BUMIPUTERA DI SABAH Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah: Sungai
Rungus
Bajau
Kadazandusun
Melayu Brunei
Murut
Iranun
Bonggi
Kwijau
Paitan
Lun Bawang
Lundayeh
Kedayan
Suluk
Iban (Iban Merotai)
Binadan
Bisaya
Kokos
Rumanau
Lotud
Minokok
Tidung
Rungusĺ
Kagayan
Tatana
Tagaas
Ubian
Kimaragang
Bajau Laut
I) ORANG SUNGAI Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan. Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina). Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan).
ETNIK/ BAHASA Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.
1) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang SAMA kerana menggunakan dialek Paitanik. - Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk ) ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Bukit Garam, Kuamut, Segama dan bahagian Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yg saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yg ketara. - Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yg juga bermaksud Orang dlm bahasa Dusun, tapi dlm dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu". iii) Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud dan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kg2 persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. cth ayat : - Mbah suruu kau (Pergi mana kau ).
SOSIAL Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yg boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yg lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman. Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orangorang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang
sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah. Kawasan Daerah Tongod terdiri daripada etnik Makiang, Sinabu, Milian, Saguon, Rumanau, Pinangah dan ada beberapa lagi etnik.Setiap etnik mempunyai dialek yang berbeza. contohnya etnik; 1. Rumanau, Sinabu, "ulun" (orang) 2. Makiang, saguon, Pinagah, Milian "labu" (orang) Namun etnik-etnik dikawsan Daerah Tongod sudah biasa mendengar perkataan tersebut dan sudah memahaminya. Bila orang bertutur dengan dialeknya kita dapat membezakan orang tersebut, "oh ini dari etnik sekian". Etnik-etnik yang disebutkan tadi adalah etnik yang berada dikawasan Daerah Tongod, dan Majoriti di daerah ini beragama Kristian
II) RUNGUS Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]
SOSIAL Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] adalah merujuk kepada nama bangsa suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan BandauKudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam bahasa Malaysia adalah PASIR. Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong dalam kelompok kaum Kaum KadazanDusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama dengan bahasa Dusun di sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina. Berdasarkan penelitian seni arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak . Dayak adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.
Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar
cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus. Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon, Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu. Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat, Kota Marudu dan Pitas adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:
Rungus Kirangavan Rungus Pilzapazan Rungus Gandahon Rungus Gonsomon Rungus Nulzuw Rungus Tupak atau Rungus Melobong
III) Bajau BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal dengan penunggang kuda, pembuatan parang dan menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga,masyarakat Bajau Pantai Timur Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea gypsies,Panglima Dilaut,Pelaut dan Pelayar Terunggul.” Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau. Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud. Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berbeza dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisi,pemakanan adat resam dan budaya hidup adalah sangat-sangat berbeza. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat banyak yang terlibat dengan pertanian
sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal dengan kegiatan penangkapan hasil laut.
Makanan tradisional Kima Kima adalah nama sejenis kerang laut dan terdapat dalam beberapa spesis, antaranya lapiran, kima bohe' dan sollot-sollot (bersaiz kecil dan menyelit di celahcelah permukaan batu). Kima dijadikan lauk dalam makanan tradisi Orang Bajau. Kima ini boleh dimakan mentah-mentah (inta') setelah dihiris atau dipotong kecilkecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah-ratus yang lain mengikut selera orang yang hendak makan. Ia juga boleh dimasak bersama sayur. Ada juga kima yang dikeringkan di bawah sinar matahari dan biasanya ia dimasak bersama sayur.
Sagol/Ѕenagol Sagol/Ѕenagol(Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol/Ѕenagol juga mempunyai makna Kata Nama iaitu 'benda yang dicampuradukkan'. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal, secara umumnya ikan yang mempunyai hati yang besar) yang dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal dicelur dahulu sehingga mudah ihkan 'langnges' iaitu lapisan kasar pada kulit yu dan pari, atau 'iting' iaitu
'duri' pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada dua jenis masakan sagol/Ѕenagol iaitu sagol/Ѕenagol kering (tiada kuah) dan sagol/Ѕenagol basah (berkuah). Untuk mendapatkan rasa sebenar sagol/senagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.
Putu Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara stim. Lazimnya, Putu dimakan bersama Sagol, Kima, Tehek-tehek,Тayum dan beberapa makanan Tradisional Bajau yang lain (Selalunya makanan laut).Ianya kenyal dan sedikit melekit. Rasanya seperti ubi yang dicampur tepung.
Tompek (Тinompeh) Makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya. Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam kuali, sehingga berwarna kekuningkuningan. Secara umumnya, makanan tradisional masyarakat Bajau adalah makanan laut dan makanan ubi-ubian dan tanaman huma yang lain. Makanan tradisi orang Bajau boleh dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu makanan yang dimasak dan makanan yang dimakan mentah (inta'an). Makanan yang dimasak sama ada direbus, digoreng, dibakar dan dipanggang. Lazimnya, intaan (makanan mentah) terdiri daripada makanan laut seperti 'ballog-ballog', 'bantunan', tehe'-tehe', tayum, kilau, baat atau timun laut, lato', kima,tehe-tehe kabboggan atau nasi putih direbus dengan isi tehe tehe dalam cangkerang tehe-tehe dan sebagainya.
Tarian Tradisional Tarian Igal Igal Βajau dan Dalling-Dalling Вajau
Tarian ini sangat dipelihara oleh masyarakat Bajau di Selatan Filipina. Kesedaran kepada kepentingan memelihara budaya bangsa untuk menjamin kelangsungan budaya bangsa berkenaan telah mendorong masyarakat Bajau di Borneo Utara (Sabah) khususnya di Semporna bangkit dan mengembangkan seni tarian dallingdalling di kalangan generasi muda. Ini dilakukan dengan membawa dalling-dalling dan Іgal Іgal ke majlis formal khususnya Regatta Lepa Semporna. Pada tahun 1998, Badan Galak Pusaka telah bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Sandakan untuk menganjurkan Pertandingan Dalling-dalling Sempena Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama, Yang Dipertuan Negeri Sabah, yang pada masa itu disandang oleh Tun Sakaran Dandai. Semenjak itu, tarian dalling-dalling turut mula dikenali di daerah Sandakan dan Ѕemporna.[1] Perkataan dalling-dalling adalah kata terbitan ganda "dalling" menjadi "dallingdalling", daripada perkataan Sinamah (bahasa Bajau) yang bermaksud gerakan seluruh badan mengikut rentak tertentu. Ini adalah tarian hiburan di majlis keramaian khususnya majlis perkahwinan. Tarian dalling-dalling diiringi oleh "sangbai" iaitu pantun memuji yang dinyanyikan oleh seorang penyanyi atau dua penyanyi. Secara tradisionalnya penyanyi yang menyampaikan nyanyian (disebut kalangan dalam Sinamah) adalah pemuzik. Alat muzik yang digunakan pula dipanggil gabbang. Kadang-kadang pemuzik dibantu oleh seorang penyanyi lain yang lazimnya wanita, terutama apabila aturcara majlis dijangka mengambil masa yang lama yang kadang-kadang mencecah semalaman. Kajian awal oleh Badan Galak Pusaka mendapati, tarian dalling-dalling akan semakin rancak dan menghiburkan apabila ia ditarikan oleh penari secara berpasangan dan kedua-dua penyanyi dalam keadaan 'magbono' kalangan atau berbalas pantun. Dalam keadaan sedemikian, semua watak (penyanyi, pemuzik dan penari) akan menunjukkan kepakaran masing-masing untuk diiktiraf sebagai yang terbaik oleh hadirin.
Tarian Limbai & Runsai (Bajau Samah Kota Belud) Tarian Limbai merupakan satu tarian traditional suku kaum Bajau Samah KOTA BELUD. Tarian Limbai biasanya ditarikan ketika majlis perkahwinan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabul yakni pernikahan. Tarian limbai di iringi oleh irama kulintangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan, dua orang pemukul gendang, dua orang pemain gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang. Selain tarian Limbai,Runsai juga merupakan tarian traditional suku kaum Bajau Samah di Kota Belud.Runsai selalu di tarikan di majlis perkhawinan pada sebelah malam.Tarian ini memerlukan antara enam hingga lapan orang penari termasuk dua orang wanita. Tarian ini menjadi bertambah meriah apabila diserikan dengan kalang iaitu pantun dua kerat yang dijual dan dibeli oleh penari lelaki dan perempuan.
Pakaian Tradisional Pakaian Tradisinal Suku Kaum Bajau Kota Belud dikenali sebagai "Badu Sipak". Nama jenis pakaian tradisional bagi Ѕuku Кaum Вajau di Рantai Тimur Ѕemporna dikenali dengan "Alal Bimbang"
Kosa kata Bahasa-bahasa Bajau Bajau semporna BAHASA MALAYSIA
BAHASA BAJAU SEMPORNA
Aku saying pada mu. Aku suka padamu Siapa namamu? Nama saya Dayang Apa khabar di mana? embal niak Mengantuk Makan lama cepat amolek dengan
Alasah aku ma ka’ah Bilahi aku ma ka'ah Sai on nu? On ku Dayang Ai/ I habbal? maingga? tak ada Lingantuh Amangan atoggol palakkas pulang maka
BAHASA BAJAU SEMPORNA
BAHASA MALAYSIA
suka padanya siapa nama Bapa Ibu Nenek Kakak adik beradik yang lebih tua Adik makcik pakcik Sepupu Kaki ikan lembu gula-gula nasi/beras telur ayam assa duwa tullu uput lima unnum pituk waluk siyam sangpuh rahatus/dahatus bajjuk Ung Lepa Suruk Maskid Angai Dangai/rangai Sambahyang
bilahi ma'iya sai on ammak Inak ombok indek sihaka sihali babu' bapa/pak Kaki Tapek raing/daing sapi' gulak-gulak buas entollo manuk Satu Dua Tiga Empat Lima Enam Tujuh Lapan Sembilan Sepuluh Seratus baju hidung perahu /biduk sudu masjid Kenapa Berapa Solat
To’a Bang Sukup Katas Ahap utuk Lawing Bangkuk’ Bittis Langit Napas Lumak Aa mingga pantalun Sigah Tb Alam Langan amandi
tua Azan Cukup Kertas Bagus/baik otak Pintu Bangku Betis Langit Nafas Rumah Orang Dari mana Seluar Rokok Tv Tiada Jalan-jalan Mandi
Iskul Tahik rilaut Palauk karitak Tangan longon bowak Talinga Kayu sipak Sampak Timbak Lakkas anginum amangan Alahi Sukup Potek
Sekolah Air Laut Lautan Lauk Kereta Tangan Lengan Mulut Telinga Kayu Sepak Pukul Tembak Lekas Minum Mak Lari Cukup Putih
Bilu Bianing Gaddung Ettom oren Taluk Ata’u Kukku Matai Atai Hatus Ngibu
Biru Kuning Hijau Hitam Jingga Unggu Pandai Kuku Mati Hati Ratus Ribu
Bajau Samah Kota Belud/Tuaran BAHASA BAJAU SAMAH
BAHASA MALAYSIA
Ngelantu Limping Lumaan tanak Mapi kiti Benad betis Somo Mangan Yan abar Turi Saging Dendo dala Laruk Jomo Kambul Segai Payau Baie Yangto’o Mato’o tarum Ngeluteh
Lapar Baring Jalan kaki Masak Kita Kebas kaki Sama Makan Apa khabar tidur Pisang Perempuan lelaki tapai Orang Selimut Mereka Rusa Basi Nenek Datuk Terung Lesu
Eyang ema kilik iram Peberinut Sian Luma’an parak sikot Nguta Limbo Tio seruan Limpas Lulaai Sekelat tegega odon Ingin gali beluang Pendawaan Tito”o Sesapu Pinggo temang mingo Kuri - kurii Songom Kaleh Skul Iyan Kinum- kinum Delak Mandi badak Urung Sabuk moto Siyen suang
emak Bapa Cerek Hitam Beransur balik Siapa Berjalan Hancur Dekat Muntah Lemas Jauh bertunang Lalu Lari Selimut Terkejut tangga Suka geli Pintu Tingkap Ketawa Penyapu Pergi ke mana? Lidi Mana Main-main Malam Dengar Sekolah Apa senyum lidah Malam berinai Hidung cebok mata Siapa Sungai
Situn telingo regisin ungkab Isak duo Telu Empat Limo Enom Piyuk Wauk Siam Sepu’ Rapa Di’eng ratas Gu’uk Tegol Nongot
Tempayan Telinga Tali air Buka Satu Dua Tiga Empat Lima Eman Tujuh Lapan Sembilan sepuluh sayur ikan redah Parang lam Berpeluh
Bajau kudat / Pendekar Tausug Bajau Kudat adalah kumpulan beberapa sub-etnik bajau yang bergabung dan menuturkan bahasa yang sama serta mengongsi budaya dan adat resam yang sama. Bajau Kudat yang asli adalah gabungan daripada sub etnik bajau iaitu etnik suku Banadan,Danauan serta Κagayan dengan etnik suku orang Suluk . Oleh itu Bajau Kudat yang asli menuturkan kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Bajau Banadan dan Bahasa Suluk sebagai bahasa harian mereka dan mereka juga dikenali sebagai Bajau Suluk. Dalam lagenda juga dikenali sebagai Bajau Gunung seperti cerita Puteri Gunung Ledang, Puteri Santobong, Puteri Saadong dan puteri-puteri lain di tanah melayu, Pahlawan-pahlawan hebat dan bijaksana pada masa itu akan membina penempatan di kawasan gunung dan berkahwin dengan puteri-puteri kayangan menjaga gunung. Mat Salleh "Wira Pahlawan Sabah" adalah merupakan salah seorang dari keturunan Bajau Suluk dan Menetap di Kawasan Pergunungan Sabah sebelum
mula berhijrah. Bajau Kudat kadang kala dikenali juga dengan panggilan Bannaran atau Dannawan atau Samah atau Bajau di kalangan kelompok-kelompok Bajau yang lain.Manakala suku bangsa lain di daerah Kudat seperti Suku Brunei, Suku Bajau Samah, Suku Orang Sungai, Suku Rungus dan Suku Tambanuo yang mendiami kawasan Kudat memanggil orang-orang Bajau Kudat sebagai Bajau Suluk. Oleh itu, orang-orang Bajau Kudat agak unik kerana mengongsi bangsa,bahasa,budaya dan adat resam suku kaum Bajau dan Suluk dan dari etnik Bajau yang lain. Keadaan ini disebabkan adanya asimilasi antara dua suku bangsa ini yang akhirnya menghasilkan Bajau Kudat / Bajau Suluk. Walau bagaimanapun, Bajau Suluk merupakan sub suku yang paling sedikit dalam etnik bajau dan menyebabkan mereka kurang dikenali ramai. Namun darah pahlawan mereka seperti mat salleh dan Raja Islam Sulu menyebabkan mereka menjadi rujukan untuk menyelesaikan masalah. Kini keturunan suku Bajau Suluk masih dikenali dengan kelebihan seperti bijak, pandai, cantik berbading sub-ethik bajau lain biarpun hidup bersama Bajau Kota Belud/Tuaran Petempatan utama Bajau dan Suluk Kudat ini ialah di Kampung Limau-Limauan ( pada masa sebelum penjajahan British Limau-Limauan adalah ibu negeri dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Bajau Kudat dibawah pemerintahan Maharajah Untung Haji Abdul Rahimmoyang kepada Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun dan juga Tuan Guru kepada Datu Paduka Mat Salleh), Kampung Talaga ( Pusat Kekuasaan Bajau Kudat sebelum bertukar ke Limau-Limauan ), Kampung Parapat Laut ( Pecahan daripada Kampung Limau-LImauan ), Kampung Landung Ayang Laut, Kampung Tanjung Kapor, Kampung Membatu Laut, Kampung Liwatan, Kampung Milau, Kampung Tampakan, Kampung Batu Putih dan beberapa perkampungan lain. Bajau Kudat adalah Suku Bajau yang agak unik. Mereka menggunakan seratus peratus (100%) istilah dan bahasa Banarran-Ѕuluk dalam kebudayaan, adat resam dan persuratan mereka. Dokumen lama ditulis dalam tulisan bajau dan Suluk. Semua sebutan, huruf, istilah, tulisan,gaya lagu bacaan dan kaedah pengajian al Quran adalah menggunakan bahasa Аrab dan jawi Вajau-Suluk kuno. Semua istilah Nikah Kahwin dan pertunangan adalah menggunakan bahasa Βajau dan Suluk Kuno dan bercampur dengan bahasa Melayu lama.
Istilah-istilah seperti "Turul Taimah"( Istilah yang seerti dengan "JAWAPAN PENERIMAAN LAMARAN" ) dan "Muka Laung"( BUKA MULUT dalam bahasa Melayu Sabah ) adalah contoh istilah Bahasa Suluk Kuno yang digunakan dalam majlis dan adat pertunangan. Manakala istilah "Mahanda" adalah dari bahasa Bajau yang bererti "Meminang". Istilah "Tampan Maru" pula adalah istilah bahasa Bajau yang digunakan oleh kaum Bajau Kudat yang bererti "Denda akibat pelanggaran satu-satu adat pertunangan atau perkahwinan.Istilah seperti Akat Nika, Mas Kawin dan Tunang adalah berasal dari Bahasa Melayu.Pasangan pengantin Bajau-Suluk atau Bajau Kudat ini selalunya akan diarak menggunakan USUNGAN seperti seorang raja dan permaisuri.Keberangkatan dan ketibaan pengantin selalunya diiringi dengan irama TITIK PALANG NGAN dan irama TITIK SAMBUTAN.Keberangkatan dan ketibaan pengantin atau pasangan pengantin juga akan diiringi dengan bunyi tembakan senapang selalunya tujuh das atau sembilan das bergantung kepada status-quo keluarga pengantin.Keberangkatan pengantin yang diarak akan dialu-alukan dengan syair tradisi dalam bahasa Suluk yang dikenali sebagai KALANGAN dan panji-panji berwarna Merah yang dikenali sebagai PANJI dan SAMBULAYANG dengan kumpulan muzik tradisional akan turut sama menyertai rombongan pengantin. Orang-orang lama Bajau Kudat hampir keseluruhannya mengakui dan mendakwa bahawa nenek moyang meraka adalah berasal daripada keturunan manusia yang lahir dari ruas bambu atau dikenali sebagai bambu "Kayawan".Berdasarkan kajian, satu-satunya manusia di Kepulauan Borneo dan Sulu yang diakui dalam Tarsila Kesultanan Sulu sebagai keluar dari ruas bambu ialah TUAN MASAIK iaitu Raja Islam Sulu yang pertama ( memerintah dan mengasaskan Kerajaan Sulu Islam pada tahun 1280 Masehi sebelum Sultan Syariful Hashim menyatukan dan mendirikan Kesultanan Sulu pada tahun 1450 Masehi ) yang berasal dari Tanah Besar Borneo Utara ( Sabah ) yang telah berkahwin dengan PUTERI RAJA SIPAD dari Suku Kaum Dayak Buranun ( nenek moyang suku kaum Tausug atau Suk). Antara tokoh-tokoh ternama di Sabah yang pancar keturunannya dari Bajau Kudat ialah Datu Paduka Mat Salleh ( anak-anaknya seperti Halipan @ Ungkung dari isterinya Dayang Bandang dan anak-anaknya dari isteri kedua Dayang Shariffah masih terdapat keturunannya di kampung Parapat Laut, Kampung Landung Ayang dan Kampung Talaga Kudat),Tun Datu Mustapha Datu Harun, Datu Aliuddin Datu Harun, Datu Salam Datu Harun, Maharajah Panglima Untung Haji Abdul Rahim,
Shariff Osman Wira Marudu, Shariff Ligaddung ( Digadung ), Datu Khalil Jamalul dan ramai lagi. Satu lagi ciri unik Bajau Kudat ialah rata-rata golongan tua dari suku kaum ini mampu menuturkan lebih dari dua bahasa persukuan di Sabah. Mereka mampu bercakap dengan fasih dan lancar bahasa suku-suku sub etnik Bajau seperti bahasa Banadan, bahasa Kagayan, bahasa Bajau Samah ( Bajau Kota Belud ) dan bahasabahasa etnik suku Suluk, Sungai dan Rungus. Pekerjaan utama golongan tua dari suku kaum ini ialah sebagai nelayan dan petani padi bukit. Walau bagaimana pun, generasi Bajau Kudat pada hari ini majoritinya bekerja di sektor kerajaan dan swasta.
ADAT Pada masa sekarang Bajau Kudat masih lagi mengekalkan beberapa adat dan budaya lama yang telah diamalkan turun-temurun seperti adat MAG GUNTING atau bergunting beramai-ramai di masjid dan adat MAG DUAAH iaitu kenduri arwah beramai-ramai satu kampung di masjid pada masa Hari Raya Aidl Fitri dan Aidil Adha. Budaya MAG GUNTING agak unik kerana setiap anak Bajau-Suluk yang baru lahir akan diadakan upacara bergunting rambut di masjid setiap kali masa hari raya atau dua kali setahun sahaja. Kanak-kanak lelaki yang akan digunting rambutnya akan diarak ke masjid bersama-sama dengan sebuah REPLIKA JONG atau Kapal Layar yang dihias manakala anak perempuan pula akan diarak disertai dengan sebuah REPLIKA MAHLIGAI.Kedua-dua replika ini iaitu JONG dan MAHLIGAI adalah melambangkan seorang Putera Raja dan seorang Puteri Raja. JONG adalah kenderaan Putera Raja manakala Mahligai tempat tinggal seorang Puteri Raja. Senjata tradisi Bajau Kudat ialah BARUNG dan BAKUKU serta KALIS. Barung,Bakuku dan Kalis adalah senjata tempur dan selalunya ia menjadi senjata pusaka keturunan. Barung menjadi senjata kebanggan bagi orang-orang Bajau Kudat. Bajau Kudat telah mendiami perairan Teluk Marudu (Kudat) sekurang-kurangnya seawal abad ke-13 lagi.Sarjana Barat mengakui bahawa kedatangan agaama islam
ke Palawan dan Balabak( sekarang ini Filipina) adalah dari Teluk Marudu ( Kudat ) dan Teluk Darvel ( Segama-Lahad Datu). Ahli Pelayaran Belanda Van N Hort yang telah memetakaan daerah MARUDO dalam peta dunia pelayarannnya pada tahun 1595 mengakui adanya petempatan dan pelabuhan di Teluk Marudu. Perkataan Marudu adalah berasal dari Bahasa Bajau Kudat iaitu kata MA ILU DU ATAU MARU DU yang bererti "DI SITUSITU JUGA".Daerah Marudu adalah daerah tertua di Sabah yang dipetakan oleh sarjana Barat selain daerah Kinabatangan.Dalam Peta Belanda Melaka 1602 pula, nama wilayah Marudo dan Api-Api ( Kota Kinabalu pada masa ini )telahpun dipetakan sebagai dua kawasan yang didiami oleh dua sub etnik orang Bajo atau Bajau.
ALAT MUZIK Alat muzik tradisoinal Bajau Kudat adalah Kulintangan, gong, tambul ( Tambur), gabbang (dibuat daripada bambu) dan biola. Uniknya, Bajau Kudat ini mempunyai beberapa jenis irama lagu tradisional yang dimainkan menggunakan kulintangan, gong dan tambul. Antara irama atau dikenali sebagai JINIS TITIK yang selalu dimainkan ialah TITIK SAMAH, TITIK MANGKABUNG, TITIK KAGAYAN, TITIK SUK (Irama peperangan atau Silat), TITIK TA ( KITA ),TADDOH HABAH (irama percintaan),TITIK KABLITAN (irama muzik yang diiringi tarian IGAL) dan TITIK PALANGNGAN ( irama pengantin berangkat dan tiba).
Kaum perempuan Bajau Kudat terkenal dengan tenunan kain PIS iaitu kain dastar ikat kepala. Kain Pis yang ditenun selalunya akan dijual kepada suku kaum Rungus yang selalunya bertaraf sekurang-kurangnya Ketua Kaum. Ini disebabkan kain PIS ini harganya mahal dan pada masa dahulu ianya dijual secara tukaran barang sama ada ditukar dengan barangan tembaga seperti gong dan gadur ataupun dengan kerbau.Kadang kala ditukar dengan padi. Sehelai kain Pis boleh mencecah harga tukaran 2 biji gong atau 2 ekor kerbau atau 10 karung padi bergantung kepada motif tenunan. Terdapat beberapa jenis motif tenunan antaranya ialah corak naga (paling mahal), burung merak dan awan larat yang mana ada nama-namanya tersendiri di kalangan ahli tenun Bajau Κudat.
IV) KADAZAN DUSUN Sesungguhnya, kaum Kadazandusun ini memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun. Dalam aspek asal-usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun menjelaskan tentang kelahiran kaum Kadazandusun dan lagenda kelahiran kaum ini bermula dari "Nunuk Ragang" sehinggalah kepada perkembangan dan penyebaran sukukaum ini ke seluruh pelusuk negeri Sabah yang telah banyak mempengaruhi sosio budaya mereka mengikut tempat yang baru, contohnya dari aspek bahasa dan corak kehidupan mereka. Mengikut statistik, terdapat lebih kurang 40 etnik yang terdapat dalam suku kaum Kadazandusun. Dari aspek bahasa, perbezaan loghat, sebutan dan ejaan banyak dipengaruhi mengikut etnik tertentu. Contohnya, sebutan dan ejaan sukukaum Kadazandusun dari satu daerah dengan daerah lain di negeri sabah adalah berlainan tetapi masih membawa erti dan makna yang sama. Pakaian tradisi ini pula berbeza mengikut kawasan dan sosio budaya sukukaum Kadazandusun. Dalam aspek ini, tumpuan diberikan kepada corak pakaian dalam perayaan tertentu. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai pakaian tradisinya sendiri. Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyi-bunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling, turali, tongkungon dan lain-lain lagi. Disebabkan masyarakat Kadazandusun ini memiliki pelbagai budaya yang unik mengikut etnik tertentu maka corak hidup mereka juga berbeza mengikut tempat tertentu. Kebanyakan corak kehidupan mereka ini dipengaruhi oleh adat resam
penduduk setempat. Adat resam inilah yang mempengaruhi corak kehidupan masyarakat Kadazandusun sesuatu kawasan. Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh sosio budaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya sukukaum Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Kaamatan yang diraikan pada setiap 30 dan 31 Mei setiap tahun. Dalam perayaan ini,berbagai acara menarik dan juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara lain acara yang biasanya menjadi tarikan dalam Perayaan Pesta Kaamatan ialah "Unduk Ngadau" Kaamatan yang mempamerkan pakaian tradisi mengikut etnik. Konklusi, masyarakat Kadazandusun memang memiliki warisan budaya yang sungguh unik, asli dan menarik. Justeru itu, melalui laman web ini sedikit sebanyak memberi penerangan dan penjelasan kepada para pembaca yang melayari laman web "Warisan Budaya Kaum Kadazandusun" supaya warisan budaya masyarakat Kadazandusun ini tetap dipelihara dan dikekalkan untuk tatapan dan penyelidikan generasi masa akan datang. Menurut Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada empat puluh satu etnik seperti berikut; · Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan, Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal, Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan, Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon, Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung. Kita akui bahawa kesemua etnik di atas berasal dari Nunuk R agang, iaitu satu petempatan awal Kadazandusun yang terletak di "Tompios" dalam daerah Ranau pada hari ini.
LAGENDA NUNUK RAGANG Catatan yang lengkap mengenai Nunuk Ragang sudah lama hilang namun apa yang masih tinggal hanyalah teori-teori para ahli Sains Sosial dan cerita legenda.
TEORI SAINS SOSIAL Terdapat sekurang-kurangnya empat teori mengenai asal-usul kaum kadazandusun. Teori Pertama: Kaum Kadazandusun berasal dari keturunan "Mongoloid" (Ivor H.N. Evans:1923 dan T.R. Williams: 1965); Teori Kedua : Kaum Kadazandusun berketurunan "Indo-Malayan" (T.R. Williams: 1965). Teori Ketiga : Kaum Kadazandusun adalah kacukan kaum China (Ivor H.N. Evans:1923 dan Owen Rutter:19220 Teori Keempat : Kaum Kadazandusun adalah keturunan orang purba Gua Madai.
Sejarah lisan atau Cerita Legenda yang popular menunjukkan bahawa Kadazandusun berasal dari tempat ini - "NUNUK RAGANG". Tempat ini terletak di sebuah kawasan di sekitar muara pertemuan dua batang sungai iaitu sungai Kogibangan (dari arah kiri) dan Sungai Kawananan (dari arah kanan) yang telah bercantuman menjadi sungai yang lebih besar, yang dinamakan Sungai Liwogu (Dalam dan Tenang). Kerana diliputi dengan "lembaga hidup yang kelihatan kemerahan-merahan" masing-masing dengan telatah dan perangainya. Di bawah pohon, di tebing sungai dan di atas sepanjang juntaian akar Nunuk penuh dengan lembaga itu. Pantulan warna ke "kemerahan" semakin menyerlah apabila cahaya matahari terpancar ke arah tubuh lembaga-lembaga itu. Oleh yang demikian, Nunuk itu kelihatan seolah-olah "merah" lalu ia dipanggil Nunuk Ragang. (Aragang/Ragang(Bahasa Kadazandusun)=Merah.
Tanggapan bahawa Nunuk itu Merah atau Nunuk Ragang adalah kiasan bagi menggambarkan betapa ramainya manusia (lembaga merah) yang bersenda ria di sekitar kawasan Nunuk ini. Sebenarnya, manusia yang ramai dikiaskan sebagai "warna merah" apabila dilihat dari jarak jauh dan bukanlah pokok Nunuk itu yang berwarna merah. Sejak itu, nama NUNUK RAGANG ini menjadi "identity" rakyat Sabah yang mempercayai bahawa "asal-usul" mereka adalah dari kawasan ini. Tempat ini dikenali sebagai Pomogunan Nunuk Ragang, nama yang diambil bersempena dengan kewujudan pokok Nunuk, yang pada suatu ketika dahulu "merah" satu perlambangan menunjukkan betapa ramai manusia di tempat ini. Di kawasan muara percantuman dua batang sungai ini, terdapat sepohon pokok Kayu Ara (Nunuk). Saiz pokok Nunuk itu sangat besar dan sebahagian daripada akar serta dahan-dahannya condong ke arah sungai Liwogu. Dahan-dahan dan akar terjuntai ke sungai, sangat sesuai sebagai tempat rekreasi seperti memanjat, bergayut, berteduh dan sebagainya. Penduduk di sini sangat ramai, ketika cuaca baik dan cahaya matahari memancar di ufuk barat dari jam 1.00 petang hingga 4.00 petang, ketika itulah ramai penduduk (tidak kira tua, muda, gadis, pemuda dan anak-anak dsb..) turun bermandi-manda di sungai Liwogu, sementara yang lain memanjat, bergayutan serta ramai yang berjemur di atas dahan-dahan rending Nunuk tersebut. Suasana demikian berlaku hampir pada setiap hari dan pada masa yang hampir sama, kecuali cuaca tidak baik atau sungai Liwogu ini banjir. Maka apabila seseorang melihat pokok Nunuk dalam suasana seperti itu dari jarak jauh, sama ada dari puncak bukit mahupun dari sebarang sungai Liwogu, pemandangannya sangat menakjubkan. Pokok Nunuk kelihatan seolah-olah "aragang".
KEHIDUPAN MASYARAKAT NUNUK RAGANG Masyarakat terawal Kadazandusun dikatakan telah menghuni tempat ini dalam keadaan bebas, menikmati berbagai-bagai jenis bekalan makanan yang mencukupi, baik makanan daripada hutan mahupun daripada sungai serta hasil daripada usaha pertanian. Keperluan hidup yang lain juga mudah diperolehi di sekeliling perkampungan Nunuk Ragang ini.
Kehidupan mereka aman dan damai, bersatu padu, mogitabang-tabang, mogiuhupuhup, otoluod, obinsianan, orulan, ohinomod, aparu, onimot, obingupus, okupi, obintinong, obingkanggau, obintumbayaan, obinronok, obiniangasan, otuyu, obingopi, mamantang, otorini, opori, oining, obintudau, osuau, opohawang, obulun om onitinginawo. Hidup yang tenang dan tenteram itu telah membolehkan mereka berfikir sambil menerokai "teknologi baru" bagi menambah kecekapan, menamnbah dan memudahkan urusan serta meningkatkan kesejahteraan hidup seharian. Bidang bidang yang diterokai antara lain ialah peralatan pakaian (seperti sinombiaka, tokuluk (sirung, linumbagai, golong, sinandang, limpogot, dll), peralatan pertanian (seperti ragus, basung, dangol, gagamas, kakali, guyudan, kisaran, tosung, rilibu/raya dll). Peralatan perikanan (seperti tundalo, siud, bangkala, tambong, bubu sawak dll), peralatan penternakan(lukug, gading dll ), peralatan memburu (sopuk, tuwil, gaba, sungul, balatik, paliw, tandus, ramok, rungkasip, tabpai, sodik, tungkakub, pimpig, tawos dll), peralatan muzik dan bunyi-bunyian (seperti tagung, sompoton, turali, bungkau, suling pumpuak, dll), peralatan dan produk-produk ekonomi(seperti Bohungon, Basung, kakanan, luping, sigup, sada toosin, bilis, tipun, paha, tusi dll).
Adat Resam kaum Kadazandusun Asal usul makanan Lazimnya, menurut kepercayaan suku kaum Kadazandusun, padi berasal daripada isi manusia yang bernama Huminodun. Huminodun ialah seorang gadis jelita anak
kepada Kinoingan. Kinoringan ialah nama Tuhan bagi nenek moyang suka kaum Kadazandusun. Kinoringan telah mengorbankan anaknya Huminodun demi mengatasi masalah kebuluran di dunia. Menurut kepercayaan suku kaum ini, segala jenis bahan makanan yang utama berasal dari pelbagai bahagian badan Huminodun. Beras dari isinya yang putih melepak; darahnya yang merah telah bertukar menjadi lada; halia pula adalah jari jemari Huminodun; bawang 'tagaas' berasal dari rambut Huminodun; giginya bertukar menjadi jagung; kepalanya pula menjadi kelapa dan sebagainya. Oleh itu demi menghormati dan mensyukuri pengorbanan Kinoringan dan Huminodun, nenek moyang suku kaum ini mengadakan upacara-upacara adat seperti Momohizan dan Humabot.
Upacara Momohizan Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'. Dua minggu sebelum upacara ini diadakan tuan rumah akan meminta para penduduk kampung untuk menolongnya menyediakan 'tapai' iaitu sejenis minuman keras tradisi Kadazandusun. Upacara Momohizan dimulakan pada sebelah malam iaitu setelah semua jemputan hadir. Beberapa orang Bobohizan (bomoh suku kaum Kadazandusun) yang berpakaian serba hitam akan berkumpul dan memulakan upacara ini dengan memanggil 'miontong pomumuon' (penjaga rumah/semangat padi) Apabila selesai membaca mantera pemanggilan dalam kata lain apabila semua miontong dan 'tasab' (malaikat padi) sudah dihimpunkan maka Bobohizan akan menaburkan serbuk ragi (manasad) di atas nasi yang telah dihidangkan di atas nyiru dan diletakkan di ruang tengah rumah.
Adalah dipercayai bahawa perbuatan manasad dilakukan bersama-sama dengan miontong. Setelah selesai manasad, nasi yang ditabur dengan ragi itu kemudian diisi ke dalam sukat (saging) dan diatas nasi itu diletakkan arang (popou), kemudian mulut sukat ini akan ditutup dengan daud simpur (daingin). Kemudian Bobohizan akan mengisi beras ke dalam nyiru yang berbentuk segitiga (hihibuh), ketua Bobohizan akan memungut sedikit beras dari nyiru dan meletakkannya ke atas gendang. Sambil membaca mantera, Bobohizan akan mengetuk gendang dan kemudiannya memakan beras itu, tujuannya ialah untuk menjemput miontong sama-sama memakan beras tersebut. Selepas itu beberapa orang pelatih Bobohizan yang terdiri daripada sumandak (gadis-gadis sunti) akan berkumpul dan memukul gendang sambil menyanyi dan membaca mantera 'tumingak' dan diikuti dengan mantera 'sumava'. Seiringan dengan itu Bobohizan akan membungkus nasi dengan daun simpur. Nasi yang dibungkus ini kemudiannya dipungut sedikit-sedikit lalu diisi ke dalam tempayan kecil. Tempayan ini kemudiannya diletakkan di atas batang bambu yang tingginya kira-kira tiga kaki dan hujung bambu itu diletak untuk tempayan itu diletakkan. Batang bambu ini diikat pada tiang rumah dengan menggunakan tali kyang diperbuat daripada kelapa (hisad). Setelah itu Bobohizan akan menjemput 'miontong' untuk minum tapai (moginum) bersama-sama. Setelah itu bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari kayangan untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk menjaga dan melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun. Pelatih Bobohizan akan membaca mentara'mingau' dan diikuti dengan mentera 'kumodong sakazan' ini ialah untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut mereka berbentuk perahu dan akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan akan menutup muka mereka dengan kain sambil membaca mantera 'modsuut/soikung' iaitu memanggil roh-roh kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat). Acara 'modsuut' ini diiringi dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula membaca mantera dan mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat serpihan-serpihan besi disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia
yang dipercayai diturunkan oleh nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan peperangan (misasangod). Alat bunyian ini dipanggil 'sindayang'. Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan 'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi (santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam 1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada mereka akan tidur atau makan. Semasa Bobohizan berehat, para jemputan akan menarikan tarian tradisional Kadazandusun iaitu sumazau. Di sebelah pagi pula iaitu lebih kurang jam 6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera 'mihung', 'painsan', 'monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera 'momosik' tompuvan' (mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah). Seterusnya Bobohizan akan menarik sehelai bulu dari seekor ayam yang telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya ialah seekor ayam dengan seekor babi. Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi betina dan sebaliknya. Sehelai bulu ayam tadi akan diikat pada hisad dan ianya akan dikuis pada tuan rumah dan para tetamu. Ini ialah untuk melindungi mereka daripada serangan penyakit agar mereka akan sentiasa sihat dalam mengerjakan sawah padi masing-masing. Setelah itu tetamu akan dijamu dengan makanan yang telah disediakan seperti nasi, tapai, daging ayam, daging babi dan sebagainya. Setelah Bobohizan menjamu selera, mereka akan turun ke bawah rumah dan membawa korban itu bersama-sama mereka. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam korban dan sumazau. Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan menusuk kepala ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan menggunakan klip rambut yang besar(titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan dibakar sehingga terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telahpun dikorbankan kepada miontong. Seterusnya Bobohizan akan memanggil 'miontong' untuk minum tapai iaitu dengan menuangkan sedikit tapai ke tanah. Setelah itu Bobohizan akan memotong, rumput dengqn parang dan membaca mantera 'manau' untuk meminta dewata pulang ke kayangan. Kemudiannya
korban-korban itu akan dibawa naik semula ke rumah. Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air kepada Bobohizan sebagai ihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah. Bobohizan pula akan menyanyikan mantera 'sumamboi'. Bobohizan akan berehat seketika, kemudian acara 'magampah' akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat (lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau penyakit. Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga). Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan penyakit ditempat mereka berekumpul tadi. Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan para tetamu akan sumazau. Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca mantera 'papasazau miontong' ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi berpesta menari sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong batang bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding rumah. Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada 'miontong'. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korbankorban seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan. Upacara ini dinamakan 'humanau', ini juga bertujuan untuk memberi makan kepada miontong . Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, ihkan diri mereka. Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan, Bobohizan dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan. Upacara momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam keduanya
Bobohizan akan membaca mantera 'modsuut' lagi tapi dengan roh penjaga rumah/padi saja. Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan kepada para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan makanan dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas pantun (kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit (huus).
Humabot Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan. Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu' atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya
dibungkus dengan getah (sikalap) dan membawa obor ini mengililingi rangkarangka atap rumah sambil bertempik sorak atau 'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka. Upacara ini biasanya disambut dengan keramaian dan para jemputan akan dihidangkan dengan jamuan. Tuan rumah juga akan memjemput ketua keluarga yang mempunyai ramai anak yang semua masih 'hidup', ke rumahnya dan meminta ketua keluarga itu baring sebentar pada alas tidur tuan rumah. Ini dipercayai bertujuan untuk menjemput rezeki yang berpanjangan kepada keluarga tuan rumah itu. Sebulan selepas tuan rumah tinggal di rumah itu maka upacara 'momohontog sisit' iaitu upacara menghormati tiang rumah akan diadakan ianya merupakan acara keramaian seperti magagung, sumazau dan makan besar. Setahun selepas tuan rumah tinggal di rumah baru itu, upacara magavau akan diadakan untuk memuja semangat rumah. Seminggu selepas magavau diadakan upacara Humabot pula menyusul, upacara ini juga adalah upacara menghormati rumah dan ianya disambut dengan meriah sekali. Tapai akan disediakan untuk menjamu jemputan yang datang. Dalam upacara itu Bobohizan akan menjampi nasi untuk membuat tapai kemudian meletakkanya diatas daun simpur. Air perahan nasi tapai itu akan diminum dan nasinya pula dilontarkan ke dalam ketawai besar (bekas menyimpan padi), ini adalah untuk memberi makan kepada semangat padi 'bambazon' makan. Kaum lelaki juga akan melontarkan nasi tapai pada daun simpur itu ke dalam ketawai sambil bertempik sorak (memangkis) . Acara ini berterusan sehingga kesemua nas tapai yang diletakkan atas daun simpur itu habis. Upacara Humabot diadakan setiap selang satu tahun selepas ia diadakan dan lima tahun selepas rumah itu dihumi. Upacara ini juga merupakan upacara keramaian iaitu makan besar dimana seekor kerbau akan ditumbangkan sebagai sogit (korban). Nenek moyang suku kaum ini mempercayai bahawa sekiranya upacara-upacara menghormati rumah baru ini tidak dilakukan maka malapetaka pasti akan menimpa keluarga yang tinggal dirumah baru itu, penyakit akan berleluasa, perkara-perkara ganjil dan mengerikan akan terjadi dirumah itu seperti beratus-ratus ekor tabuan
(potizukon) akan mengelilingi rumah atau biawak akan tiba-tiba muncul dirumah baru itu
Bahasa Bahasa merupakan pengenalan dan asas perpaduan bagi semua kaum. Demikian juga dengan kaum Kadazandusun yang mempunyai bahasanya sendiri iaitu Bahasa Kadazandusun. Bahasa ini adalah identiti bagi sukukaum Kadazandusun. Sekiranya lenyap bahasa maka sesuatu kaum itu juga akan pupus. Oleh itu, Bahasa Kadazandusun ini haruslah dikembangkan dan dipelihara supaya tidak lenyap. Bagi mengembangkan dan memelihara bahasa ibunda kaum Kadazandusun ini lenyap maka beberapa usaha telah diambil contohnya Bahasa Kadazandusun ini telah mula diajar di beberapa buah sekolah rendah terpilih untuk projek perintis pengajaran dan pembelajaran Bahasa Kadazandusun. Kurikulum Bersepadu Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah adalah untuk memboleh murid menguasai kemahiran asas berkomunikasi dan memperolehi ilmu serta menghayati dan membanggai bahasa itu. Pendidikan di negeri Sabah berkembang dengan adanya satu lagi Bahasa diajar dengan rasminya dalam sistem tertentu persekolahan sekolah rendah. Selain Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, beberapa badan dan pertubuhan lain juga memainkan peranan penting dalam usaha pengembangan dan pemeliharaan Bahasa Kadazandusun contohnya Kadazandusun Language Foundation ( KLF ), Koisaan Cultural Development Institute ( KDI ), Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah ( KDCA ), Perpustakaan Negeri Sabah ( PNS ).
Kadazandusun merupakan suku kaum yang terbesar di negeri Sabah. Mereka menuturkan banyak dialek dalam bahasa Kadazandusun. Walaupun terdapat perbezaan ini namun ianya masih dalam rumpun suku kaum Kadazandusun. Dengan adanya pendidikan Bahasa Kadazandusun di sekolah rendah kini, maka bahasa Kadazandusun ini akan dapat di mertabatkan dan dikekalkan serta dapat dipelihara daripada pupus.
Makanan Tradisi Makanan bagi sesuatu kaum merupakan identiti dan pengenalan bagi sesuatu kaum. Terdapat banyak jenis makanan dalam masyarakat Kadazandusun. Biasanya kita dapat melihat pelbagai jenis hidangan ini di musim perayaan seperti Pesta Kaamatan yang dirayakan setiap tahun iaitu 30 dan 31 Mei. Selain perayaan, biasanya suku kaum Kadazandusun yang tinggal di kampung, masih mengamalkan cara masakan atau hidangan secara tradisional ini. Kita juga dapat melihat dan merasa hidangan seumpama ini pada masa upacara seperti perkahwinan dan majlis lain di adakan oleh suku kaum Kadazandusun. Sesungguhnya makanan tradisional bagi kaum Kadazandusun ini amat berbeza dari kaum yang lain terdapat di negeri Sabah. Selain makanan ini lazat, sudah tentu ianya juga mempunyai keunikannya yang tersendiri.
Makanan Tradisi Kaum Kadazandusun Masyarakat Sabah telah dianugerahkan dengan pelbagai jenis makanan. Ini adalah kerana keadaan semulajadi bentuk muka buminya banyak membekalkan sumber pencarian makanan. Contohnya, laut dan sungai yang dibekalkan dengan pelbagai jenis ikan, udang dan sebagainya, hutan rimba yang ditumbuhi dengan pelbagai jenis tumbuhan liar, herba, buah-buahan dan didiami pelbagai jenis hidupan liar. Masyarakat tempatan Sabah telah memperkenalkan pelbagai jenis makanan tradisi.
Kebiasaan ini diamalkan oleh lebih dari tiga puluh golongan etnik yang mana lebih dipengaruhi dengan cara hidup dan keadaan persekitaran tempat tinggal etnik tertentu. Masyarakat kaum Kadazandusun di Sabah telah mengamalkan cara pemakanan Tradisi sejak turun-temurun dan masih diamalkan sehingga hari ini. Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazandusun ialah Hinava, Noonsom, Pinaasakan dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi Kaum Kadazandusun. HINAVA Hinava merupakan makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazandusun. Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah Isi ikan ( Ikan Tenggiri ) dihiris halus, biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan garam. NOONSOM Noonsom lebih dikenali sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom yang telah diperkenalkan oleh Kaum Kadazandusun. Antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan), Noonsom Bambangan dan Noonsom Tuhau. Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar, dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam. Campurkan kesemua bahan dan diisi ke dalam bekas botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sehingga boleh dimakan. Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam. Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau dihiris halus dan dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah. Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan. PINAASAKAN Bahan yang diperlukan untuk penyediaan makanan ini ialah ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ) , dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sehingga air hampir kering. SUP MANUK LIHING Masakan ini lebih dikenali sebagai 'Sup Ayam Lihing' dalam Bahasa Melayu. Bahan yang diperlukan ialah seekor ayam kampung , sejenis minuman keras yang lebih dikenali 'Lihing' di kalangan kaum Kadazandusun dan hirisan halia. Cara menyediakan, rebus daging ayam yang telah dipotong dengan setengah cawan lihing , hirisan halia, garam dan serbuk perasa. Biarkan ia mendidih sehingga daging ayam betul-betul lembut sebelum dihidangkan. Mengikut tradisi kaum Kadazandusun, makanan ini sangat sesuai untuk wanita yang baru lepas bersalin. Kebanyakan makanan tradisi kaum Kadazandusun hari ini boleh didapati di beberapa restoran tertentu yang biasa menyediakan makanan tradisi penduduk tempatan. Selain dari itu, beberapa hotel terkemuka juga memilih untuk menghidangkan 'Hinava' sebagai hidangan khas untuk para pengunjungnya. Keunikan dan kepelbagaian makanan tradisi yang diperkenalkan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini merupakan salah satu lagi keistimewaan yang terdapat di negeri di bawah bayu ini.
Muzik Tradisional JENIS ALAT MUZIK TRADISIONAL Kebanyakaan alat-alat muzik di Sabah dibuat daripada bahan-bahan asli. Sebagai contoh, tongkungon, turali, suling (atau seruling), sompoton dan togunggak diperbuat daripada buluh. Alat lain seperti gambus, kompang dan gendang diperbuat daripada kulit kambing. Gong dan kulintangan dibuat daripada kayu lembut dan menyerupai gitar panjang bertali tiga yang dibuat daripada giman, sejenis gentian pokok palma. Alat-alat muzik di Sabah, dikelaskan kepada ; Kordofon - (tongkungon, gambus,sundatang atau gagayan) Erofon - (suling, turali atau tuahi, bungkau dan sompoton)
Idofon - (togunggak, gong,kulintangan) dan membranofon (kompang,gendang atau tontog).
GONG Gong merupakan tulang belakang dalam kebanyakan arena permainan muzik dan ianya digunakan dalam hampir kesemua upacara sosial. Bilangan gong yang dimainkan bersama berbeza-beza mengikut keperluan masyarakat setempat. Satu atau dua buah gendang juga sering dipalu bersama untuk menseragamkan iramanya. Gong boleh didapati di seluruh negeri Sabah dan mempunyai nilai yang tinggi. Ia juga digunakan sebagai hantaran berian, upacara kepercayaan animistic, isyarat dan perayaan pesta-pesta menuai Sejak akhir-akhir ini suku kaum Rungus di Kudat ada membuat gong yang dibentuk dari kepingan besi galvanic yang dibeli di sini. Gong yang lebih popular mempunyai dinding yang tebal, bibir yang dalam serta tombol yang besar, ditempah dari Filipina, Indonesia atau Berunei.
BUNGKAU Kecapi mulut dibuat daripada kulit sejenis pokok palma yang dikenali sebagai polod oleh suku kaun Kadazandusun. Untuk mengukir bentuknya, ianya memerlukan tangan yang halus dan mahir. Alat ini lazimnya ditemui di kawasankawasan suku-kaum Dusun. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut sipemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ianya tidak rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
SOMPOTON (Erofon) Organ mulut merupakan alat yang sangat menarik di antara alat-alat musik tempatan di Sabah. Ianya dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan lapan batang paip buluh yang disusun dalam dua lapisan. Salah satu daripada paip ini tidak mempunyai bunyi dan berfungsi untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Dengan meniup atau menyedut mulut labu, sipemain boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu. Beberapa kepingan kecil polod(seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiaptiap tepian paip yang berbunyi. Paip tersebut dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah. Kepingan kecil polod diletakkan di dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. Paip-paip buluhnya diikatkan bersama dengan rotan yang telah diraut nipis. Semada memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian. Ianya popular di kalangan sukukaum Kadazandusun. TOGUNGGAK (idiofon) Dikenali sebagai tagunggak di kalangan suku kaum Murut, Togunggak di kalangan suku kaum Dusun/Kadazan atau 'Togunggu' di Penampang., idiofon bambu paluan ini dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian atau perarakan di pestapesta.
Satu set alat-alat muzik ini merangkumi enam (togunggu') hingga tiga puluh (tagunggak) buah, bergantung kepada suku kaum. Muzik yang dikeluarkan
menyerupai satu set gong sesuatu kumpulan, dengan setiap idiofon diselaraskan bunyinya mengikut gong sebenar yang dimainkan.
KULINTANGAN (Idiofon) Pada mulanya alat ini diperkenalkan di barat Sabah oleh suku kaum Brunei tetapi secara tradisional ianya juga digunakan oleh suku kaum Bajau dan beberapa suku Dusun/Kadazan. Selalunya, ia dimainkan dalam majlis-majlis dan perayaan seperti majlis perkahwinan dan upacara keagamaan, di mana ianya diiringi oleh gong-gong tradisional. Alat ini merangkumi lapan ataupun 9 buah gong-gong cerek yang kecil. Setiap daripadanya mengeluarkan bunyi-bunyian yang berbeza-beza apabila dipukul. Gong-gong cerek ini diletakkan tersusun dalam satu barisan di atas sebuah rangka kayu rendah. Biasanya sipemain duduk di atas lantai berhadapan dengan barisan gong sambil memukulnya dengan dua pemukul kayu kecil.
Pakaian Tradisi Pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun kaya dengan keunikannya. Ini adalah kerana, ianya berlainan diantara satu tempat dengan tempat yang lain. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai perbezaan dari segi pakaian tredisinya. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik Dusun Bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum Kadazandusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Biasanya pakaian tradisi ini dipakai pada musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Selalunya para gadis dari kaum Kadazandusun ini akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya Pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan di Peringkat Negeri Sabah.
PAKAIAN TRADISI PERHIASAN SERTA BARANGAN KEMAS SUKU KAUM KADAZANDUSUN NEGERI SABAH. Pengenalan Dengan mempunyai sebanyak 32 etnik suku kaum asli di negeri Sabah, maka dijangkakan, kita dapat melihat pelbagai jenis pakaian tradisi mengikut suku kaum. Kebanyakan daripada mereka telah mengekalkan corak dan warna pakaian tradisi yang asli. Warna yang amat popular ialah warna hitam. Warna ini banyak digunakan kerana pada masa dahulu, penduduk asli negeri Sabah hanya bergantung kepada beberapa jenis tanaman dan sayuran untuk dijadikan cecair pencelup kain. Mereka hanya perlu menambahkan manik-manik berbagai jenis warna seperti merah, oren, putih serta hijau sebagai perhiasan tambahan. Pakaian tradisi juga termasuklah manuk-manik antik yang dijadikan kalung, tali pinggang, barangan antik berukiran berwarna perak dan tali pinggang yang diperbuat daripada wang syiling dolar berwarna perak. Kesemuanya ini merupakan khazanah turun-temurun yang sangat berharga serta tinggi nilainya.
Berikut adalah beberapa keterangan tentang pakaian tradisi suku kaum kadazansusun yang amat popular di negeri Sabah.
1. SUKU KAUM KADAZANDUSUN PENAMPANG Ciri-ciri pakaian tradisi. a) Blaus tidak berlengan,berwarna hitam baldu untuk wanita(Sinuangga). b) Blaus berlengan pendek, berwarna hitam(baldu) untuk wanita petengahan umur. (Sinompukung) c) Blaus berlengan panjang untuk wanita golongan tua terutamanya 'bobohizan'(kinoingan). d) Kemeja berwarna hitam baldu, atau panjang untuk golongan lelaki. e) Sarong (tapi) panjang berenda 'siling', berwarna hitam f) Siga - pelbagai corak dan motif pada tenunan Perhiasan pakaian. a) renda 'siling' utama keemasan pelbagai corak. Barangan kemas a) Himpogot - wang syling berwarna perak. b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han. c)Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. d) gelang (gohong) e) rantai leher (hamai) f )anting-anting (simbong)
g )cincin (sinsing) h) kerongsang berwarna keemasan.
2. RUNGUS DI KUDAT Ciri-ciri Pakaian Tradisi a) Blaus berwarna hitam bercorak yang dipakai aras dada ke pinggang dipanggil 'Banat Tondu'. b)Sarong(Tapi Rinugading) hingga ke paras lutut sahaja. c) Kain hitam berukuran lebar 28-30 sm. Ia disarungkan ke leher lalu diletakkan di bahu dan berjuntai ke lengan berbentuk pakaian berlengan. d) Baju Kemeja hitam berlengan pendek atau panjang untuk golongan lelaki. e) Siga Perhiasan Pakaian a) Kain bercorak, tenunan halus pelbagai corak.
b)Cincin tembaga serta manik-manik antik disarungkan dalam 'togung ' menjadi tali pinggang berwarna-warni yang dipanggil 'orot'. c)Manik-manik dipanggil " lobokon " digantung di pinggang. d)Sepasang selendang (pinakol) berukuran 6-8 sm lebar. Ia diperbuat daripada manik-manik berunsurkan corak purbakala. Barangan Kemas a) Rantai leher (sandang) diperbuat daripada kulit kerang (Kimia) berwarna putih berkilauan dan tulang haiwan. b) Sanggul (titimbok) c) 'Burambun' dan 'Giring' barangan antik yang diperbuat daripada logam emas berbentuk loceng. d) 'Sisingal' - manik-manik serta kulit kerang diikat bersama membentuk rantai yang diikat di bahagian dahi. e) Cebisan kain dijahit membentuk tocang (rampai) berwarna-warni, diikat di tengkuk.
3. KADAZANDUSUN PAPAR Ciri-ciri Pakaian Tradisi a) Blaus baldu hitam berlengan panjang (siya) b) Blaus putih (baju dalam)
c) Sarong (gonob) baldu hitam hingga paras lutut. d) Siga (lelaki) e) Baju kemeja baldu hitam berlengan panjang. f) Siung (wanita) i)berbulu binatang (burung) berwarna apa sahaja untuk wanita bujang. ii)berbunga-bunga untuk golongan wanita sudah berkahwin. iii)tiada perhiasan di siung . Perhiasan Pakaian a) butang berwarna keemasan (kubamban) sebanyak 8 pasang di dada. b) Renda keemasan (siling) dan labuci (dijahit disekeliling lipatan tangan dan leher) c) 8 pasang butang berwarna keemasan dijahit di lengan blaus. d) Tenunan 'rinangkit ' bercorak cetusan bintang dijahit secara menegak dan melintang pada sarong (gonop).
Barangan Kemas a) 3 bentuk kerongsan antik keemasan berbentuk duit syiling. b. gelang (belilit) perak. c)Tali pinggang berwarna perak (rupiah) berbentuk duit syiling. Cara Pemakaian. a) 3 pasang untuk wanita bujang. b) 2 pasang untuk wanita berkahwin. c) 1 pasang untuk wanita berstatus balu atau golongan berumur.
d) Tali pinggang kecil berwarna perak untuk menunjukkan si pemakai dari golongan berada.
4) (a) LOTUD TUARAN " Lorud "(Blaus berlengan panjang) a) Dipakai oleh Lotud Tantagas semasa upacara rasmi. Ciri-ciri Pakaian Tradisi a) Blaus hitam berlengan panjang (sukub kopio), bercorak warna merah sebagai warna utama. Tinobugi berwarna merah, kuning keemasan dijahit pada pergelangan tangan, tepian blaus dan di dada.Corak bermotif bambu (Ukob)berwarna merah,oren, biru dan hijau dijahit tangan di atas jahitan warna keemasan di pergelangan tangan. b) " Gonob " pula bercorak warna merah dijahit ditepi kiri (bangkit) serta tinobugi dijahit melintang diparas betis. Ukuran gonob adalah dibawah paras lutut. c) Sandai. Ia sejenis kain skaf panjang yang dipakaikan disekeliling bahu. Perhiasan Pakaian
a)Kain putih (haboi) sebagai tali pinggang . b)Tali pinggang (loti) putih dan perak. Ditambah dengan 2 kelepak ikatan hitam untuk wanita sudah berkahwin. c) Rambut disanggul seperti 'Sinulug' (atas) 'Sinungkok' (bawah) "Ginuli" pula dililitkan di sekeliling sanggul 'sinulug'. d) Sigar dan siwot. i) Sigar - Ia diperbuat daripada daun nipah serta mempunyai daun emas. Brunei yang diukir tangan. Tepian sigar dihias dengan rotan yang dicelup dengan warna merah. ii. Siwot - Ia terdiri daripada ikatan 4 helai bulu ayam putih diikat dengan kain merah . Setiap bulu dilekatkan pada cebisan bambu nipis. Beberapa helai bulu hitam disertakan juga. Helaian 1 dan 4 mesti mempunyai rantai manik emas dan biru berhiaskan cebisan kain merah. Barangan Kemas a)Himpogot wang syling berwarna perak. b) Tinggot - Tali pinggang berwarna perakdiperbuat daripada wang syling dolar abad awal 20-han. c.Tangkong - Diperbuat daripada leburan logam tembaga bercorakkan gong dan berbentuk cincin (husau) yang disarungkan dalam lingkaran rotan yang halus. d. Gelang (gohong) e. Rantai leher (hamai) f. Anting-anting (simbong) g. Cincin (sinsing) h. Kerongsang berwarna keemasan.
4(b) LOTUD TUARAN CIRI-CIRI PAKAIAN TRADIS a)Blaus ini (sukub) dihias sederhana berbanding blaus (sukub kopio). Ia berwarna hitam serta berenda kuning keemasan, mempunyai labuci di lengan kolar dan di depan baju. b) Gonob (sarong) hingga ke paras lutut. Linangkit bercorak bunga (kembang suri ). Warna merah merupakan warna utama namun ditambah juga warna keemasan, putih, oren dan biru. Perhiasan Pakaian a) Kuluwali (Selindang), Linangkit (corak) bermotif kembang suri. Barangan Kemas a) Lilimbo (tali pinggang rotan) yang tidak mempunyai kancing pembuka. b) Gelang perak (simpai) c) Gelang kaki perak (lansung) 5. DUSUN TINDAL TEMPASUK KOTA BELUD Ciri-ciri Pakaian Tradisi a) Blaus berlengan panjang (sinipak ) berwarna hitam. b) Gonob (sarong) paras lutut.
Perhiasan Pakaian a)Renda bercorak dijahit tangan pada lengan blaus. b) Lengan blaus di atas siku ke bawah pula dibelah dan dijahit tangan dengan berbagai corakl kain berenda. c) Kain hitam berlapis-lapis dengan renda kuning keemasan (sunduk do sunalatan) disandang di tangan sebelah kanan. d) 2 pasang selendang merah. e) Kain dastar sebagai kolar baju.(selindang lolopot) f) Gonob ditenun sendiri oleh suku kaum Dusun Tindal menggunakan kain tenunan dari hasil pemprosesan pisang larut (textil musa) Barangan Kemas a. Manik-manik antikb)Tali pinggang yang lebar (Kinokogis)a) Sinipogot - 4 gelang sinipogot yang diperbuat daripada wang syiling dolar perak. b) Gelang Perak ( Saring Perak ). c) Anting-anting Perak. d) Beg kecil berwarna perak (pouch) diukir tangan beserta rantai leher (kiupu). Ia dipakai sebagai rantai leher. 6. MURUT TAGAL DARI DAERAH KENINGAU Ciri-ciri Pakaian Tradisi. a) Blaus tidak berlengan ( sampayau pinongkoh ). b) Sarung ( tapi ) berwarna hitam paras bawah lutut. Keunikan Tenunan manikmanik berwarna-warni dan bercorak secara melintang dan menegak di seluruh bahagian depan dan belakang blaus serta sarung. Perhiasan Pakaian Manik-manik bercorak serta berwarna-warni seperti warna merah, putih, oren dan hijau.
Barangan Kemas a) Tali pinggang ( tirol ringgit ) yang diperbuat daripada wang syiling antik dolar warna perak. b) Tali pinggang ( sukayan ) diperbuat daripada manik kristal berwarna merah / coklat ( sapulu ). c) Manik-manik warna biru ( botina ) dipakai ( berjuntai ) pada pinggang. d) Tali pinggang ( bungkas ) diperbuat daripada manik-manik yang berlapis-lapis berwarna putih yang sukar didapati sekarang. Bungkas merupakan warisan turun temurun ahli keluarga dan bernilai RM 10 000. 00. e) Rantai leher berwarna putih biru dan merah yang diperbuat daripada manik dan ukiran kayu. f) Gelang tangan yang diperbuat daripada manik dipakai di atas paras siku.
Tarian Tradisional Tarian Sabah mempunyai tiga puluh dua jenis etnik, lima puluh lima jenis bahasa dan kira-kira seratus dialek. Setiap etnik mempunyai kebudayaan, tradisi dan adat resamnya yang tersendiri. Mereka menunjukkan cara hidup mereka melalui muzik dan tarian. Antara jenis tarian suku kaum Kadazandusun di Sabah adalah sepeti berikut;
Liliput Liliput merupakan tarian bagi etnik Bisaya di daerah Beaufort. Liliput ditarikan secara berpusing-pusing. Tarian ini biasanya ditarikan semasa upacara menghalau roh jahat daripada badan seseorang dan mengembalikan semangatnya. Upacara ini hanya akan ditamatkan setelah semangat orang itu kembali ke badannya. Menangkuk Tarian ini dipersembahkan oleh kaum Kadazandusun Kota Marudu di utara negeri Sabah. Ia biasanya ditarikan semasa perkahwinan dan upacara-upacara lain. Penari akan mempersembahkan tarian ini dengan menggunakan piring yang diletakkan di atas telapak tangan. Tarian ini ditarikan dengan melenggangkan punggung tanpa menjatuhkan piring. Sekiranya piring itu jatuh, ianya menunjukkan petanda yang buruk, terutamanya semasa tarian ini dipersembahkan semasa hari perkahwinan. Kadang-kadang lilin yang dinyalakan akan letakkan diatas piring tersebut untuk membuatkan tarian itu lebih menarik. Mogunatip Mogunatip adalah tarian yang dipersembahkan oleh kaum asli dari pedalaman Sabah termasuk kaum Kadazandusun dari Tambunan, Kwijau Dusun dari Keningau dan beberapa kumpulan daripada suku kaum Murut. Mogunatip diambil daripada perkataan "atip" yang bermaksud menekan antara dua permukaan. Penari mogunatip memerlukan kemahiran dan ketangkasan yang baik untuk menari melintasi buluh yang dipukul serentak untuk menghasilkan bunyi dan irama tarian tersebut. Tarian ini merupakan tarian yang dipersembahkan semasa upacaraupacara yang tertentu untuk menghormati tetamu. Mongigol Sumundai Mongigol Sumundai adalah tarian daripada daerah kudat dan Pitas yang dipersembahkan oleh suku kaum Rungus . Kedua-duanya dipersembahkan oleh suku kaum Rungus. Kedua-duanya dipersembahkan sekaligus semasa perayaan dan upacara pemujaan semangat. Tarian ini ditarikan oleh 3 hingga 8 orang penari perempuan dan diketuai oleh penari lelaki. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakan pergelangan tangan dengan langkahlangkah yang perlahan dan lembut. Pakian yang digunakan oleh penari perempuan
adalah pakaian tradisional suku kaum Rungus. Tarian ini diiringi dengan 4 gong dan gendang yang dinamakan ' Tontog'. Paina Paina merupakan tarian suku kaum Kadazandusun dari daerah Membakut. Ianya dipersembahkan semasa upacara kesyukuran terhadap semangat padi. Ia biasanya dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki dan perempuan. Pakaian yang dipakai oleh penari perempuan adalah serba hitam dengan dihiasi butang yang terang dan menyerlah manakala penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala dan ' sandai ' yang tergantung dari leher. Sumayau ( Mongigol Tuaran ) Tarian ini merupakan tarian pemujaan semangat oleh suku kaum Dusun Lotud di daerah Tuaran. Ia biasanya dipersembahkan semasa Upacara ' Rumaha ' ( Upacara memuja tengkorak kepala ), ' Magahau ' ( Upacara pemujaan semangat Tajau ). Sumayau dipersembahkan lebih daripada 8 orang pasangan yang berpakaian serba hitam dengan lengan panjang dan selendang yang panjang mengelilingi leher. Penari perempuan pula memakai bulu burung di bahagian kepala yang digabungjalinkan sementara penari lelaki memakai ' sigar '. Penari perempuan menggerakkan tapak kaki mereka dengan perlahan , sementara penari lelaki berdiri dan menggoncangkan ' giring ' atau loceng kecil ang dilekatkan pada pakaian mereka. Sumazau Papar Tarian ini berasal dari daerah Papar, Sabah. Ianya biasa ditarikan oleh gabungan penari lelaki dan perempuan. Keunikan pergerakan tapak kaki penari perempuan, tumit bertemu tumit, ibu jari bertemu ibu jari. Ini membuatkan tarian ini lebih unik dan serta menarik. Penari perempuan memakai pakaian tradisi suku kaum Kadazandusun dari daerah Papar, dengan ' seraung' yang diletakkan atas kepala dan bulu berwarna-warni atas ' seraung ' yang dipanggil ' senaundung '. Penari lelaki pula memakai ' siga ' pada kepala mereka dan juga skaf / selendang yang dikenali sebagai ' sandai '. Sumazau Penampang
Sumazau Penampang adalah tarian tradisional suku kaum Kadazandusun. Tarian ini biasanya dipersembahkan semasa perayaan dan juga upacara pemujaan semangat padi ( Bambaazon ). Penari mempersembahkan tarian mereka secara berpasangan. Kedua-dua penari lelaki dan perempuan mula menari dengan irama yang lembut dan perlahan mengikut paluan gong. Dengan ' pangkis ' dari penari lelaki biasanya, ini menandakan pertukaran corak tarian akan dilakukan. ' Pangkis ' dari penari lelaki ini akan lebih memeriahkan lagi suasana tarian ini. Pakaian yang dipakai oleh penari ini ialah pakaian serba hitam dengan jalur kuning emas. Penari perempuan memakai ' tangkong ', ' tinggot ', dan ' Himpogot '. Penari lelaki pula memakai ' sigar ' di kepala. Tarian ini biasanya diiringi oleh paluan gong atau pun ' togunggu '. Titikas Titikas adalah tarian tradisional suku orang sungai di kawasan Kinabatangan, Sandakan. Tarian ini biasanya ditarikan untuk menyambut ketibaan tetamu kehormat dan juga semasa perayaan. Pergerakan tangan semasa menari ialah sama seperti permainan ' Ingki-ingki '. Alar muzik yang digunakan untuk mengiringi tarian ini dikenalai sebagai ' titikas ', ' gabang ', ' kantung ' , dan juga gong.
Lagenda Pesta Kaamatan Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM. SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Asal Usul Magavau Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama. Menurut cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orangorang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".
Bermula dari kejadian inilah orang-orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak
kesayangannya Huminodun untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
V)MELAYU BRUNEI Orang Melayu Brunei adalah kumpulan etnik asli yang menetap di seluruh negara Brunei dan di kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak. Hampir separuh daripada penduduk kaum Melayu di Malaysia Timur (kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak) adalah etnik atau berketurunan Melayu Brunei dan hampir seluruh penduduk Melayu di selatan negeri Sabah seperti daerah Sipitang, daerah Kuala Penyu, daerah Beaufort dan daerah Papar serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuk penduduk Melayu yang menetap di kawasan sebelah utara negeri Sarawak seperti daerah Limbang, daerah kecil Lawas dan bandar raya Miri adalah berketurunan Brunei.
Hubungan dengan Kedayan Hubungan Orang Melayu Brunei dan Kedayan sentiasa erat. Kedua-dua kumpulan etnik tersebut seperti adik beradik. Ini diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan campur di antara Orang Melayu Brunei dan etnik Kedayan.
VI) KEDAYAN Walaupun pengaruh Melayu-Brunei begitu sinonim dalam kehidupan masyarakat Kedayan namun begitu Kedayan ini juga mempunyai warisan pakaian tradisi mereka iaitu Baju Butang Tipai bagi kaum lelaki dan juga Baju Bersuja Berkubamban untuk perempuan.
Bahasa Etnik di Sabah menggunakan lebih daripada 50 bahasa, yang dituturkan sekurangkurang lebih daripada 80 dialek1Bahasa Kedayan merupakan satu-satunya bahasa yang berbeza dari rumpun bangsa Melayu . Perbezaan yang ketara yang terdapat pada bahasa Kedayan dengan bahasa Melayu ini ialah dari segi bilangan huruf abjad. Abjad bahasa Kedayan hanya terdiri daripada 18 huruf, iaitu terdapat hanya 3 huruf vokal iaitu a, i, dan u; manakala hanya 15 huruf konsonan, iaitu b, c, d, g, h, j, k, l, m, n, p, s, t, w, dan y. Bahasa ibunda yang menjadi tradisi kaum ini, vokal o dan e hampir tidak wujud dalam perbendaharaan kata bahasa Kedayan. Umpamanya: ·
besar = basaa
·
otak = utak
·
kota = kuta.
Vokal o hanya wujud sebagai gandingan kepada konsonan r, umpamanya taloo untuk 'telur', dengan o berfungsi sebagai konsonan gantian. Konsonan bahasa
Melayu yang tidak digunakan dalam bahasa Kedayan ialah f, q, r, v, z ( x tidak wujud dalam abjad bahasa Melayu). Bagaimanapun, ketinggalan konsonan r merupakan satu huruf paling nyata. Bergantung kepada bunyi dan gandingan huruf, perkataan bahasa Kedayan akan berbunyi seperti berikut: ·
r = aa; umpamanya besar = basaa
·
r = ii; pandir = pandii
·
r = oo atau r = uu; telur = taloo atau taluu
·
r = ing
·
air = aing. Kecuali ketika mengikut dasar sistem ejaan bahasa Melayu yang menetapkan bahawa semua perkataan pinjaman perlu sedapat-dapatnya mengekalkan bunyinya, bahasa Kedayan hanya dapat menggunakan 18 huruf yang tersebut. Dialek Melayu Kedayan pula dianggap sebagai salah satu dialek atau bahasa minoriti di negara ini. Hal ini berlaku kerana masyarakat Kedayan akan menggunakan bahasa Melayu Brunei ketika berkomunikasi. Ini diperkuatkan lagi apabila puak ini bertembung dengan etnik-etnik atau puak-puak yang lain yang terdapat di negara ini, Dialek Kedayan dalam penggunaan kata sapaannya untuk berkomunikasi ataupun berinteraksi, dalam setiap bahasa sememangnya telah menentukan norma dan juga sistem atau aturan sosial mereka. Penggunaan sistem sapaan ini merupakan salah satu cara bagi menghormati seseorang di samping bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan sebagai menghormati orang ydang disapa Salah satu contoh adalah kata ‘biskita’ atau ‘kita’ (awak) digunakan apabila bertemu dengan seseorang yang lebih tua daripada penutur. Sapaan ‘kawu” (kau) pula biasanya digunakan kepada rakan penutur yang seusia atau yang lebih muda daripada penutur.
Keistimewaan dan keunikan Kedayan Keistimewaan yang lazim tertonjol dalam aspek kebudayaan itu dapat dikesan menerusi seni budaya rakyat atau folklore. Menurut James Danandjaya (1984:21) pengertian folklor agak luas, merangkumi folkor lisan, sebahagian lisan dan folklor bukan lisan. Dengan demikian, kepelbagaian folklor Sabah banyak dipengaruhi oleh petempatan penduduk disebabkan landskap geografi Sabah yang bergunung
ganang dan dikelilingi laut mewujudkan masyarakat yang heterogen, bervariasi bukan sahaja daripada aspek fizikal malah turut diperlihatkan perbezaan daripada aspek pancaran sosiobudayanya. Sistem sosial masyarakat Kedayan merupakan antara keisitimewaan kaum ini dengan wujudnya sikap saling batulong-tulongan (bekerjasama) atau mamucang (bekerjasama melakukan suatu perkara). Perkara-perkara yang dialkukan secara mamucang ialah membina rumah, membina masjid atau surau, balai raya, sekolah dan ihkan kawasan kampung. Apabila mengadakan kenduri, masyarakat ini biasanya mengamalkan budaya kekitaan dengan menjemput jiran dan saudara mara untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Begitu juga apabila berlaku sebarang kesusahansaudara dan jiran tetangga akan dapat untuk memberi pertolongan. Keunikan kaum Kedayan ini juga bersifat pemurah dan suka bersedekah. ‘Kedayan baaniaga macamani. Bajual tia pakis, kana bali sainggit, disadakahinya saikat labih. Dangan mbali buah di kabunnya, disuuhnya makan puas puas, mbali sepalastik nganya. Babuu tia ka hutan, luih payau dibahigii nya jan oang kampong’Orang Kedayan ini berniaga dengan cara begini. Menjual sayur pakis seikat seringgit. apabila dibeli dia memberi pula sedekah seikat kepada pembeli. Apabila ada orang membeli buah-buahan di dusunnya, pembeli itu disuruhnya makan puas-puas, walhal pembeli hanya membeli seplastik buah. Begitu juga apabila dia pergi ke hutan mendapat seekor rusa, seluruh masyarakat kampung tersebut akan diberi dan merasa daging rusa tersebut).
PERMAINAN TRADISIONAL Keistimewaan lain yang menjadi tradisi masyarakat ini juga ialah dalam permainan gasing. Bagi masyarakat Kedayan di Sabah, gasing merupakan permainan tradisi yang diwarisi sejak zaman dahulu. ”Gasing satu permainan rakyat cukup sinonim dengan Daerah Sipitang. Persatuan Gasing Sipitang adalah persatuan terawal ditubuhkan di Sabah dan satu-satunya persatuan berdaftar yang wujud di negeri ini sehingga kini. Ahli Persatuan Gasing Sipitang telah memenangi beberapa kejohanan gasing jemputan dan peringkat kebangsaan.” Permainan tradisi gasing kedayan adalah terbahagi kepada dua, iaitu peringkat baatas (baaja - individu) dan baumbuk (berpasukan, bergu). Gasing dimainkan dan
tergolong sebagai permainan set; tetapi tidak melibatkan ‘body ’ antara pasukan pemain.Suatu pasukan di dalam permainan gasing tradisi Kedayan dipanggil ‘umbuk’. Tiada had tertentu untuk setiap umbuk. Adakalanya saumbuk kumpulan ngayau dan bertahan (tetamu dan tuan rumah) mengandungi 10 orang setiap satunya. Namun, biasanya setiap pasukan adalah mengandungi antara 5 & ndash; 6 orang pemain. Permainan ini dimulakan dengan proses guau (legai uri). Guau merupakan proses bertanding gasing siapa yang paling lama, paling tahan berpusing – paling tahan kadaa. Guau Ia merupakan pertandingan madami. Pertama, gasing akan dipusing menggunakan tali, kemudian disiut dan disimpan di atas cermin demi menjamin pusingan yang lancar dan bertahan lama – tahan kadaa. Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi. Pemain akan nanai (menatang) cermin dan mempastikan pusingan gasing akan berterusan sehingga ke peringkat ia elintuk akibat daya pusingan semakin habis. Bagi pemain yang mahir, proses ini dipanggil liuk. Liuk boleh berpanjangan dan membentuk masa tambahan dari 1 – 10 minit sebelum gasing langsung berhenti bergerak sepenuhnya.
AMALAN Selain itu amalan pengubatan berturun telah diwarisi sejak turun temurun oleh kalangan masyarakat Kedayan adalah berbeza dengan kaum yang lain. Namun demikian amalan berturun ini tidak lagi digunakan kerana bercanggah dengan hukum Islam . Suatu ketika dahulu amalan berturun dijadikan salah satu cara pengubatan untuk menghalau pelbagai jenis penyakit . Untuk memulakan amalan berturun ini seorang bomoh akan menggunakan mayang buah kelapa sebagai peralatan wajib semasa berturun . sementara itu asap kemenyan akan dibakar dan permainan muzik tradisional akan dimulakan dengan irama gambus rebana dan gulingtangan . seorang dari anggota penurunan akan menyanyikan senikata lagu seperti berikut; ANDING DIDA.... KUDIDA ANDING ..... ANDING DIDA... , MALAI, MALAIKU... SAYANG MINTA MAAF BISKITA SEMUA.... ANDING DIDA TUMPANG BERMAIAN
Seterusnya Bomoh tersebut akan terus menghempas -hempaskan secara perlahan mayang kelapa ke badan pesakit. Ternampak pada aksi Pak Bomoh berada dalam
haus dan dahaga yang akhirnya akan meminum dan malahap makanan dangan penuh rakus dan kelaparan . Selain daripada terkenal dengan tarian Anding dan permainan muzik kayu Sadaman, Kaum Kedayan ini juga sangat cekap menangkap burung. Kecekapan menangkap burung ini dalam bahasa orang Kedayan disebut dalam dialek mereka sendiri ialah 'melagau' bermaksud 'memanggil'. . Seorang penangkap burung, Shunie Adi, 50 yang berasal dari kampung Sungai Bubus, kira-kira 6.5 km dari pekan Sipitang, menjelaskan untuk 'melagau' burung dia perlu membina sebuah rumah kecil yang dinamakan 'bumbun'. Bumbun ini diperbuat daripada anak-anak kayu sebanyak tujuh batang yang lurus dan ditutup dengan daun-daun. Bumbun ini boleh menempatkan satu atau dua orang di dalam dan jika dilihat dari luar, burung yang di 'lagau' (dipanggil) tidak akan sedar ada sesiapa di dalam 'bumbun' itu. Di depan, lubang kecil 'bumbun' ini dibuat satu tapak seperti padang kecil tempat burung-burung punai hinggap. Tapak mini jaraknya tujuh tapak kaki dari 'bumbun' dan tujuh tapak kaki lebar orang dewasa yang dibersihkan. Semasa memanggil burung, tapah ini ditabur makanan seperti padi atau jagung. . Satu alat khas yang dipanggil 'dukut' diperbuat daripada bambu nipis yang ukur lilit bulatannya 4 sm dan 98 sm panjang dan hujungnya disambung dengan buluh nipis berbentuk seperti alat muzik. Alat ini ditiup dari dalam bumbun yang mengeluarkan bunyi seperti burung punai tanah iaitu 'poo'. Ia ditiup tujuh kali berselang seli. Bunyi dukut itu akan menjadi tarikan burung yang ada di sekitarnya. Sebelum 'melagau' dilakukan, terlebih dahulu 'mantera' dibaca dan beberapa petua dilakukan sebanyak tujuh kali, mengambil tujuh helai daun kayu yang tumbuh dari arah depan bumbun bertujuan memanggil semangat burung itu dan tapak di mana burung itu turun juga ditanam 'benda' yang boleh menarik perhatian burung supaya datang ke tempat tersebut.Mentera juga digunakan untuk menarik perhatian burung yang hendak dipikat. . Beberapa 'gerakan' seperti memusing-musing dukut sebanyak tujuh kali akan dilakukan oleh si pemanggil di depan bumbun sebelum ‘melagau’. Begitupun jika silap melagau lain yang akan datang. 'Orang halus' yang menyerupai binatang atau perempuan yang akan dating. . Dalam pada itu, burung-burung yang mendengar bunyi dukut itu akan menjadi
jinak seperti 'dipukau'.Burung itu kemudiannya juga akan ditangkap dengan menggunakan tangan.
VII) MURUT Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan. Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan, Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal, Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung dan Murut Lundayeh/Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang dalam komunikasi bahasa mereka. Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini. Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi, pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi. Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai kakitangan
kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai nilai estetika tinggi dalam kehidupan.
Adat istiadat Terdapat adat istiadat kaum Murut yang masih kekal sehingga kini iaitu adat istiadat semasa upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan orang Murut terutamanya Murut Tahol atau Tagal adalah sangat unik kerana upacara perkahwinan yang diamalkan penuh dengan adat dan berlangsung di rumah panjang dalam masa yang lama. Adat seperti tina’uh atau Bului dan ‘barian sampai mati’ masih diamalkan hingga kini. Adat ‘tina’uh’ adalah adat yang paling tertinggi dalam adat istiadat perkahwinan kaum Murut Tahol atau Tagal. Adat tina’uh adalah adat hantaran mas kahwin atau barangan perkahwinan yang terakhir oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Adat Tina’uh ini boleh dilakukan selepas 20 atau 30 tahun selepas perkahwinan mereka. Adat ini boleh juga dilakukan semasa perkahwinan berlangsung dan mengikut kemahuan serta kemampuan pihak pengantin lelaki. Semasa membuat adat tina’uh terdapat beberapa upacara yang perlu dilakukan. Adat ‘barian sampai mati’ juga adalah adat kaum Murut yang sangat unik dan menjadi adat turun-temurun dalam perkahwinan.Hanya murut dari etnik Tahol saja pernah mengamalkan barian sampai mati, tetapi pada masa ini adat tersebut sudah tidak diamalkan oleh kerana arus pemodenan yang berlaku kepada kaum Murut. aidy murut aidy murut semboi :). cap naga di perut sebelah kiri. BOROI
Tarian tradisional
Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah Tenom. Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.[5]
Pakaian tradisional Pakaian wanita
Pinongkolo Pakaian tradisi bagi wanita yang terdiri daripada baju dan gaun yang panjang berwarna hitam, dan dihiasi dengan manik-manik. Baju yang dihiasi itu dipanggil babaru linantian dan gaun tersebut pula tapi’ linantian. Pipirot - Tali pinggang yang berbentuk syiling perak iaitu pipirot linggit dihiasi dengan pelbagai manik-manik yang terkenal seperti aki-aki, nampalur, kotos, bungkas, aki’ dan olod. Salupai - Hiasan kepala yang dihiasi dengan manik-manik. Sinikot - Tiga set pin rambut yang dihiasi dengan sinikot tataun di bahagian tengah dan dua sinikot surai di kedua-dua bahagian sanggul. Sinikot tataun mempunyai tali yang panjang dan dihiasi dengan manik-manik. Rarangkol - Rantai yang terdiri daripada beberapa jenis manik seperti bungkas, kotos, aki’ pangungupu’, bulul, olod dan sebagainya. Holong - Beberapa pasang gelang yang diperbuat daripada kulit kerang yang besar dipanggil holong sulou. Pakaian lelaki Babaru puputul - Kulit kayu. Kulit kayu tersebut didapati daripada pokok puputul (Artocarpus Kunstleri). Ia dipotong mengikut kepanjangan yang sesuai dengan fesyen jaket tanpa lengan dan cawat. Sabut daripada daun nenas juga digunakan dan dihiasi dengan motif manik-manik buatan tangan yang sederhana. Aba puputul- Cawat sekurang-kurangnya sepanjang dua meter yang dibuat daripada isi kulit kayu dari pokok puputul. Kain yang melepasi antara kedua-dua kaki dan dililit di sekeliling pinggang. Tupi'sinulatan - Perhiasan kepala yang diperbuat daripada kulit pokok kayu yang dihiasi dengan bulu-bulu sebaik-baiknya daripada tuwou (Argus Pheasant) atau sepasang sinikot. Motif Sebahagian daripada bentuk motif yang terdapat pada pakaian tradisional Murut:
Sinusu'
Bulu burung merak.
Inimburu
Corak berbentuk lintah.
Inakaang
Daun daripada pokok puputul yang disusun bersilang-silang dalam satu barisan.
Sinuli
Beberapa bilah buluh yang disusun secara bertingkat.
Kalayam manuk
Corak berbentuk kaki ayam.
Sinusulou
Corak berbentuk sulou (sulou= kerang yang besar).
Mato nu orou
Corak berbentuk matahari.
VIII) IRANUN Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasihkasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.Walaupun begitu,suku irranun ini mempnyai sifat yang amat penyabar tetapi apabila kesabaran mereka sampai ke tahap maksimum,suku irranun juga boleh menjadi pemarah.Menurut kajian,sifat pemarah ini hanya keluar jika mereka di cabar atau suku mereka di perkecilkan.Selain itu suku irranun ini adalah suku yang amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan,menurut cerita suku irranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat borneo utara yang pernah menjajah negeri sabah kerana kebanyakan kapal pedagang yang singgah di sabah akan dirompak oleh suku irranun,sehinggakan mereka kebanyakan nya di gelar 'datu' atas keberanian mereka itu dan mereka mampu menumpaskan kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam dan senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang dan ilmu yang penuh di dada.Rompakan ini bukanlah untuk rompakan semata-mata,tetapi adalah untuk merampas kembali hak mereka yang telah di rampas oleh orang-orang barat.Suku irranun ini juga amat terkenal dengan ilmu-ilmu yang amat hebat dalam mempertahankan diri dan memperthankan hak mereka.Ilmu balan-balan juga di percayai berasal dari suku kaum yang berasal dari mindanau ini. Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau,Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad Datu, Kudat, Likas dan Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan Sulu dan Mindanao, Filipina.
BAHASA Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun. Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan
beberapa perbezaan. Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4). Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi. Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah. Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma sedikit sahaja. Di Sabah, bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi antara kaum. Bahasa Iranun pula merupakan bahasa ibunda bagi masyarakat Iranun. Dalam kehidupan seharian masyarakat Iranun pada masa kini secara khususnya, kedua-dua bahasa ini mempunyai hubungan dari segi pengaruh. Perhubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa Iranun di Sabah ini memperlihatkan pengaruh yang kuat daripada bahasa yang dominan kepada bahasa yang bukan dominan, yakni bahasa sukuan. Hal ini bermakna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia sudah pasti mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bahasa-bahasa sukuan lain yang bukan dominan termasuklah bahasa Iranun. Perkataan lanun dianggap berasal dari nama suku kaum ini.
IX)SULUK Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa Tausug atau dengan nama lain lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang popular adalah pakaian tradisionalnya iaitu kuput (kupot), sablay, samrah dan batawi. Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang secara 'harfiahnya' membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau Tambisan yang mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu. Namun bahasa seharian mereka menggunakan Bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk kampung keturunan Suluk malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan ramai pemimpin yang berkaliber di Negeri Sabah antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan ulamak Arab. Kaum Suluk atau Tausūg adalah majoriti di Kepulauan Sulu dan bahasanya Bahasa Sūg adalah bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk atau Tausug berasal dari rumpun Melayu-Austronesian (Polenesian) sebagai mana masyarakat Nusantara di sekitarnya. Bahasa Sug yang mereka tutur adalah mirip bahasa Melayu lama bercampur bahasa Arab dan bahasa etnik lain di sekitar Mindanao. Mengikut sejarah, bahasa asal Suluk sebenarnya adalah dari bahasa asal Orang Tagimaha (Taguima dari Basilan). Mengikut sumber dari Salsilah Sulu yang dicatat oleh pencatat sejarah Najeeb Saleeby dalam bukunya The History Of Sulu (Manila: 1908), suku kaum Tausug ini dan bahasanya berasal dari beberapa etnik yang bergabung iaitu Buranun, Tagimaha, Baklaya, Orang Dampuan dan Orang Banjar. Suku kaum Buranun atau Bud Anun yang bererti orang bukit adalah salah satu sub etnik ORANG DAYAK
yang mendiami Kepulauan Sulu. Suku kaum Buranun telah diIslamkan oleh Sharifful Hashim dan orang-orang Bajau yang mengiringi Shariful Hashim dari Johor dan orang-orang Taguimaha ( nenek moyang orang-orang Bajau Yakan yang mengiringi Raja Baguinda dari Pulau Basilan. Mereka berhijrah ke Kepuluan Sulu sehingga terbentuk satu masyarakat yang dikenali sebagai masyarakat Tausug.
Demografi Orang Buranun dipercayai adalah yang terawal menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di Maimbung. Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari Pulau Basilan yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai Jolo (disebut Holo). Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari Sulawesi Indonesia dan penempatan mereka ialah di Patikul. Orang Baklaya adalah merupakan nenek moyang kepada bangsa Bajo atau Bajau dari Daerah Wajo di Sulawesi. Orang Banjar pula berasal dari suku kaum Dayak yang apabila telah diIslamkan dikenali sebagai Banjar merujuk kepada daerah Banjarmasin di Kalimantan, Borneo Indonesia. Tempatnya di Kalimantan ialah di Banjar Masin.Justeru itu bahasa orang-orang Banjar adalah menyamai 80% bahasa Dayak Kalimantan. Orang Dampuan pula berasal dari Champa iaitu salah satu tempat bersejarah di IndoChina yang sekarang dikenali sebagai Vietnam dan kaum-kaum inilah seperti yang disebut di atas yang telah mewarnai wajah, bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.[1] Suku kaum Tausug juga mempunyai beberapa dialek atau slanga mengikut kawasan atau daerah di antaranya ialah slanga Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan lain-lain. Unsur-unsur bahasa Jawa juga yang ada terdapat dalam Bahasa Sug ini tidaklah menghairankan kerana rumpun Melayu di rantau Nusantara ini antara satu sama lain ada similaritinya. Ini disebabkan kekuasaan kerajaan Srivijaya dan Majapahit di tanah Jawa pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah Kepulauan Sulu sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah Kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung begitu lama yang mana ia telah menyumbang kepada Bahasa Sug terus bertahan hingga hari ini.
Asal-usul istilah Tausūg Tausug berasal dari dua suku kata "Tau" (disebut Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sūg" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Kita mengetahui Kepulauan Sulu terdiri dari ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya adalah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara Barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan lain-lain kawasan di Nusantara. Maka jelaslah asal gelaran "Orang Arus" itu sesuai dengan kehidupan harian masyarakat Tausug yang menjadikan lautan sebagai sumber kehidupan mereka. Kata "Sulog" atau Sulug pula berasal dari bahasa Bajau yang bererti arus.Justeru itu sebutan Sulog/Suluk sebenarnya dari kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang Sulog ataupun orang arus.Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja MinangkabauJohor seperi Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu ), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanao) dan Sharif Ali (Brunei)atau dikenali sebagai SHARIFF PITUH atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orangorang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau Arus. Satu lagi tafsiran dari perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Spanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermatian memerangi kaum ini dengan mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) adalah gelaran Spanyol kepada Tausug. Salah satu dari bukti keberanian orang Suluk ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar. "Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwiraperwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga" Suluk
Masyarakat Melayu Borneo Utara (Sabah) dan Kalimantan termasuk juga Brunei menggelar kaum Tausug sebagai orang Suluk. Penulis berkeyakinan bahawa panggilan “Orang Suluk” terhadap kaum Tausug ini oleh masyarakat Melayu itu berdasarkan dua sebab. Pertama: Perkataan 'Suluk' terhasil dari dua perkataan Sulu dan Sug. Oleh kerana masyarakat Melayu sendiri sukar menyebut “Sug” itu dengan sebutan yang betul maka lidah pelat orang Melayu tentu menyebut “Sug” itu dengan sebutan “Suk”, maka hasilnya kita akan lihat kemudian tergabungnya perkataan Sulu + Suk, yang membawa pengertian orang Sug di Sulu atau Suluk. Orang Melayu Brunei adalah yang terkenal menggelar Orang Tausug ini sebagai Suluk seperti yang terdapat dalam buku Tarsilah Brunei. Kesukaran orang Melayu menyebut perkataan ‘Tausug’ itu diganti dengan sebutan yang sesuai pada lidah mereka iaitu Suluk. Kedua: Perkataan 'Suluk' itu juga adalah berasal dari bahasa Orang Bajau iaitu dari kata Sulog (disebut Sul-og)yang bererti ARUS.Orang-orang pelaut dari Johor (Bajau/Orang Laut/Orang Bajo/Orang Selat),orang Dampuan ( dari Champa ), orang Bakhlayas ( orang Wajo/Bajo dari Sulawesi ), orang Taguimaha ( Orang Dayak ( Bajau Yakan ) dari Basilan ), orang Banjar ( orang Dayak dari Kalimantan )dan Orang Buranun/Bud Anun ( orang-orang suku Dayak Bukit di Kepulauan Sulu dan Borneo ) yang kebanyakannya adalah pelaut/pelayar yang belayar jauh menongkah arus yang semuanya berasal dari Sul-Log (ARUS).Suku bangsa gabungan ini akhirnya dikenali sebagai SULOG atau orang arus dan dikenali juga dengan sebutan TAU-SUG ( dari perkatan bahasa Suluk yang ertinya ORANG ARUS).Perkataan SULOG akhirnya perlahan-lahan berubah kepada sebutan SULUK akibat perbezaan sebutan loghat suku bangsa gabungan ini. Istilah SULOG juga akhirnya bertukar ke istilah SULUK apabila perkataan Sulog itu diMelayukan akibat Kegemilangan Bahasa Melayu yang menjadi Lingua-Franca Serantau di Nusantara terutamanya di Zaman Keagungan Kesultanan Brunei yang menggunakan bahasa Melayu Brunei. Justeru itulah semua suku bangsa yang menuturkan Bahasa Melayu di Nusantara menyebut istilah dan perkataan SULUK/SULOK untuk merujuk orang Suluk atau orang arus atau orang dari Kepulauan Sulu.Perkataan SUG pula disebut SUK oleh orang-orang Bajau. Orangorang Suluk dikenali sebagai Bangsa SUK. Kata SUK berasal dari kata SUD dalam istilah orang-orang Bajau dan Suluk yang bererti MASUK. SUK pula berasal dari perkatan MASUK dari bahasa Melayu. Oleh itu kata SUK itu digunakan untuk merujuk suku bangsa-suku bangsa 'ORANG ARUS yang MASUK BERGABUNG MENJADI SATU di Kepulauan ARUS atau Kepulauan SULOG/SULOK/SULUK. Ketiga: Perkataan 'Suluk' berasal dari istilah ilmu Tasawwuf. Tasawwuf adalah sebahagian dari ilmu Islam yang sangat mendapat perhatian terutamanya di sekitar Nusantara. Di dalam Islam ia juga dikenali sebagai ilmu Ihsan. Bersuluk
bermaksud orang yang menyibukkan dirinya dengan zikrullah (mengingat dengan menyebut nama Allah swt sebanyak-banyaknya) di satu tempat tertentu. Manakala dari kata jamaknya ‘Salik’ iaitu seseorang yang menempuh jalan bersuluk mendekatkan diri kepada Allah swt mengikut kaedah Tasawwuf, ih atau memurnikan rohaninya dengan menjadikan Allah swt sahaja sebagai tujuan hidup dan matinya Seorang Salik yang telah mengenal Rabbnya maka tiada yang wujud dalam pandangannya melainkan kewujudan Allah SWT al-khalik pendek kata hatinya dipenuhi oleh kebesaran Allah SWT. Sebab itu orang Suluk ini ketika sampai di kemuncak kerohaniannya akan terjun ke medan perang setelah panggilan jihad kedengaran kerana tujuannya hanyalah Allah swt semata. Ilmu Suluk ini semestinya dipimpin oleh para Syeikh yang arif billah. Para Syeikh atau guru inilah yang mencetak para mujahid kearah jihad fisabilillah yang digeruni pihak musuh. Prof. Cesar Adib Majul berkata: “..tetapi kepada mereka atau para pendeta (Guru Agama - pent) yang mempersiapkan mereka untuk menjalankan tugas tersebut, mempertahankan dar ul-Islam adalah suatu tanggungjawab yang agung. Bagaimanapun, kepada orangorang Islam Sulu patriotisme dan Islam sangatlah erat hubungannya”.[5] Maka dapatlah disimpulkan perkataan Suluk itu secara harfiahnya bermaksud orang Islam Sulu yang berpegang kuat dengan ajaran Islam dan sanggup berkorban nyawa demi agama, maruah bangsa dan tanah air tercinta.
Kebudayaan Pakaian tradisi orang Tausug adalah dengan parang Sulu (Barong) di pinggang dan kain ridah disangkut di bahu.Orang Suluk atau Tausug merupakan pelayar cekap dan dikenali dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga pahlawan handal dan mahir bertukang. Selain itu, mereka juga terkenal dengan tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah). Selain itu, tarian yang jarang-jarang dipertontonkan ialah tarian "mengiluk" yang ditarikan oleh orang Suluk di Sabah khususnya di Sandakan.
X) IBAN Iban Merotai atau Iban Sabah ialah satu daripada etnik kaum Iban yang terdapat di Borneo. Dari segi budaya, bahasa dan agama, Iban Merotai adalah sama dengan kaum Iban di tempat lain seperti di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat ataupun di Johor. Iban Merotai majoritinya menetap di daerah kecil Merotai, dalam daerah Tawau, bahagian Tawau, Sabah.
Sejarah Penghijrahan Kaum Iban Ke Brunei, Limbang Dan Sabah Sejarah penghijrahan kaum Iban dari Sarawak ke utara Borneo bermula pada awal tahun 1900 atas faktor ekonomi dan pekerjaan serta sifat semulajadi kaum Iban yang suka merantau. Maksud perkataan Iban itu sendiri dalam Bahasa Iban ialah Orang atau Manusia atau kata ganti nama yang merujuk kepada Orang yang tidak dikenali atau perantau yang tidak dikenali atau dalam bahasa Iban ialah Temuai. Pada permulaanya, faktor ekonomi telah menarik kaum Iban dari Bahagian Miri, Bintulu, Sibu, Mukah, Kapit, Sarikei, Betong dan Sri Aman berhijrah hingga ke utara Borneo iaitu Brunei dan seterusnya ke Sabah. Permulaanya, kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak telah berhijrah dari tempat asal mereka ke utara Sarawak, kerana adanya faktor tarikan ekonomi dan peluang pekerjaan yang besar terutamanya apabila Negara Brunei membuka peluang pekerjaan kepada orang bukan warganegara Brunei di sektor carigali minyak dan sektor pembinaan di Brunei, kaum Iban yang merantau dengan cepat mengambil peluang tersebut. Kaum Iban telah berhijrah melalui Miri ke Brunei dan Limbang. Separuh daripada penghijrah kaum Iban terus menetap di Brunei manakala separuh lagi meneruskan penghijrahan ke utara Borneo iaitu Limbang dan Sabah. Penghijrahan besar kaum Iban dari Miri, tengah dan selatan Sarawak ke Brunei dan Limbang telah mengubah urbanisasi di utara Sarawak sehingga menjadikan kaum Iban menjadi kaum majoriti yang menguasai pelbagai sektor di Bahagian Miri dan Limbang. Hasil dari penghijrahan kaum Iban ke Brunei dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kaum Iban Brunei membentuk 10% atau 40,000 daripada 400,000 penduduk Brunei (bancian 2007). Sekarang, kaum Iban menjadi kaum ketiga terbesar di Negara Brunei dan Bahagian Limbang selepas kaum Melayu BruneiKedayan dan Kadazan Dusun-Bisaya. Manakala di Sabah, kaum Iban dapat dilihat dengan jelas terutamanya di Daerah Merotai, Bahagian Tawau. Penghijrahan kaum Iban ke Sabah dapat dibahagikan
kepada 2 peringkat, iaitu peringkat pertama dimana kaum Iban berhijrah 100 tahun dahulu sebelum kemerdekaan dan membuka penempatan tetap di Tawau, manakala peringkat kedua pula kaum Iban berhijrah selepas kemerdekaan hingga sekarang. Identiti, bahasa dan budaya kumpulan penghijrah pertama kaum Iban ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita berkunjung ke Tawau, kerana mereka mempunyai daerah majoriti, kawasan penguasaan tanah dan kampung halaman dalam kelompok tersendiri. Manakala kumpulan penghijrah kedua kaum Iban ini pula agak sukar dikenali kerana mereka telah bercampur dengan penduduk tempatan Sabah dan hidup menetap di tengah-tengah penduduk tempatan Sabah dan tiada identiti tersendiri untuk mengenali asal usul mereka.
Sejarah Penghijrahan Pertama Kaum Iban Membuka Penempatan Di Merotai, Tawau Menurut sejarah, dikatakan etnik Iban yang pertama melakukan penghijrahan ke Tawau adalah dipimpin oleh Andawi berserta 7 lagi anak Iban. Dinyatakan juga bahawa mereka ini adalah anak Iban Sarawak yang berkhidmat sebagai Polis Sarawak Constabulary telah dihantar bertugas di North Borneo bagi membantu meredakan pemberontakan Mat Salleh antara tahun 1896-1900. Selesai sahaja melakukan tugas masing-masing mereka telah mengambil keputusan untuk terus bermastautin di North Borneo pada ketika itu. Atas jasa mereka, maka pihak kerajaan telah memberikan mereka pencen berserta 5 ekar tanah setiap seorang di kawasan Merotai. Akhirnya mereka berkahwin dengan perempuan kaum tempatan di Tawau seperti Dusun dan sebagainya. Dan disinilah bermulanya kelompok etnik Iban Merotai yang sebenarnya telahpun diperkembangkan dengan perkahwinan campur yang diamalkan berabad lamanya. Dan ini berlaku di ketika kedua-dua wilayah iaitu Kingdom of Sarawak dan North Borneo dibawah pemerintahan Rajah Brooke dan Syarikat British pada masa itu. Selain itu adat bejalai ini juga terjadi di kala North Borneo pada waktu itu telah membuka perladangan secara besar-besaran sehingga menarik perhatian lelaki kaum Iban Sarawak untuk berhijrah dan bekerja di North Borneo. Disini ada dinyatakan bahawa etnik Iban terawal yang menjadikan Merotai sebagai tempat tinggal tetap mereka adalah Bunsu Anak Abak, seorang anak Iban kelahiran Sungai Assan, Sibu. Dikatakan bahawa Bunsu Anak Abak bersama-sama dengan 26 lagi kaum lelaki Iban telah berhijrah ke Sandakan sebagai pembalak pada tahun 1930an. Dari Sandakan, Bunsu Anak Abak telah berpindah ke Malinau, Kalimantan Utara dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat Lun Dayeh dari Dataran Tanah Tinggi Kelabit (bahagian sebelah Kalimantan Utara). Di Malinau, mereka bersama-sama membuka ladang untuk bercucuk tanam dan juga mencari hasil hutan untuk dijual. Di Malinau inilah dikatakan, Bunsu Anak Abak berkahwin dengan seorang wanita dari etnik Murut dari Tenom yang bernama
Lunai Mukat yang mana keluarganya telah melarikan diri ke Malinau ketika pemberontakan Mat Salleh. Selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua, Bunsu dan seluruh keluarganya termasuk keluarga mertuanya telah berhijrah kembali ke Sabah. Keluarga Bunsu sendiri menetap di Tawau manakala keluarga mertuanya kembali ke kampung halaman mereka di Tenom. Ketika itulah Bunsu bersamasama dengan Merusin (anak Iban dari Katibas), Bagung (anak Iban dari Batang Rejang), Ajun (Anak Iban dari Batang Ai) dan Nanang telah memulakan penempatan Iban di Rian Suar berdekatan dengan Sungai Merotai Besar tidak jauh dari jalan Tawau-Kalabakan sekarang. Di sini mereka telah memulakan penanaman padi dan juga mencari hasil-hasil hutan untuk sumber pendapatan tambahan. Apabila daerah Merotai dibuka untuk penanaman kelapa sawit, Bunsu dan anak-anak Iban yang lain telah diberikan dengan 15 ekar tanah ladang oleh kerajaan untuk diusahakan secara berkelompok. Bunsu Anak Abak adalah merupakan anak Iban Merotai yang mendapat pengiktirafan sebagai Ketua Kampung Merotai yang pertama oleh Kerajaan Koloni British Borneo pada masa itu. Selepas itu ada lagi nama-nama besar anak Iban yang turut melakukan adat bejalai ke Merotai iaitu Tujit Anak Timu. Tujit merupakan anak Iban dari Lemunyan, Pakan, Sarawak. Beliau memulakan adat bejalai ke North Borneo pada tahun 1948 diketika usianya 17 tahun. Tujit bersama-sama dengan Utam (anak Iban dari Poi, Kanowit) telah bersama-sama membuka kawasan penanaman padi dan seterusnya mereka juga turut sama menyertai skim penanaman ladang kelapa sawit di Merotai. Beliau juga telah mengahwini wanita tempatan di Tawau iaitu dari Kaum Murut, namun perkahwinannya gagal. Kemudian beliau berkahwin sekali lagi dengan anak Iban Merotai, sehingga melahirkan legasi Iban Merotai sekarang. Tujit sehingga ke akhir hayatnya tidak pernah pulang ke komunitinya di Pakan, Sarawak. Selepas itu memang ramai lagi anak Iban dari Sarawak yang telah berhijrah ke Merotai dan tidak pernah pulang ke negeri asal mereka seperti Lulut Anak Junggai, anak Iban dari Nanga Entuat, Katibas dan lain-lain lagi. Ini adalah hanya sebahagian dari sejarah penghijrahan lelaki kaum Iban yang tidak pernah terhenti selagi kaki mereka dapat melangkah.
Sejarah Penghijrahan Kedua Kaum Iban Ke Pedalaman, Sandakan Dan Tawau Apabila kerajaan Sabah mempergiatkan pembalakan di pendalaman Sabah dan membuka ladang kelapa sawit berskala besar awal tahun 1970, kaum Iban terutamanya pemuda lelaki kaum Iban yang menetap di Limbang dan Brunei cepat mengambil peluang tersebut dengan berhijrah melalui bahagian Pedalaman Sabah
melalui jalan pembalakan dan jalan air ke Sipitang dan kemudian ke Tenom dan kemudian ke Keningau dan kemudian ke Nabawan sebelum sampai ke Hulu Sungai Kinabatangan. Pada awalnya, penghijrah kaum Iban bekerja di kem-kem pembalakan di sekitar pendalaman Kinabatangan. Setelah pembalakan di Kinabatangan semakin berkurangan, mereka telah berhijrah Hilir Sungai Kinabatangan sebelum sampai ke Sandakan dan menetap sementara di Sandakan. Pada awal tahun 1970 itu juga kerajaan Sabah telah membuka perladangan kelapa sawit berskala besar di Lahad Datu, penghijrah kaum Iban yang berkelana di sekitar Sandakan cepat mengambil peluang tersebut. Mereka kemudian berhijrah ke bahagian Tawau terutama di daerah Lahad Datu. Memandangkan kaum Iban yang berhijrah ke Sabah tersebut majoritinya masih bujang seawal umur 20an ke 30an, semasa bekerja di ladang-ladang kelapa sawit di Lahad Datu, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan dan yang terdapat di Lahad Datu. Kaum Iban yang telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Idahan tersebut, telah berhijrah dari Lahad Datu ke daerah Tawau untuk mencari penghidupan baru. Semasa di Tawau pula, lelaki kaum Iban telah berkahwin dengan perempuan-perempuan tempatan kaum Dusun Dumpas dan Murut. Hasil perkahwinan campur lelaki kaum Iban dengan perempuan-perempuan penduduk tempatan di Tawau dapat dilihat dengan jelas hari ini apabila kebanyakan kaum-kaum penduduk tempatan di Tawau mempunyai pertalian persaudaraan dengan kaum Iban Merotai. Kaum Iban yang terkenal dengan cara kehidupan berdekatan dengan alam semulajadi, telah pergi ke Merotai. Pada masa tersebut, kawasan Merotai masih lagi belum diterokai, dan kaum Iban telah menerokai kawasan Merotai tersebut. Sesuai dengan citarasa semulajadi kaum Iban, pada masa itu, kawasan tersebut masih lagi banyak ikan-ikan di sungai dan haiwan-haiwan di hutan yang boleh diburu dan dijadikan santapan lauk, dan tanah juga yang masih lagi terbentang luas tempat bercucuk tanam sayur dan padi. Hal ini telah menarik perhatian penghijrah kaum Iban terus menetap di Merotai hingga ke sekarang. [1] [2]
Iban Merotai Sekarang Dianggarkan sekarang, jumlah penduduk kaum Iban di daerah Merotai sahaja lebih kurang 4,000 (bancian 2010). Sekarang ini juga kaum Iban Merotai mula tersebar luas di daerah Kalabakan, Balung dan Kunak. Kebanyakan kaum Iban Merotai menguasai sektor perladangan kelapa sawit dan koko di Tawau. Sekarang, kebanyakan dari mereka mempunyai darah perkahwinan campuran dengan Dusun Idahan, Dusun Dumpas, Cina, Murut dan Tidong, ini kerana asalusul kaum Iban Merotai sendiri adalah hasil campuran lelaki kaum Iban dengan
perempuan kaum tempatan di timur Sabah, namun mereka masih lagi kuat berpegang kepada adat resam Iban seperti di Sarawak serta masih lagi mengamalkan kebudayaan tradisional Iban [3]. Walaupun mempunyai darah campuran perkahwinan, kaum Iban Merotai masih lagi menggunakan bahasa Iban yang asli dalam pertuturan seharian. Dari segi kepercayaan juga, 90% daripada kaum Iban Merotai beragama Kristian dan 10% lagi beragama Islam. Walaupun kaum Iban Merotai tidak diklasifikasikan secara khas di Sabah dan masih lagi diklasifikasikan sebagai kaum Iban namun telah mendapat pengiktirafan sebagai penduduk Bumiputera Sabah. Kadang-kadang pengklasikasian kaum Iban Merotai kedalam kaum Iban, telah menyebabkan kekeliruan pelbagai pihak yang mengkatogorikan mereka sebagai Bumiputera Sarawak sedangkan mereka sebenarnya Bumiputera Sabah yang berasal dari Sabah. Dari segi hak-hak pribumi Sabah juga, sering timbul kekeliruan apabila mereka dikategorikan sebagai kaum Iban yang lebih sinonim di Sarawak, sedangkan mereka berstatus Bumiputera Sabah. Adalah perlu mengklasifikasikan kaum Iban Merotai yang sinonim dengan Bumiputera Sabah, agar dapat dibezakan dengan kaum induknya iaitu kaum Iban yang sinonim dengan Bumiputera Sarawak. [4]
Kampung-Kampung Iban Merotai
Kampung Iban Merotai Besar, Merotai, Tawau Kampung Iban Merotai Kecil, Merotai, Tawau Kampung Pekan Merotai, Merotai, Tawau Kampung Iban Landau Hulu, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke Kampung Iban Merotai Besar) Kampung Iban Landau Hilir, Hulu Merotai, Tawau (telah berpindah ke Kampung Iban Merotai Besar) Kampung Iban Kuala Nansang, Apas Balung, Tawau Kampung Iban Muslim Kampung Selamat, Kunak, Tawau
Iban Sabah Iban Sabah juga dikenali sebagai Iban Merotai. Merotai diambil nama daripada penempatan awal kaum Iban yang berhijrah ke Sabah awal tahun 1900. Sekarang, Kaum Iban Sabah kebanyakannya menetap di daerah Tawau, Labuan, Sipitang, Keningau, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan, Ranau, Kota Belud dan Kota Kinabalu.
XI) BISAYA Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak. Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Lun Bawang/Lun Dayeh , Dusun, dan Murut Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor politik yang tidak menentu. Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.
Sejarah bangsa Bisaya Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting). Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik menjadi Raja Brunei yang pertama, dan
kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.
Catatan Sejarah dari China Menurut catatan Pemerintah misi dari China, Chang Ching Tze telah diutus ke Barunai (P’o-ni) pada 1370 (Tahun Ke-3, Bulan 9 menurut kalendar Hung-wa). Beliau telah mendapati Ibu Kota Barunai dalam keadaan terbakar seolah-olah telah berlaku peperangan yang besar. Maharaja pada masa itu Sultan Mohammad Shah (Ma-ho-mo-sha [Maha Mokhsa]) dikelilingi oleh pengikutnya seramai lebih kurang 1000 orang. Baginda berkirim salam kepada maharaja China pada masa itu sebagai seorang Muslim.
Catatan Sejarah Tempatan Peti Berambai iaitu yang sulung menjadi ‘Raja Pulau Jawa’. Si Garampa pula menetap di kawasan Limbang dan menjadi nenek moyang kepada masyarakat Bisaya. Peti Geramba menetap di kawasan Tutong (Brunei), Peti Runa pula di kawasan Sungai Kinabatangan (Sabah) dan Semaun di Sungai Birau ( Selatan Tutong). Siti Duyah pula berkahwin dengan seorang berketurunan cina yang bernama Ong Sum Ping (Awang Sunting) dan menetap di kawasan Gunung Kinabalu, Sabah.[1]
Asal usul perkataan Bisaya Menurut kepercayaan tempatan, perkataan Bisaya berasal daripada sebutan “Bisai Iya” yang bermakna seseorang lelaki atau wanita nampak tampan dan gagah serta cantik molek. Dan setengah pendapat mengatakan ia berasal daripada perkataan "Ma Bisa" iaitu bermaksud bisa yang dikaitankan dengan ilmu sihir atau perubatan yang biasanya diamalkan oleh suku kaum ini pada ketika itu.Sebutan kemudian bertukar kepada Bisaya sehingga pada hari ini.Sama ada perkataan Bisaya itu berasal dari perkataan "Bisai Iya","Ma Bisa" dan "Bisa Iya" tiada kesahihan secara bertulis. Sementara itu, Beyer H.O pada tahun 1926, Hester E.D pada tahun 1954 dan Harrison pada tahun 1956 menyatakan bahawa perkataan Bisaya kemungkinan berasal dari Empayar Srivijaya (Sonza, 1972). Pada tahun 1960, John Carol menyatakan bahawa perkataan Bisaya berasal dari Pahlawan Bangsa yang bernama Śrīvijaya. Derek Headly (1950) menyatakan legenda Bisaya Borneo apabila Sultan Brunei semasa kunjungannya untuk meninjau kawasan penduduk Bisaya dan baginda memberitahu “Bisai-Yah!” yang bermaksud betapa cantiknya.
Semua kenyataan diatas adalah teori dan andaian dan mungkin kita tidak pernah tahu mengenai asal perkataan Bisaya yang sebenarnya.
Fakta Bisaya Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Bangsa Bisaya pada zaman dahulu merupakan suatu bangsa yang digeruni, disegani, disayangi, disenangi, ditakuti, dan dihormati oleh suku kaum asli yang lain di negeri ini. Kemahiran suku kaum Bisaya di atas muka bumi Borneo Sabah ini dalam bidang pertanian seperti menanam padi, menanam halia, menanam pokok rumbia, menanam kunyit, menanam ubi, menanam pisang, menanam keladi, menanam lada, menanam kelapa, menanam pokok buah-buahan dan sebagainya. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Mereka juga menternak ayam, itik, angsa, kambing, kerbau, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Kemahiran di sungai suku kaum Bisaya ialah mereka mahir menangkap ikan dengan menggunakan selambau dan di laut pula dengan menggunakan pukat dan bagang. Pada suatu ketika pelayar Bisaya bernama Awang Semaun bersama rombongannya telah mengelilingi kepulauan Borneo ini bermula dari Sungai Klias dan mereka memasangkan kain putih peraca di hadapan sampan mereka sewaktu dalam pelayaran. Apabila rombongan Awang Semaun kembali di Sungai Klias, mereka medapati peraca berkenaan telah koyak-rabak. Mereka menggelar pulau ini sebagai Pulau Peraca dalam bahasa Bisaya dan dalam bahasa Melayu bermakna Pulau Saputangan. Kerajaan yang paling tua wujud ialah kerajaan Bisaya dan setelah kewujudan kerajaan Barunah, maka pemerintahan kerajaan Bisaya berpindah ke Barunah dan kemudian berubah menjadi Barunai semasa pemerintahan Sultan Ahmad Shah. Sultan Awang Koyoh Sejarah menceritakan apabila Sultan Mohammad Shah berpindah ke negara Barunah, maka Sultan Awang Koyoh dilantik sebagai pemerintah kerajaan Barunah atau Borneo yang berpusat di Kota Klias pada tahun 1370. Sepanjang pemerintahan baginda, Borneo berkeadaan aman dan makmur serta subur. Kelebihan Sultan Awang Koyoh ialah dengan izin Allah Subhanahu wa ta'ala tanah-tanih yang di usahakan baginda akan menjadi tinggi dan subur. Hasil tanaman utamanya ialah halia seperti apa yang telah diusahakan oleh ayahanda baginda dahulu Sultan Mohammad Shah. Selain itu pohon rumbia juga turut
ditanam bagi membekalkan makanan kepada rakyat baginda disamping pengeluaran padi yang berterusan atau meranau. Baginda Sultan Awang Koyoh tidak memiliki ramai anak dan setiap anak baginda dilatih dengan ilmu perang dan mahir menggunakan pelbagai jenis senjata. Anakanak baginda yang amat terkenal ialah Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim dan Panglima Awang Alapu atau Lapu-Lapu. Kisah penculikan Sultan Awang Koyoh melalui tipu muslihat Sultan Sulu telah mengakibatkan isteri baginda dibawa lari ke Sulu manakala baginda sempat menyelamatkan diri dengan terjun ke dalam laut tetapi telah mendapat kecederaan. Kemarahan anak-anak baginda amat meluap-luap, dengan izin kekandanya Sultan Panglima OKK Setia Pahlawan Awang Kassim, maka Panglima Awang Alapu mengepalai rombongan perang menuju ke Sulu bagi menjatuhkan kerajaan Sulu. Setelah sampai ke perairan Sulu, tanpa berlengah Panglima Awang Alapu memerintahkan bala tenteranya menyerang kerajaan Sulu tanpa belas-kasihan dan menghancurkannya sehancur-hancurnya kerana selama ini serangan bersifat lanun oleh pihak Sulu telah ditepis dengan hanya menghalau lanun-lanun tersebut. Kesabaran Panglima Awang Alapu tidak terbendung lagi kerana ini melibatkan maruah kaum Bisaya kerana cubaan Sulu menculik ayahandanya dan beliau berazam untuk menghancurkan angkatan lanun yang berpusat di Sulu. Maka sebuah pulau telah dijadikan pangkalan tentera beliau dan sehingga kini pulau tersebut dikenali sebagai pulau Bisaya sempena pahlawan-pahlawan Bisaya yang sanggup mati disana bagi menghalang kemasukan lanun ke perairan Borneo. Setelah penjajah barat menguasai Sulu maka perkataan Bisaya bertukar menjadi Visaya. Kejadian tersebut dirakamkan sekitar 1500 masihi dan sehingga kini, kenangan pahlawan Bisaya yang diketuai Panglima Awang Alapu kekal dalam ingatan sanubari keturunan Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar. Berita terakhir yang diterima ialah apabila kejayaan Panglima Awang Alapu menumpaskan angkatan tentera Sepanyol yang diketuai oleh Ferdinand Magellan pada 1521 masihi. Ketua Kaum Bisaya Lebih kurang pada abad ke-13, kaum Bisaya mempunyai ketua yang digelar sebagai Sultan Awang Alak Betatar bin Bonian Mas Kayangan. Baginda dikatakan telah memeluk agama Islam dan menukarkan namanya dengan gelaran sebagai Sultan Mohammad Shah pada tahun 1363 Masihi. Pada tahun 1370 Masihi, baginda Sultan Mohammad Shah telah melantik anak lelaki baginda yang bernama Sultan Awang Koyoh bin Sultan Awang Alak Betatar menjadi pemerintah negeri Borneo ketika itu manakala baginda Sultan Mohammad
Shah telah berhijrah ke negeri Brunei dan menjadi pemerintah selaku Sultan Brunei beragama Islam yang pertama memerintah negeri Brunei pada tahun 1370 Masihi. Pemerintahan Sultan Awang Koyoh berpusat di Sungai Klias yang digelar sebagai Kota Klias pada ketika itu dan nama tersebut kekal sehingga ke hari ini. Setelah baginda mangkat iaitu lebih kurang pada tahun 1621 Masihi, pemerintahan baginda telah diwarisi oleh anak baginda yang bergelar Sultan Panglima Orang Kaya Kaya Setia Pahlawan Awang Kassim pada ketika itu dan mangkat lebih kurang pada tahun 1855 Masihi. Tempat baginda telah diwarisi oleh anak lelaki baginda yang bernama Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil. Baginda mangkat pada tahun 1961 Masihi. Peninggalan Senjata Lama Sejarah perjalanan Awang Alak Betatar sebenarnya telah menempuh pelbagai onak dan duri yang bertali arus. Secebis kisah yang tidak diuar-uarkan ialah perjalanan pertama baginda ke gunung Kinabalu yang mana telah membawa penemuan besi tahi bintang atau Karusani. Setelah berjaya menumbangkan tembadau bertanduk emas yang selama ini merosakkan tanaman halianya, tanpa disedari pemburuan tersebut membawa baginda ke gunung Kinabalu. Besi tahi bintang yang diperolehi baginda telah ditempa menjadi dua bilah pedang yang panjang dan berwarna hitam. Menurut maklumat yang diperolehi, semasa Awang Alak Betatar menguasai kerajaan Barunah, bersama-sama baginda tersisip sebilah pedang dipinggang baginda sebagai senjata dalam perjuangan menegakkan kalimah Allah Azza wa jalla. Sebilah pedang lagi baginda titipkan kepada anakanda baginda Sultan Awang Koyoh. Oleh itu, senjata yang menjadi tanda keturunan baginda telah hilang dan menjadi misteri sehingga kini. Menurut cerita, seorang nelayan berbangsa Bisaya dari Labuan telah menemui sebilah keris dalam perut seekor ikan dan beliau pernah diberitahu sebelum kemangkatan Sultan Awang Kuyoh, baginda memegang sebilah keris kebesaran kerajaannya. Keris tersebut juga mempunyai pertalian dengan kesultanan Borneo suatu ketika dahulu. Salah satu senjata yang sehingga kini masih menjadi misteri ialah keris emas yang merupakan senjata sulit Sultan Awang Koyoh bin Sultan Muhammad Shah. Selain itu, andiban emas juga merupakan senjata penting bagi mempertahankan diri daripada musuh. Ini merupakan fakta yang menjelaskan tentang tradisi bangsa Bisaya yang memiliki andiban sebagai senjata warisan keluarga.
Adat dan kebudayaan
Kaum asli Bisaya mempunyai adat yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun-temurun. Contohnya, orang muda kaum asli Bisaya mesti menghormati orang dewasa kaum asli Bisaya. Anak gadis kaum Asli Bisaya mesti pandai menjaga kesopanan dan kesusilaan. Kebudayaan Kaum Asli Bisaya adalah seperti:
Tarian Liliput Bisaya Tarian Jipin (Zapin) Bisaya Tarian Sayau bagarus (Tarian menggarus batang rumbia) Tarian Mengalawat (Tarian memijak hempas batang rumbia) Tarian Minsayau (untuk meraikan kejayaan mengalahkan lanun) Alat tradisional kulintangan Bisaya yang mempunyai 27 lagu dan 3 lagu berkaitan acara berasik Pencak silat Bisaya dengan muzik bamboo Tarik tali Bermain gasing Bermain layang-layang Ugang Bamboo Badaup terutama semasa menuai padi Mibulang iaitu penggunaan binatang Kerbau Tarian Bubu Mangalai dengan menggunakan jampi serapah
‘Ya Bamban Ya Lukah, Ya Bamban Eh Basari, Main Kita Si Ipar Muda, SiLukah Pandai Menari’
Berambit/Bahambit menimbang anak kecil yang lahir pada bulan Safar Lastik/Melastik Panah/Memanah Andiban/Alat membujak binatang liar Perubatan tradisional Bisaya Pakaian Tradisional Bisaya Kuih-muih tradisional Bisaya seperti kalopis, kuih cincin, kuih tapai, kuih sapit, dll.
Kemahiran Kraftangan
Seperti juga dengan kaum-kaum lain di sabah, kaum bisaya mempunyai kraftangan mereka sendiri. Kraftangan mereka adalah berkaitan dengan kegunaan harian seperti menanam padi, mengangkat bahan-bahan harian, membuat sagu dan menangkap ikan. Antara yang terdapat di sini ialah kalambigas, lasok dan salihid.
Tuntutan Sultan Sulu ke atas Sabah Pada tahun 1930, mengikut penjelasan daripada Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil, kesultanan Sulu telah membuat tuntutan ke atas Borneo (Sabah) akan tetapi, telah ditolak oleh pihak Mahkamah Tinggi Jesselton pada ketika itu. Tuntutan kedua pada tahun 1942, manakala tuntutan ketiga pada tahun 1962 dan kesemuanya telah ditolak oleh pihak mahkamah. Perkara ini jelas pada waktu itu walaupun Borneo (Sabah) adalah di bawah jajahan British akan tetapi, pihak British memang telah mengakui bahawa kesultanan Borneo (Sabah) memang wujud. Makanya, tuntutan Sultan Sulu ke atas Borneo (Sabah) telah ditolak disebabkan Sultan Tunku Laxamana Awang Ishak Ismail Jalil Bin Sultan OKK Setia Pahlawan Awang Kassim Bin Sultan Awang Koyoh Bin Sultan Awang Alak Betatar telah membuat penjelasan dengan panjang lebarnya kepada pihak pegawaipegawai British pada waktu itu serta telah dapat meyakinkan pihak berkenaan.
XII) TIDONG Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk. Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat di Indonesia. Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang agak dikenali ialah Tidung Tarakan, Tidung Nunukan, Tidung Sembakung , Tidung Sesayap dan Tidung Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung ini menduduki kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau ( Apas , Merotai dan Kalabakan ) dan seterusnya di Tarakan , Sesayap , Sembakung dan Malinau di Indonesia. Asalnya Tanah Tidung yang dimaksudkan adalah mencakupi kawasan dari daerah Beluran di Sandakan seterusnya di kawasan Batu Tinagat di sebelah timur Tawau ( bersama masyarakat Suluk ) hingga ke Apas dan ke sebelah barat Tawau di Merotai dan Kalabakan dan bersambung hingga ke Kalimantan timur termasuklah Nunukan, Tarakan, Tanjung Selor ( bersama masyarakat Bulungan ), Sesayap, Sembakung sehinggalah sejauh ke daerah pedalaman di Melinau. Namun setelah zaman penjajahan, Tanah Tidung ini terpisah oleh pembahagian kawasan dan pentadbiran yang dilakukan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya merdeka menjadi dua buah negara yang berasingan iaitu Malaysia dan Indonesia. ( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di Kalabakan, Merotai, Sebatik, Apas dan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi dan kedudukan ini diwartakan dalam Perlembagaan Negeri Sabah serta dilengkapkan dengan bukti kesahihan di Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah di Muzium Negeri Sabah . Mereka adalah penduduk asal di Sabah yang mendiami persisiran pantai timur dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur ( Borneo ) bersama masyarakat Sungai, Idahan, Bajau dan Suluk ) ( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah sempadan Indonesia yang juga berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun masyarakat Tidung di Indonesia ( Tanjung Selor, Melinau, Tarakan dan Nunukan namun masyarakat Tidung serumpun di Indonesia tidak suka berhijrah kerana mereka lebih selesa di kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga turut berkembang maju
taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga masyarakat Tidung yang terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei Malaysia di Papar, Kawang dan Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei serumpun di negara Brunei Darussalam. ) ( Masyarakat Suluk di tanah besar Sabah ( Borneo ) juga dipisahkan dengan masyarakat Tausuq di Filipina ( Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan ) oleh sempadan negara walaupun jaraknya yang sangat dekat. Ini membuktikan masyarakat Tidung , masyarakat Brunei dan masyarakat Suluk di Sabah adalah masyarakat peribumi ( natives ) walaupun masyarakat ini terdapat di negara jiran kerana mereka semua berada di tanah yang sama namun dipisahkan oleh sempadan negara yang ditentukan ketika mencapai kemerdekaan daripada penjajah. )
Sejarah Masyarakat Tidung Mengikut sejarah, masyarakat Tidung wujud ini kawasan ini sejak zaman dahulu lagi. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Sungai ( Beluran dan Labuk ), masyarakat Suluk ( Lahad Datu dan Tungku ), masyarakat Idahan ( Silam dan Madai ), masyarakat Bajau ( Semporna dan Omadil ), masyarakat Bulungan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni asal di daerah Borneo Timur. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun 1800an, terdapat beberapa buah kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang wujud di Kalimantan Timur seperti Kesultanan Bulungan ( Sultan Kaharuddin I ) di Tanjung Palas, Kerajaan Tidung Tengara ( Amiril Pengiran Tadjuddin ) di Tarakan, Kesultanan Kutai, Kesultanan Berau, Kesultanan Paser (Sultan Sulaiman Alamsyah) di Balik Papan dan Kesultanan Banjar ( Sultan Tamjidullah II ). Menurut pembahagian suku kaum dayak di Kalimantan, Indonesia, Suku Tidung adalah suku Dayak Murut atau dikenali sebagai "Lun Pagun" iaitu Lun=Orang dan Pagun=Pagan yang pada mulanya tiada agama atau Pagan cuma menyembah nenek moyang yang akhirnya menerima islam. Ini jelas dilihat yang mana hampir 80% bahasa tidung sama dengan bahasa murut. Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan bangsa Tidung adalah yang terawal di kawasan daerah Tawau ialah nama tempat yang dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama Tinagat yang bermaksud 'tebang' dan Membalua yang bermaksud 'hantu'. Batu Tinagat atau Batu Payung berasal daripada cerita masyarakat Tidung Tawau iaitu pada zaman dahulu kala ada seorang pemuda yang ternampak puteri-puteri kayangan yang turun ke bumi untuk
mandi di kawasan batu berbentuk payung lalu menyembunyikan salah satu pakaian puteri tersebut sehingga puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan. Pemuda dan puteri tersebut berkahwin dan apabila puteri tersebut menyedari pakaiannya yang disembunyikan, beliau membuat helah tidak boleh menari di suatu majlis keramaian sekiranya tidak memakai baju kayangan miliknya. Pemuda tersebut tanpa mengesyaki isterinya terus mengembalikan pakaian tersebut dan apabila isterinya memakai pakaian tersebut, puteri itu terapung-apung di atas batu payung itu. Pemuda itu menebang batu payung tersebut tetapi sia-sia kerana isteri atau puteri terus terbang ke langit dan tidak kembali lagi. Sebab itu kita tidak melihat lagi bentuk batu payung yang sebenar kerana telah ditebang. Cerita ini juga telah dijadikan salah satu lagu dan tarian klasik suku kaum tidung berirama zapin diberi nama Seludon Batu Tinagat. Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan berhantu. Tawau sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa tidung yang bermaksud "pancing" atau "nawau". Ini berlaku apabila seorang orang putih bertanyakan nama tempat dia berada kepada seorang orang tidung yang sedang memancing yang kemudian dijawab "nawau" oleh orang tidung itu kerana ti dak faham bahasa inggeris. Disangkanya orang putih tersebut bertanya apa yang dia sedang lakukan. Kemudian orang putih itu terus berjalan dan sampai di suatu tempat pula dia bertanya lagi nama tempat yang dia berada kepada seorang orang tidung yang ditemuinya dan sekali lagi disalah anggap yang disambut dengan jawapan "Murut Tai" yang bermaksud tahi orang Murut kerana tempat mereka berdiri itu penuh dengan tahi manusia yang dipercayai oleh orang tidung tersebut ia adalah tahi orang murut. Maka tempat itu dinamakan Merotai. Apas pula berasal dari perkataan "apos" atau "ampus" atau sesak nafas. Tercatat dalam sejarah yang mengatakan pernah wujud sebuah kerajaan Melayu Islam Tidung di Tarakan pada kurun ke 16 yang juga dikenali sebagai Kerajaan Tengara. Di dalam fakta sejarah Borneo, kerajaan Tidung di Tarakan bermula pada tahun 1557 dan lokasinya di kawasan Pamusian DI wilayah Tarakan Timur. Pemerintahnya yang pertama ialah Amir Rasyid ( Dato Raja Laut (1557-1571). Dinyatakan juga dalam fakta sejarah Borneo bahawa Sultan Tarakan yang ke 10 iaitu Amir Pengiran Jamalul Kiram ( 1844-1867 ) yang tiada waris lelaki, telah mengahwinkan puterinya, Putri Intan Dura dengan anak Sultan Bulungan Sultan Kaharudin II ( 1875-1889 ), Datu Maulana. Dan berikutan dari peristiwa itu, Datu Maulana telah menjadi Sultan Tarakan pada tahun 1867. Dan seterusnya putera mereka, Datu Adil ( 1896-1916 )adalah pemerintah Kerajaan Tidung Tarakan yang terakhir. Selain itu, terdapat juga bukti kewujudan penempatan masyarakat Tidung tertua di kawasan Pulau Kalumpang dan di sekitar Kuala Sungai Kalumpang berdekatan Semporna. Penempatan ini dikatakan dimulakan oleh seorang bangsawan bernama Pengiran Anum sekitar tahun 1800an. Kini di sana, masih wujud tapak perkuburan dan makam lama serta keturunan generasi ke 7 dan
8 kepada Pengeran Anum yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan Pengiran Anum ini suatu masa dulu.
Masyarakat Tidung Tawau Masyarakat suku kaum Melayu Tidung di Tawau adalah penduduk asal di Tawau. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, mereka juga mengusaha tanaman padi bukit sebagai sumber makanan harian mereka. Walaupun masyarakat Melayu Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh pihak British pada tahun 1896 , kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau ) dan Merotai ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung. Hari ini, masyarakat Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau telah wujud sebagai Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan hampir semua ahli masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Suluk, Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun sebaliknya di kawasan lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan campur dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor kedudukannya yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.
Penempatan Masyarakat Tidung Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama wujud penempatan terawal masyarakat Melayu Tidung di Kalabakan, kampung tertua di Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan. Juga
terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung di Serudong ( berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan Datu Alun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan. Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana. Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau , Silam, Lahad Datu dan Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan pemerintahan kesultanan Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan Kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu. Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan masyarakat Melayu Tidung.
Budaya Masyarakat Melayu Tidung Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan. Dari segi cara hidup dan adat tradisi masyarakat Melayu Tidung di Tawau ialah sama seperti masyarakat Melayu yang lain. Mereka berpakaian baju Melayu atau lebih dikenali 'Baju Selangur' dan wanitanya memakai baju kurung. Mereka juga lebih biasa bertutur dalam bahasa Melayu lebih lebih lagi kerana mereka telah pun berkahwin campur dengan masyarakat suku kaum yang lain seperti Melayu Suluk, Melayu Bolongan, Melayu Banjar dan Melayu Arab. Oleh itu, tidak hairanlah makanan dan pakaian mereka juga adalah makanan dan pakaian orang-orang Melayu.
Pemimpin Masyarakat Melayu Tidung di Tawau Pemimpin pertama masyarakat Tidung yang diiktiraf di Kalabakan ialah Imam Salleh. Imam Salleh telah dilantik secara rasmi sebagai ketua masyarakat Melayu Islam Peribumi ( Native Chief ) di Kalabakan menggantikan abangnya Bujong Seripa yang meninggal dunia. Bujong Seripa sebelum itu telah lama menjadi pemimpin masyarakat di Kalabakan. Perlantikan Imam Salleh ini diiktirafkan
Kerajaan British Borneo pada tahun 1923. Beliau memegang jawatan tersebut hingga tahun 1958 iaitu sehingga akhir hayat beliau ketika berumur 123 tahun. Manakala di Tawau pula imam pertama yang dilantik adalah dari keturunan Melayu Tidung ialah Imam Sabah. Ramai lagi pemimpin Melayu yang berketurunan Tidung seperti Haji Imam Awang, Imam daerah sekitar tahun 1950an dan 1960an dan juga Imam Galundang , seorang pemimpin masyarakat di Kampung Tanjung Batu sekitar tahun 1950an hingga 1960an. Imam Mustapa iaitu imam dan pemimpin yang dilantik oleh Kerajaan British sebagai Ketua Masyarakat ( native chief ) di Tawau pada tahun 1925 ( sewaktu zaman penjajahan dahulu ) adalah dari keturunan Melayu Tidung. Begitu juga Penghulu dan Ketua Anak Negeri di Tawau sekitar tahun 1990an iaitu OKK Salleh Ajak juga adalah berasal dari keturunan Melayu Tidung.
XIII) KAGAYAN Etnik Kagayan atau Jama Mapun adalah sub-etnik dari suku besar keluarga Bajau. Etnik Kagayan juga dikenali dengan nama Bajau Kagayan, Sama Kagayan atau Cagayan. Dari segi linguistik dan kebudayaan, orang-orang Kagayan lebih dekat dengan dengan saudara Bajau-nya dari suku Bajau Tempasok (Sama Kota Belud). Etnik Kagayan banyak di temui di beberapa daerah di Sabah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna, dan banyak lagi. Selain itu etnik Kagayan ini juga menghuni beberapa kepulauan di perairan Utara Sabah dan Pantai Timur Sabah sehingga sehingga ke Pulau Mapun (Tawi-Tawi) di bawah kekuasaan negara Filipina. Walaubagaimanapun, oleh kerana orang-orang Kagayan sudah terbisa menetap dan berulang alik dari satu pulau ke pulau yang lainnya termasuk pulau besar Borneo, sempadan yang digariskan oleh penjajah dan politik antarabangsa, adalah seolah-olah tidak terpakai untuk mereka kerana kawasan perairan Borneo Utara (Banggi, Kudat, Sandakan) dan Selatan Filipina (Pulau Mapun, Pulau Palawan, Pulau Taganak) merupakan tanah dan air mereka. Pemilikan mereka bukan hanya terhad kepada kehidupan di atas tanah, malah juga kehidupan di air, sesuai dengan sebutan dalam sebutan bahasa Melayu, Tanahair. Orang-orang dari etnik Kagayan lazimnya menghuni di sepanjang persisiran pantai atau kawasan yang berdekatan dengan laut kerana kebanyakan kaum ini memilih untuk berkerja sebagai nelayan. Sehingga pada hari ini ramai suku kaum ini telah menjadi nelayan moden berbanding pada kehidupan mereka pada masa dahulu yang hanya menggunakan peralatan tradisional, contohnya pukat (pukut), sampan (bagung), kapal (lanca) buatan sendiri dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini suku kaum ini sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelaut. Orang-orang Kagayan juga mengalami perkahwinan campur dari bangsa-bangsa lain yang datang dari luar kepulauan nusantara sejak dari dulu lagi seperti bangsa Arab, dan Cina. Jatidiri anak-anak dari etnik Kagayan semakin hilang kerana proses asimilasi yang telah berlaku sekian lama. Ramai anak-anak dari etnik ini tidak lagi mampun bertutur dalam bahasa asal mereka sebaliknya lebih selesa berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Ramai juga tidak mengaku sebagai etnik Kagayan kerana etnik minoriti ini telah disterotaipkan sebagai pendatang tanpa mengetahui hak mereka seperti termaktub dalam Perlembagan Borneo Utara dan Persekutuan Malaysia. Di bawah Perlembagaan Borneo Utara (Sabah) 1952, Pindaan 1958, Seksyen 2(1)(c), Etnik Kagayan adalah tergolong dalam suku pribumi Sabah yang diiktiraf.
2(1)(c). Any person who is ordinarily resident in Sabah, is a member of the Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu or Ubian people or of a people indigenous to the State of Sarawak or the State of Brunei, has lived as and been a member of a native community for a continuous period of three years preceding the date of his claim to be a native, has borne a good character throughout that period and whose stay in Sabah is not limited under any of the provisions of the Immigration Act, 1959/63 [Act 155.]: Provided that if one of such person's parents is or was a member of any such people and either lives or if deceased is buried or reputed to be buried in Sabah, then the qualifying period shall be reduced to two years; 2(1)(c). Seseorang yang menetap di Sabah terdiri dari kalangan orang Suluk, Kagayan, Simonol, Sibutu atau Ubian atau penduduk asli Negeri Sarawak atau Negeri Brunei yang telah tinggal berterusan selama tiga(3) tahun sebelum dari tarikh beliau mengisytiharkan dirinya sebagai anak negeri, mempunya kelakuan yang baik semasa tinggal di Sabah dan tidak tertakluk oleh Immigration Act: Kecuali salah seorang ibu atau bapanya terdiri dari kalangan anak negeri yang tinggal dan diketahui dikebumikan di Sabah, masa kelayakan mesti dikurangkan kepada dua (2) tahun. Suku etnik Kagayan dan bajau lainnya telah berjuang bersama-sama Tun Mustapha(yang juga merupakan suku Kagayan campuran Suluk) untuk memerdekakan Sabah daripada tangan penjajah. Kaum Kagayan mementingkan maruah bangsa dan agama, semua keturunan Kagayan adalah muslim dan mereka sangat mengutamakan agama Islam. Budaya suku kaum Kagayan mempunyai tarian yang unik seperti tarian berunsai (Lunsai), tagungguk (upacara paluan muzik menggunakan gong, kulintangan/titik) dimana ia dipersembahkan ketika majlis perkahwinan dan malam berinai (sangom macca). Dari segi kraftangan pula, suku kaum Kagayan terkenal dengan anyaman tikar (tipo), dan membuat layang-layang. Selain itu, suku kaum Kagayan terkenal dengan makanan ubi-ubian seperti ubi kayu atau bestilak kayu untuk dijadikan putu, dan kinuha, makanan laut seperti agar-agar (aga-aga), latok, sendulai, hanga-hanga, sikad-sikad, tayum, tehek-tehek, dan sebagainya . Tradisi atau adat resam suku kaum Kagayan juga dapat dilihat melalui perkahwinan, bagi suku kaum kagayan adat perkahwinan mestilah didahului dengan rombongan lelaki ke rumah pihak keluarga perempuan untuk tujun merisik. Dibawah ini, disenarai beberapa bahasa etnik Kagayan. Bahasa asli etnik Kagayan adalah tidak kaya, dan banyak meminjam bahasa-bahasa dari luar nusantara seperti Inggeris dan Arab serta bahasa dari suku kaum Suluk. Walaubagaimanapun, dibawah disenaraikan beberapa bahasa asli etnik Kagayan yang diketahui.
Kagayan Abu / kelabu bilu Eket Itom Kalas Kunit Pote’ Tauk Abu Aka-aka Alis Atai
aupan Badik Bagai Baha Bajju’ bapak Baran
Behe Belawan bihing Bitcala Bohas Bohe bu Bujjak Bukud Busai Dada’ Daing Dangki Dela Denda dikat
Bahasa Malaysia Biru Hijau Jingga Merah jambu Kuning Putih Ungu Kelabu Khabar berita Kening Hati Depan Parang Kawan Bahu Baju Bapa saudara Badan Bibir Gila Sebelah Cakap Beras Air buluh Sejenis senjata yang diperbuat daripada buluh/bamboo/rotan yang panjang
Belakang Mendayung Emak saudara Ikan Dengki Lidah Perempuan Kain pelekat
Dupang Ebbo’/ ebboh ellau Emma’ Empon Enjaom Enneh Garung Hemilan Huma Impon Indo Iyak Iyabod Jama Jembangan Ka-e Kalang Kam Katas Kato Kelanduh Kelangan Kesagan Ko Kubu Lahat Lanji Laom Laun Lella Lemis leppohan Lessa lessom
Bodoh Nenek/ datuk siang Bapa Umpan Di dalam Emak Hijau Bila Bertani Gigi Monyet Malu Lipan Orang Pokokbunga Dengar Nyani Kamu kertas Gatal Sangat Lagu Tegur Awak Kubur Tempat Miang Dalam Lambat Lelaki Benci Dapur Rasa Masam
Lindom Lonsey Lua lumangi Maase’
Gelap Berlayar Muka Berenang Saying
matca Ayad mamis Mangan manuk Manuk-manuk Matai Mitcala Kinawin Ngeddo’ Ngenda ngendaag Nenggey Ngiluk Nginta’ Ngita Ngitom Ngupi Nguta’ Ni Ningga-i Ningkok
Berinai/ baca Bagus Manis Makan Ayam Burung Mati Cakap Kahwin Ambil Lihat Panjat Berdiri Menari Makan lauk tanpa nasi Melihat Rindu Mimpi Muntah Di Dimana Duduk
Bumiputra di Sarawak Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnis yang banyak sekali antara negeri-negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia. Sarawak mempunyai 27 etnik besar, setakat ini yang dikemukakan Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk ialah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah. Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.
Senarai kumpulan etnik di Sarawak
Iban Melayu Melanau Kenyah Penan Kedayan Berawan Sekapan Punan Ukit
Cina Bidayuh Kayan Lun Bawang Kelabit Bisaya Lahanan Kejaman Baketan Sihan
Tagal Lisum Kadazandusun
Tabun Longkiput Murut
I)IBAN Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah, sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa Iban Laut bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak Laut, Dayak Darat, Dayak Orang Ulu dan Dayak Barito. Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 2,745,400 iaitu 60% daripada jumlah penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, dan Cina. Mereka mendiami setiap daerah, kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah di Johor (Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai Jaya, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan 2 bahagian di Sabah (Pedalaman dan Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di 4 kabupaten iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 9 bahagian iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak. Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah
di utara Borneo serta Johor dan Selangor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.
Ethnologi Dialek-dialek yang tergolong dalam Bahasa Iban ialah: 1. Dialek Iban Standard di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa : IBA) 2. Dialek Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA) 3. Dialek Iban Bugau di Sarawak dan Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 4. Dialek Iban Dau di Sarawak (kod bahasa : IBA) 5. Dialek Iban Lemanak di Sarawak (kod bahasa : IBA) 6. Dialek Iban Skrang di Sarawak (kod bahasa : IBA) 7. Dialek Iban Ulu Ai di Sarawak (kod bahasa : IBA) 8. Dialek Iban Undup di Sarawak (kod bahasa : IBA) 9. Dialek Iban Batang Lupar di Sarawak (kod bahasa : IBA) 10.Dialek Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG) 11.Dialek Mualang Ili di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD) 12.Dialek Mualang Ulu di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD) 13.Dialek Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG) 14.Dialek Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX) 15.Dialek Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB) 16.Dialek Seberuang Desa di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX) 17.Dialek Tanjong di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Melanau & Orang Ulu language) 18.Dialek Selako di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Kendayan & Bidayuh language)
Suku-suku yang tergolong dalam Kaum Iban ialah: 1. Suku Iban di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei & Johor (kod bahasa : IBA) 2. Suku Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA) 3. Suku Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG) 4. Suku Mualang di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD) 5. Suku Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG) 6. Suku Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX) 7. Suku Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB) 8. Suku Iban Peranakan (Perkahwinan campur antara Kaum Iban dengan kaum-kaum lain) di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa :UNKNOW (most Iban language) 9. Suku Tanjong di Sarawak (kod bahasa : UNKNOW (Iban mixed Melanau & Orang Ulu language)
Kaum-kaum yang tergolong dalam Bangsa Dayak Laut (Malayic-Ibanic) ialah: 1. Kaum Iban di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah & Johor (kod bahasa : IBA) 2. Kaum Kendayan di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : KNX) 3. Kaum Keninjal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : KNL) 4. Kaum Dayak Malayik di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : XDY) 5. Kaum Urak Lawoi (Thai Chao Ley Malayu) di Selatan Thailand, Selatan Myanmar dan Utara Semenanjung Malaysia (kod bahasa : URK) 6. Kaum Orang Laut (Orang Asli Proto Malay) di Selatan Semenanjung Malaysia, Singapura dan Kepulaun Sumatera
Penempatan Orang Iban biasanya menduduki di lembah Sungai Lupar, Sungai Saribas, Sungai Kalaka, Sungai Rajang, Sungai Sadong, Sungai Sarawak, Sungai Balingian, Sungai
Kemena, Sungai Baram, Sungai Limbang dan Sungai Lawas. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak. Namun demikian,ciri=ciri asal tradisi mereka tetap dikekalkan
Tradisi Tradisi orang Iban adalah adat, budaya dan kepercayaan asal mereka, tanah pusaka dan kehidupan di rumah panjang. Banyak adat-adat asal yang masih diamalkan dan digunapakai dalam komuniti di rumah-rumah panjang untuk menjaga ketenteraman dan keamanan masyarakat. Budaya menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau masih diamalkan hingga sekarang walaupun berkurangan. Ia diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati. Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang. Sebilangan kecil masyarakat bumiputera Iban masih mengamalkan kepercayaan nenek moyang.
Adat asal dan hukumannya Orang Iban mempunyai banyak adat-adat asal yang diikuti dalam kehidupan harian dan untuk menyelesaikan isu atau konflik dalam kehidupan mereka. Contohcontoh adat ini termasuklah:
Adat membina rumah Adat kahwin, cerai dan zina Adat beranak Adat bertani dan mengguna tanah Adat ngayau Adat ngayap Adat memburu, menangkap ikan, mengumul buah dan mendapatkan madu Adat meninggal, berkabung, berpisah bunga dan tebalu janda duda Adat begawai dan berupacara
Adat hidup di rumah panjang Adat bertenun dan mainan masa lapang Adat menari ngajat dan betaboh Adat berburong, bermimpi dan becenaga hati babi Adat pergi atau mengembara
Kebanyakan adat-adat ini masih boleh digunapakai sehingga ke hari ini sama ada di rumah panjang atau di bandar-bandar. Ketua rumah adalah penjaga utama adat sala orang Iban untuk memastikan kelancaran pelaksanaan adat dan dendanya demi ketenteraman dan keamanan. Tanggungjawab ketua rumah adalah menjaga halehwal para pengikut beliau dan dia mestilah mengetahui setiap jenis adat. Jika sesuatu pertingkaian atau kes tirujuk kepada tuai rumah, beliau akan cuba membicara dan menyelesaikannya secepat mungkin bersama dengan ketua bertani, ketua burung, ketua-ketua keluarga dalam rumah panjang tersebut dan anggotaanggota masyarakat yang lain. Mengikut buku yangditulis oleh Bendict Sandin, perlanggaran adat-adat ini akan dihukum mengikuti sistem tunggu dengan nilainya yang dipanggil mungkul iaitu satu mungkul sama dengan satu dollar ($1.00). Jadi, lebih berat atau besar kesalahan seseorang itu, maka lebih tinggilah jumlah mungkul yang akan diputuskan oleh ketua rumah atau penghulu. Untuk kes-kes kesalahan kecil, ketua rumah boleh mendenda pesalah dengan telur ayam, paku besi, mangkok, pinggan dan mangkuk. Denda sebegini dipanggil sauta iring yam dan biasanya dibayar oleh sahabat handai dan kaum kerabat mereka yang terlibat. Untuk kes-kes kesalahan besar, hukuman boleh diisi dengan tajau pada mahkamah ketua rumah atau padi pada mahkamah penghulu seperti berikutnya: Nama tunggu dengan tajau = Nilainya:
Satu uta = $0.25 Satu menukol = $0.50 Satu jabir = $1.00 Satu panding = $2.00 Satu alas = $4.00 Satu alas ngerang = $5.00
Satu alas barejang = $6.00 Satu alas betandok = $7.00 Satu rusa = $8.00 Satu menaga = $16.00 Satu ningka = $32.00
Nama tunggu dengan berat padi (kati) = Nilai dollar dahulu = Nilai dollar pada 1980an dan sekarang:
5 kati = $3.60 = $5.00 10 kati = $7.20 = $10.00 20 kati = $14.40 = $20.00 30 kati = $21.60 = $30.00 1 pikul = $28.80 = $100.00
Di kawasan-kawasan pedalaman, hukuman bagi kes-kes kecil masih dibayar dengan lima puluh sen ($0.50) untuk satu jabir yang biasanya bernilai satu dollar ($1.00). Sistem denda ini bersala daripada decree riegim Brunei sebelum kedatangan Brooke dalam tahun 1840. Orang Iban panggil sistem denda ini sebagai "jabir Iban" yang berbeza dengan "jabir perintah" seperti jadual berat padi dan nilai tajau di atas. Bayaran denda biasanyan dipunyai oleh ketua rumah atau ketua rumah akan membahagikan denda itu kepada ketua-ketua keluarga yang hadir dalam mesyuarat (betugong) menyelesaikan kes-kes itu. Selain membayar tunai, jika sesuatu kesalahan itu adalah sungguh besar yang boleh menyebabkan alam "kudi" (buruk), kemarahan dewa dan roh, para pesalah adalah dikehendaki menyemebelih babi dewasa dengan darahnya digunakan untuk menyucikan tanah dan air darpada dosa yang telah dilakukan. Di samping itu, para pesalah juga diminta untuk memberikan sebilah parang dan kapak beliong untuk orang yang menyembelih babi itu dan tajau kecil (kebok untuk ketua rumah. Pada masa dahulu kala, jika seseorang telah membunuh orang lain secara tidak sengaja, dia akan diminta membayar "pati nyawa" dua biji tajau kepada keluarga si mati. Jika gagal membayar, dia dan keturunannya akan menjadi hamba kepada keluarga si mati sehinggalah mereka melangsaikan gantirugi atau dibebaskan oleh tuan punya mereka.
Jika seseorang pelawan membunuh rakan seperjuangannya semasa "ngayau" (serangan atau perang), pembunuh mestilah membayar pati nyawa dua biji tajau kepada keluarga si mati. Kalau gagal menunaikan ini, dia mestilah menyerah diri sebagai hamba kepada keluarga si mati. Apabila ketua rumah mengetahui satu keslahan besar seperti zina telah berlaku, dia akan menyembelih seekor ayam dengan segera. Ini menandakan kepada umum bahawa kesalahan itu adalah dalam proses perbicaraan dan penyelesaian untuk mengelakan pertumbahan darah di mana ketua rumah boleh didenda jika dia gagal membendung kejadian itu daripada berlaku. Mengikut tradisi dahulu, si suami atau isteri boleh membalas dendam serta merta sebagai ganti rugi dalam kes zina jika pasangan itu didapati sedang melakukan zina.
Mesyuarat dan Bicara Jika ada hal yang tidak boleh diselesaikan sesama sendiri secara peribadi, salah seorang atau kedua-duanya sekali boleh merujuk kes mereka kepada tuai rumah untuk dibicarakan. Pertma sekali, tuai rumah akan cuba menolong menyelesaikan kes itu melalui mesyuarat kecil (baum mit atau berandau) yang bersifat peribadi antara kedua-dua pihak yang bertelegah untuk mencapai persetujuan (konsensus) dan perdamaian semula (rekonsiliasi) sebelum memanggil mesyuarat besar (becara) yang besifat rasmi dan terbuka. Semua ketua rumah atau masyarakat akan cuba menyelesaikan kes-kes hal-ehwal para pengikut mereka dengan bepegang teguh kepada prinsip berikut:
"Utai besai, asoh mit. Utai mit, asoh nadai" yang bermaksud Hal besar, jadikan kecil. Hal kecil, jadikan tiada.
Kedua-dua pihak yang bertikai adalah dinasihatkan untuk bersetuju menyelesaikan hal mereka dan berdamai secara peribadi kerana ada pepatah orang Iban yang terkenal dan selalu disebut-sebut oleh ketua rumah atau masyarakat seperti berikut:
Undang-undang adalah seperti ular tedung. Ia adalah tidak merbahaya jika tidak diganggu tetapi jika dilangkahi, ia boleh mematuk. Maksudnya ialah seseorang yang beia-ia mahu berbicara menghadapi risiko didapati bersalah dan dihukum. iaitu "dipatuk oleh undang-undang".
Jika mereka masih bertelagah, tuai rumah akan menentukan suatu tarikh perbicaraan dengan memanggil semua ketua keluarga dan anggota rumah panjang ke suatu mesyurat besar. Selepas makan malam, tuai rumah akan membentang tikai dan memanggil semua orang untuk datang duduk di ruai ketua rumah. Kedua-dua pihak yang bertelagah akan dipanggil duduk berdepan dan bersemuka antara satu sama lain. Pihak pendakwa akan diminta bercakap dahulu dan diikuti oleh pihak tertuduh. Selepas itu, semua saksi akan dibenarkan bercakap satu demi satu. Seterusnya sesi pertanyaan, jawapan dan perbincangan berlaku sehingga isu-isu pertikaian atau pertelagahan telah dikenalpasti dan kedua-dua pihak telah diberi peluang secukupnya untuk bersuara. Kemudian, ketua rumah akan meninta para anggota tertua dan setiap ketua keluarga untuk memberikan pandangan terhadap kes yang dibicarakan. Akhir sekali, ketua rumah memutuskan pihak mana yang bersalah berdasarkan adat mana yang berhubungkait dengan kes yang dibicarakan dan menyatakan hukumannya. Jika pihak yang bersalah masih tidak puas hati, dia boleh merayu kepada penghulu. Kalau penghulu bersetuju untuk membicarakan sesuatu kes, beliau akan menetapkan satu tarikh kepada kedua-dua belah pihak yang terlibat dan termasuk ketua-ketua rumah. Prosedur bicara seperti diadakan oleh ketua rumah akan diikuti oleh penghulu. Selepas mendengar ucapan dari kedua belah pihak dan ketua-ketua rumah, penghulu akan memutuskan pihak mana yang bersalah dan menyatakan hukumannya sekali. Kalau pihak bersalah mahu merayu lagi, dia boleh membuat rayuan kepada mahkamah pribumi atau daerah dalam masa seminggu. Jika tidak, kes tersebut dikira selesai dengan sendirinya sperti yang diputuskan. Biasanya, kedua-dua pihka akan menyelesaikan hal mereka secara peribadi tanpa bicara untuk menjaga air muka diri sendiri dan keluarga dan mengelak jumlah hukuman yang semakin meningkat daripada ketua rumah ke atas. Ada pepatah masyhur yang : "Jika berjalan menggunakan tungkat adat, seseorang akan kekal pada jalan yang betul." Jadi, adat mestilah diamalkan dengan akal fikiran untuk menjaga keharmonian hubungan masyarakat. Maka "Bila tidur, ingatan menjadi bantal. Bila berjalan, adat dijadikan tungkat."
Keengganan untuk menghadiri mahkamah ketua rumah atau penghulu akan dihukum satu jabir dan lima kati masing-masing. Sesipa yang tidak menghormati mahkamah juga akan dihukum sebelum mahkamah boleh bersambung.
Kegunaan tajau Tajau iaitu tempayan-tempayan seramik adalah singguh dihargai oleh masyakarakat Iban sebagai harta pusaka keluarga masing-masing. Pada masa dahulu sewaktu mata wang atau duit tunai susah diperolehi, segala hukuman ke atas perlanggaran adat boleh dibayar dengan tempayan. Amalan ini dipanggil adat mata tajau. Jika hukuman tidak dapat diisi atau hutang tidak dapat dilangsaikan misalnya membayar dengan tajau jika tiada duit, seseorang itu akan menjadi jaum atau hamba kepada orang yang telah disalahi atau memberi hutang. Tajau juga digunakan semasa upacara suci dan perayaan gawai kepercayaan asal. Kadang-kala sesetengah tajau dianggap mempunyai kuasa ghaib. Pada masa sekaramg, harga-harga tajau ini dijangka telah melambung berlimpat kali ganda kerana tajau-tajau ini telah dianggap ahrat pusaka yang klasik dan unik dan tidak dibuatkan lagi, jadi tiada bekalan lagi.
Perayaan Gawai Perayaan Gawai merupakan pesta utama bagi suku kaum Iban sebagai upacara keagamaan dan kepercayaan asal untuk menyembah para dewa. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak (Pesta Kehasilan Menuai), Gawai Burung dengan sembilan peringkat yang berturut-turut untuk memyembah Sengalang Burong dan keluarganya sebagai dewa perang atau pengubatan secara ajaib, Gawai Kenyalang (untuk menandakan kejayaan seseorang dalam kehidupannya), Gawai Umai seperti upacara manggul semasa mencari tapak umai, Gawai Batu untuk mengasah tajam peralatang besi sebelum menebas dan menebang, Gawai Ngalihka Tanah untuk memajak tanah yang tidak subur lagi, Gawai Benih untuk menimang benih padi supaya sihat, subur dan berhasil, Gawai Ngemali Umai untuk mengubati padi huma yang sakit, upacara Matah untuk memulakan penuaian padi, Gawai Bersimpan Padi selepas menuai, Gawai Pangkong Tiang apabila pindah ke rumah baru, Gawai Tuah untuk mencari dan memasukan nasib baik ke bilih keluarga, Gawai Lelabi (Melah Pinang / Majlis Nikah), Gawai Sakit untuk mengubati pesakit selain begama (bersentuh), belian (berubat oelh manang), besugi
sakit dan berenong sakit, Gawai Antu untuk menghormati orang yang telah meninggal, Gawai Bertambah Bulu untuk menjahit sehelai baju kesihatan dan Gawai Nangga Langit untuk memohon pengampunan daripada dewa. Antaranya sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama mulanya pada 1 May dan hari kedua pada bulan 1 Jun adalah terpenting. Biasanya, [Tarian Ngajat]] ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras ini boleh didapati di rumah panjang.
Sistem Bahasa dan Tulisan Kaum Iban dikenali dengan "Master of Language" oleh dunia. Prof Derek Freeman adalah salah seorang di kalangan pengkaji Bahasa Iban yang menyatakan bahawa orang Iban sememangnya master of language. Prof Derek Freeman turut menyatakan bahawa Orang Iban pandai dalam menggunakan bahasa, di setiap baris ayat, mencipta serta membina puisi dengan cantik, bijak dalam memilih dan menyusun ayat sereta mempunyai banyak jenis puisi yang menggunakan penyusunan ayat yang sesuai dengan bunyi, seperti yang digunakan dalam puisi dan prosa dalam Bahasa Inggeris. Puisi rakyat (leka main) Iban boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan bentuk dan fungsi mereke masing-masing iaitu untuk acara hiburan, upacara invokasyen dan acara rasmi. Puisi untuk acara hiburan sosial termasuklah bejara, pantun, ganu, ramban, jawang, sugi, renong semain, ensera (epik atau saga), entelah, pelandai karung, dan pelandai ara. Manakala puisi untuk acara keramaian rasmi merangkum renong adat, tanya indu, pantun meri ngirup, dungai ngerasukka tinchin, ai ansah dan geliga. Puisi untuk upacara invokasyen terdiri darpada sampi (doa), biau, timang, pengap (zikir), pelian, sugi sakit, renong sakit dan sabak bebuah. Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa Iban adalah tidak jauh berbeza di setiap tempat (kecuali dari segi intonasinya) bukan sahaja di Sarawak tetapi di Kalimatan, Sabah, Malaya dan seluruh dunia. Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat DayakIban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai sistem
tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses ingatan kepada puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang sungguh panjang dan mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan gawai tertentu. Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini. Kemudiannya sistem abjad Dunging telah dicipta oleh seorang Iban sendiri yang bernama Dunging. Sistem tulisan Dunging mempunyai tidak kurang daripada 59 abjad yang mewakili bunyi sebutan seperti tulisan rumi. Sistem ini sedang diselidik sekrang ini supaya boleh ditaip daripada komputer sperti tulisan Cina, Jawi dan Roman. Contoh bahasa Iban IBAN Selamat datai Nama berita? Sapa nama? Udahmakai? Udah ngirup? Nyibur temuai Ai tiki Ai aus Ai basuh Ai untung Ai basa Ai tusut Makai Bejalai Pulai Tama Pansut Din Ditu
BAHASA MALAYSIA Selamat dating Apa khabar? Siapa nama? Sudah makan? Sudah minum? Menghibur pelawat Air naik Air haus Air basuh Air untung Air hormat Air turun-temurun Makan Berjalan Balik Masuk Keluar Sana Sini
enti Ulih Aku Nuan Legi Gagai Enggai Tinduk Jalai Terbia Sengpa Meda Myabak Sayau Aku sayau ke nuan/ dik Tussah ati Anang tussah atu Nuan ka kini? Ulih minta tulung? Dini endur tok?
Kalua Boleh Saya Kamu Nanti Kejar Taknak Tidur Jalan Terabai Sebarang Melihat Menangis Sayang Saya sayang kamu Susah hati Jangan susah hati Kamu hendah ke mana? Boleh minta tolong? Dimana tempat ini?
Antara kebudayaan Iban lain yang menarik adalah:
Ngajat Ngayau Ngayap Bekuntau/Bepencak Betaboh Betenun Bepantun Main Utik
Kepercayaan Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan beasr kemungkinan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai Raban
Bansa' atau "Paramount Chief" dengan berpandukan nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'. Orang Iban percaya kepada kwujudan seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara) yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung sebeum memulakan biau dan sampi dengan nama=nama berikutnya:
Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa keagamaan Menjaya sebagai dewa perubatan Selempandai/Selempetoh/Selempeta sebagai dewa pembuatan Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa pertanian dan tanah Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh semulajadi dan dewa keadilan Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai dewa kekayaan.
Orang Iban percaya bahawa semua binatang yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan sebagainya mempunyai semengat atau roh masing-masing. Mereka juga percaya kepada orang Panggau Libau dan Gelong sperti Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong. Juga disembah oleh orang Iban adalah roh-roh nenek moyang yang telah meninggal untuk meminta pertolongan semasa Gawai Antu. Ilmu firasat lama orang Iban bergantung kepada beberapa cara seperti berikut:
Mimpi yang baik atau buruk Binatang bisa Burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak sengaja Hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya.
Contohnya apabila hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka juga percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang' bagi mematuhi adat supaya tidak mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh mendatangkan malapetaka, biasanya upacara 'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai Raban Bansa.
Kegiatan ekonomi Sebahagian besar masyarakat Iban masih tinggal di rumah-rumah panjang di mana pola pertempatan bagi rumah panjang ini adalah beselerak di lembah-lembah sungai di seluruh Negeri Sarawak, segolongan besar orang Iban masih melibatkan diri di dalam kegiatan pertanian iaitu menanam padi bukit atau padi huma. Orang Iban pada zaman dahulu merupakan peneroka terulung dalam membuka hutan rimba (berimba) atau (berumpang kampong) bagi tujuan penanaman padi bukit. Aktiviti penerokaan ini dilakukan dengan seluas yang termampu dengan matlamat untuk mendapatkan hasil tuaian tanaman padi yang lebih banyak. Bagi masyarakat Iban sesiapa yang dapat tuaian padi yang banyak maka dia merupakan seorang yang boleh dianggap kaya dan dipandang tinggi, pintar dan rajin. Justeru itu masyarakat Iban pernah dianggap sebagai salah satu masyarakat yang terkenal dengan penanaman padi bukit (Sultive,1978:3). Selain itu orang Iban yang tinggal di rumah panjang masih menjalankan aktiviti memburu dan mendapat sumbersumber hutan untuk mendapatkan bekalan makanan dan perubatan. Pendek kata, penghijrahan orang Iban ke kawasan-kawasan baru adalah bertujuan untuk mencari tanah bagi tujuan bercucuk tanam dan mencari sumber makanan daripada hutang serta sekaligus mewarisi tanah-tanah ini sebagai tanah pusaka mereka dari turuntemurun. Selain menanam padi, ornag Iban juga menanam getah, kopi, lada, koko dan sekarang ini kelapa sawit. Apabila harga hasil tanaman ini melambung tinggi, orang akan mendapat sumber pendapatan yang lumayan tetapi apabila harga menurun sehingga ke paras terendah, ekonomi mereka mula terjejas kerana kos penanaman tidak dapat lagi ditanggung walaupun tanah dipunyai sendiri dan tidak perlu disewa.
II)Melanau Orang Melanau ialah salah satu kaum utama di negeri Sarawak. Dahulunya, sama seperti kaum Iban, kaum Melanau juga tinggal di dalam rumah panjang (yang dibina dengan tinggi). Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan mereka dengan tinggal di dalam rumah kampung yang mengikut corak orang Melayu.Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai. Masyarakat Melanau merupakan suku yang beragama Islam dan Kristian namun terdapat juga yang mempercayai makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. ini merupakan rentetan cerita lisan masyarakat ini sendiri yang dikatakan satu kepercayaan berasaskan adat masyarakat. Suku etnik Melanau berkumpul di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya, dan Bintulu. Masyarakat yang terawal di Sarawak menetap di Mukah.
Kegiatan ekonomi Kegiatan ekonomi utama mereka adalah menangkap hasil laut dan menjadi petani padi sawah bagi sebahagian kecil daripada mereka yang tinggl di kawasan pendalaman. Selain itu, perusahaan sagu juga diusahakan oleh kaum ini. Pokok sagu tumbuh di kawasan yang berpaya. Pokok Sagu hanya boleh ditebang selepas sepuluh tahun. Tepung sagu atau lemantak diperoleh daripada isi pokok sagu yang dipanggil ripo. Ripo dijemur sehingga kering dan diproses sebelum dijadikan lemantak, iaitu tepung sagu. Teknik pembuatan sagu juga diselitkan di dalam tarian Melanau seperti Mengarang. Sarawak merupakan pengeksport sagu yang terbesar di Malaysia.
Loghat/Jenis Melanau Mengikut Kawasan Kaum Melanau terbahagi mengikut bahagian di kawasan Sarawak;
Melanau Mukah Melanau Dalat - Dalat Town Sharing Channel Melanau Oya Melanau Igan Melanau Matu-Daro Melanau Belawai-Rajang Melanau Ba'ie (Bintulu) Melanau Balingian ,dan Melanau Miri.
Budaya Perayaan Kaul disambut oleh orang Melanau dengan meriah pada bulan Mac/April setiap tahun dalam bulan Pengejin mengikut kalender Melanau. Perayaan ini diadakan untuk menjamu ipok yang mengawal laut. Tujuannya untuk memperoleh tangkapan yang memuaskan dan selamat semasa berada di laut serta mengelakkan pelbagai wabak dan penyakit. Perayaan ini melambangkan berakhirnya musim hujan dan kedatangan atau permulaan musim menangkap ikan. Dalam hari ini, serahang akan disediakan untuk menjamu ipok. Serahang adalah diperbuat daripada daun buluh dan daun nipah dengan memasukkan bertih, telur ayam, pulut kuning, kirai atau rokok daun, dan sirih ke dalamnya. Walau bagaimanapun, perayaan ini datang dengan keghairahan dan kegembiraan. Selain Pesta Kaul yang disambut meriah setiap tahun, terdapat budaya yang masih utuh diamalkan oleh masyarakat Melanau khususnya yang melibatkan peristiwa kematian ahli keluarga. Walau bagaimanapun, amalan tersebut berbeza-beza mengikut daerah dan kampung. Bagi masyarakat Melanau yang mendiami daerah Matu, amalan yang berkaitan dengan kematian sudah banyak dipengaruhi oleh agama Islam. Selepas selesai majlis pengebumian, ahli keluarga akan bersedia untuk mengadakan upacara "sare" iaitu seperti rumah terbuka selama 7 malam berturut-turut. Rumah keluarga si mati akan dikunjungi oleh sanak saudara dan masyarakat setempat. Akan tetapi ia sudah dipengaruhi oleh agama Islam secara dengan majlis tahlil, bacaan yassin, sembahyang berjemaah, dan kenduri arwah. Adalah fenomena biasa bagi satu keluarga Melanau yang orang tuanya menganuti agama tradisional, dan anak-anak menganuti agama Islam dan Kristian.
Bahasa
Seperti bahasa lain di Sarawak, Bahasa Melanau merupakan cabang dari keluarga Bahasa Austronesia. Bahasa Melanau mempunyai tatabahasanya yang tersendiri dan tidak begitu sukar untuk dipelajari. Sebagai satu bahasa yang mempunyai banyak dialek, bahasa melanau berkongsi tatabahasa yang serupa. Oleh itu apa yang perlu ditumpukan ialah kosa kata yang unik untuk dialek itu sahaja. Di alam maya laman untuk mempelajari bahasa melanau telah diusahakan oleh orang-orang melanau dan bukan melanau untuk memastikan kemandirian bahasa ini di zaman moden. Antaranya ialah Learn Melanau yang memfokuskan bahasa melanau mukah serta budaya melanau merentasi dialek-dialek. Contoh perkataan Melanau
pagi = Song, ,suab Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Nya'am, Anum Siapa = Sai, Yai Awak = Mo,Ka'au, Nou, Kan Nama = Ngadan,Radan Rumah = Lebok, Kubou,Lebuk, lamin Apa = Inou, Nau Khabar = Dengah Bagus = Da'au,Dao, diak Bila = Pidan ,Paya Siapa = Yai, sai Kenapa = Inauhal,Wakno, minew kamu = mo, kan ,ka'au tidur = tudui,Tudoy,Tudoi kentut = petut,pangai jalan = sibal,Makau
Perkataan Melanau (Loghat Matu-Daro)
Bangun = Pitah Hantar = Tuloi Makan = Keman Minum = Tuteng Air = Anum Siapa = Sai Awak = Mo Nama = Ngadan,Radan
Rumah = Lebuk Apa = Waknou,wakno Khabar = Britah Jalan = Makau Mandi = Temuk Duduk = Munguk berdiri = Tiger baring = Beleg kencing = Besinik berak = Betae tandas = Jamben/Jelatong/Jungah Bodoh = Badik tak tahu = Mey Tao tahu = Tao tidak = Mey tunggu = Lo menuggu = Lulo besok = Song nah hari = law itu = idun,idu buku = bub main = pelik,plik kahwin = nikah tumbuk = bukut miang = keranau tua = lakey,lakei awan = aub rindu = beraie/pawah buah pisang = balaq buah nanas = pisang sepupu = jipo mati = matai hantu = pengamo, to perkakas = kereben gaduh = pedalo
III)KENYAH Kaum Kenyah ialah salah satu kaum besar orang asli (Bumiputera) yang mendiami di kawasan pedalaman daerah Baram dan Belaga di Sarawak, Malaysia serta di Kalimantan, Indonesia. Kini kaum Kenyah terdiri daripada sub-kaum kecil seperti Kenyah Jamok, Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Kaum Kayan dan Penan pada asalnya merupakan sub-kaum Kenyah berdasarkan sejarah nenek moyang iaitu Lenjau Suuh + Bawe'. Berikut adalah Nenek Moyang Kaum Kenyah.
Asal Usul Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak sekitar 1400 -1700 masehi. Kaum kenyah mula berpecah kepada sub-kenyah kecil sekitar 1400-1600 masehi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Kayan, , Lepo' Tau, Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lepo' Kulit, Kenyah Sambob, Penan dan sebagainya. Di antara sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi bahasanya ialah Kayan dan Penan. Namunpun begitu, terdapat sedikit persamaannya yang boleh difahami dan tidak jauh perbezaannya. Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian Pedalaman Sarawak iaitu di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal didaerah Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu. Sementara sebahagian lagi tidak mahu dijajah/diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau. Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum Kenyah Usun Apau. Namunpun begitu, Kaum Kenyah dapat mempertahankan tanah air mereka dan dapat berdamai dengan wakil pemerintah Rajah Brooke di Marudi. Walaupun mereka telah berdamai dengan kerajaan pada masa itu, mereka telah diarahkan supaya berpindah lebih dekat dengan pusat bandar Marudi. Oleh kerana mereka
tidak mahu diperintah oleh kerajaan pada masa itu, maka sebahagian daripada mereka berpakat untuk berpindah ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Alo Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrantasi Malaysia-Indonesia, mereka telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram. Kini kaum Kenyah tinggal di Sepanjang Ulu Sungai Baram,Daerah Belaga, Bintulu dan kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang. Pada lewat abad ke-20, bilangan kaum Kenyah dilaporkan terdiri daripada 23,000 orang. Mereka tinggal dekat kuala sungai dipangil Long dan mempunyai perhubungan yang rapat dengan kaum Kayan. Oleh itu, kaum Kenyah mempunyai budaya yang amat serupa dengan kaum Kayan, walaupun bahasa-bahasa mereka berbeza kerana mereka adalah bangsa Kenyah pada asalnya. Ekonomi tradisi Kenyah berdasarkan penanaman padi bukit di lereng/cerang hutan. Pokok-pokok hutan ditebang dan dibakar, dan padi ditanam antara abu-abunya.
Tradisi Pada masa lampau masyarakat asli Kenyah sering di diserang oleh penjajah(Pemerinyahan Brooke) kerana mereka tidak mahu diperintah oleh orang lain. Mereka juga sering menyerang orang orang luar, seperti orang orang Iban dan sebaliknya, ataupun orang Kenyah sendiri dari daerah lain. Masyarakat asli Kenyah & Masyarakat asli Iban mempunyai ciri peperangan yang agak serupa, di mana masyarakat asli kenyah juga memotong kepala musuhnya dan membawa kepala musuhnya ke kampung dijadikan sebagai cenderamata keperwiraannya. Sekiranya seseorang itu mendapat kepala yang banyak maka orang itu merupakan orang yang disegani di kampung itu dan ramai wanita suka dengannya kerana dia adalah wira kampungnya. Selain itu, kepala yang telah diambil itu juga akan dijadikan bahan upacara 'Ule' Ayau" ketika upacara keramaian Penyembahan dalam adat tradisi.
Tempat menetap Pada kebiasaannya masyarakat asli Kenyah membina rumah panjang mereka berdekatan dengan sungai, dimana sungai ini merupakan jalan untuk menghubung mereka dengan tempat lain mengunakan perahu, melain kan tempat untuk mencari
rezeki sambilan, seperti menjala ikan, memasang bubu,memancing dan sebagainya. Masyarakat asli Kenyah merupakan satu lagi masyarakat yang tinggal di dalam rumah panjang. Rumah panjang ini berfungsi seperti sebuah perkampungan. Biasanya, rumah panjang masyarakat asli Kenyah hanya terdapat satu di tempat yang sama dan segala-galanya diuruskan oleh seorang ketua rumah atau penghulu rumah panjang. Rumah panjang masyarakat asli Kenyah merupakan sebuah rumah panjang berukuran sehingga 1,200 kaki yang didirikan di atas tiang-tiang kayu keras seperti Kayu Belian. Corak rumah panjang ini mengandungi satu deretan bilik-bilik keluarga di bahagian belakang dan sebuah serambi terlindung yang lebar di depan untuk bertindak sebagai ruang kerja yang umum serta sebagai lorong kampung. Tetapi, kini dengan era moden yang kian mengembang pesat. Masyarakat moden Kenyah lebih cenderung menetap di bandar besar sebab adanya kemudahan awam seperti sekolah, hospital dan mata pencarian mereka tidak lagi bergantung kepada hasil tanaman dan hasil hutan seperti nenek-moyangnya. Hidup bandar sedikit sebanyak telah mengubah prinsip generasi baru Kenyah yang sudah melupakan asal usul mereka adalah di kawasan pedalaman. Hidup harmoni dengan alam.
Kepercayaan Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri. Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut. Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti, banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.
Kegiatan ekonomi
Kegiatan Ekonomi masyarakat Kenyah meyara hidup dengan menanam padi huma di sekitar rumah mereka. Penanaman padi huma tidak memerlukan system saliran dan boleh ditanam di kawasan yang berbukit-bukau. Kawasan di sekeliling rumah panjang mereka dikhaskan untuk menanam padi huma. Kawasan ini dibahagikan antara keluarga yang tinggal di rumah panjang. Kegiatan berburu dan memungut hasil hutan juga dijalankan oleh orang Kenyah yang menduduki kawasan pendalaman. Hasil-hasil hutan adalah seperti jelutung, dammar, dan rotan. Mereka akan menukar hasil hutan ini dengan barang keperluan harian termasuk beras dan garam antara suku etnik yang lain. Orang Kenyah yang banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian ini juga giat menanam jagung, ubi kayu dan tembakau. Sekitar tahun 70-80an masyarakat Kenyah sering terlibat dalam rusuhan terhadap projek balak yang memusnahkan hutan mereka. Penentangan itu menandakan adanya kesedaran yang tinggi dalam kalangan bangsa peribumi di Sarawak. Namun penentangan mereka tidak mendapat perhatian masyarakat luar, malah selalau disalahtafsirkan sebagai pengganggu rancangan ke arah kemajuan. Padahal masyarakat Kenyah dan beberapa bangsa peribumi lain di Sarawak pada waktu itu menentang kerana mereka ingin memelihara hutan yang sekian lama menjadi tempat dan sumber kehidupan mereka.
ADAT Perkahwinan Kebiasaannya adat resam perkahwinan kaum Kenyah pada zaman dahulu adalah dimulai oleh pihak lelaki iaitu pergi "peteng" (meminang pihak wanita). Lelaki yang berkenan tersebut akan pergi bersama ibubapanya akan pergi ke rumah wanita untuk mendapatkan persetujuan daripada ibubapa wanita tersebut. Selalunya dasar perkahwinan adalah lebih mementingkan pangkat dan kemampuan antara kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, pihak lelaki tersebut hendaklah dari keluarga “paren” (yang memiliki kedudukan yang tinggi dalam rumah panjang atau kawasan) atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya satu kepala musuh maka pinangan selalunya akan ditolak. Sekiranya lelaki tersebut memperoleh satu kepala musuh, ini menunjukkan dia adalah seorang yang berani dan dapat melindungi bakal keluarga daripada apa-apa cabaran. Sekiranya perkara tersebut tidak dimiliki oleh pihak lelaki, lamaran atau pinangan akan ditolak kerana pihak ibubapa wanita akan merasa malu bermenantukan lelaki tersebut dan boleh berlaku
penceraian setelah berkahwin. Pada zaman sekarang, adat resam adalah tidak berdasarkan kepada harta atau kedudukan tetapi berdasarkan kepada pekerjaan yang boleh menyara kehidupan kedua-dua pengantin. Berkenaan dengan hantaran pula, antaranya seperti “keluma” (kain sarung untuk perempuan dari wakil pengantin perempuan), “baing puk” (parang hulunya berhiaskan bulu), “tawek” (gong di mana kedua-dua pengantin akan duduk di atasnya), dan barang-barang lain yang ditetapkan oleh wakil pihak perempuan. Pondok kecil akan dibina seperti pelamin dinamakan “uma’ jakok” atau rumah rokok tradisional orang Kenyah. Pakaian pengantin pula ialah pakaian tradisional iaitu “ta’a” dan “avet”. Segala upacara perkahwinan pula berlangsung di rumah pengantin. Menurut adat resam dahulu, wakil pengantin perempuan akan menjaga pintu utama semasa pengantin lelaki serta wakilnya sampai dan akan membenarkan mereka masuk sekiranya semua permintaan hantaran adalah mencukupi untuk “penjaga pintu utama” itu. Ini adalah untuk menguji sama ada pengantin lelaki benar-benar mahu mengahwini pengantin perempuan. Upacara ini disambut dengan meriah dan seluruh kampung akan dijemput untuk bermain alat musik serta “ne’nak’ (seperti syair atau pantun) oleh kedua-dua pihak yang menunjukkan mereka rasa gembira atas perkahwinan tersebut. Penceraian Antara punca penceraian seperti, setelah berkahwin pihak lelaki akan tinggal bersama dengan keluarga si isteri selama 1 atau 2 tahun atas dasar untuk membalas jasa serta budi ibubapa pengantin perempuan. Punca penceraian adalah mungkin kerana ibubapa si isteri atau si suami tidak sukakan tabiat atau sikap menantu mereka setelah tinggal bersama.Sekiranya ini berlaku, maka hukuman atau denda yang dikenakan dinamakan ‘seri kasih’ yang mana hukuman tersebut dijatuhkan ke atas kedua-dua ibubapa dengan bayaran sebanyak RM5 dan kalau dahulu, hukumannya adalah seekor babi atau barang-barang yang berharga. Penceraian ini hanyalah boleh disahkan oleh ketua kampung atau yang berkedudukan tinggi dengan perbicaraan yang adil. Kematian Pada ketika dahulu, kebiasaannya si mati akan dimandikan oleh keluarganya dan dibaringkan dalam ‘lungun’ iaitu keranda yang diperbuat daripada batang yang ditebuk pada tengah-tengah batang tersebut yang mencukupi badan si mati dan
ditutup lalu diikat menggunakan rotan dengan ketat. Keranda ini akan diukir dengan ukiran yang dinamakan sebagai “kalung udo’”. Hari perkabungan pula sekurang-kurangnya 2 atau 3 hari dan seluruh penduduk kampung akan turut serta berkabung. Kebiasaannya pada ketika dahulu, hari berkabung bagi golongan “paren” iaitu golongan yang berpangkat tinggi adalah lebih lama sehingga seminggu berbanding golongan “panyen” iaitu golongan orang biasa. Pada hari terakhir pengkebumian, sebelum si mati dihantar ke kubur; sanak saudaranya akan memotong sedikit rambut dan dibuang ke lantai lalu disapu hingga ke luar rumah oleh orang yang lebih tua atau yang pandai membaca jampi. Menurut kepercayaan orang dahulu, ini adalah untuk membuang sial dan menghalau roh-roh dari kubur yang datang mengambil nyawa si mati. Selain itu, seluruh penduduk kampung si mati tidak boleh pergi ke kebun atau sawah kerana jika ada penduduk yang tidak menurut adat ini; maka tidak hairanlah akan ditimpa kemalangan atau tidak mendapat hasil yang baik. Zaman sekarang, adat resam ini tidak begitu diamalkan lagi kerana tidak berpegang kepada kepercayaan lama. Pindah rumah Adat berpindah rumah sama dari rumah panjang atau rumah persendirian adalah sama iaitu tuan rumah yang berpindah tidak boleh merobohkan rumahnya sekiranya rumah tersebut berada di tengah rumah panjang atau ada rumah yang bersambung dengannya di sebelah kiri atau kanan rumah. Sekiranya tuan rumah didapati melanggar adat resam ini, maka tindakan hukuman akan dikenakan iaitu bayaran atau mendirikan semula rumah tersebut. Perayaan Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada “tau nugan” (hari menanam padi dan “tau majau” (hari menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran dengan seluruh kampung merayakannya bagi memuja “ bali pa’dei” (roh padi) agar memberikan hasil yang baik kepada setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara dibuat sempena perayaan ini seperti persembahan “”, lawak jenaka, minum “burak” serta “payuh” iaitu menguji kekuatan mempertahankan diri. Pada pagi keesokan selepas perayaan ini, seluruh ahli keluarga hingga ke anak cucu akan pergi ke sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta rezeki yang baik agar tetap berkekalan.
BUDAYA Tarian Kebudayaan tradisional kaum Kenyah dapat dikenali melalui tarian tradisional iaitu “ngajat”. Tarian ini terbahagi kepada “ngajat leto” iaitu tarian wanita dan “ngajat laki”iaitu tarian lelaki. Ngajat ini sebenarnya salah satu pergerakan untuk mempertahankan diri bagi tarian lelaki dan menunjukkan kelembutan serta keikhlasan bagi tarian wanita. Pakaian tradisional Kaum lelaki: Pakaian tradisional bagi lelaki bagi kaum Kenyah adalah seperti “abet” iaitu cawat dan “tapung puk” atau juga “terega” iaitu topi yang dihiaskan dengan bulu binatang atau bulu burung kenyalang serta “besunung” yang diperbuat daripada kulit rusa ataupun beruang. Lelaki juga menggunakan gelang iaitu “gelam bete” untuk gelang dipakaikan pada betis dan “gelam lengen” untuk gelang dipakaikan pada lengan. Kaum wanita; Pakaian tradisional bagi kaum wanita adalah seperti “ta’a” iaitu baju dan skirt panjang disulam dengan ukiran menggunakan manik. Kaum wanita juga menggunakan “lavung” sebagai hiasan kepala. Anting-anting yang digunakan oleh kebanyakan kaum wanita dahulu dinamakan sebagai “belaong” yang khas untuk wanita yang bertelinga panjang.
PANTANG LARANG Berhuma/bersawah padi Berhuma atau bersawah padi adalah kewajiban bagi kaum Kenyah dari zaman dahulu dan masih diamalkan hingga ke hari ini. Berhuma atau bersawah padi mempunyai pantang larang yang amat kuat dalam masyarakat kaum Kenyah. Contohnya, jika tuan sawah pergi ke sawah dan dalam perjalanan ada terdengar atau terserempak dengan burung pipit yang terbang melintasi jalan dengan bunyi yang kuat; maka itu adalah petanda yang sangat tidak baik. Oleh itu, tuan sawah terpaksa balik semula ke rumah dan tidak boleh pergi ke sawah pada hari
berkenaan. Sekiranya tuan sawah pergi juga ke sawah, maka kecelakaan atau kemalangan akan menimpanya seperti pokok jatuh ke atasnya ataupun diserang binatang liar dan buas tanpa disedarinya. Selain itu juga, sekiranya tuan sawah meminta kerjasama orang kampungnya untuk menanam padi atau menuai; maka pekerjanya tidak lebih awal berada di sawah daripada tuannya. Seandainya perkara ini berlaku, maka hukuman akan dikenakan ke atasnya menurut kepada peraturan ketua kampung atau penghulu. Hutan Pantang larang ke hutan selalunya diamalkan oleh pemburu atau pemungut hasil hutan. Selalunya, sebelum pergi memburu; pemburu tidak boleh bercakap besar atau cakap sombong kerana padahnya ialah tidak mendapat seekor pun binatang buruan. Selain itu, pemburu juga tidak boleh pergi memburu dengan berlapar dan harus makan dahulu dengan betul dan tidak tergopoh-gapah. Ini adalah mengelakkan pemburu berlapar ketika tersesat. Ada juga yang membawa bekalan untuk pergi memburu pada jangka masa yang lama atau jauh bagi mengelakkan lapar. Seterusnya ialah ketika dalam hutan iaitu tidak boleh menjerit atau memanggil menggunakan nama sebenar. Ini mengelakkan “bali” iaitu roh hutan mengetahui nama sebenar dan akan mengikuti balik ke rumah. Semasa di hutan juga, tidak boleh buang air kecil atau besar sesuka hati tanpa mendapat kebenaran daripada “bali kayu” iaitu roh pokok dan juga tidak boleh mengatakan sesuatu yang tidak baik. Perempuan Perempuan yang mengandung tidak boleh pergi ke sawah atau ke sungai. Ini kerana akan ditimpa kemalangan kepadanya. Selain itu, perempuan juga tidak boleh mandi lewat malam kerana tidak baik untuk tubuh badan.
IV) PENAN Penan ialah suku pribumi di Sarawak, Malaysia Timur. Mereka banyak tinggal di hutan berhampiran dengan Limbang , Bintulu dalam kawasan Ulu Baram. Etnik Penan adalah salah satu daripada etnik minority di Sarawak Bumi Kenyalang. Etnik Penan merupakan salah satu daripada sub etnik yang membentuk Kaum Orang Ulu yang mempunyai lebih kurang 27 etnik bernaung dibawah sebagai subetnik. Seperti sejarah penghijrahan kebanyakan Kaum Orang Ulu Sarawak, etnik Penan juga berasal dari satu kawasan legenda yang dinamakan Dataran Usun Apau. Seperti apa yang digambarkan di dalam media bahawa kesemua yang dikategorikan sebagai etnik Penan adalah etnik yang masih mendiami hutan belantara dan mengamalkan sistem nomad di dalam penghidupan mereka, itu adalah tidak benar kerana sekarang ramai etnik Penan yang sudah mendiami perkampungan kekal yang dikhaskan untuk mereka. Namun begitu tidak dinafikan masih ada juga sebilangan etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup nomad dan mereka hidup dengan memburu dan mencari hasil hutan untuk pendapatan mereka. Dan sejak dari dahulu lagi tiada sesiapa yang boleh menandingi etnik Penan di dalam kemahiran untuk memburu di hutan. Majoriti daripada etnik Penan ramai mendiami di kawasan Baram dan Limbang seperti di timur Sungai Baram contohnya di Tutoh, Patah, Apoh, Upper Akah, Selaan, Selungo. Mereka juga boleh didapati di Balui, Sungai Silat, Long Belina, Long Tikan, Long Jekitan dan Long Beku. Kesemua kawasan-kawasan ini adalah di Baram dan Limbang yang masih lagi kaya dengan hutan belantara yang merupakan punca pendapatan bagi etnik Penan berkurun lamanya. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa etnik Penan sendiri terbahagi kepada 2 yang dikenali sebagai Penan Timur dan Penan Barat. Kedua-duanya mempunyai budaya dan sumber warisan yang sama namun yang membezakannya adalah bahasa. Namun begitu bahasa Penan walau terbahagi kepada 2 ianya tetap dikategorikan di bawah satu rumpun yang dikenali sebagai rumpun bahasa
Austronesian: Malayo-Polynesian, North Borneo, North Sarawakan, KayanKenyah Penan.
Cara hidup Kaum Penan hidup dalam keadaan berpindah randah atau sebahagian menetap di rumah-rumah panjang. Mereka amat bergantung hidup dengan mencari makanan, minuman, ubat-ubatan dan pakaian dari dalam hutan. Haiwan fauna dan flora menjadi sumber rezeki mereka setiap hari.
Rumah mereka hanya pondok yang tidak mempunyai lantai simen atau papan – mereka hanya berlantaikan kayu bulat, buluh, malah tanah sahaja dan banyak yang tidak mempunyai tandas dan sebagainya. Tidak kurang juga antara rumah yang dibina di kawasan yang tidak sesuai dan terlalu panas.
Pencemaran air dan hakisan tebing sungai berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bunyi bising daripada pembalakan menyebabkan binatang dan burung serta ikan semakin hilang dan pupus. Penyakit baru muncul dan tidak dapat diubati. Jarak ke klinik dan hospital terlalu jauh, mahal dan asing kepada mereka.
BAHASA Bahasa Penan Timur pula mempunyai satu dialek iaitu Penan Apoh yang mana bahasanya tidak difahami langsung oleh Penan Barat. Bagi Penan Barat pula dialek mereka terbahagi kepada beberapa dialek iaitu Bok Penan (Bok), Jelalong Penan, Nibong, Penan Apo, Penan Gang, Penan Lanyin, Penan Lusong, Penan Silat, Sipeng. Kesemua dialek-dialek ini tidak difahami langsung oleh Penan Timur. Inilah yang menjadikan etnik Penan ini begitu unik dan istimewa kerana walaupun di dalam satu etnik namun dialek-dialek yang mereka gunakan tidak semestinya difahami oleh sub etnik Penan yang lain. Etnik Penan dengan hutan belantara berpisah tiada. Itulah perumpamaan kepada satu etnik di Sarawak ini kerana mereka sebenarnya sejak dari azali lagi sememangnya menghormati hutan belantara. Di sinilah mereka hidup dan mencari
sesuap nasi untuk meneruskan penghidupan dan kerana itulah tidak menghairankan mengapa mereka sering membuat bantahan sekiranya ada kawasan hutan warisan mereka dimusnahkan untuk pembangunan. Sejak dari dahulu lagi etnik Penan percaya bahawa setiap binatang, pohon, sungai dan batu di dalam hutan mempunyai semangat mereka sendiri dan setiap manusia harus menghormati semangat-semangat ini. Sesuatu yang wajar diketahui bahawa etnik Penan ini amat menghormati orang yang telah mati kerana mereka percaya, mereka yang telah tiada telah bersatu dengan alam untuk menyambung penghidupan mereka yang hidup. Dan kerana itulah dikatakan bahawa bagi etnik Penan yang masih mengamalkan cara hidup nomad, setiap kali ada di kalangan mereka yang sudah meninggal dunia maka mereka akan berpindah mencari tempat yang lain. Dan barangsiapa yang sudah meninggal dunia, mereka tidak akan menyebut namanya baik sewaktu perbualan seharian sebaliknya hanya memperkatakan dimana si mati itu dikebumikan. Inilah antara bentuk penghormatan yang telah dipraktiskan mereka sejak dahulu lagi. Jika suatu masa dahulu rata-rata etnik Penan mengamalkan agama pagan atau animisme namun begitu sejak kedatangan agama di pendalaman Sarawak, etnik Penan juga telah ramai yang memeluk agama Kristian samada sebagai penganut Roman Katolik ataupun Sidang Injil Borneo (SIB). Kerana itulah ramai antara mereka telah meninggalkan beberapa ritual yang bertentangan dengan agama Kristian tetapi tetap meneruskan beberapa ritual yang tidak menjadi larangan di dalam agama mereka. Pernah satu ketika dahulu, ramai masyarakat Sarawak yang bangun membela etnik Penan di Sarawak apabila satu akhbar perdana Gagasan Malaysia telah menghina etnik Penan dengan pelbagai tohmahan contohnya si bapa dibenarkan untuk berkahwin dengan anak perempuannya dan sebaliknya. Itu adalah SATU TANGGAPAN YANG SALAH sama sekali kerana ketahuilah bahawa etnik Penan adalah antara etnik yang lemah lembut serta berbudi bahasa dan juga amat berpegang teguh pada adat resam mereka. Sebenarnya etnik Penan adalah antara etnik yang sederhana di dalam penghidupan mereka. Tiada protokol-protokol rasmi di dalam adat perkahwinan mereka cuma cukuplah sekiranya sepasang dara dan uda sudah sepakat untuk mendirikan rumahtangga. Apa yang perlu dilakukan adalah pasangan uda dan dara ini harus
memohon restu daripada kedua-dua keluarga untuk berkahwin dan sudah tentu perkahwinan sesame adik beradik ADALAH DILARANG SAMA SEKALI di dalam penghidupan mereka sejak dari dahulu lagi hingga sekarang. Setelah kata sepakat diambil maka mereka akan mengadakan majlis perkahwinan yang sederhana mengikut kemampuan keluarga. Hantaran atau mas kahwin bukanlah satu yang wajib dilakukan dan sekiranya mampu si uda bolehlah memberikan si dara dengan sebilah parang lengkap dengan sarung dan sebentuk cincin emas sebagai hadiah. Yang menjadi keutamaan di dalam etnik Penan bukanlah bermegah-megah dengan hantaran sewaktu perkahwinan sebaliknya adalah bagaimana pasangan uda dan dara ini akan melayari bahtera penghidupan sebagai suami isteri kelak.
BUDAYA Seperti etnik-etnik yang lain di bumi Sarawak, etnik Penan juga mempunyai warisan budaya yang tersendiri yang wajar untuk semua masyarakat mengetahuinya. Mereka juga mempunyai seni sastera mereka yang tersendiri seperti instrument muzik mereka yang dinamakan Atui, Oreng dan Keringut. Di katakan instrument muzik mereka juga diperbuat daripada pohon-pohon di hutan yang terbaik contohnya Atui yang diperbuat daripada damar-damar di hutan yang terbaik sekali. Sebenarnya Atui ini adalah alat muzik yang paling dihormati di dalam penghidupan etnik Penan sejak dahulu lagi kerana suatu waktu dahulu dikatakan sekiranya ada pemburu dari etnik Penan yang dapat membunuh harimau dahan maka Atui akan dipukulkan agar ianya memberi petunjuk kepada etnik Penan daripada penempatan yang lain bahawa ada seorang perwira Penan yang mampu menumbangkan seekor binatang yang gagah di hutan ini.
KRAFTANGAN Jika etnik lelaki sebop terkenal dengan hasil ukiran kayu berkelas dunia maka apa kurangnya etnik Penan. Etnik Penan amat mahir di dalam pembuatan kraftangan tradisional dan juga besi. Banyak hasil-hasil kerjatangan mereka mendapat permintaan yang tinggi di bandar-bandar besar di Sarawak malah juga di luar negeri. Hanya yang menjadi halangan adalah etnik Penan harus dibantu untuk mampu memasarkan produk-produk hasil seni mereka ini ke mata dunia. Inilah sekelumit informasi di dalam kita cuba mengenal satu lagi etnik minoriti di Sarawak iaitu Etnik Penan. Ramai yang mempunyai pandangan yang skeptikal terhadap etnik ini sedangkan hakikatnya etnik ini adalah etnik yang paling lemah
lembut orangnya cuma mereka juga seperti mana-mana manusia yang akan memperjuangkan apa yang menjadi hak mereka sekiranya ianya menganggu penghidupan mereka. Kenalilah etnik Penan ini dan fahamilah apa yang mereka inginkan dan hormatilah ia kerana mereka juga anak Sarawak, Bangsa Sarawak .
KOLEJ KEJURUTERAAN KAMPUS PUTRAJAYA HUBUNGAN ETNIK (HESB 113) SEMESTER 2 2016/2017 TUGASAN 2
NAMA
NO.ID
NAMA PENSYARAH: EN.MOHD NORIZAN BIN HASHIM TAJUK: ETNIK DI SABAH DAN SARAWAK SEKSYEN: 03
KALAIVANEEY A/P KALAICHELVAN KARTIGA A/P GANESH MORTHY THENESSHVARAN A/L GOBALAKRISHNAN YOGENTHIRAPRASAD A/L KARNAN
EP096583 EE098225 EE098634 EE098224