Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran.
Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik.
Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya. Dalam teori seni visual pelajar didedahkan dengan fungsi lukisan yang antaranya ialah sebagai lakaran awal sebelum menghasilkan sesuatu objek seni seperti catan, cetakan mahupun arca. Dalam penghasilan karaf tradisional, melukis juga merupakan proses awal sebelum pengahsilan produk. Dalam lawatan ke bengkel ukiran En Rosman di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, baru-baru ini saya sempat melihat beberapa lukisan corak beliau yang dihasilkan di atas kertas dan pada permukaan kayu yang akan di ukir. Ini menguatkan lagi hujah bahawa proses melukis merupakan langkah yang paling penting sebelum menghasilkan produk seni. Seni sebagai Alat Penyataan diri Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan. Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.
Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan Pacaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau, penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan kepada manusia. Panceinderan ini perlu disuburkan melalui sentuhan yang murni.
Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni, sebagai contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulalukisan sebagai bahan non verbal memberi ruangkepada kanak-kanak untuk menyatakanperasaannya.Tidak akan ada dua orang kanak-kanakmenghasilkan lukisan yang sama walaupun tajuknyasama. Setiap kanak-kanak akan menghasilkansesuatu yang berbeza dari rakan yang lain.Linda Carol(2002)* menerusi lukisan - memberi ruang kepadakanak-kanak menyampaikan perasaannya.h pengamatan secara teliti. Lukisan telah dijadikan bahan terapi yang diterima gunaterutama untuk mengatasi masalah kanak-kanak yangmenghadapi tekanan kerana menerusi lukisan koordinasitangan, mata, pemikiran dan perasaan membantumenyembuhkan pesakit.-peningkatan emosi Mengapa lukisan dikaitkan dengan perkembangankanak-kanak ? Tentunya untuk Perkembangan domain kognitif, psikomotor afektif 1.3 KANAK-KANAK DAN SENI LUKIS (a) Melukis sebagai Medium Komunikasi Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. (b) Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak. (c) Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem) Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera. Tingkatkan Kreativiti Anak Melalui Lukisan dan Kraf
MELIHAT seorang kanak-kanak melukis beberapa bulatan sama, saya bertanya kepada si kecil, apakah makna lukisannya. Jawapannya: “Bulatan pertama ini kuda, yang tengah ni harimau dan yang hujung pula gajah. Semua binatang ni ada dalam zoo.”
Si kecil kemudian bercerita apa yang dilakukan haiwan dalam lukisannya. Tertarik mendengar ceritanya, saya cuba mencelah dengan tujuan mahu menjadikan cerita lebih menarik sambil merujuk bulatan
kedua sebagai kuda (kerana semua bulatannya sama). “Bukanlah, yang tengah ni harimau,” tegur si kecil membetulkan kesilapan itu.
Saya terpegun kerana dengan hanya melukis bulatan, si kecil boleh ‘mencipta’ permainan atau aktiviti mindanya sendiri. Lebih mengagumkan, setiap bulatan ada watak tersendiri yang menjadi satu cerita dalam mindanya, sedangkan semua bulatan sama besar dan tiada tanda membezakannya.
Menurut ibu bapanya, mereka menggalakkan anak melukis kerana ia antara cara terbaik untuk memupuk kreativiti kanak-kanak. Bagaimanapun, bukan semua orang mempunyai pendapat sama seperti ibu bapa si pelukis kecil kerana ada yang merungut melihat anak lebih suka melukis dan cepat hilang minat apabila diajar mengenal huruf dan angka.
Kebanyakannya bimbang anak mereka akan ketinggalan berbanding rakan sebaya yang mungkin sudah boleh mengira atau menghafal beberapa abjad. Malah, ada ibu bapa menganggap minat anak untuk melukis sebagai kurang berguna atau tidak bermanfaat.
Pun begitu, kebanyakan ibu bapa tetap membeli buku, pensil dan alat mewarna dengan tujuan memberi aktiviti kepada si kecil, sekali gus mengelak mereka meragam atau mengacau kerja sekolah anak lebih tua.
Lumrah kanak-kanak suka melukis. Bermula daripada conteng-conteng, kepada garis senget, bulatan, orang lidi sehingga mereka pandai melakar bentuk tertentu; semuanya dilakukan dengan tekun dan sepenuh hati.
Melukis bukan kerja sia-sia walaupun lukisan anak anda tampak seperti cakar ayam. Justeru, usah halang minat ini kerana ia banyak manfaat dan memberi sumbangan besar terhadap perkembangan minda, intelek dan merangsang kemahiran tangan kanak-kanak.
Melukis boleh merangsang pembentukan minda kreatif kanak-kanak selain ‘menggerakkan’ otak kanan untuk berfikir. Kebanyakan aktiviti seperti percakapan, analisis (mentafsir), rasional, logikal, belajar bahasa dan mengira (termasuk mengenal abjad dan huruf) menggunakan otak kiri. Manakala otak kanan pula digunakan dalam aktiviti kreatif yang tidak membabitkan perkataan seperti lukisan, kraf dan muzik.
Penggunaan otak kiri dan kanan perlu seimbang. Malangnya, kebanyakan kita lebih banyak menggunakan otak kiri dan membiarkan sel otak kanan ‘menjadi tua’ dengan sia-sia. Mungkin ini sebabnya ramai antara kita cepat mengalah apabila berdepan halangan, sedangkan ia boleh diatasi jika kita boleh berfikir secara kreatif.
“Cuba perhati anak anda melukis. Mereka memberi sepenuh perhatian dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Ini adalah cara melatih anak memberi tumpuan terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
“Malah, bagi kanak-kanak lebih kecil pun, memegang pensil atau pensil warna adalah proses pembelajaran. Ia membantu perkembangan otot tangan dan kawalan motor iaitu kemahiran yang membolehkan seseorang kanak-kanak melakukan perkara seperti menulis dan memegang objek kecil.
“Mungkin tidak ramai ibu bapa sedar, melukis adalah aktiviti menggembirakan dan boleh menenangkan perasaan anak. Keinginan ibu bapa melihat anak mereka pandai dalam bidang akademik (termasuk membaca dan mengira) pada usia sangat muda boleh membuat anak tertekan.
“Keadaan menjadi lebih payah kerana kanak-kanak tidak tahu untuk memberitahu mereka berasa tertekan. Jadi usah halang anak melukis, ia menggembirakan mereka,” katanya.
Antara kemahiran yang dipertingkatkan melalui lukisan dan kraf ialah:
# Logik
# Kreativiti
# Keyakinan diri
# Kepekaan sosial (boleh bersosial dan berinteraksi dengan orang lain)
# Perkembangan kemahiran tangan
# Pandai meluahkan emosi
# Koordinasi tangan dan mata
# Membentuk personaliti
# Menghargai kecantikan
Kini ramai ibu bapa moden, terutama yang tinggal di bandar, mula menghantar anak ke kelas seni dan kraf selepas menyedari manfaatnya, terutama dalam membantu perkembangan minda serta terbukti dapat meningkatkan daya tumpuan ketika belajar.
Melukis juga cara anak meluahkan pemikiran dan perasaan. Oleh kerana penguasaan bahasa terhad, kebanyakan kanak-kanak tidak tahu menceritakan apa yang ada dalam fikiran mereka.
Ibu bapa boleh menjadikan lukisan anak sebagai perantara untuk berkomunikasi dengan si kecil. Beri rangsangan kepada anak dengan memuji lukisan mereka cantik, walaupun pada pandangan anda ia hanya corengan.
Usah buat tafsiran sendiri kerana anda tidak tahu apa yang ada dalam fikiran anak, sebaliknya minta mereka cerita mengenai lukisannya. Tanpa sedar, anda sebenarnya menggalakkan anak untuk berfikir — bermula daripada melukis hinggalah kepada bercerita.
Sesetengah kanak-kanak sukar diajak berkomunikasi, terutama jika mereka pendiam. Komunikasi perlu berlaku dalam dua hala dan dalam situasi begini, lukisan boleh menjadi medium untuk berinteraksi dengan anak.
Komen positif terhadap hasil kerja anak akan membuatkan mereka gembira. Biasanya dalam keadaan gembira kanak-kanak lebih mudah berinteraksi dan bercerita. Dalam keadaan membabitkan kanakkanak kecil, mereka mungkin tidak faham apa yang anda puji, tetapi nada suara dan senyuman anda membuatkan mereka tahu mereka melakukan sesuatu yang baik dan disukai.
Lebih banyak anda terbabit dalam aktiviti ini, anak berasa lebih seronok. Malah, ibu bapa boleh melukis bersama dengan anak yang secara tidak langsung bukan saja dapat mengeratkan hubungan, tetapi menghabiskan masa berkualiti bersama si kecil.
Mungkin ada ibu bapa tidak tahu bagaimana hendak memberi rangsangan tambahan kepada anak selain membeli alat melukis dan meluangkan masa bersama mereka. Banyak boleh dilakukan seperti menyediakan tempat atau bilik khas untuk menggantungkan lukisan anak.
Jika rumah sempit, anda boleh membuat ‘ampaian khas’ untuk menggantungkan lukisan anak dengan hanya menggunakan tali dan penyepit. Ini memudahkan anda menukar apabila si kecil menghasilkan karya baru. Kaedah mudah begini memberi galakan kepada anak meluahkan kreativitinya di atas kertas dan bukan di dinding!
Lukisan juga boleh menjadi medium untuk seseorang meluahkan perasaan. Kanak-kanak lebih besar seperti prasekolah pandai menyatakan emosi atau apa terjadi kepada mereka melalui lukisan wajah sedih, marah, gembira atau takut. Mereka juga melukis apa yang ingin dimiliki atau dilakukan.
Ini juga sebabnya lukisan dijadikan terapi (dikenali sebagai terapi seni) ke atas kanak-kanak yang alami masalah psikiatri atau melalui trauma. Terapi seni digunakan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami trauma dengan kematian ibu bapa dan hilang tempat tinggal seperti insiden taufan, gempa bumi atau peperangan.
Namun, terapi seni bukan hanya untuk kanak-kanak bermasalah saja. Seni sama ada lukisan, kraf, kolaj atau yang menggunakan tanah liat juga mempunyai kesan terapeutik kepada semua golongan.
Pertandingan lukisan
Jika diperhatikan di negara kita dalam apa juga acara yang membabitkan keluarga, pasti ada acara pertandingan mewarna atau melukis. Biasanya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak kecil dan bagi kanak-kanak lebih besar diadakan pertandingan melukis.
Antara agenda penganjur ialah memberi aktiviti kepada kanak-kanak tanpa menyedari ia acara yang sangat berguna. Ia bukan saja memberi peluang kanak-kanak melahirkan kreativiti, tetapi merangsang kemahiran menyelesaikan sesuatu tugas dalam masa ditetapkan.
Kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas layak memasuki pertandingan melukis kerana pada peringkat umur ini mereka ada ilham dan pandangan sendiri terhadap sesuatu perkara sesuai dengan tema pertandingan.
Mereka akan mempunyai pengetahuan lebih luas jika ibu bapa sentiasa meluangkan masa bercerita mengenai isu semasa, sama ada di dalam atau di luar negara, khususnya membabitkan kanak-kanak. Yang membezakan ialah kreativiti, kemahiran mengadun warna dan kesungguhan melakukannya.
“Pertandingan boleh menjadi saluran menguji kanak-kanak daripada segi moral, kesabaran, kepekaan terhadap sekeliling, kreativiti dan kemampuan bertolak ansur. Ini kerana dalam pertandingan, mereka dalam situasi mencabar untuk menghasilkan kerja yang lebih baik daripada orang lain.
“Mereka juga perlu belajar bertolak ansur dan menerima kekalahan. Bagi kanak-kanak, ia bukan mudah kerana jika di rumah, mereka tetap dapat ganjaran walaupun kerja dihasilkan kurang baik. Namun dalam pertandingan, mereka perlu belajar terima hakikat ada orang yang lebih baik.
Selain perlu memberi lebih tumpuan dan membuat persediaan, pertandingan lukisan menuntut kanakkanak belajar melakukan tugas dengan teratur, cepat dan paling penting berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapat hasil baik.
“Ini antara persediaan awal untuk kanak-kanak menghadapi masa depan. Kanak-kanak sekarang manja kerana mempunyai ibu bapa yang boleh memenuhi hampir semua permintaan mereka. Semua ibu bapa mahu memberi kehidupan baik kepada anak dengan cara itu, tetapi tindakan ini ada kekurangannya.
“Anak secara tidak langsung belajar bahawa jika mahukan sesuatu, mereka hanya perlu minta daripada ibu bapa tanpa perlu berusaha. Anak perlu diajar berusaha bersungguh-sungguh dan melakukan sesuatu yang istimewa jika mahukan sesuatu. Ini adalah hakikat kehidupan sebenar yang perlu dipupuk dari kecil.
Sama seperti dalam pertandingan lukisan, kalau mahu menang, mereka perlu bekerja keras menghasilkan karya unik dan baik. Andai kalah, bermakna mereka belum cukup baik dan perlu berusaha lagi. Bak kata pepatah, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Bahkan beberapa ibu yang ditemui dalam satu pertandingan juga mengakui melihat perubahan besar pada anak, terutama keyakinan mereka selepas beberapa kali menyertai pertandingan lukisan. Kebanyakannya menjadi lebih yakin, berani dan boleh berbual dengan rakan yang baru pertama kali ditemui dalam satu-satu pertandingan.
Mereka juga boleh menerima setiap keputusan dengan hati terbuka dan menjadikan kekalahan sebagai cabaran untuk berusaha lebih bersungguh-sungguh bagi pertandingan akan datang. Walaupun ramai tidak dapat hadiah, mereka tidak pulang dengan tangan kosong. Masing-masing membimbit hasil karya yang mempamerkan kesungguhan dan kreativiti mereka.