Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)
BAB 2 : B. ZAMAN PRASEJARAH DI MALAYSIA B.1 Pembahagian Zaman Prasejarah dunia : Zaman Paleolitik , Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik, dan Zaman Logam. (Tempoh masa bagi setiap zaman tersebut tidak lama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain. Tempoh masa ini bergantung pada tahap kemajuan di sesuatu tempat). Di Malaysia. Zaman Prasejarah dibahagikan kepada tiga iaitu: Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik, Zaman Logam. (Penyelidikan terdahulu mendapati selepas Zaman Paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam). Penyelidikan terkini oleh Pusat Arkeologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia: Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik. Keadaan ini disebabkan oleh: Alat batu seperti alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal Zaman Paleolitik. B.1.1 ZAMAN PALEOLITIK Di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 30 000 1. alat repihan seperti alat batu penetak. CIRI-CIRI ZAMAN PALEOLITIK CIRI-CIRI Hidup berpindah-randah PENEMPATAN Biasanya tinggal di kawasan terbuka (di luar gua), di dalam gua, dan di sekitar tasik. KEGIATAN DAN Memburu binatang liar PERALATAN Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dan pucuk-pucuk daun Mengamalkan cara hidup sara diri. Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. KEPERCAYAAN Animisme. Mengamalkan upacara perkuburan. LOKASI DI Bukit Jawa, Kota Tampan, dan Bukit Bunuh di Lenggong, Perak. MALAYSIA Gua Niah, Sarawak. Tingkayu, Sabah. B.1.2 ZAMAN NEOLITIK ZAMAN NEOLITIK Zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, Mula bercucuk tanam, Memelihara binatang ternakan. Bermula kira-kira 7000 tahun dahulu di Malaysia. Menggunakan batu, tanah liat untuk membuat tembikar. Tinggal menetap dan Menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.
1
Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)
CIRI-CIRI ZAMAN NEOLITIK CIRI-CIRI PENEMPATAN
KEGIATAN DAN PERALATAN
KEPERCAYAAN LOKASI DI . MALAYSIA
Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja. Tinggal di gua dan berhampiran sungai. Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga. Bercucuk tanam. Menangkap ikan dan menternak binatang. Berburu dan memungut hasil hutan. Berdagang secara tukar barang. Menggunakan alat batu seperti beliung dan pemukul kulit kayu. Mencipta barang-barang kemas seperti kalung anting-anting, dan gelang. Animisme. Gua Cha, Kelantan Bukit Tengkorak, Sabah.
B.1.3 ZAMAN LOGAM Perkembangan ke arah teknologi logam. Di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu. Penciptaan alat gangsa dan besi. CIRI-CIRI ZAMAN LOGAM. CIRI-CIRI PENEMPATAN
KEGIATAN PERALATAN
DAN
KEPERCAYAAN LOKASI DI MALAYSIA
Hidup menetap Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai. Mempunyai adat resam. Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi. Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang. Mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu. Menjalankan pengebumian menggunakan kepingan batu. Sungai Tembeling, Pahang. Gua Harimau, Perak. Changkat Menteri, Perak.
KESIMPULAN Kepentingan penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di tapak ekskavasi Bukit Jawa, Lenggong, Perak: Zaman Prasejarah di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu. Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak iaitu rangka unik yang dijumpai dengan kecacatan yang belum pernah dilihat pada Zaman Prasejarah dunia. Penemuan ini telah dipamerkan di luar negara. Kita patut mencontohi kegigihan dan semangat berusaha masyarakat Zaman Prasejarah. Tanpa peralatan yang canggih dan teknologi terkini, mereka mampu mencipta pelbagai peralatan seperti: daripada batu, Tembikar,
2
Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)
Gangsa, Besi yang kemudiannya telah menjadi asas perkembangan teknologi masyarakat selepasnya.
ciri-ciri yang perlu diteladani daripada masyarkat prasejarah agar menjadi warganegara yang gigih dan berdikari: Kegigihan, Semangat berusaha, Daya kreativiti Pencerna Minda: Hoabinh adalah salah satu nama tempat di Vietnam. Di sini ditemui alat-alat dan perkakasperkakas yang telah digunakan oleh manusia Zaman Mesolitik. Animisme ialah kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok mempunyai semangat (jiwa dan roh) orang mati. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan dengan barangbarang seperti makanan dan alat-alat batu. Penemuan alat batu Zaman Paleolitik di Kota Tampan pada tahun 1987 membuktikan Malaysia sebagai negara terawal melalui Zaman Prasejarah Dunia. Manusia Perak – rangka manusia Zaman Paleolitik yang ditemui di Gua Gunung Runtuh pada tahun 1990. Bukit Tengkorak, Sabah – tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia.
3
Nota Sejarah Tingkatan 1 SMKSP 2009 ( NURINSL)
4