesarannya boleh meningkat lagi, tetapi bergantung kepada tahap kesihatan dan aktiviti fizikal anda lakukan kerana kedua-duanya mempengaruhi tahap hormon testosterone yang ada kaitan dengan tumbesaran kemaluan lelaki. Memang biasa anggota reproduktif yang sedang membesar berfungsi dengan lancar dan mengalami mimpi basah sebagai sebahagian daripada perubahan itu. Jika zakar kerap dirangsang, ejakulasi selepas itu kelihatan kurang seperti air mani hanya meleleh. Ia perkara biasa dan bukannya masalah kesuburan. Anda tidak perlu bimbang mengenai kemampuan fizikal dan reproduktif anda. Apa yang penting, berikan tumpuan kepada pelajaran, kerjaya dan masa depan. Apabila sampai masanya nanti dan jika ada kemusykilan mengenai masalah seksual, bolehlah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
279
KENCING TIDAK TUS, KOTOR Soalan SAYA mengalami masalah kencing tidak tus sejak tujuh tahun. Selain itu, sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah kencing kotor pula. Maksudnya, setiap kali saya membuang air kecil, ada cecair putih yang keluar daripada zakar dan ia mengambil masa yang lama untuk kering. Dalam masa yang sama, saya mengalami masalah sukar menahan kencing. Masalah ini membebankan saya sehingga terpaksa memakai kondom untuk mengelakkan air kencing terkena pakaian. M NUR | Kuala Lumpur. Jawapan ISTILAH kencing tidak puas atau tidak tus lazimnya dikaitkan dengan masalah perjalanan air kencing ketika individu itu membuang air kecil. Kebiasaannya apabila air kencing itu keluar, pintu pembukaan pundi kencing terbuka dan otot pundi kencing akan lega. Bagaimanapun, sekiranya pada bahagian tertentu salur kencing menjadi sempit, perjalanan air kencing menjadi tersekat-sekat. Jika ada radang pundi kencing, kelegaan otot pundi kencing mengakibatkan rasa kurang selesa dan individu itu terasa seolah-olah masih ada air kencing lagi dalam pundi kencing! Jika masalah yang anda hadapi agak kronik, anda dinasihatkan merujuk kepada pakar untuk mengenal pasti masalah sebenar supaya rawatan yang lebih mujarab dapat diberi doktor. Cairan lendir berwarna jernih atau kelabu itu ialah lelehan daripada pundi yang ada dalam mukosa salur kencing yang mungkin mengalami keradangan sehingga pengeluarannya banyak dan luar biasa. Ia sebenarnya bukan ‘lelehan kotor’ tetapi dikenali sebagai lelehan air mazi dan bukannya najis. Dalam keadaan biasa lelehan itu akan keluar secara sederhana untuk melembabkan salur kencing untuk memudahkan perjalanan air kencing. Bagaimanapun, pengeluarannya menjadi lebih banyak apabila ejakulasi berlaku. Lelehan berlebihan berlaku apabila pundi berkenaan mengalami rangsangan akibat rangsangan seksual. Jika ini berlaku agak ketara, ia dikenali sebagai ‘resdung zakar’!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
280
Bagi lelaki yang kerap mengalami kencing tak tus, pundi yang menghasilkan lelehan ini mengembang secara luar biasa dan menghasilkan lelehan berlebihan. Jika mahu mengelakkan pengeluaran cairan yang ketara dari lubang kencing, anda perlu pastikan setiap kali selepas membuang air kecil, lurutkan salur kencing beberapa kali sambil mengemut sekali saja. Jika ada lelehan yang tercicir, lapkan dengan tisu dan jangan mengemut lagi. Lelehan berkurangan atau berhenti terus. Berikutan ia hanya lelehan air mazi, jadi tidak perlu menukar pakaian kerana air mazi bukanlah najis. Kini ada sejenis alat penutup salur kencing yang boleh digunakan untuk menutup salur kencing dari luar untuk tujuan menunaikan sembahayang. Alat ini boleh didapati dari laman www.drismailtambi.com tidak lama lagi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
281
DUA TAHUN KAHWIN TIADA ANAK Soalan SAYA sudah dua tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan anak. Saya mengambil keputusan untuk melakukan ujian kesuburan dan keputusannya menunjukkan sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoospermia. Doktor yang saya rujuk menyarankan saya mengambil ubat herba selama enam bulan yang dibekalkannya. Apakah punca masalah ini berlaku dan bagaimana cara untuk mengubatinya? Bolehkah saya memperolehi zuriat sekali pun saya mengalami masalah ini? MIDIE, Klang, Selangor. Jawapan LELAKI yang sihat menghasilkan berjuta-juta sperma berkualiti sehari atau 70,000 sperma seminit. Proses pembiakan sperma untuk satu pusingan mengambil masa 90 hari. Jika lelaki itu diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, ubat itu perlu dimakan dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan. Mungkin ujian air mani adalah satu-satunya penentuan lelaki untuk menghasilkan sperma. Walaupun mempunyai sperma, tidak bermakna lelaki itu tidak mandul. Jika bilangannya kurang, ia dikenali sebagai ‘oligospermia’ atau ‘oligozoospermia’. Jika banyak sperma tidak berbentuk normal (kurang 30 peratus berbentuk tidak normal), ia dikenali sebagai ‘teratospermia’ dan jika kurang 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, ia dipanggil ‘asthenospermia’. Kadang-kadang berlaku kekurangan bilangan sperma dan termasuk peratusan sperma yang aktif dan berbentuk normal. Keadaan itu dikenali sebagai sindrom OTA (Oligo,Terato dan Astheno). Pemeriksaan dilakukan dengan mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat orkidometer. Jika perlu, ujian hormon kesuburan FSH dilakukan dulu sebelum apa-apa rawatan diberi. Aspek fisikal juga dititikberatkan seperti pakaian ketat, merokok dan suasana tempat kerja (sama ada panas atau terdedah kepada bahan kimia). Punca ia berlaku memang tidak diketahui. Sesetengah lelaki mempunyai buah zakar yang kecil dan kurang sperma. Ada di kalangan mereka mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberi, keadaan akan pulih.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
282
Ada juga yang mengalami pembuluh darah buah zakar berpintal atau varikosel dan jika pembedahan pemulihan dilakukan, keadaan akan pulih. Sebahagian daripada rawatan masalah kesuburan lelaki ialah penyemaian benih dalam rahim isteri atau IUI dan bayi tabung uji. Insya-Allah peluang menjadi seorang ayah masih cerah jika kena dengan penawarnya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
283
KESAN AKIBAT KEMALANGAN Soalan BENARKAH kesan akibat kemalangan yang teruk terutama pada bahagian tulang belakang boleh menjejaskan kemampuan zakar? ZAHID | Selangor Jawapan EREKSI berlaku apabila isyarat rangsangan menuju ke urat saraf yang mengawal anggota kemaluan lelaki. Seseorang yang urat sarafnya terputus seperti dalam kes SCI (spinal cord injury), ketegangan tidak berlaku jika isyarat itu datang dari otak. Jika isyarat itu hasil tindak balas sentuhan, contohnya (zakar terangsang dengan sentuhan dengan tangan) ketegangan berlaku secara refleksi tetapi ketegangan tidak kekal dan hubungan penetratif tidak dapat dilakukan, kecuali jika sentuhan berpanjangan. Lelaki mengalami kecederaan tulang belakang dan urat saraf dalam tulang belakang menghadapi masalah itu, iaitu tidak dapat mengekalkan ketegangan zakar. Untuk mengatasi penggunaan pam pasangan wanita. menambat cincin dilakukan.
masalah ini, amalkan beberapa kaedah rawatan seperti vakum. Ia boleh digunakan pada zakar dengan bantuan Apabila ketegangan berlaku, ia boleh dikekalkan dengan getah ke pangkal zakar dan hubungan kelamin boleh
Selain itu, anda boleh mengambil pil Viagra yang dapat membantu mengekalkan ketegangan zakar akibat rangsangan sentuhan kepadanya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
284
RAKAN TERSEPAK ALAT SULIT Soalan SEWAKTU remaja, saya pernah mengalami kesakitan pada buah zakar akibat tersepak rakan sewaktu bermain bola sepak. Saya akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Saya bimbang jika ia boleh menjejaskan tahap kesuburan saya. Adakah ia boleh berlaku? ARMAN | Johor Bahru Jawapan BUAH zakar amat penting bagi lelaki kerana ia adalah pusat penghasilan sperma dan hormon testosterone. Kedua-duanya penting untuk penghasilan zuriat dan watak kelelakian. Bayangkan apabila fungsi kedua-duanya terbantut akibat kecederaan atau jangkitan kepada buah zakar. Sudah tentu semangat dan kemampuan zuriat kelelakian musnah sama sekali. Lelaki yang mengalami masalah kekurangan hormon boleh dirawat dengan pengambilan testoterone. Tetapi jika tidak ada benih, sukar untuk mengatasinya dan terpaksa menerima kemungkinan mandul seumur hidup. Lelaki perlu peka dengan keselamatan buah zakar mereka. Ini kerana ia berisiko tinggi untuk mengalami kecederaan terutama ketika bersukan atau melakukan aktiviti lasak. Jangkitan kuman atau virus kepada buah zakar boleh berlaku pada bila-bila masa. Penyakit beguk (akibat kuman virus mumps) yang dialami lelaki dewasa berkemungkinan boleh merebak ke buah zakar. Apabila buah zakar membengkak akibat keradangan, sel asal sperma atau ‘germinal epithelium’ terhimpit dan musnah. Dalam masa beberapa hari, buah zakar akan menjadi lembik dan kecut (akibat kemusnahan sel asal sperma). Pada peringkat awal penyakit beguk, jangkitan kepada buah zakar dapat dihindari jika lelaki terbabit mengambil ubat Gammaglobulin secara suntikan. Jika keradangan atau bengkak buah zakar berlaku, ia perlu dikawal dengan ‘cold compress’ atau pek air batu sehinggalah ia susut. Jika buah zakar cedera, tekapkan pek air batu sehingga dapat melegakan keradangan dan menyelamatkan kilang sperma. Jika buah zakar sudak rosak dan tidak mampu menghasilkan sperma, tiada apaapa yang boleh dilakukan. Namun, jika masih ada sedikit sperma, anda boleh
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
285
mendapatkan prosedur ICSI, iaitu kaedah menyuntik sperma ke dalam telur wanita untuk menghasilkan janin. Bagaimanapun, kosnya agak mahal dan kemungkinan untuk berjaya juga agak tipis. Saya ingin mencadangkan supaya semua kanak-kanak lelaki mendapatkan suntikan pelalian Mumps (MMR) yang sudah diperkenalkan Kementerian Kesihatan. Jika aktif dalam sukan lasak, pastikan anda memakai peralatan perlindungan buah zakar. Selain itu, elakkan memakai seluar dalam atau jean ketat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
286
KERANDUT KELUAR CECAIR Soalan SAYA seorang remaja berusia 20 tahun. Apa yang merisaukan saya ialah bahagian kerandut zakar saya sering mengeluarkan cecair. Ini menyebabkan ia sering terlekat pada seluar dalam. Paling merunsingkan saya ia mengeluarkan bau hanyir. Bagaimana ia boleh berlaku? REMAJA RISAU | Subang Jaya, Selangor. Jawapan KERANDUT buah zakar diselaputi kulit yang licin dan tidak berkuping atau kering. Kulitnya berkedut kerana cengkaman selaput otot yang menyelaputi bahagian dalam kerandut. Kulit kerandut mengandungi banyak pundi peluh dan pundi apokrin yang menghasilkan bahan pelembab kepada kulit. Kadang-kadang pengeluaran bahan pelembap berlaku dengan banyak dan apabila kering akan mengakibatkan kulit terlekat pada seluar dalam. Kadang-kadang campuran peluh dan bahan pelembap berlaku dan tindak balas kuman terhadap persekitaran membiak dalam cecair berkenaan menyebabkan bauan yang kurang menyenangkan. Jika berlaku jangkitan, kulit boleh menggelupas dan keradangan. Kadangkadang boleh menjadi parut jika kulit melecet. Ada juga ketulan sebesar kepala mancis kepada bahagian kulit seperti jerawat. Ia berlaku apabila salur pundi yang menghasilkan cecair pelembap tersekat. Kadangkala terdapat perubahan kepada kulit kerandut yang berlaku akibat alahan atau sakit kulit dan cecair banyak keluar akibat tindak balas alahan itu. Eloklah berjumpa doktor untuk kepastian dan dapatkan rawatan yang sewajar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
287
BAHAYA GUNA PAM VAKUM TIADA PIAWAIAN Soalan SELAIN membeli ubat dan peralatan yang mahal, apakah cara terbaik untuk membesarkan saiz zakar? EZAT, Bahau, Negeri Sembilan. Jawapan ZAKAR yang panjangnya kurang enam sentimeter ketika ereksi dan sukar bergerak dalam corong faraj boleh dikategorikan sebagai zakar kecil. Jika itu berlaku anda digalak mendapatkan nasihat doktor. Mungkin anda perlu menjalani pembedahan atau disyorkan memakai alat penarik otot zakar ‘andropenis’ yang mempunyai piawaian yang berkesan dan tidak memudaratkan. Alat pam vakum atau ubat pembantu pembesaran zakar tidak dapat memberi kesan yang dikehendaki. Ia hanya perbuatan sia-sia. Sila jumpa doktor, bukannya individu yang tidak bertauliah. Golongan ini sering memperdayakan lelaki atau remaja dengan memaparkan laman penjualan peralatan seks yang boleh memberi risiko kepada kesihatan anggota seksual. Bayangkan menggunakan alat penarik palsu dan tiada piawaian, zakar boleh tercedera dan kesudahannya mengalami penyakit peyronie (zakar bengkok dengan ketara) akibat kerosakan zakar. Begitu juga jika menggunakan pam vakum atau alat cincin penahan atau penambat zakar yang tidak pernah diuji. Saya syorkan remaja dan individu jangan mudah terpedaya dengan peralatan berunsur seks yang diketengahkan oleh orang tidak bertauliah. Jika berlaku kemudaratan, mereka tidak terjejas, sebaliknya anda yang merana! Apa tujuan anda mahu membesarkan zakar? Jangan mudah terpengaruh dengan saiz zakar. Jika normal kenapa mahu membesarkannya? Jumpa doktor untuk pemeriksaan, hanya doktor yang lebih arif dan layak membuat pemeriksaan dan rawatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
288
BAHAYA TAHAN EJAKULASI Soalan SETIAP kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya memancutkan air mani di luar dan bukannya di dalam faraj. Tindakan ini boleh membuatkan ereksi zakar saya dapat bertahan lama. Adakah perbuatan ini boleh mendatangkan kemudaratan? Dengan cara itu saya boleh mencapai klimaks lagi dan ketika ejakulasi pada kali kedua, saya mengeluarkan air mani menggunakan tangan. Adakah perbuatan ini selamat dan bolehkah ia menyebabkan mati pucuk? Selain itu, boleh doktor berikan cara pemakanan atau amalan yang boleh mengekalkan kekuatan dalam hubungan seksual? LAN71 | Kuala Lumpur. Jawapan APA yang anda lakukan itu adalah satu daripada kaedah merancang keluarga yang dikenali sebagai al-Azaal. Lelaki yang mengamalkan kaedah berkenaan perlu mempunyai daya kawalan ejakulasi yang kukuh yang mana air mani tidak boleh terpancut ke dalam faraj. Kajian yang pernah dibuat di Pakistan mendapati kadar lelaki negara berkenaan yang menghidap penyakit kencing kotor meningkat berbanding mereka yang tidak mengamalkan kaedah merancang keluarga konvensional itu. Ia berlaku akibat menahan pengeluaran air mani ketika dalam keadaan klimaks sehingga air mani termasuk ke dalam pundi kencing. Jika ada kuman dalam salur kencing, ia juga akan termasuk ke dalam pundi kencing dan membiak sehingga pundi kencing mengalami keradangan dan lelaki itu mengalami masalah kencing kotor! Ada perbezaannya jika air mani dikeluarkan dengan tangan. Cara itu memerlukan lelaki terbabit menarik zakar keluar dari faraj sebelum klimaks dan dirangsang dengan tangan sehingga klimaks. Cara itu tidak menjadi masalah jika isteri anda puas, tetapi jika zakar dicabut ketika isteri belum mencapai klimaks, tentu ia mengecewakan isteri. Apa yang penting, sebelum mengamalkan kaedah itu, anda dan isteri perlulah berbincang dan bermuafakat demi kenikmatan hubungan seks. Hubungan seks memerlukan tenaga dan keselesaan. Kedua-dua ini ada kaitan dengan jalinan hubungan yang baik dan amalan gaya hidup sihat. Pastikan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
289
pengambilan makanan seimbang dengan vitamin dan zat galian yang mencukupi, lakukan senaman secara berkala, elak merokok dan mengambil minuman keras dan elakkan tekanan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
290
JANGKITAN PADA ALAT KELAMIN Soalan SAYA mempunyai masalah jangkitan pada alat kelamin. Dulu saya pernah melakukan hubungan seks dengan pelacur. Adakah saya terdedah kepada risiko? AHMAD J | Perak. Jawapan MASALAH jangkitan pada alat kelamin tidak saja berpunca daripada melakukan hubungan seks dengan pelacur. Ia juga boleh berlaku dengan pasangan halal (isteri) atau dengan mana-mana pasangan yang dikenali jika hubungan itu berbentuk hubungan alat kelamin dan pasangan anda menghidap jangkitan. Jangkitan daripada pasangan boleh berlaku secara rambang. Contohnya dia mungkin terkena jangkitan kutu pubik dari tempat tidur kawan, parasit trikomonas akibat menggunakan tuala lembap, jangkitan sewaktu ih kemaluan dalam tandas dan kemudian terpercik air kotor serta jangkitan kulat kandida dan monilia serta kuman basillus dari lubang najis sebagai kontaminasi sewaktu ih najis dengan menyapu tangan ke arah kemaluan juga boleh berlaku. Ini termasuk jangkitan kuman virus hepatitis dan HIV daripada pemindahan darah yang dicemari virus berkenaan. Pendek kata jangkitan penyakit kelamin boleh berlaku sekiranya satu daripada pasangan menghidap jangkitan dan ia terjangkit kepada mangsa. Jika tiada apa gejala yang berlaku kepada pasangan dan anda sendiri yakin bahawa diri anda tidak mempunyai masalah, maka anda tidak perlu risau untuk memulakan hubungan dengan pasangan .
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
291
ANAK KERAP TARIK HUJUNG ALAT SULIT Soalan SAYA mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan tahun. Apa yang membimbangkan saya ialah tabiatnya kerap menarik hujung zakarnya sebelum tidur atau ketika menonton televisyen. Walaupun saya sering menegurnya tetapi dia tetap berkelakuan sedemikian. Apakah cara yang sesuai mencegahnya daripada melakukan perbuatan itu. Saya bimbang tabiat itu diteruskannya sehingga dewasa. AMAN | Melaka. Jawapan DALAM peringkat pembangunan seksual manusia, sebahagian daripadanya adalah fasa urethral atau membuang air kecil. Pada peringkat ini kanak-kanak lelaki kebiasaannya memegang zakar apabila terasa hendak membuang air kecil manakala perempuan akan mengepit celah kangkangnya. Pada peringkat usia lapan hingga 12 tahun, kanak-kanak lelaki memasuki fasa phallic. Ketika itu dia suka menyentuh zakar sama ada menonton televisyen atau sebelum tidur seperti dilakukan anak anda. Anda tidak perlu bimbang kerana ia tabiat normal dan hilang apabila umurnya meningkat. Mungkin cara paling baik ialah suruh anak anda mencuci tangannya dan tekankan kepadanya bahawa ia tabiat tidak bersih.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
292
GUSAR HADAPI MALAM PERTAMA Soalan SAYA akan berkahwin pada hujung tahun ini, tetapi agak gusar apabila memikirkan bagaimana untuk menghadapi malam pertama. Saya ingin mengetahui cara untuk meyakinkan pasangan supaya masing-masing mendapat keselesaan dan kepuasan. Mungkin doktor boleh cadangkan pelbagai posisi untuk bersetubuh sebagai panduan kepada saya. JAI, Ampang, Selangor. Jawapan MEMANG fobia apabila memikirkan mengenai seks malam pertama. Ia seolaholah sesuatu yang paling mustahak untuk menentukan masa depan kedua-dua pasangan. Hubungan seksual bukan satu pertarungan, apatah lagi sebagai penentu kehidupan. Ia adalah aspek fizikal hubungan kemesraan yang terjalin antara dua insan yang cukup mesra dan intim. Melalui hubungan ini kedua dua insan itu dapat mencurahkan perasaan kasih sayang dan syahwat melalui sentuhan erotik yang akan memberikan mereka keyakinan kepada hubungan mereka. Proses interaksi fizikal semula jadi iaitu lelaki akan terangsang apabila dia mula melakukan sentuhan fizikal kepada isteri. Seterusnya akan berlaku ereksi dan bersedia untuk meneruskan sentuhan yang lebih intim kepada pasangannya. Dalam masa yang sama isteri akan terangsang dengan sentuhan intim yang dilakukan kepadanya dan dia akan dapati anggota sulitnya mengembang dan mungkin bahagian antara bibir lembap yang menandakan hubungan penetratif seksual boleh dilakukan. Isteri yang takut akan mendapati rasa terangsang tadi terbantut dan faraj menjadi kering. Keadaan ini dikenali sebagai mati putik malam pertama. Jika hubungan penetratif dilakukan juga, isteri itu akan terasa sakit. Mungkin jika mahu teruskan juga, si suami boleh menggunakan jeli pelicin dan apabila isteri berasa selesa atau tidak sakit seperti yang dijangkakan, dia akan mula yakin dan tidak akan keberatan untuk melakukan hubungan seksual penetratif pada bila-bila masa.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
293
Lelaki yang fobia kerana gementar atau akibat situasi yang berlaku yang mana pasangan isteri panik, akan juga mengalami kegagalan untuk mengekalkan ereksinya kerana dalam keadaan itu, homon adrenalin keluar dan merencatkan perjalanan darah ke dalam zakar. Maka dia akan mengalami mati pucuk sekunder atau mati pucuk malam pertama. Jangan fikirkankan sangat perkara itu. Paling mustahak cuba berkerjasama.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
294
SEKS PERLU KERJASAMA Soalan BAGAIMANA untuk mengetahui isteri saya mencapai kepuasan maksimum ketika melakukan hubungan seks? AZIZAINAL | Putrajaya. Jawapan DALAM konteks perkahwinan, hubungan seks adalah satu interaksi atau perhubungan yang penuh tanggungjawab. Suami dan isteri perlu saling membantu untuk mengecapi dan menghayati nikmat serta keseronokannya. Tanpa kerjasama dan jalinan hubungan yang mesra, hubungan seks hanya akan menjadi satu rutin dan hanya dilakukan atas dasar tanggungjawab atau terpaksa. Situasi sebegini akhirnya akan bertukar kepada kebencian apabila hubungan seks tidak lagi memberi apa-apa nikmat kepada pasangan. Hubungan seks yang intim memberi manfaat kehidupan kepada kedua-dua pasangan dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka. Ia hanya boleh berlaku apabila kedua-dua pasangan berinteraksi dengan baik dan membantu pasangan mencapai klimaks dengan melakukan rangsangan yang mencukupi mengikut panduan pasangan. Tanpa kerjasama antara pasangan untuk memberi panduan dan galakan, pasangan tidak akan sampai kemuncak kepuasan dan hubungan seksual menjadi hambar. Memang sukar bagi mana-mana pasangan untuk memberi rangsangan seksual tanpa panduan daripada pasangan masing-masing. Contohnya suami tidak boleh membaca apa yang tersirat dalam fikiran isterinya atau apa yang boleh memuaskan berahi isterinya melainkan kedua-duanya dapat berinteraksi dan bersama-sama memberi tunjuk ajar serta dorongan sehingga mendapat kepuasan seks bersama. Jika boleh, sewaktu melakukan hubungan seks dengan isteri, nyatakan apa yang anda hajati supaya dia boleh memainkan peranan. Bukannya melakukan sesuatu yang mungkin tidak memberi kepuasan atau ketidakselesaan kepada anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
295
MALU KERAP BERPELUH Soalan SAYA seorang lelaki bertubuh besar. Masalah yang saya hadapi ialah saya amat mudah berpeluh. Kadang-kadang kerja yang saya lakukan tidaklah seberat mana, tetapi saya tetap berpeluh dengan banyak. Perkara ini kadang-kadang memalukan saya apabila kawan-kawan berkata saya seperti mandi setiap kali melakukan kerja yang memerlukan tenaga fizikal. Bagaimanakah cara mengatasi masalah ini? Adakah saya ini berpenyakit akibat kerap berpeluh dengan banyak dan bolehkah ia dikurangkan dengan meminum air misai kucing (orthosiphon aristatus)? AIZ | Kangar, Perlis. Jawapan PELUH dihasilkan pundi peluh dalam kulit. Ia adalah sebahagian daripada sistem pembuangan sisa metabolisma badan dan sistem kawalan suhu badan. Jika seseorang itu berpeluh ia menandakan metabolisma badan tinggi dan ada kegunaan tenaga, maka suhu badan meningkat. Dengan adanya pengeluaran peluh, kulit dapat mengeluarkan panas badan dan lapisan peluh serta bulu roma dapat memerangkap udara untuk meredakan kepanasan badan. Individu yang berbadan besar memang mudah berpeluh terutama jika dia melakukan aktiviti fizikal kerana dalam keadaan sedemikian, metabolisma badannya meningkat dan proses kepeluhan berlaku seperti yang dijelaskan tadi. Ia bukanlah satu penyakit. Teh misai kucing sudah dikaji pakar urologi Kementerian Kesihatan untuk mengenali kesan jangka panjang pengambilan herba itu dari segi mengurangkan kemungkinan terjadi batu karang. Secara tradisional misai kucing diamalkan sebagai bahan ‘mencuci darah ‘dan untuk menstabilkan tekanan darah, sakit sendi dan kencing manis. Tidak pernah terdengar pula ia juga digunakan untuk mengurangkan peluh.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
296
BINTIK PUTIH TIDAK BERBAHAYA Soalan ADA bintik-bintik putih pada zakar saya. Adakah ia berbahaya dan boleh menjejaskan hubungan seks bersama isteri? Bagaimana untuk menghindari masalah ini dan apakah ubatnya? ZAM, Banting, Selangor Jawapan SEBAHAGIAN daripada perubahan semula jadi yang berlaku kepada zakar lelaki ialah tumbesarannya dan kemunculan bintik-bintik di kepala zakar. Bintik itu dikenali sebagai ‘papilla’ dan ia kelihatan jelas dan menonjol bagi sesetengah lelaki. Ia bukanlah penyakit kulit atau boleh mendatangkan masalah. Jadi, anda tidak perlu bimbang. Bagi lelaki muda, bintik itu kelihatan putih atau merah jambu, manakala untuk orang yang kebiasaannya lebih gelap. Anggota sulit perlu dijaga dan boleh dibasuh dengan mengunakan sabun pelembab yang selesa dan sesuai untuk kulit anggota berkenaan. Sabun biasa atau sabun kosmetik yang mengandungi bahan pengering seperti alkohol boleh mengeringkan kulit. Jika kulit anggota sulit kering, lelaki itu akan terasa gatal dan jika digaru kulit menjadi radang dan boleh terdedah kepada kuman dan kulat. Bulu roma pada anggota sulit boleh dipotong untuk kelihatan kemas. Mencukur bulu roma tidak salah tetapi apabila rambut halus keluar, kulit menjadi gatal akibat tercucuk bulu roma. Penjagaan kebersihan anggota sulit mustahak untuk lelaki yang telah berkahwin untuk menjadi kesihatan hubungan kelamin. Gunakan pencuci yang sesuai yang tidak merosakkan kulit.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
297
JIMAK SEPANJANG KEHAMILAN Soalan SAYA berusia 50 tahun dan isteri saya 40 tahun. Pada Disember lalu, isteri saya hamil tiga bulan untuk anak kelima. Zakar saya berukuran kira-kira 14 sentimeter. Dengan saiz begitu, adakah kandungan akan selamat jika saya melakukan hubungan seks dengan isteri dan sampai bulan berapakah kandungan isteri saya masih selamat untuk kami melakukan hubungan seks? GABRIEL | Johor. Jawapan SELAMA ini anda dan isteri tiada apa-apa masalah dari segi hubungan seksual. Anda juga sudah memiliki empat anak dan ia menandakan isteri anda pernah hamil dan melahirkan anak. Selain itu anda juga ada melakukan hubungan seksual dengannya ketika dia hamil. Jadi, tidak ada sebab kenapa dia tidak dapat menikmati hubungan seksual dengan anda dalam keadaan dia sedang hamil melainkan jika dia rasa tidak selesa walaupun ada mencuba mengubah posisi atau memang dia tidak berminat untuk melakukan hubungan seksual lagi. Hubungan seksual boleh dilakukan sehingga wanita itu masuk ke peringkat akhir kehamilan. Ada juga wanita yang melahirkan anak ketika dia sedang seronok menikmati hubungan seksual dengan pasangan!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
298
KERANDUT LANJUT KE BAWAH Soalan BUAH zakar saya agak kendur dan lanjut ke bawah sehingga menyukarkan pergerakan saya. Adakah keadaan itu boleh memberi kesan samping kepada daya seksual saya? ZAWAWI | Kuala Kubu Baru, Selangor. Jawapan KEDUDUKAN kedua-dua buah zakar ialah di dalam kerandut buah zakar. Kerandut buah zakar pula mengandungi kulit yang lembut. Apabila ia mengecut, kulit jadi menggerutu akibat lapisan otot Dartos di dalam kulit yang berperanan dalam menegang dan mengucupkan kulit. Ketika kulit kerandut mengucup, buah zakar ternaik dan menjadi padat. Ini boleh berlaku pada bila-bila masa dan lazimnya berlaku apabila lelaki itu mengalami ketakutan atau terperanjat dan juga ketika ereksi. Buah zakar mempunyai otot penampung, iaitu otot kremester dan kerandut buah zakar membantu menstabilkan kedudukan buah zakar dalam kerandut buah zakar. Lelaki yang mempunyai kerandut buah zakar yang padat tidak perlu memakai seluar dalam ia tidak perlu ditampung lagi. Lelaki yang mempunyai kerandut kendur pula perlu memakai seluar dalam yang dapat membantu mengaturkan kedudukan buah zakar supaya dia lebih selesa dan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan selesa.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
299
KENCING BERDARAH SELEPAS BERSETUBUH Soalan SETIAP kali selepas bersetubuh dengan isteri, saya mengalami kencing berdarah. Apa yang membimbangkan ialah darah keluar terlalu banyak dan beku. Peliknya, darah tidak keluar jika saya melakukan onani. Malah, air kencing akan jernih kembali selepas dua tiga kali membuang air kecil. Saya pernah menjalani pemeriksaan beberapa kali, tetapi doktor mengatakan saya normal dan tidak mempunyai apa-apa penyakit. Apakah masalah ini sebenarnya? Pezzoz, Muar, Johor. Jawapan MEMANG memeranjatkan apabila sedang bersetubuh, tiba-tiba berlaku pendarahan! Bagi wanita, ia adalah perkara biasa apabila selaput daranya pecah akibat penembusan zakar melalui faraj. Memang pelik jika yang mengalami pendarahan itu adalah lelaki! Lebih lebih lagi jika pendarahan itu berulang-ulang secara kerap. Bagaimana ia boleh berlaku? Ada lelaki yang mempunyai kulit nipis dan padat di bahagian hujung zakar (frenulum). Kulit itu akan terkoyak jika penghujung zakar ditolak secara paksa ke dalam faraj yang sempit itu. Pendarahan boleh berlaku dengan banyak walaupun luka kecil. Apabila ereksi kendur, pendarahan berhenti serta-merta dan kulit yang terkoyak itu akan kelihatan luka. Kadang-kadang luka itu pulih serta-merta dan tidak perlu dirawat. Tetapi ada juga luka yang perlu dijahit. Fenomena ini dikenali sebagai 'pecah dara' bagi lelaki! Selain itu, pendarahan berlaku akibat luka di pembukaan lubang kencing. Namun, jarang sekali pendarahan dari salur kencing (jika tergesel dengan 'batu karang' kecil) atau di pundi prostat akibat radang kerana jangkitan kronik. Jika luka dalam salur kencing akan terasa sakit. Jika tidak sakit, mungkin pendarahan datang dari dalam iaitu pundi prostat. Kadang-kadang air mani bercampur darah atau darah beku bercampur air mani.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
300
Jika pemeriksaan sudah dilakukan dan doktor mendapati tidak ada apa-apa yang luar biasa, kebiasaannya doktor akan memberi ubat nyahkuman (antibiotik) untuk jangkitan pundi prostat. Jadi, jangan rasa was was jika doktor pakar mendapati tiada masalah kesihatan. Jika perkara itu berlaku lagi jumpa doktor kembali.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
301
TIDAK LAGI RASA NIKMAT Soalan MENGIKUT kenyataan doktor dalam ruangan ini, air mani perlu cair supaya sperma mudah bergerak apabila ia memasuki faraj. Dalam erti kata lain, air mani yang cair adalah lebih berkualiti berbanding yang pekat. Sejak akhir-akhir ini, sebahagian daripada air mani saya agak pekat. Adakah ini menandakan sperma saya akan bermasalah? Seperkara lagi yang membimbangkan saya ialah saya tidak lagi dapat merasai nikmat ketika ejakulasi. ANAS | Kota Kinabalu, Sabah. Jawapan AIR mani kebiasaannya pekat ketika ia keluar dan kepekatannya hilang dalam tempoh lima hingga 20 minit. Ia memudahkan sperma yang terkandung dalamnya bergerak untuk masuk ke pangkal rahim dan seterusnya mencari telur untuk percantuman. Jika air mani itu kekal pekat, sperma terperangkap dan mungkin akan mati! Ada juga air mani yang terus cair kerana isi padu yang luar biasa melebihi enam mililiter atau akibat kekurangan bahan pemekat kerana kekerapan mengeluarkan air mani. Ini pun bukan masalah kerana sperma masih dapat bergerak aktif. Paling penting bagi air mani ialah ia perlu mempunyai kandungan sperma melebihi 20 juta dalam setiap mililiter atau aktif dan dapat bergerak sehaluan (sekurang-kurangnya 40 peratus sperma perlu aktif dan bergerak sehaluan) serta berbentuk normal (sekurang-kurangnya 30 peratus). Semua ini hanya dapat dikenal pasti jika lelaki itu menjalani ujian air mani. Ujian ini akan disyorkan kepada semua lelaki yang menjalani pemeriksaan kesuburan. Klimaks rangsangan seksual untuk lelaki berakhir dengan pancutan air mani atau ejakulasi dan ia adalah kemuncak rangsangan syahwat. Kualiti kemuncak bergantung kepada tahap rangsangan yang mana ia ada kaitan dengan tahap hormon testosterone. Bagi lelaki yang kerap melakukan onani sudah tentu tahap hormon itu tinggi dan apabila dia menghentikan perbuatan itu, maka tahap hormon testosterone
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
302
akan lega. Apabila menerima rangsangan seksual, dia masih mampu untuk terangsang tetapi kualitinya mungkin tidak seperti dulu. Ini adalah perkara biasa dan bukannya satu masalah. Apabila lelaki itu mula aktif kembali dan mempunyai isteri yang mudah mencapai kemuncak, kualiti rangsangannya mungkin lebih kerana dia mempunyai pasangan yang boleh menghairahkannya. Untuk meningkatkan keghairahan, anda boleh amalkan pemakanan suplemen Tongkat Ali yang disahkan Kementerian Kesihatan. Ia dapat memantapkan hormon testosterone dan dijual di farmasi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
303
KENCING TAK LAWAS Soalan SAYA mengalami masalah kencing tidak lawas. Apabila membuang air kecil saya dapati cairan jernih berwarna putih dan ada biji kejernihan. IVAN, Seremban, Negeri Sembilan . Jawapan MENAHAN air kencing kadangkala mengakibatkan perasaan kencing tidak tus atau tidak lancar dan jika ketika kencing, meneran pada peringkat penghabisan kencing, cecair pekat berketul-ketul boleh terkeluar. Ia bukanlah satu masalah atau penyakit dan ia berlaku kerana ketika meneran dan mengemut, otot pelvik mencengkam dan mengakibatkan cecair daripada pundi Cowpers dan prostat terkeluar. Bagi lelaki yang berkahwin, kadangkala semasa bercumbu mereka akan mendapati pengeluaran cecair pekat yang banyak. Ini bukan masalah cepat klimaks atau ejakulasi kerana yang keluar itu ialah air mazi. Ada setengah orang percaya jika perkara itu berlaku, ia petanda mati pucuk atau petanda lemah syahwat, kepercayaan ini tidak betul.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
304
RISAU ISTERI TAK PUAS Soalan SAYA baru berkahwin beberapa bulan lalu. Saya dapat merasakan ada masalah dalam hubungan seksual, isteri saya seperti tidak mendapat kepuasan. Kebiasaannya selepas ejakulasi, saya sudah tidak mampu meneruskan lagi persetubuhan. Saya tahu isteri saya tidak mendapat nikmat persetubuhan dan mahu meneruskannya lagi, tetapi masalahnya saya sudah tidak bertenaga lagi. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini supaya masing-masing dapat merasai kenikmatannya? USIN | Sepang, Selangor Jawapan KEPUASAN seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan. Tinjauan yang pernah dijalankan melalui laman web www.drismailtambi.com mendapati 34.6 peratus lelaki gagal memuaskan pasangan. Justeru, isu ini memang mustahak kepada lelaki. Hubungan seksual ialah satu-satunya hubungan yang menyeronokkan pasangan kelamin yang sudah bersedia dan berkemampuan dari aspek fizikal. Bagi pasangan yang baru berkahwin, hubungan seks adalah satu faktor yang dapat menjalin kemesraan. Kebiasaannya, pasangan baru berkahwin cukup sensitif dengan rangsangan seksual. Seterusnya mereka tergesa-gesa atau gelojoh untuk melakukan sentuhan zakar ke faraj. Ini akan membuatkan mereka kecewa apabila seorang daripada pasangan cepat klimaks. Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, maka sudah tentu klimaks lebih awal. Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus memasukkan zakar ke dalam faraj walaupun berlaku ereksi. Tumpukan perhatian kepada tubuh isteri dengan menyentuh bahagian tertentu. Anda juga boleh gunakan losyen aromatik atau pewangi dan lakukan dengan penuh erotik. Apabila pasangan sudah bersedia dan cukup terangsang, barulah zakar ditusukkan ke dalam faraj. Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, anda boleh melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil). Walaupun
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
305
air mani sudah terkeluar (ejakulasi), teruskan dayungan sambil mengemut sehingga pasangan anda klimaks dan puas! Alat penahan ereksi iaitu ‘penile band’ atau ‘penile ring’ ada dijual di pasaran atau sila layari laman web www.drismailtambi.com. Ia boleh dipakai ketika ereksi berlaku dan dapat mengekalkan ereksi walaupun ejakulasi sudah berlaku.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
306
SUAMI MUDA RISAU Soalan SAYA baru berusia 27 tahun dan sudah berkahwin. Setiap kali bersetubuh dengan isteri, saya mencapai klimaks seperti semua lelaki normal lain. tetapi apa yang membimbangkan saya ialah tiada setitis pun air mani yang keluar! Sebaliknya hanya cecair jernih dan likat seperti air mazi. Ia juga tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh dengan kuantiti yang sedikit. Saya tidak tahu apa puncanya masalah ini. Bagaimanapun, saya memang terasa keadaan klimaks itu. Cuma air mani saja yang tidak keluar. Jika ia berterusan, bagaimana saya mahu mendapatkan zuriat? Adakah saya perlu menjalani proses permanian berhadas? Murali, Taiping, Perak. Jawapan MASALAH yang dialami anda sebenarnya jarang berlaku kepada lelaki muda, kecuali jika dia menghidap kencing manis. Kemungkinan anda mengalami pancutan air mani ke dalam pundi kencing setiap kali anda klimaks. Ini boleh disahkan dengan menjalani pemeriksaan air kencing untuk memastikan sama ada sperma masuk ke dalamnya. Jika ada, ia menandakan anda mengalami pancutan ke dalam pundi kencing atau dikenali sebagai 'retrograde ejaculation.' Satu cara yang boleh dilakukan ialah menapis air kencing supaya sperma aktif dapat dikumpul dan dibersihkan untuk dimasukkan ke dalam rahim isteri ketika dia dalam waktu subur melalui prosedur permanian berhadas. Sebelum dikumpul anda diberi minum soda berkarbonat untuk mengurangkan keasidan air kencing supaya sperma yang terpancut ke dalam pundi kencing tidak mati akibat terdedah kepada tahap keasidan yang tinggi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
307
BEKAS GAY DISERANG GATAL Soalan SATU ketika dulu saya pernah menjalani kehidupan sebagai seorang gay. Bagaimanapun, saya begitu menyesal dengan jalan songsang yang dipilih itu dan kini saya sudah insaf. Bagaimanapun, apa yang membimbangkan saya sekarang ialah badan saya mula terasa gatal-gatal. Saya kerap menggaru sehingga luka. Adakah ia petanda saya menghidap penyakit kelamin? Saya harap doktor dapat membantu saya. JOJO | Selangor. Jawapan JANGKITAN penyakit kelamin berlaku apabila individu yang sihat melakukan hubungan seks dengan individu yang membawa atau menghidap penyakit kelamin. Petanda penyakit kelamin seperti gonorrhea ialah ada pengeluaran cecair berwarna putih yang banyak daripada zakar atau faraj. Jika tidak dikawal, radang akan berlaku dengan ketara. Jangkitan penyakit berkenaan boleh berlaku dalam masa 24 jam selepas terdedah dengan kuman ‘nisseria gonorrhea’. Virus HIV/Aids juga dijangkiti melalui hubungan seks rambang dengan pasangan yang membawa atau menghidap penyakit berkenaan. Cara mengesannya dengan menjalani ujian darah. Jika negatif virus HIV, ujian itu perlu dilakukan lagi selepas tiga bulan kerana antibodi virus terbabit mengambil masa antara tiga minggu hingga tiga bulan untuk muncul. Naluri seksual sesama jenis adalah sebahagian daripada naluri seksual yang dialami individu yang mungkin berlaku secara kebetulan. Jika individu itu tidak selesa dengan hubungan itu, dia boleh tinggalkan perilaku terbabit. Ada juga individu yang boleh melakukan hubungan seks dengan lelaki dan wanita. Mereka dikenali sebagai biseksual kerana mempunyai naluri seksual ‘bi’. Bagaimanapun, jangan diamkan diri dibelenggu dalam keadaan begitu. Dapatkan bimbingan dan kaunseling untuk meningkatkan daya ketahanan diri mengetepikan naluri sesama jenis. Tidak mudah untuk melakukannya jika sudah terikat dengan amalan itu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
308
GAGAL BERI KEPUASAN PADA ISTERI Soalan SAYA berkahwin dua bulan lalu, tetapi saya gagal memberikan kepuasan kepada isteri. Entah mengapa zakar saya tidak mampu ereksi, sekali gus membuatkan hubungan seks bersama isteri gagal. Pelbagai cara sudah dicuba, tetapi zakar saya masih tidak mampu untuk ereksi. Adakah saya mempunyai masalah lemah syahwat atau mati pucuk? Untuk pengetahuan doktor, sewaktu remaja saya kerap beronani. Adakah ia boleh menjadi puncanya? IZ | Jasin, Melaka. Jawapan PASANGAN yang mempunyai masalah dalam hubungan seksual perlu berbincang dan mencari kata sepakat bersama. Sama ada masalah itu datang daripada suami atau isteri, ia perlu diselesaikan bersama kerana ia bukannya masalah individu. Hubungan seksual atau persetubuhan hendaklah dilakukan dalam keadaan selesa dan seronok. Dalam keadaan sedemikian kemuncak rangsangan atau ejakulasi boleh berlaku dengan penuh nikmat. Jika tidak, ereksi dan rangsangan akan hilang begitu saja! Apabila bersetubuh dengan isteri, dia tidak dapat mengecapi nikmat klimaks. Ini mengakibatkan dia tertekan dan lama-kelamaan, ereksi semakin sukar dicapai. Masalah ini dikenali sebagai ‘situational impotence’ atau mati pucuk akibat tertekan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
309
KETULAN PADA ALAT SULIT Soalan BARU-baru ini saya mendapati ada ketulan pada buah zakar saya. Saya sudah menjalani pemeriksaan dan doktor mengesahkan saya normal tanpa apa-apa masalah. Kemudian saya terbaca artikel mengatakan lelaki berusia 15 tahun hingga 34 tahun berisiko menghidap kanser buah zakar. Saya bimbang jika tergolong dalam golongan itu. Apakah masalah sebenar pada buah zakar saya itu? Adakah saya turut berisiko menghidap kanser? ZEN | Pulau Pinang. Jawapan SETIAP individu bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan dan kebersihan alat kelamin mereka. Bagi lelaki yang kerap melakukan pemeriksaan sendiri zakar dan buah zakarnya, sudah pasti tahap kesihatan alat kelamin itu terkawal. Pemeriksaan boleh dilakukan sebulan sekali menggunakan jari meneliti buah zakar dari bawah ke atas serta depan dan belakang. Apa yang penting, anda perlu tahu apa yang disentuh. Bahagian atas dan belakang buah zakar ialah pundi epididimis. Kadangkala pada pundi berkenaan terasa seperti ada ketulan. Jangan panik, ia mungkin ketulan cista ( ketumbuhan mengandungi cecair) dan bukannya buah zakar ketiga! Jika ketika pemeriksaan anda terasa seperti ada urat berpintal pada bahagian atas buah zakar, itu mungkin salur darah ‘vain’ berpintal atau varikosel. Jika ada takungan air dalam pembalut buah zakar, ia berkaitan dengan masalah hidrosel. Pendek kata banyak manfaat boleh didapati dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Masalah itu bukanlah petanda anda menghidap kanser buah zakar. Kemungkinan berlaku ialah kurang satu peratus daripada 100,000 lelaki setahun. Ujian darah untuk mengesan AFT dan Beta HCG adalah sebahagian ujian yang dilakukan untuk mengenal pasti kanser buah zakar. Jika masih kurang pasti, elok berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
310
HUBUNGAN BERTERUSAN JEJAS URAT SARAF Soalan JIKA saya bersetubuh dengan isteri dua hari berturut-turut, saya kerap berasa senak pada buah zakar, tapak kaki terasa sengal dan sakit pada sendi lutut. Zakar saya juga sukar bertahan jika menegang. Kadangkala isteri saya perlu mengusapnya sebelum air mani terkeluar. AMZI | Johor. Jawapan RANGSANGAN kepada zakar yang dilakukan secara bertalu-talu akan memberi kesan kepada urat saraf itu. Jadi, tidak hairan jika lelaki yang melakukan hubungan kelamin yang bertalu-talu akan berasa tidak selesa seperti yang anda maksudkan akibat cengkaman otot penampung buah zakar. Bagaimanapun ia akan pulih beberapa hari kemudian apabila tekanan atau keradangan urat saraf itu lega. Jadi, untuk menghindar rasa kurang selesa itu, amalan itu perlu dihentikan. Anda juga sukar mencapai ereksi kerana keradangan urat saraf itu. Jika anda paksa, sudah tentu akan mengakibatkan tekanan kepada urat saraf dan ejakulasi awal boleh berlaku.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
311
JANTINA ANAK KURANG JELAS Soalan SAYA baru mendapat seorang anak lelaki, tetapi saya mendapati zakarnya tidak normal sebagaimana bayi lelaki lain. Kerandut zakarnya terlalu kecil manakala bahagian hujung zakar seperti kulit saja dan seolah-olah tidak ada zakar. Adakah bayi saya normal? AMANG | Pahang. Jawapan KEBIASAANNYA zakar bayi lelaki mempunyai kerandut dan ada buah zakar di dalamnya. Selain itu penghujung zakar mempunyai kulit untuk menutup kepala zakar. Jika semua ini tiada, sudah tentu jantina bayi berkenaan meragukan. Adalah lebih baik dirujuk kepada doktor dan jika perlu, bayi berkenaan akan menjalani ujian baka untuk menentukan jantina sebenarnya. Jika baka XX, jantinanya perempuan manakala XY menunjukkan bayi itu lelaki. Pemeriksaan susulan juga dilakukan seperti ujian hormon. Jangan biarkan bayi dalam keadaan begitu kerana ia akan mendatangkan tekanan apabila ia dewasa kelak.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
312
TERKENA HENTAKAN KETIKA EREKSI Soalan ZAKAR saya pernah terkena hentakan kuat ketika ia ereksi. Berikutan itu, ia kini tidak mampu untuk ereksi lagi. Bagaimana untuk merawat masalah ini? TAPA | Melaka. Jawapan KECEDERAAN yang berlaku kepada zakar boleh mengakibatkan fungsi anggota berkenaan terjejas. Antaranya disebabkan hentakan atau tarikan ketika zakar itu sedang menegang atau ereksi. Hentakan secara terus kepada zakar boleh mengakibatkan ia 'terpatah' dan hujung zakar terbengkok serta lebam kerana darah menyerap keluar daripada otot zakar yang tercedera. Jika ada darah beku dalam otot, ia perlu dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Apabila ia pulih, ereksi boleh berlaku secara spontan tetapi pada peringkat permulaan, ia agak menyakitkan sebelum kembali normal. Ini kerana mungkin di tempat yang cedera itu mengandungi tisu parut yang seraput tetapi zakar masih boleh digunakan lagi. Namun, ia jarang mengakibatkan mati pucuk. Bagi zakar yang tersentap atau tertarik dengan kuat, mungkin otot dan sendi lekatan otot zakar ke tundun terkoyak. Untuk melegakan keradangan dan bengkak, 'cold compress' akan digunakan. Apabila lega, pemeriksaan dilakukan untuk mengenal pasti tahap kecederaan. Jika ringan, pemulihan akan berlaku secara spontan, tetapi jika kecederaannya berat mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menyambung ligamen (otot sendi) yang terkoyak. Bagaimanapun, elok berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin masalah itu kecil tetapi kerana takut, ereksi tidak berlaku!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
313
TIADA MASALAH JIKA PUAS Soalan SAYA difahamkan petang adalah waktu terbaik untuk mengadakan hubungan seks, terutama pada jam lima petang ke atas. Ini kerana pada waktu itu sperma dikatakan sangat aktif. Adakah kenyataan ini benar? SUDIN | Selangor. Jawapan SEBENARNYA hubungan seks boleh dilakukan pada bila-bila masa mengikut kehendak masing-masing. Sesetengah wanita suka melakukan pada waktu petang dan lelaki pula lebih gemarkan waktu pagi kerana ketegangan zakar lebih mantap pada waktu itu. Jika setiap hubungan seks itu menyeronokkan dan kedua-dua pasangan puas, ia tidak menjadi masalah dan sudah tentu bilangan sperma juga tinggi. Lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan 70 ribu sperma seminit atau 100 hingga 300 juta sperma sehari. Sperma ini tersimpan dalam penghujung salur sperma atau salur `Vas Deferens’. Apabila seseorang lelaki itu melakukan hubungan seks, air mani yang mengandungi sperma akan terkeluar. Bagaimanapun, pengeluaran air mani dan sperma bergantung kepada tahap rangsangan dan keseronokan semasa melakukan persetubuhan. Sehubungan itu, air mani akan keluar dengan banyak jika tahap rangsangannya tinggi dan begitu juga sebaliknya.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
314
AIR MANI BERCAMPUR DARAH Soalan TERDAPAT darah dalam air mani saya. Saya bimbang ia akan menjejaskan kesihatan dan kesuburan saya. Apakah punca sebenar masalah saya ini? AMAT | Johor Jawapan HAEMATOSPERMIA atau campuran darah dalam air mani jarang sekali berlaku. Jika berlaku pun hanya pada sebahagian kecil lelaki yang mungkin sama ada disedari atau tidak. Haematospermia boleh berlaku bila-bila masa. Ia juga boleh berlaku secara mikroskopik di mana hanya sel darah merah saja kelihatan apabila air mani dilihat menerusi mikroskop. Kadang-kadang lelaki yang mengalami haematospermia akan berasa sakit setiap kali mencapai ejakulasi. Air maninya pula berwarna merah jernih dan seolaholah berlaku geselan air mani dalam salur kencing sama ada di bahagian hujung atau pangkal zakar. Jika terasa perit pada penghujung zakar, kemungkinan salur kencing pada bahagian itu melecet. Jadi, akan terdapat campuran darah dalam air mani. Bagaimanapun, jika rasa sakit pada bahagian pangkal zakar, kemungkinan ada kaitan dengan penyakit batu karang. Walaupun air mani mengandungi darah, tetapi kandungan sperma masih aktif dan lelaki itu masih mampu menghamilkan pasangannya. Kebiasaannya, apabila ia berlaku, kedua-dua pasangan akan terasa cemas dan dalam keadaan sedemikian mereka akan berfikir perkara negatif seperti kemungkinan menghidap kanser dan jangkitan sehingga mereka takut untuk meneruskan hubungan seksual. Haematospermia bukanlah petanda lelaki itu mandul atau membawa kuman atau jangkitan yang boleh menjangkiti isteri. Jika sperma normal bercantum dengan telur wanita, janin tidak akan terencat walaupun lelaki itu menghasilkan sperma bercampur darah. Ia juga bukan petanda kanser dan lazimnya haematospermia akan reda serta kembali normal. Saya pernah mengendalikan kes lelaki yang mengalami masalah berkenaan. Semua mereka memang amat cemas dan lebih-lebih lagi isteri masing-masing. Selepas diberi rawatan, semua mereka sembuh seperti sedia kala.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
315
Bagi lelaki yang mengalami haematospermia, jangan cepat panik dan segera rujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan. Jika terdapat batu karang doktor akan memberi ubat untuk melegakan salur kencing dan salur prostat supaya batu karang dapat dikeluarkan. Kebiasaannya tidak perlu menjalani pembedahan pembuangan batu karang dalam salur prostat kerana batu karang itu sangat kecil dan mudah hancur.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
316
CARA PULIH SPERMA LEMAH Soalan SAYA sudah berkahwin selama dua tahun tetapi masih gagal mendapatkan zuriat. Selepas membuat ujian air mani, doktor mendapati sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoosperma. Apakah punca masalah ini dan bagaimana untuk memulihkannya? Bolehkah saya menimang cahaya mata jika mengalami masalah ini? MAN | Kuala Lumpur . Jawapan SETAKAT ini ujian air mani mungkin paling sesuai mengesan lelaki mampu menghasilkan sperma atau tidak. Jika masih mampu menghasilkan sperma, lelaki tidak boleh dikatakan mandul. Jika spermanya kurang, ia dikenali sebagai Oligospermia atau Oligozoospermia. Selain itu jika sperma tidak berbentuk normal (kurang dari 30 peratus), ia dikenali sebagai Teratospemia dan jika kandungan sperma tidak bergerak kurang 40 peratus, masalah itu dikenali sebagai Asthespermia. Lelaki yang sihat mampu menghasilkan jutaan sperma berkualiti sehari atau 70,000 sperma seminit. Proses pembiakan sperma bagi satu pusingan mengambil masa 90 hari. Jika lelaki itu diberi ubat untuk merangsangkan pembiakan sperma, ia perlu diambil sekurang-kurangnya 90 hari atau tiga bulan. Antara pemeriksaan yang dilakukan dengan mengukur kedua-dua buah zakar dengan alat orkidometer. Jika perlu, mungkin ujian hormon kesuburan FSH perlu dilakukan sebelum mendapat apa-apa rawatan. Selain itu aspek fizikal diberi penekanan sama ada memakai seluar ketat, merokok dan suasana tempat kerja (sama ada panas atau terdedah kepada bahan kimia). Punca sebenar masalah ini tidak diketahui. Ada lelaki yang mengalami masalah kekurangan sperma kerana buah zakar terlalu kecil. Ada juga disebabkan masalah hormon atau pembuluh darah zakar berpintal (varikosel). Rawatan lain yang bersesuaian ialah penyemaian sperma ke dalam rahim isteri dan bayi tabung uji.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
317
TERTEKAN MIMPI BASAH Soalan SAYA berusia 18 tahun. Mempunyai masalah setiap kali keluar air mazi, zakar saya sakit. Ia keluar dengan banyak setiap kali saya tidur. Bagaimanakah masalah ini boleh berlaku, harap doktor dapat jelaskan. EDD | Kuala Lumpur. Jawapan MIMPI basah adalah perkara biasa yang dialami lelaki baligh. Perkara ini berlaku tanpa kesedaran lelaki dan dia hanya sedar selepas pancutan berlaku. Dia akan terjaga ketika pancutan, apabila terasa bahagian kelangkang basah atau terasa zakarnya sengal. Rangsangan itu akibat mimpi yang menyeronokkan. Ia juga boleh berlaku apabila zakar yang menegang ketika tidur nyenyak tersentuh kepada tempat yang sensitif. Pancutan sedemikian berlaku tanpa mimpi. Bagi lelaki yang pernah melakukan hubungan seksual, dia akan bermimpi sama yang akan mengakibatkan tercetusnya ejakulasi dalam mimpi itu. Pendek kata, mimpi basah perkara normal untuk lelaki dan perempuan malah tidak perlu khuatir atau rasa tertekan. Kepada mereka yang tertekan, kemungkinan perkara ini boleh menyebabkan kekejangan, kadangkala perlu merujuk pakar psikologi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
318
KERAP BUANG AIR KECIL, TAK TUS Soalan SAYA kerap membuang air kecil sehingga 20 kali sehari. Selain itu, ketika saya membuang air kecil hanya sedikit saja air yang keluar. Adakah ia penyakit atau normal? JIE | Kuala Lumpur. Jawapan MASALAH kencing tidak tus atau tidak lancar atau kerap boleh berlaku kepada lelaki atau perempuan. Biasanya masalah ini dikaitkan dengan masalah radang pundi kencing akibat jangkitan kuman. Jangkitan boleh berlaku dari luar atau dari dalam. Misalnya, jangkitan kepada salur kencing merebak kepada pundi kencing dan bahagian otot yang mengawal kencing boleh radang. Jangkitan buah pinggang yang merebak kepada salur kencing dan masuk ke pundi kencing dan mengakibatkan radang pundi. Perkara mustahak untuk individu yang mengalami masalah kencing tidak tus itu berjumpa doktor bagi menjalani ujian air kencing. Jika terdapat kuman, doktor akan beri ubat pembunuh kuman tertentu dan masalah radang boleh reda. Jika dibiarkan boleh menghalang hubungan kelamin. Antaranya, masalah disfungsi erektil (lemah syahwat) atau dispareunia (sakit ketika bersetubuh) untuk lelaki dan perempuan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
319
TAHAP BERTAHAN KETIKA BERSAMA Soalan ADAKAH sebarang kajian yang menunjukkan tahap kemampuan seseorang lelaki untuk bertahan dalam persetubuhan? GERALD | Perak. Jawapan MENGIKUT kajian, tempoh bersetubuh dari kemasukan zakar kepada ejakulasi ialah dua setengah minit. Ada sesetengah lelaki yang boleh bertahan sehingga lima minit, tetapi jarang sekali yang mencecah 10 minit. Bagaimanapun ia bergantung kepada keadaan ketika hendak melakukan persetubuhan. Jika pasangan lelaki terlalu terangsang dan tidak dapat mengawal diri mungkin pengeluaran air mani atau klimaks itu cepat. Jika melakukannya dengan keadaan yang selesa dan mengambil masa mungkin boleh tahan lama serta dapat mengubah posisi dan gaya. Jika setiap kali bersetubuh seseorang itu cepat klimaks mungkin lelaki berkenaan mengalami masalah cepat klimaks. Pendek kata jangka masa bersetubuh tidak perlu dipertikaikan kerana persetubuhan ialah suatu perkara menyeronokkan. Dengan kerjasama yang erat antara suami dan isteri sudah tentu pasangan tidak sedar masa berlalu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
320
LEMAH SELEPAS BEDAH Soalan BEBERAPA bulan lalu, saya menjalani pembedahan di hospital kerajaan kerana kencing tidak lawas. Apa yang merunsingkan saya, selepas pembedahan dan rawatan susulan, zakar saya gagal menegang seperti dulu lagi. Bagaimanakah, masalah ini boleh berlaku, adakah berkaitan pembedahan berkenaan. Bolehkah ia pulih seperti sediakala? KAMIL | Kuala Terengganu. Jawapan MASALAH kencing tidak lawas atau tidak tus memang perkara merunsingkan lelaki dan perempuan serta perlu dirujuk kepada doktor bagi penyelesaian. Kebiasaannya doktor menjalankan ujian kencing bagi mengenal pasti sama ada individu mempunyai jangkitan salur kencing yang termasuk pundi kencing. Bagi lelaki yang berumur, masalah kencing tidak tus mungkin akibat masalah bengkak pundi prostat. Secara amnya, masalah kencing boleh menimbulkan gangguan ereksi. Dalam keadaan kesakitan atau ketidakselesaan, susah buat lelaki itu terangsang dan minat melakukan hubungan seksual menurun. Lelaki yang pernah menjalani pembedahan pembuangan pundi prostat, kemungkinan boleh mengalami masalah mati pucuk. Ini kerana urat saraf yang mengawal ereksi tercedera dalam prosedur pembedahan. Pembedahan prostat yang lebih selamat daripada kecederaan urat saraf adalah pembedahan pundi prostat dengan prosedur `nerve sparing’. Masalah kencing tidak tus memang menyulitkan dan mengganggu ereksi malah, lelaki yang mengalaminya perlu merujuk kepada doktor bagi menjalani pemeriksaan dan perawatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
321
ENGGAN KECEWAKAN ISTERI Soalan SAYA baru melangsungkan perkahwinan kira-kira dua bulan lalu. Seperti lelaki lain, saya memang mempunyai naluri melakukan hubungan seks dengan isteri. Bagaimanapun, keinginan itu terhalang berikutan zakar saya sukar untuk menegang. Contohnya, jika malam ini saya bersetubuh dengan isteri, pada malam berikutnya saya tidak mampu melakukannya. Keadaan ini amat mengecewakan saya. Saya gagahkan untuk bersetubuh kerana tidak mahu mengecewakan isteri. Pelik juga kerana saya baru berusia 30 tahun. Buat pengetahuan doktor, saya kerap sengal di sendi jika mengambil minuman berais. Selain itu selepas ejakulasi, kadang-kadang sendi lutut sakit dan saya pernah jatuh terduduk (punggung terhentak kuat), tetapi tidak memberi masalah pada tulang dan urat. ZAM MD | Kelantan. Jawapan EREKSI boleh berlaku pada bila-bila masa, baik lelaki muda ataupun tua. Bezanya cuma tahap kekerasan dan kepadatan ereksi itu saja. Lelaki muda dapat mencapai ereksi padat dan keras dengan cepat berbanding lelaki tua. Begitu juga dengan kekerapan ereksi. Kekerapan dan tahap ereksi juga bergantung kepada tahap kesihatan, persediaan minda yang mudah terangsang dan kedudukan emosi. Dalam keadaan letih tentu sukar mencapai ereksi. Seks adalah aktiviti memerlukan tenaga. Jika seseorang lelaki itu tidak aktif dengan sebarang aktiviti fizikal, dia akan penat selepas bersetubuh dan jika mahu mengulanginya, dia perlu mengambil masa. Jika masalah itu ada kaitan dengan keletihan, tahap kecergasannya perlu ditingkatkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, mengawal pemakanan, berat badan, tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan jauhi tekanan. Jika masih tidak berkesan, berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
322
Mengambil minuman berais tidak melemahkan tenaga syahwat, tetapi jika kerap membuang air kecil atau besar, ia memang boleh mengganggu pencapaian ereksi. Sakit sendi dan otot selepas bersetubuh adalah perkara biasa bagi individu yang baru mula melakukan persetubuhan. Ia bukan penyakit, cuma kelesuan tubuh anggota akibat tekanan seks tadi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
323
ALAT SULIT TIDAK PADAT Soalan SAYA berusia 26 tahun dan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Zakar saya terlalu kecil, pendek dan tidak padat ketika menegang. Saya bimbang tidak dapat menjalankan tanggungjawab seksual terhadap isteri kelak. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? BAKAL SUAMI | Kuala Lumpur. Jawapan APABILA umur lelaki mencecah 20 hingga 24 tahun, tumbesaran zakar akan mencapai tahap maksimum. Keadaan zakar pada peringkat awal baligh berbeza jika dibandingkan dengan peringkat pertengahan baligh dan akhir baligh dari segi kekerapan mencapai ereksi. Biasanya ereksi lebih kerap berlaku sewaktu peringkat awal dan pertengahan baligh. Pada peringkat akhir baligh atau dewasa, ia akan berkurangan dan lebih terkawal. Keadaan zakar juga berbeza antara zakar individu yang kerap, kurang dan tidak melakukan onani. Bagi yang tidak pernah melakukan onani, zakarnya akan kelihatan tidak begitu padat, kecil dan lebih kecut. Semua ini adalah semula jadi. Dalam keadaan terangsang, otot zakar akan mengembang kerana pengaliran darah yang banyak ke dalam rongga otot. Apabila lelaki itu mengemut atau mencengkam otot lantai pelvis (seperti menahan membuang air kecil atau besar), zakar kelihatan lebih padat dan besar. Ini juga adalah perubahan semula jadi. Memang keadaan zakar berbeza dari semasa ke semasa. Ini kerana pengaruh aktiviti hubungan seks bagi individu yang sudah berkahwin. Jika hubungan seks kerap dilakukan, zakar akan lebih pejal dan besar. Jadi, jangan bimbang jika zakar kelihatan kecil dalam sesuatu masa kerana ia perkara biasa. Paling penting zakar dapat berfungsi dengan sempurna. Jika masih bimbang dan was-was, sila berjumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
324
EJAKULASI TERLALU AWAL Soalan SAYA berusia 35 tahun dan mempunyai seorang anak berusia tiga tahun. Sejak lima bulan lalu setiap kali mengadakan hubungan seks dengan isteri, saya mengalami ejakulasi terlalu awal dan air mani pula terlalu cair. Selain itu, saya kerap sakit pinggang terutama waktu pagi dan tengah hari. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Kami juga merancang untuk mendapatkan anak kedua. Apa yang perlu saya lakukan? AMY | Selangor . Jawapan EJAKULASI awal atau cepat klimaks berlaku kerana daya kawalan ejakulasi lemah. Kadang-kadang jika ereksi kurang padat, geselan pada faraj dilakukan dengan cepat dan luar kawalan boleh menyebabkan ejakulasi awal. Cuba gunakan cincin penambat zakar supaya ereksi menjadi lebih padat. Ia dapat membantu meningkatkan daya kawalan dan mengekalkan ereksi. Pastikan cincin dipakai ketika ereksi padat supaya zakar tidak kembali kendur. Air mani memang akan cair untuk memudahkan sperma bergerak. Air mani cair bukanlah petanda lelaki itu kurang subur, sebaliknya ia adalah air mani yang sihat. Kandungan sperma cukup, bergerak aktif dan bentuknya yang normal adalah ciri air mani yang sihat. Untuk mengetahuinya ujian air mani perlu dilakukan. Jika ada masalah, rawatan sewajar akan diberi doktor. Memandangkan anda sudah mempunyai anak, peluang untuk menambah bilangan anak memang ada. Cuba lakukan hubungan seks sekerap mungkin sewaktu isteri dalam keadaan subur. Jika gagal juga dalam masa setahun, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesuburan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
325
TAK MAMPU TINGGAL KETAGIH ONANI Soalan SAYA berusia 30 tahun dan masih belum berkahwin. Masalahnya, saya mengalami ketagihan seks dan kerap melakukan onani. Malah, saya sudah lakukannya sejak saya berusia 17 tahun. Ketagihan saya kadang-kadang cukup kronik dan saya pernah melakukannya sebanyak lima kali sehari! Saya tahu ia boleh mendatangkan kesan buruk kepada saya, tetapi saya tidak mampu meninggalkan tabiat itu. Saya bimbang jika berkahwin kelak, saya tidak mampu menghasilkan zuriat ataupun memuaskan kehendak batin isteri. JAR | Pulau Pinang. Jawapan ANDA tidak perlu bimbang kerana anda sudah sedar akan keburukannya. Bagaimanapun, anda perlu kurangkan tabiat itu. Lakukannya jika anda begitu tertekan supaya anda tidak terjebak dengan seks rambang. Amalan onani ketika usia muda sebenarnya tidak memberi kesan ketara kerana jarang kilang sperma rosak akibat tabiat onani. Buat masa ini anda tidak perlu buat apa-apa. Bagaimanapun jika berkahwin dan masih tidak mendapat anak, anda perlu memeriksa air mani untuk mengetahui ia mengandungi sperma atau tidak. Jika normal, anda tidak perlu bimbang dan jika ada masalah, pemeriksaan susulan akan dilakukan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
326
ELAK DIUSUNG KE HOSPITAL Soalan SAYA berusia 25 tahun dan menghadapi masalah angin pasang atau hernia. Saya dimaklumkan masalah ini boleh disembuhkan melalui pembedahan. Selepas pembedahan, adakah wujud kesan sampingan seperti sakit ketika melakukan aktiviti sukan? RAZ | Selangor. Jawapan RAWATAN moden satu-satunya kaedah yang dapat menyelesaikan masalah anda itu. Jika anda takut dan tidak mahu mengambil apa-apa tindakan atau hanya mencuba kaedah mengurut, besar kemungkinan hernia itu lebih parah. Anda mungkin diusung ke hospital dan menjalani pembedahan kecemasan. Jadi, pembedahan adalah lebih baik. Dalam pembedahan itu, usus yang termasuk ke kerandut akan diletakkan kembali ke dalam perut dan ruang di antara perut dan kerandut akan diperkukuhkan. Anda mungkin dilarang melakukan aktiviti lasak buat seketika, tetapi apabila sembuh ia boleh aktif bersukan. Pembedahan untuk pemulihan, bukannya kemudaratan. Bayangkan jika hernia itu dibiarkan. Ia akan membesar dan menolak buah zakar dan zakar ke belakang. Lama-kelamaan ia akan merosakkan alat kelamin anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
327
ISTERI TAK BERMINAT LAKUKAN SEKS Soalan SAYA bapa kepada empat anak dan bakal menimang cahaya mata kelima. Perkahwinan saya sudah berusia 18 tahun. Masalahnya, isteri saya dingin dalam hubungan seks terutama sejak mengandung anak kelima ini. Sikapnya amat mendukacitakan saya, sehinggakan saya terasa seolah-olah mati pucuk. Jika ingin bersamanya, dia langsung tidak berminat untuk mengadakan hubungan seks. Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat mengawal nafsu seks untuk bersetubuh. Paling trauma saya kerap bermimpi keluar mani (seperti baru baligh). Saya juga mengalami tekanan jika tidak mengeluarkan mani sehinggakan seluruh badan saya sakit terutama pada bahagian pinggang. Jadi untuk meredakan kesakitan saya terpaksa melakukan onani untuk memuaskan nafsu seks. Adakah saya tergolong dalam lelaki yang kuat seks? Apakah kesannya pada zakar saya jika kerap melakukan onani? Betulkah jika air mani kita tidak keluar begitu lama badan kita akan terasa sakit? SUAMI RESAH | Pulau Pinang. Jawapan HUBUNGAN seksual menyeronokkan kedua-dua pasangan jika itu yang dihajatkan. Kepada individu yang memang bersemangat dalam aspek hubungan syahwat, dia akan bersemangat dan seronok jika hajatnya untuk bersetubuh tercapai. Tanda-tanda seperti lenguh badan, sakit kepala, sakit belakang dan kurang mood akan muncul. Ada juga lelaki yang mengalami kesakitan pada buah zakar seperti rasa kencing tak lawas. Bagaimanapun, semua ini akan hilang jika dia mencapai klimaks akibat onani. Tanda-tanda yang dialami sebelum itu ialah kesan tekanan atau stress kerana tidak dapat melakukan hubungan seks dengan pasangan. Apabila dia mendapat kelegaan sama ada melalui onani atau mimpi basah, dia akan rasa selesa seketika dan selagi perkara ini tidak dapat penyelesaian, tanda berkenaan akan berulang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
328
Jika anda dan isteri bekerjasama mengatasi masalah ini, tekanan sekarang tidak akan berterusan dan terkawal. Anda juga perlu tahu hubungan seks sememangnya memerlukan tenaga dan tahap kesihatan yang sempurna. Bagi wanita, mood adalah penting. Dalam keadaan letih selepas seharian bekerja termasuk menguruskan rumahtangga dan anak, wanita kebiasaannya tiada tenaga untuk suaminya. Keadaan mungkin boleh berubah jika anda membantu mengurangkan beban pengurusan rumahtangga dan memberi layanan yang baik. Mood isteri boleh berubah dan dia boleh memberi layanan yang diidamkan suami dan dirinya tanpa melakukannya sebagai satu tanggungjawab. Ada banyak cara wanita boleh memuaskan suami tanpa bersetubuh seperti mengurut dan membelai anggota kemaluan suami sehingga klimaks. Nafsu syahwat atau naluri seksual adalah anugerah Tuhan. Keperluannya juga berbeza bagi lelaki dan wanita. Soal kuat seks tidak timbul. Apa yang penting ia terkawal dan dilakukan tanpa mengikut hawa nafsu.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
329
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
KERANDUT TAK SEIMBANG, ALAT SULIT BENGKOK Soalan KEDUDUKAN buah zakar saya tidak seimbang di mana bahagian sebelah kanan terletak di bawah dan sebelah kiri ke atas sikit. Selain itu zakar saya bengkok ke kanan. Adakah ia sesuatu menyembuhkannya?
yang
normal?
Jika
tidak,
bagaimana
untuk
AMAT | Kelantan. Jawapan KEDUDUKAN buah zakar tidak seimbang adalah sesuatu yang normal. Kebanyakan lelaki memiliki buah zakar kiri yang sedikit ke bawah berbanding kanan dan kurang satu peratus lelaki mempunyai buah zakar seimbang. Bagaimanapun, ada juga ketidakseimbangan yang terlalu ketara. Ia berlaku akibat angin pasang (hernia), air pasang (hidrosel), pembuluh darah buah zakar berpintal (varikosel) atau terdapat ketumbuhan cista. Jika ini berlaku, lelaki berkenaan perlu segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Kedudukan zakar yang bengkok juga perkara biasa terutama apabila ia menegang. Jika sebaliknya berlaku, besar kemungkinan terdapat masalah seperti kekerasan sebahagian zakar yang menyebabkannya tertarik oleh tisu yang keras itu. Kadang-kadang zakar tertolak oleh buah zakar yang tertekan akibat angin pasang. Apabila angin pasang itu disembuhkan melalui pembedahan, kedudukan zakar akan kembali kepada kedudukan biasa. Semua masalah yang saya jelaskan tadi dapat dikesan jika seseorang lelaki itu melakukan pemeriksaan sendiri terhadap buah zakar dan zakarnya. Amalan ini sebenarnya penting untuk kebaikan anggota tubuh dan jika boleh lakukannya sekali dalam sebulan. Cara melakukannya dengan berdiri di depan cermin. Kemudian sentuh buah zakar dengan jari serta ibu jari. Jika ada sesuatu yang luar biasa, segeralah berjumpa doktor. Jadilah lelaki yang cemerlang dan lakukan pemeriksaan sendiri untuk kesejahteraan anggota sulit anda. Jangan malu berjumpa doktor.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
330
SUAMI RISAU TIADA HARAPAN DAPAT ZURIAT Soalan SAYA berusia 38 tahun dan sudah lebih dua tahun berkahwin, tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan kesuburan dan doktor memberitahu air mani saya tiada sperma. Puncanya buah zakar saya rosak dan saiznya mengecut daripada normal. Doktor berkenaan tidak pasti punca kerosakan buah zakar saya, tetapi bagi saya mungkin berpunca daripada memakai seluar ketat. Doktor itu berterus-terang mengatakan saya tiada harapan untuk mendapat zuriat sendiri. Bagaimana pendapat doktor? TERUNG | Kuala Lumpur. Jawapan SIAPA yang tidak mahukan anak? Lebih-lebih lagi daripada zuriat sendiri. Jika diizinkan Tuhan, segala impian itu akan termakbul. Adalah penting bagi mana-mana pasangan yang lama berkahwin berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan sekiranya isteri masih belum hamil. Pemeriksaan yang akan dilakukan kepada suami ialah pemeriksaan fizikal untuk mengetahui sama ada anggota reproduktif suami sihat atau tidak. Selepas itu ujian air mani akan dilakukan untuk mengetahui sama ada dia mampu menghasilkan sperma atau tidak. Sperma itu pula akan diperiksa sama ada ia sihat, berbentuk normal, aktif dan bilangannya mencukupi. Jika perlu pemeriksaan susulan seperti ujian hormon dan pembedahan kecil akan dilakukan kepada buah zakar (testicular biopsy) untuk mengambil secebis tisu bagi meneliti kilang sperma sama ada ia normal atau tidak. Biasanya ujian air mani dilakukan berulang dalam tempoh beberapa minggu. Jika pada ujian kali ketiga masih tiada sperma, sahlah air mani itu tidak mengandungi sperma. Oleh itu, pemeriksaan susulan seperti penyukatan hormon kesuburan FSH akan dilakukan dan jika perlu pembedahan biopsi buah zakar juga perlu dilakukan. Jika semua ujian ini menunjukkan kilang sperma tiada atau rosak, kemungkinan mendapat zuriat sendiri memang tiada.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
331
Pemeriksaan kedua-dua buah zakar dengan menggunakan alat Orkidometer atau alat pengukur buah zakar dapat memberi gambaran mengenai kedudukan buah zakar itu dari segi kemampuan kilang sperma. Ukuran kurang dari 12 cc menandakan ia mempunyai masalah. Kadang-kadang isi padu buah zakar normal tetapi tiada sperma. Keadaan sebegini memerlukan pemeriksaan susulan seperti ujian tahap hormon FSH dan kadang-kadang pembedahan biopsi buah zakar untuk mengenalpasti kedudukan kesuburan lelaki itu. Punca kenapa lelaki itu tidak subur atau tidak menghasilkan sperma memang banyak. Antaranya, masalah baka dan ia memang sukar dipulihkan. Kerosakan buah zakar juga boleh berlaku akibat kecederaan. Selain itu jangkitan kuman dan virus (seperti virus beguk) boleh mengakibatkan keradangan dan kerosakan kilang sperma. Pendedahan kepada bahan kimia seperti racun rumpai, racun serangga (DDT), pancaran sinar-x dan kimia anti kanser juga boleh merosakkan buah zakar. Begitu juga dengan buah zakar yang terdedah kepada suhu tinggi seperti bahang dari alat kimpalan atau ketuhar. Sebahagian besar sebab kilang buah zakar rosak tidak diketahui. Memang sukar mengesan masalah sebenar. Bagaimanapun jika tiada penawar, kedua-dua pasangan boleh mengambil anak angkat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
332
TIMBUL RUAM SELEPAS BERSAMA Soalan JIKA saya melakukan persetubuhan seminggu sebelum datang haid, suami saya akan terasa gatal pada zakarnya dan timbul bintik-bintik merah pada hujung zakar. Kenapa ia berlaku? Adakah jangkitan itu berpunca daripada saya? ISTERI MANJA | Kuala Lumpur. Jawapan PENYAKIT kelamin atau jangkitan akibat hubungan kelamin boleh berlaku dalam persetubuhan tertutup (tanpa pembabitan orang ketiga!) antara suami dan isteri. Pasangan perlu merujuk kepada doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapat rawatan yang sewajar untuk mengelakkannya daripada berulang. Kuman, kulat dan parasit boleh mendekati kawasan anggota sulit akibat kontaminasi dan tinggal di sana tanpa memberi apa-apa kesan kepada anggota sulit individu (lelaki atau wanita). Apabila individu itu bersetubuh dengan pasangan, sama ada dia atau pasangannya atau kedua-duanya sekali boleh terkena jangkitan apabila jangkitan itu memasuki kulit yang radang akibat hubungan seksual dan tanda seperti kegatalan dan ruam boleh berlaku. Jika jangkitan itu ketara, keradangan anggota sulit akan lebih lama dan menyulitkan individu itu. Kadang-kadang jangkitan itu terkawal dan keadaan menjadi normal beberapa hari kemudian. Jika persetubuhan dilakukan lagi, jangkitan mungkin tidak berlaku lagi pada waktu itu kerana jumlah kuman, kulat atau parasit berkurangan. Bagaimanapun ia boleh berubah apabila jumlah kuman, kulat dan parasit berkenaan meningkat akibat persekitaran tempat tinggal anda sesuai untuk pembiakannya atau persetubuhan dilakukan dengan kerap sehingga kulit anggota sulit luka dan mudah mendapat jangkitan kuman. Saya syorkan anda berjumpa doktor bersama suami untuk menjalani pemeriksaan. Mungkin doktor akan lakukan pemeriksaan pada salur faraj anda dan mengambil sedikit cecair untuk diperiksa sama ada terdapat kuman, kulat atau parasit. Pemeriksaan yang sama akan dilakukan kepada suami dan jika dia tidak berkhatan, kemungkinan kulat, kuman atau parasit itu terdapat di bahagian
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
333
yang terselindung oleh kulit kepala zakar ( jika berkhatan, kulit kepala zakar akan terdedah dan jarang mengandungi kuman). Jika satu daripada pasangan kelamin itu didapati ada jangkitan, kedua-dua mereka akan diberi rawatan supaya jangkitan tidak berulang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
334
CEPAT KLIMAKS, KECEWAKAN ISTERI Soalan SAYA berusia 37 tahun dan sudah 16 tahun berkahwin. Masalahnya zakar saya sudah tidak semantap dulu setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri. Saya kerap mencapai klimaks terlebih dulu daripada isteri dan membuatkan dia kecewa. Malah, hubungan saya bersama isteri tidak semesra dulu berikutan masalah ini. Bolehkah doktor berikan tips untuk mengubati masalah ini? ZMAN | Kuantan, Pahang. Jawapan JIKA ketegangan padat, zakar akan berada dalam keadaan mantap dan kekal untuk bergerak tanpa hilang kawalan. Sehubungan itu, ejakulasi dapat dikawal sehingga kedua-dua pasangan puas. Jika ketegangan kurang padat, ia tidak dapat dikekalkan malah akan mengendur jika kurang rangsangan. Jika dalam keadaan begitu terpaksa digesel luar kawalan dan mudah hilang daya kawalan, maka akan cepat klimaks. Dalam memadatkan ketegangan, otot kemut (otot lantai pelvis) memainkan peranan penting. Jika otot berkenaan dicengkam ketika zakar menegang, maka ketegangan akan menjadi lebih padat dan kental. Jika dimasukkan dalam faraj dan gerakan dilakukan dengan mengemut, maka geselan menjadi lebih bersemangat dan ketegangan zakar tidak akan mengendur kerana kemutan tadi dapat mengelakkan pengaliran keluar darah dan ia akan kekal sehingga lelaki itu klimaks. Malah selepas klimaks, ketegangan masih ada walaupun tahapnya kurang, tetapi masih boleh digerakkan lagi ke faraj. Mungkin cara yang baik untuk memantapkan ketegangan zakar ialah dengan mengamalkan senaman kemut atau kegel. Caranya ialah dengan merapatkan peha dan mencengkam lubang najis dan lubang kencing (seperti menahan membuang air besar ), tarik nafas dan tahan selama lima saat. Lakukannya sebanyak 10 kali dalam setiap sesi dan dalam sehari lakukan sebanyak lima hingga enam sesi. Selain itu, sapukan losyen pelembap supaya kulit zakar lebih selesa. Sentuh seluruh zakar dengan hujung jari, tetapi jangan sehingga klimaks pula! Seterusnya amalkan gaya hidup positif seperti tidak merokok, elak minum minuman keras, lakukan senaman berkala, jaga berat badan dan kurangkan
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
335
tekanan. Herba seperti tongkat ali dapat membantu merangsangkan pengeluaran hormon syahwat selain meningkatkan tenaga batin. Jika cara yang saya cadangkan itu masih tidak berkesan selepas tiga minggu, eloklah jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan. Jangan bazirkan duit berjumpa orang tidak bertauliah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
336
'BESAR TAK SEMESTI BOLEH DIGUNAKAN' Soalan SAYA berusia 29 tahun dan belum berkahwin. Masalahnya saya memiliki zakar yang kecil. Panjangnya cuma enam sentimeter saja ketika menegang. Saya bimbang masalah ini akan berlarutan apabila saya berkahwin nanti. BEN | Johor Bahru. Jawapan MEMILIKI zakar kecil sememangnya isu sensitif bagi kebanyakan lelaki. Bagi lelaki Asia, saiz normal adalah antara 10 hingga 14 sentimeter ketika menegang. Jika kurang daripada enam sentimeter, memang sukar bagi lelaki untuk memasukkan ke dalam faraj serta menyalurkan air mani. Malah, zakar yang berukuran sembilan sentimeter sekalipun hanya terhad untuk melakukan persetubuhan dengan lelaki di posisi atas saja. Jadi tidak hairan, jika lelaki yang mempunyai zakar kecil lebih mudah terpengaruh dengan segala rawatan atau teknik yang dipaparkan dalam internet untuk membesarkan zakar. Mereka tidak peduli sama ada kaedah rawatan itu tidak berkesan langsung atau boleh memudaratkan anggota sulitnya. Mengurut, menggantung benda berat kepada zakar, mengepam atau menarik zakar dengan peralatan yang tidak standard boleh merosakkan zakar. Zakar ialah organ yang vaskular dan lembut. Ia mudah rosak atau tercedera dan apabila tercedera, ia akan membengkok atau mengecut serta hilang fungsinya. Saya pernah mengendalikan kes beberapa orang lelaki yang menjalani kaedah `Somatotherapy’ apabila mereka mendapat suntikan Vitamin C ke dalam lemak dan otot zakar. Kesannya zakar mereka radang dan membesar yang membuatkan mereka merana kesakitan. Kesudahannya zakar mereka besar dalam keadaan menggerutu dan mengembung sehingga tidak dapat melakukan hubungan seks langsung! Besar tidak semestinya boleh digunakan! Kajian menunjukkan alat penarik zakar yang mempunyai piawaian bernama Andropenis dapat membantu menambah saiz zakar antara dua hingga lima sentimeter dalam masa empat hingga enam bulan penggunaannya. Alat ini mesra pengguna dan perlu dipakai selama 9 hingga 10 jam setiap hari.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
337
SENAK GUNA PAM VAKUM Soalan SAYA menggunakan alat pam vakum untuk membesar dan memanjangkan zakar. Bagaimanapun selepas sebulan, saya berasa sakit dan senak di pangkal zakar. Adakah saya salah menggunakan alat pam vakum? MAN | Puchong, Selangor Jawapan LELAKI hanya memiliki satu saja alat kelamin dan ia tidak boleh ditukar ganti. Jika tidak dijaga dengan baik, ia mungkin mendatangkan masalah. Antaranya menggunakan alat yang salah membesarkan zakar. Alat pam vakum tidak sesuai bagi tujuan membesarkan zakar yang kecil. Bagi lelaki Asia, saiz normal zakar ketika menegang ialah 10 hingga 14 sentimeter (sm) dan ukur lilit ialah 9 hingga 13 sm. Jika saiz yang dimiliki kurang dari 6 sm, mungkin sukar untuk melakukan persetubuhan dan hanya sedikit dapat dimasukkan ke faraj (ukuran kedalaman faraj antara 7 hingga 9 sm). Jika pam vakum digunakan selalu dan lama, kemungkinan darah dalam otot zakar membeku atau otot zakar cedera akibat tekanan alat berkenaan. Ia boleh menjadikan zakar berparut dan semakin membengkok ketika menegang. Ia dikenali penyakit Peyronie, disebabkan pengunaan pam vakum yang salah. Kaedah tanpa pembedahan yang sesuai serta sudah diiktiraf ialah alat penarik otot zakar atau Andropenis. Bagaimanapun jika disalah guna seperti menambah tarikan kepada otot zakar. Ia perlu digunakan mengikut panduan dan nasihat pakar. Lebih baik hentikan menguna pam vakum itu sebelum zakar tercedera. Saya hanya syorkan pengunaan alat pam vakum yang mendapat piawaian perubatan. Alat pam vakum perlu dikendalikan profesional seperti ahli farmasi, ahli teknologi perubatan atau doktor bukan orang biasa.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
338
PENING, SAKIT KEPALA KETIKA EJAKULASI Soalan SAYA berkahwin selama 13 tahun dan biasanya melakukan hubungan seks dua atau tiga kali seminggu. Sejak akhir-akhir ini saya kerap mengalami pening dan sakit kepala setiap kali bersetubuh terutama ketika ejakulasi. Ia membimbangkan saya kerana sebelum ini ia tidak pernah berlaku. ROSLI | Batu Gajah, Perak. Jawapan PENING atau sakit kepala ketika klimaks sebenarnya jarang berlaku. Malah, jika berlaku pun ia jarang berulang. Ia mungkin petanda awal anda menghadapi masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi atau petanda amalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, berat badan berlebihan dan tidak melakukan aktiviti fizikal. Masalah itu kerap berlaku kepada lelaki berbanding wanita dengan nisbah 4 : 1. Jika berlaku ia boleh memberi tekanan kepada hubungan intim. Cara bijak menghadapinya ialah menjalani pemeriksaan kesihatan. Jika terdapat sesuatu yang luar biasa dan rawatan diberi, kemungkinan pening kepala ketika ejakulasi itu akan berkurangan. Kadang kala ia berlaku akibat kesinambungan pening kepala biasa. Biasanya ia akan berkurangan dalam masa yang singkat dan jarang berlarutan untuk beberapa jam, tetapi ada juga yang berlarutan sehingga beberapa hari. Ia juga mungkin disebabkan masalah pendarahan dalam otak. Bagaimanapun jika anda bimbang mengenainya, anda boleh melakukan ujian imbasan otak. Bagaimanapun, janganlah masalah itu menjadi penghalang untuk anda menunaikan kewajipan terhadap isteri. Sila jumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi mengenal pasti tahap kesihatan anda.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
339
GAGAL BERTAHAN LAMA KETIKA BERSAMA Soalan SAYA berusia 44 tahun dan mempunyai lima anak. Masalahnya zakar saya hanya mampu menegang kira-kira seminit setiap kali melakukan persetubuhan bersama isteri. Ia sudah berlarutan selama lapan bulan. Saya pernah mengambil pil viagra 50 mg dan 100 mg, tetapi tidak memberi kesan. Ketika bersetubuh, saya akan mengepit kedua-dua belah kaki dan barulah zakar dapat mengekalkan ketegangan dan mencapai ejakulasi. Apakah cara berkesan menyelesaikan masalah ini? SIDIK | Kluang, Johor. Jawapan KETEGANGAN zakar berlaku akibat pengaliran darah ke ruang otot zakar. Kadang kala kemasukan darah tidak mencukupi menjadikan otot zakar tidak mencapai ketegangan yang dikehendaki. Keadaan ini dikenali sebagai keciciran darah daripada otot zakar atau 'venous leakage'. Inilah yang mungkin berlaku kepada anda. Cara mengepit paha untuk mengekalkan ketegangan seberapa lama yang boleh supaya anda dapat mencapai kepuasan ialah cara yang dapat mengawal darah dalam otot zakar. Jika anda bergerak sedikit atau mengubah posisi, pengaliran darah akan berkurangan dan zakar akan kendur tanpa sempat menghabiskan persetubuhan. Cara untuk mengatasi masalah 'venous leakage' ialah menggunakan alat penambat zakar seperti cincin zakar atau 'penile ring'. Ia boleh disarung ke pangkal zakar sewaktu menegang supaya ketegangan dapat dikekalkan. Ubat untuk melancarkan pengaliran darah dalam zakar seperti viagra, levitra atau cialis berkesan untuk mencapai ketegangan, tetapi ia tidak mengekalkan darah dalam otot zakar dan kemungkinan darah tercicir keluar dari otot.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
340
Jika gagal mengekalkan ketegangan selepas memakainya, anda boleh gunakan dua atau tiga cincin berkenaan. Senaman kegel atau kemutan juga menambah ketegangan zakar dan dibantu cincin penambat. Jika masih gagal juga, jumpa doktor pakar.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
341
HORMON KAWAL NAFSU SYAHWAT Soalan Peningkatan hormon testosterone tidak bererti individu jadi hiper seks PENGAMBILAN pil penambah hormon testosterone dan ubat herba dikatakan boleh memulihkan tenaga batin. Jika berkesan, adakah ia boleh menyumbang kepada peningkatan kes rogol, sumbang mahram dan mengadakan hubungan sulit? MAHU TAHU | Shah Alam, Selangor. Jawapan NALURI seksual dan nafsu syahwat adalah anugerah Tuhan kepada manusia dan binatang. Bagaimanapun hanya manusia boleh melakukan hubungan seks pada bila-bila masa berbanding binatang yang melakukan mengikut musim. Naluri seksual dan syahwat dikawal oleh Pusat Kawalan Seks di kawasan hyphotalamus dan para ventricular nucleus dalam otak. Jika seseorang itu terangsang, bahagian berkenaan akan terangsang dan tindak balasnya, lelaki akan mengalami ketegangan zakar (ereksi) dan bagi wanita, faraj akan mengeluarkan cecair seperti pelincir. Hormon testosterone mengawal nafsu syahwat manusia. Namun, tanpa kerelaan dan izin minda, rangsangan tidak akan berlaku. Makanan tambahan atau ubat herba dan peningkatan hormon testosterone tidak bererti individunya menjadi hiper seks. Jika terdapat banyak hormon testosterone dalam badan, pusat kawalan hormon akan mengarahkan organ yang menghasilkan testosterone mengurangkan pengeluaran hormon terbabit sehingga sampai paras yang biasa untuk individu itu. Ia adalah sistem tindak balas semulajadi.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
342
4 TAHUN KAHWIN TAK RASA NIKMAT Soalan SAYA berusia 31 tahun dan sudah empat tahun berkahwin. Saya menghadapi masalah tidak merasai nikmat bersetubuh. Setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri, saya tidak merasai keseronokan atau kepuasan walaupun dalam keadaan ghairah malah kesakitan. Akibatnya, zakar mengendur dan tidak mampu mengeluarkan mani. Sejak berkahwin, air mani tidak pernah keluar. Harap doktor membantu. LELAKI MALANG | Johor. Jawapan PUSAT kawalan ejakulasi air mani dalam sistem ejakulasi terletak pada urat saraf di tulang belakang. Proses ejakulasi tercetus dari otak akibat tindak balas rangsangan seksual dan air mani yang terkumpul dalam penghujung salur sperma akan terpancut otot sistem pancutan apabila lelaki klimaks. Pancutan air mani atau ejakulasi ialah kemuncak rangsangan seksual dan ia dikawal urat saraf dan hormon testosterone. Jika urat saraf terganggu, pancutan air mani tidak berlaku. Masalah seperti keradangan urat saraf akibat penyakit kencing manis dan ‘multiple sclerosis’ ialah antara penyakit kepada masalah itu. Tekanan mental juga boleh menyebabkan kegagalan ejakulasi selain kekurangan hormon testosterone yang berlaku kepada lelaki berumur. Bagaimanapun sebahagian besar masalah kegagalan ejakulasi tidak dapat dikesan. Ada yang diberi rawatan dengan mengambil vitamin B1, B6 dan B12 serta ubat untuk memantapkan tindak balas urat saraf. Alat getaran atau ejakulator dapat membantu. Ia membabitkan proses pengumpulan air mani untuk disalurkan ke faraj pasangan bagi kehamilan. Ada juga lelaki mendapat kenikmatan ketika tidur (mimpi basah) tetapi tidak ketika bersetubuh atau onani. Ada juga lelaki yang ketagih dengan amalan onani hanya boleh mencapai ejakulasi melalui amalan itu. Kehamilan boleh terjadi jika air mani dapat dikumpul melalui onani dan menyalurkan ke faraj pasangan untuk kehamilan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
343
Apabila sesuatu hubungan seksual itu mendatangkan tekanan kepada satu pasangan seperti si suami tidak dapat mencapai ejakulasi, isteri juga tidak akan merasai nikmat bersetubuh. Saya nasihatkan anda dan isteri berjumpa doktor yang mahir bagi mengelak masalah ini berpanjangan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
344
SUKAR EREKSI SELEPAS BEDAH JANTUNG Soalan SAYA berusia 35 tahun dan sudah berumah tangga. Selepas menjalani pembedahan jantung, zakar saya lemah dan sukar ereksi. Apakah masalah ini berpunca daripada jantung? LEMAN | Pahang. Jawapan SALAH satu penyakit mempengaruhi fungsi ereksi ialah jantung terutama penyakit koronari yang berkaitan kesempitan saluran darah ke jantung akibat peningkatan kolesterol dan lemak disebabkan amalan gaya hidup tidak sihat. Sesetengah lelaki yang masih mampu melakukan hubungan kelamin sebelum menjalani pembedahan pemintasan salur darah koronari, selepas selesai pembedahan itu akan mendapati mereka hilang kemampuan seksual. Ini kebiasaannya berlaku akibat ‘berehat’ menunggu pembedahan pulih yang biasanya memakan masa. Ada lelaki yang menjalani pembedahan jantung dan kembali pulih dengan cepat, dapat mencapai ereksi secara spontan. Biasanya mereka yang menjalani pembedahan jantung akan rasa lemah dari segi nafsu dan kemampuan syahwat. Jika masalah lemah syahwat itu berlaku dan mengikut doktor pakar jantung, anda boleh mengambil ‘Viagra’ , ‘Cialis’, Levitra atau ubat ‘PDE5 inhibitor, lakukan jika ini membantu melancarkan kemasukan darah ke otot zakar supaya ia mampu ereksi. Jika tidak disyorkan doktor, cuba kaedah lain seperti menggunakan alat pam vakum (medical standard device) atau kaedah penyuntikan ubat pengembang salur darah ke dalam otot zakar iaitu ‘Caverject’. Selain itu jumpa doktor pakar dalam pengurusan disfungsi erektil (DE ).
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
345
BANTU PASANGAN CAPAI KLIMAKS Soalan SEKIRANYA ejakulasi berlaku dan saya masih bersetubuh bersama pasangan, adakah baki air mani berkenaan akan mengalir masuk ke faraj atau meleleh keluar? HAS | Kedah. Jawapan SEBAHAGIAN besar lelaki mampu mengekalkan ketegangan zakar selepas ejakulasi dan ia membantu pasangan perempuan mencapai klimaks jika pancutan air mani berlaku awal. Bagaimanapun kemampuan ini akan hilang apabila usia lelaki itu meningkat dan ketegangan zakarnya tidak seperti waktu muda dulu. Keadaan ini selalunya akan mendatangkan masalah dalam hubungan kelaminnya dengan pasangan. Jika selepas ejakulasi lelaki itu masih meneruskan geselan zakar ke faraj, sudah tentu kemasukan angin yang berlaku mengakibatkan air mani keluar dari faraj. Perkara ini boleh dikurangkan jika wanita mengangkat punggung ke atas serta merapatkan paha ke dada dan ia menyebabkan faraj menjadi lebih panjang. Mungkin anda perlu mengubah posisi dengan mengadakan persetubuhan dari belakang yang dapat mengelak dari berlakunya keciciran air mani. Air mani juga boleh melimpah keluar jika pasangan perempuan bangun selepas bersetubuh untuk mencuci kemaluan atau meluruskan dan merapatkan serta mengemut faraj selepas bersetubuh.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
346
SEKSUAL MENURUN PADA USIA EMAS Soalan ADAKAH apabila usia meningkat 60 tahun tahap seksual menurun. Adakah sebarang ubat untuk memulihkan tenaga seksual lelaki? KHAN | Kuala Lumpur. Jawapan UMUR memainkan peranan dari segi kemampuan seksual. Bagaimanapun, jika tahap kesihatan individu itu baik dan mengamalkan gaya hidup sihat, dia akan melakukan aktiviti seksual dengan pasangan walaupun dalam usia emas. Apabila seseorang lelaki mencecah 40 tahun, dia perlu mengambil berat mengenai kesihatannya bagi mengelak penyakit kronik (penyakit keturunan) seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan sakit jantung yang mempengaruhi kesihatan seksual dan punca lemah tenaga batin. Kajian mendapati 40 peratus lelaki mengalami lemah tenaga batin dalam usia 40 tahun manakala 60 peratus apabila berusia 60 tahun. Rawatan sedia ada termasuk ubat seperti Viagra, Cialis atau Levitra yang boleh diberi doktor atau menggunakan pam vakum dan suntikan ubat pengembang otot zakar seperti Caverjet. Bagaimanapun, rawatan itu tidak mungkin dapat mengembalikan kemampuan syahwat seperti berusia 20-an.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
347
TIP PIKAT ISTERI 1. SENTIASA mengingati masa indah dan kenangan bersama isteri seperti tarikh mula berkenalan, tempat pertemuan, janji temu pertama, ulang tahun perkahwinan, tarikh lahir isteri. 2. UCAPKAN perkataan sayang sekurang-kurang sekali sehari. Wanita itu amat suka perkataan sedemikian tetapi lelaki sering kali melupakan ucapan keramat itu apatah lagi yang sudah lama berkahwin. 3. APABILA isteri menunjukkan sesuatu mesej seperti berpakaian cantik, lelaki perlu peka bahawa ada perkara mahu disampaikan isteri seperti tarikh hari lahir. 4. PAKAI pakaian yang cantik dengan bauan yang memikat ketika bersama isteri kerana isteri sukakan sesuatu yang harum dan menyegarkan. Sering kali lelaki lupa tanggung jawab mereka dan asyik menyalahkan isteri terutama yang lama berkahwin. 5. JANGAN terus mengutuk atau mengkritik jika makanan yang dimasak isteri kurang sedap, tawar atau masin. Sebaiknya beri teguran yang lembut yang tidak menyinggung isteri. 6. UNTUK menghidupkan suasana romantik terutama pasangan yang lama berkahwin, apa kata sekali sekala hadiahkan mawar merah untuk isteri. 7. SERING kali lelaki yang mempunyai anak kurang mempedulikan isteri dan mempunyai lebih masa dengan anak. Cuba bahagikan masa sama rata antara anak dan isteri.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
348
SPERMA LEMAH Soalan SAYA sudah tiga tahun berkahwin, tetapi masih belum dikurniakan anak. Saya mengambil keputusan untuk melakukan ujian kesuburan dan keputusannya sperma saya lemah atau dipanggil Oligoszoospermia. Apakah punca masalah ini dan bagaimana mengubatinya? ZAM | Putrajaya. Jawapan MUNGKIN ujian air mani dapat menentukan lelaki menghasilkan sperma. Walaupun mempunyai sperma, tidak bermakna lelaki itu tidak mandul. Jika bilangan sperma kurang, ia dikenali sebagai ‘oligospermia’ atau ‘oligozoospermia’. Jika banyak sperma tidak berbentuk normal (kurang 30 peratus berbentuk tidak normal), ia dikenali sebagai ‘teratospermia’ dan jika kurang 40 peratus sperma tidak bergerak aktif, ia dipanggil ‘asthenospermia’. Punca ia berlaku tidak diketahui. Sesetengah lelaki mempunyai buah zakar yang kecil dan kurang sperma. Ada di kalangan mereka mengalami masalah hormon dan jika ubat penyubur diberi, keadaan akan pulih. Ada juga yang mengalami pembuluh darah buah zakar berpintal atau varikosel dan jika pembedahan pemulihan dilakukan, keadaan akan pulih. Sebahagian daripada rawatan masalah kesuburan lelaki ialah penyemaian benih dalam rahim isteri atau IUI dan bayi tabung uji. Insya-Allah peluang mendapatkan anak masih cerah.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
349
LESU SELEPAS KLIMAKS Soalan KEBIASAANNYA selepas ejakulasi, saya sudah tidak mampu meneruskan lagi persetubuhan. Saya tahu isteri saya tidak mendapat nikmat persetubuhan dan mahu meneruskannya lagi, tetapi masalahnya saya sudah tidak bertenaga lagi. Bagaimana saya boleh mengatasi masalah ini supaya masing-masing dapat kenikmatan? LELAKI MALANG | Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jawapan KEPUASAN seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan. Bagi pasangan yang baru berkahwin, hubungan seks adalah faktor menjalin kemesraan. Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu klimaks lebih awal. Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus memasukkan zakar ke faraj walaupun berlaku ereksi. Bagi memastikan ereksi kekal walaupun sudah berlaku ejakulasi, anda boleh melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil). Walaupun air mani sudah terkeluar (ejakulasi), teruskan dayungan sambil mengemut sehingga pasangan anda klimaks dan puas!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
350
BIMBANG TIADA ZURIAT Soalan SETIAP kali bersetubuh dengan isteri, saya mencapai klimaks seperti semua lelaki normal lain. Tetapi apa yang membimbangkan saya ialah tiada setitis pun air mani yang keluar! Sebaliknya hanya cecair jernih dan likat seperti air mazi. Ia juga tidak terpancut, sebaliknya hanya meleleh dengan kuantiti yang sedikit. Saya tidak tahu apa puncanya masalah ini. Saya bimbang tidak mampu menghasilkan zuriat. KHIZ | Melaka. Jawapan MUNGKIN anda mengalami pancutan air mani ke pundi kencing setiap kali anda klimaks. Ini boleh disahkan dengan menjalani pemeriksaan air kencing untuk memastikan sama ada sperma masuk ke dalamnya. Jika ada, ia menandakan anda mengalami pancutan ke pundi kencing atau dikenali sebagai ‘retrograde ejaculation.’ Satu cara yang boleh dilakukan ialah menapis air kencing supaya sperma aktif dapat dikumpul dan dibersihkan untuk dimasukkan ke rahim isteri ketika dia dalam waktu subur melalui prosedur permanian berhadas. Sebelum dikumpul anda diberi minum soda berkarbonat untuk mengurangkan keasidan air kencing supaya sperma yang terpancut ke pundi kencing tidak mati akibat terdedah kepada tahap keasidan yang tinggi
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
351
PANCUTAN AIR KENCING BERCABANG Soalan SEJAK akhir-akhir ini saya kerap berasa ngilu dan sengal selepas membuang air kecil. Kadang-kadang ketika membuang air kecil pancutannya tidak normal tetapi bercabang. Adakah saya mengalami penyakit batu karang? Selain itu, zakar saya terlalu mudah ereksi dan mengeluarkan air mazi banyak terutamanya ketika berinteraksi dengan wanita. Bagaimanakah cara mengurangkannya dan adakah ia boleh menjejaskan tahap ereksi apabila berkahwin kelak? RIE | Kedah. Jawapan KEDUA-dua soalan anda itu mempunyai kaitan. Jika dalam keadaan terangsang, pundi prostat mengembang kerana aliran darah di dalamnya. Ia menyebabkan salur kencing menjadi sempit dan jika membuang air kecil, pengeluarannya tidak lancar dan terasa masih ada air kencing tertinggal. Jika diteran terkeluar air mazi. Pancutan air kencing yang bercabang bukan satu masalah dan tidak menandakan penyakit. Ia boleh berlaku bila-bila masa apabila penghujung lubang kencing menjadi sempit. Apabila dalam keadaan terangsang, semua pundi yang menghasilkan air mazi mengembang dan mengeluarkan lelehan dengan banyak. Keadaan itu dikenali sebagai resdung zakar. Cecair berkenaan datang dari pundi Cowpers dan pundi salur kencing atau salur urethra. Anda perlu membawa seluar dalam tambahan jika kerap mengalami perkara itu. Jika tidak mahukan perkara itu berlaku anda boleh mengambil ubat resdung seperti ‘Piriton’. Bagaimanapun, ia membuat anda mengantuk dan kehilangan ereksi! Jangan risaukan perkara itu. Ia berlaku kerana anda mengawal perasaan rangsangan, lainlah jika anda sedang bersedia untuk ejakulasi!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
352
KEHIDUPAN SEKSUAL HAMBAR Soalan SAYA berusia 41 tahun dan isteri berusia 38 tahun. Kami sudah berkahwin selama 12 tahun. Sejak empat tahun lalu saya mengalami masalah dingin seks. Kami hanya mengadakan hubungan seks sekali sebulan atau tiga bulan sekali. Kadang-kadang berbulan-bulan lamanya kami tidak melakukan hubungan seks! Kami tidak pernah berbincang mengenai masalah ini, tetapi kehidupan kami tetap bahagia dan boleh dikatakan tidak pernah berlaku sebarang pertelingkahan berkaitan masalah itu. Apakah masalah yang menyebabkan masalah dingin seks dan bagaimana cara menghangatkan kembali kehidupan seksual kami? SID | Klang, Selangor. Jawapan MEMANG biasa terdengar keluhan pasangan suami isteri yang menyatakan suami atau isteri kurang melakukan hubungan seks. Jika ini berlaku atas pilihan sendiri, tiada sebab mengeluh. Jika terpaksa atau keadaan itu berlaku akibat pasangan tidak minat atau kerap menolak atas berbagai alasan mungkin perkara ini boleh disempurnakan kembali apabila sebab penolakan itu diatasi atau ditangani. Hubungan seks ialah aktiviti fizikal dan memerlukan tenaga serta tubuh badan sihat. Jika aktiviti harian yang biasa dapat dilakukan ini tidak bermakna hubungan seks juga begitu. Keperluan tenaga berbeza dan tindak balas rangsangan untuk lelaki dan wanita perlu ada. Jika tidak, sukar menunaikannya walaupun satu kewajipan. Jadi tidak hairan jika pasangan yang separuh umur mengalami perubahan itu. Hubungan seks kebiasaannya menggambarkan kedua-dua pasangan dalam keadaan terangsang dan melakukan persetubuhan dengan aktif. Mungkin ini suatu adegan yang berlaku kepada pasangan intim ketika muda. Malahan pasangan sama apabila sampai ke umur lebih tinggi masih boleh melakukan perkara sama. Cuma, mungkin caranya tidak seperti dulu dan lebih kepada belaian, sentuhan, kucupan dan urutan. Jika kedua-dua berkemampuan dan berhajat, hubungan penetratif boleh dilakukan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
353
Bagi pasangan yang mendapati kehidupan seksual mereka hambar, mereka perlu berterus-terang dan membuat sesuatu secara bersama untuk meningkatkan lagi hubungan keintiman jika itu yang mereka mahu. Keluar dari keadaan rutin mungkin perkara utama perlu dilakukan. Lakukan aktiviti rutin bersama dengan cara berbeza. Tetapkan waktu dan masa untuk berintim dan pastikan persiapan dibuat terlebih dulu. Jika khuatir terganggu, tempahlah bilik hotel atau pergi bercuti tanpa membawa anak. Bagi pasangan mengalami masalah syahwat, dapatkan bantuan profesional. Kini masalah seksual lelaki dan wanita dapat diatasi dengan rawatan moden. Jangan menderita dalam diam. Dapatkan bimbingan dan rawatan jika itu diperlukan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
354
ALAT SULIT GATAL Soalan ADA ketulan kecil pada buah zakar saya yang menyebabkan kegatalan pada bahagian itu dan kawasan sekitarnya. Ia semakin ketara terutama pada waktu malam serta keadaan lembap dan panas. Kekerapan menggaru membuatkan ia luka sehingga terasa pedih. Apakah punca masalah ini dan apa rawatan atau ubat yang sesuai? LAMIN | Serdang, Selangor. Jawapan KULIT anggota sulit lelaki dan perempuan adalah jenis halus dan lembut serta tidak mudah kering kerana dilapisi pelembap kulit semula jadi. Selain faktor itu, kehadiran bulu roma juga membuatkan kulit bahagian itu sentiasa lembap dan selesa. Apabila bahan pelembap kurang atau lapisan pelembap hilang akibat mencuci dengan sabun kosmetik, maka kulit bahagian itu akan menjadi kering, licin dan gatal. Kemudian jika kerap digaru kulit akan melecet serta luka dan terdedah kepada jangkitan. Jika bulu roma dicukur, kulit akan terdedah tanpa pelindung yang mengawal bahan pelembap semula jadi. Jika kering, ia akan terasa gatal dan jika digaru keradangan kulit berlaku dan salur pundi pelembap semula jadi ‘sebaceous’ akan terkandas. Pundi berkenaan pula akan mengeras dan timbul serta kelihatan seperti jerawat. Jika ada jangkitan, pundi akan membesar dan boleh pecah serta mengeluarkan cecair yang berbau busuk. Pundi yang pecah itu dikenali sebagai ‘wen’. Sila berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan sewajarnya. Mencuba segala ubat tanpa diperiksa doktor bukan cara yang bijak.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
355
SUAMI RISAU AIR MANI TIADA SPERMA Soalan SAYA berusia 33 tahun dan sudah berkahwin beberapa tahun lalu. Sehingga kini saya masih belum dikurniakan anak. Baru-baru ini saya bersama isteri menjalani pemeriksaan kesuburan. Isteri saya mempunyai tahap kesuburan normal, bagaimanapun doktor mendapati air mani saya tidak mengandungi sperma. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Bolehkah doktor cadangkan cara lain bagi kami untuk mendapatkan zuriat sendiri? HAS | Terengganu. Jawapan APABILA berkahwin, perkara mendapatkan zuriat sememangnya menjadi agenda utama. Selagi isteri belum hamil, sudah tentu dua pihak rasa tertekan terutama si isteri yang menjadi tumpuan dalam penghasilan zuriat. Sehubungan itu, daripada menunggu dengan penuh tanda tanya adalah lebih baik berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesuburan. Bagi suami, doktor akan menjalankan ujian air mani dan isteri perlu menjalani ujian kemampuan menghasilkan telur dan pengenalan mengenai kedudukan rahim serta salur telur sama ada tersumbat atau bermasalah. Jika ujian air mani tidak menunjukkan sperma, istilah perubatan yang digunakan ialah ‘Azoospermia’. Ujian air mani perlu diulangi beberapa minggu dan jika sudah melakukan sekurang-kurangnya tiga kali tetapi keputusannya masih sama, ia terbukti sperma memang tiada. Sehubungan itu, ujian susulan perlu dilakukan kepada suami mengenalpasti sebab ia berlaku dan memberi rawatan sewajarnya.
untuk
Selain ujian air mani, pemeriksaan perlu dilakukan kepada buah zakar untuk mengenalpasti isi padunya (mengukur buah zakar dengan alat pengukur Orkidometer) dan meneliti sama ada terdapat apa yang luar biasa seperti kebenjolan, angin atau air pasang atau varikosel (pembuluh darah ven bepintal). Selain pemeriksaan, ujian hormon untuk mengenalpasti tahap hormon kesuburan dan testosteron dijalankan untuk mengetahui sekiranya ada kekurangan atau peningkatan.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
356
Jika tahap hormon tinggi bermakna ada kerosakan pada kilang buah zakar. Mungkin sebagai cara terakhir, pembedahan kecil perlu dilakukan pada keduadua buah zakar untuk mengambil secebis tisu buah zakar. Ia bertujuan untuk mengkaji tisu bagi meneliti kilang sperma kedua- dua buah zakar sama ada bermasalah atau sebaliknya. Rawatan sewajarnya akan diberikan jika masalah sebenar dikenali. Jika situasi menjadi buntu, kemungkinan pasangan kelamin itu boleh mengambil anak angkat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
357
KENCING TAK LAWAS Soalan SAYA mengalami masalah kencing tidak lawas. Masalah ini menyukarkan saya terutama ketika mengerjakan solat. Setiap kali selepas solat saya mendapati masih ada lagi air kencing pada permukaan kepala zakar. Saya juga mengalami kegatalan terutama pada bahagian celah paha. Kegatalan itu juga menyebabkan berlaku tanda hitam di celah paha. MANLUK | Raub, Pahang. Jawapan RASA hendak membuang air kecil berlaku apabila pundi kencing yang mengumpul air dalam keadaan padat. Mesej dari pundi kencing akan sampai ke pusat kawalan di otak seterusnya tindak balas dari otak akan ke pundi kencing semula dan pundi kencing akan melepaskan air kencing menerusi zakar. Jika mesej untuk mengekalkan air kencing, maka pundi kencing akan mengawal air kencing sehingga satu waktu tertentu apabila pundi kencing amat padat, air kencing akan keluar. Jarang berlaku pintu pengeluaran air kencing longgar. Jika itu berlaku air kencing akan sentiasa meleleh keluar. Apabila pintu tertutup, kemungkinan air kencing tercicir itu tiada. Kulit di sekitar anggota sulit serta kulit di celah kelangkang ialah jenis kulit yang lembut dan sentiasa licin dengan bahan pelembap kulit semula jadi. Jika bahan pelembap itu kurang maka kulit menjadi kering dan terasa gatal. Jika digaru, kulit akan melecet dan boleh terdedah kepada kuman dan kulat. Mustahak kulit bahagian itu sentiasa lembap dengan pelembap semula jadi atau disapu dengan losyen pelembap supaya tidak kering dan gatal.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
358
TAK PERLU BERKHATAN Soalan SEJAK berusia 11 tahun dan kini sudah menjangkau 27 tahun, saya tidak pernah berkhatan. Zakar saya agak pelik kerana ia kelihatan seperti sudah berkhatan kerana tidak mempunyai lebihan kulit pada bahagian hujungnya. Dengan keadaan ini, adakah saya perlu berkhatan? DEE | Kelantan. Jawapan PROSES berkhatan bagi lelaki ialah memotong kulit penghujung zakar yang menutupi kepala zakar. Jika kepala zakar sudah terdedah, tidak perlu lagi berkhatan kerana jika kulit yang ada itu dipotong ia akan menjadi pendek dan jika ereksi berlaku, kulit menjadi tegang dan boleh terkoyak. Memang ada sebahagian lelaki mempunyai masalah seperti anda dan ia perkara semula jadi. Kadang-kadang kulit penghujung zakar melekat kepada kepala zakar dan kelihatan seolah-olah penghujung zakar tiada lekuk dan pembukaan lubang kencing kelihatan tertutup (tetapi masih boleh membuang air kecil). Keadaan itu dikenali sebagai ‘phimosis’. Jika begitu setiap kali lelaki itu melakukan hubungan seks, dia akan berasa tidak selesa kerana kulit menegang dan menarik penghujung zakar. Cara untuk merawat masalah ini ialah menerusi rawatan di mana doktor akan memisahkan kulit penghujung zakar daripada kulit kepala zakar dan memotong kulit penghujung zakar yang berlebihan itu. Bagi lelaki yang mempunyai masalah seperti kulit hujung zakar melekat pada zakar atau parut akibat berkhatan secara kampung dan mengalami masalah ketika bersama isteri, jangan biarkan perkara itu berterusan. Jumpa doktor supaya masalah itu dapat diselesaikan demi kebahagiaan rumah tangga.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
359
RANGSANG ISTERI GUNA TANGAN Soalan SAYA sudah mendirikan rumah tangga dan inginkan pandangan tuan berhubung merangsang isteri menggunakan tangan. Adakah ia boleh memberi kesan negatif kepadanya? KASIM | Putrajaya. Jawapan HUBUNGAN seksual mengeratkan silaturahim antara lelaki dan pasangan isterinya. Pendekatan hubungan kelamin mengikut citarasa kedua-dua pasangan dan ini bermaksud melakukan aktiviti yang mereka mendapat nikmat dan keseronokan. Jadi, terpulanglah kepada kehendak pasangan, sama ada dia ingin sentuhan intim kepada keseluruhan tubuh badannya atau tempat yang merangsangkan nafsunya. Antaranya, menyentuh anggota kemaluan dengan tangan dan jari asalkan perkara ini tidak menyakitkan dirinya. Hubungan seksual membabitkan sentuhan kulit dan ia termasuk sentuhan kulit anggota kelamin lelaki dan perempuan. Memandangkan kulit anggota yang luas ada pada tubuh manusia maka mudah untuk pasangan kelamin menikmati sentuhan kulit serta menikmati pelbagai perasaan dan keseronokan. Sentuhan intim kepada badan menyegarkan serta menggelorakan nafsu pasangan kelamin dan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Selain itu dalam melakukan hubungan seksual, pasangan kelamin bertanggungjawab memastikan anggota kelamin mereka sihat, bersih dan tanpa apa-apa gejala penyakit seperti penyakit kulit. Jika ada sesuatu yang luar biasa kepada anggota kemaluan elok bertemu doktor untuk kepastian. Sehubungan itu, mustahak lelaki dan perempuan yang berkahwin melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin secara kerap dan berkala.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
360
EJAKULASI AWAL Soalan SAYA sudah berumah tangga dan mengalami masalah ejakulasi awal. Apabila bersama isteri, ejakulasi berlaku dalam masa tidak sampai seminit. Benarkah penggunaan gambir Sarawak dapat membantu masalah ini? Jika boleh digunakan, adakah ia memberi kesan sampingan? BIE | Subang Jaya. Jawapan SEBAHAGIAN besar lelaki yang cepat tewas ketika bersetubuh dapat menanganinya dengan menumpukan tahap ereksi di samping dapat meningkatkan daya kawalan ejakulasi. Teknik mengemut (seperti menahan membuang air besar atau kecil) juga dapat membantu melambatkan ejakulasi. Jika mahir dalam teknik ini, anda masih dapat mengekalkan ereksi walaupun sudah berlaku ejakulasi. Ada di kalangan mereka yang masih gagal menggunakan gel anaesthetic (hanya boleh dibeli dengan kebenaran doktor) untuk disapu pada penghujung zakar untuk mengebaskannya. Bagaimanapun, ia tidak begitu sesuai kerana sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj, ubat berkenaan perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, faraj pula menjadi kebas! Gambir Sarawak ialah jenis ramuan yang mengandungi bahan herba dan kimia yang disapu pada penghujung zakar selepas mencampurkannya dengan air sejuk. Selepas beberapa minit, hujung zakar terasa pijar, panas dan tidak selesa. Rasa tidak selesa itu kononnya dapat memberi ereksi yang padat dan tidak selesa. Jadi apabila dimasukkan ke dalam faraj, sudah tentu dapat bertahan lama. Bagaimanapun, sebelum itu gambir Sarawak perlu dibersihkan dulu. Jika tidak, isteri terasa panas pada farajnya (seperti terkena cili api kerana gambir Sarawak mengandungi bahan itu). Kesan sampingannya ialah kulit penghujung zakar akan menggelupas dan mungkin boleh melecet. Jika terkena faraj wanita, mungkin selepas bersetubuh dia mengipasnya pula!
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
361
Saya nasihatkan anda berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar. Mungkin ada cara yang lebih mujarab dan tidak memerlukan pengunaan krim atau bahan pengebas.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
362
KETULAN PADA PUTING BUAH DADA Soalan SAYA berusia 21 tahun dan amat runsing dengan ketulan pada puting buah dada saya sejak berusia 12 tahun. Sebagai lelaki, saya amat malu kerana bahagian berkenaan akan menonjol seolah-olah saya memiliki buah dada seperti wanita. Bagaimanapun, ketulan itu akan mengecut apabila ia terdedah kepada suhu sejuk dan ia juga tidak mendatangkan kesakitan. Apa sebenarnya masalah saya? RAZAK | Taiping, Perak. Jawapan LELAKI juga memiliki buah dada sebagaimana wanita. Cuma pundi atau salur susunya tidak sempurna dan tidak membesar pada peringkat awal baligh seperti wanita. Bagaimanapun, ada sedikit proses tumbesaran pada pundi atau salur susu berkenaan yang dikenali sebagai keradangan buah dada akibat baligh atau ‘pubertal mastitis’. Keradangan yang dimaksudkan itu sebenarnya ialah tumbesaran atau rangsangan yang berlaku akibat penghasilan hormon estrogen(hormon wanita) dari pundi adrenal. Jika tumbesaran itu kelihatan, lelaki itu akan mendapati ada ketulan kekal dan jika ia dipicit akan terasa sakit. Bagaimanapun, bengkak dan keradangan buah dada lelaki boleh berlaku serta memberi kesan sakit apabila ketulan buah dada itu dipicit. Jarang sekali ia berubah menjadi kanser buah dada lelaki. Jika berlaku, ia terjadi pada peringkat umur yang tinggi. Jika ada ketulan pada peringkat akhir baligh atau beberapa tahun kemudian, ia mungkin petanda lelaki itu terdedah kepada hormon kewanitaan. Kanser buah zakar kadangkala mengakibatkan penghasilan hormon estrogen, tetapi amat jarang berlaku. Jika ketulan buah dada itu suatu perkara yang mengaibkan, ia boleh dibedah untuk membuang tisu ketulan terbabit. Jika dibiarkan pun ia tidak akan mendatangkan apa-apa masalah. Seperti wanita, puting buah dada lelaki juga sensitif kepada sentuhan dan akan menegang jika lelaki itu mengalami rangsangan syahwat.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
363
ALAT KELAMIN TIDAK BERFUNGSI Soalan SAYA mengalami penyakit kencing manis sejak 13 tahun lalu. Baru-baru ini, saya diarahkan doktor menggunakan insulin dua kali sehari. Masalahnya, sejak dua tahun lalu, saya mengalami mati pucuk dan ia menjadi lebih serius sehingga alat kelamin saya terus tidak berfungsi? MAT K | Seremban. Jawapan MASALAH lemah tenaga batin, lemah syahwat atau dikenali ‘Disfungsi Erektil’ (DE), menjadi agenda utama jika masalah seksual lelaki dipertikaikan. Dalam kajian dijalankan, kini dianggarkan 2.3 juta lelaki Malaysia mengalami masalah berkenaan dan sebilangan kecil yang tampil mendapatkan rawatan. Kajian juga menunjukkan ramai lelaki yang menghidap penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit koronari dan sakit mental mengalami masalah itu. Paling ketara di kalangan mereka menghidap penyakit kencing manis ialah perjalanan darah dan urat saraf tergendala untuk memantapkan fungsi ereksi zakar. Rawatannya termasuk terapi suntikan ubat pengembang salur darah zakar, pam vakum dan terapi oral dengan ubat ‘PDE5 Inhibitor Viagra’.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my
KOLEKSI SOAL JAWAB MASALAH SAKIT TUAN & PUAN
364
TAKUT MANDUL Soalan SAYA berusia 21 tahun dan menghidap buasir sejak kecil. Ia gatal dan terdapat ketumbuhan terkeluar ketika buang air besar. Bagaimanapun, masalah ini masih belum ke tahap buang air berdarah. Adakah penyakit ini berbahaya dan boleh menyebabkan kemandulan? JALI | Bayan Lepas, Pulau Pinang. Jawapan KULIT di permukaan lubang najis lembut dan tidak mudah merekah apabila lubang najis (mukosa) mencengkam. Mukosa di bahagian pembukaan lubang najis juga lembut dan jika kering menyebabkan kegatalan dan ketumbuhan isi seperti ‘kutil’ atau ‘buasir’ yang terjojol ketika buang air besar. Ia kembali lega jika tiada tekanan kepada bahagian pembukaan lubang najis seperti najis keras. Apabila isi itu mengecut dan kembali ke pembukaan lubang najis, kesempitan kurang dan pendarahan juga kurang. Jika isi itu memberi masalah kronik, ia boleh dibuang seperti dilakukan kepada buasir kronik. Memang pada mulanya sakit tetapi selepas itu akan berasa selesa. Cara perawatan konservatif, pembukaan lubang najis perlu dipastikan tidak sempit dan isi terjojol dirawat menggunakan krim pelembap dan nyah radang yang disapukan ke atasnya. Ia dilakukan supaya kulit yang terjojol itu kecut dan tiada keradangan. Individu mengalami buasir perlu memastikan tidak sembelit atau najis keras kerana terpaksa meneran. Ia boleh mengakibatkan isi buasir itu kembang, bengkak dan menjadi radang. Lelaki dan wanita yang mengalami buasir mendapati tahap kemutan dinding pelvik yang rendah. Ini kerana mengemut menyakitkan buasir yang terkeluar atau yang mengalami radang.
Jangan lupa untuk melawati kami di http://bibsprop.softhands.com.my