INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU SABAH
NAMA
: NOR AIN BINTI AHMAD SUHAIMI
NO KAD PENGENALAN
: 960909065382
NO MATRIKS
: 8098
UNIT
: PISMP SAINS AMBILAN JUN 2015
NAMA KURSUS
: RANGKAIAN KOMPUTER
KOD
: TMKS 3033
NAMA PENSYARAH
: ENCIK FALAWANGI LAHAMA ENCIK ISMAIL HUSSIN
TARIKH TERIMA
: 15 FEBRUARI 2016
TARIKH HANTAR
: 21 MAC 2016
0
ISI KANDUNGAN
PERKARA
MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN
1
PENGHARGAAN
2
KERTAS KERJA CADANGAN
3
1.0 TUJUAN
4
2.0 PENDAHULUAN
4
3.0 OBJEKTIF
4
4.0 KUMPULAN SASARAN
4
5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA
5
6.0 BUTIRAN CADANGAN
6
6.1 KONSEP RANGKAIAN KOMPUTER
6
6.2 PERANAN APLIKASI RANGKAIAN
6
6.3 SISTEM RANGKAIAN
7
6.4 SENI BINA RANGKAIAN
8
6.5 TOPOLOGI
11
6.5.1
KAEDAH TOPOLOGI BAS BEKERJA
6.6 MEDIUM PENGHANTARAN DAN PERKAKASAN 7.0 CADANGAN SENIBINA RANGKAIAN TOPOLOGI BUS
1
13 15 21
8.0 ANGGARAN KOS BELANJAWAN
25
9.0 PENUTUP
26
RUJUKAN
27
LAMPIRAN
28
PENGHARGAAN
Bismillahhirrahmanirrahim..
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan TMKS 3033 ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan sejuta penghargaan kepada pensyarah Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMKS 3023Encik Ismail dan Encik Falawangi di atas tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan suksesnya.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi pemudahcara kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan sekelas yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan kerjasama kepada saya. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah,saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang menyiapkan kerja kursus ini.
2
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN DAERAH (BTPD) TEMERLOH
KERTAS CADANGAN: PROGRAM PEMBINAAN RANGKAIAN BESTARI
ANJURAN : PEJABAT PENDIDIKAN 3
DAERAH TEMERLOH
1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja cadangan ini dilakukan ialah untuk meminta persetujuan daripada pihak tuan untuk membina sistem rangkaian komputer bagi sekolah di daerah Temerloh. Selain itu, pihak kami juga ingin memohon peruntukan berbentuk kewangan ataupun material bagi membina sistem rangkaian komputer. 2.0 PENDAHULUAN Pembinaan sistem rangkaian komputer bagi sekolah-sekolah di daerah Temerloh adalah bertujuan untuk menyambungkan rangkaian komputer di sekolah. Rangkaian ini memudahkan pemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer yang lain dari aspek pemindahan fail. Selain itu, pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat. Selaras dengan tujuan kertas cadangan ini dibuat, pembinaan sistem rangkaian ini melibatkan tiga buah sekolah di daerah Temerloh, Pahang iaitu SK Jalan Bahagia, SK Sungai Gau dan SK Bandar Temerloh. Perkembangan Tekonologi Maklumat mengakibatkan perubahan mendadak yang memberi kesan kepada negara-negara yang sedang membangun .Usaha ini adalah selaras dengan nilai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) itu sendiri yang digunakan untuk meningkatkan pentadbiran dan peruntukan bahan melalui sistem pencapaian untuk mengawasi dan menganalisis. Dengan kerjasama dan sumbangan daripada pihak tuan, diharapkan niat murni ini akan tercapai agar kita semua dapat menikmati manfaat darinya. 3.0 OBJEKTIF Antara objektif projek ini adalah : 1. Memudahkan tugas-tugas guru dan pelajar dalam perkongsian maklumat melalui aplikasi rangkaian komputer 2. Membolehkan penguna-penguna mendapatkan maklumat / informasi dalam pelbagai bentuk dan bahan pembelajaran yang menghubungkan kepada sistem maklumat global / informasi sejagat. 3. Melatih murid-murid untuk mahir dalam bidang teknologi maklumat melalui pendedahan seperti perkongsian maklumat melalui rangkaian. 4.0 KUMPULAN SASARAN 1. SK Jalan Bahagia 2. SK Sungai Gau 3. SK Bandar Temerloh 5.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA 4
PENAUNG EN MOHD RAZAK BIN AHMAD
PENGERUSI PUAN ROZIAH ANURA
PENYELARAS ICT EN RAHMAD BIN TAHIR
PENYELARAS MAKMAL PUAN KHATIJAH BINTI ZAKARIA
SETIAUSAHA PUAN NOR IRANA BINTI AHMAD SUHAIMI
AJK TEKNIKAL NOR FARAHANA BT AHMAD SUHAIMI AJK KESELAMATAN ENCIK AHMAD ABU BIN JABBAR JURU AUDIT ENCIK FAHMI BIN RAZAK
5
6.0 BUTIRAN CADANGAN 6.1 KONSEP RANGKAIAN KOMPUTER Rangkaian komputer bermaksud sumbungan dua atau lebih perkakasan komputer yang terpisah secara fizikal tetapi disambungkan secara operasinya. Rangkaian juga merupakan satu sistem perkongsian alat (pencetak dan CDRom), perisian, pertukaran maklumat dan komunikasi. Maklumat dapat dipindahkan dalam rangkaian melalui kabel, gelombang radio, pancar infra merah atau satelit. Tujuan rangkaian komputer adalah untuk memastikan pengguna mencapai perkhidmatan yang disediakan dan supaya Pengguna perkhidmatan dalam satu rangkaian dapat mengurangkan kos pembelian kelengkapan. Pada hari ini, terdapat pelbagai jenis rangkaian, antaranya rangkaian kawasan setempat (LAN) ,metropolitan area network (MAN) dan rangkaian kawasan luas (WAN). Rangkaian yang paling besar di dunia ialah Internet. 6.2 PERANAN APLIKASI RANGKAIAN Pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh sistem rangkaian. Setiap perkhidmatan adalah bertanggungjawab untuk melakukan tugas yang berbezaz-beza. Terdapat 5 aplikasi perkhidmatan rangkaian komputer secara umum
iaitu
Perkhidmatan
aplikasi
Perkhidmatan
Mencetak,
Mesej,
Perkhidmatan
Perkhidmatan Aplikasi
6
Perkhidmatan
Pangkalan
Data,
Fail, dan
Bil 1
Jenis aplikasi Perkhidmatan fail
Fungsi Perkhidmatan fail membolehkan pengguna menyimpan
2
Perkhidmatan
dan berkongsi fail di dalam satu rangkaian Perkhidmatan mencetak membolehkan pengguna
3
mencetak Perkhidmatan
rangkaian berkongsi guna mesin pencetak Pelayan pangkalan data digunakan untuk menyimpan
pangkalan data
pangkalan data dan melakukan tuga yang diminta oleh
Perkhidmatan
client/pelanggan Perkhidmatan aplikasi adalah disediakan khas untuk
aplikasi
melaksanakan aturcara atau aplikasi yang boleh
Perkhidmatan
digunakan oleh sebarang pengguna dalam rangkaian Menguruskan perutusan elektronik, E-mail, aplikasi
mesej
workgroup (pengurusan workflow), directory services
4
5
(bantu pengguna mencari, simpan dan menjaga keselamatan maklumat dalam rangkaian contoh: Windows NT domain uruskan sumber mana dapat dicapai oleh pengguna mana dalam domain tersebut) dikalangan pengguna. 6.3 SISTEM RANGKAIAN Rangkaian komputer merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem operasinya yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang jauh. Jenis-jenis rangkaian sebenarnya ditakrifkan mengikut lingkungan geografi sesuatu rangkaian itu. Selain daripada itu, perbezaan di antara skema rangkaian-rangkaian tersebut turut melibatkan jarak dan orientasi. Biasanya, ia berorientasikan kerangka pusat dan menggunakan talian telefon atau bergantung kepada geganti gelombang mikro untuk menghantar data. Terdapat tiga jenis rangkaian komputer yang asas iaitu:
MAN (Metropolitan Area Netword) Wan (Wide Area Network) Lan (Local Area Network)
Rangkaian
kawasan
setempat
“Local
area
network/LAN”
adalah
rangkaian yang meliputi kawasan geografi yang kecil merangkumi suatu bilik, bangunan atau kampus. LAN ialah rangkaian setempat. Beberapa PC boleh disambungkan bagi mendapat kemudahan yang terdapat dalam rangkaian. Mempunyai station kerja yang disambungkan kepada server.
7
Rangkaian kawasan metropolitan “Metropolitan area network/MAN” – adalah rangkaian yang meliputi kawasan seluas 3 - 30 batu (~ saiz suatu bandar) Rangkaian kawasan luas “Wide area network/WAN”–adalah rangkaian besar meliputi sebahagian negeri-negeri, negara dan dunia. Contohnya pengguna di Malaysia mendapatkan maklumat dari satu tempat host yang terdapat di Singapura. Jaringan ini dijalankan dengan menggunakan talian telefon dan satelit. Oleh yang demikian, pihak kami memilh sistem rangkaian MAN iaitu rangkaian yang meliputi kawasan seluas 3 - 30 batu (~ saiz suatu bandar). Hal ini kerana lokasi antara setiap sekolah adalah dalam satu bandar. Jika memilih rangkaian kawasan luas “Wide area network/WAN, ia akan menelan belanja yang tinggi. 6.4 SENI BINA RANGKAIAN Seni bina rangkaian adalah reka bentuk keseluruhan rangkaian komputer yang menerangkan bagaimana rangkaian komputer dikonfigurasi dan apakah strategi yang digunakan. Senibina rangkaian memberi tumpuan utama kepada fungsi rangkaian itu sendiri. Senibina rangkaian juga dikenali sebagai model rangkaian atau rekabentuk rangkaian. Rangkaian komputer terbahagi kepada 2 jenis iaitu; a) client- server b) peer to peer
a) client- server Seni bina rangkaian client-server terdiri daripada sebuah komputer pelayan (Server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan pusat(Centralized)
untuk
melayan
pengguna-pengguna
dari
segi
perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain-lain. Pelayan biasanya berkuasa tinggi. Jenis-jenis pelayan: Pelayan fail (Fail server)- Menyimpan perisian dan data. Pelayan data (Database server)- Menyimpan data sahaja. Pelayan cetak (Print server)- Mengawal satu atau lebih pencetak. Pelayan fax (Fax server)- Menguruskan penghataran fax.
8
Pelayan mel (Mail server)- Menguruskan e-mail.
Kelebihan
Kelemahan
Berpusat – Keselamatan
Perbelanjaan – Memerlukan
sumber dan data dikawal oleh
pelaburan yang banyak di
fail pelayan.
dalam mendapatkan
Memenuhi keperluan – Mana-
fail pelayan yang dedikasi.
Penyenggaraan – Rangkaian
mana elemen dan dokumen boleh dialihkan
yang besar memerlukan
secara berasingan mengikut
sejumlah staff yang
tahap keperluan yang
meningkat.
Menjamin kecekapan operasi.
Fleksibel – Teknologi dan
Permasalahan – Apabila fail
perisian yang terkini dengan
pelayan mengalami masalah,
mudah dapat
segala operasi
dimasukkan ke dalam sistem.
akan turut tergugat dan bermasalah.
Interoperasi – Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersamasama.
Biasanya pelayan ini tidak memproses atau mengubah data yang dikirim. Pelayan tidak perlu tahu jenis fail, sebaliknya ia sibuk menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpamnya. Contoh perisian Sistem Operasi Rangkaian /Network Operating Syatem(NOS) ialah Novell Netware, Windows NT, UNIX b) Pengguna-pengguna sebaya (Peer to peer) Sistem
ini
tidak
melibatkan
komputer
pelayan.
Ia
membenarkan
perkongsian alat dan fail. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan 9
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. Contoh NOS ialah AppleShare dan Windos for Workgroups, Windows 95 dan Windows 98.
Kelebihan Kosnya rendah, tidak perlu
pelayan.
untuk fail dan perisian
Guna Sistem Operasi yang
applikasi.
sedia ada (Windows 95/98),
hanya perlu configurasi
Keselamatan data tidak sebaik sistem client-server.
untuk peer to peer.
Kelemahan Tiada pengurusan pusat
Sesuai untuk organisasi
Lambat berbanding dengan sistem client-server.
yang kecil.
Berdasarkan jadual diatas, pihak kami mencadangkan senibina sistem rangkaian client- server kerana senibina ini lebih sesuai digunakan bagi membina rangkaian komputer untuk sekolah-sekolah rendah di daerah Temerloh walaupun perbelanjaan yang lebih mahal dikenakan oleh sebuah komputer pelayan. Hal ini kerana ia memenuhi keperluan mana-mana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat. Berikut merupakan senibina rangkaian clientserver yang dikehendaki. (Gambar 1)
Gambar 1 6.5 TOPOLOGI
10
Topologi rangkaian merujuk kepada bagaimana komputer-komputer tersebut disambungkan secara pemetaan.Topologi rangkaian terbahagi kepada dua jenis iaitu topologi fizikal dan topologi logikal. Topologi fizikal bagi suatu rangkaian merujuk kepada konfigurasi yang terdapat pada kabel, komputer dan lain-lain periferal (peripherals). Topologi logikal pula merupakan kaedah yang digunakan untuk memindahkan informasi atau maklumat di antara satu komputer dengan satu komputer yang lain yang terdapat di dalam stesen kerja.Berikut adalah di antara jenis-jenis topologi yang utama: a. Topologi Bas atau Linear Bas (Bus or Linear Bus) b. Topologi Bintang (Star) c. Topologi Gelang Token (Token Ring) atau Bintang Cecincin (StarWired Ring) d. Topologi Pepohon (Tree) e. Topologi Hierarki Rekabentuk Topologi Bas merupakan rekabentuk yang sesuai bagi rangkaian Client-server. Topologi bas dipilih kerana ia mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah topologi Linear Bas. Selain itu, topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan. Suatu Topologi Linear Bas mengandungi kabel yang menjadi tunggak utama dan penyambung `nyawa’ kepada komputer-komputer yang terdapat di dalam rangkaian ini. Ia selalunya digunakan di dalam persekitaran yang menggunakan wayar koaksial. Kabelkabel ini mempunyai satu titik permula serta penutupnya (terminator) yang dipasang pada kedua-dua penghujung awal dan akhir kabel tersebut. Di antara kedua titik inilah komputer peribadi atau komputer pelayan dirangkaikan di antara satu sama lain. Semua nod ( fail pelayan, stesen kerja dan periferal) adalah disambung kepada kabel linear tersebut. Di antara rangkaian-rangkaian yang menggunakan topologi Linear Bas ialah Ethernet dan LocalTalk. Berikut merupakan rangkaian tapologi bas (Rajah 2)
11
Rajah 2
12
6.5.1
KAEDAH TOPOLOGI BAS BEKERJA
Semua nod pada Bas, Ethernet atau mana-mana rangkaian disambungkan kepada LAN sebagai cabang daripada talian umum. Setiap nod mempunyai alamat atau tanda pengenalan yang unik dan berbeza di antara satu sama lain. Kad rangkaian yang dipasangkan di dalam nod sebuah komputer lain, pelayan fail, atau pelayan pencetak, mendengar untuk memastikan bahawa tiada isyarat sedang dihantar di sepanjang rangkaian. Kemudian ia akan menghantar mesej ke peranti lain dengan memberinya kepada penghantar-terima, biasanya pada kad tambah. Setiap nod mempunyai penghantar-terimanya sendiri. Penghantar-terima akan menyiarkan mesej di dalam kedua-dua arah supaya ia sampai ke semua nod lain di dalam rangkaian. Mesej yang disampaikan termasuklah alamat destinasinya, sumber mesej tersebut, bingkisan pemeriksaan ralat, data-data atau maklumat. Setiap nod yang terdapat di sepanjang bas memeriksa maklumat alamat yang terkandung di dalam mesej. Nod di mana mesej tidak dialamatkan, tidak akan diberi sebarang perhatian. Apabila nod mengesan alamatnya sendiri di dalam mesej, nod akan membaca data, memeriksa ralat, dan menghantar pemakluman kepada penghantar, dengan menggunakan alamat penghantar, yang disertakan sebagai sebahagian daripada mesej. Apabila dua nod menghantar mesej secara serentak, pelanggaran di antara dua mesej membentuk corak gangguan elektrik yang boleh dikesan bergerak sepanjang bas oleh penghantar. Penghantar pertama yang mengesan perlanggaran menghantar isyarat khas untuk menyekat rangkaian supaya semua nod akan tahu rangkaian telah disekat. Penghantaran dari semua nod akan terhenti, setiap nod menunggu secara rawak bagi satu tempoh masa sebelum cuba untuk menghantar semula mesejnya. Proses ini mengulang sehingga satu daripada nod menghantar mesejnya tanpa bertembung dengan mesej nod lain.
13
Berikut adalah ringkasan kelebihan dan kekurangan topologi bas. Kelebihan
Mudah menyambungkan sesebuah komputer atau periferal kepada sesebuah topologi Linear Bas.
Topologi ini amat mudah, murah serta senang untuk dikendalikan.
Kelemahan
Sebarang masalah pada mana-mana nod pada rangkaian tersebut berupaya menjadikan keseluruhan rangkaian tersebut gagal berfungsi.
Titik permula atau penutup diperlukan pada kedua-dua penghujung tulang belakang kabel tersebut.
Sukar untuk mengenali permasalahan yang dihadapi jika keseluruhan sistem rangkaian itu gagal berfungsi.
Tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya jalan penyelesaian rangkaian utama di dalam sesebuah bangunan yang besar.
14
15
6.6 MEDIUM PENGHANTARAN DAN PERKAKASAN YANG DIGUNAKAN Perkakasan rangkaian merangkumi semua komputer, periferal, kad antaramuka (interface card) dan beberapa peralatan bagi menjalankan pemprosesan data dan komunikasi di dalam rangkaian. Di antara komponen-komponen yang diperlukan sebagai perkakasan rangkaian ialah: a) Fail pelayan Fail pelayan merupakan sebuah komputer yang berkuasa tinggi dengan jumlah RAM dan ruang storan yang besar termasuklah kad antara muka. Fail pelayan sepatutnya mempunyai megahertz atau pemprosesan mikro (Pentium, Power PC), cakera keras yang cepat dengan storan sekurang-kurangnya 4 Gigabait , satu RAID (Redundant Array of Inexpensive Disks) untuk menyimpan data selepas penggunakan disket, satu unit fail sandaran, beberapa slot perluasan, Kad antara muka yang pantas dan sekurangkurangnya 32 MB RAM. b) Kad antara muka rangkaian (NIC) Ia menyediakan penyambungan fizikal di antara rangkaian dengan komputer stesen kerja. Kebanyakan NIC adalah bersifat internal dengan kad yang dimuatkan pada slot di dalam komputer. Adalah lebih baik menggunakan kad antara muka yang pantas seiring dengan jenis stesen kerja yang dijalankan. Kad antara muka rangkaian yang paling popular digunakan ialah kad Ethernet. Jika ianya dibina untuk kabel jenis koaxial, maka penyambungannya ialah jenis BNC (Gambar 3)
16
Gambar 3 Kad antaramuka (NIC) c) Concentrators / Hab Hub merupakan perkakasan rangkaian yang menyediakan "central connection point" untuk penyambungan kabel daripada stesen kerja, komputer
pelayan
(servers),
dan
lain-lain
perkakasan
rangkaian.
Concentrators yang aktif lazimnya bertindak sebagai pengulang bagi memperpanjangkan sesuatu rangkaian itu. Concentrators biasanya berpasangan dengan 8, 12 atau 24 RJ-45 port, dan dimasukkan (install) di dalam rak besi yang turut memuatkan netmodem. Gambar 4 Hab
d) Pengulang (repeaters) Sebuah
alat
yang
menerima
isyarat
daripada media penghantaran,
menguatkan semula isyarat tersebut dan menghantar semula isyarat berkenaan ke destinasinya. Gambar 5 (pengulang)
e) Jambatan
17
Jambatan atau penghubung berfungsi membenarkan satu rangkaian yang besar dibahagikan menjadi dua buah rangkaian yang kecil. Ini dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan pada rangkaian itu.
Gambar 6 (Jambatan) f) Router Router berfunsi sebagai penterjemah informasi dari satu rangkaian ke satu rangkaian yang lain. Router memilih jalan yang paling sesuai untuk menghantar pesanan, berpandukan pada alamat dan asal. Jambatan menguruskan lalu lintas bagi mengekalkan persembahan optima dari kedua-dua bahagaian rangkaian itu. Jambatan boleh digunakan untuk menghubungkan kabel yang pelbagai jenis atau topologi fizikal. Namun begitu, protokol yang sama hendaklah digunakan. Gambar 7 (Router)
18
g) Kabel Pemilihan jenis-jenis kabel adalah berkaitrapat dengan topologi, protokol dan saiz rangkaian. Saya memilih wayar koaksial. Walaupun pengkabelan koaksial agak sukar untuk dimasukkan, namun ia amat peka pada kehadiran isyarat. Ia boleh menampung pengkabelan yang lebih panjang di antara rangkaian dengan perantiperanti lain berbanding kabel lapik pasangan berpintal. Kabel koaksial yang nipis juga dikenali sebagai thinnet.10Base2 merujuk kepada spesifikasi untuk keupayaan koaksial nipis yang membawa isyarat Ethernet. Kabel koaksial yang nipis ini adalah sesuai di sekolah. Kabel koaksial ini mempunyai penutup (cover) plastik yang berupaya menghalang kelembapan dari bahan konduktor yang berada di tengah-tengah. Ini menjadikan ia mampu menampung gelombang yang lebih besar terutama pada topologi linear bas.
h) Protokol Protokol adalah satu set peraturan yang mentadbir talian komunikasi di antara beberapa buah komputer yang terdapat pada suatu rangkaian. . Peraturanperaturan tersebut termasuklah cara mengakses, topologi fizikal yang dibenarkan, jenis-jenis perkabelan, dan kelajuan penghantaran data. Kami memilih protocol Ethernet. Ethernet menggunakan cara kemasukan (access method) yang dikenali sebagai CSMA/CD (Carrier Sense Multiple Access / Collision Detection). Ia merupakan suatu sistem di mana setiap komputer menunggu arahan melalui kabel sebelum menghantar mesej melalui rangkaian.
19
7.0 CADANGAN SENIBINA SISTEM RANGKAIAN TOPOLOGI BUS Rujuk lampiran 1a, 1b,1c dan 1d 8.0 ANGGARAN KOS BELANJAWAN Rujuk lampiran 2
9.0 PENUTUP Projek pembinaan sistem rangkaian komputer sekolah rendah di daerah Temerloh ini merupakan satu inisiatif untuk meningkatkan mutu prestasi sekolah amnya khususnya dalam membantu memudahkan urusan perkongsian fail. Hal ini juga selaras dengan rancangan kerajaan dalam Pelan Pembangunan satu Malaysia ada menyebut dalam anjakan
yang
ketujuh
iaitu
memanfaatkan
ICT
bagi
meningkatkan
kualiti
pembelajaran, merupakan perubahan dari segi amalan dan pelaksanaan khususnya melibatkan para guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Oleh yang
demikian kami berharap agar projek pembinaan rangkaian komputer ini mendapat kelulusan dan segera dilaksananakan.
20
Disediakan oleh,
…………………………………………… (NOR AIN AHMAD SUHAIMI) Setiausaha Seminar Pengurusan Kewangan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Disemak oleh,
……………………………………………… (NAIMA BINTI KADIR) Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar Instittut Pendidikan Guru Kampus Tawau
Diluluskan oleh,
………………………………………. (HAJI MOHD ZAIN BIN BADUI) Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau
LAMPIRAN 1a 21
CADANGAN SENI BINA RANGKAIAN KOMPUTER Cadangan seni bina rangkaian komputer di SK Jalan Bahagia
Komputer
Komputer
Komputer
Mesin pencetak Manageable hub Modem
Repeater
Mesin faks
Komputer
Komputer
Komputer
LAMPIRAN 1b Cadangan seni bina rangkaian komputer di SK Sungai Gau
22
Komputer
Komputer
Komputer
Mesin pencetak Manageable hub Modem
Repeater
Mesin faks
Komputer
Komputer
Komputer
LAMPIRAN 1c Cadangan seni bina rangkaian komputer di SK Bandar Temerloh
23
Komputer
Komputer
Komputer
Mesin pencetak Manageable hub Modem
Repeater
Mesin faks
Komputer
Komputer
Komputer
LAMPIRAN 1d Cadangan seni bina rangkaian komputer di PPD Temerloh
24
Komputer
Komputer
Mesin pencetak Mesin faks
Manageable hub Modem
Mesin pencetak
Server
Komputer
Komputer
LAMPIRAN 2
Kos bagi perkakasan BIL 1
PERKAKASAN Kad antaramuka
2 3 4 5
(NIC) Manageable hub (24 port) Server Repeater Modem
rangkaian
BILANGAN 60
KOS (RM) 1500
4 1 4 4
1000 13,000 700 600
25
6 7 8 9
Pencetak Mesin faks Kabel koaksial (thinnet) Kabel RJ45 JUMLAH
4 4 10 KM 600 meter
1200 2000 3500 700 24,200
RUJUKAN
Fouri.M.W, G. (2000). Komputer dan Pemprosesan Maklumat Cetakan ketiga. Malaysia: Prentice Hall. Hamimah, N. (2011, September 28). Rangkaian Komputer. Retrieved from Blogspot: http://panitiaict-semekar.blogspot.my/2011/09/rangkaiankomputer.html Khai. (2011, December 6). pengenalan kepada asas rangkaian. Retrieved from Blogger: http://khainetworking.blogspot.my/2011/12/pengenalankepada-asas-rangkaian.html Ng Kim Siang, H. T. (2000). Pengajian Asas Komputer. Malaysia: Percetakan Naz Sdn Bhd. Norazimah. (n.d.). Sistem Rangkaian Komputer. Retrieved from Tripod: http://smksy.tripod.com/SistemRangkaian.htm Razi. (2009, April 17). sistem pengendali. Retrieved from blogger: http://notarazi.blogspot.co.uk/2009/04/sistem-pengendalian-operatingsystem.html Roslan, H. (n.d.). Aplikasi Perisian. Retrieved from wordpress.com: https://lepakking.wordpress.com/aplikasi-perisian/
26
Sing, G. O. (2002). Kamus Komputer dan Teknologi Maklumat. Kuala Lumpur: Utusan Publication. Sulaiman, S. B. (2004). Teknologi Maklumat untuk IPG. Selangor : Federal Publication.
LAMPIRAN 27