Definisi Interaktif Satu kebaikan yang ditawarkan oleh multimedia adalah sifat interaktif.Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian merupakankebolehan atau kecanggihan sebuah sistem multimedia. Interaktif membenarkanpengguna untuk menjadi lebih aktif dan pengguna berupaya mengawal isi kandungandan persembahan bahan serta boleh bertindak balas dengan perisian.Perkataan “interaktif” menurut Kamus Dewan Bahasa Pustaka (1992) bermaksudinteraksi atau saling bertindak. Interaktiviti membenarkan pelajar untuk navigasi danmeneroka dalam pelbagai cara. Melalui interaktiviti juga, pelajar akan terlibat secaraaktif dalam proses pembelajaran dan seterusnya meningkatkan tahap motivasi dan minatterhadap mata pelajaran yang dipelajari.Beberapa definisi yang lain ialah; Kaur (1996) mendefinisikan interaktif sebagaipemilihan arahan yang telah diprogramkan oleh pelajar secara aktif dan tersusun supayapembelajaran lebih bermakna dan memuaskan. Barker (1990) pula berpendapatinteraktif dalam pembelajaran adalah mekanisma asas yang mesti ada untuk memperolehi pengetahuan dan pembangunan kemahiran kognitif dan fizikal. Sim(1997) menerangkan bahawa interaktif asas yang merupakan tahap “point and click”untuk kiosk dan aplikasi maklumat manakala permainan dan produk pendidikanmemerlukan tahap interaktif yang lebih tinggi. Menurut Borsook dan Wheat (1992)menyatakan interaktiviti merangkumi: •Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna. •Memasukkan maklumat yang tidak mengikut turutan di manamaklumat dimasukkan mengikut kesesuaian dan kehendak masa •Maklum balas serta merta. •Pilihan untuk memberi arahan. Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia.Rhodes dan Azbell (1985), telah mengenalpasti tiga aras interaktiviti iaitu reaktif,koaktif dan proaktif. Aras reaktif hanya memberi sedikit kawalan ke atas kandunganpelajaran, yang mana reka bentuk aturcara komputer lebih mengarah kepada pilihan danmaklum balas. Aras koaktif memberi kawalan kepada pengguna untuk mengawal urutanfasa dan gaya pembelajaran. Manakala aras proaktif membolehkan pelajar mengawalkedua-dua struktur dan kandungan aturcara. Menurut Rhodes dan Azbell lagi, prosespembelajaran semakin berkesan jika aras interaktiviti semakin tinggi. pengertian Interaktif adalah bersifat saling melakukan aksi. Interaktif merupakan aplikasi yang membenarkan pengguna untuk berinteraksi dengan media yang disampaikan secara aktif. Pengguna boleh mengawal apa yang dilihat dan dengar serta boleh menentukan hala tuju masing-masing semasa berinteraksi dijalankan
Bila pengguna mendapatkan keleluasaan dalam mengontrol multimedia tersebut, maka hal ini disebutmultimedia interaktif.