SMA LUGHATUL QURAN
KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA JARING PERINGKAT ASRAMA 2018
“MLQ PIOUS AND WISE”
1. TUJUAN Kertas kerja ini dikemukakan untuk memohon kebenaran dari pihak pentadbiran SMA Lughatul Quran khususnya dari Pengetua bagi Pertandingan Bola Jaring Peringkat Asrama, 2018. Selain itu, kertas kerja ini juga bertujuan untuk mendapatkan kelulusan permohonan peruntukan kewangan bagi membiayai kos perbelanjaan program.
2. PENGENALAN 2.1. Kejohanan Bola Jaring SMA Lughatul Quran adalah merupakan salah satu program tahunan sekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum SMA Lughatul Quran bagi tahun 2017. 2.2. Program yang sedang dirancang juga mempunyai matlamat kearah pengisian jasmani dan rohani ke arah perkembangan minda murid bukan sahaja sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan, tetapi juga kekuatan mental bagi tempoh jangka panjang di dalam menghadapi realiti kehidupan yang mencabar. 2.3. Kejohanan Bola Jaring SMA Lughatul Qurankali ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan motivasi murid disamping mempraktikkan ilmu yang dipelajari di sekolah dengan harapan semoga murid mempunyai akhlak yang terpuji dan semangat yang kental. 2.4. Unit Sukan dan Kokurikulum dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Murid dan unit Kokurikulum mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan pelbagai
program
berkaitan dengan perkembangan kokurikulum murid sama ada melalui kegiatan di dalam atau di luar bilik darjah.
3. OBJEKTIF 3.1. Membimbing murid supaya mengetahui tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia dengan memberi tumpuan terhadap kecemerlangan pendidikan sukan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan juga 1 Murid, 1 Sukan. 3.2. Memupuk semangat ke arah menghayati kepentingan kesihatan diri di dalam kehidupan sejagat, tabah serta unggul dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. 3.3. Memperkukuhkan ilmu, kasih saying, nilai murni, pengalaman, pengetahuan, perpaduan dan semangat jati diri dalam kalangan murid seterusnya menerapkan kecintaan dan kepentingan ilmu dalam diri, keluarga dan segenap lapisan masyarakat.
4. JUSTIFIKASI Program ini memang perlu dijalankan bagi membolehkan pelajar yang selama ini tidak berkesempatan untuk menunjukkan bakat mereka. Di samping itu, bakat baru ini sememangnya boleh digilap bagi mewakili negari Johor ke pertandingan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Ugama Malaysia (KESSUMA) peringkat kebangsaan
5. TARIKH, HARI DAN TEMPAT Kejohanan ini dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara tingkatan. akan mengadakan Kejohanan Bola Jaring SMA Lughatul Quran tahun 2018 pada tarikh, masa, dan lokasi seperti di bawah: Tarikh Hari Masa Tempat
: 19 – 22 Februari 2018 : Isnin - Khamis : 3.30 petang – 6.00 petang : Padang Bola Jaring SMA Lughatul Quran
6. KUMPULAN SASARAN Semua warga asrama SMA Lughatul Quran. 7. TENTATIF PROGRAM HARI / TARIKH Isnin (19 Februari 2018) Selasa (20 Februari 2018) Rabu (21 Februari 2018)
Khamis (22 Februari 2018)
AKTIVITI
Penentuan liga permainan kumpulan 1
Penentuan liga permainan kumpulan 2
Penentuan tempat johan, naib johan & ketiga
Majlis penutup & penyampaian hadiah 2.15 ptg : Ketibaan peserta 2.30 ptg : Ketibaan tetamu jemputan Nyanyian lagu Negaraku Bacaan doa 2.40 ptg : Ucapan Ketua Warden Aspuri Ucapan Ketua Guru Penasihat Bola Jaring 3.30 ptg : Tayangan slaid dokumentasi 3.45 ptg : Penyampaian hadiah 4.00 ptg : Majlis bersurai
8. ANGGARAN PERBELANJAAN Bil.
Perkara
Jumlah
Hadiah : 1
Johan RM80 x 2 unit
RM 160.00
Naib Johan RM60 x 2 unit
RM 120.00
Tempat Ketiga RM50 x 2 unit
RM 100.00
Bip Bola Jaring x 2 set
RM 200.00
Bola Jaring x 1 unit
RM 97.00
Alatan: 2.
JUMLAH KESELURUHAN
RM 677.00
9. SENARAI AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS JAWATANKUASA INDUK Pengerusi
:
Tn Hj. Hidhir bin Ismail Pengetua
Timbalan Pengerusi
:
En. Ilham bin Imam PK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 1
:
En. Ishak bin Md Bosrah PK Kokurikulum
Penyelaras
:
Pn. Salha binti Sagimin Ketua Guru Penasihat Bola Jaring
Setiausaha
:
Pn. Nurnadiah binti Amir Guru Penasihat Bola Jaring
Bendahari
:
Pn. Norlaili bin Masrom Guru Penasihat Bola Jaring
AHLI JAWATANKUASA Persiapan padang Ahli Jawatankuasa Kelab Bola Jaring Pengacara Majlis Nur Fatin Haziqah binti Mohd Azmi Peralatan Nur Sakinah binti Md Isa Hadiah dan Sijil Siti Aisyah binti Mohd Jun
Penyelaras peserta Ummi binti Mohamed Kebersihan, Keselamatan & Keceriaan Nur Hanis Hazirah binti Azeman Dokumentasi Nur Aina Safwa binti Zainal 10. PENUTUP Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih dahulu kami ucapkan atas kesudian tuan pengetua memberi pertimbangan dan perhatian terhadap kertas kerja ini. Kami berharap semoga tuan dapat meluluskan kertas kerja ini supaya projek ini dapat dijalankan dengan jayanya bagi mencapai objektif yang sewajarnya.
Disediakan oleh,
(Nurnadiah binti Amir) Setiausaha Guru Penasihat Bola Jaring.
Disemak oleh,
(Mohd Anuar bin Selamat) Penolong Kanan Kokurikulum.
Diluluskan oleh: